draf

4
Guru mesti membiasakan diri rofes awal ke kelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda. Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan. Saya sebagai seorang guru Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa. Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan

Upload: starleesnying

Post on 18-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

draf

TRANSCRIPT

Guru mesti membiasakan diri rofes awal ke kelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda. Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajarandan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.Saya sebagai seorang guru Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerjaatau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).Sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Alat bantu mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang dapat menarik pelajar menitikbertakan kesamarataan antara semuanya. Oleh kerana pendidikan merupakan faktor utama untuk mencapai misi nasional, guru memainkan peranan penting dalam kejayaan misi ini.ini adalah kerana guru adalah sumber utama pengetahuan serta sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, guru adalah agen perubahan dan sumber inspirasi murid.