Transcript

13UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 6 SEPTEMBER 2017

Dana ketiga MDV bernilai RM1 bilion sasar kepada 300 syarikat

Quick Ride sasar hasil RM20 juta

MAS terbang ke Surabya

Oleh NUR HANANI [email protected]

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV) men-yasar untuk menyalurkan pin-jaman kepada 300 syarikat me-nerusi dana ketiga yang bernilai RM1 bilion dengan potensi pem-biayaan sehingga RM4 bilion.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Md. Zubir Ansori Yahaya berkata, dana terbaharu yang diraih mela-lui Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) akan digunakan untuk membiayai kira-kira 500 projek berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Katanya, MDV sebelum ini menguruskan dana bernilai RM1.6 bilion diperoleh daripada Japan Bank For International Co-operation (JBIC) pada 2002 dan terbitan RM1.5 bilion menerusi IMTN pada 2008.

Kali ini jelas beliau, MDV akan memberi tumpuan pembiayaan bagi teknologi baharu termasuk ke-cerdasan buatan, realiti maya dan pencetakan empat dimensi (4D).

“Bagi dana ketiga, MDV sudah mengenal pasti kira-kira 15 syari-kat, dengan projek bernilai kira-kira RM100 juta meliputi segmen pencetakan tiga dimensi (3D), ro-botik, e-dagang dan lain-lain.

“Pembiayaan RM100 juta ini dijangka diagihkan dalam tem-poh enam bulan akan datang,”

katanya kepada pemberita se-lepas majlis pelancaran dana ketiga baharu di sini hari ini.

Majlis itu telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengerusi MDV, Tan Sri Zarinah Anwar.

Dengan pelancaran dana keti-ga, MDV akan berupaya menerus-kan peranannya dalam sektor teknologi dan memastikan syari-kat-syarikat berkenaan sentiasa mempunyai pembiayaan segera untuk memenuhi mandat mere-

ka dalam menyokong agenda teknologi Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 2002, MDV telah mengeluarkan pem-biayaan lebih RM11 bilion kepada lebih 680 syarikat teknologi meli-puti kira-kira 773 projek dalam pelbagai bidang teknologi.

Perusahaan kecil dan sederha-na (PKS) merupakan 82 peratus daripada syarikat yang menerima pembiayaan, daripada jumlah itu 68 peratus adalah syarikat bumi-putera.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Quick Ride Sdn. Bhd. (Quick Ride), syarikat yang ditubuhkan oleh Koperasi Amanah Pelaburan Ber-had (KAPB) dan Cartrade Group bagi pajakan kenderaan untuk perkhidmatan perkongsian ken-deraan menyasarkan pendapa-tan sebanyak RM20 juta tahun ini menerusi pengiklanan di dalam kenderaan.

Pengerusi Quick Ride, Datuk Ilyas Mohamed berkata, Quick Ride yang menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (Proton) dan Uber akan menye-diakan peluang pengiklanan ke-pada syarikat secara masa nyata di dalam kenderaan yang berdaf-tar dengan syarikat tersebut.

Menurutnya yang juga Pengerusi Eksekutif KAPB, pengiklanan merupakan satu-sa-tunya cara Quick Ride menikma-ti keuntungan kerana tujuan utamanya lebih kepada memban-tu meningkatkan peluang peker-jaan terutama kepada graduan yang masih menganggur.

“Kami akan membawakan teknologi canggih dari Eropah untuk dipasang di dalam ken de-ra an berdaftar yang mana sekira-nya kenderaan tersebut melalui kawasan yang berdekatan syari-kat yang membeli iklan, maka iklan tersebut akan terpasang se-cara automatik.

“Teknologi secara tablet interak-tif digital ini bukan sahaja untuk tu-juan pengiklanan, tetapi boleh digu-nakan oleh penumpang menikmati internet secara percuma ketika menaiki kenderaan Uber di bawah

Quick Ride ini,” katanya dalam si-dang akhbar di majlis menandata-ngani memorandum persefahaman (MoU) antara KAPB dengan Proton dan Uber serta pelancaran Quick Ride di sini hari ini.

MoU berkenaan telah ditan-datangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Quick Ride, Mohamed Fahmi Ilyas; Timbalan Pengeru-si KAPB, Datuk Mustafha Abd. Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Ke-nali; Pengurus Kanan Pengem-bangan Uber, Karina Ali Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Rashid Musa.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar dan Penasihat Kanan Uber Asia Tenggara, Dali Sardar.

Quick Ride merupakan syari-kat pajakan kenderaan di bawah KAPB dan Cartrade Group yang memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan menjadi pemandu Uber dengan hanya perlu membayar deposit RM1,000 selain bayaran pajakan harian RM45 untuk Proton Saga dan RM55 untuk Proton Persona.

Dalam pada itu, Mohamed Fahmi berkata, Quick Ride men-dapat sambutan menggalakkan dan telah menerima lebih 300 permohonan melibatkan 60 peratus lepasan universiti yang masih menganggur dengan 40 permohonan telah diluluskan walaupun baru dilancarkan hari ini.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Malaysia Airlines (MAS) melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Sura-baya, Indonesia dengan kekerapan penerbangan sebanyak empat kali sem-inggu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew (gambar) berkata,

harga tiket bagi perjalanan pergi dan balik kelas ekonomi bermula pada RM489 seorang sementara untuk kelas perniagaan

pula ialah RM1,959 seorang.

Jelas beliau, laluan baharu itu dijadualkan beroperasi pada bulan hadapan dan penerbangan pertama pada 29 Oktober depan.

“Laluan baharu ini akan menggunakan pesawat B738-800 dengan kapasiti 160 tempat duduk yang terdiri daripada 16 tempat duduk kelas perniagaan dan 144 tempat duduk kelas ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pertambahan laluan baharu itu memberikan perhubungan yang lebih luas antara Kuala Lumpur dengan lapangan terbang kedua paling sibuk di Indonesia.

“Malaysia Airlines kini beroperasi di tiga laluan penerbangan di Indonesia.

“Dengan pertambahan Surabaya ke dalam rangkaian perkhidmatan kami, para pelanggan dapat melihat tempat-tempat menarik di kedua-dua buah negara bermula Oktober depan,” ujarnya.

Tiket penerbangan kini boleh ditempah melalui laman web Malaysia Airlines www. malaysiaairlines.com dan ejen-ejen pelancongan pilihan.

Potensi di Arab Saudi

Etika lancar peraduan Se-Motor Sehari

Honda Malaysia rekod peningkatan jualan 28.7%

Mencari broker terbaik untuk melaburOleh NABILA YASMIN [email protected]

� KUALA LUMPUR 5 SEPT.

MAYBANK Islamic Bhd. melihat potensi besar pembiayaan infrastruk-

tur patuh syariah di luar negara terutama di Arab Saudi.

Ketua Pegawai Eksekutif May-bank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican (gambar) berkata, pihaknya yakin Maybank Islamic akan dapat menangani sebaha-gian daripada jurang pembiayaan infrastruktur di negara teluk ber-kenaan dari semasa ke semasa.

“Terdapat banyak potensi untuk pembiayaan infrastruk-tur patuh syariah di Arab Saudi, terutama daripada segmen sukuk dalam denominasi dolar di ne-gara ini kerana ia berfungsi untuk merealisasikan Wawasan 2030 Arab Saudi,” katanya kepada pemberita pada Bengkel Media Perbankan dan Kewangan Islam 2.0 di sini hari ini.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Kelab Media Kebangsaan (NPC) dan Maybank Islamic.

Tambah Mohamed Rafique, dengan memasuki pasaran pem-biayaan infrastruk-tur di Arab Saudi, bank tersebut akan dapat memperluas-kan penembusan hu-tangnya dalam de-nominasi dolar serta meningkatkan lagi ke hadirannya dalam negara-negara Maj-lis Kerjasama Teluk (GCC).

Beliau berkata, walaupun Maybank Islamic berminat untuk meluas-kan kehadirannya di Arab Saudi, pihaknya harus mengambil kira risiko-risiko yang berkaitan de-ngan negara-negara teluk.

“Kita tidak boleh mengabaikan risiko geopolitik yang dikaitkan dengan Arab Saudi, keadaan tu-run naik harga minyak juga men-jadi risiko yang harus dipertim-

bangkan,” katanya. Dalam pada itu beliau berkata,

Maybank Islamic menjangkakan pertumbuhan pembiayaannya mampu mencapai anggaran ko-

sensus pertumbuhan bagi industri sebanyak lapan peratus tahun ini, disokong oleh sentimen pelanggan serta mo-mentum pertumbuhan ekonomi negara yang bertambah baik.

Ujarnya, tahun lalu Maybank Islamik mere-kodkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak 14 peratus melebihi un-juran yang diletakkan

industri iaitu sebanyak 11 pera-tus.

“Kami melihat permintaan yang baik daripada perkhidmatan peng-guna untuk perkhidmatan kewa-ngan Islam, pihak korporat, kami melihat momentum yang cukup kuat untuk membolehkan pem-biayaan Islam berkembang pada tahap yang lebih tinggi,” katanya.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Etika Sdn. Bhd., pengeluar dan penge-dar minuman terkemuka, be-kerjasama dengan Pasar Raya 99 Speedmart bagi melancarkan peraduan ‘Se-Motor Sehari’ khas buat pengguna setia syarikat ber-kenaan.

Naib Presiden Pemasaran Eti-ka, T. S. Santharuban berkata, pelanggan berpeluang meme-nangi motosikal Modenas MR2 bernilai RM3,765 dengan hanya membeli produk minuman Eti-ka di mana-mana cawangan 99 Speedmart.

Menurutnya, bagi menambah-kan lagi keterujaan pengguna, Etika menghadiahkan motosikal berkenaan setiap hari bermula 26 Ogos lalu sehingga 24 September hadapan.

“Pertandingan Se-Motor Se hari dengan kerjasama 99 Speedmart ini adalah sebagai penghargaan dan ganjaran kepada pelanggan setia kami yang semakin bertam-bah setiap tahun.

“Konsep pertandingan ini juga sangat menarik kerana me-

nampilkan hadiah Modenas MR2 setiap hari selama sebulan dan amat mudah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Peserta yang ingin menyer-tai pertandingan ini hanya perlu

membeli minuman Etika sama ada Calpis, Kopi Wonda, varian Tropicana, Gatorade, Mountain Dew atau minuman lain dalam satu resit di mana-mana cawa-ngan 99 Speedmart.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Honda Malaysia Sdn. Bhd. mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 28.7 peratus atau 61,103 buah kende raan bagi tujuh bulan pertama 2017 ber-banding 47,490 buah pada tempoh yang sama tahun lalu.

Naib Presidennya, Akkbar Danial (gambar) berkata, Honda Malaysia masih mendahului segmen kend-eraan bukan nasional dan optimis untuk mengekalkan kedudukan itu dalam pasaran tempatan tahun ini.

“Biarpun berdepan senario ekonomi semasa, kami memula-kan tahun ini dengan pengenalan BR-V, Jazz dan City baharu serta diikuti oleh CR-V baharu.

“Ia adalah tahun yang baik buat kami kerana terdapat beberapa

model baharu, selain HR-V yang terus menerima sambutan mem-berangsangkan,” katanya ketika ditemui semasa sesi pandu uji Honda Jazz dan City hibrid baharu ke Pantai Timur, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Akkbar berkata, pen-genalan model hibrid bagi Jazz dan City akan memacu pertumbuhan jualan syarikat dalam mencapai sasaran 100,000 buah tahun ini didorong oleh tawaran harga menarik.

Jelasnya, teknologi Sport Hy-

brid i-DCD itu adalah baharu buat pasaran tempatan, jus teru masih sukar untuk menjangkakan pen-

erimaannya dalam kalangan para peng-guna.

“Kami masih belum tahu berapa banyak model ini akan me-nyumbang kepada jua-lan keseluruhan kerana fasa pertama penghan-taran baharu bermula bulan lepas,” katanya.

Malaysia merupakan negara pertama di luar Jepun yang menawarkan City dan Jazz hibrid masing-masing dengan harga bermula RM89,200 dan RM87,500 sebuah.

SAYA pernah terbaca bebera-pa iklan pembelajaran saham yang mana modul pembelaja-ran saham menyentuh topik pembelajaran untuk mengenal pasti broker yang terbaik seba-gai pilihan untuk melabur. Ia juga termasuk pemilihan ejen yang terbaik. Ejen ini sama ada dealer ataupun remisier.

Seperti yang pernah saya katakan, setiap orang mempu-nyai pendapat dan ideologi masing-masing, begitu juga saya. Maka, saya akan berikan garis panduan untuk mem-buat pemilihan broker dan ejen dalam urusan beli jual saham.

Platform urus niaga sahamPlatform urus niaga yang

baik ialah memberikan plat-form carta saham yang mu-dah digunakan serta maklu-mat-maklumat lain. Walau bagaimanapun, sekiranya ter-dapat kekurangan pada plat-form tersebut, pelabur boleh melanggan mana-mana peri-sian carta. Ada beberapa pe-risian carta yang mempunyai penyaringan saham atau stock scanner yang sangat memban-tu para pelabur dan pedagang saham menyaring saham ber-potensi.

Yuran pembrokeranRamai pelabur inginkan

yuran pembrokeran yang sa-ngat murah. Tidak dinafikan sebagai remisier, mereka tidak dapat memberikan yuran pem-brokeran yang terlalu murah kerana remisier tertakluk kepa-da perkongsian yuran pembro-keran dengan syarikat broker saham. Justeru, mereka men-genakan caj yang tinggi sedikit berbanding dealer tetapi mem-berikan perkhidmatan yang lebih baik bersesuaian dengan yuran yang dikenakan.

Mendapat laporan atau pe-nyelidikan saham harian dan terkini

Satu daripada keperluan pelabur ialah mesti membaca laporan penyelidikan pasaran saham setiap hari. Ada kalanya, pelabur dan pedagang saham tidak dapat mencari berita-berita semasa kerana bekerja. Maka, dengan laporan-laporan sebegini sangat-sangat mem-bantu para pelabur dan peda-

gang saham. Juga, dengan adanya senarai saham-saham pilihan dari bahagian penye-lidikan atau dari penganalisis pasaran bertauliah, ini memu-dahkan pelabur dan pedagang saham memilih mana-mana saham yang sesuai untuk mem-buat kaji selidik kali kedua se-bagai pilihan terbaik dari sena-rai yang diberikan.

Terdapat juga syarikat bro-ker saham yang memberikan laporan tentang pasaran saham luar negara serta berita-berita penting sama ada yang berlaku di dalam negara atau pun luar negara.

Ejen yang senang dihubungiEjen yang mudah dihubungi

dan berinteraksi serta sentiasa berada di depan skrin. Ini amat penting kerana ada kalanya pelanggan tidak dapat mem-buat jual beli di atas talian dan memerlukan bantuan ejen un-tuk memasukkan arahan beli dan jual.

Ejen yang boleh membantuSaya pernah menyentuh

topik berkenaan fungsi dealer dan remisier sebelum ini. Ejen yang membantu ini bermak-sud ejen yang boleh menjawab segala persoalan atau ke-musykilan tentang saham seki-ranya ditanya. Juga, mereka juga akan uar-uarkan kepada pelanggan sekiranya ada pelu-ang-peluang pelaburan kepada pelanggan.

Sebagai contoh, menawar-kan permohonan saham mela-lui tawaran persendirian (pri­vate placement) atau melalui penawaran secara book buil­ding, menguruskan pinjaman saham IPO yang diperoleh daripada MITI serta memban-tu pelanggan mengemas kini perkembangan pasaran sema-sa.

Apa hendak dibuat bila anda tidak mendapat kesemua atau beberapa perkara yang terse-but di atas?

n Pelabur dan pedagang saham boleh membuka satu lagi akaun CDS di tempat lain. Langkah ini amat baik tetapi memadai mempunyai tidak lebih dari 2 akaun.

n Melantik dealer sebagai ejen kerana dealer merupakan pekerja syarikat broker saham yang terikat dengan jadual waktu kerja yang ditetapkan oleh syarikat. Justeru, sekira-nya dealer tersebut bercuti, maka syarikat broker saham akan melantik dealer lain se-bagai pengganti semasa keti-adaan dealer tersebut. Walau bagaimanapun, prosedur ini juga diguna pakai oleh remisier ketika bercuti.

n Sekiranya tidak menda-pat bantuan dari ejen, pelabur boleh menghubungi meja ban-tuan (help desk) atau pegawai perkhidmatan pelanggan.

n Memperlengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sekiranya pelabur dan peda-gang saham tidak mendapat bantuan yang sepenuhnya se-perti yang diingini.

Sememangnya dealer dan remisier ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan tetapi ka-dang kala mereka tidak dapat memuaskan hati semua orang. Maka, jalan yang terbaik ialah pelabur dan pelanggan sendiri memperlengkapkan diri dan mengemas kini dengan ilmu, maklumat dan perkembangan pasaran saham.

n Membuat kajian saham sendiri lebih baik kerana seki-ranya berlaku sesuatu perkara yang menjurus kepada keru-gian, kita tidak akan menuding jari kepada sesiapa. Anggap-kan kesilapan tersebut suatu pe ngajaran dan pengalaman yang tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Sabtu ini, 9 September 2017, saya akan mengendalikan Sim-posium Saham Utusan di De-wan, Utusan Melayu di Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur. Anda boleh menyertai sim-posium percuma ini de ngan mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumsaha-mutusan2017

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

KARINA ALI NOOR (kiri) bersalaman dengan Ahmad Fuaad Kenali sambil disaksikan Mohamed Fahmi Ilyas (tengah) dalam majlis memeterai MoU di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/GAIE UCHEL

JOHARI ABDUL GHANI melakukan pelancaran dana ketiga MDV sambil diperhatikan oleh Zarinah Anwar (kiri) dan Md. Zubir Ansori Yahaya (kanan) di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AIZZUL A.MAJID

Top Related