Download - Teknologi Pengajaran (Assigment PTP) 2
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
1. Konsep-konsep berikut:
a) Teknologi Pengajaran
Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan
nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan
ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti,
menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan
pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier,
2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam
teknologi yang diragui keberkesanannya (Cuban, 2001).
Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada
perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi. Dalam hal ini, Ertmer
(1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif keperluan
teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan
sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan
pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang
sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya
menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah
kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.
Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi ‘hardware’ untuk perisian kursus, sikap
guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995).
Teknologi Pengajaran adalah cabang daripada teknologi pendidikan. Heinich (1982)
menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggung jawab
menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran.
…“Penggabungan berbagai-bagai teknologi dalam pengajaran ke dalam satu sistem
pengajaran, manusia dan mesin adalah tugas utama teknologi pengajaran…”
1
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran (AECT), Amerika Syarikat (1970)
menjelaskan pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang wujud daripada
revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti papan tulis dan buku
teks. Peralataan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran ialah seperti TV, filem,
projektor, komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai alat bersama bahan.
Setakat ini, kita merujuk definisi yang dikeluarkan oleh pihak yang berada di luar
Malaysia. Memandangkan Malaysia turut sama menerima dan mengikuti perkembangan
bidang teknologi pengajaran, maka di sini juga lahir definisi teknologi pengajaran. Salah
satu daripanya dikeluarkan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, (1998) iaitu :
“Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan
pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan
mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran”.
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1991) pula
mendefinisikan teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-
teknik kearah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan”, manakala AECT
(Association for Educational Communication and Technology (1979), pula mendefinisikan
Teknologi Pengajaran sebagai satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan
manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta
mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
keadaan di mana proses pembelajaran itu bermatlamat dan terkawal. Pada tahun 1994,
AECT memberi definisi “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka
bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk
pembelajaran”.
b) e-Learning
Penggunaan aplikasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
menjalar ke seluruh aspek kehidupan manusia di era teknologi ini, tidak terkecuali bidang
pendidikan. Penggunaan sistem e-pembelajaran (e-learning) telah menjadi satu sistem
2
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
pembelajaran terkini yang dikatakan mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
dalam sistem pembelajaran tradisional.
Pendedahan dan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
menjadikan pelajar lebih bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang diajarkan.
Kenyataan ini jelas kerana komputer dalam pendidikan boleh berperanan sebagai tutor, tool,
tutee sebagaimana yang dijelaskan oleh Robert Taylor pada tahun 1980 (Baharuddin Aris,
et.al 2001)
Jaya Kumar C. Koran (2002), mendefinisikan e-learning sebagai sembarang
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau
internet) untuk menyampaikan isi pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. Ada pula yang
menafsirkan e-learning sebagai bentuk pendidikan jarak jauh yang dilakukan melalui media
internet.
Konsep pembelajaran Elektronik Learning
Cisco, dalam Hasbullah (2006) menjelaskan konsep e-learning sebagai berikut.
Pertama, e-learning merupakan penyampaian informasi, komunikasi, pendidikan, dan
tugasan secara maya (on-line). Kedua, e-learning dapat memperkaya nilai pembelajaran
secara konvensional, kajian terhadap buku teks, CD-ROM, dan tugasan berasaskan
komputer. Ketiga, e-learning bukan beerti menggantikan model pembelajaran konvensional
di dalam kelas, tetapi mempertingkatkan model pembelajaran tersebut melalui pengayaan
aktiviti dan pengembangan teknologi pendidikan. Keempat, Penyediaan bentuk isi dan cara
penyampaian e-learning dapat diakses oleh kumpulan pelajar bergaya pembelajaran
bersesuaian.
Kefahaman terhadap konsep ini dapat memberi manfaat secara maksimum kepada
matlamat pengajaran dan pembelajaran secara e-learning. Menurut A. W. Bates (Bates,
1995) dan K. Wulf (Wulf, 1996), manfaat pembelajaran e-Learning adalah seperti berikut;
1. Meningkatkan kadar interaksi pembelajaran antara pelajar dengan guru atau instruktur
(enhance interactivity).
2. Boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua.
3
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
3. Mempermudah pengemaskinian dan penyimpanan bahan pembelajaran (easy updating of
content as well as archivable capabilities).
4. Fungsi akses yang pelbagai dan tidak terhad
Konsep e-learning Open Universty of Malaysia contohnya, telah membuka gerbang
pembelajaran dengan begitu luas di mana pelajar dan pensyarah dapat mewujudkan ruang
interaksi secara maya tanpa batasan masa dan tempat. Konsep e-learning ini menyediakan
akses (capaian) maklumat yang lengkap di mana secara teknikalnya, apabila pelajar
mendaftar (login) nama dan kata laluan, seseorang pelajar akan dapat mencapai (access)
laman matapelajaran. Gambarajah 1, memaparkan Antaramuka (interface) Laman e-
Customer Management OUM. Selepas pelajar mendaftar masuk (login) ke sistem e-
pembelajaran tersebut, senarai matapelajaran yang diambil terpapar di ruangan ‘myCourses’.
Pelajar hanya perlu memilih matapelajaran yang hendak diakses dan kemudian laman terbut
dipaparkan (Gambarajah 2)
Gambarajah 1
4
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
Pelbagai aktiviti dapat dilakukan pada laman tersebut seperti memuat turun
(download) nota daripada pensyarah, menghantar soalan secara online, menyemak jawapan,
bertukar-tukar pendapat sesama pelajar dan pensyarah, menyampaikan maklumat mengenai
kursus dan matapelajaran dan berkomunikasi secara live dengan pensyarah melalui Chat
Room. Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi modul lain yang boleh di aplikasikan
melalui laman ini bergantung kepada matapelajaran dan pensyarah tersebut. Antaranya ialah
survey yang membolehkan pelajar memberikan pendapat dan maklumbalas mengenai
perjalanan kelas mereka, grades yang memaparkan markah pelajar, journal yang
membolehkan pelajar menulis catatan atau pendapat mereka tentang perjalanan
pembelajaran mereka serta sumber yang memuatkan paparan maklumat pembelajaran.
Gambarajah 2.
5
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
c) Blackboard system
Kursus pengurusan “blackboards system” adalah berdasarkan laman web dan
penggunaan internet untuk menambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran antara
guru dan pelajar. Seorang pelajar dapat berkomunikasi dan berhubung dengan gurunya
pada bila-bila masa sahaja walau di mana sahaja dia berada . Sebagai contoh Sistem
Pengurusan Pembelajaran ( Learning Management System) atau LMS yang digunakan oleh
pelajar OUM bagi memudahkan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Antara
kebaikan sistem ini adalah pelajar tidak terikat dengan sesuatu jadual waktu. Pelajar boleh
melayari internet pada bila-bila masa yang ia ingini dalam menyiapkan tugasan. Selain itu
juga sistem ini menyediakan pelbagai kemudahan komunikasi antara pelajar dengan guru
untuk berhubung, bertukar pendapat dan berinteraksi dengan kawan-kawan, pensyarah atau
tutor dan juga dengan masyarakat luar.
Proses pengajaran dan pembelajaran di alaf baru lebih berorientasikan teknologi untuk
mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ini kerana perkembangan bidang pendidikan
adalah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru itu,
kebanyakan Universiti di Malaysia telah melengkapkan institusi masing-masing dengan
Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) atau LMS bagi
memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan.
d) Smart Classroom
“Smart Classroom” adalah sistem integrasi untuk pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, komunikasi, penilaian dengan pengurusan pengajaran. Sistem ini
menggabungkan isi kandungan, komunikasi dengan pengurusan untuk menghasilkan satu
penyampaian pembelajaran dengan lebih baik dan juga sebagai sumber simpanan. Ia
dihasilkan dan dibangunkan sebagai ‘mersa pengguna’ kepada guru dalam menghasilkan
pengajaran menggunakan multimedia.
6
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
“Smart Classroom” dihasilkan untuk mengatasi masalah dalam pengajaran
tradisional. Ia juga merupakan wadah untuk meransang, mengimplementasikan dan
menambahbaikan pengajaran dalam kelas kerana ia membenarkan proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan elektronik seperti komputer.
“Smart Classroom juga melibatkan bahan elektronik seperti audio, video, teks, grafik
dan animasi melibatkan kandungan, idea dan bahan sokongan. Sistem ini boleh diubahsuai
pada bila-bila masa. Ia dilengkapi dengan alat audio visual seperti kabel, televisyen secara
online, DVD, program radio di internet, kemudahan internet, sistem bunyi, skrin LCD,
projektor dan skrin projektor.
2. Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model ASSURE.
Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tingkatan 1.
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Bersepadu Tingktan 1.
Masa : 1.10-2.20 (2 waktu).
Tingkatan : 1 Bestari.
Bilangan Pelajar : 21 orang.
Purata Umur : 13 tahun
Jenis Pelajar : Ekstrovert dan Instrovert.
Gaya Pembelajaran : Pelajar visual, audio, kinestetik.
Tajuk Pengajaran : Reka Bentuk Dan Teknologi- Alatan Tangan.
Pengetahuan sedia Ada : Pelajar telah menggunakan alatan tangan di sekolah rendah.
Objektif Pengajaran : Pada akhir pelajaran pelajar dapat:
1. Menamakan peralatan tangan yang dipelajari berdasarkan lembaran kerja yang
diberikan (lampiran).
2. Melabelkan peralatan tangan berdasarkan latihan yang diberi (lampiran).
3. Menulis nama dan kegunaan setiap alatan tangan yang dipelajari berdasarkan
lembaran kerja yang diberikan (lampiran).
7
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
Isi Pelajaran : Alatan Tangan.
Nilai murni : Bekerjasama, berhati-hati, Mematuhi peraturan bengkel
Media Pengajaran : Bahan maujud (alatan tangan), buku teks, lembaran kerja,
Komputer (Powerpoint) dan gambar alatan tangan.
Induksi Set (3minit) : Guru meletakkan kerusi yang rosak di hadapan kelas. Pelajar melihat
kerusi tersebut dan secara tidak langsung ini akan membuatkan pelajar
tertanya-tanya dan guru akan mengemukakan soalan berkaitan apa
yang akan dilakukan pada kerusi yang rosak dan ini melibatkan sesi
soal jawab secara sumbang saran yang boleh mengaitkan kepada
pelajaran yang akan dipelajari pada hari ini.
Langkah/Masa
Isi PelajaranLangkah Pengajaran & Pembelajaran ABM Catatan Guru Pelajar
Langkah 1(15 minit)
Penerangan alatan tangan-gergaji puting-pita pengukur-sesiku L-gandin kayu-tukul kuku kambing
1.Sampaikan isi pelajaran sambil menunjukkan alatan (bahan maujud)
2. Memberi peluang pelajar memegang alatan tangan yang ditunjukkan
1. Mendengar penerangan guru.
2. Memegang alatan tangan dan melihat sendiri (bahan maujud)
1.Alatan tangan
(bahan maujad)
-Gergaji puting
-Pita pengukur
-Sesiku L-Gandin kayu
-Tukul kuku kambing
2. Buku teks
Strategi P&P
Kaedah: Kelas
Teknik:Penerangan
Langkah 2(17 minit)
Aktiviti kumpulan
1.Membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan gambar alatan yang berlainan berserta dengan
1.Setiap kumpulan akan menampal gambar yang diberikan dipapan putih beserta dengan menyusun huruf-huruf
untuk membentuk jawapan pada
Gambar Alatan tanganbeserta huruf-huruf.
Stategi P& P
Kaedah: Kumpulan
Teknik:Kolaboratif
8
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
ceraian huruf.
3. Meminta pelajar menampal gambar tersebut dan menamakannya dengan menyusun huruf-huruf yang diberikan
alatan yang ditampal. Ahli kumpulan bergilir-gilir datang ke depan dan menyusun huruf-huruf sehingga membentuk
jawapan.
Langkah 3(15 minit)
Aktiviti individu
1.Mengedarkan lembaran kerja
Melengkapkan latihan dalam lembaran kerja
Lembaran kerja
Stategi P & P
Kaedah : Kelas
Teknik : Latihan
KBKK : Mengumpul maklumat
Penutup( 5 minit )
Refleksi 1. Menayangkan slaid alatan tangan melalui program ‘Powerpoint’
1. Menonton pesembahan Powerpoint’ yang ditunjukkan
-Komputer riba
-LCD Projektor
Stategi P & P
Kaedah : Kelas
Teknik : Persembahan
Penilaian(15 minit)
Aktiviti kumpulan
1. Membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu A dan B
1. Kumpulan A: Menamakan alatan tangan dan melabel bahagian-bahagian alatan tangan tersebut tanpa klu jawapan
Lembaran kerja
Strategi P&P Kaedah: Kumpulan
Teknik : Latihan
9
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
2. Kumpulan B: Menamakan alatan tangan dan melabel bahagian-bahagian alatan tangan dengan bantuan klu jawapan
2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan.
PG MEMBUAT KEPUTUSAN
Situasi : Guru yang paling layak menjadi pemangku penolong kanan.
PILIHAN-PILIHAN
Akibat Alasan/Kesan dan AkibatNilai (Positif atau Negatif)
- Dapat menguruskan pentadbiran kerja dengan baik.
- Tidak dapat bergaul dengan orang lain.
- Melakukan kerja dengan berdikari
- Boleh menaikkan nama
- Pentadbiran sekolah berjalan lancar dan sistematik.
- Susah untuk mendapatkan kerjasama daripada orang lain.
- Tidak bergantung pada orang lain.
- Sekolah jadi terkenal.
+
-
+
+
10
1. Guru A mempunyai prestasi kerja yang sangat baik tetapi sukar untuk bergaul dengan orang lain.
2. Guru B tidak mempunyai prestasi kerja yang baik tetapi ramai orang suka berkawan dengannya.
3. Guru C mempunyai prestasi kerja yang sederhana tetapi suka menunjuk-nunjuk.
PILIHAN YANG DIBUAT
Guru A yang mempunyai prestasi kerja yang sangat baik tetapi
sukar untuk bergaul dengan orang lain
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
sekolah.- Dapat meningkatkan mutu
pencapaian sekolah.- Pencapaian sekolah meningkat. +
Rujukan
Abdul Rahim Selamat (1990). Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Azaliana Azman. (n.d). Sistem Pengurusan E-Pembelajaran. [Online]. Available: http://ww.kuitho.edu.my/pdp. [2009, April 27]
AECT. (1972). Definition and Terminology Committee document. The Meanings of Educational Technology. [Online]. Available: http://www.indiana.edu/~molpage/. [2009, March 23]
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass: Harvard University Press.
Cepi Riyana. (n.d.). Peranan Teknologi Dalam Pembelajaran. [Online]. Available: http://www.projectcepi.blogsport.com. [2009, April 25]
David, B. (1995). Enhancing Learning Throught Self Assesment. London: Kogan Page Limited.
Grove, K., Strudler, N., and Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in Education. 37(1), 85-110.
Hasbullah (2006). Implementasi E-Learning Dalam Pengembangan Pembelajaran Perguruan Tinggi (Proceeding). Bandung: Universiti Yogyakarta.
Heinich, R., et. al. (1996). Instructional Media and Technologies for Learning. New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs.
11
KriteriaBerpotensi , rajin bekerja, prestasi kerja yang sangat baik, dapat menolong dalam bidang lain juga.
KeputusanDapat meningkatkan mutu pentadbiran sekolah tetapi perlu meningkatkan pergaulan dengan orang lain.
FADILAH BINTI KASSIM760924086660
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Lane, S. (n.d). Smart Classroom:Smarter Choice. [Online]. Available: http:www.metcomm.net/content/view/113/120/. [2009, Mei 08].
Mok Soon Sang (2000). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Norlie. (n.d.). Nota Padat revisi Teknologi Pendidikan. [Online]. Available: http://www.goecities.com/norlionline. [2009, April 24]
Pecor, S. (1996). What is E-Learning? [Online]. Available: http://www.cuw.edu/AdultEd_Graduate/elearning/what_is_elearning.html. [2009, March 22].
Razmah Man dan Yusuf Hashim (2000). Potensi Dan Cabaran Dalam Pembelajaran Maya dan Elektronik. Kuala lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan 2000.
Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah dan Rosini Abu (2009). HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor: Open University Malaysia.
Yau, S. S., Gupta, S. K., and Fariaz Karim. (2003). Smart Classroom: Enhancing Collaborative Learning Using Pervasive Computing Technology. [Online]. Available: http://66.218.69.11/search/cache?ei=UTP8&p=What+is+definition+of+smart+classroom...[2009, March 22].
Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
12