dr foo say fooi group assignment.doc

Upload: indra-maniam

Post on 31-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengurusan sekolah

TRANSCRIPT

EDU 5816

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DALAM PEMBENTUKAN BUDAYA KOLABERATIF. PENDAHULUAN

Terdapat banyak penulisan yang berkenaan dengan kepimpinan sekolah yang menyentuh tentang pembentukan dan pembangunan budaya kolaboratif sekolah. Terdapat perbezaan antara budaya terpisah dan budaya kolaboratif di sekolah yang berkait rapat dengan tingkah laku dan peranan pengetua. Diketahui pengetua yang mengamalkan budaya terpisah cenderung untuk mengelak dari membuat bulatan berhimpun sekililing mereka untuk mengelak kapasiti kuasa pengetua mereka atau kepemimpinan para pengetua dipertikaikan. Situasi ini menjurus kepada keadaan dimana pengetua terpaksa berhadapan dengan masalah bilik darjah yang dibawa oleh guru dan masalah tersebut seperti dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, pengetua yang mengamalkan budaya kolaboratif pula, jika berhadapan dengan situasi ini akan menurunkan kuasanya kepada guru-guru untuk bersama menyelesaikan masalah bilik darjah ataupun masalah sekolah. Perihal yang pentingnya dalam pengurusan organisasi di sekolah ialah membuat keputusan. Membuat keputusan adalah satu proses yang sukar kerana ia melibatkan, konflik, perubahan, risiko yang menjurus kepada membuat kesilapan dan terdapat akibat daripadanya, dan terpaksa menghadapi ribuan fakta dan alternatif yang harus dipilih secara bijaksana. Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk mengelak darpada menghadapi risiko kegagalan dari membuat keputusan dan membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Begitu juga halnya dalam pengurusan sekolah, membuat keputusan merupakan antara tugas utama pengetua sebagai pentadbir. Setiap pengetua yang berkesan mestilah berkeupayaan membuat keputusan dengan berkolaberasi dengan guru-guru bagi menemui keputusan yang terbaik dan dapat membantu organisasi mencapai matlamat dan pada masa yang sama dapat memuaskan keperluan-keperluan ahli-ahli dalam organisasi. Ini sekaligus menunjukkan peranan guru-guru adalah perlu untuk mencari buah fikiran, idea dan tenaga bersama dengan pengetua / guru besar bagi membuat sesuatu keputusan dan melaksanakannya secara kolaboratif. Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di peringkat sekolah. Guru-guru atupun personel tidak boleh bergerak secara individu, terutamanya bagi menyelesaikan masalah atau isu-isu yang rumit. Melalui kerja kolaberatif (berpasukan) dapat menggalakkan luahan perasaan, inovasi dan perkembangan idea ke arah penyelesaian yang lebih kreatif dan efektif. Budaya koleberatif juga merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996) pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama Budaya koleberatif yang merujuk kepada kerja berkumpulan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Kolaberatif juga merupakan satu gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara berindividu. Melalui kolaberatif antara individu dalamorganisasi yang sama akan membolehkan organisasi tersebut meningkatkan output tanpa meningkatkan input. Pemikiran secara kolektif penting dalam usaha kolaboratif. Keputusan yang dibuat memberi refleksi kepada setiap individu tetapi setiap individu tersebut juga harus menyumbang kepada keputusan itu. Ini menunjukkan budaya kolaberatif adalah sangat penting di sekolah dan ianya juga perlulah dibuat secara kolaboratif oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah pengetua dan guru-guru. Perkara penting yang perlu diberi tumpuan dan perhatian dalam membuat sesuatu keputusan secara kolaboratif di sekolah ialah faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan budaya kolaboratif tersebut.

OBJEKTIF PENULISAN

Penulisan ini dibuat adalah untuk memenuhi beberapa objektif iaitu:

1) Pembentukan budaya kolaboratif dan Peranan pengetua / guru besar berkaitan budaya kolaberatif.2) Menfokuskan kepada kepentingan pembentukan budaya kolaboratif .

3) Menjelaskan peranan pengetua dalam mempengaruhi pembuatan keputusan secara kolaberatif.

PERANAN PENGETUA DIDALAM PEMBENTUKAN BUDAYA KOLABERATIF Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengetua ataui guru besar (pengurus pendidikan) pada masa kini adalah lebih rumit berbanding sebelumnya kerana perspektif ibu bapa dan masyarakat dan juga tuntutan tanggungjawab pengetua yang kian meningkat. Bagi menharungi cabaran-cabaran tersebut, pengetua harus melaksanakan pengamalan budaya sekolah yang berkesan dalam pengurusannya agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi ahli-ahli sekolah. Memperkukuh dan memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara kolaboratif bukan sesuatu sistem yang baru dalam sistem pengurusan masa kini. Ini kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam membentuk dan mengolah cara pemikiran dan tindakan warga organisasi (Barth 2002).

Pengetua atau guru besar sekolah harus mentadbir sekolah berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif yang mengandungi penglibatan setiap ahli pasukan yang berkongsi objektif, visi,misi dan budaya sekolah. Pengetua / guru besar harus memimpin semua personel institusi dalam perlaksanaan aktiviti pendidikan dan matlamat kerja yang sama. Budaya kolaberasi dalam sebuah institusi seperti ini memberi kesan yang sangat besar terhadap keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984).

Peranan pengetua / guru besar berkaitan budaya organisasi yang jelas perlu diperluaskan dan dikongsi oleh semua personel sekolah. Ini membolehkan personel bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam semua isu yang berkaitan institusi untuk mencapai idea-idea yang dihasilkan bersama. Budaya kolaboratif akan menyediakan sekolah untuk menghadapi cabaran dan masalah bersama untuk mencapai matlamat bersama (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).

Pengurusan pasukan tidak akan berkesan tanpa ada tunggak pengurusan dari pengetua / guru besar yang turut menjadi ahli pasukan. Untuk meningkatkan keberkesanan pasukan, pengetua harus menyediakan setiap personelnya supaya diberikan latihan yang berterusan. Sumber utama kekuatan untuk mencapai matlamat sekolah ialah individu yang bergerak sebagai satu pasukan. Menurut Wan Mohd Zahid (1994), guru merupakan tongak dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, pengetua harus guru mendedahkan para guru dengan budaya kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi antara satu sama lain di dalam sekolah. Berdasarkan pernyataan ini, pengetua harus mendedahkan guru, personel, pelajar, ibu bapa pelajar dan komuniti dengan budaya kolaboratif yang kuat supaya mereka akan dapat menjalankan tugas masing masing dengan cemerlang

KEPENTINGAN BUDAYA KOLABERATIF Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai cirri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsive kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru (Gable 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson 2003).

Seorang pengetua yang mengutamakan budaya kolaboratif akan dihormati dan mudah didekati oleh guru. Seorang pengetua mengambil perhatian dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa memperlawa guru-guru menyertai perbincangan dan mengambil perhatian terhadap idea-idea yang diketengahkan oleh ahli kumpulannya adalah satu faktor yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah bimbingan pengetua tersebut, guru-guru dan kakitangan sekolah akan merasa amat gembira sekiranya pemimpin mereka menghargai dan menghormati idea mereka. Dengan ini akan lahirlah etika kerja yang kuat dan rajin. Cheng (1993) dalam penulisan beliau mendapati sekolah yang mempunyai budaya kolaboratif yang kukuh melahirkan guru yang tinggi motivasinya dengan persekitaran institusi yang kaya dengan ideologi, dan kepimpinan berkarisma. Malah, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan persekitaran kerja tradisional dimana hubungan yang rapat antara rakan sekerja yang seterusnya menyebabkan guru menikmati kepuasan bekerja yang menjurus kepada peningkatan produktiviti. Setiap personel sekolah mampu mewujudkan persekitaran berdasarkan keadaan pasukan melalui hubungan sesama personel. Interaksi antara pasukan kerja yang lain termasuk keadaan pelajar, harapan keluarga pelajar, dan iklim sekolah turut mempengaruhi persekitaran sekolah. Pasukan ini harus berkongsi misi dan matlamat yang diharapkan sesuai dengan matlamat sekolah. Perkongsian ini penting untuk mempastikan fungsi pasukan akan menjadi berkesan (Hughes 1991). Kajian yang dijalankan oleh Che Asiah (1998) bertujuan untuk mengenal pasti kesan kepemimpinan pengetua sebagaimana yang dipersepsikan oleh guru terhadap motivasi mereka. Sebanyak 110 guru daripada tujuh buah sekolah menengah kebangsaan gred A dalam sempadan Tumpat dijadikan sampel dalam kajian tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila guru mempersepsikan pengetua mengamalkan tingkah laku kepemimpinan yang menghala ke pengurusan kolaboratif dan berkorelasi positif dengan motivasi guru. Ishak (1993) membuat kajian yang melibatkan 463 orang guru daripada 33 buah sekolah menengah di negeri Kelantan. Keputusan kajian menunjukan guru kelihatan lebih bermotivasi apabila mereka mengamati pengetua mereka mengamalkan budaya kolaboratif. Kajian yang telah dijalankan oleh Noor Hashimah (2000) pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif oleh pengetua dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif oleh pengetua atau guru besar berupaya meningkatkan tahap motivasi guru.

Guru-guru didapati terlibat secara ala kadar di mana penglibatan guru-guru hanya ditahap proses memberi maklumat yang mungkin diperlukan sahaja. Rahmad dan Norliza (2006) menyatakan kolaboratif kurang diperaktikan di kalangan guru-guru di sekolah. Ia merujuk kepada penglibatan guru-guru dalam setiap bidang yang berkaitan dengan aktivit atau pentadbiran sekolah yang masih rendah dan peluang untuk berkerjasama masih terhad untuk guru-guru tersebut memainkan peranan hingga ke peringkat berkerja dalam kumpulan, perkongsian atau perbincangan idea antara guru, dan juga terlibat dalam membuat keputusan atau final decision-making.Ini bermaksud watak guru-guru di sekolah secara amnya tidak begitu penting dan pihak sekolah mungkin menitik-beratkan pandangan atau pendapat mereka namun perhatian hanya pada waktu itu sahaja dan perlaksanaan akhirnya masih di pihak para pentadbir khususnya kepada pengetua secara umumnya. Peranan ataupun watak guru pada pandangan hanya sekadar di peringkat menyumbang kepada maklumat yang diperlukan sahaja ataupun pengaliran matlumat dan tidak berterusan ke peringkat atas. Malah, bimbingan dari pengetua yang lebih pengalaman secara kolaboratif akan membantu guru-guru untuk menjadi lebih profesional.PERANAN PENGETUA DALAM MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KOLABORATIF. Penglibatan seseorang individu dalam proses membuat keputusan selalunya mencerminkan kepercayaan pihak pengurusan sekolah terhadap keupayaan dan potensi individu tersebut (Bush, 1995). Walaupun dilihat pengetua sebagai pemimpin yang bertanggungjawab penuh dalam sebarang proses membuat keputusan atas tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan, banyak keputusan berkaitan isu sekolah harus mengambil kira penyertaan subordinat, iaitu guru (Azman, 2001) .

Budaya kerja secara kolaboratif akan membantu dalam melahirkan keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pembanguna sebuah institusi pendidikan. Dalam proses membuat keputusan, setiap ahli atau unit akan menyumbangkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara persetujuan bersama. Ini menjadikan keputusan yang dipilih atau dibuat adalah merupakan keputusan yang terbaik. Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan ahli sekolah. Foo dan Tang (2005) telah menjalankan kajian yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kolaboratif. Faktor-faktor ini jugalah yang sebenarnya mempengaruhi pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah. Terdapat beberapa faktor tersebut yang menyentuh tentang peranan pengetua dalm membuat keputusan secara kolaboratif. Antara faktor tersebut ialah tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua dan gaya komunikasi penyeliaan pengetua dan dimensinya.

Rahmad dan Norliza (2006) juga telah mengenlapasti beberapa faktor yang menyentuh perihal pengetua yang menjadi penuyumbang kepada pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah iaitu; kepimpinan pengetua, gaya komunikasi pengetua, pengupayaan pengetua kepada guru-guru, kepercayaan sesama guru dan pengetua dan berapa faktor lain

Secara umumnya, proses pembuatan keputusan secara kolaboratif telah dipraktikkan secara meluas oleh para pengetua dalam sistem pengurusan sekolah masa kini terutamanya sekolah-sekolah yang melalui proses reformasi yang komprehensif (Nancy & James, 2010). Pengetua dilihat sebagai faktor yang penting yang dapat mempengaruhi penghasilan keputusan secara kolaboratif di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Tang (2003) iaitu faktor pengetua merupakan peramal utama bagi melaksanakan pengurusan kolaboratif.

Tahap keberkesanan penggunaan sumber-sumber bidang kuasa pengetua adalah penting dalam menyumbang kepada pembuatan keputusan secara kolaboratif. Melalui rujukan dan analisis terperinci artikel, penulisan dan sebagainya, penggunaan sumber kuasa rujukan pengetua adalah penting untuk mempengaruhi pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah berbanding sumber-sumber kuasa yang lain. Fakta tersebut bertepatan dengan kajian Tang (2003) yang menunjukkan kuasa rujukan pengetua mempunyai hubungan yang positif dan berkepentingan tinggi dengan tahap pengurusan kolaboratif berbanding dengan sumber-sumber kuasa yang lain. Fakta tersebut diperkukuhkan lagi dengan hasil kajian Foo & Tang (2005) yang menyatakan bahawa tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa rujukan mempunyai hubungan yang paling kuat antara kelima-lima sumber kuasa tahap pengurusan kolaboratif.

Faktor kuasa rujukan ini penting kerana ia merujuk kepada kebolehan seseorang pengetua untuk menggalakkan penglibatan daripada guru-guru dan lebih kepada kebolehan untuk mempengaruhi orang lain melalui ciri-ciri perlakuan yang ada padanya. Sikap dan kebolehan ini boleh menimbulkan pelbagai tanggapan dan juga dalam kebanyakan hal yang mampu menyelesaikan masalah. Kuasa ini datang dari perasaan dan keinginan ahli-ahli nya iaitu para guru untuk mengenal pasti orang yang lebih berkuasa tanpa mengira kesan positif atau negatif, walaubagaimana pun ia bergantung kepada kesemua ahli yang terlibat yang sanggup menerima, mengenal pasti dan setuju kepada ciri-ciri yang ditunjukkan.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan pembuatan keputusan dibuat secara kolaboratif, pengetua adalah individu yang memainkan peranan dalam memulakan langkah pertama untuk diikut dan dicontohi oleh guru-guru, seperti perihal pembuatan keputusan dalam hal-hal seperti pengagihan wang SUWA, masalah berat disiplin pelajar dan sebagainya.

Gaya komunikasi penyeliaan pengetua juga mempengaruhi pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah. Foo & Tang (2005) membuat kesimpulan bahawa pembuatan keputusan secara kolaboratif memerlukan komunikasi penyeliaan yang berkesan terutamanya melalui atu bermula dari pengetua kepada guru. Sekiranya institusi sekolah ingin melibatkan guru-guru dalam proses pengurusan, maka kesan daripada komunikasi penyeliaan yang diberi oleh pengetua amatlah penting (Ariffin, 2001 dalam Foo & Tang, 2005). Faktor ini adalah penting untuk mengelakkan ketidak-relaan atau sikap enggan oleh guru dalam melibatkan diri dalam pembuatan keputusan secara kolaboratif kerana disebabkan gagal menerima dan memahami komunikasi penyeliaan yang jelas dari pengetua.

Gaya kepimpinan pengetua dilihat sebagai faktor yang penting dan kritikal yang menyumbang kepada pembuatan keputusan secara kolaboratif di sesebuah institusi sekolah. Clark dan Clark (1996) dalam kajian mereka mendapati kepimpinan pengetua adalah faktor penting dalam kejayaan amalan kolaboratif di sekolah termasuklah dalam membuat keputusan. Ini menjelaskan bahawa pengetua yang menilai dan mengenal pasti sumbangan setiap guru-gurunya, staf sokongan, pelajar dan ibu bapa yang berpotensi memberi kesan yang ketara dalam proses ini. Mereka menyokong budaya kolaborasi dengan menyediakan satu rancangan sokongan dan membantu guru-guru untuk memperkasakan prosedur untuk mengenal pasti tugas dan menguruskan setiap ahli terlibat.

Rahmad dan Norliza (2006) dalam kajian mereka mendapati pengetua yang mempunyai gaya kepimpinan demokratik merupakan faktor utama yang menjadi penyumbang kepada pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah. Ini jelas menunjukkan pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik akan melibatkan guru-guru untuk mendapatkan maklumat daripada mereka, memperoleh pandangan dan idea, atau berbincang untuk mendapat satu keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, sekolah yang dipimpin oleh pengetua atau guru besar yang mengamalkan dan mempraktikan kepimpinan demokratik adalah mudah untuk mendapat penglibatan guru-guru dan pengaruh mereka dalam proses membuat keputusan berkenaan isu sekolah seperti pembuatan keputusan mengenai kurikulum, pengurusan kewangan dan sebagainya berbanding pengetua yang lebih bersifat autokratik dimana ianya sukar bagi sekolah berkenaan untuk terlibat dalam proses membuat keputusan secara kolaboratif.

Dari sudut demografi pengetua juga turut menyumbang kepada pembuatan secara kolaboratif di sekolah. Dari segi jantina, didapati pengetua wanita dilihat lebih mengutamakan pembuatan keputusan secara kolaboratif berbanding pengetua lelaki seperti kajian-kajian lepas yang telah dibuat. Dari segi umur pula, pengetua yang lebih muda dilihat lepbih mengutamakan pembuatan keputusan secara kolaboratif berbanding pengetua yang lebih tua yang dilihat ingin manjaga status quo mereka seperti dalam dapatan kajian Foo dan Tang (2005).

Dari segi kelayakan akademik pula, pengetua yang memiliki kelayakan akademik yang lebih rendah dilihat lebih mengutamakan pengurusan kolaboratif di sekolah berbanding pengetua yang memiliki kelayakan akademik yang lebih tinggi. Faktor demografi ini tidaklah terlalu penting untuk menyumbang kepada pembuatan keputusan di sekolah berbanding dengan faktor-faktor yang lain.

Selain itu, pengupayaan / empowerment pengetua kepada guru-guru juga menyumbang kepada pembentukan budaya kolaboratif dan juga pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah. Pengetua yang mengamalkan pengurusan berpusat / centralized dilihat gagal untuk melibatkan guru dalam proses pembuatan keputusan sebaliknya pengetua yang mengamalkan pendekatan tidak berpusat / decentralized dalam pengurusannya dapat menyumbang kepada pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah. Melalui pendekatan tidak berpusat, pengupayaan pengetua kepada guru-guru merupakan faktor utama bagi menarik guru-guru untuk melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sekolah termasuklah dalam pembuatan keputusan.

Dalam konteks pendidikan, pengupayaan guru bererti penglibatan mereka dalam membuat keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991 dalam Anuar dan Azizi, 2003). Ini menerangkan bahawa faktor pengupayaan adalah penting sebagai proses sekolah memberi ruang untuk membangunkan kecekapan guru untuk bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Melalui konsep pengupayaan ini juga, sistem yany dahulunya yang mengamal birokrasi dapat dipecahkan kepada lapisan yang lebih kecil. Oleh demekian, terdapat beberapa kebebasan diberikan kepada guru untuk menlangkah diri ke hadapan dengan kepakaran yang dimiliki di samping dapat membantu rneningkatkan kecekapan pengurusan sekolah termasuklah dalam pembuatan keputusan. Contohnya, guru-guru yang diupayakan itu secara langsung memperolehi kemahiran dan ilrnu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan situasi untuk melakukan proses pembaikan yang berterusan dalam pembuatan keputusan. Faktor ini jelas membuktikan pengetua yang melaksanakan pendekatan pengupayaan ini menyumbang ke arah pembuatan keputusan secara kolaboratif di sekolah.

Di samping itu, faktor yang menyumbang kepada pembuatan secara kolaboratif ialah pengetua memberikan kepercayaaan kepada guru untuk membuat keputusan. Ini dapat dilaksanakan apabila pengetua berjaya mengurangkan arahan secara berpusat dan memberi kepercayaan serta peluang kepada guru untuk membuat sesuatu keputusan. Seseorang pengetua haruslah membina hubungan yang mesra dan profesional dengan guru dalam membuat sesuatu keputusan di sekolah. Justeru itu, dengan wujudnya kepercayaan pengetua kepada guru, dan juga sebaliknya, pembuatan keputusan secara kolaboratif akan dapat dilaksanakan di sekolah dalam konteks yang sebenar.

Di sini peranan pengetua tidak berbentuk hierarki sebaliknya berfungsi seperti ahli-ahli lain iaitu sebagai penyumbang yang sama rata. Pengetua perlu bersedia untuk memberikan masa kepada kumpulan untuk merancang, berbincang dan membuat keputusan. Contohnya, dalam hal ini peranan pengetua adalah penting untuk menjadi seseorang yang memudah atau merancang rancangan untuk mencapai hala tuju, seorang yang menyokong dan seorang yang mampu mempertahankan keputusan yang dicapai bagi pihak guru-gurunya.

KESIMPULAN

Budaya kolaboratif di sekolah adalah sesuatu isu yang pada harus diambil berat masa kini bagi membolehkan sekolah berupaya untuk meneroka idea-idea dan menjana idea atau pengetahuan kedalam prosedur, perkhidmatan dan produk yang inovatif di sekolah. Banyak kajian juga menunjukkan bahawa pengetua yang mengamalkan budaya kolaboratif dapat meningkatkan kepuasan guru bekerja, mengurangkan tekanan dan bebanan guru serta meningkatkan motivasi guru.

Corak kepimpinan pengetua yang mengamalkan corak demokratik dilihat sebagai penyumbang utama dalam pembentukan budaya kolaboratif di sekolah. Ini menunjukkan bahawa pengetua yang mempunyai corak kepimpinan yang autokratik akan menghasilkan respon yang negatif di kalangan guru. Guru-guru tidak akan melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti atau program yang berkaitan dengan sekolah. Sebaliknya pengetua yang mengamalkan corak kepimpinan demokratik akan menghasilkan respon yang positif di kalangan guru.

Budaya kolaboratif dapat meningkatkan penglibatan guru dalam menghadapi masalah sekolah dan merupakan satu budaya yang berkesan untuk mempengaruhi mereka untuk mencapai peningkatan pelajar. Pengetua memainkan peranan dalam pembentukan budaya kolaboratif memalalui perkongsian bakat diantara pengetuua itu sendiri, guru-guru, murid dan juga ibu bapa. Perana pengetua dimasa hadapan akan mengalakkan kumpulan kolaboratif antara guru tersebut untuk memainkan peranan penting dalam kepemimpinan pengajaran. Oleh demikian, pengetua atau guru besar harus melibatkan diri secara aktif sebagai seorang fasilitator yang dapat memotivasikan guru-gurunya dan juga kepada pembangunan sekolah mereka yang secara berterusan. RUJUKAN

1. Abdul Ghani Abdullah dan Tang Keow Ngang. (2006). Motivasi guru dan pengurusan budaya kolaboratif pengurus pendidikan wanita. Jurnal Pendidikan 31, 95-105.

2. Anuar dan Azizi Yahaya (2003). Pengupayaan dalam pengurusan sekolah: satu tinjauan di kalangan pengurus pertengahan di sekolah menengah di bandar Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

3. Azman Adnan. (2001). Pembuatan keputusan partisipatif di sekolah: Satu tinjauan literatur pemimpin. Jurnal Institut Pengetua, 1(1), 6573.

4. Beckett, J. A., & Flanigan, J. (2004). Teacher empowerment as perceived by South Carolina teachers and principals. [Atas talian]: http://www.hehd.clemson.edu/beckett.htm

5. Clark, D. C, & Clark, S. S. N. (1996). Building collaborative environments for successful

middle level school restructuring. NASSP Bulletin, 80(578), 1-16.

6. Foo Say Fooi dan Tang Keow Ngang. (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kolaboratif. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 81-95.

7. Masira Kariman. (2003). Penglibatan guru dalam proses membuat keputusan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

8. Nancy L. W., James M. (2010). Establishing a collaborative school culture through comprehensive school reform. Journal of Educational and Psychological Consultation, 20:58-74.

9. Noorul Aini bt Ambak. (1997). Proses pembuatan keputusan di sebuah sekolah menengah: Satu kajian kes. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

10. Rahmad Sukor Ab. Samad dan Norliza Shoib. (2006). Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan dalam kalangan guru sekolah menengah Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan 2006: Universiti Malaya.

11. Sonia S. (1996). Panduan pengurus peringkat pertengahan di sekolah. Penterjemah: Bahariah Yusuf. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur (2004).

12. Tang Keow Ngang. (2003). Pengurusan kolaboratif di sekolah menengah Wilayah Persekutuan. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Putra Malysia, Serdang, Selangor.

13. Zulkafli Kamaruddin. (2008). Penglibatan guru dalam membuat keputusan, sokongan organisasi dan komitmen kerja. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Peranan Pengetua Yang Mempengaruhi Pembuatan Keputusan secara Kolaboratif

Faktor Pengetua

Tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua

Gaya komunikasi penyeliaan pengetua

Gaya kepimpinan pengetua

Demografi pengetua

Pengupayaan pengetua kepada guru-guru

Kepercayaan pengetua terhadap guru

1