Download - LONTAR PELURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS
GERKO OLAHRAGA
(LONTAR PELURU)
NAMA :
KUMPULAN : PISMP G 5.3
PENSYARAH :
1.0 PENGENALAN
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula
pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang
mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
sukan di kedua-dua negara itu.
2.0 FIZIKAL PELURU
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang
lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan
berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat
peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4
kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka.
Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala
untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm.
3.0 KAWASAN LONTARAN
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta
acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh
garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter
pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan
bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki
peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan
lontarannya akan dibatalkan.
Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang
merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan
kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran
dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.
4.0 KAWASAN PENDARATAN
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang
dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang
gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada
sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang
mengambil bahagian.
Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas
garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta
hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam
kawasan yang dikhaskan.
5.0 PITA PENGUKUR
Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang
dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu
lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah
bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling
jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
6.0 PRINSIP ASAS LONTAR PELURU
Gaya melontar Parry O’Brien adalah kurang sesuai bagi pelajar sekolah
rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki yang kuat.
Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan memerlukan koordinasi yang
tinggi.
Justeru itu adalah memadai sekiranya para pelajar hanya diajar cara berdiri
dan melontar dan cara melungsur ke belakang sebagai suatu usaha untuk
memenuhi kehendak-kehendak pelajaran Pendidikan Jasmani.
Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar memerlukan
pergerakan yang licin dan koordinasi seluruh anggota badan dan bukan
setakat menolak dengan tangan sahaja.
7.0 FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada yang
berikut:
1. Pegangan peluru
2. Lakuan sedia
3. Lungsuran
4. Kilasan badan
5. Lontaran
6. Pulihan
7.1 PEGANGAN PELURU
Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang
peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua:
Teknik memegang peluru dengan tiga jari
-Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah (yang direnggangkan
sedikit) dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.
Teknik memegang peluru dengan lima jari
-Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi
kedudukan peluru.Teknik ini disyorkan kepada pelajar sekolah rendah.
i)Memegang dengan tiga jari ii) Memegang dengan lima jari
8.0 TEKNIK MELONTAR PELURU
Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
1. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)
2. Gaya melungsur selangkah
3. Gaya Parry O’Brien
4. Teknik lontaran sisi
5. Teknik membelakangi kawasan lontaran
8.1 GAYA BERDIRI DAN MELONTAR (TANPA LUNGSURAN)
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala
ke arah lontaran.
Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih kurang di bawah
telinga), peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan
kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.
Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
Kilasan badan
Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas
digerakkan ke hadapan.
Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan
sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.
Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas.
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus.
Mata pelontar pula mengikuti pergerakan sehigga peluru itu mendarat.
Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan dan pergerakan badan pula
tidak begitu kuat.
Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
Cara melontar peluru secara berdiri :
Lakuan sedia – mengilas badan - melontar
8.2 GAYA MELUNGSUR SELANGKAH
Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan
kawasan lontaran.
Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan
dengan membengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diibaratkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah
bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.
Berat badan pelontar mestilah masih berada di kaki kanan manakala
bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok.
Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,
pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke
belakang.
Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki
yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga
badan menjadi terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang
bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan
yang memegang peluru.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru
dilontarkan.
Pulihan
Sebaik langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.
Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan
bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan
badan.
8.3 GAYA PARRY O’BRIEN
Gaya Parry O’Brien adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry
O’Brien sendiri.
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an.
Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan
lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod
dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya.
Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah
membuktikan kepada ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan
bagi acara melontar peluru.
Contoh gaya Parry O’Brien
Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri
membelakangi arah lontaran.
Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke
hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.
Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas
kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan.
Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan
bengkok) ke belakang.
Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan
bulatan.
Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah
bertapak di belakang papan penahan, badan pula mengilas ke atas dan ke
hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang
diterangkan dalam gaya melungsur selangkah).
Butiran yang penting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah lungsuran
dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-
menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat
lontaran.
Lontaran, ikut lajak dan pulihan
Teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.
8.4TEKNIK LONTARAN SISI
Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi kanan atau sisi
kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya
menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan
peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah
seperti berikut :
I. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran
yang disediakan.
II. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan
tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan
kedudukan peluru selesa pada tangannya.
III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke
hadapan
IV. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.
V. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya
dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.
VI. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak
menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan
peluru.
VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.
8.5TEKNIK MEMBELAKANGI KAWASAN LONTARAN
Teknik lontaran secara membelakangi kawasan lontaran atau kawasan pendaratan
merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang
berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan
teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik
lontaran cara ini :
I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran
II. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil
membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke
belakang.
III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.
IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan
lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan
mengawal pergerakan dan keseimbangan.
V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
VI. Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas
terus mengawal.
VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru
mendarat
VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk
membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.
9.0 LAKUAN MENGIMBANG SEMULA
Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri
diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.
ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU
I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan
dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di
bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas
daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
10.0 PERATURAN KOAM
PERATURAN 188 : MELONTAR PELURU
Pertandingan
1. Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa
peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran, peluru mesti
menyentuh, atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak boleh
direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar. Peluru tidak boleh di
bawa ke belakang garis bahu.
Nota : Teknik baling kuang sisi tidak dibenarkan.
Papan Penahan
2. Pembinaan. Papan tersebut hendaklah bewarna putih, diperbuat daripada kayu
atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya
sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan. Ia diletakkan di tengah-tengah
antara kedua-dua garisan sector dan dibuat sepaya ia terletak dengan kukuh.
3. Ukuran. Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30sm lebar, 1.15 (+- 1sm)
panjang, dan 10sm (+- 2mm) tinggi daripada paras dalam bulatan.
Peluru
4. Pembikinan. Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan
lain yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong
diperbuat daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau
bahan lain. Ia hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin.
5. Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut :
Peluru Wanita
remaja / junior
senior
Lelaki
Remaja
Lelaki
Junior
Lelaki
Senior
Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta rekod :
4000kg 5000kg 6000kg 7260kg
Maklumat pengeluar :
Beraneka jenis alat
yang dikeluarkan untuk
pertandingan
4005kg
4025kg
5005kg
5025kg
6005kg
6025kg
7265kg
7285kg
Garis pusat minimum 95mm 100mm 105mm 110mm
Garis pusat maksimum 110mm 120mm 120mm 130mm
11.0 LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN
12.0 CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke
bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan.
Pangkal pita ukur di tempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat
dengan bulatan melontar
Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah
bulatan melontar
Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda
akan menunjukkan jarak lontaran itu.
Zon lontaran
tidak sah
Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak lontaran
13.0 LATIHAN ANSUR MAJU
GAYA MELUNGSUR SELANGKAH
Latihan 1
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolakan
yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri)
Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik.
Latihan 2
Berdiri dengan bahu kiri menghadap kawasan lontaran. Kaki direnggangkan.
Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.
Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Latihan 3
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian bulatan.
Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan
berhampiran dengan lingkaran bulatan.
Condongkan badan sedikit. Ketingting ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian
belakang papan penahan atau di garis bulatan.
Kilaskan badan dan buat lontaran.
Latihan 4
Pelontar berdiri dan membelakangkan kawasan lontaran. Badan
dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.
Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang. Latihan ini dibuat
secara berulang-ulang.
Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat
lungsuran.
Latihan 5
Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur
selangkah.
Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran.
14.0 OTOT YANG TERLIBAT
Pectoralis major
Deltoid dan biseps brachii
Biseps dan triceps
Gluteus maximus
Kuadriseps dan tibialis
Hamstring dan gastrocnemius
BAHAGIAN TANGAN
BAHAGIAN KAKI
15.0 RUJUKAN
1. Ahmad Wafi 1996. Olahraga Padang. Goodmark Enterprise, Kuala Lumpur.
2. Idris bin Mohamad (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Teng Boon Tong 2001. Panduan Pengajaran Olahraga Kursus Diploma
Perguruan Malaysia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru