e-book etnik iranun

22
ADAT ISTIADAT TURUN-TEMURUN

Upload: others

Post on 14-Feb-2022

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-book Etnik Iranun

ETNIK IRANUNADAT ISTIADAT TURUN-TEMURUN

L e m b a g a K e b u d a y a a n N e g e r i S a b a h

Page 2: e-book Etnik Iranun

SinopsisEtnik Rungus atau juga dikenali sebagai ‘Momogun Rungus’ atau ‘Momogun’merupakan salah satu daripada etnik Bumiputera dari kumpulan Anak NegeriSabah. Terdapat banyak andaian yang dikaitkan dengan asal usul etnik Rungusdi Negeri Sabah atau dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara. Menurut mitosdan legenda Nunuk Ragang, etnik Rungus dikatakan berasal dari NunukRagang iaitu suatu tempat yang terletak di Daerah Ranau, Sabah. Terdapat jugabeberapa teori yang lain iaitu teori penghijrahan dari Tanah Besar China, etnikDayak dari Kalimatan dan Kepulauan Luzon di Filipina. Berdasarkan kajianetnologi yang dijalankan oleh Arena Wati (1978:9, dalam Jeubirin Bin Sopital,2000:47), beliau menyatakan ciri-ciri fizikal orang Rungus iaitu kulit berwarnakuning langsat, bertubuh kecil dan agak pendek seperti orang Cina sehinggabeliau mengandaikan bahawa orang Rungus termasuk dalam rumpun Monggol.Menurut Inggul Pulok (1991), bilangan sebenar penduduk berketurunanMomogun Rungus di Negeri Sabah tidak dapat dipastikan dengan tepat keranatiada banci khusus bagi penduduk Momogun Rungus oleh Jabatan Perangkaan.Perkara tersebut berlaku kerana Momogun Rungus dikategorikan dalam etnikKadazandusun. Keunikan yang terdapat dalam amalan budaya etnik Rungusadalah dari segi adat perkahwinan yang kaya dengan pelbagai adat danperaturan yang diwarisi dari nenek moyang mereka.

Page 3: e-book Etnik Iranun

PengenalanEtnik Iranun mempunyai adat istiadat dan pantang larang yangunik dan menarik, namun adat istiadat tersebut biasanyadisesuaikan dengan agama Islam sehingga menjadi sebutanoleh orang-orang tua bahawa su adat a Iranun magayunagu’sara’; upun masupak ian su sara’,kena’ adat a Iranun . Antaraadat istiadat dan pantang larang yang masih dipraktikkansehingga kini ialah adat menyambut kelahiran bayi dan adatkematian. Bab ini menerangkan lebih lanjut mengenai adatkelahiran bayi dan adat kematian yang diamalkan dalamkalangan etnik Iranun.

Page 4: e-book Etnik Iranun

Adat IstiadatKelahiran

Adat menyambut kelahiran bayi bagi etnik Iranun banyakdipengaruhi oleh amalan agama Islam. Walau bagaimanapun, iadisesuaikan dengan adat istiadat etnik Iranun. Selepas bersalin,seorang ibu akan menjalani beberapa pantang larang dan adatistiadat tertentu sepanjang tempoh berpantang. Bagi bayi yangbaru lahir pula, terdapat beberapa upacara yang akan diadakanbermula daripada kelahiran sehingga dia membesar.

Page 5: e-book Etnik Iranun

Qamat (Iqamat)atau Azan

Sebaik sahaja seorang bayi dilahirkan, bayi tersebut akandiazankan atau diqamatkan. Upacara mengazankan dibuat padabayi lelaki dan qamat dibuat pada bayi perempuan mengikutkepercayaan agama Islam. Tujuannya adalah untuk memohonperlindungan Tuhan agar bayi tersebut terhindar daripadagangguan syaitan dan juga memberikan agama kepadanya iaituagama Islam.

Page 6: e-book Etnik Iranun

Menanam Ikadua(Tembuni) atau Uri

BayiSelepas proses azan atau qamat, tembuni bayi akan dicuci,dibungkus dengan kain putih dan dimasukkan ke dalamtempurung. Tempurung tersebut akan ditanam bersama-samadengan kelapa tua berhampiran dengan rumah si ibu untukmenandakan kelahiran bayi. Proses menanam tembuni akandisempurnakan oleh bidan yang merawat si ibu. Si ibu dantetamu akan dihidangkan dengan nasi bercampur isi kelapa tuadan tujuh biji telur rebus.

Page 7: e-book Etnik Iranun

Majlis Nggunting(Mencukur atauMengguntingRambut)

Pada hari ketujuh, majlis nggunting rambut bayi akan dijalankan.Dalam majlis ini, rambut si bayi akan ditimbang. Keluarga si bayiakan membeli emas dan perak yang sama berat denganrambuttersebut untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Sekiranyakeluarga bayi tersebut tidak mampuuntuk membeli emas atauperak, ia akan digantikan dengan wang dan sebagainya.Antaraperalatan yang digunakan semasa majlis nggunting ialahgunting, emas, palias , denggau kunyit dan daun sirih yangdiletakkan dalam sebuah dulang.Air juga akan diisi dalam talamsemasa bacaan berzanji. Semasa berzanji, seramai tujuh orangatau lebih akan terlibat dalam acara tersebut. Bunga telur atauhadiah kecil akan diberikan oleh tuan rumah kepada para tetamuyang hadir sebagai hadiah atau cendera kenangan.

Page 8: e-book Etnik Iranun

Bagi keluarga yang mampu, seekor ternakan bersaiz besarseperti lembu atau kerbau disembelih semasa majlis mencukur

rambut

Lembu yang disembelih untuk aqiqah dibuat secara gotong-royong

Page 9: e-book Etnik Iranun

Penyerahan peralatan untuk aqiqah dibuat selepas lembudisembelih

Penerimaan peralatan untuk upacara mencukur rambut(bergunting) yang dilakukan dengan penuh istiadat

Dua orang bayi kembar selepas bergunting

Page 10: e-book Etnik Iranun

Beberapa bulan selepas kelahiran, tali pusat bayi akan keringdan gugur. Walau bagaimanapun, tali pusat bayi tidak akandibuang begitu sahaja, sebaliknya akan disimpan di dalam piusu’a pused, iaitu di dalam ketupat. Bentuk ketupat tersebutberlainan daripada bentuk ketupat yang biasakerana bentuknyayang menyerupai jantung.Ketupat ini dianyam daripada daun serdang untuk ketahanannyakerana ia dikhususkan untuk menyimpan tali pusat semua anak-anak yang lahir di dalam keluarga tersebut. Menurutkepercayaan etnik Iranun, tali pusat yang disimpan bersamadengan tali pusat adik-beradik yang lain akan lebih mengeratkanlagi kasih sayang antara mereka.

Menyimpan Pused(Tali Pusat)

Piusu’ a Pused

Page 11: e-book Etnik Iranun

Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dalam kalendar Islamdianggap kurang bernasib baik kerana bulan tersebut dianggaptidak baik. Bagi mengelakkan kecelakaan atau nasib malang,bayi tersebut akan ditimbang semasa menyambut hari MauludNabi. Upacara menimbang dilakukan bukan untuk mengetahuiberat bayi tersebut tetapi sebagai satu simbolik untuk memohonpertolongan Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.Peralatan yang digunakansemasa upacara menimbang bayiialah sebatang penumbuk padi yang dibalut dengan tujuh hastakain putih, sebekas air, seikat kayu, seperiuk nasi dan tujuh bijikelapa muda.

DtimbangSawata’(Menimbang

Bayi) pada Bulan Safar

Page 12: e-book Etnik Iranun

Etnik Iranun sangat berhati-hati dalam soal memilih nama bayiyang baru lahir. Nama yang dipilih haruslah nama yang baik dansesuai dengan agama Islam. Ia dibuat bagi membezakan merekadaripadaorang yang beragama Islam dan bukan Islam. Selain itu,nama panggilan juga dianggap penting kerana ia akanmempengaruhi keperibadian bayi tersebut pada masa akandatang.

Peng’aran Sawata’(Menamakan Bayi)

Selepas seorang ibu melahirkan anak, bidan memainkanperanan penting untuk merawat, memberikan ubat, menjagaserta merawat si ibu dan si bayi selama 44 hari selama tempohberpantang. Bagi memulihkan kesihatan si ibu, bidan akanmemandikan ibu serta bayi dengan bacaan doa selamat.Selepas tamat tempoh berpantang, bidan dengan secararasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga siibu.

Rawatan Pandai(Bidan)

Page 13: e-book Etnik Iranun

Si ibu tidak boleh mengambil makanan secara sembarangan.Si ibu hanya dibenarkan untuk makan bubur atau nasiberlaukkan ikan goreng dan sayur rebus. Si ibu juga perlumakan ubat khusus yang disediakan oleh bidan. Dietpemakanan ibu yang baru bersalin akan dikawal rapisepanjang tempoh berpantang.Si ibu tidak boleh minum air sejuk selama tujuh hari danhanya boleh minum air yang mengandungi ubat daripadaramuan herba terpilih untuk memulihkan kesihatannya. Si ibujuga diwajibkan mandiair suam yang dicampur denganramuan herba khas iaitu daun sambung.Si ibu harus memakai kain sarung atau kain batik yangberwarna gelap kerana dipercayai warna yang terang adalahtidak baik untuk kesihatan mata bayinya.Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum habis tempohberpantang (44 hari) bagi mengelakkan daripada diserangangin sejuk. Si ibu juga perlu memakai bedak paus iaitusejenis bedak berwarna hitam atau putih yang disapu dikedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkandaripada kesejukan.

Terdapat beberapa pantanglarang yang perlu diamalkan oleh siibu yang baru bersalin antaranya ialah:-

1.

2.

3.

4.

Pantang Larang semasaBerpantang

Page 14: e-book Etnik Iranun

Sebagai penganut agama Islam, etnik Iranun mengadakan majlisberkhatan apabila anak-anak mereka sudah mencapai umuryang sesuai untuk berkhatan. Lazimnya, anak perempuan akandikhatankan setelah berumur lima tahun sementara anak lelakipula dikhatankan setelah berumur 12 tahun hingga 15 tahun.Selepas berkhatan, barulah anak-anak mereka dianggap sebagaiorang Islam yang sebenar-benarnya. Upacara berkhatanbiasanya diakhiri dengan satu jamuan yang akan diadakan samaada di masjid atau di rumah kanak-kanak tersebut.

Dturi’ (Majlis Berkhatan)

Dalam adat istiadat lalawan (kematian), sekiranya berlaku keskematian, berita tersebut hendaklah diumumkan kepadapenduduk kampung atau masyarakat sekitar. Amalan tersebutdibuat sesuai dengan adat masyarakat iaitu “Senang samadirasa, susah sama ditanggung” dalam kalangan etnik Iranun.

Adat Lalawan(Kematian)

Page 15: e-book Etnik Iranun

Terdapat dua kaedah untuk menghebahkan berita kematian iaitucara untuk orang biasa dan cara untuk orang bangsawan. Beritakematian orang biasa diumumkan dengan cara pukulan tabu’atau tabuh di masjid. Sementara hebahan bagi golonganbangsawan yang keturunan Datu atau Sharif, dihebahkandengan cara paluan balu’ atau baluan. Balu’ atau baluanmerupakan gabungan pukulan alat muzik seperti gong danbabendir. Mbalu akan dibuat semasa kematian, pada waktusubuh (menjemput untuk berkunjung) dan semasa mayatdiusung. Pukulan balu merupakan simbol yang menyatakanumur, jantina dan kedudukan dalam masyarakat.

Mbalu’ (Hebahan Berita

Kematian)

Page 16: e-book Etnik Iranun

Tuan rumah atau ketua keluarga tempat berlakunyakematianakan mengarahkan para pengusung jenazah untukberhenti seketika di hadapan rumah. Ketika itu ahli keluarga simati diminta menyusup masuk di bawah keranda untuk beberapakali kerana mereka mempercayai bahawa dengan cara itumereka yang hidup tidak akan tercari-cari keluarga yang telahpergi buat selama-lamanya.Semasa keranda diusung ke tanah perkuburan, mereka yangberjalan ke arah bertentangan dengan rombongan jenazah harusberpatahbalik, berhenti atau mengambil jalan lain supaya tidakbertembung. Kononnya, mereka yang mengusung jenazahtersebut dikhuatiri menurut ‘jejak langkah’ si mati. Bagi merekayang tinggal di rumah, biasanya kaum wanita akan memastikananak-anak mereka tidak tidur semasa rombongan jenazahmelalui hadapan rumah. Selain itu, mereka menabur abu semasajenazah betul-betul melintasi pintu pagar rumah sambil berkata,sa’an den sulangun a karata’an inaid ka...

Semasa MenghantarJenazah

Page 17: e-book Etnik Iranun

Datu/Bai - payung berwarna hijauSyarif /Syarifah - payung berwarnakuningOrang biasa - payung berwarna putih

Datu/Bai - 12 (Wanita), 15 (Lelaki)Syarif/Syarifah - 12, 15Orang biasa – 10 (Wanita), 12 (Lelaki)Kanak-kanak - 5 (Perempuan), 8 (Lelaki)Bayi yang meninggal dalam kandungan atau bayi yangmeninggal ketikaumurnya belum mencecah 30 hari - 4 tingkat

Dalam masyarakat Iranun, pemasangan pandi’ amat pentingselepas pengebumian sebagai satu simbol dan maklumankepada masyarakat sekitar bahawa penduduk kampung tersebuttelah kehilangan seseorang yang disayangi. Selain itu pandi’berfungsi sebagai pemberitahuan umurdan keturunan individuyang meninggal.

Warna Payung1.2.3.

Bilangan Payung1.2.3.4.5.

Pandi’ (Payung)

Satu hal yang menarik perhatian dalam masyarakat etnik ialahmereka meletakkan sepasang nisan untuk lelaki dan hanya satunisan untuk wanita. Batu nisan diletakkan sedemikian agar kaumkeluarga dapat mengenali jantina si mati meskipun tanpamencatat namanya. Selain itu, ia memudahkan tukang rigumenjirus pusara tersebut dengan air cendana ketika dikunjungi,terutamanya semasa hari raya puasa dan hari raya haji.

Linsam (Nisan)

Page 18: e-book Etnik Iranun

Etnik Iranun juga mengamalkan satu budaya yang unik selepaspengebumian jenazah yang dipanggil dtunggu’ sa tampat atau menunggukuburan iaitu menjaga kawasan kubur si mati. Bagi golongan orang biasa,adat dtunggu’ sa tampat dijalankan selama tujuh malam. Sementara kuburgolongan Datu’/Bai dan Syarif/Syarifah dijaga dalam tempoh yang lebihpanjang iaitu 21 hingga 40 malam. Sepanjang tempoh berkabung,sebarang majlis berbentuk hiburan tidak dibenarkan sama sekali bagimenghormati keluarga si mati.

Upacara Dtunggu’

Palut diletakkan di atas Bangkai-bangkaian mengikutbilangan anakatau cucu si mati.

Tanah perkuburan etnik Iranun yang barumeninggal dunia akan dipagari agar

bintang ternakan tidak masuk danmerosakkan kelambu yang dipasang di

arasnya. Gambar diambil di kawasanTanah Perkuburan Kampung Merabau,

Kota Belud.

Page 19: e-book Etnik Iranun

Sekiranya seseorang yang berketurunan Datu/Bai meninggal dunia,tempohberkabung bagi kanak-kanak ialah 20 hari dan 40 hari bagi orang dewasa.Sekiranya terdapat individu yang membenarkan orang bermain gong,kulintangan, gendangatau pancaragam di rumahnya (mereka disebutsebagai gkalilang) sepanjang tempoh berkabung sedangkan merekamenetap di kampung yang sama atau satu kawasan perkuburan makamereka telah melanggar adat lalawan. Jika sabit kesalahan akan dikenakandiat sebanyak 10 pikul atau RM1,000.00 atau seekor ternakan besar.Sekiranya seseorang yang berstatus tinggi (disebut sebagai orang besar)meninggal dunia, tempoh berkabung ialah tujuh (7) hari bagi kanak-kanakdan 20 hari bagi orang dewasa.Sekiranya terdapat individu yangmembenarkan orang bermain gong, kulintangan atau gendang di rumahnyaatau pancaragam (mereka disebut sebagai gkalilang) dalam tempohberkabung sedangkan mereka menetap di kampung yang sama atau satukawasan perkuburan maka mereka telah melanggar adat lalawan. Jika sabitkesalahan akan dikenakan diat sebanyak 5 pikul atau RM500.00 atau seekorternakan.Sekiranya seseorang mengganggu jenazah atau membuat kecoh ataupunpergaduhan semasa majlis pengebumian, maka individu tersebut akandikenakan diat sebanyak 2 pikul atau RM200.00.Sekiranya seseorang memalukan si mati dengan mengatakan keburukannyamaka diaakan dikenakan diat sebanyak 3 pikul atau RM300.00 atau seekorternakan kerana melanggar adat lalawan.Sekiranya seseorang memaki hamun si mati maka dia akan dikenakan diatsebanyak 10 pikul atau RM1000.00 atau seekor ternakan besar keranamelanggar adat lalawan.Sekiranya seseorang melakukan kesalahan seperti merogol, meliwat,memukul, memotong, menampar, menumbuk dan sebagainya ke atasjenazah dengan tujuan untuk membalas dendam, maka dia akan dikenakandiat sebanyak 100 pikul atau RM10,000.00 atau 10 ekor ternakan besarkerana melanggar adat lalawan.

Sekiranya berlaku kematian dalam kalangan etnik Iranun, banyak adat istiadatdan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Sekiranya berlakupelanggaran adat kematian, individu tersebut akan dikenakan diat (denda).Berikut merupakan hukum adat kematiandalam kalangan etnik Iranun:-

Semasa MenghantarJenazah

Page 20: e-book Etnik Iranun

Sekiranya orang asing yang tinggal di perkampungan etnik Iranun danmempunyai rumah sendirimeninggal dunia, tempoh berkabung adalahselama tujuh hari. Sekiranya terdapat individu yang bermain muzikcontohnya permainan pancaragam atau nyanyian semasa tempohberkabung, maka gkalilang tersebut akan dikenakan diat sebanyak 1 pikulatau RM100.00 atau seekor ternakan.Sekiranya seseorang yang bukan daripada kampung tersebut (orang asing)secara kebetulan singgah di perkampungan etnik Iranun dan meninggaldunia, tempoh berkabung adalah sehingga jenazah tersebut dibawa pergidari kampung tersebut atau dikebumikan. Sekiranya jenazah perludikebumikan di kampung tersebut, maka ahli keluarga si mati perlu memintaizin atau kebenaran terlebih dahulu daripada ketua kampung. Sekiranyaterdapat individu yang bermain muzik atau pancaragam sepanjang tempohberkabung, maka gkalilang tersebut akan dikenakan diat 5 kasinantan atauRM50.00 atau seekor ternakan.Sekiranya terdapat Datu/Bai atau orang biasa yang meninggal dunia dalamsatu kumpulan dalam perkampungan sedangkan mereka masih dalam satutempat kawasan perkuburan, larangan untuk gkalilang dan bermainpancaragam masih berkuat kuasa. Kebenaran untuk membunyikan alatmuzik hanya boleh diperoleh sekiranya mendapat kelulusan bertulisdaripada Ketua Kampung. Jika sabit kesalahan akan dikenakan diatsebanyak 5 pikul atau RM500.00 atau seekor ternakan.Sekiranya seseorang yang bukan berketurunan Datu/Bai meninggal duniadan ahli keluarga si mati memukul gong untuk balu-balu, maka mereka telahmelanggar adat bpagumlal-umbal dan akan dikenakan diat sebanyak 5 pikulatau RM500.00 atau seekor ternakan.Sekiranya orang biasa meninggal dunia dan keluarganya memasangkelambu kuning dan hijau di atas kubur si mati, maka keluarga tersebut akandikenakan diat sebanyak 5 pikul atau RM500.00 atau seekor ternakankerana melanggar adat bpagumlal-umbal.Jika seseorang yang bukan berasal dari kampung tersebut meninggal diperkampungan etnik Iranun dan kelurganya ingin mengikut adat lalawanetnik Iranun kerana tanda kasih sayang kepada si mati, maka keluargatersebut hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Kampungmengenai kawasan perkuburan si mati. Tempoh berkabung adalahselamatujuh hari sahaja(40 hari bagi keturunan Datu/Bai). Sekiranya mereka tidakmendapat kebenaran daripada Ketua Kampung, maka keluarga tersebutboleh dikenakan diat 5 pikul atau RM500.00 atau seekor ternakan keranamelanggaradat bpagumbal-umbal (mengada-adakan).

Page 21: e-book Etnik Iranun

Sekiranya terdapat orang asing atau orang biasa menggunakan kelambuatau payung bertingkat berwarna hijau atau kuning di atas kuburkeluarganya di perkampungan etnik Iranun keluarga tersebut akandikenakan diat sebanyak 5 pikul atau RM500.00 atau seekor ternakankerana melanggar adat bpagumbal-umbal.Sekiranya seseorang didapati membakar kuburan secara sengaja atausebaliknya, orang tersebut telah melanggar adat bpanutung dan dikenakandiat 4 pikul atau RM400.00 atau seekor ternakan.Seseorang yang didapati mengorek atau merosakkan kuburan secarasengaja atau sebaliknya telah melanggar adat bpaminasa (merosakkan).Pesalah tersebut akan dikenakan diat 10pikul atau RM1,000.00 atau seekorternakan bersaiz besar.Sekiranya seseorang didapati telah mengorek atau merosakkan kuburansecara sengaja atau sebaliknya sehingga jenazah dalam kuburan tersebutterlerai ke atas,orang tersebut telah melanggar adat bpaminasa. Pesalahtersebut dikenakan diat sebanyak 5 pikul atau RM5,000.00 atau lima (5) ekorternakan yang besar.Seseorang yang mengotorkan kubur atau perkuburan dengan caramembuang sambah,najis dan benda-benda kotor secara sengaja dianggapmelanggar adat bpaminasa. Pesalah akan dikenakan diat 5 pikul atauRM5,000.00 atau seekor ternakan.Sekiranya seseorang itu didapati tidur di atas kubur secara sengaja dankubur tersebut bukan dari kalangan keluarganya, maka pesalah tersebutakan dikenakan diat 1 pikul atau RM100.00 atau seekor ternakan.Lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks di atas kubur telahmelanggar adat istiadat etnik Iranun yang dipanggil dayus. Pesalah tersebutakan dikenakan diat 30 pikul atau RM3,000.00. 20 pikul atau RM2,000.00adalah denda untuk si lelaki dan 10 pikul atau RM1,000.00 denda untuk siperempuan.Sekiranya dua orang lelaki melakukan perbuatan liwat di atas kubur,kesalahan tersebut juga dianggap melanggar adat dayus. Kedua-duapesalah tersebut akan kenakan diat 30 pikul atau RM3,000.00 atau tigaekorternakan bagi setiap seorang.Seseorang yang merogol jenazah yang sudah disemadikan dianggapmelanggar adat dayus murka. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan diat 100pikul atau RM10,000.00 atau 10 ekor ternakan bersaiz besar. Pesalahtersebut akan dibuang negeri dan tidak lagi dibenarkan tinggal dalamkampung atau kawasan tersebut.

Page 22: e-book Etnik Iranun

Dilarang menegurikan yang datang dalam kuantiti yangbanyak kerana ia akan berkurangan.Dilarang menegurapu’ bagua’ kerana dikhuatiri ia akan cepatdatang.Dilarang menegur benda-benda ganjil dan jarang datangkerana dikhuatiri ia adalah masapSekiranya kaki tersadung semasa melangkah untuk ke laut,perjalanan harus dibatalkan keranaia merupakan petandaatau alamat buruk.Dilarang membakar ikan semasa sedang menangkap ikan.Dilarang meminta atau menempah hasil tangkapansedangkan nelayan belum turun ke laut, dikhuatiri tidakmendapat sebarang hasil.

Etnik Iranun yang terkenal dengan aktiviti menangkap ikanmempunyai banyak pantang larang ketika turun ke laut.Contohnya, semasa sedang menangkap ikan, mereka hendaklahbersikap tenang sekiranya mendapat hasil yang banyak ataupuntidak. Antara pantang larang lain adalah seperti berikut:-

1.

2.

3.

4.

5.6.

Pantang Larang SemasaMenangkapIkan