ebook menyingkap rahsia pelaburan emas 2

68
Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com 1/68 Daripada Siri Emas-Emas Yang Hilang Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas: Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN (versi 1)

Upload: emman-sd

Post on 05-Jul-2015

194 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

Page 1: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

1/68

Daripada Siri Emas-Emas Yang Hilang

Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas:

Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN (versi 1)

Page 2: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

2/68

Pendahuluan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih

kepada team rahsiaemas.com iaitu saudara Jamaluddin

Bahari dan juga saudara Abd. Hafiz Ab Wasa di atas

kerjasama yang diberikan kepada saya.

Sokongan dan bantuan mereka berdua amat besar

nilainya dalam menjayakan penulisan e-book

“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – teknik-

teknik menjana kekayaan dengan emas

DIBONGKARKAN.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pembeli e-book ini. Anda telah mengambil

langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas. Pelaburan

terhadap ilmu adalah jalan pertama ke arah kejayaan. Ini adalah pelaburan yang sangat

berbaloi kerana anda sekarang akan mengetahui rahsia pelaburan emas.

Setiap pembeli akan diberikan keahlian emas (gold membership) di blog jutawanemas.com.

Keahlian ini akan sah untuk tempoh 6 bulan. Di dalam tempoh ini anda akan mendapat

bimbingan daripada saya. Saya juga akan menyiapkan ruangan khusus untuk ahli-ahli

berkomunikasi dan bertanya soalan kepada saya mengenai pelaburan emas.

Sepanjang tempoh 6 bulan ini juga anda akan mendapat update e-book ini secara percuma.

Ini kerana banyak maklumat-maklumat lain yang akan dimasukkan ke dalam e-book ini

sehingga ia menjadi sangat komprehensif.

Anda juga akan mendapat artikel-artikel berkenaan pelaburan emas daripada masa ke

semasa. Selain itu, saya akan membimbing anda dan akan menjawab segala persoalan anda

berkenaan pelaburan emas.

Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu

belajar tentang pelaburan emas.

Saya berharap agar ilmu yang anda perolehi di sini akan memberikan manfaat dan mampu

mengubah hidup anda.

SYUKOR HASHIM

Admin Jutawanemas.com

e-mail: [email protected]

Page 3: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

3/68

Isi kandungan:

Pendahuluan................................................................................................m/s 2

Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas........................................m/s 5

- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ......................................................m/s 5

- Kajian kes: Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang terbaik..........m/s 6

- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang ...................m/s 8

- Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ...........................m/s 10

- Emas adalah aset yang terunggul..............................................................m/s 11

- Emas tidak boleh dimanipulasikan...........................................................m/s 12

Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?..................m/s 14

- Pelaburan emas secara fizikal ..................................................................m/s 14

- Institusi yang menjual emas pelaburan ....................................................m/s 15

- Maybank – syiling Kijang Emas..............................................................m/s 15

- Emas fizikal UOB Bank ..........................................................................m/s 18

- Public Fine Gold International Sdn. Bhd / Public Dinar Sdn. Bhd..........m/s 23

- Pelaburan emas melalui Dinar Emas ...................................................... m/s 28

- Dinar emas Public dinar Sdn Bhd.............................................................m/s 28

- Dinar Emas Kelantan .............................................................................. m/s 31

- Membeli emas fizikal di kedai emas ...................................................... m/s 33

- Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya ...................................................m/s 35

- Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ...................................... m/s 36

- Public Bank GIA .....................................................................................m/s 37

- Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA).................................m/s 39

- Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas ...............m/s 41

Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?....................m/s 42

Topik 4: Harga emas di Malaysia............................................................m/s 43

Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ......m/s 44

- Siapkan minda anda terlebih dahulu.........................................................m/s 44

- Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang selama mungkin sebagai aset....m/s 45

Page 4: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

4/68

- Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.... m/s 47

- Teknik 3: Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal...m/s 48

- Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA ...........m/s 52

- Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda........................m/s 54

- Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) .... m/s 58

- Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ................................................m/s 61

Topik 6: Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas............................m/s 64

- Membeli buku-buku pelaburan emas di www.amazon.com....................m/s 64

Topik 7: skim pelaburan emas.................................................................m/s 66

Page 5: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

5/68

Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,

adalah penting bagi anda mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.

Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan maka adalah mudah bagi

anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

4. Aset yang terunggul

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan

kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh

dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah

menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun

sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan

kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan

tidak akan pudar selamanya.

2. Emas tidak boleh dibinasakan.

3. Tahan lasak.

4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa

menjejaskan nilainya.

5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas

maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga

dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan

kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan

Page 6: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

6/68

dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam

jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan

kekayaan yang terunggul.

KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG

TERBAIK.

Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.

Apabila memberikan seminar berkenaan pelaburan emas, saya selalu memberikan contoh

berikut.

Cuba anda pegang wang kertas RM50 seperti ini..

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang

kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.

Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”

Jawapan.. Boleh.. senang sangat.

Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:

1. Koyak sampai lumat

2. Gunting

3. Bakar

Page 7: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

7/68

Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak anda terbaca kisah orang yang menyimpan

wang mengalami kerugian kerana wang kertas yang disimpan terbakar? Kalau tidak pernah

maka saya ingin berkongsi laporan akhbar ini dengan anda.

Laporan akhbar – Harian Metro 22/8/2009

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah

dibinasakan.

Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar,

tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh

dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh

dibinasakan.

Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.

Page 8: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

8/68

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko

kehilangan kekayaan.

Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.

Gambar 1 : Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web

www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas

sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan

daripada kenaikan harga emas.

Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas

adalah sekitar 27% setahun.

Sewaktu nak kahwin pada tahun 2001, saya membeli barang kemas 916 pada harga RM50

segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

Page 9: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

9/68

Gambar 2: Sejarah harga emas daripada tahun 2000 - 2009

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz

Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun)

KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA EMAS:

Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.

Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia

dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan

pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561

Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun.

atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!

Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Page 10: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

10/68

3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.

Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli

wang kertas akan berkurangan.

Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen

dan 30 sen sebagai duit poket.

Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.

Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009?

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli

makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10

kali ganda untuk membeli barang yang sama.

Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini

USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:

Daripada graf di atas kita dapat lihat:

Nilai emas semakin meningkat

Nilai wang kertas semakin menurun

Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.

Page 11: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

11/68

4. Emas adalah aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia

juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan

di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam

Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan

seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.

Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh

ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Gambar 3: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka

dengan mudah di negara persinggahan mereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?

Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak

akan diterima di negara lain.

Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.

Page 12: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

12/68

5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia

tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini

menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika

jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang

menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk,

wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti

kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715

2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923

3. Hungary 1945-1946

4. Chile 1971-1981

5. Peru 1988-1991

6. Angola 1991 – 1999

7. Yugoslavia 1992-1995

8. Belarus 1994-2002

9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994

10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001

11. Zimbabwe 2000-2009

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

Di dalam blog jutawanemas.com saya ada menulis artikel mengenai hyperinflasi di

Zimbabwe. Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan

keperluan. Anda boleh membaca kisah tersebut di sini.

http://jutawanemas.com/v1/news/dalam-apa-jua-situasi-ekonomi-dan-politik-menyimpan-

emas-menguntungkan-anda/

Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu

sahaja.

Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Page 13: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

13/68

Gambar 4 : Hyper inflasi di Zimbabwe

Gambar 5 : 100 Billion Zimbabwe Dollar boleh membeli 3 biji telur sahaja.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai

wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia

menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak

diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

KESIMPULAN:

Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda

menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas

anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga

merupakan kekayaan yang sebenarnya.

Page 14: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

14/68

Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan secara emas fizikal

2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas

2. Jongkong emas

3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh

dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas

sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti

berikut:

1. Mudah dibawa

2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.

3. Mudah ditunaikan.

4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)

5. Boleh digadaikan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan

kos upah membuat barang kemas tersebut.

Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli

barang kemas. Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang

kemas adalah hadiah yang paling baik.

Tips: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas

bukannya batu permata tersebut.

Page 15: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

15/68

Institusi yang menjual emas pelaburan.

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:

1. Maybank - Syiling Kijang Emas

2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas

3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas

4. Public Dinar – Dinar emas

5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas

6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

Untuk memberikan kefahaman yang lebih, saya akan menganalisis setiap institusi satu

persatu.

Maybank - Syiling Kijang Emas.

Salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.

Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of

Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank.

Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai

ketulenan 24K (999.9)

Page 16: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

16/68

BAGAIMANA MEMBELI SYILING KIJANG EMAS?

Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja. Lihat jadual di

bawah:

Memandangkan stok Kijang Emas adalah terhad maka anda perlu menelefon Maybank

tersebut untuk pastikan ada stok. Jika ada stok anda hanya perlu membawa wang yang

mencukupi ke Maybank untuk membeli Kijang Emas.

HARGA SYILING KIJANG EMAS.

Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan

diupdate setiap hari. Lihat di sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Page 17: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

17/68

KELEBIHAN KIJANG EMAS.

1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia

2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% - 6.6%)

3. Kualiti emas 24k (999.9)

4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)

5. Harga yang rendah

6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

KELEMAHAN KIJANG EMAS.

1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan

menerima kembali syiling berkenaan.

3. Boleh dibeli pad waktu banking hour Maybank sahaja.

4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.

5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai

kad kredit.

Bagi saya Syiling Kijang emas merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di

Malaysia.

Saya sendiri ada memiliki syiling Kijang Emas ini.

Gambar 6 : Syiling Kijang Emas di dalam bekasnya.

Page 18: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

18/68

Emas fizikal United Overseas Bank (UOB Bank)

Selain daripada Maybank, UOB Bank turut menjual syiling emas dan jongkong emas bagi

tujuan pelaburan.

Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:

1. Canadian Gold Maple

2. Australian Kangaroo

3. Singapore Gold Lion.

Anda boleh membaca maklumat berkenaan produk emas UOB Bank di sini:

http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

Gambar 7 : Laman web UOB Bank berkenaan produk emas fizikal.

Page 19: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

19/68

SYILING EMAS YANG DIJUAL OLEH UOB BANK.

Gambar 8 : Syiling Emas Canada Gold Maple

Gambar 9 : Syiling Emas Australian Kangaroo

Gambar 10 : Syiling Emas Singapore Gold Lion

Page 20: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

20/68

Untuk kategori gold bar pula UOB Bank menjual 2 jenis gold bar:

1. PAMP Suisse

2. Kinebar

Gambar 11 : Jongkong Emas PAMP Suisse Lady Fortuna

Gambar 12 : Gold Bar Kinebar

Page 21: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

21/68

HARGA EMAS UOB BANK

Harga emas UOB adalah di antara harga emas fizikal yang termurah di Malaysia. Harga

emas yang dijual pula akan berubah mengikut harga emas dunia.

Anda perlu merujuk website UOB Bank untuk mengetahui harga harian.

Ini linknya http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

BAGAIMANA MEMBELI EMAS PELABURAN DI UOB BANK?

Berdasarkan perbualan telefon antara saya dan staf UOB, saya dimaklumkan bahawa

kebanyakan emas fizikal ini dijual di cawangan utama UOB di Menara UOB Jalan Raja

laut, Kuala Lumpur.

Page 22: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

22/68

Cawangan lain ada juga menjual tetapi biasanya syiling yang kecil (kurang dari 1 Oz).

Anda dinasihatkan agar telefon dulu dan booking emas tersebut sebelum pergi membelinya.

Ini kerana permintaan terhadap gold bar dan syiling emas adalah tinggi dan UOB selalu

kehabisan stok. Setiap pembelian emas dari UOB Bank akan diberi sijil pembelian.

Waktu urus niaga ialah dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang.

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB

1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.

2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% - 19.6%)

3. Kualiti emas 24k (999.9)

4. Harga yang rendah

5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

KELEMAHAN.

1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat

laris.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan

menerima kembali syiling berkenaan.

3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB

tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.

4. Boleh dibeli pad waktu banking hour UOB sahaja.

Bagi saya Syiling emas yang dijual oleh UOB Bank merupakan salah satu emas pelaburan

yang terbaik di Malaysia. Ini kerana spread nya yang kecil. Emas yang dijual pula adalah

bertaraf antarabangsa.

Namun, bagi memaksimumkan keuntungan anda kena beli syiling emas yang beratnya 1Oz.

Semakin kecil berat syiling/gold bar maka semakin besar spreadnya.

Page 23: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

23/68

Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.

Selain daripada Maybank dan UOB Bank, terdapat

sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri

emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran

antarabangsa.

Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International

Sdn. Bhd. (Public Gold)

Syarikat ini beralamat di Penang. Ini adalah alamatnya:

Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U) 12E Ground Floor, Jalan Rumbia,

11900 Bukit Jambul, Penang.

www.publicgold.com.my

Tel : 04-644 9999

Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

Gambar 13 : Pejabat Public Gold di Penang

Page 24: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

24/68

Apa yang menarik ialah syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan

jongkong emas bertaraf antarabangsa. Ini kerana setiap emas yang dihasilkan mempunyai

sijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer”

EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD.

Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga

1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.

Gambar 14 : Jongkong emas 20gram dan 50 gram Public Gold

Page 25: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

25/68

Gambar 15 : Gold bar 100 gram Public Gold

Gambar 16 : Syiling Emas 50 gram Public Gold

Page 26: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

26/68

HARGA EMAS PUBLIC GOLD.

Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit

mengikut harga emas antarabangsa.

Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web

Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut daripada agen Public

Gold.

BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:

1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda

2. Membeli terus daripada Public Gold.

Jika anda ingin membeli emas daripada agen Public Gold anda boleh melihat senarai agen

di seluruh Malaysia di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-

malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

Jika anda ingin membeli terus daripada Public Gold maka anda boleh menelefon pejabat

Public Gold di talian Tel : 04-644 9999.

Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah

RM30.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara order dan membuat bayaran anda boleh

membaca di sini.

http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/lang,english/

Page 27: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

27/68

KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah

mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana

pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.

2. Harga yang dijual adalah kompetitif

3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)

4. Spread yang kecil (antara 5% - 6%)

5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public

Gold.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada

kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.

7. Emas Public Gold boleh digadaikan.

8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.

9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi

sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh

menjadi agen Public Gold.

Page 28: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

28/68

Pelaburan emas melalui Dinar Emas.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang

boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)

2. Dinar Emas Kelantan

Dinar emas Public Dinar Sdn. Bhd.

Public Dinar – anak syarikat Public Gold menjual emas pelaburan di dalam bentuk dinar.

Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Dinar dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

- 1 dinar

- 5 dinar

- 10 dinar.

Anda boleh melawati laman web syarikat di www.publicdinar.com

SPESIFIKASI DINAR EMAS PUBLIC DINAR.

Page 29: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

29/68

SIJIL KETULENAN.

Bagi setiap pembelian dinar emas Public Dinar, anda akan mendapat sijil ketulenan.

HARGA JUALAN PUBLIC DINAR

Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi

harganya akan berubah-ubah.

Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/

Page 30: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

30/68

Jika anda ingin membeli dinar emas Public Dinar maka anda boleh melihat senarai agen di

seluruh Malaysia di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-

malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.

2. Spread yang rendah (5% - 6%)

3. Boleh digadaikan di Ar-rahn

4. Design yang cantik

5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

Gambar 17 : Gambar jarak dekat dinar emas Public Dinar

Page 31: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

31/68

Dinar Emas Kelantan.

Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006. Laman web Dinar Emas

Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/

Ini adalah gambar dinar emas Kelantan.

Gambar 18 : Dinar Emas Kelantan (laminate)

Gambar 19: Dinar Emas Kelantan (tak laminate)

Ia terdapat di dalam 2 bentuk iaitu yang di laminate dan juga yang tidak di laminate. Jika

anda tanya saya yang mana satu patut dipilih maka saya cadangkan anda beli yang tak di

laminate. Sebabnya senang nak gadai.

Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah 2 Dinar, 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar

Page 32: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

32/68

BAGAIMANA MEMBELI DINAR EMAS KELANTAN?

Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di

kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan.

Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.dinarkel.com/wtb.html

Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar

emas kelantan di Ar-Rahn berikut.

Ar-Rahn Kajang

No. 10 Jalan Raja Harun

43000 Kajang

Selangor

Tel: 03-87361517

Fax: 03-87367552

Ar-Rahn Raja Laut No. 44G, Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26933433

Fax : 03-26933431

Ar-Rahn Rawang No. 49, Jalan Maxwell,

48000 Rawang, Selangor.

Tel : 03-60928441

Fax : 03-60928429

HARGA DINAR EMAS KELANTAN.

Harga belian dan jualan dinar emas Kelantan boleh dilihat

di laman web http://www.dinarkel.com/ .

Tengok kat penjuru kiri, bawah sikit, ada jadual seperti di

bawah:

Harga yang dipaparkan adalah harga belian dan jualan.

Selling = harga dinar yang dijual kepada pelanggan

Buying = harga belian daripada pelanggan

KEBAIKAN:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula

2. Boleh digadaikan di Ar-rahn

KELEMAHAN:

1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%

2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan

Page 33: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

33/68

Membeli emas fizikal di kedai emas.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas.

Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.

Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini

kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula

jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.

Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas

iaitu:

1. PAMP Suisse

2. Poh Kong Bunga Raya

JONGKONG EMAS PAMP SUISSE

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious

metals products).

PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka

dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada

logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia.

Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga

jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.

Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di Habib Jewel dan sesetengah kedai emas,

Page 34: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

34/68

Gambar 20 : PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

Gambar 21 : PAMP Suisse Lady Fortuna

Page 35: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

35/68

JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.

Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.

Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan

melawati laman web syarikat berkenaan di:

http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

Gambar 22 : Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

KEBAIKAN

1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit

2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.

KEBURUKAN

1. Harga emas yang dijual adalah tinggi

2. Kadang-kadang ada kos workmanship

3. Spread yang sangat tinggi (10% - 25%)

4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam

bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka

juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula.

Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, saya tidak

menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.

Page 36: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

36/68

Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh

membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)

2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya

nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.

Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Page 37: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

37/68

AKAUN PUBLIC BANK GIA.

Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh

Malaysia.

Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati

http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html

Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank.

Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20

gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah

5 gram dan dalam gandaan 1 gram.

Selain itu spread cuma RM4 gram. Memang murah berbanding Maybank GSPA

(perbezaan antara RM5.50 ++ /gram)

MELIHAT HARGA EMAS GIA

Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker?

turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Gambar: Harga emas harian Public bank GIA

Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur

Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur

.

Salah satu kelebihan akaun simpanan GIA ialah anda tak perlu simpan emas fizikal. Nilai

emas yang dibeli akan direkodkan ke dalam buku simpanan anda. Tak perlu takut hilang

emas.

Page 38: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

38/68

Saya sendiri telah membuka akaun Public Bank GIA di Public bank Ayer Keroh.

Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara

terperinci.

First sekali, untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda MESTI mempunyai akaun

simpanan (saving) dengan Public Bank. Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka

akaun simpanan terlebih dahulu. Pegawai Public Bank akan uruskan untuk anda.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu:

1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20)

Sumber: http://www.pbebank.com/en/en_content/personel/deposits/b_savings.html

2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250)

Sumber: http://www.pbebank.com/en/en_content/personel/islamic/index.html

Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA.

Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun

GIA.

Page 39: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

39/68

MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)

Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini

hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan

mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan

tertentu.

Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana

cawangan Maybank untuk membukanya.

SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:

1. Pelaburan minimum ialah 5 gram

2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang

Page 40: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

40/68

HARGA EMAS MAYBANK GSPA

Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Pe

rsonal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

KOMEN SAYA:

1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.

2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong

emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk

emas fizikal.

3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah

anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya

memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum

mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih

rendah daripada harga belian.

Page 41: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

41/68

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI

EMAS PELABURAN.

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor

berikut:

1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.

2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.

3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916

4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.

5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)

6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,

bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan

membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-

dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda

boleh membaca kisah Kijang Emas yang tercalar di sini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kisah-kijang-emas-yang-tercalar/

Page 42: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

42/68

Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli

iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau

akaun simpanan emas?

Jawapan saya.

BELI EMAS FIZIKAL.

Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan

emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh

anda tidak akan mengalami kerugian.

Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada

harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik

sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya

walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma

boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko

kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun

simpanan emas.

Gambar 23 : Beli emas fizikal. Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas.

Page 43: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

43/68

Topik 4: Harga emas di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua harga emas adalah tidak sama di antara satu institusi

dengan satu institusi yang lain. Dengan kata lain harga emas adalah bebas ditentukan oleh

penjualnya. Jadi, jangan complain tentang harga emas yang tak sama ye!

Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi kita untuk membeli emas pelaburan yang

hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa. Ini bagi meminimumkan kos membeli

emas pelaburan berkenaan.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di laman web ini:

http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh Maybank, UOB

Bank, Public Gold dan lain-lain lagi.

Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas

2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)

3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)

4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)

5. Harga Dinar Emas Kelantan

6. Harga Emas UOB Bank Gold Products

7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)

8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving

Page 44: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

44/68

Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Saya pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia menjana pendapatan

dengan emas.

Jadi di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan

emas. Tapi anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

Sebelum saya mengajar anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, saya berharap

anda dapat menyediakan mental anda terlebih dahulu.

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan

menguntungkan pelabur tetapi kena tahu tempoh masa yang perlu dibuat bagi

pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga

emas naik dan turun.

2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya

akan bergerak naik.

3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu

menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya.

Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena berniaga emas + membuat

pelaburan emas.

4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan

emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah

banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang

telah kerugian besar.

5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas

akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca dan bertanya. Jika

anda menghadapi masalah anda boleh menghubungi saya.

Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal

4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA

5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

6. Melabur sambil berniaga emas.

Page 45: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

45/68

Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai

aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama

yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan

menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir

langsung untuk menjual emas ini.

Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?

Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam

jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan

apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.

Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin

banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu.

Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka

semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

SEBAGAI CONTOH,

Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.

Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009

ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410

Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%

Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu

65% x RM23 712 = RM15 412.80

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216%

menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu

65% x RM36 024= RM23 415.60

Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324%

menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu

65% x RM48 336= RM31 418.40

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400

boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun

Page 46: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

46/68

Saya sendiri membuat teknik ini. Anda nak tengok emasnya? Ini dia:

Gambar 24 : Gold bar yang saya beli dan akan pegang untuk tempoh 20 tahun

Saya membeli gold bar PAMP Suisse Lady Fortuna 3 keping. 2 keping x 1 Ounce dan

sekeping 50 gram.

Dengan tenik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau

turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai aset di masa hadapan.

Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

Saya telah menulis tentang teknik ini di sini:

http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-

1/

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika

harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti

Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari

UOB Bank dan Public Gold gold bar.

Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.

Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok.

Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan

memperoleh keuntungan.

Page 47: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

47/68

Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar-

Rahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat

menggalakkan anda membeli emas fizikal.

Contoh bagi Kijang Emas:

p/s: Harga Kijang Emas pada 21/8/2009 ialah RM3388 (belian)

Berdasarkan kepada jadual di atas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi

untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan

Kebaikan:

1. Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran

kepada orang yang berminat nak beli emas fizikal anda. So boleh tambah untung lagi

Teknik 3 : Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal

Saya ada menulis teknik ini di sini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/buat-loan-bank-untuk-beli-emas-untung-ke/

Berdasarkan analisa saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang

menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang

baik.

“Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.

Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Page 48: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

48/68

KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk

tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April

2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda

dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi

RM2351 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga

RM2351 x 8 = RM18 808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan

bersih anda ialah RM5188.00

Anda akan untung 51.88% .

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini

(23/7/2008 – tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?

Ini pengiraannya:

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit

Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

Page 49: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

49/68

.

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata

pulangan ialah 20% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.

MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?

Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar

pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.

Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas

memang berpotensi tinggi meningkat naik.

Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke

seluruh dunia.

Gambar 25 : Buku-buku bacaan dan kajian saya berkenaan emas dan sistem kewangan

Page 50: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

50/68

Gambar 26 : Kebanyakan penulis buku pelaburan meramalkan harga emas akan naik

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik

sehingga mencecah USD1000 / Oz.

Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun

1970-an hanyalah USD35/Oz.

Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada

USD 1000 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD953 USD / Oz)

Page 51: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

51/68

BAGAIMANA DENGAN SAYA? ADAKAH SAYA MEMBUAT TEKNIK INI?

Saya memang membuat teknik ini. Bagi saya, ilmu yang baik + tindakan yang betul akan

mendatangkan keuntungan yang besar.

Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan.

Daripada duduk termenung menunggu kenaikan harga emas, lebih baik saya tambah

income dengan menjual emas.

Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya start dengan RM30 000,

kemudian tambah lagi kepada RM50 000 dan akhirnya mencecah RM110 000.

Kesemua ini saya beli emas. Memang untung sebab selain daripada menikmati kenaikan

harga emas, saya juga mendapat pendapatan sampingan daripada menjual emas.

Ini dinamakan melabur sambil berniaga :) hehehe...

Gambar 27 : Surat loan Bank Rakyat - semua invest di dalam emas.

Page 52: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

52/68

Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA

Selain daripada menjana keuntungan melalui emas fizikal, akaun simpanan emas Public

Bank GIA juga boleh membantu anda menjana keuntungan

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia

(spot gold + exchange rate bank + untung bank).

Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas

naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM4) maka anda boleh

mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM4.

hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

Page 53: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

53/68

Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008

(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…

Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27

Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan

memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00

(RM10.28 x 300 gram = RM3084)

Kalah dividen setahun ASB betul tak?

Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda.

Anda juga boleh membaca artikel ini di blog Jutawanemas di sini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-

emas-gia-anda/

Tip ini jika dilakukan dengan betul akan menambahkan keuntungan anda.

SIFAT HARGA EMAS.

Untuk berjaya di dalam pelaburan emas , kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam

kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend sama

ada harga menaik atau harganya menurun.

Page 54: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

54/68

Mari kita lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik… kemudian

turun…. lepas tu naik balik… lepas tu turun… kemudian harga naik balik…

gambar: harga pasaran emas yang menaik dan menurun

Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan

fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan

BEBERAPA ISTILAH PENTING.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu

support dan resistance.

Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.

Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

Bagaimana mengetahui sama ada trend harga menaik atau menurun?

Jawapan, anda boleh melawat blog saudara Hafiz di http://pampsuisse.blogspot.com/ .

Beliau aktif membuat analisis teknikal harga emas. Kalau tak faham anda boleh bertanya

beliau di ruangan sembang-sembang emas blog jutawanemas.com

Page 55: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

55/68

MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENAIK.

Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.

Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.

Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98

Page 56: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

56/68

Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak

RM8.03/gram!

Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je)

(Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik?

nak jual semua ke?

Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu

menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:

RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17

gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus

menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENURUN.

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah

meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance.

Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.

Page 57: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

57/68

Gambar: Trend harga menurun

Apa nak buat?

Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je.

Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan.

Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai

support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan

bermula kembali.

Penantian suatu penyeksaan, tapi apabila harga target dah sampai.. maka kita start beli

balik emas GIA.

Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses diatas. InsyaAllah anda boleh dapat

banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

TEKNIK MEMBELI EMAS GIA KETIKA HARGA NAK NAIK.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga.

2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera

Page 58: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

58/68

Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan

emas fizikal.

Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold

Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat

Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?

Nampak harga emas tengah mahal nie?”

(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:

“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas

fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu

dan tunggu harga murah?

Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

JAWAPANNYA.

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya.

Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat

dan terbaik.

Page 59: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

59/68

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh

dipajak. Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas)

cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Pajak memang tak boleh.

Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan

emas fizikal.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak,

kemudian beli emas fizikal lagi.

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.

Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

Gambar 28 : Sebagai contoh, harga emas meningkat 26% dalam masa kurang 2 bulan

Page 60: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

60/68

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu

2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank

3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu

4. Kira keuntungan

TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN

PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)

2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.

3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman

4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.

No problem kalau modal anda besar.

5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi

6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu

7. Kira keuntungan anda

Page 61: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

61/68

Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan

pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada

apabila harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

Berdasarkan kepada analisis saya, inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan

anda menjana pendapatan tidak kira sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda

membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan

oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran

jatuh maka anda kena tunggu lagi.. pergh.. ini adalah waiting game.

Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan menjadi agen Public Gold.

Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja

boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri

namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan

yang sangat berkualiti, murah harganya dan dapat

menjana pendapatan sampingan.

Sewaktu saya mula menulis blog jutawanemas.com pada bulan Jun 2008, saya tidak

mengenali Public Gold lagi. Saya cuma mengenali Kijang Emas, Syiling Emas UOB Bank,

Dinar Emas Kelantan dan juga PAMP Suisse.

Namun pihak Public Gold telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka

merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga

antarabangsa. Saya begitu teruja mendengar cerita tersebut. Akhirnya saya pun pergi ke

pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dalam bulan September 2008.

Anda boleh baca kisah tersebut di sini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/membeli-dan-menjual-emas-fizikal-melalui-

syarikat-public-fine-gold-international-sdn-bhd/

Kemudian Public Gold telah menawarkan peluang untuk mereka yang berminat menjadi

agen dengan modal RM30 000 sahaja. Modal itu semuanya digunakan untuk membeli emas

pada harga semasa. Memang tak rugi.

Page 62: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

62/68

Gambar 29 : Pejabat Assay Office - tempat ketulenan emas Public Gold diuji

Gambar 30 : Produk Public Gold iaitu Jongkong Emas dan Dinar Emas.

Page 63: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

63/68

Faktor yang menarik perhatian saya ialah:

1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut

pergerakan harga emas antarabangsa.

2. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok seperti Kijang

Emas dan syiling emas UOB. Apabila harga emas rendah pelanggan tetap boleh

membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas

mereka sendiri. Ini barulah penjual emas pelaburan yang sebenar.

3. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun

plastiknya dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya

masih lagi sama. Ini adalah jaminan daripada pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng.

4. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB Bank yang tidak menerima kembali syiling

emas mereka sekiranya bercalar. Emas Public Gold memang memberikan

ketenangan fikiran kepada pembelinya. Kita tak perlu risau.

Sebagai penyelidik tentang pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold

menawarkan peluang keemasan yang genuine kepada mereka yang berminat dengan

pelaburan emas.

Komisen yang ditawarkan oleh Public Gold ialah 1.5% daripada nilai jualan. Jika anda

telah berjaya membina rangkaian pelanggan maka anda sendiri boleh membeli dan menjual

emas milik pelanggan anda. Ini membolehkan anda mendapat komisen sehingga 5% - 6%.

Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas

Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini.

Inilah peluang yang unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga

merupakan peluang perniagaan.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh membaca artikel-artikel berikut

di dalam blog jutawanemas.com

1. http://jutawanemas.com/v1/public-gold/peluang-keemasan-untuk-anda-menjadi-

agen-public-gold/

2. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/nak-buat-business-emas-baca-tips-ini/

Jika anda ada sebarang soalan berkenaan menjadi agen Public Gold, anda boleh

menghubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya.

Page 64: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

64/68

Topik 6 : Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas.

Jika anda betul-betul berminat mendapatkan bacaan tambahan mengenai emas, maka anda

boleh mendapatkannya di website www.amazon.com

Ini kerana bahan-bahan bacaan mengenai pelaburan emas sangat berkurangan di Malaysia.

Saya sendiri pun mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan mengenai

pelaburan emas di kedai buku tempatan. Justeru, kebanyakan buku saya tempah di

Amazon.com

Untuk membeli buku daripada Amazon.com anda perlukan kad kredit. Jika tiada masalah

anda boleh mendapat buku daripada Amazon.com di dalam tempoh 2-3 minggu.

Cara mencari buku pelaburan emas di Amazon.com.

Gambar 31 : Pilih search books - taipkan gold investment

Page 65: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

65/68

Gambar 32 : Anda boleh lihat keputusan carian.

Gambar 33 : Klik add to shopping cart

Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.

Mudah ajer…

Page 66: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

66/68

Topik 7 : Skim pelaburan emas.

Di Malaysia anda boleh menjumpai syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan jika anda

menyertai skim pelaburan mereka. Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini

boleh dipercayai?

Justeru saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas.

2. Menyertai skim pelaburan emas

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya.

Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

Pelaburan emas.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini

anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah

untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda

jual untuk mendapat keuntungan.

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala.

Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

Skim Pelaburan Emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas.

Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana

dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik

perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan

emas. Namun di sini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan

emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan

emas nie.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, di sini saya ada sedikit panduan

untuk anda:

Page 67: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

67/68

Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.

anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/

Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Tidak ada

gunanya anda membayar harga yang tinggi semata-mata mahukan pulangan bulanan

3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos

sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan

mengurangkan keuntungan pelabur.

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.

Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan

tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.

Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda

kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!

Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?

Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’

Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,

minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.

Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah

di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.

Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.

Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.

Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

Faktor risiko.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah

pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi

Page 68: eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Hak Cipta Terpelihara Rahsiaemas.com

68/68

sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim

pelaburan emas ada risikonya.

Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat

menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk

menyertai program-program pelaburan emas.

Anda boleh rugi besar

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Ok, I sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan

sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:

.

1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.

Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan

aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan

yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah.

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat

semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

Kesimpulan:

Sebelum anda rasa teruja dan mahu menyertai skim pelaburan emas. Cuba senaraikan

faktor-faktor kenapa anda perlu mengelakkan skim-skim ini terlebih dahulu. Cari aspek

negatif syarikat terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak menjumpai aspek negatif barulah

anda boleh consider untuk join skim pelaburan emas ini.

Ok, setakat ini dahulu e-book menyingkap rahsia pelaburan emas: teknik-teknik menjana

kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN.. Semoga anda akan mendapat manfaat

daripada e-book ini.

Sekian wassalam.