draf pendahuluan 1c ogos 2012 - copy

72
JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM _________________________________________________________________________________________________________ [ Type text] [Type text] Disediakan oleh Zahari B Zainal 1 Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran agar boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit meliputi beberapa tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu unit atau tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Tugasan-tugasan disediakan dalam setiap unit untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara tugasan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi tugasan-tugasan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Tugasan yang telah disediakan untuk perbincangan tutorial atau untuk diserahkan semasa sesi tutorial hendaklah disiapkan sebelum sesi tutorial. Setiap tugasan yang perlu diserahkan hendaklah diserahkan mengikut jadual yang ditetapkan. Ini merupakan alat untuk anda (dan tutor anda) mengesan sejauh mana anda telah maju dalam kursus anda. Anda hendaklah mengambil perhatian bahawa proses pembelajaran yang anda lalui adalah sama penting dengan sebarang tugasan yang anda serahkan atau sebarang tugasan yang anda siapkan. Oleh itu, daripada mengejar masa untuk menyiapkan tugasan dan membaca, adalah lebih baik anda membuat refleksi ke atasnya. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Upload: muhammad-fitri-mat-saad

Post on 03-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

draf sejarah

TRANSCRIPT

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    1

    Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran agar boleh

    belajar dengan lebih berkesan. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah

    kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran,

    sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang

    pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih

    berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda.

    Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah.

    Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit meliputi beberapa tajuk. Jangka masa

    untuk melalui sesuatu unit atau tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran

    pembelajaran kendiri anda. Tugasan-tugasan disediakan dalam setiap unit untuk membantu

    anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan

    tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara tugasan ini mempunyai cadangan jawapan.

    Bagi tugasan-tugasan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika

    anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk

    dibincangkan semasa sesi tutorial.

    Tugasan yang telah disediakan untuk perbincangan tutorial atau untuk diserahkan

    semasa sesi tutorial hendaklah disiapkan sebelum sesi tutorial. Setiap tugasan yang perlu

    diserahkan hendaklah diserahkan mengikut jadual yang ditetapkan. Ini merupakan alat untuk

    anda (dan tutor anda) mengesan sejauh mana anda telah maju dalam kursus anda. Anda

    hendaklah mengambil perhatian bahawa proses pembelajaran yang anda lalui adalah sama

    penting dengan sebarang tugasan yang anda serahkan atau sebarang tugasan yang anda

    siapkan. Oleh itu, daripada mengejar masa untuk menyiapkan tugasan dan membaca, adalah

    lebih baik anda membuat refleksi ke atasnya.

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada

    sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda

    makna-makna ikon tersebut.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    2

    Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda

    untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

    2. Peruntukan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda.

    Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca

    buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran

    pembelajaran anda.

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti

    maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan

    yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    3

    Nama Kursus Sejarah Malaysia Moden (1945-1969)

    Modern Malaysian History (1945-1969 )

    Kod Kursus SJH1107

    Kredit 3

    Jam Kontak 45 jam

    Bahasa

    Pengantar Bahasa Melayu

    Prasyarat Tiada

    Semester Ketiga

    Hasil Pembelajaran

    1. Menjelaskan perjuangan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dalam usaha mencapai kemerdekaan negara. (1.4 , 1.5 , 5.1)

    2. Menganalisis perubahan-perubahan negara selepas Pendudukan Jepun sehingga berlakunya rusuhan kaum pada 1969. (1.6 , 5.2 , 6.4)

    3. Menghuraikan cabaran-cabaran dalam pembentukan negara Malaysia. (2.3 , 3.4 , 5.2)

    4. Menghubungkait peranan masyarakat tempatan dalam aspek kenegaraan. (2.2 , 6.4)

    Sinopsis

    Kursus ini memfokuskan kesan pendudukan Jepun terhadap sosiopolitik tempatan, kesedaran

    untuk merdeka, tindakan British selepas perang dan reaksi rakyat tempatan, perjuangan

    mencapai kemerdekaan, Darurat, 1948-1960, perletakan asas pembinaan negara ke arah

    berkerajaan sendiri dan pembentukan Malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka.

    This course focuses on the impact of Japanese occupation on sosiopolitical aspect,awareness

    towards achieving independence, British actions after war and local reaction, struggle for

    independence, Emergency Rule 1948 1960, towards self governance and formation of

    Malaysia and the challenges faced by the new independent nation.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    4

    BAB 1

    PENDUDUKAN JEPUN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

    Hasil Pembelajaran Tajuk.

    Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat:

    1. menamakan pertubuhan-pertubuhan faktor-faktor luar yang mempengaruhi gerakan

    sosiopolitik di Malaysia pada awal abad ke 20.

    2. menjelaskan faktor-faktor yang mendorong kaum Cina menubuhkan MPAJA.

    3. menganalisis kesan yang mungkin berlaku jika Malayan Union dilaksanakan di Tanah

    Melayu.

    1.0 PENDUDUKAN JEPUN DAN KESANNYA

    1. Jepun menakluki Tanah Melayu menjelang bulan Februari 1942 dan

    memerintah Tanah Melayu 31/2 tahun. Selama tempoh itu penduduk menunjukkan

    suasana ketakutan yang amat sangat. Keadaan hidup kucar-kacir, penduduk

    bergantung hidup kepada ubi dan jagung, bukan beras.

    2. Keadaan sosial pincang. Diskriminasi dalam pemerintahan berlaku di sana sini.

    Penindasan ke atas rakyat terjadi, terutama ke atas penduduk berbangsa Cina,

    juga mereka yang antiJepun.

    3. Suasana dan perkembangan nasionalisme sebelum tahun 1942 pula

    mengambil bentuknya yang tersendiri. Pada peringkat negeri, kita dapat

    menyaksikan tertubuhnya beberapa buah badan politik yang bercorak kenegaraa

    antaranya ialah Kesatuan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Pahang, Kesatuan

    Melayu Johor dan lain-lain yang kebanyakannya berfahaman kanan. Parti tunggal

    yang berfaham kiri hanyalah Kesatuan Melayu Muda. Kesatuan yang ditubuhkan di

    sekitar kampus Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim pada tahun

    1938 dianggotai keseluruhannya oleh orang-orang Melayu.

    4. Kaum Cina dan India lebih senang memberikan taat setia dan berkiblat ke

    negeri China dan India. Semangat kebangsaan kedua-dua bangsa ini dipenga-

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    5

    ruhi oleh bukan semangat kebangsaan di Tanah Melayu, tetapi semangat

    kebangsaan yang berlaku di negeri China dan India.

    5. Penyerahan diri pemerintah Inggeris terhadap Jepun memberikan implikasi

    psikologi dan politik yang amat besar. Kesan penyerahan ini bukan saja

    melibatkan orang-orang tempatan yang mula memikirkan bahawa mereka tidak

    dapat bergantung atau mengharapkan kepada pihak Inggeris, tetapi hilangnya

    keyakinan penduduk tempatan terhadap kuasa Inggeris.

    6. Dalam kalangan para nasionalis ini, Jepun dapat dianggap sebagai pelindung

    yang baharu bagi menghadapi ancaman yang lebih besar daripada kuasa

    penjajah Inggeris dan Barat. Jepun dianggap satu-satunya kuasa Timur yang

    dapat melepaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Barat.

    7. Oleh itu ramailah orang-orang di Tanah Melayu, terutama orang-orang Melayu

    sendiri yang bekerjasama dengan pemerintah Jepun. Mereka membantu Jepun

    menjalankan pentadbiran dengan jayanya dari peringkat bawah sebagai kempetei

    hinggalah ke peringkat tinggi sebagai ketua di Jabatan Maklumat Jepun, dan

    sebagainya. Melalui cara ini pentadbir-pentadbir Melayu memperoleh

    pengalaman dan keyakinan sendiri dalam menjalankan pemerintahan.

    8. Kebanyakan orang Cina pula memilih memasuki dan menganggotai Parti

    Komunis Malaya dan mula bertindak terhadap pemerintah Jepun yang paling

    menindas masyarakat Cina ketika itu. Mereka juga menubuh dan memasuki MPAJA

    (Tentera Menentang Jepun Orang-orang Tanah Melayu), organisasi ketenteraan

    dan politik di Tanah Melayu yang menentang pemerintah Jepun.

    9. Bagi msayarakat India di Tanah Melayu mereka lebih gemar memasuki Indian

    Independence Army (lIA) iaitu organisasi tentera dan parti politik bagi memenuhi

    semangat kebangsaan mereka yang berkobar-kobar terhadap negeri kelahiran

    mereka, India.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    6

    10. Dalam masa beberapa tahun Jepun pendudukan di Tanah Melayu, suatu

    gagasan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu di peringkat kebangsaan

    terbentuk. Gagasan ini jelas dibuktikan dengan penubuhan beberapa buah parti

    politik yang bercorak kebangsaan. Sebagai contohnya, pada tahun 1945 orang-

    orang Melayu yang berfahaman kiri telah bersatu lalu menubuhkan Parti

    Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Sementara orang-orang yang bukan Melayu,

    pula mengambil tindakan menubuhkan sebuah parti yang bercorak kiri iaitu

    Kesatuan Demokratik Malaya (Malayan Demokratik Union).

    11. Terdapat semacam "trend" perubahan perkembangan nasionalisme sebelum

    tahun 1942 dan selepas tahun 1945. Sebelum tahun, 1942 corak parti-parti politik

    yang memperjuangkan semangat kebangsaan serta kemerdekaan lebih cenderung

    kepada penubuhan parti politik dan kesatuan politik yang bercorak kenegerian tetapi

    selepas tahun 1945 perjuangan yang bercorak kebangsaan nampaknya lebih

    mendapat tempat.

    12. Pada tahap ini kita dapat menyaksikan bermulanya suatu corak perjuangan

    kemerdekaan yang bercorak nasional bagi seluruh Tanah Melayu. Oleh yang

    demikian adalah wajar kalau dikatakan bahawa pendudukan Jepun tadi

    sebenarnyalah bertanggungjawab terhadap kelahiran dan kebangkitan

    nasionalisme di Tanah Melayu.

    13. Suatu hakikat yang jelas ialah parti-parti politik yang muncul lebih awal dan

    sebelum tahun 1942 kebanyakannya tidaklah mendapat sebarang sokongan orang

    ramai. Keadaan ini berbeza daripada Parti Komunis Malaya yang berjaya menye-

    barkan pengaruhnya dalam kalangan orang ramai dan dianggotai kebanyakannya

    masyarakat kelas rendah terutama dalam kalangan orang-orang Cina.

    14. Sejarah penubuhan parti politik yang bersemangatkan menjadi semakin pesat

    apabila Rancangan Malayan Union diajukan oleh Harold MacMichael pada tahun

    1946. Rancangan tersebut bertanggungjawab ke atas proses menyatukan seluruh

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    7

    kegiatan orang-orang Melayu ke peringkat nasional.

    15. Penyatuan ini akhirnya membawa kepada kewujudan dan kelahiran UMNO

    (Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu) parti politik awal yang menyatukan seluruh

    kegiatan dan perjuangan semangat kebangsaan orang-orang Melayu.Pada masa

    itu UMNO dikatakan dapat memenuhi hasrat serta aspirasi perjuangan orang

    Melayu seluruhnya. Oleh itu parti ini amat popular dan berjaya memikat hati orang-

    orang Melayu hingga ke peringkat desa. Parti yang bercorak kanan ini menjadi

    teras dan tulangbelakang perjuangan semangat kebangsaan penduduk Tanah

    Melayu sehingga Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun

    1957:

    16. Sebenarnya terdapat isu yang menjadi unsur kebangkitan semangat orang

    Malayu selepas pendudukan Jepun di Semenanjung. Yang pertama ialah

    berhubung dengan saranan baru yang diajukan oleh kerajaan Inggeris berkait

    dengan polisi kerajaan iaitu hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah Union

    tambahan pula ketika Harold MacMichael meminta tandatangan beliau menuduh

    bahawa raja-raja Melayu telah bekerjasama dan membantu Jepun.yang merupakan

    fitnah dan tidak dipersetujui oleh masyarakat Melayu yang memberikan taat setia

    yang tidak berbelah bagi kepada raja-raja.

    17. Kedua, ialah mengenai cara MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja

    menggunakan ugutan, sama ada menghadapi kemungkinan penyingkiran raja-raja

    dari takhta kerajaan ataupun menurunkan terus tandatangan mereka tanda

    bersetuju dengan polisi Malayan Union yang baru itu. Kedua-dua isu ini menimbulkan

    provokasi dalam kalangan masyarakat Melayu. Hampir seluruh masyarakat

    Melayu di Tanah Melayu bangkit dan menentang polisi tersebut. Tunjuk-tunjuk

    perasaan dan bantahan yang lantang di semua peringkat negeri diadakan .

    18. Dato' Onn bin Jaafar, anak watan Johor bangkit menyatupadukan dan

    menyelaraskan seluruh tenaga orang Melayu. Kemuncak penyatupaduan ini terjadi

    di Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada Mac 1946. Di sinilah diadakan kongres

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    8

    Parti-parti Politik Melayu seluruh Tanah Melayu yang pertama dan di situlah muncul

    gagasan untuk melahirkan UMNO (United Malay National Organisation). Berikutnya

    diadakan pula kongres parti-parti politik Melayu di Johor Baharu bagi melantik

    pemimpin dan tokoh politik Melayu dan merangkakan suatu perlembagaan bagi

    sebuah pertubuhan Melayu yang bersatu. Pada bulan Mei 1946, lahirnya UMNO

    secara rasmi, dengan Yang Dipertua pertamanya Dato' Onn. Pada masa itu

    perjuangan UMNO adalah satu, iaitu menyekat dan menghalang polisi Malayan

    Union daripada dijalankan sementara bagi masa jangka panjangnya pula ialah

    merancang untuk memelihara kepentingan orang Melayu.

    19. Pendudukan Jepun memberikan berbagai pengalaman politik dan sosial ke atas

    orang Melayu. Jepun secara langsung telah meniupkan slogan "Asia untuk Asia" dan

    menggembar-gembur serta melaungkan propaganda "kemerdekaan dan

    kemakmuran Asia Timur Raya". Slogan dan propaganda ini juga secara tidak

    langsung memberikan kesan moral dan psikologi ke atas penduduk Tanah Melayu.

    20. Kesannya, apabila Jepun menyerah kalah pada 1945 orang Melayu yang

    berpengalaman selama beberapa tahun semasa penajajah Jepun, dapat

    memberikan alasan kepada Inggeris untuk memberikan kepercayaan kepada

    orang Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran kerajaan dan perjalanan birokrasi

    kepimpinan.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    9

    BAB 2

    TINJAUAN AWAL KEGIATAN SOSIOPOLITIK DI TANAH MELAYU

    SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN

    Hasil Pembelajaran Tajuk.

    Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat:

    1. menyenaraikan faktor-faktor luar yang mempengaruhi gerakan sosiopolitik di

    Malaysia pada awal abad ke 20.

    2. menamakan tokoh-tokoh awal yang terlibat dalam gerakan sosiopolitik di Malaysia

    3. menganalisis faktor kegagalan gerakan Kaum Muda dalam gerakan ke arah negara

    kemerdekaan negara.

    2 .1 TAHAP PERTAMA: ORGANISASI SOSIOPOLITIK

    1. Selama ini para penulis sejarah Malaysia apabila membincangkan gerakan sosio-politik

    dl Malaysia pada abad ke-20 biasanya menumpukan kegiatan yang telah dilakukan oleh

    pihak penjajah Inggeris di sini. Tegasnya mereka membincangkan gerakan sosio-

    politik Inggeris di Malaysia. Dalam perbincangan kita akan membahaskan gerakan

    sosio-politik dalam kalangan orang Melayu sendiri sejak bermulanya abad ke-20

    hingga tercapainya kemerdekaan.

    2 Mengkaji kebangkitan gerakan sosio-politik dalam kalangan orang-orang

    Melayu di Malaysia adalah sesuatu unik kerana terdapat banyak kelainan jika

    dibandingkan dengan negara jiran yang lain. Antara kelainan itu ialah tarikh

    bermulanya gerakan itu agak lewat iaitu pada tahun 1906, sedangkan negara

    jiran seperti Filipina, gerakan seperti itu telah bermula pada tahun 1872.

    3. Seperkara lagi gerakan sosio-politik di Malaysia dipelopori oleh golongan yang

    berpendidikan Timur Tengah dan bukan oleh golongan yang berpendidikan Barat

    yang dibawa oleh penjajah itu sendiri.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    10

    Gerakan sosio-politik dalam kalangan orang Melayu bermula pada 1906, dan dapat

    pula dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu:

    Tahap Pertama 1906 - 1926

    Tahap Kedua 1926 - 1937

    Tahap Ketiga 1937 - 1940

    4. Dalam tahap pertama, gerakan sosio-politik orang Melayu dipelopori oleh bekas

    penuntut yang pernah menuntut di Asia Barat seperti Syed Sheikh Al Hadi, Sh. Mohd.

    Salim AI-Kalili dan Syed Tahir Jalaluddin. Mereka berserta beberapa rakan telah terlebih

    dahulu menyedari kepentingan reformasi sosial, politik dan juga ekonomi dilancarkan

    segera dalam kalangan orang-orang Melayu.

    5. Kesedaran mereka muncul sejak menuntut di Asia Barat lagi malahan terdapat

    sekurang-kurangnya dua sebab mengapa kesedaran itu menjelma dalam kalangan

    mereka.

    i. Pengaruh pendidikan Islam dengan pendekatan baru yang mereka terima

    daripada reformis Islam terkenal, Muhd. Abduh, yang menekankan keperluan

    orang-orang Islam yang terjajah bangkit membebaskan negara masing-masing.

    ii. Kedudukan rantau Asia Barat sangat terdedah kepada berita tentang kegiatan

    negara-negara seluruh dunia kesan pembukaan Terusan Suez. Oleh itu segala

    perjuangan nasionalisme di negara-negara lain mudah diikuti dan seterusnya

    mempengaruhi cara bertindak mereka.

    6. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diterima membolehkan mereka

    membandingkan nasib bangsa dan negara mereka dengan bangsa-bangsa lain. Oleh

    itu apabila kembali ke tanahair mereka mula mengorak langkah ke arah perjuangan

    bagi mengubah keadaan sosio-politik orang-orang Melayu.

    7. Media perjuangan mereka adalah melalui akhbar dan majalah seperti Al-Imam

    yang diterbitkan pada tahun 1906. Pemilihan akhbar sebagai medan perjuangan

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    11

    adalah satu langkah yang bijak kerana mudah diikuti oleh sesiapa saja dan harganya

    yang murah dan boleh disebarkan ke mana sahaja dalam masa yang singkat.

    8. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan Islam, perjuangan mereka tentulah melalui

    pendekatan keislaman juga. Dengan kata lain mereka merasakan soal aqidah, ibadat

    dan khurafat dalam kalangan orang Melayu patut diselesaikan dahulu sebelum

    melangkah ke soal-soal ekonomi dan politik. Mereka turut menyarankan umat Islam di

    rantau ini kembali kepada berpegang teguh kepada Al-Quran dan AI-Hadis sebagai

    sumber dalam menentukan segala tindakan serta menyarankan pembaharuan

    sikap terhadap cara hidup, ekonomi dan politik.

    9. Mereka juga mengkritik golongan feudal Melayu yang pada pendapat mereka adalah

    punca segala kemunduran bangsa Melayu. Namun usaha murni mereka mendapat

    tentangan daripada beberapa kalangan dalam masyarakat Melayu sendiri.

    Tentangan yang paling ketara ialah daripada ulama tradisi yang terkenal dengan

    panggilan Kaum Tua. Mereka mengkritik golongan reformis dan menggelar

    golongan ini sebagai Kaum Muda. Persoalan politik antara kedua pihak berkaitan

    dengan soal-soal agama dan isu yang berkaitan dengan pembaharuan ekonomi dan

    politik akhirnya tenggelam begitu sahaja.

    10. Perjuangan golongan intelektual awal ini agak mengecewakan malah tidaklah

    menghairankan bahawa sesuatu yang baru sememangnya sukar untuk menembusi

    benteng tradisi. Walau bagaimanapun gerakan ini berjaya membuka mata orang-

    orang Melayu terhadap satu isu yang selama ini tidak begitu diendahkan.

    11. Terdapat empat faktor mengapa gerakan reformasi yang dianjurkan golongan

    ini menempuh kegagalan.

    a. Cara pemikiran orang-orang Melayu ketika itu amat terbatas. Majoriti

    masyarakat Melayu ketika itu mempunyai pendidikan asas sahaja oleh itu

    mereka belum mampu melibatkan diri untuk mendalami dan meneliti isu-isu

    yang disogokkan oleh para pejuang reformasi tadi.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    12

    b. Pendekatan yang digunakan dalam menyarankan pembaharuan agak

    bertentangan dengan fahaman ulama tradisi yang amat dominan dalam

    masyarakat Melayu ketika itu, dominan dari segi bilangan malah dominan

    dari segi kewibawaan juga. Oleh sebab golongan ini lebih menitikberatkan

    dalam soal membincangkan soal-soal keagamaan yang bertentangan dengan

    pandangan mereka maka akhirnya persoalan ekonomi dan politik orang

    Melayu tenggelam tanpa mendapat perhatian.

    c. Sudah menjadi fenomena masyarakat Melayu ketika itu menghormati

    para alim ulama maka sokongan mereka sudah tentulah bersama golongan

    Kaum Tua tadi. Dan segala perjuangan yang ideal dari Kaum Muda tidak

    mendapat perhatian.

    d. Sikap kritis para pejuang pembaharuan terhadap golongan aristokrat Melayu

    sambil menyelar pembesar-pembesar Melayu yang membiarkan nasib

    bangsa Melayu ditentukan oleh kaum mendatang tidak disenangi oleh

    orang-orang Melayu yang amat menghormati golongan bangsawan. Oleh

    sebab itu apabila ada satu golongan mengkritik golongan bangsawan maka

    mereka dipandang serong dan tidak diberi perhatian.

    e. Strategi perjuangan mereka juga tidak berubah kerana hanya berjuang

    dengan menyeru agar rakyat mengubah nasib mereka tetapi mereka tidak

    pula menjalankan usaha untuk membincangkan rancangan pembaharuan

    mereka atau menghantar memorandum kepada pihak-pihak berkenaan bagi

    menuntut agar diperbaiki nasib bangsa Melayu.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    13

    2.2 KAUM MUDA

    1. Sebenarnya, golongan Kaum Muda pada asalnya muncul di sekitar Riau-

    Singapura kerana kawsan tersebut pada masa itu menjadi pusat kebudayaan-

    kesusasteraan Melayu. Syed Syeikh Al-Hadi, contohnya, adalah murid Raja Ali

    Haji, seorang tokoh kesusasteraan-kebudayaan Melayu terkenal pada penghujung

    abad ke-19. Raja Ali juga seorang ulama Islam yang sangat dikenali.

    2. Tokoh golongan ini, Syed Syeikh Al-Hadi dilahir di Melaka manakala Syeikh

    Tahir Jalaluddin berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera. Kedua-dua tokoh ini amat peka

    dengan keadaan sekeliling yang wujud dan melihat kepincangan hidup masyarakat

    Melayu pada masa itu.

    3. Dengan berpandukan ajaran agama Islam yang peroleh daripada pembacaan dan

    pendidikan di Timur Tengah, mereka tampil dengan gagasan untuk menyedarkan

    masyarakat Melayu daripada pelbagai bidaah yang dianuti serta perjajahan mental

    dan fizikal yang dibawa oleh kuasa Inggeris terhadap para bangsawan Melayu

    dalam kehidupan mereka. Kaum Muda merasakan faktor inilah yang memperkecil

    kebolehan dan membodohkan masyarakat Melayu.

    4. Atas matlamat ini maka pada 23 Julai 1906 terbitlah majalah berbentuk akhbar

    Al-Imam di Singapura. Majalah ini menjadi alat tidak rasmi Kaum Muda dalam

    memperjuangkan gagasan mereka. Malahan majalah dan akhbar Melayu seperti

    Saudara, Neraca dan Al-Ikhwan yang digunakan alat perjuangan golongan ini.

    Melalui majalah dan akhbar inilah kita dapat mengetahui falsafah dan strategi

    perjuangan kumpulan yang amat kontroversi itu pada awal abad ke-20 ini. Media

    massa tersebut digunakan sebagai alat menggerak dan menyedarkan masyarakat

    Melayu pada masa itu.

    5. Bagi Kaum Muda ajaran Islam yang tulen dan suci sahaja dapat mengubah sikap

    masyarakat pada masa itu. Dengan merujuk dan kembali kepada sumber Al-Quran,

    Al-Hadis dan Sunah Rasulullah sahajalah segala. amalan bidaah dan khurafat yang

    membelenggu pemikiran dan sikap terhadap agama dalam kalangan masyarakat

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    14

    Melayu pada masa itu dapat dihapuskan.

    6. Kaum Muda beranggapan bahawa adat-istiadat Melayu yang menjadi amalan

    penting dalam kehidupan seharian orang Melayu adalah membazir perlu dikikis.

    Kaum Muda juga sebenarnya menentang pihak establishment para ulama Melayu -

    Islam dan para bangsawan yang didakwanya bekerjasama dengan penjajah

    Inggeris. Jelaslah bahawa teori dan falsafah Kaum Muda sebenarnya berteras dan

    berdasarkan ajaran dan falsafah Islam yang tulen, bukan propaganda.

    7. Penjajah Inggeris dianggap sebagai golongan yang tidak berperikemanusiaan

    serta menyebabkan kemunduran sosial dan ekonomi orang Melayu, sehinggakan

    orang-orang Melayu rendan tarafnya jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Oleh

    itu golongan ini menganggap bahawa alat menentang penjajah dan kemiskinan

    orang-orang Melayu ialah pelajaran.

    8. Bidang dan mata pelajaran yang dianjurkan oleh Kaum Muda untuk diajarkan

    kepada orang Melayu tidak terhad kepada pelajaran agama (yang bukan ortodoks)

    malahan merangkumi pelajaran duniawi seperti sains, bahasa Inggeris, ilmu

    pertanian dan lain-lain. Mereka juga mendesak orang Melayu belajar segala bidang

    ilmu perdagangan dan menggalakkan masyarakat Melayu menceburkan diri dalam

    aktiviti perdagangan dan perniagaa serta tidak membiarkan bidang ini dibolot oleh

    kaum pendatang lain.

    9. Kaum Muda turut memperjuangkan emansipasi dan taraf kaum wanita. Kaum

    Muda. menyarankan agar wanita Melayu tidak harus duduk di dapur untuk

    memasak dan membelenggukan diri di rumah sahaja melayan anak dan suami.

    Mereka harus keluar menuntut ilmu asalkan tidak bertentangan dengan ajaran

    dan akidah Islam. Wanita Melayu harus berganding bahu bersama lelaki agar

    membebaskan diri dari pada belenggu kebodohan dan kemiskinan.

    10. Kaum Muda juga menyebarkan perjuangan mereka secara formal, iaitu dengan

    menubuhkan kelas-kelas pendidikan melalui sekolah-sekolah Arab dan Madrasah.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    15

    Di kelas-kelas seperti inilah suatu sistem pelajaran dan pendidikan yang rasional

    dapat diwujudkan. Mata pelajaran yang diajar bukan setakat berbagai ilmu agama

    dan akidah Islam , malahan ilmu mengenai bahasa, seperti bahasa Arab dan

    Inggeris, sains dan ilmu hisab, ilmu falsafah dan sejarah. Pada dasarnya para

    Kaum Muda tidak bersetuju dengan sistem sekolah pondok yang sebahagian besarnya

    dibolot oleh para ulama yang berfahaman ortodoks.

    11. Pada umumnya, fahaman dan gagasan perjuangan Kaum Muda tersebar luas

    dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Negeri-negeri Selat. Hal ini kerana di

    Negeri-negeri Selatlah terdapat banyak kemudahan percetakan dan penerbitan.

    Kedudukan geografikal Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menyebabkan ianya

    agak strategik untuk kemasukan fahaman dan pengaruh liberalisme yang

    didatangkan dari Barat.

    12. Selain itu ketiga-tiga buah negeri ini yang menjadi pertapakan kuasa dan

    pengaruh para raja dan bangsawan Melayu ketika itu, dengan itu lebih mudah

    gagasan perjuangan Kaum Muda dapat disebarkan ke negeri-negeri Melayu lain.

    Antara Madrasah dan kelas agama terkenal yang ditubuhkan ialah Madrasah Al-

    Iqbal di Singapura, Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah di Pulau Pinang dan

    Madrasah Al-Hadi di Melaka.

    13. Kaum Tua dan para ulama yang berdiri kukuh dalam establishment

    (berbagai institusi agama Islam yang dinaungi oleh penjajah dan raja-raja Melayu)

    merupakan kalangan Melayu Islam yang paling terasa ditentang oleh Kaum Muda.

    Pertelagahan antara mereka bukan sahaja dalam pelajaran dan akidah (seperti isu

    membela anjing di rumah, bersembahyang dengan menggunakan tali-leher, bertalkin

    di kubur, dan lain-lain) malahan menimbulkan kelompok-kelompok pengikut sesama

    mereka dalam masyarakat Melayu sendiri. Kemuncak pertelagahan muncul dalam

    bentuk pergaduhan antara kelompok di Alor Gajah dan Jasin Melaka.

    15. Falsafah dan garis perjuangan seperti ini menjelaskan kepada kita bahawa

    Kaum Muda bukan sahaja melihat agama Islam sebagai al-din, atau agama

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    16

    sebagai untuk bekal mati, malah mereka melihat agama Islam dan

    menilaikannya dengan cara yang lebih meluas dengan menjadikan teras dalam

    perjuangan politik menentang penjajahan dari Barat sebagaimana agama Islam

    yang turut memberikan panduan untuk meningkatkan intelektual guna

    menghapuskan kemiskinan dan melenyapkan ketidakseimbangan sosial yang

    wujud dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu.

    Latihan 1:

    1. Namakan DUA tokoh yang terbabit secara langsung dalam gerakan Kaum Muda.

    2. Nyatakan DUA faktor penolakan masyarakat Melayu terhadap gerakan yang dibawa oleh Kaum

    Muda.

    3. Mengapakah kesedaran terhadap gerakan nasionalisme sebelum perang lebih perlahan

    berbanding selepas perang.

    4. Sekiranya anda pemimpin Kaum Muda, apakah langkah yang akan anda lakukan bagi memberi

    kesedaran ke arah kemerdekaan kepada masyarakat pada masa itu.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    17

    2.3 TAHAP KEDUA : GERAKAN BERPERSATUAN

    1. Dalam tahun-tahun tersebut perjuangan orang-orang Melayu agak berbagai

    ragam. Kalau dalam tahap pertama digerakkann oleh sekumpulan orang-orang

    perseorangan dengan menggunakan majalah sebagai media, dalam tahap kedua

    ini pula perjuangan ke arah menuntut pembaikan nasib bangsa Melayu dijalankan

    oleh orang perseorangan dan juga organisasi yang ditubuhkan buat pertama

    kalinya.

    2. Organisasi itu pada mulanya berbentuk kenegerian dan ada yang berbentuk

    nasional. Tetapi terdapat satu hal yang sama dalam perjuangan tahap ini iaitu

    rata-rata para pejuangnya adalah daripada mereka yang berpendidikan Inggeris

    dan Melayu.

    3. Raja Chulan dan Datuk Abdullah Hj. Dahan sebagai ahli mesyuarat Federal

    Council sentiasa membangkitkan masalah hak keistimewaan orang Melayu dan

    taraf ekonomi serta sosial dalam ucapan-ucapan mereka di Council tersebut.

    Demikian juga dengan En. Yunus Abdullah seorang ahli Majlis Mesyuarat

    Perundangan Singapura, yang sentiasa membangkitkan soal "kedudukan orang-

    orang Melayu di Singapura itu yang sangat mundur dan tertekan ekonominya , "

    4. Datuk Onn Ja'afar merupakan seorang lagi tokoh pejuang Melayu dalam

    tahap kedua. malah dianggap tokoh paling radikal pada zamannya. Beliau

    pernah menyelar British dan dasar yang dijalankan oleh mereka. Akhbar

    terbitannya bersama Muhd. Hashim Yunus - WARTA MALAYA menjadi medan

    perjuangannya. Kemudian beliau menerbitkan pula LEMBAGA MALAYA. Melalui

    akhbar-akhbar inilah beliau menyelar dan mengkritik dasar yang dijalankan oleh

    Inggeris serta menuntut perubahan terhadap taraf sosio-politik dan ekonomi

    bangsa Melayu.

    5. Pada tahun 1926, lahir satu gerakan sosiopolitik Melayu yang agak berbeza

    daripada tahap pertama. Kali ini aktiviti perjuangan disalurkan melalui organisasi

    dan organisasi yang bergerak ke arah ini ialah KESATUAN MELAYU

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    18

    SINGAPURA (KMS). Kesatuan yang dipimpin oleh En. Yunus Abdullah ini

    diasaskan atas kesedaran terancamnya nasib orang Melayu jati di Singapura

    jika dibandingkan dengan bangsa yang bukan beragama Islam serta pendatang-

    pendatang yang beragama Islam seperti orang-orang Arab dan India Muslim.

    6. Dua golongan masyarakat tadi telah mempunyai berbagai institusi ekonomi

    dan juga sosial di Singapura ketika itu namun golongan ini tidak menunjukkan

    keikhlasan dalam memberi pertolongan atau memperjuangkan nasib orang-orang

    Melayu jati di Singapura.

    7. Atas rasa kebimbangan terhadap tekanan ekonomi kaum-kaum mendatang

    lahirah KMS. dan diikuti dengan penubuhan beberapa kesatuan lain seperti

    Kesatuan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Pahang, Kesatuan Melayu Melaka

    dan lain-lain. Perjuangan mereka adalah bertujuan untuk membela nasib bangsa

    Melayu dari aspek sosial dan ekonomi dan bercorak regional atau kenegerian

    tetapi bukan perjuangan politik ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

    8. Hanya pada pertengahan tahun 1930an barulah wujud sebuah organisasi

    yang bercorak kebangsaan bagi memperjuangkan taraf sosial dan ekonomi

    bangsa Melayu iaitu organisasi Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM).

    Meskipun dalam bentuk yang lebih besar, Persaudaraan Sahabat Pena masih

    belum mampu menjangkau jauh dalam motif perjuangannya

    SOALAN

    Sehingga ini anda tentu telah memahami corak gerakan sosiopolitik peringkat kedua.

    Berdasarkan buku-buku rujukan yang diberi cuba anda dapatkan maklumat tentang PASPAM

    dan buat LAKARAN MINDA untuk menunjukkan bahawa anda memahami pertubuhan ini

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    19

    BAB 3

    KESEDARAN UNTUK MERDEKA

    Hasil Pembelajaran Tajuk.

    Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat:

    1. menyenaraikan faktor-faktor luar yang mempengaruhi gerakan sosiopolitik di

    Malaysia pada awal abad ke 20.

    2. menamakan tokoh-tokoh awal yang terlibat dalam gerakan sosiopolitik di Malaysia

    3. menganalisis faktor kegagalan gerakan Kaum Muda dalam gerakan ke arah negara

    kemerdekaan negara.

    3.1 TAHAP KETIGA: KESATUAN MELAYU MUDA DAN KESEDARAN UNTUK

    MERDEKA

    1. Satu lagi golongan pejuang sosio-politik Melayu yang wujud pada akhir tahun

    1920an ialah golongan nasionalis daripada penuntut-penuntut Sultan Idris

    Training Gollege (SITC). Berbeza daripada pejuang-pejuang kumpulan pertama

    dan kedua, iaitu mereka yang berpendidikan Arab dan Inggeris, golongan ketiga

    ini adalah terdiri daripada guru-guru yang rata-rata menerima pendidikan Melayu.

    2. Berbeza daripada kumpulan terdahulu, kumpulan ini dalam perjuangannya

    banyak mendapat ilham daripada idea-idea perjuangan Indonesia. Apabila

    menyebut kumpulan nasionalis daripada kumpulan ketiga ini nama Ibrahim Hj.

    Yaakub tidak dapat diabaikan kerana peranannya dalam bentuk organisasi

    perjuangan guru-guru lepasan SITC.

    3. Ibrahim, sejak masih menuntut di SITC telah menunjukkan bakat

    kepimpinannya dalam memperjuangkan nasib bangsanya. Di SITC, beliau telah

    menubuhkan dua organisasi bercorak politik yang menyerupai satu organisasi

    bawah tanah.

    4. Dalam tahun 1929 beliau menubuhkan IKATAN PEMUDA PELAJAR dan

    diikuti 1930 tertubuh pula IKATAN-SEMENANJUNG-BORNEO. Organisasi-

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    20

    organisasi yang ditubuhkan di SITC ini mempunyai motif yang jelas dari segi politik

    kerana motif penubuhannya adalah bagi menyedarkan rakyat Malaya dan Borneo

    untuk mencapai kemerdekaan dalam satu lingkungan negara besar seperti

    Indonesia Raya atau Malaysia Raya. Jelas bahawa kedua-dua organisasi ini

    mempunyai cita-cita perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan.

    5. Walau bagaimanapun perjuangan Ibrahim serta kawan-kawannya semasa di

    SITC itu tidak mendatangkan kesan segera. Sebaliknya hasil daripada segala

    rancangan semasa menuntut di SITC itu hanya dapat direalisasikan pada tahun

    1937 apabila Ibrahim bersama-sama beberapa College-matenya menubuhkan

    KESATUAN MELAYU MUDA. Melalui kesatuan ini satu turning-point telah berlaku

    dalam corak perjuangan orang-orang Melayu.

    6. Sesungguhnya gerakan sosiopolitik yang dilancarkan oleh orang-orang Melayu

    sebelum Perang Dunia Kedua agak menarik. Kematangan dalam setiap tahap

    perjuangan juga semakin meningkat. Kalau pada peringkat awal corak perjuangan

    agak lembab dan banyak menerima tentangan massa iaitu dalam Tahap Pertama,

    kemudian menempuh pula zaman yang agak aktif dan provokatif dengan

    menampakkan keberanian dalam membuat kritikan terhadap British tetapi masih

    bersikap propenjajah (Tahap Kedua).

    7. Dalam Tahap Ketiga ini perjuangan bertambah radikal dan anti-British. Pelopor

    utama dalam perjuangan tahap ini ialah Ibrahim Hj. Yaakub dan Ishak Hj.

    Muhammad. Mereka yang datang dari satu daerah yang sama, Temerloh,

    bergabung tenaga bagi menubuhkan KMM yang berpusat di Kuala Lumpur, pada

    tahun 1937.

    8. Ibrahim menjelajah ke seluruh tanahair bagi menerangkan konsep KMM

    serta menubuhkannya di merata tempat. Sambutan terhadap KMM amat

    menggalakkan kerana bukan sahaja zaman penubuhannya merupakan zaman

    kebangkitan semangat nasionalisme tetapi juga oleh sebab rakan-rakannya yang

    menuntut di SITC dan bergerak dalam IPP dan ISB telah sedia menunggu bagi

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    21

    menubuhkan KMM.

    9. KMM merupakan satu-satunya organisasi politik Melayu yang paling matang

    sebelum tahun 1940. Hal ini kerana KMM merupakan parti politik yang pertama

    berjuang melewati batas-batas negeri dan bercorak kebangsaan tulen. KMM juga

    berjuang dengan asas yang kukuh iaitu "Untuk membela bangsa Melayu

    mendapatkan kemerdekaan negara dan menyatukan Malaya ke dalam Indonesia

    Raya". Ketegasan KMM juga dapat dilihat daripada sikapnya yang tidak mahu

    bekerjasama dengan British hingga dianggap berhaluan kiri. Ini bukanlah bererti KMM

    menganut faham sosialis atau komunis, cuma anti-British sahaja.

    10. Kemunculan KMM dalam bentuk yang begitu kompak di seluruh negara sungguh

    mengkagumkan dan menggambarkan kepada sejarah kesedaran politik orang-orang

    Melayu sudah memuncak. Kalau perjuangan nasionalisme sesebuah negara atau

    satu-satu bangsa boleh diukur berdasarkan perpaduan rakyatnya menuntut keadilan

    sosial dan kemerdekaan, maka pada era KMM inilah kemuncak gerakan nasionalisme

    Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

    11. Akhir 1930an, pemimpin KMM turut menjalin hubungan dengan kuasa Jepun yang

    ketika itu dalam rancangannya menakluki Asia. Tujuan mereka adalah untuk

    mendapatkan pertolongan Jepun bagi membebaskan Malaya. Malangnya kegiatan

    mereka telah dapat dihidu oleh pihak berkuasa British menyebabkan mereka

    ditangkap.

    12. Penangkapan nasionalis-nasionalis Melayu pada tahun 1940 itu menyebabkan

    gerakan nasionalisme Melayu yang telah berjalan sejak tahun 1906 itu terhenti buat

    seketika sebelum bergerak semula dengan apabila Jepun berjaya menduduki Malaya

    pada tahun 1941.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    22

    3.2 PENULISAN SEBAGAI WADAH PERJUANGAN

    1. Pertama kita telah melihat bahawa adanya bahan-bahan tulisan berbentuk mass

    media digunakan sebagai alat perjuangan. Pada Tahap pertama seperti Al-Imam

    maupun pada tahap kedua seperti Datuk Onn dengan menggunakan Warta Malaya

    dan Lembaga Malaya. Juga di tahap ketiga di mana Ibrahim Hj. Yaakub dan Ishak

    menggunakan Warta Malaya dan Majlis. Syed Sheikh Al Hadi menyalurkan cita-citanya

    melalui novel selain dari Al-Imam, iaitu novel ulung Melayu, Faridah Hanum. Ishak Hj.

    Muhammad menulis novel untuk melahirkan tentangannya terhadap British iaitu

    melalui "Putera Gunung Tahan" nya. Novel ini juga merupakan novel Melayu yang

    ulung dalam membawa tema nasionalisme.

    2. Kedua, dalam jangka masa yang sedemikian lama, golongan yang tidak

    berpendidikan Inggeris paling ramai melibatkan diri dalam melancarkan gerakan

    sosio-politik untuk kepentingan orang Melayu.

    4. Ketiga, gerakan sosio-politik Melayu banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor dari luar

    seperti dari Timur Tengah dan juga Indonesia (seperti yang berlaku kepada KMM

    apabila pemimpinnya banyak menimba ilham daripada perjuangan kebangsaan

    Indonesia).

    5. Keempat, sehingga tahun 1940, KMM merupakan sebuah parti politik yang

    palingberjaya dalam menyedarkan bangsa Melayu tentang pentingnya kemerdekaan

    hinggakan kemerdekaan yang kita capai hari ini pun adalah hasil daripada perjuangan

    bekas-bekas anggota KMM yang menubuh atau menganggotai UMNO seperti A.

    Rahman Talib, Ibrahim Fikri dan lain-lain.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    23

    3.3 KEGIATAN SOSIOPOLITIK MASYARAKAT INDIA DAN CINA SEBELUM

    PENDUDUKAN JEPUN

    1. Kegiatan sosio-politik dalam kalangan orang-orang keturunan India di Malaysia

    sebelum Perang Dunia Kedua adalah dalam dua bentuk dan dalam dua tahap pula

    iaitu:

    a. Organisasi bercorak sosial dan kebajikan,

    b. Organisasi bercorak politik.

    2. Sejak kedatangan orang-orang India pada tahun 1800an, mereka telah

    menubuhkan beberapa organisasi bercorak sosial dan kebajikan bagi membela

    kepentingan orang-orang India di sini. Tegasnya penubuhan kesatuan-kesatuan dalam

    kalangan orang-orang India pada mulanya hanya bertujuan memperjuangkan

    nasib mereka seperti keadaan tempat tinggal mereka bekerja, gaji dan lain-lain. Oleh

    itu organisasi itu bukan merupakan pertubuhan politik dan jauh sekali kalau hendak

    dikatakan untuk memperjuangkan semangat kebangsaan seperti yang berlaku dalam

    kalangan orang-orang Melayu ketika itu. Keadaan ini disebabkan kedatangan mereka

    pada mulanya hanya untuk mencari nafkah hidup - berniaga atau menjadi buruh di

    estet-estet.

    3. Persatuan India yang bercorak bukan politik yang pertama yang ditubuhkan di

    Malaysia ialah PERSATUAN INDIA TAIPING (1906), diikuti oleh PERSATUAN INDIA

    SELANGOR (1909). Selepas itu tertubuhlah beberapa kesatuan India seperti

    Persatuan India Kinta, Persatuan India Hilir Perak, Persatuan India Melaka,

    Persatuan India N. Sembilan dan Persatuan India Singapura (1923).Semua

    persatuan itu didokong oleh saudagar-saudagar, golongan profesional, kerani-kerani

    dalam jabatan keraja.

    4. Orang-orang Cina di Malaysia berpolitik ketika itu bukan bagi mengambil alih pucuk

    pemerintahan Tanah Melayu. Tahap pertama gerakan politik orang-orang Cina berlaku

    antara 1895 hingga 1911. Kegiatan ini adalah sebagai `respond' terhadap keadaan

    yang berlaku di negeri China ketika itu iaitu ketika orang-orang Cina yang berjuang

    bagi mendapatkan kedudukan yang setimpal dari kekuasaan Manchu seterusnya

    berjuang bagi menyingkirkan kekuasaan Manchu dari negeri itu.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    24

    5. Selain itu, bukti yang menunjukkan bahawa gerakan politik orang-orang Cina di sini

    pada ketika itu sebenarnya adalah rentetan daripada keadaan yang berlaku di

    China kerana wujudnya dua golongan atau aliran politik dalam kalangan mereka

    di Tanah Melayu iaitu Golongan Revolusi dan Golongan Reformasi. Hal ini berlaku

    kerana masyarakat China ketika itu terbahagi dua seperti itu pertama di bawah

    pimpinan Dr. Sun Yat Sen dan yang kedua di bawah pimpinan Kang Yu Wei.

    6. Dalam abad ke-20 kedua-dua pemimpin negeri China itu melawat Singapura bagi

    meminta bantuan orang-orang Cina seberang laut dalam perjuangan mereka.

    Serentak dengan kepulangan mereka ke negeri China organisasi-organisasi politik

    seperti yang terdapat di China ditubuhkan di Singapura dan yang paling menonjol

    ialah Tung Meng Hui (cawangan) pimpinan oleh Dr. Sun Yat Sen.

    7. Sejak itu segala kegiatan politik di China berlaku juga di Tanah Melayu (termasuk

    Singapura). seperti apabila orang-orang Cina di negeri China menentang Amerika

    atau Jepun maka orang-orang Cina di sini juga berbuat demikian. Semangat mereka

    begitu kuat kerana sebenarnya orang-orang Cina di Malaysia ketika itu adalah

    rakyat negeri China yang berdagang di sini. Hal ini turut melibatkan masyarakat

    Cina Peranakan yang menyokong dan terpengaruh dengan kegiatan politik yang

    berkiblat ke China itu kerana sentimen negeri asal keturunan mereka.

    8. Namun pemerintahan British di Tanah Melayu ketika itu tidak begitu

    menggalakkan kegiatan politik orang-orang Cina kerana pemerintahan British yang

    pada masa itu menyokong kerajaan Manchu sedangkan orang-orang Cina di sini

    berjuang untuk penyingkiran kerajaan itu dari negeri China. Oleh hal yang demikian

    kegiatan politik orang-orang Cina di Tanah Melayu agak terbatas hinggalah ke tahun

    1911.

    9. Kegiatan berpolitik di kalangan orangorang Cina selepas tarikh 1911 semakin

    pesat dan rancak. Tahun 1911 adalah tahun keramat bagi pejuang-pejuang

    kebangsaan Cina di negara mereka kerana pada, tahun itulah berlakunya

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    25

    Revolusi 1911 dan berjaya menumbangkan pemerintahan Manchu.

    10. Selepas berakhirnya revolusi di negeri China itu, Dr. Sun Yat Sen

    membubarkan parti Tung Meng Hui dan menggantikannya dengan Kuomintang

    (Parti Kebangsaan). Apabila Kuomintang ditubuhkan di negeri China pada tahun

    1912 maka cawangan-cawangan parti itu tumbuh di merata tempat di Tanah

    Melayu dan Singapura.

    11. Pada tahun 1913 keadaan politik di China agak kucar-kacir kesan daripada

    tindakan presiden pertama Republik yang baru ditubuhkan itu mengisytiharkan

    dirinya sebagai Maharaja dan bertindak menghapuskan Kuomintang.

    Ketidakstabilan politik di China itu agak membantutkan perkembangan politik

    orang-orang Cina di Tanah Melayu. Tetapi satu kegiatan lain pula mengambil

    tempatnya iaitu golongan Anarchis dengan faham Anarchismenya.

    12. Anarchisme ialah satu ideologi yang menganggap bahawa adalah ideal hidup

    bebas tanpa dikongkong oleh sebarang undang-undang. Golongan ini menentang

    segala bentuk organisasi dan juga sebarang bentuk institusi pentadbiran.

    Golongan ini muncul di China pada tahun 1913 dan merebak ke Tanah Melayu

    pada tahun 1918 dan amat berpengaruh di bandar-bandar seperti Singapura, ,

    Ipoh, K. Lumpur, P. Pinang dan Seremban.

    13. Pengaruh anarchisme ini bertapak di kalangan masyarakat Cina hingga tahun

    1925 dan selepas itu lenyap begitu sahaja kerana satu faham lain pula

    mendominasi masyarakat Cina ketika-itu iaitu faham Komunisme. Walaupun

    usia kegiatan golongan anarkis di Tanah Melayu itu singkat tetapi sempat juga

    mereka menjalankan beberapa kegiatan yang agak berkesan antaranya

    menghasut orang-orang Cina menentang majikan dan juga menggalakkan

    pekerja-pekerja menubuhkan Kesatuan Sekerja bagi membela nasib mereka.

    14. Kematian Yuan Shih-Kai di negeri China setelah pada tahun 1916

    menyebabkan golongan kiri yang berfaham komunis semakin berpengaruh dan

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    26

    akhirnya golongan komunis ini bergabung dengan Kuomintang pada tahun 1924

    dan gabungan itu dikenali dengan nama Barisan Bersatu I. Percantuman itu

    ialah bagi tujuan menentang golongan hulubalang yang memerintah China ketika

    itu.

    15. Implikasi gabungan di negeri China itu amat besar kepada corak politik di

    Tanah Melayu ketika itu malah hingga ke hari .ini implikasi yang dimaksudkan

    ialah dengan bergabungnya golongan komunis di China dengan Kuomintang maka

    pemimpin-pemimpin Komunis China pun mulalah melawat Tanah Melayu atas

    nama pemimpin Kuomintang. Mereka ini menjalankan dakyah komunis dan

    berjaya mempengaruhi sebahagian besar masyarakat Cina terutama puak Hailam.

    Oleh yang demikian dalam Kuomintang di Tanah Melayu juga ketika itu telah

    terdapat puak komunis.

    16. Pada tahun 1927 apakala Dr. Sun Yat Sen meninggal dunia penggantinya

    Chiang Kai Shek mulalah menyingkirkan golongan komunis dari Kuomintang dan

    Kuomintang berpisah dari komunis. Hal yang sama berlaku kepada Kuomintang

    di Tanah Melayu dan anggota Kuomintang yang berfaham komunis kehilangan

    tapak perjuangan. Setelah beberapa tahun golongan komunis di Malaya hidup

    dalam keadaan tidak tentu organisasinya maka akhirnya pada tahun 1931

    Komunis Antarabangsa mengambil alih komunis Tanah Melayu dan mewujudkan

    PARTI KOMUNIS MALAYA.

    17. Matlamat PKM ialah bagi menguasai Kesatuan-Kesatuan Buruh dan

    Pertubuhan-Pertubuhan Belia. Di samping itu PKM telah diarah agar mengatur

    langkah bagi menubuhkan Republik Malaya. Antara kegiatan yang telah

    dijalankan ialah mengadakan beberapa siri permogokan bagi menghancurkan

    ekonomi kolonial British. Berikutan dengan tindakan PKM itu maka pihak

    berkuasa British telah melancarkan gerakan pembersihan dan kegiatan komunis

    agak reda. Keadaan ini berlanjutan hingga menjelang Perang Dunia Kedua.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    27

    18. Kesimpulan bahawa sejak tahun 1927 iaitu tarikh komunis di singkir dari

    Kuomintang kegiatan politik orang Cina di Tanah Melayu bertumpu ke arah kiri

    tegasnya menggunakan PKM sebagai satu-satunya organisasi perjuangan

    mereka. Keadaan ini berlaku hinggalah menjelang pecahnya Perang Pasifik.

    Sebaliknya PKM gagal mempengaruhi orang-orang Melayu disebabkan orang-

    orang Melayu yang rata-rata berugama Islam amat tidak tertarikdengan faham

    tidak bertuhan yang dianut oleh orang-orang Komunis.

    3.4 PENDUDUKAN JEPUN DAN CORAK PERJUANGAN

    1. Perjuangan politik dalam kalangan orang Melayu sebelum perang dipelopori

    dengan tegas oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Hj. Yaakub dan Ishak

    Hj. Muhammad. Tetapi menjelang pecahnya Perang Pasifik pemimpin-pemimpin KMM

    ini telah ditahan oleh pihak berkuasa British dan kegiatan KMM terhenti. Walau

    bagaimanapun setelah Jepun berjaya menundukkan Inggeris di, Tanah Melayu dan

    Singapura pada tahun 1941 pemimpin-pemimpin KMM tadi telah dibebaskan

    oleh Jepun dan KMM dihidupkan semula oleh mereka.

    2. Setelah bergerak buat seketika dalam zaman Jepun itu pemimpin-pemimpin KMM

    mendapati Jepun tidak mampu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu lalu

    mereka mengadakan hubungan dengan pihak Parti Komunis Malaya yang ketika itu

    menubuhkan gerakan bawah tanahnya iaitu Malayan People Anti-Japenese Army

    (MPAJA).

    3. Apabila gerakan KMM ini dapat dikesan oleh Jepun, KMM diharamkan. Anehnya

    pemimpin-pemimpin KMM tadi tidak ditangkap sebaliknya Jepun menubuhkan satu

    organisasi tentera bernama Pembela Tanahair (PETA) dan melantik bekas pemimpin

    KMM memimpinnya.Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Ibrahim dan kawan-

    kawannya. Dalam peringkat ini ada kegiatan ` saling memperkuda antara Jepun dan

    bekas pemimpin-pemimpin KMM tadi.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    28

    4. Pihak berkuasa Jepun meminta bekas-bekas pemimpin KMM tadi memimpin PETA

    kerana mahu mendapatkan sokongan dari orang Melayu dan menjalin hubungan baik

    antaranya dengan bumiputera bagi meneruskan cita-cita mewujudkan

    PEMERINTAHAN ASIA TIMUR RAYA yang dilaung-laungkannya. Pihak pemimpin-

    pemimpin KMM tadi pula menerima perlantikan itu kerana mau mendapatkan

    peluang ketenteraan bagi kepentingan masa depannya kerana PETA adalah pertubuh-

    an tentera yang berprogrem melatih : anak-anak tempatan. :Ini terbukti benarnya

    apakala kita dapati bahawa KMM tidak mati sebaliknya terus hidup secara rahsia

    di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dan'terus mengadakan hubungan dengan

    pemimpin-pemimpin dalam PETA.

    5. Menjelang tahun 1945 pihak Jepun telah merasakan bahawa kemenangan

    seterusnya adalah tipis bagi Jepun untuk menentang pihak Berikat. Oleh itu

    rejim_tentera itu cuba menarik sokongan dari orang Melayu dengan membayangkan

    hasrat bagi memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia.

    Justeru itu pada bulan Julai 1945 KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG

    (KERIS) ditubuhkan. KERIS adalah badan perunding bagi membincangkan

    kemerdekaan Malaya bersama Indonesia atas konsep Indonesta Raya.

    6. Pada 12 Ogos.1945 satu pertemuan diadakan,di Lapanganterbang Taiping antara

    Ibrahim Hj. Yaakub dan Dr. Burhanuddin di satu pihak dan Sukarno serta Mohd.

    Hatta di pihak yang lain. Tujuannya bagi membincangkan tuntutan kemerdekaan

    bersama Indonesia-Malaya. Keputusan yang tercapai ialah Malaya akan merdeka

    bersama-sama Indonesia apabila kemerdekaan diisytiharkan. Serombongan 8 orang

    dari KMM akan mewakili Malaya dalam pengisytiharan kemerdekaan nanti. Tetapi

    malang bagi Malaya kerana pihak Jepun telah menyerah terlebih dahulu sebelum

    rombongan dari Malaya sempat berlepas ke Jakarta bagi upacara

    pengisytiharan kemerdekaan bersama itu, akhirnya merdekalah Indonesia selepas

    kekalahan Jepun dan berakhirlah perjuangan KMM sementara menantikan

    peranannya diambil alih oleh organisasi lain selepas perang.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    29

    Kita telah membincangkan bahawa kegiatan politik orang-orang India di

    Tanah Melayu sebelum perang adalah didokong oleh CIAM dan matlamat

    perjuangan mereka ialah berkiblat ke India. Perjuangan mereka ini berterusan

    semasa pendudukan Jepun dan iaitu bagi membebaskan India dari pemerintahan

    British.

    1. CIAM dalam masa ini telah melibatkan dirinya dengan kegiatan Indian

    Independence League (IIL) di bawah pimpinan Chandra Bose. Pertubuhan ini

    ialah satu pertubuhan yang berjuang bagi memerdekakan India dan dalam menuju

    matlamatnya itu pertubuhan ini telah bekerjasama dengan Jepun dan telah

    menghantar perwakilannya mengadakan beberapa persidangan di Tokyo serta

    Hong Kong bagi mengatur rancangan untuk menentang Inggeris di Asia khususnya

    di Asia. Tenggara.

    2. Ekoran itu CIAM menubuhkan unit tenteranya yang dipanggil INDIAN

    NATIONAL ARMY bagi menentang British dari Malaya. Pada mulanya orang-

    orang keturunan India di sini agak keberatan memberikan sokongan mereka

    namun setelah Chandra Bose melawat Malaya dan menaikkan semangat orang-

    orang India di sini, mereka menukar fikiran lalu menyokong INA kerana bakat

    kepimpinan yang ada pada Bose dan slogan "Chalo Delhi" (mara ke Delhi) yang

    digunakannya itu amat berkesan.

    3. Sebagai cabang tentera dari CIAM, INA menjalankan kegiatan dengan memberi

    sokongan moral kepada pihak Jepun serta sokongan tenaga yang ofensif dan

    antara kegiatannya yang paling besar ialah dalam tahun 1944 apabila INA

    membuat tentangan terhadap British di sempadan Burma. Bagaimanapun

    tentangan itu gagal. INA itu sebenarnya telah berjaya mengumpulkan anggota dan

    kekuatan hingga mampu menyertai satu peperangan terbuka terhadap satu kuasa

    yang lebih besar ketika itu. Tetapi malangnya, kegiatan itu bukan untuk

    mempertahankan Malaya sebaliknya ialah bagi membebaskan INDIA dari cengka-

    man British.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    30

    4. Kekalahan Jepun dalam tahun 1945 membawa perubahan besar kepada

    corak perjuangan politik orang-orang India di Malaysia. CIAM menempuh zaman

    gelapnya apabila pemimpin-pemimpinnya yang radikal ditangkap kerana

    menentang BRITISH melalui INA semasa Jepun memerintah Tanah Melayu,

    sementara pemimpin-pemimpin yang `moderate' dan yang tua bersara malahan

    ada juga yang pulang ke India.

    5. Pemimpin-pemimpin CIAM yang radikal yang lepas lari ke Singapura pula dan

    menyertai kegiatan komunis bawah tanah bukan kerana terpengaruh dengan

    komunisme tetapi sebagai satu-satunya jalan bagi menentang Inggeris. Dengan

    berpindah dan tertangkapnya pemimpin-pemimpin CIAM yang radikal maka

    pimpinan orang-orang India di Malaya bertukar arah kepada golongan

    'moderate' yang menganut faham dan falsafah perjuangan Mahatma Ghandi, satu

    corak perjuangan baru pun bermula pada tahun 1946.

    3.5 BARA YANG MEMBAKAR

    1. Menjelang pecahnya Perang Pasifik, Comintern telah mengarahkan PKM

    menghentikan gerakan menentang Inggeris sebaliknya mengarahkannya membantu

    Inggeris menentang Jepun. Oleh itu dalam zaman Jepun PKM telah mengumpulkan

    sebilangan besar orang-orang Cina (meskipun begitu terdapat juga bangsa-bangsa lain)

    bagi menganggotai MPAJA iaitu satu unit tentera bawah tanah bagi menentang Jepun.

    Sejumlah besar orang-orang Cina di pinggir-pinggir hutan menubuhkan Min Yuen

    (Perhimpunan orang ramai) bagi membekalkan makanan dan maklumat kepada

    anggota-anggota MPAJA.

    2. PKM telah merangka beberapa dasar bagi menumbangkan Jepun dan

    membentuk Republik Malaya apabila melihatkan sokongan yang begitu besar kepada

    MPAJA terutamanya orang-orang Cina. Dalam masa yang sama perasaan anti Melayu

    di kalangan orang-orang Cina agak meluas kerana layanan yang agak istimewa yang

    diberikan oleh pihak Jepun dibandingkan dengan sikap rejim tentera itu terhadap

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    31

    orang-orang Cina disebabkan rasa permusuhan tradisinya dari negeri asal mereka.

    3. Apabila Jepun kalah dan sementara tentera British bersiap-siap untuk

    mengambil alih semula Malaya, wujud satu kekosongan pemerintahan di Tanah Melayu

    dan kekosongan itu telah dipenuhi oleh 'pemerintahan 21 hari' oleh anggota-anggota

    komunis yang rata-rata dianggotai oleh orang-orang Cina. Dalam tempoh inilah

    berlakunya pertentangan antara kaum yang mengorbankan banyak jiwa. Implikasi

    daripada peristiwa itu ialah rasa perkauman yang semakin menebal antara penduduk

    Malaya.

    4. Kedatangan Inggeris telah meredakan keadaan apabila PKM diharamkan dan

    anggota-anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata, yang tidak bersetuju dengan

    langkah Inggeris itu melarikan diri ke hutan dan melancarkan perang gerila terhadap

    Inggeris. Berakhirlah kerjasama PKM-British dan gerakan politik orang-orang Cina

    menempuh corak baru selepas perang yang memakan masa kira-kira, tiga tahun itu.

    5. Dengan terhapusnya PKM dari arena politik yang dihalalkan oleh kerajaan British

    maka kegiatan, politik kiri agak reda dan suasana politik selepas perang memberi

    peluang kepada aliran politik kanan sahaja dan pergerakan politik selepas perang

    adalah lebih memperlihatkan politik yang `Malayan oriented'.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    32

    BAB 4

    TINDAKAN BRITISH SELEPAS PERANG DAN REAKSI RAKYAT

    TEMPATAN

    Hasil Pembelajaran Tajuk.

    Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat:

    1. menyatakan faktor-faktor kejayaan UMNO sebagai parti yang berjaya

    menyatupadukan masyarakat Melayu dalam menentang Malayan Union.

    2. menjelaskan corak penentangan yang dilakukan oleh masyarakat melayu dalam

    menghadapi ancaman pelaksanaan Malayan Union

    3. menganalisis faktor penolakan masyarakat Melayu terhadap cadangan MALAYAN

    UNION.

    3.1 MALAYAN UNION

    1. Setelah kekalahan Jepun pada 15.8.1945 dan Inggeris kembali memerintah Tanah

    Melayu, satu rancangan yang terkenal dengan nama Malayan Union telah dirangka

    bagi dikuatkuasakan di Tanah Melayu. MALAYAN UNION adalah satu sistem

    pentadbiran yang dicadangkan oleh British untuk dijalankan di Tanah Melayu

    bermula pada 1.4.1946. Antara cadangan-cadangan yang bakal dikuatkuasakan adalah

    seperti berikut:

    i. Raja-Raja Melayu diminta menyerahkan kuasanya kepada British dan Tanah

    Melayu akan ditadbirkan oleh sebuah pentadbiran pusat yang diketuai oleh seorang

    Gabenor.

    ii. Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Bersekutu dan Negerinegeri Tidak Bersekutu

    akan dihapuskan dan sebagai gantinya Tanah Melayu akan dikenali sebagai

    Kesatuan Malaya (Malayan Union).

    iii. Gabenor dalam menjalankan tugasnya akan dibantu oleh dua Dewan Penasihat -

    Executive Council dan Legislative Council dengan anggota-anggota yang dilantik.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    33

    iv. Sistem Kehakiman terletak di bawah Mahkamah Tinggi yang ditempatkan di Kuala

    Lumpur dan Mahkamah Tinggi adalah di bawah kuasa Privy Council di London.

    v. Kerakyatan Tanah Melayu diberi kepada semua bangsa melalui sistem Jus Soli.

    Bagi mereka yang telah menetap di Tanah Melayu satu peruntukan undang-undang

    yang mudah akan diadakan bagi membolehkan mereka mendapat kerakyatan.

    2. Mac Michael, pegawai British yang ditugaskan bagi mendapatkan persetujuan Raja-

    raja Melayu, dengan segala tipu helahnya telah berjaya mendapatkan persetujuan raja-

    raja Melayu. Sebaliknya di pihak rakyat timbul kegelisahan dan kebimbangan melihatkan

    nasib bangsa Melayu jika rancangan itu dilaksanakan.

    3. Antara sebab yang menimbulkan kegelisahan dalam kalangan cerdik pandai Melayu

    ialah jika gagasan itu diteruskan bererti Sultan-Sultan akan kehilangan kuasa dan hak

    ke atas negeri masing-masing kerana telah diserahkan kepada British melalui

    Gabenornya secara tidak langsung terlucutlah keistimewaan Raja-raja Melayu.

    4. Orang Melayu akan hilang hak ketuanannya ke atas Tanah Melayu kerana

    membuka kerakyatan kepada bangsa-bangsa lain bererti mereka juga berhak ke atas

    Tanah Melayu yang bermakna hak ketuanan ke atas negara ini akan diperkongsi

    bersama. Identiti Melayu akan hilang dan Tanah Melayu akan dikenal sebagai Kesatuan

    Malaya. Orang Melayu diseru berkabung dengan memakai lilitan kain hitam di

    lengan baju serta menunjuk perasaan membantah rancangan MU semasa

    Suruhanjaya Penyiasat yang ditubuhkan oleh Kerajaan British melawat di tempat-

    tempat tertentu di Malaya.

    5. Bantahan melalui undang-undang juga dibuat iaitu dengan melantik seorang

    peguam, Encik Braddle bagi mengendalikan tindakan undang-undang itu dan dalam

    mesyuarat kali ketiga yang diadakan di Johor Bahru pada 11hb. Mei, 1946 Kesatuan-

    Kesatuan yang bergabung dalam Kongres Kebangsaan Melayu itu telah mengambil

    ketetapan bagi menubuhkan UMNO sebagai sebuah badan gabungan beberapa

    kesatuan negeri serta PKMM.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    34

    6. Pihak Inggeris merasa gentar. Mereka mula memikirkan semula pengenalan

    gagasan tersebut. Dengan berpandukan nasihat-nasihat Gabenor Negeri-negeri

    Selat, Inggeris terpaksa menarik gagasan tadi, lalu atas cadangan dan di bawah

    cadangan Dato' Onn, Malayan Union digantikan dengan satu perlembagaan baru

    yang sedia dirangka iaitu Persekutuan Tanah Melayu pada lhb Februari 1948.

    7. Pucuk pemimpin UMNO pada masa itu merupakan satu tenaga yang kuat,

    Kejayaan UMNO menggagalkan penggagasan Malayan Union menjadikan ia sebagai

    tenaga dan persatuan politik yang paling besar dan berpengaruh di Tanah Melayu

    selepas itu.

    8. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa yang sama telah sedia muncul

    beberapa orang pemimpin Melayu yang berkaliber, terutama sekali tokoh politik

    yang berfahaman kiri dan radikal seperti Ibrahim Haji Yaakub, Hassan Ab. Manan,

    Abdul Karim Rashid, Ahmad Bustaman, Ishak Hj. Muhamad, dan sebagainya.

    Mereka cuba menandingi kebolehan para pemimpin UMNO dengan cara

    mendapatkan sokongan yang lebih ramai dari orang Melayu, tetapi percubaan

    mereka digagalkan oleh kerajaan Inggeris melalui pengisytiharan Darurat pada

    tahun 1948.

    9. Kejayaan UMNO menanganin Malayan Union memberikan tenaga dan

    perangsang UMNO mengatur strategi dan perancangannya dengan lebih

    bermakna lagi. Susunan dan birokrasi pentadbiran parti diperkemas untuk menjadi

    sebuah organisasi politik yang tersusun. Di samping itu, UMNO juga merangka

    berbagai rancangan kemajuan dalam bidang ekonomi dan pelajaran orang Melayu.

    Akhirnya pada tahun 1949, sebuah perlembagaan parti yang lebih relevan dengan

    kehendak-kehendak dan perjuangan politik orang Melayu telah dirangka dan

    dilulukan.

    10. Bagaimanapun UMNO pada masa itu amat kekurangan wang untuk

    membiayai rancangan pelajaran dan ekonomi yang telah pun diaturkan. UMNO

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    35

    dari semasa ke semasa terpaksa bergantung kepada kerjasama pihak Inggeris demi

    menjayakan perancangan ekonomi dan pendidikan tadi.

    11. Kekuatan UMNO menyebabkan Dato' Onn lebih merasa yakin dengan

    perjuangan membela dan menuntut hak orang Melayu. Pada penghujuang 1948

    atas nama Yang Dipertua UMNO seluruh Tanah Melayu, Dato' Onn

    mengemukakan kepada kerajaan Inggris tiga tuntutan:

    i Memberikan peluang yang lebih kepada orang Melayu memegang jawatan

    pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.Mencipta jawatan Timbalan

    Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu yang mesti dipegang oleh orang Melayu.

    ii Meminta kerajaan Inggeris memberi sebanyak f l0,000,000 kepada orang

    Melayu untuk memajukan ekonomi dan pendidikan mereka.

    iii Menambah bilangan Angkatan Bersenjata Tanah Melayu bagi menghadapi

    ancaman kegiatan Komunis semaki berbahaya.

    12. Tuntutan ini menimbulkan rasa tidak senang hati ketegangan kepada

    kalangan kaum lain, terutama Cina dan India, sehingga menimbulkan kemunculan

    Jawatankuasa Muhibah Antara Kaum untuk mencapai kata sepakat antara kaum

    tadi dalam bidang politik dan ekonomi.

    13. Suasana politik dan keadaan perkauman menyebabkan Dato' Onn

    merancang untuk menyusun semula dasar dan perlembagaan UMNO dengan

    tujuan untuk meliberalisasikan parti politik tunggal Melayu yang terbesar ini.

    Sepanjang 1949 hingga 1950, melalui persidangan Agung UMNO, Dato' Onn

    menampilkan tiga rancangan parti yang baru, iaitu,

    a) membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu,

    b) melalui UMNO, mendesak kerajaan Inggeris supaya melonggarkan dasar dan

    undang-undang mengenai kerakyatan, dan

    c) mengubah nama UMNO kepada Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu

    (bukannya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu lagi).

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    36

    Tujuan pihak Dato' Onn ialah satu, iaitu untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang

    bukan bercorak perkauman.

    14. Cadangan Dato' Onn menimbulkan pelbagai reaksi ahli UMNO. Hampir

    seluruh anggota persidangan UMNO menentang keras, malahan beberapa

    akhbar Melayu yang proUMNO juga turut menyelar sikap dan cadangan Dato' Onn

    tadi. Dato' Onn tetap kuat berpegang kepada pendapat dan cadangannya, tanpa

    menghiraukan bantahan yang lantang menghentamnya. Suasana pro dan kontra

    menimbulkan kematangan berpolitik dalam kalangan pucuk pemimpin UMNO tadi.

    15. Dato' Onn percaya bahawa perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Tanah

    Melayu hanya akan berjaya dengan penyertaan kaum-kaum. Atas pendapat dan

    prinsip perjuangannya yang teguh dan setelah menerima tentangan yang hebat dari

    anggota dan pucuk pemimpin UMNO yang lain, beliau akhirnya meletakkan jawatan

    sebagai Yang Dipertua UMNO. Tempat Dato' Onn digantikan oleh Tengku Abdul

    Rahman Putera. Dato' Onn sendiri dan pengikut-pengikutnya menubuhkan Parti

    Kemerdekaan Malaya yang didakwa sebagai tidak berbau perkauman.

    16. Kesimpulannya, rancangan Malayan Union merupakan satu faktor yang telah

    menyatukan orang Melayu buat pertama kalinya bagi mempertahankan hak mereka.

    Walau bagaimanapun setelah berjaya perjuangan UMNO bagi menggantikan MU

    dengan satu perlembagaan lain bagi Persekutuan Tanah Melayu, PKMM bertindak

    keluar dari UMNO kerana tidak bersetuju atas beberapa perkara terutama cara UMNO

    menyetujui beberapa bahagian dari Perlembagaan Persekutuan yang baru itu.

    Perpecahan atau perpisahan yang berlaku antara PKMM sebagai tenaga utama

    dalam UMNO dengan badan induk itu disebabkan pandangan mereka berbeza dalam

    mempertahankan hak orang Melayu. PKMM mahukan Inggeris memberi kemerdekaan

    terus selepas pembatalan MU tetapi UMNO bersetuju menerima perlembagaan

    Persekutuan sebagai asas ke arah perjuangan kemerdekaan selanjutnya.Titik

    pertentangan itu menyebabkan berpecahlah semula orang Melayu mengikut arah

    perjuangan masing-masing.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    37

    3.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

    1. Dengan penubuhan UMNO sebagal sebuah badan politik yang mewakili

    sebahagian besar hasrat orang-orang Melayu, pihak berkuasa Inggeris ketika itu

    membentuk sebuah JAWATANKUASA KERJA (Working Comittee) bagi merundingkan

    segala perkara mengenai pembentukan PTM terutama mengenai penyusunan

    perlembagaannya. Jawatankuasa Kerja itu terdiri dari UMNO sebagai mewakili orang-

    orang Melayu, Wakil Raja-Raja Melayu dan Wakil Kerajaan British sebagai pihak

    ketiga.

    2. Setelah menjalankan tugasnya dengan mengambil masa yang agak lama maka

    Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan melahirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah

    Melayu yang antara isi kandungannya dapat dirumuskan seperti berikut:

    i. Raja dikekalkan kedudukannya tetapi berada di bawah nasihat pegawai

    British iaitu Pesuruhjaya Tinggi British yang bertempat di Kuala Lumpur.

    ii. Soal pertahanan dan hal ehwal luar negeri adalah dibawah pentadbiran

    pihak British.

    iii. Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dikekalkan.

    3. Kegiatan politik selepas terbentuknya PTM pada tahun 1948 banyak tertumpu

    ke arah dua perkara penting yang mencorakkan negara Malaysia hari ini iaitu:

    i. Kerjasama antara kaum

    ii. Menuntut taraf berkerajaan sendiri.

    4. Pihak Inggeris selepas terbentuknya PTM menggariskan agar segala

    kegiatan politik Tanah Melayu hendaklah berasaskan kerjasama antara kaum.

    Pesuruhjaya Tinggi British, Jeneral Templer pernah menegaskan hal ini dengan

    berkata bahawa 'suatu pilihanraya kebangsaan sebagaimana yang dijanjikan

    melalui Perjanjian PTM hanya dapat diadakan setelah wujud kerjasama antara

    kaum.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    38

    TAJUK 5

    PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN

    Hasil Pembelajaran Tajuk.

    Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat:

    1. menyatakan kepentingan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum dalam

    mewujudkan perpaduan kaum pada masa itu.

    2. menyenaraikan kepentingan Pilihanraya Pertama 1955 sebagai pemangkin kepada

    Kemerdekaan negara.

    3. menganalisis kesan pemerintahan 21 hari Bintan Tiga terhadap perpaduan

    masyarakat selepas Perang Dunia Kedua.

    5.1 JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANTARA KAUM (COMMUNAL LIAISON

    COMMITTEE).

    Usaha awal membentuk kerjasama antara kaum ini telah cuba diteroka oleh

    Datuk Onn (pemimpin UMNO ketika itu) dengan 4 cara.

    1. Pada tahun 1949 dicadangkan supaya dibentuk sebuah Jawatankuasa

    Perhubungan Antara Kaum (Communal Liaison Committee). Jawatankuasa ini

    bertujuan membaiki hubungan antara kaum akibat kerenggangan yang

    diwujudkan oleh peristiwa 'pemerintahan 21 hari' Bintang Tiga. Cadangan ini

    menjadi kenyataan melalui kerjasama Tan Cheng Lock dan E.C. Thuraisingam.

    CLC telah menggariskan beberapa cadangan mengenai kerakyatan kaum

    pendatang bagi memberi mereka satu kerakyatan yang longgar. Syarat-syarat

    kerakyatan CLC ialah:

    a. Sesiapa saja rakyat Asia yang lahir sebelum, pada atau selepas

    kuatkuasa undang-undang CLC boleh diiktiraf sebagai rakyat raja.

    Dengan kata lain penerimaan semula sistem Jose Soli yang ditentang

    dahulu oleh UMNO.

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    39

    b. Rakyat Persekutuan bukan saja yang tinggal di Tanah Melayu malah

    juga di mana-mana saja Tanah Jajahan British.Ternyata kerakyatan

    cadangan CLC ini amat longgar.

    2. Langkah kedua yang telah dijalankan oleh Datuk Onn bagi

    mengrealisasikan konsep kerjasama antara kaum ini ialah dengan mendesak

    UMNO supaya membuka pintu keahliannya kepada bangsa asing (ahli bersekutu)

    yang telah tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah

    menjadi rakyat Tanah Melayu. Usul ini telah diluluskan dalam satu mesyuarat

    Jawatankuasa UMNO pada Mei 1949 dengan 14 ahli menyokong dan 8 menentang.

    3. Seterusnya bagi mewujudkan kerjasama antara kaum telah dicadangkan

    kepada UMNO agar menerima asas kerakyatan yang dicadangkan oleh CLC

    (walaupun ia amat longgar dan merugikan orang Melayu). Cadangan ini

    ditolak oleh UMNO pada bulan Jun 1950. Atas penolakan ini Datuk Onn

    meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Tetapi ia kemudiannya dipujuk

    semula dan sanggup memegang jawatan itu sekiranya UMNO menerima

    cadangannya supaya diterima cadangan kerakyatan CLC itu. UMNO tiada pilih

    melainkan terpaksa menerima semula cadangan itu walaupun pada dasarnya.

    4. Langkah terakhir yang telah dicuba oleh Datuk Onn ialah mencadangkan

    kepada UMNO supaya menerima bangsa asing sebagai ahli biasa UMNO dan

    nama UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION ditukar kepada UNITED MALAYAN

    NATIONAL ORGANISATION. Cadangan baru ini ditolak oleh UMNO dan Datuk

    Onn meletakkan jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO pada 26.8.1951.

    5. Perletakkan jawatan oleh Datuk Onn itu mendorong pemimpin UMNO

    mempelawa Tunku Abdul Rahman Putera memegang jawatan itu dan Tunku

    menerimanya. Datuk Onn gagal dalam usahanya mewujudkan kerjasama antara

    kaum dan usaha-usaha ke arah pada tahun 1952.

    6. Kerjasama kaum yang dipelopori oleh UMNO dan MCA hanya bermula pada

  • JABATAN SAINS SOSIAL SJH 1107:SEJARAH MALAYSIA MODEN (1946-1969) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

    _________________________________________________________________________________________________________[

    Type text] [Type text]

    Disediakan oleh Zahari B Zainal

    40

    tahun 1952 iaitu dalam menghadapi Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

    Dalam menghadapi Pilihanraya itu seorang pegawai UMNO, Datuk Yahya A.

    Razak telah bersetuju untuk bergabung dengan MCA yang pada ketika itu di

    bawah pimpinan H.S. Lee. Gabungan ini ialah bagi menentang Independent

    Malayan Party (IMP) pimpinan Datuk Onn.

    7. Hasil dari kerjasama UMNO-MCA itu ternyata amat berjayan apabila gabungan

    itu mendapat 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan Bebas 1-kerusi. Kejayaan ini telah

    memberi ilham kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua buah parti tadi bagi

    mewujudkan gabungan pada peringkat kebangsaan bagi kepentingan semua

    kaum. Kenyataan Jeneral Templer yang mahukan kerjasama antara kaum

    sebagai syarat mengadakan pilihanraya kebangsaan telah menguatkan azam

    pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO bagi menuju ke arah kerjasama yang lebih

    luas. Justeru itu Jawatankuasa UMNO dan MCA bersetuju menubuhkan Parti

    Perika