Download - eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam
„DISCLAIMER‟ DAN NOTIS Semua hak-hak penerbitan ke atas panduan ini adalah hak milik Penerbit serta penulis sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian, kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada Penerbit. Apa yang terkandung di dalam ebook ini adalah bagi tujuan pembelajaran semata-mata. Tiada jaminan yang segala maklumat adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung atau tidak. Edisi Pertama : 2014 Diterbitkan Oleh : Vira Bin Baharuddin Facebook : Vira Baharuddin Page Email : [email protected]
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
PENULIS ANDA
Vira Baharuddin merupakan seorang penulis bisnes yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran perniagaan.
Kerana minat yang mendalam di bidang perniagaan, beliau suka mencuba menceburi pelbagai jenis perniagaan bagi menambah pengalaman diri.
Beliau pernah bekerja sebagai seorang event organizer, direct selling, MLM, fasilitator, perunding kewangan dan banyak lagi yang berkaitan dengan pemasaran perniagaan.
Telah banyak seminar yang beliau telah hadiri, bagi meningkatkan lagi daya ilmu perniagaan beliau. Bermacam buku telah dibeli bagi menjadi rujukan diri.
Kini sudah tiba masanya beliau berkongsi pengalaman beliau bersama semua. Bak kata mentor beliau, misi hidup yang terbaik adalah menambah nilai kehidupan orang lain kepada yang lebih baik.
Diharap cerita pengalaman ini dapat membantu sedikit sebanyak di dalam kehidupan anda.
Like Fan Page : Vira Baharuddin Page
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
9 RAHSIA
HIDUP
24 JAM
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
K ita telah diperuntukan masa yang sama bagi
setiap orang. Tidak lebih sesaat, tidak kurang
sesaat pun. Masa yang diberi ialah 24 jam sehari. Berapa
ramaikah diantara kita yang menggunakan masa 24 jam
ini dengan manfaat sepenuhnya?
Tidak ramai yang mampu menguruskan masa 24 jam
dengan baik. Di sini saya ingin kongsikan dengan anda
rahsia perkara-perkara asas yang perlu dilakukan
seharian. Rahsia ini boleh digunakan sebagai panduan
untuk merangka hidup dengan lebih teratur dan
berdisplin. Diharap ia dapat membantu diri kita
dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian ini.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#1
BANGUN AWAL PAGI
Indahnya manfaat bagi orang yang suka bangun di
awal pagi. Selain solat subuh, tahukah anda
kebanyakkan orang berjaya akan memulakan kerjanya
di awal pagi.
Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang tersirat dan
tersurat berkaitan bangun awal pagi dari segi agama
dan sains.
Dari segi agama. Terdapat beberapa hadith yang
menceritakan betapa pentingnya untuk kita bangun di
awal pagi.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa
kepada Allah supaya memberkati umatnya yang
berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam
Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang
sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda
bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki
Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan
orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan
rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit
matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Dari segi sains. Hasil kajian biologi Christoph Randler
dari Harvard yang mengatakan orang yang bangun
awal pagi lebih proaktif dari yang lain.
Golongan ini akan lebih ceria dalam melakukan tugasan
seharian serta mereka akan berasa lebih mudah dalam
menyelesaikan masalah yang mendatang.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#2
BERSYUKUR HARIAN
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang
dan bersyukur juga dengan apa yang kita akan terima
kemudian. Bersyukur bukan terletak kepada kebendaan
sahaja, bersyukur boleh dikaitkan dengan zahir dan
batin diri.
Kita boleh bersyukur kepada Tuhan dengan nafas yang
diberi setiap saat yang membolehkan kita hidup di
dunia ini. Bersyukur dengan kesihatan yang diberi,
dimana tanpa kesihatan yang baik kita dapat meraih
rezeki setiap hari tanpa halangan. Dan banyak lagi
perkara-perkara yang boleh kita bersyukur seharian.
Dengan bersyukur, kita akan lebih tenang dari segi
rohani dan jasmani malah kita akan sentiasa mengingati
kebaikan dan kebesaran Tuhan pinjamkan kepada kita.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#3
JADIKAN HARI INI
HARI YANG PENTING
Jika dilihat kebanyakan orang suka membazir masa
seharian mereka dengan membuat perkara-perkara
yang tidak bermanfaat pada diri dan orang lain. Ini ter-
jadi kerana mereka menganggap hari seharian mereka
adalah sama dan tidak penting seperti hari-hari lain.
Tukar tanggapan ini! Bermula hari ini, anggap yang
setiap hari merupakan hari yang penting bagi diri kita
ia umpama seperti harijadi, hari ulangtahun perkahwi-
nan, hari sambutan perayaan dan lain-lain lagi.
Dengan menganggap hari ini hari yang penting, kita
akan mula menghargai setiap masa yang diperuntukan
dalam setiap aktiviti yang di laksanakan seharian. Kita
akan mula bertindak secara proaktif dalam melakukan
tugasan serta akan lebih berdisplin dalam
penggunaan masa.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#4
BINA SENARAI SEMAK HARIAN
( CHECKLIST )
Tulis di atas sekeping kertas tentang aktiviti-aktiviti
yang hendak di lakukan hari ini. Senaraikan aktiviti
mengikut kepentingan dahulu dan diikuti dengan yang
kurang penting.
Peruntukan masa bagi setiap aktiviti yang hendak
dilakukan, ini bagi memastikan waktu seharian kita
dapat digunakan dengan bijak.
Dengan menggunakan sistem senarai semak, kita dapat
mengawal aktiviti harian dengan lebih teratur dan pada
waktu yang sama kita mendidik diri menjadi lebih peka
dan berdisplin.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#5
DEKLASI HARIAN
Dalam sebulan mempunyai sekurang-kurangnya
30 hari kecuali bulan Febuari. Setiap awal bulan cuba
sediakan deklarasi harian selama 30 hari pada bulan itu.
Deklarasi dapat membantu dalam menaikan semangat
harian diri. Ia juga dapat mendidik pemikiran kita
untuk menjadi lebih yakin dan positif terhadap diri
sendiri. Contoh deklarasi :
.1hb Febuari 2014 : Saya menerima cabaran dengan bijak
2hb Febuari 2014 : Saya kaya dan berjaya
3hb Febuari 2014 : Saya magnet kekayaan
4hb Febuari 2014 : Fast Action Fast Result
5hb Febuari 2014 : Apa yang kita fikir, apa kita cakap
dan apa kita rasa, semuanya adalah doa.
Dan seterusnya.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#6
30 MINIT
MENIMBA ILMU
Luangkan masa kita sekurang kurangnya 30 minit
sehari untuk menimba ilmu. Berikan 200% fokus
apabila menimba ilmu disaat ini.
Carilah ilmu yang berkaitan tentang pembanggunan
diri, perniagaan dan pemasaran. Ilmu ini boleh
diperolehi dari segi pembacaan buku, majalah, audio,
video, internet, dan lain-lain lagi.
Dengan hanya 30 minit sehari, kita mampu membina
idea-idea perniagaan yang hebat dan unik bagi mengha-
dapi cabaran dunia perniagaan yang semakin sengit ini.
Sehari 30 minit , ini bermaka sebulan (30 hari) kita telah
peruntukan 900 minit khas untuk menimba ilmu.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#7
SEDEKAH HARIAN
( KEBAJIKAN )
Lakukan aktiviti sedekah setiap hari. Amalkannya, kita
pasti akan lebih tenang dan insya-Allah aktiviti seharian
yang dijalankan oleh kita akan lebih diberkati.
Sedekah tidak bermaksud kita kena keluarkan duit,
terdapat pelbagai cara untuk sedekah salah satunya
melalui senyuman yang ikhlas dimana senyuman kita
akan menceriakan hati kepada yang melihatnya dan ini
adalah sedekah.
Lagi banyak kita sedekah lagi banyak malah berlipat
ganda kita akan menerima ganjaran dari sedekah itu.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#8
RAIKAN KEJAYAAN ATAU
KEGAGALAN HARIAN
Kehidupan ini mempunyai pasang surutnya. Kita boleh
jadi berjaya dan waktu yang sama kita boleh
jadi gagal juga.
Kebiasaannya kita akan meraikan kejayaan dengan
membeli hadiah, makan mewah dan banyak lagi.
Kerana kejayaan memberikan kegembiraan di hati kita.
Manakala bila kita menempuhi kegagalan, kita akan
bertukar rupa menjadi seorang yang muram dan pasif.
Berubah! Bermula hari ini, jika kita berjaya kita akan
raikannya dengan gemilang dan jika kita gagal kita
perlu raikannya dengan gemilang juga.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
Ini kerana, dengan kegagalan kita akan mula membina
jalan-jalan proses penyelesaian yang lebih efektif bagi
menyelesaikan masalah yang timbul.
Dengan proses ini, kita tidak perlu menghadapi
kegagalan yang sama di kemudian hari. Ini bukan
kegagalan tetapi ini merupakan proses kejayaan. Bila
sudah berjaya menyelesaikan masalah tersebut, jangan
lupa raikannya sekali lagi.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
#9
MEMAAFKAN DIRI &
ORANG LAIN
Jangan bersifat dendam dengan orang lain jika mereka
membuat kejahatan terhadap diri kita. Sentiasa
memaafkan mereka, doakan mereka semoga mendapat
hidayah untuk berubah menjadi lebih baik di
kemudian hari.
Dengan perasaan berdendam, kita akan menghadapi
rintangan untuk melakukan kerja seharian dengan
sempurna.
Ia juga akan menjejaskan kesihatan mental dan badan
kita jika ia tidak di bendung dengan serta merta. Jangan
lupa juga memaafkan diri sendiri, ini akan membantu
kita mendapat ketenangan jiwa dan rohani.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM
Jika anda merasa maklumat di dalam buku ini berguna untuk
diri anda, tidak keberatan jika saya meminta sedikit
maklumbalas dari anda berkenaannya.
Tuliskan apa yang anda rasa sewaktu membaca buku ini.
Cerita anda akan dapat membantu saya untuk meningkatkan
lagi kualiti ilmu di dalam penulisan buku yang akan datang.
sila emailkan cerita anda ke :
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin
9 RAHSIA HIDUP 24 JAM