drama gelanggang tuk wali

Upload: nurul-ain

Post on 14-Jul-2015

135 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Drama Gelanggang Tuk WaliSinopsis :Babak 1 Ripin memberitahu Tuk wali bahawa Haji Kodri mengundangnya bersilat dalam majlis perkahwinan anaknya pada sebelah malam nanti.Haji Kodri bersetuju walaupun dia demam.Sebelum Ripin beredar ,Tuk Wali bercakap tentang kebodohan Berahim yang telah mengajar berbagai-bagai jenis akar kayu yang tumbuh dalam hutan kepada Guan. Babak 2-Ripi datang untuk mengambil Tuk Wali dengan motor.Tuk Wali kelihatan sungguh tampan.Sejurus selepas Tuk wali dan Ripin pergi,Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali.Mereka meminta Mak Umi menasihati Tuk Wali supaya berhenti bersilat kerana dia sudah tua dan tidak manis bersepak terajang dengan orang muda di gelanggang .Sepatutnya Tuk wali menghabiskan masa di masjid.Mak Umi menyanggah pendapat Imam dan Siak kerana suaminya itu tidak pernah meninggalkan solat di masjid dan dia bersilat atas undangan tuan rumah,lagipun bersilat tidak melanggar hokum syarak dan adapt. Babak 3-Mak Umi menyampaikan pesanan Imam dan Siak kepada Tuk Wali.Tuk wali berasa sedih ,tambahan pula dia telah dipersenda di majlis perkahwinan anak Haji Kodri.Tuk Wali tertanya-tanya mengapakah masyarakat memperlakukan dia seperti itu sedangkan dia sudah banyak berjasa kepada masyarakat kampong itu.Setelah puas berfikir,Tuk wali mengambil keputusan untuk menyerahkan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin tetapi Ripin menolaknya kerana masih belum bersedia. Sejurus selepas Tuk wali menceritakan kisahnya menumpaskan empat org perompak kepada dua orang wartawan iaitu Halim dan Jamil,datang empat orang pemuda hendak belajar silat dengan Tuk Wali.Mereka menyanyi dan menari di halaman rumah Tuk Wali.Tuk Wali sangat marah lalu menampar salah seorang daripada mereka. Babak 4-Siak mencabar Tuk Wali berlawan senjata dengannya kerana tisak puas hati Tuk Wali menampar cucunya.Mak Umi cuba untuk meleraikan pergaduhan namun gagal.Mak Umi pergi ke rumah Ripin untuk mendapatkan bantuan.Mak Umi mengajak Ripin ke rumah Berahim kerana tidak sanggup menyaksikan pergaduhan itu.Tuk wali tertidur di beranda kerana penat dan bermimpi sedang mengajar anak-anak muda bersilat di tengah gelanggang. Babak 5-Piee mencuri biola dan keris pusaka .Tuk Wali terkejut lalu terjun ke halaman rumah dan bergelut untuk menghalang cucu tirinya itu.Tiba2,Piee tertikam perut Tuk Wali .Tuk wali terbaring dan menyerahkan kerisnya kepada Ripin dalam keadaan berlumuran darah.Imam dan Siak yang tiba pada waktu itu menuduh Ripin yang membunuh Tuk Wali.Ripin pula menuduh Siak yang membunuh Tuk Wali.Namun,Mak Umi membela Ripin kerana Ripin ada bersamanya di rumah Berahim ketika kejadian.

TemaPerjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa yang pada suatu masa dahulu menjadi kebanggaan masyarakat.

Persoalan Perubahan zaman menyebabkan generasi muda semakin melupakan nilai-nilai budaya yang perlu dipelihara Keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda Kelakuan negative seperti berdendam,marah,mengumpat,menyebar fitnah akan menghancur masyarakat Manusia yang tamak akan merosakkan alam sekitar

PlotPermulaan:- Tuk Wali dan Ripin pergi ke rumah Haji Kodri untuk membuat persembahan silat Konflik : Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali.Mereka meminta Mak Umi menasihati Tuk Wali supaya berhenti bersilat kerana sudah tua.Mak Umi menyanggah pendapat mereka berdua kerana persembahan silat itu tidak menyalahi hokum syarak dan adapt. Mak Umi menyampaikan pesanan Imam dan Siak kepada Tuk Wali.Tuk Wali bersedih kerana dipersendakan dalam majlis perkahwinan anak Haji Kodri. Tuk Wali hendak menyerahkan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin namun Ripin menolak kerana belum bersedia. Tuk Wali menampar cucu Siak yang membuat bising di halaman rumahnya. Tuk Wali menampar Piee yang mahu mencuri barang di dalam biliknya. Tuk wali bertarung dengan Siak kerana Siak tidak puas hati. Piee datang sekali lagi untuk mencuri biola dan keris pusaka tersebut .Mereka bergelut

Klimaks :- Piee tertikam perut Tuk Wali dengan keris pusaka .Tuk Wali menyerahkan keris tersebut kepada Ripin dalam keadaan dirinya berlumuran darah Peleraian:- Siak dan Imam menuduh Ripin membunuh Tuk Wali . Mak Umi membela Ripin kerana dia ada bersamanya ketika di rumah Berahim

Watak dan perwatakanTuk wali Nama sebenar ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Berumur lingkungan 70 tahun tetapi masih gagah dan tegap Suami kepada Mak Umi,ayah tiri Berahim dan datuk titi Syafiee (Piee) Berketurunan pahlawan,memiliki Keris Ganja Seiras Naga Berjuang,bekas pejuang tanah air Guru silat yang berkaliber,berani,alim,baik hati dan sensitive

Mak Umi Berusia lingkungan 50 tahun,bekas tuning Siak Isteri Tuk wali yang ketiga Guru silat yang hebat dan petah berhujah

Ripin Berusia lingkungan 30 tahun Menghormati orang tua Mahir dalam ilmu persilatan Merendah diri Pandai bergurau senda dan mengambil hati Tuk Wali Bersemangat

Syafiee (Piee) Cucu tiri Tuk Wali,anak kepada Berahim Sangat handal bersilat sebelum terlibat dengan dadah Baru keluar dari pusat pemulihan Pencuri dan pembunuh

LatarLatar Masa

~ Berlaku pada masa sekarang

Latar Tempat~Teluk Penyabung ~ Rumah Tuk Wali

Latar Masyarakat~Masyarakat yang menjiwai ilmu persilatan Melayu ~Masyarakat yang berjiwa murni ~Masyarakat Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam dan mengamalkan adapt tradisional ~Generasi muda yang telah rosak akhlak kerana terdedah kepada budaya kuning ~Maysarakat Melayu yang bermusuhan sesama sendiri

nilai murni Baik hati demi menjaga kebajikan orang lain Gigih dan dedikasi mempertahankan budaya bangsa Berani mempertahan diri dan Negara Bersikap tegas dan berani kerana benar Amanah memikul tanggungjawab Mengenang jasa

Pengajaran Kita hendaklah memlihara khazanah budaya bangsa iaitu seni silat untuk generasi akan datang Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua Kita hendaklah memulihara khazanah alam

Kita hendaklah menjauhi najis dadah