manual teknologi penanaman cendawan

Upload: jleemax

Post on 09-Feb-2018

909 views

Category:

Documents


179 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    1/49

    Khairul Asfamawi Khulidin, Aminuddin Hussin,dan Mohd Hassan Wagiran

    M A N U A LTEKNOLOGI PENANAMAN

    CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    2/49

    M A N U A L

    TEKNOLOGI PENANAMANCENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    3/49

    M A N U A L

    TEKNOLOGI PENANAMANCENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI

    Khairul Asfamawi Khulidin, Aminuddin Huss in, danMohd Hassan Wagiran

    Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    4/49

    KANDUNGAN

    Penghargaan ii

    Prakata iii

    1.0 Pendahuluan 1

    2.0 Scenario penanaman cendawan di Malaysia 3

    3.0 Pengenalan mengenai cendawan 5

    4.0 Kepelbagaian cendawan terdapat di Malaysia 8

    5.0 Cendawan tiram kelabu 9

    5.1 Penanaman cendawan tiram kelabu dengan menggunakan habuk kayu getah 9

    5.1.1 Penyediaan substrat beg makanan 9

    5.1.2 Pengukusan beg cendawan 14

    5.1.3 Penyuntikan benih 16

    5.1.4 Memungut hasil 18

    5.1.5 Pembungkusan hasil 20

    5.2 Penjagaan beg dan rumah cendawan tiram kelabu 21

    5.3 Anggaran perbelanjaan untuk penanaman cendawan tiram kelabu 22

    6.0 Cendawan jerami padi 23

    6.1 Penanaman cendawan jerami padi menggunakan jerami padi 23

    6.1.1 Penyediaan dan pengkomposan medium penanaman 23

    6.1.2 Pensterilan kompos (medium penanaman) 28

    6.1.3 Penyuntikan benih 30

    6.1.4 Memunggut hasil 31

    6.2 Anggaran perbelanjaan untuk penanaman cendawan jerami padi 34

    7.0 Pengendalian serangga perosak dan penyakit cendawan 35

    7.1 Pengendalian serangga perosak 35

    7.2 Pengendalian penyakit 37

    Penutup 38

    Lampiran 1 : Mesin pengaduk (Mixer machine) 39

    Lampiran 2 : Mesin pengisi bongkah (Bagging machine) 40

    Lampiran 3 : Alat pengukus (Steamer) 41

    Lampiran 4 : Kebuk laminar (Laminar flow) 42

    Bibliografi

    i

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    5/49

    PENGHARGAAN

    Penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengarang Manual Teknologi

    Y. H. Dato Dr. Masri Muhammad - Pengerusi

    En. Mohamad Abd Manas - Setiausaha

    Pn. Nor Raizan Abd. Hamid (TS)

    En. Aminuddin Hussin (BT)

    Dr. Suhaimi Othman (SR)

    Dr. Tan Swee Lian (RI)En. Illias Mohd Khir (HR)

    Pn. Noor Azizah Ahmad (TM)

    En. Tapsir Serin (ET)

    Dr. Musaddin Kamaruddin (LR)

    Dr. Teoh Chin Chuang (MA)

    Hj. Ab. Halim Ab. Hamid (PT)

    Pn. Hj. Wan Rahimah Wan Ismail (PT)

    Ribuan terima kasih kepada En. Syed Osman Abadi (Syedila Enterprises), Pn. Norhasyima Hashim (Modern Farmer Agro Resources) dan mereka yang

    secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam melaksanakan pengujian teknologi ini dan penerbitan manual ini.

    TERIMA KASIH

    ii

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    6/49

    PRAKATA

    Pada tahun 1934, penanaman cendawan jerami padi mula diperkenalkan di Pulau Pinang. Walaupun, perusahaan cendawan telah

    lama bertapak namun begitu, perkembangan industri ini agak perlahan. Ini disebabkan kurangnya maklumat dan pengetahuan dari segi

    potensi perusahaan, teknik penanaman dan pemasaran. Sekitar tahun 1980an, industri ini mulai berkembang disebabkan adanya galakan dan

    kempen-kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga media massa.

    Mengikut laporan Jabatan Pertanian pada tahun 2008, hampir 436 pengusaha cendawan di Malaysia, hanya mampu menghasilkan

    lebih 7,000 tan/tahun berbanding dengan permintaan yang semakin meningkat sehingga 10,445 tan/tahun. Defisit perdagangan turut

    meningkat dari RM13.04 juta pada tahun 2001 kepada hampir RM53.0 juta pada tahun 2007. Ini menunjukkan industri cendawan tempatan

    masih jauh ketinggalan dan tidak mampu memenuhi permintaan yang kian meningkat. Oleh itu agensi-agensi kerajaan diharap dapat

    membantu pengusaha cendawan tempatan ke arah peningkatan hasilan menerusi seminar, kursus, pemberian insentif, modal dan sebagainya

    agar industri ini dapat berkembang serta mengurangkan defisit dagangan

    Manual teknologi ini merupakan pemangkin kepada industri penanaman cendawan di Malaysia kerana ianya menjelaskan secara

    terperinci dan bertindak sebagai panduan bagi membolehkan pengusaha cendawan mengusahakannya secara lebih sistematik. Semoga

    sumbangan manual ini dapat membantu industri penanaman cendawan tempatan untuk terus berkembang dan berdaya maju selaras dengan

    dasar kerajaan bagi memastikan perkembangan industri ini.

    iii

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    7/49

    1.0 PENDAHULUAN

    Pembangunan industri cendawan berasaskan bioteknologi merupakan inisiatif baru bagi memajukan industri cendawan di negara ini.

    Pendekatan ini adalah bertepatan dengan arus kemajuan industri penanaman cendawan kini. Penguasaan teknologi kini di dalam industri

    penanaman cendawan merupakan pra-syarat kepada kelangsungan industri tersebut.

    Usaha awal penanam cendawan di negara ini bermula sejak tahun 1960an lagi. Pada tahun 1970an, Cawangan Keselamatan Tumbuhan,

    MARDI telah mengorak langkah untuk membangunkan penyelidikan dan mengusahakan penanaman cendawan. Buat permulaan penanaman

    cendawan jerami padi telah diperkenalkan di Bintong, Perlis dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Peringkat awalnya, penanaman cendawan

    jerami padi dilakukan di atas longgokan jerami padi pada batas sawah padi. Begitu juga dengan penanaman cendawan tiram dilakukan di atas

    batang kayu getah. Pada ketika itu, benih jerami padi dan tiram diperolehi daripada luar negara, France dalam bentuk bundel (1 kg per beg).

    Rajah 1 : Penanaman cendawan jerami padi dengan menggunakan kaedahlama. Cendawan jerami padi ditanam atas longgokan jerami padi

    pada batas sawah padi.

    Cendawan jerami padi

    1

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    8/49

    Disebabkan kekurangan teknologi dan permasalahan yang sering timbul semasa penanaman cendawan, Pusat Penyelidikan Asas, MARDI

    telah mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menyelidik permasalahaan yang berkaitan dengan penanaman cendawan. Peringkat awal kajian,

    penggunaan pelbagai substrat telah diperkenalkan dalam penanaman cendawan terutamanya cendawan tiram putih dan kelabu. Bahansubtrat yang digunakan untuk kajian penanaman cendawan tersebut adalah hampas kapas, sabut kelapa sawit dan jerami padi selain

    daripada habuk kayu getah. Namun begitu, substrak habuk kayu getah didapati lebih sesuai digunakan sebagai subtrat untuk penanaman

    cendawan kerana mudah diperolehi dalam kuantiti yang banyak dan murah.

    Pada tahun 1990an, Program Bioteknologi, MARDI telah memperkenalkan cendawan sebagai bahan tambah kepada makanan ternakan

    kerana nilai nutrisinya yang tinggi. Walaupun begitu, penggunaan cendawan sebagai bahan tambah untuk makanan ternakan tidak dapat

    diaplikasikan kerana melibatkan kos penghasilan yang tinggi. Secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga makanan

    ternakan. Namun begitu, dengan peningkatan harga jagung dan gandum dijangka dapat mengembalikan penggunaan cendawan sebagai

    bahan alternatif atau substitut untuk makanan ternakan.

    Melihat kepada senario industri cendawan yang mulai berkembang, mulai tahun 2007, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dengan bantuan Pusat

    Promosi dan Pembangunan Teknologi, MARDI telah cuba untuk mengiatkan penyelidikan berasaskan cendawan. Serta mempromosikan

    cendawan sebagai makanan yang bernutrisi tinggi dan mempunyai nilai perubatan. Ini bertepatan dengan aliran masyarakat kini yang

    menyedari nilai pemakanan yang berkhasiat serta mudah untuk disediakan. Pada masa yang sama cuba untuk memperkenalkan spesis

    cendawan tempatan seperti cendawan kukur, cendawan susu harimau, cendawan telinga kera dan cendawan senduk yang semakin dilupai.

    Ramai pengusaha cendawan kini menghadapi masalah terutamanya dalam mendapatkan benih dan hasilan cendawan yang baik. Justeru itu,

    adalah pertepatan Pusat Penyelidikan Bioteknologi cuba untuk mempergiatkan penyelidikan serta menyediakan platform kepada pengusaha

    2

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    9/49

    untuk mendapatkan khidmat nasihat serta teknologi yang bersesuaian dengan kehendak industri cendawan kini selaras dengan tema

    Pertanian adalah Perniagaan.

    Melalui Dasar Rancangan Malaysia ke 9 dan Pertanian Negara ke 3, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era

    kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi. Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar tersebut tetapi

    keperluan cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dengan defisit bekalan bernilai RM 52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 matrik tan

    cendawan pada tahun 2007 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007). Bilangan penanam cendawan di negara ini berubah-ubah kerana faktor

    pasaran, persaingan dengan sayur-sayur yang lain, kos permulaan projek tinggi, kekangan teknologi dan ketiadaan agensi yang membimbing.

    Justeru itu pembabitan pihak yang berwajib adalah bertepatan untuk membangunkan kembali industri cendawan tempatan.

    2.0 SCENARIO PENANAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA

    Malaysia merupakan sebuah Negara tropika yang bersuhu panas lembab (25-35oC) dan kelembapan bandingan (80-90%) dengan hujan

    sepanjang tahun. Keadaan iklim seperti ini menjadikan hutan hijau Malaysia banyak ditumbuhi bermacam jenis kulat terutama kulat

    cendawan yang tumbuh dikebanyakkan pada batang-batang kayu mati. Proses ini adalah sebahagian daripada ekosistem hutan. Kulat

    cendawan jenis pengurai bahan reput (selulosa) tanaman, kebanyakkan membawa banyak khasiat makanan dan kesihatan kepada manusia.

    Hanya sebahagian kecil kulat cendawan beracun.

    Perusahaan cendawan di Malaysia masih berada di peringkat awal dan masih menggunakan teknik-teknik konvensional secara tradisi dengan

    pengurusan yang tidak efisien. Oleh demikian, industri ini tidak berkembang. Suntikan teknologi baru melalui bioteknologi perlu dilaksanakan.

    3

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    10/49

    Justeru itu, program Bioteknologi Malaysia seperti yang dirancangkan oleh kerajaan, sangatlah sesuai perusahaan tanaman cendawan ini

    yang bersifat bioteknologi sederhana dimajukan secara lebih baik dan teratur.

    Dua faktor yang menentukan kejayaan perusahaan tanaman cendawan ini iaitu Bioteknologi Kultur Benih dan Bioteknologi Penanaman Kulat

    Cendawan. Penanaman cendawan adalah suatu perusahaan yang telah diusahakan kebanyakkannya daripada golongan petani. Terdapat

    faktor-faktor utama yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini iaitu :

    FAKTOR UTAMA PENANAMANCENDAWAN SECARA KOMERSIL

    Keuntungan yang tinggi dalam

    jangkamasa yang pendek

    Kos pengeluaran rendah menggunakan

    bahan sampingan pertanian

    Potensi pemasaran yang baik Kandungan nutrient pemakanan yangtinggi

    4

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    11/49

    3.0 PENGENALAN MENGENAI CENDAWAN

    Cendawan ialah sejenis sayur yang mengandungi zat makanan dan vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran yang lain. Sertamempunyai citarasanya yang enak dan mempunyai nilai-nilai nutrisi pemakanan yang baik (Chang dan Miles, 1989). Namun begitu,

    cendawan merupakan tumbuhan yang tidak mengandungi klorofil. Oleh yang demikian, cendawan tiada keupayaan untuk menjana

    makanannya sendiri. Cendawan memerlukan bahan makanan organik yang telah mereput dipersekitaran pertumbuhannya untuk dijadikan

    sumber makanannya.

    Lazimnya, cendawan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian di atas (upper) dan di bawah (lower) permukaan substrat. Bahagian di

    atas permukaan substrat terdiri daripada tudung, insang dan tangkai cendawan. Pada bahagian bawah tudung cendawan terdapat insang-

    insang yang mengandungi spora. Spora yang dihasilkan berfungsi sebagai biji benih cendawan. Bahagian tangkai cendawan berfungsi

    sebagai pemegang tudung. Bahagian atas cendawan yang biasanya dimakan turut dikenali sebagai jisim berbuah. Manakala bahagian di

    bawah pula mempunyai hifa yang menyerupai bebenang halus. Hifa yang terbentuk berfungsi menyerap bahan makanan melalui rembesan

    enzim terutamanya selulase, hemiselulase dan lignase. Perembesan enzim tersebut membantu dalam pencernaan bahan organik supaya

    memudahkan resapan masuk oleh miselium untuk pertumbuhan dan pembiakan cendawan. Gugusan hifa turut dikenali sebagai miselium.

    Pertumbuhan miselium cendawan bergantung kepada bekalan bahan makanan serta faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan.

    Terdapat dua jenis miselium bagi kebanyakkan cendawan sebelum proses pembuahan boleh berlaku, iaitu jenis miselium positif dan negatif.

    Kedua-dua jenis miselium ini dikenali sebagai miselium primer. Pergabungan kedua-dua jenis miselium ini dikenali sebagai miselium sekunder.

    Miselium sekunder akan membesar dalam keadaan yang sesuai untuk pembuahan cendawan. Pembuahan cendawan turut terbentuk apabila

    5

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    12/49

    tindakbalas fisiologi berlaku akibat perubahan persekitaran dan kekurangan bahan makanan. Namun begitu, ada di antara cendawan yang

    hidup dalam keadaan yang tertentu sahaja seperti cendawan busut yang memerlukan kehadiran anai-anai.

    Gambarajah 1 : Morfologi cendawan

    Tudung

    Insang

    Gelang

    Vulva

    Sisik

    Spora

    Batang

    Sisik

    CENDAWAN

    Jisimberbuah

    6

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    13/49

    Gambarajah 2 : Kitaran hidup cendawan

    Pembentukanprimordia

    Pembuahan cendawan

    Penghasilan spora

    Penghasilanhifa

    Percambahan spora

    Pembentukan sklerotia

    Pengabungan hifayang serasi

    Hifa tidak

    lengkap

    Miselium positifMiselium negatif

    Spora

    7

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    14/49

    4.0 KEPELBAGAIANCENDAWAN TERDAPAT DI MALAYSIA

    Terdapat kira-kira 2,000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawanyang ditanam iaitu :

    1. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju)2. Cendawan Abalone (Pleurotus cystidiosus)3. Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida)4. Cendawan Shitake (Lentinus polyticha)5. Cendawan Telinga Kera (Auricularia sp.)6. Cendawan Butang (Agaricus sp.)7. Cendawan Jerami Padi (Volvoviella volvacea)

    Cendawan Jerami Padi

    Cendawan Tiram Kelabu

    Cendawan Tiram Putih

    8

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    15/49

    5.0 CENDAWAN TIRAM KELABU

    Cendawan tiram kelabu dengan nama saintifiknya Plerotus sajor cajumerupakan cendawan yang popular ditanam dikalangan pengusahacendawan. Ini adalah kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah tinggi.

    Cendawan boleh ditanam pada bahan buangan pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara contoh bahan yang

    boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, habuk kayu berangan, habuk kayu oak dan akasia. Jerami

    padi, sekam padi, tandan kosong kelapa sawit dan sabut kelapa sawit merupakan bahan sampingan pertanian turut boleh digunakan sebagai

    substrat. Namun begitu, bahan (substrat) habuk kayu getah adalah sangat baik, ekonomi dan produktif untuk digunakan dalam penanaman

    cendawan tiram kelabu.

    5.1 Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Dengan Menggunakan Habuk Kayu Getah

    5.1.1 Penyediaan subs trat beg cendawan

    1. Bahan dan peralatan :

    a. Habuk Kayu Getah

    b. Dedak Halus

    c. Kapur Pertanian (Kalsium karbonat)

    d. Beg Plastik PP (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)

    9

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    16/49

    e. Gegelang PVC (panjang 2 - 3cm, garis pusat 3cm)

    f. Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

    2. Kaedah :

    i. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100 : 10 : 1.

    Habuk kayu

    getah

    Habuk kayu getahdicampurkan dengan dedak

    dan kapur pertanian

    Habuk kayu getah diratakanuntuk mendapatkan

    campuran yang sekata

    10

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    17/49

    ii. Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

    iii. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

    Habuk kayu getahdicampurkan dengan air

    supaya campuran lembab

    Campuran habuk kayugetah dihentak supaya

    padat

    Habuk kayu getah dimasukkan kedalam beg plastik

    11

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    18/49

    iv. Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lamadan diikat dengan getah.

    Beg dipasangkan gegelang PVC danpenyumbat kapas

    Beg siap dipasang gegelang PVC danpenyumbat kapas

    12

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    19/49

    Kini dengan menggunakan peralatan yang sesuai, proses pencampuran habuk kayu menjadi mudah dan dapat disiapkan dalam

    kuantiti yang banyak serta pantas.

    Campuran digaulkan denganmenggunakan mesin pembancuh

    (mixer machine)

    Campuran yang sebati dimasukkan kedalam beg

    Mesin pengisi

    (Bagging machine)

    13

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    20/49

    5.1.2 Pengukusan beg cendawan

    1. Bahan dan peralatan :

    a. Tong Drum (skala kecil) atau Pengukus 4 x 7 (skala besar)

    b. Set Dapur Gas

    2. Kaedah :

    i. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

    Lapik (dari bata dan dawai jaring)Letakkan bata di dalam tong drumuntuk proses pengkukusan

    14

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    21/49

    ii. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

    iii. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

    iv. Kukus selama 5 6 jam (bergantung kepada kuantiti beg cendawan yang dimasukkan). Selepas pengukusanbeg cendawan dibiarkan sejuk sebelum suntikan benih dilakukan.

    Beg-beg cendawan siap disusunBeg cendawan diletakkan di atas lapikdi dalam tong drum yang berisi air

    Proses pengukusan sedangdijalankan

    Pengukus skala besar(450 - 500 beg cendawan)

    15

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    22/49

    5.1.3 Penyunti kan benih

    1. Bahan dan peralatan

    a. Benih Cendawan

    b. Pencungkil Benih

    Beg yang berisi

    benih cendawan

    Benih cendawandalam botol

    16

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    23/49

    2. Kaedah :

    i.

    Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.ii. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

    iii. Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali

    mulut beg cendawan.

    iv. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)

    v Biarkan miselium tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

    Penyuntikan benihdilakukan

    Benih cendawan dihancurkan denganpencungkil

    Beg cendawan dibuka untukmemasukkan benih cendawan ke

    dalamnya

    17

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    24/49

    5.1.4 Memungut hasil

    1. Setelah miselium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

    2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).

    3. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meningkatkan kelembapan dan

    merendahkan suhu.

    4. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.

    Beg cendawan disusun secaramendatar

    Beg cendawan disusun secaramenegak

    18

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    25/49

    5. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil (beg kulat cendawan perlu dikorek sedikit) dan ditutup

    kembali beg tersebut. Tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali (merehatkan miselium serta mengaktifkan

    kembali sebelum penghasilan seterusnya) dan disiram.

    Cendawan yang boleh dipungut

    19

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    26/49

    5.1.5 Pembungkusan hasil

    1.

    Cendawan dibersihkan terlebih dahulu daripada segala kotoran dan bahagian bawah batang cendawan dibuang.2. Cendawan tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik (PP) secara mendatar.3. Beg cendawan dihampagas (vacuum) untuk memelihara kesegarannya.4. Beg cendawan tersebut disimpan di dalam peti sejuk (4-5oC)5. Penyimpanan sebegini dapat mengekalkan kesegaran cendawan dalam tempoh masa 4-5 hari.

    Cendawan yang siap dibungkus

    20

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    27/49

    5.2 Penjagaan Beg Dan Rumah Cendawan Tiram Kelabu

    1. Beg substrat cendawan yang telah disuntik benih cendawan (spawn) ditempatkan di satu ruangan khas untuk proses pemeramansebelum dialih ke rumah cendawan.

    2. Keadaan suhu antara 25-30oC adalah sesuai untuk pertumbuhan miselium semasa pemeraman.

    3. Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan badan cendawan (fruiting bodies) adalah 28-30oC.

    4. Kelembapan bandingan (RH) ruang udara yang diperlukan di dalam rumah cendawan ialah 80-90%C.

    5. Untuk mendapatkan suhu rendah (28oC) dan kelembapan yang tinggi (85%) diperlukan, rumah cendawan hendaklah disiram dua kalisehari iaitu pagi dan petang. Siraman elok dilakukan di dinding, lantai dan jika perlu ke arah bumbung.

    6. Sebelum menyuntik benih cendawan (spawn) pastikan tangan dicuci dengan larutan basmi kuman atau sapukan spirit pada tapaktangan hingga ke pergelangan tangan.

    7. Sembur bilik dengan larutan basmi kuman (10%) seperti Dettol, Lysol atau Jeypine.

    8. Sembur bilik serta rak kayu selepas setiap kali penghasilan.

    21

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    28/49

    5.3 Anggaran Perbelan jaan Untuk Penanaman Cendawan Ti ram Kelabu

    ANGGARAN PERBELANJAA N UNTUK 20,000 BEG MEDIA

    BIL. BAHAN DESKRIPSI RM

    1. Dedak padi halus 6 guni x 70 kg 360

    2. Habuk kayu 6 lori / 20 metrik tan 1350

    3. Plastik 4 guni x 30 kg 840

    4. Kapur 50 kg 15

    5. Gelung / Tudung 20,000 set 2400

    6. Benih 500 beg 1150

    7. Kertas 6 keping 6

    8. Gas 22 balang 484

    9. Tutup rehat 20,000 set 1000

    10. Upah 0.2 sen per beg 4000

    JUMLAH A 11605

    BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM

    1. Bangsal cendawan Ukuran 40' x 20' 2 40000

    2. Mesin pengisi Untuk mengisi substrat dalam beg 1 32000

    3. Mesin pembancuh Untuk pencampuran bahan substrat 1 6800

    4. Pengukus Untuk mengukus beg substrat 1 6000

    JUMLAH B 84800

    JUMLAH A + B 96405

    ANGGARAN KOS BAHAN

    BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM

    1. Dedak padi 70 kg / guni 60

    2. Habuk 4 tan / lori 225

    3. Plastik 6.75" X 14.25" X 0.05" (30 kg / guni) 5000 peket 7

    4. Kapur kg 50 kg 15

    5. Gelung / Tudung set 0.12

    6. Tutup rehat unit 0.05

    7. Benih 220 grams / beg 2.3

    8. Kertas keping 1

    9. Gas balang 22

    22

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    29/49

    6.0 CENDAWAN JERAMI PADI

    Cendawan jerami padi dengan nama saintifiknya Volvoviella volvacea merupakan cendawan yang jarang dan sukar untuk diperolehi dipasaran. Bentuknya yang seakan butang dan matang setelah tudung cendawan jerami padi mengembang. Cendawan tersebut mudah busuk

    dan tidak tahan diserang penyakit. Justeru itu, cendawan jerami padi kurang diusahakan oleh pengusaha cendawan.

    Penanaman cendawan jerami padi agak berlainan jika dibandingkan dengan cendawan tiram. Untuk penanaman cendawan jerami padi,

    pembuatan bongkah atau beg cendawan tidak digunakan. Substrat yang digunakan adalah jerami padi atau sabut kelapa sawit, dedak halus

    dan kapur pertanian. Campuran tersebut perlu melalui kaedah pengkomposan.

    6.1 Penanaman Cendawan Jerami Padi Dengan Menggunakan Jerami Padi

    6.1.1 Penyediaan dan pengkomposan medium penanaman

    1. Bahan dan peralatan

    a. Jerami padi atau sabut kelapa sawitb. Dedakc. Kapur pertanian

    23

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    30/49

    Substrat jerami padi

    Substrat sabut kelapa sawit

    24

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    31/49

    2. Kaedah pengkomposan

    Pengkomposan medium penanaman yang telah dicampur bertujuan untuk menguraikan sebatian-sebatian yangterdapat di dalamnya, agar menjadi lebih sederhana sehingga mudah diserap dan dicerna oleh cendawan.

    Pengkomposan dilakukan dengan cara :

    i. Gaulkan jerami padi atau sabut kelapa sawit, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:20:2 di atas lantaisimen yang telah dibersihkan terlebih dahulu.

    Penaburan kapur pertanian di

    atas jerami padi

    Campuran digaul sehinggasebati

    25

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    32/49

    ii. Campuran dibasahkan dengan air pada kadar 60 65% dan digaulkan sehingga sebati.

    iii. Campuran tersebut ditutup dengan plastik hitam selama 2 hari sehingga suhunya mencapai 50oC dengankadar kandungan air 60 65% dan pH 6 7.

    Bahan campuran digaulkandengan rata serta dibasahkan

    dengan air pada kadar 60 65%

    Campuran tersebut ditutup dengan

    plastik selama 2 hari untuk tujuanpengkomposan

    26

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    33/49

    iv. Campuran perlu digaulkan kembali selang dua hari supaya suhunya kekal pada 50oC. Penetapan suhusedemikian adalah bertujuan mengurangkan kehilangan sebatian nitrat melalui pembebasan gas ammonia.

    Sebatian ini diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan cendawan.v. Pada hari ke 10 pengkomposan, bahan tersebut boleh digunakan sebagai medium pertumbuhan cendawan

    jerami padi.

    Medium penanaman yang telahmengalami pengkomposan selama

    10 hari

    27

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    34/49

    6.1.2 Pensterilan kompos (medium penanaman)

    Pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi berbeza dengan medium penanaman cendawan tiram. Ini adalahkerana, pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi dilakukan di dalam rumah cendawan. Justeru itu, kaedah

    pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi adalah :

    i. Medium penanaman atau kompos tadi diletakkan di atas rak-rak di dalam rumah cendawan.

    Rak yang telah tersedia untukmenempatkan medium penanaman

    (kompos)

    Medium penanaman(kompos) ditempatkan di

    atas rak

    28

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    35/49

    ii. Setelah itu, wap panas dialirkan ke dalam rumah cendawan melalui air yang telah dipanaskan menggunakan

    dandang.

    iii. Dandang diperbuat daripada dua tong dram yang berkapasiti 100 liter. Kedua-dua tong dram tersebut diletakkandalam keadaan melintang di atas tungku api yang ditempatkan di luar rumah cendawan.

    Tong dram yang diisi air mendidihuntuk pensterilan rumah cendawan

    (skala kecil)

    Tong dram yang diisi air mendidihuntuk pensterilan rumah cendawan

    (skala besar)

    29

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    36/49

    iv. Setiap tong dram dibuat lubang untuk mengalirkan wap panas melalui saluran paip aluminium berdiameter 2 3 smterus ke rumah cendawan.

    v. Wap panas yang dihasilkan dari proses pendidihan air di dalam tong dram menyebabkan berlakunya prosespensterilan rumah cendawan.

    vi. Pensterilan dilakukan selama 2 4 jam sehingga suhu di dalam rumah cendawan meningkat ke 70oC.vii. Setelah itu, dibiarkan rumah cendawan selama 24 jam sehingga suhunya turun menjadi 30 - 35 oC.

    6.1.3 Penyunti kan benih cendawan jerami padi

    i. Sebanyak 12 bag benih cendawan padi (350 gram setiap bag) diperlukan untuk 100 kg substrak.ii. Penanaman benih cendawan jerami dilakukan dengan cara menaburkannya terus ke rak penanaman yang telah

    tersedia medium penanaman (kompos).

    Benih cendawan jerami padiditaburkan di atas mediumpenanaman

    Benih cendawan jerami padi

    30

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    37/49

    iii. Suhu optimum pada 30 - 34oC dan kelembapan sebanyak 95% (relatif humidity) diperlukan untuk pertumbuhanmiselium.

    iv. Kadar kegelapan dalam rumah cendawan pada 98% (gelap). Pertumbuhan miselium mengambil masa selama 10hari untuk memenuhi medium penanaman.

    6.1.4 Memunggut hasil

    i. Pada hari ke 11, kelihatan pin head cendawan jerami padi mulai kelihatan di atas medium penanaman.

    Pin headcendawan jerami padi mulaikelihatan

    31

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    38/49

    ii. Cendawan jerami padi mula dituai sebelum pin headberukuran maksimum iaitu ketika pertumbuhan tubuh pin headbaru mencapai tahap butang (button stage) atau pada hari ke 12 penanaman.

    Pin head mencapai tahap maksimum(button stage)

    Tahap butang (button stage) terlalumatang

    32

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    39/49

    iii. Di peringkat matang (hari ke 12), cendawan jerami padi boleh dituai sebanyak 2 kali iaitu pada sebelah pagi danpetang.

    iv. Cendawan jerami padi yang terlalu matang tidak mempunyai nilai dan harga di pasaran.v. Lazimnya, sebanyak 30% hasilan diperolehi setiap 100 kg substrat yang digunakan.

    Cendawan jerami padi sedangdikutip

    Cendawan jerami padi

    33

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    40/49

    6.2 Anggaran Perbelanjaan Untuk Penanaman Cendawan Jerami PadiANGGARAN PERBELANJAA N UNTUK 4 UNIT RUMAH CENDAWAN (10' X 10')

    BIL. BAHAN DESKRIPSI RM

    1. Dedak padi halus 6 guni x 70 kg 360

    2. Jerami padi 6 lori / 20 metrik tan 1350

    3. Plastik hitam 1 gulung 350

    4. Kapur 50 kg 15

    5. Benih 120 beg (5 beg x 6 rak / rumah x 4 rumah) 420

    6. Gas 2 balang 44

    7. Upah RM 50 per rumah cendawan (10' x 10') 4 unit rumah 200

    JUMLAH A 2739

    BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM

    1. Bangsal cendawan Ukuran 10' x 10' 4 20000

    2. Pengukus Untuk mengukus rumah cendawan 1 6000

    JUMLAH B 26000

    JUMLAH A + B 28739

    ANGGARAN KOS BAHAN

    BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM

    1. Dedak padi 70 kg / guni 60

    2. Jerami padi 4 tan / lori 350

    3. Plastik hitam 1 gulung (50 meter) 1 gulung 350

    4. Kapur kg 50 kg 15

    5. Benih 220 grams / beg 3.5

    6. Gas balang 22

    34

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    41/49

    7.0 PENGENDALIAN SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT CENDAWAN

    7.1 Pengendalian Serangga Perosak

    Kewujudan aroma khas medium penanaman cendawan, mengundang kehadiran beberapa jenis serangga perosak ke dalam rumah

    cendawan. Kehadiran serangga perosak cendawan menyumbang kepada kemerosotan nilai dan kualiti cendawan. Di antara

    serangga perosak cendawan adalah :

    1. Hama (mite) adalah serangga kecil lembut berwarna coklat jernih berukuran 0.18 0.5 mm panjangnya. Hama akanmengerumuni kelopak cendawan hingga menyebabkan cendawan rosak dan busuk. Hama turut menyebabkan penyakit kulit

    terjadi pada pekerja di rumah cendawan. Kehadirannya dibawa oleh lalat.

    Serangan hama di bahagian insangcendawan Kehadiran larva perosak di

    bahagian insang cendawan

    35

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    42/49

    2. Tikus kadangkalanya merupakan ancaman kepada kerosakan medium penanaman cendawan. Ianya gemar menyerang danmakan sebahagian medium penanaman cendawan. Ini menyebabkan pertumbuhan miselium terbantut dan menyumbangkan

    kepada kerosakan pembuahan cendawan.

    3. Semut sering mengerumuni kelopak cendawan hingga menyebabkan cendawan rosak dan busuk.

    4. Lintah bulan dan siput sering kelihatan dan merosakkan cendawan sekiranya keadaan rumah cendawan yang tidak bersih.

    Pengendalian rumah cendawan yang baik dan bersih dapat menghindarkan daripada seranga serangga perosak. Antara kaedah yang

    boleh dilakukan adalah :

    i. Menyembur metil bromida dengan sukatan yang betul untuk serangan hama.ii. Menyembur racun serangga khusus untuk anai-anai seperti Cypermethrin, Permethrin atau Chloorpyrifos.iii. Menyembur racun serangga berbahan aktif seperti Kalthane atau Malathion untuk serangan labah-labah.

    36

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    43/49

    7.2 Pengendalian Penyakit

    Kadangkalanya, cendawan turut diserang penyakit yang boleh merosakkannya. Simpton cendawan diserang penyakit seperti cendawan

    berlendir, busuk, berlubang dan sebagainya. Lazimnya, penyakit cendawan disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.

    Kehadiran mikroorganisma atau agen penyebab penyakit biasanya disebabkan proses pensterilan tidak dilakukan dengan betul. Oleh yang

    demikian, perlu dipastikan setiap aspek pensterilan haruslah dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang tertentu. Penggunaan

    pembasmi kuman formalin 0.5%, klorok 70% atau alkohol 10% amat digalakkan ketika mengendalikan proses pensterilan.

    Penggunaan racun kulat seperti Benlate, Bavitsin, WP atau Bravo 500 boleh mengelak daripada serangan kulat terjadi. Aspek kebersihanpekerja turut dititikberatkan supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada cendawan diserang penyakit.

    37

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    44/49

    PENUTUP

    Perusahaan cendawan tempatan mempunyai potensi yang luas untuk dibangunkan secara komersil. Namun begitu, kepincangan pengurusan,

    ketandusan strategi pemasaran dan keterbatasan teknologi merencatkan kelangsungan industri penanaman cendawan. Manual teknologi

    penanaman cendawan tiram kelabu dan jerami padi merupakan siri permulaan untuk teknologi penanaman cendawan di Malaysia. Serta

    mengemudi kelangsungan industri penanaman cendawan ke arah yang lebih efektif dan efisien. Justeru itu, peratusan kejayaan sesuatu

    industri penanaman cendawan memerlukan pendekatan secara bersepadu daripada semua pihak yang berwajib.

    38

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    45/49

    LAMPIRAN 1 : MESIN PENGADUK (MIXER MACHINE)

    Mesin pengaduk alat yang diperlukan untuk seragamkan (homogen) campuran medium penanaman cendawan.

    Bahagian dalam mesinpengadukSpesifikasi mesin pengaduk :

    - Kuasa motor 2.0 HP fasa tunggal.- Kapasiti 60 hingg 70 kg habuk kayu kering.- Penghasilan bongkah 130 bongkah.

    Campuran bahandilakukan

    Mesin pengaduk

    39

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    46/49

    LAMPIRAN 2 : MESIN PENGISI BONGKAH (BAGGING MACHINE)

    Mesin pengisi bongkah alat yang diperlukan untuk mengisi campuran medium penanaman cendawan ke dalam beg.

    Spesifikasi mesin pengisi bongkah :

    - Kuasa motor 1.5 HP fasa tunggal.- Masa pengisian 200 - 240 bongkah sejam.- Kapasiti habuk 45-50 kg (campuran dengan air).- Terdapat suis ondan offsemasa pengisian dilakukan.

    Mesin pengisi bongkah

    Campuran mediumpenanaman diisikan ke

    dalam beg

    40

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    47/49

    LAMPIRAN 3 : ALAT PENGUKUS (STEAMER)

    Alat pengukus alat yang digunakan untuk mengukus bongkah cendawan supaya tidak dicemari dengan mikrob.

    Spesifikasi alat pengukus :

    - Setiap satu mempunyai kapasiti yang tertentu iaitu :i. Kapasiti Mini Saiz 6' x 3' x 3' : 360 bag.ii. Kapasiti Kecil Saiz 6' x 4' x 4' : 576 bag.iii. Kapasiti Besar Saiz 6'x 6' x 5': 1154 bag.

    - Mempunyai jangkasuhu dan injap manual.- Pintu dilingkari dengan getah penebat stim.

    Pengukus skala besar

    Pengukus skala kecil

    Bahagian dalam alatpengukus

    41

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    48/49

    LAMPIRAN 4 : KEBUK LAMINAR (LAMINAR FLOW)

    Kebuk laminar tempat yang digunakan untuk penyuntikan benih cendawan tiram kelabu dalam keadaan yang bersih.

    Kebuk laminar

    Lampu lembayung ungu(ultraviolet) digunakan untuk

    sterilkan kebuk laminar

    42

  • 7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

    49/49

    BIBLIOGRAFI

    Che Hasmah, H. (2008). Malaysia market entry policy and edible mushroom trade.Malaysian Mushroom Conference and Foray. UniversitiMalaya, Kuala Lumpur, 27 - 29 November.

    Dang, L. A. R. dan Khairul, A. K. (2009). Tanaman cendawan menggunakan bahan buangan pertanian.Agromedia3: 46 47.

    Khairul, A.K and Dang, L. A. R. (2009). Schizophyllum commune (cendawan kukur) : A potential local wild edible mushroom.International Training Workshop on Edible & Medicinal Mushroom Production Technology, Shanghai, China.1 13 November.

    Khairul, A. K. (2009). Hala tuju industri cendawan di Malaysia. Seminar Pemantauan Projek, Program Biopemprosesan, Pusat PenyelidikanBioteknologi, MARDI.Mines Resort Hotel, Seri Kembangan, Selangor. 25 26 Jun.

    Lee, B. S. (1990). Siri Panduan Tanaman : Panduan Penanaman Cendawan. Berita Publishing Sdn. Bhd.

    Lee, B. S. (1987). Prospects for a mushroom industry in Malaysia. Malaysia. Agricultural Digest 5: 1 16.

    Noor Auni, H. dan Lee B. S. (1991). Laporan khas : Prospek dan kajian kemungkinan perusahaan cendawan tropika secara komersial(Prospect and feasibility studies of commercial tropical mushroom). Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).