Download - Kpf 4013 kuliah 6

Transcript
Page 1: Kpf 4013   kuliah 6

PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

Merealisasikan hasrat FPK menerusi sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran

Page 2: Kpf 4013   kuliah 6

Rangka konsep penterjemahan kurikulum

Penterjemahan kurikulum merupakan satu siri proses melibatkan empat komponen yang berantai

Page 3: Kpf 4013   kuliah 6

Peringkat Pelaksanaan Kurikulum

• Pra Sekolah

• Sekolah Rendah

• Sekolah Menengah

• Pendidikan Khas

• Institusi Pengajian Tinggi / Lepas Sekolah

Page 4: Kpf 4013   kuliah 6

Amalan Kurikulum Bilik Darjah

• Strategi pengajaran dan pembelajaran• Penilaian

Page 5: Kpf 4013   kuliah 6

Hasil Pelaksanaan Kurikulum

• Pembangunan Insan• Pembangunan Negara

Page 6: Kpf 4013   kuliah 6

OUTCOME

SUKATAN PELAJARAN

MATLAMAT PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KURIKULUM KEBANGSAAN

Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan Pelajaran Harian P & P

Page 7: Kpf 4013   kuliah 6

KURIKULUM KEBANGSAAN

“ . . . suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,

rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini

dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

(Akta Pendidikan 1996)

Page 8: Kpf 4013   kuliah 6

Bagaimanakah pengalaman pendidikan perlu diatur agar berkesan?

LITUPAN/ SKOP IMBANGANKESEPADUAN/INTEGRASI

KESINAMBUNGAN/KONTINUITI KETERTIBAN/SEKUEN

Page 9: Kpf 4013   kuliah 6

Prasekolah

• Untuk murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun

• Matlamat :

– untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan

– menguasai kemahiran asas

– memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

• Visi: “Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia”

• Misi: Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

Page 10: Kpf 4013   kuliah 6

Objektif Pendidikan Prasekolah

Agar murid-murid dapat:

• Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,

• Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,

• Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,

• Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,

• Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,

• Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,

• Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,

• Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Page 11: Kpf 4013   kuliah 6

Sekolah Rendah

• Mengambil masa enam tahun. Merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Pendedahan kepada membaca menulis dan mengira, serta pendedahan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.Pada penghujung pengajian di Tahun 6, murid-murid akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

UPSR menguji:Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa InggerisPenguasaan kemahiran matematikPenguasaan konsep sains

Page 12: Kpf 4013   kuliah 6

KBSR & Implikasi daripada FPN

• Diperkenalkan pada 1982 dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1983

• Susulan Lap. JK Kab. 1979 :Perakuan 57(a)

Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.

KBSR

Page 13: Kpf 4013   kuliah 6

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU

Kesenian dan Rekreasi

Muzik, P. Seni, PJ

MANUSIA DGN ALAM KELILINGNYA

Kerohanian, Nilai dan Sikap, Kemanusiaan & Persekitaran

P. A. Islam, P. Moral, Alam dan Manusia

Bentuk KBSR (1982)

KOMUNIKASI

Kemahiran Asas (3M)

Bahasa, Matematik

Murid

Page 14: Kpf 4013   kuliah 6

Teras KBSR

• Setiap orang murid adalah berbeza di antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, kecenderungan, bakat dan kebolehannya.

• Memberi penegasan kepada– Pemulihan– Pengkayaan– Penilaian Berterusan di Bilik Darjah– Penggabungjalinan– Penyerapan

Page 15: Kpf 4013   kuliah 6

Sekolah Menengah

• Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:- Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)- Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas:- Aliran Akademik (Sains/Sastera)- Aliran Teknik dan Vokasional- Aliran Agama

Page 16: Kpf 4013   kuliah 6

Pendidikan Khas

• Perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas (masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran) dan murid pemulihan khas

• Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:– Sindrom Down– Autisme ringan– Attention Deficit Hyperactivity Disorder– Terencat akal minimum, dan– Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia).

• Pendidikan menekankan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.

Page 17: Kpf 4013   kuliah 6

Program Pendidikan

• Program Pendidikan Khas KPM dilaksanakan melalui:- Sekolah Pendidikan Khas

- Program Pendidikan Khas Integrasi

• Sekolah Pendidikan Khas

– bagi murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (menengah).

– ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas

Page 18: Kpf 4013   kuliah 6

Pendidikan Tinggi

• Laluan melalui

– Tingkatan 6

– Program Matrikulasi

• Merangkumi program pendidikan di

– kolej komuniti,

– politeknik,

– institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta,

– universiti awam dan

– institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Page 19: Kpf 4013   kuliah 6

• Pendidikan di kolej komuniti, politeknik, dan institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta membawa kepada penganugerahan sijil/diploma serta mewujudkan laluan alternatif ke pendidikan tinggi.

• Pendidikan di kolej komuniti lebih menjurus kepada latihan dan latihan semula kemahiran sementara pendidikan di politeknik lebih menekankan latihan peringkat separa profesional.

• Pendidikan tinggi merupakan pendidikan yang membawa kepada penganugerahan diploma dan ijazah atau yang setaraf dengannya.

Page 20: Kpf 4013   kuliah 6

Matlamat Pendidikan Tinggi

Menghasilkan graduan yang

• berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk menggunakan pengetahuan kepada amalan

• berinovatif

• mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi

• menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan (berfikiran analitikal dan kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan)

• celik teknologi

• menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan

• mampu memberi sumbangan bakti kepada masyarakat, negara dan dunia

Sumber: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Page 21: Kpf 4013   kuliah 6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK)

• Menentukan sukatan pelajaran (SP) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) yang digunakan di sekolah-sekolah

• Merancang, mengarah, menentu dan menilai kurikulum dari semasa ke semasa

Page 22: Kpf 4013   kuliah 6

Sukatan Pelajaran

• Dokumen tentang suatu pernyataan mengenai perkara yang mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan.

• Mengandungi FPK, matlamat, objektif dan skop/ litupan sesuatu mata pelajaran.

Page 23: Kpf 4013   kuliah 6

Huraian Sukatan Pelajaran

• Dokumen yang memperincikan SP mengikut unit-unit kecil mata pelajaran

• Menyarankan strategi p&p yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.

• Membantu guru merancang dan melaksanakan p&p secara berkesan

• Menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid

Page 24: Kpf 4013   kuliah 6

Peranan Guru

•Mentafsir Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk membuat perancangan pengajaran

•Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dirancang

•Mengenalpasti dan melaksanakan prosedur penilaian

Page 25: Kpf 4013   kuliah 6

Penterjemahan Kurikulum Menerusi SP dan HSP kepada RPT dan RPH

Kurikulum SUKATAN PELAJARAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Mata Pelajaran

Unit 1 Unit 2 Unit 3

Tajuk 1

Rancangan Pengajaran Tahunan

P P P P P P PP P

Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk 2

Tajuk 3 Tajuk 4

Hasil Pembelajaran (P): Senarai pernyataan pencapaian secara hirarki tentang pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu dikuasai oleh pelajar mengikut aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas menerima pengajaran

Page 26: Kpf 4013   kuliah 6

Mata Pelajaran KBSR (Tahap 1)

• Mata Pelajaran Teras:1. Bahasa Melayu2. English Language3. Bahasa Cina (SJKC)4. Bahasa Tamil (SJKT)5. Mathematics6. Science7. Pendidikan Islam8. Pendidikan Moral

• Mata Pelajaran Wajib:1. Pendidikan Jasmani2. Pendidikan Kesihatan3. Pendidikan Seni Visual4. Pendidikan Muzik

• Mata Pelajaran Tambahan:1. Bahasa Cina Komunikasi2. Bahasa Tamil Komunikasi3. Bahasa Arab Komunikasi4. Bahasa Iban (bermula tahun 3)5. Bahasa Semai (bermula tahun 3)

Page 27: Kpf 4013   kuliah 6

Mata Pelajaran KBSR (Tahap 2)

• Mata Pelajaran Teras:1. Bahasa Melayu2. English Language3. Bahasa Cina (SJKC)4. Bahasa Tamil (SJKT)5. Mathematics6. Science7. Kajian Tempatan8. Pendidikan Islam

9. Pendidikan Moral       

10. Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

• Mata Pelajaran Wajib:1. Pendidikan Jasmani2. Pendidikan Kesihatan3. Kemahiran Hidup

4. Pendidikan Seni Visual5. Pendidikan Muzik

• Mata Pelajaran Tambahan:1. Bahasa Cina Komunikasi2. Bahasa Tamil Komunikasi3. Bahasa Arab Komunikasi4. Bahasa Iban 5. Bahasa Kadazandusun

6. Bahasa Semai

Page 28: Kpf 4013   kuliah 6

Mata Pelajaran KBSM (Menengah Rendah)

• Mata Pelajaran Teras:1. Bahasa Melayu2. English Language3. Mathematics4. Science5. Sejarah6. Pendidikan Islam

7. Pendidikan Moral       

8. Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

• Mata Pelajaran Wajib:1. Pendidikan Jasmani2. Pendidikan Kesihatan3. Kemahiran Hidup

4. Pendidikan Seni Visual5. Geografi

• Mata Pelajaran Tambahan:1. Bahasa Cina 2. Bahasa Tamil 3. Bahasa Arab 4. Bahasa Iban 5. Bahasa Kadazandusun

6. Bahasa Jepun

7. Bahasa Jerman

8. Bahasa Perancis

Page 29: Kpf 4013   kuliah 6

Mata Pelajaran KBSM (Menengah Atas)

• Mata Pelajaran Teras:1. Bahasa Melayu2. English Language3. Mathematics4. Science5. Sejarah6. Pendidikan Islam

7. Pendidikan Moral       

8. Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

• Mata Pelajaran Wajib:1. Pendidikan Jasmani2. Pendidikan Kesihatan

• Mata Pelajaran Tambahan:1. Bahasa Cina 2. Bahasa Tamil 3. Bahasa Arab 4. Bahasa Iban 5. Bahasa Kadazandusun

6. Bahasa Jepun

7. Bahasa Jerman

8. Bahasa Perancis

Page 30: Kpf 4013   kuliah 6

Mata Pelajaran KBSM (Menengah Atas)

Page 31: Kpf 4013   kuliah 6

Menurut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, dua perancangan pengajaran

sahaja yang perlu ditulis, iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan

Rancangan Pelajaran Harian. Pekeliling ini telah memansuhkan

penyediaan rekod Rancangan Pelajaran Mingguan seperti yang

diperlukan sebelum itu.

Page 32: Kpf 4013   kuliah 6

Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran

kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 33: Kpf 4013   kuliah 6

Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan

Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya

maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif

tercapai.

Page 34: Kpf 4013   kuliah 6

Transformasi SP ke Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian

• Rancangan Pengajaran Tahunan

– Disediakan untuk tempoh setahun

– Mengandungi maklumat : Bulan, Minggu, Tajuk/Kemahiran, Catatan

• Rancangan Pengajaran Harian

– Disediakan sehari sebelum p&p dijalankan

– Mengandungi maklumat : Masa, Kelas, Mata Pelajaran, Tajuk, Objektif, Pengetahuan sedia Ada Pelajar, Nilai, Aktiviti, Bahan Bantu Mengajar, Catatan Guru

Page 35: Kpf 4013   kuliah 6

KBSM & Implikasi daripada FPK

• Bagi SM KBSM diwujudkan bagi menggantikan KLSM yang banyak kelemahan

• KBSM adalah kesinambungan dpd KBSR ke arah pembinaan insan yang baik.

• KBSM mula dilaksanakan di sekolah menengah pada tahun 1988 untuk beberapa mata pelajaran tertentu dan dilaksanakan dalam semua mata pelajaran pada tahun 1989.

KBSM

Page 36: Kpf 4013   kuliah 6

FALSAFAH KBSM

• KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

• Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.

• Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh.

(Pukal Latihan KBSM, 1990)

Page 37: Kpf 4013   kuliah 6

PRINSIP-PRINSIP KBSM

• Kesinambungan pendidikan KBSR (penguasaan 3M) serta perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh.

• Pelajar disediakan dengan konsep program pendidikan umum yang wajib diikuti oleh setiap pelajar.

• Semua mata pelajaran KBSM hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.

• Nilai-nilai murni merentas kurikulum.

• Bahasa Melayu merentas kurikulum.

• KBSM adalah asas untuk pendidikan seumur hidup.

Page 38: Kpf 4013   kuliah 6

STRATEGIKESEPADUAN

Nilai-nilai murni merentas kurikulum

Bahasa merentas kurikulum

Penyerapan Ilmu di antara mata pelajaran

Isi kandungan di antara kurikulum dengan kokurikulum

Kemahiran di antara mata pelajaran

KESEPADUAN KBSM

Page 39: Kpf 4013   kuliah 6

Kemahiran antara mata pelajaran

• Penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran.

• Penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.

• Penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran antara mata pelajaran.

Page 40: Kpf 4013   kuliah 6

Nilai murni merentas kurikulum

• Penyampaian melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

• Pengurusan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk semangat kerjasama dan sikap toleransi.

• Penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.

• Penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum yang boleh memupuk semangat kemasyarakatan dan sikap berdikari.

Page 41: Kpf 4013   kuliah 6

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK)

• Menegaskan aspek bahasa dari segi sebutan, struktur ayat, kosakata, dan istilah-istilah spesifik bagi setiap mata pelajaran serta gaya bahasa yang sesuai.

•Penggunaan yang tepat, jelas gramatis dan sesuai laras bahasanya.

•Penggunaan Bahasa Melayu melalui aktiviti semua mata pelajaran

Page 42: Kpf 4013   kuliah 6

Penyerapan ilmu di antara mata pelajaran

• Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam Bahasa Melayu.

•Penyerapan unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam satu mata pelajaran.

•Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada mata pelajaran lain.

•Penerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain.

•Pendekatan dan strategi penyampaian isi pelajaran.

Page 43: Kpf 4013   kuliah 6

Mengapa perlu Rancangan Pengajaran?

• Sebagai panduan untuk merancang mengikut tahun, hari dan tempoh waktu mengajar.

• Membolehkan guru membuat perancangan dan pentafsiran yang tepat sebelum mengajar.

• Membolehkan guru memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan isi kandungan.

• Memudahkan guru menyediakan BBM yang sesuai dengan topik yang hendak diajar.

• Membolehkan guru pengganti menjalankan tugas sekiranya guru yang sepatutnya tidak dapat hadir.

• Membolehkan guru membuat semakan dan rujukan.

• Memudahkan pengetua membuat semakan dan penilaian.

• Menambah keyakinan guru untuk mengajar.

Page 44: Kpf 4013   kuliah 6

Rumusan

• Kurikulum sebagai satu jambatan menghubungkan pendidikan dengan matlamat.

• Kurikulum sebagai “body of knowledge” dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi SP & HSP.

• Kandungan kurikulum yang terdapat di dalam SP & HSP dialihkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Top Related