PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN PEGOH,LAHAT.
National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan
bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai
asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang
2012.Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan semua murid Tahun 1 di
sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah
dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi di
kalangan semua murid sekolah rendah.Definisi Literasi ialah Keupayaan untuk
membaca,menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia,ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah ( dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.Program Linus ini wajib
dilaksanakan di semua SK,SJKC,SJKT DAN SABK.Terdapat 3 peringkat saringan iaitu
Saringan 1 (Di Tahun 1) Saringan 2 (Di Tahun 2) Saringan 3 (Di Tahun 3). Semua murid Tahun
1 yang dikenal pasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian
Linus Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap
tahun.Program ini dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.Instrumen dibina dalam
dwi bahasa iaitu BM,BI BC.
Definisi Numerasi ialah Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan
memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.Program Linus,iaitu Numerasi ialah operasi asas matematik
digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas
mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program telah dipilih dan disusun
supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh
dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.Masalah murid yang tidak mempunyai masalah
pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi
sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya ialah
Program KIA2M untuk murid Tahun I yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru
pemulihan khas di sekolah masing-masing.
Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM)
untuk murid Tahap II.
PROTIM selepas UPSR.
Program KIA2M telah digantikan dengan Program Linus pada masa sekarang di semua sekolah
rendah.Program pemulihan khas iaitu khasnya untuk murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3
dijalankan seperti biasa di sekolah.Program ketiga iaitu Protim sedang dijalankan macam biasa
di sekolah untuk semua murid Tahun 6.Semua program-program di atas yang dilaksanakan di
sekolah tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak National Key Result Areas
(NKRA’s). Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu
perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal
Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai
kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan
kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Program alternatif yang telah dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk
segelintir murid yang mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) dalam
menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan
Numerasi (LINUS). Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan Program
Linus ini dengan sempurna dan lancar.
JK Kerja LINUS dipengerusikan oleh Pengarah BPK
Terdiri daripada 6 agensi utama (JK Kecil):
BPK ------- MODUL GURU DAN MODUL MURID
BPG ------- LATIHAN GURU
LPM ------- INSTRUMEN SARINGAN
BPSH ------- PENYEBARAN MAKLUMAT,KUTIPAN & ANALISIS DATA
JNJK ------- PEMANTAUAN & BIMBINGAN
BP KHAS ------ MURID BERKEPERLUAN KHAS
Jawatankuasa –jawantankuasa di atas mewakili Program Linus dan terdapat 6 agensi utama
dalam mengawal Program Linus ini.Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan
untuk menghasilkan instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrument ini adalah untuk
mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang
tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi
(Literacy and Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas
literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK).Semua instrument saringan mengukur konstruk yang sama.Item bagi setiap
instrument dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan
perkara yang dipelajari oleh murid dalam tahun berkenaan.
Dalam Fasa Pelaksanaan,terdapat tiga saringan Linus iaitu Saringan 1,Saringan 2 dan
Saringan 3 akan dilaksanakan untuk murid Tahun 1 mulai tahun 2010.Saringan 1 ialah Saringan
Membaca iaitu dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada bulan Februari 2010.
( 1 – 28 Februari 2010 ).Saringan Menulis juga dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan
diadakan pada minggu pertama bulan Mac ( 1 – 5 Mac 2010). Saringan 2 juga akan dijalankan
untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1.Saringan Membaca (Saringan 2) akan
dijalankan pada bulan Mei 2010 ( 1 – 31 Mei 2010) manakala Saringan Bertulis dijalankan pada
minggu pertama bulan Jun ( 28 Jun – 2 Julai 2010). Saringan 3 dijalankan untuk murid Tahun 1
yang tidak melepasi Saringan 2.Saringan Membaca 3 dijalankan pada bulan Ogos 2010 ( 1 – 30
0gos 2010) manakala Saringan Menulis dijalankan pada minggu pertama September ( 1- 3
September 2010). Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk.Instrumen ini ditadbir dengan
bantuan guru mengikut masa yang telah ditetapkan.Instrumen literasi membaca ditadbir secara
individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi 3 orang murid).Instrumen literasi menulis ini
ditadbir secara kelas.Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.Selain itu,jika kesemua
konstruk telah ditaksir,pentaksir boleh kembali mentaksir mana-mana konstruk yang belum
dikuasai oleh murid.Ketika pentaksiran literasi mnembaca dilaksanakan ini,dicadangkan murid
tersebut duduk besebelahan dengan murid lain.Selain itu,murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh
sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid. Kedua-dua instrument Saringan
LINUS dibina oleh Lembaga Peperiksaan terdiri daripada literasi membaca dan literasi
menulis.Instrumen saringan dan manual pengendalian instrument saringan disalurkan melalui
Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD dan perisian di PDF.Proses saringan boleh
dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Selepas Saringan 1, murid yang menguasai konstruk 1
hingga 8 dianggap telah menguasai asas literasi.Murid ini akan meneruskan pembelajaran di
kelas arus perdana.Murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 sahaja akan
ditempatkan ke Program Linus.Sementara,murid yang menguasai konstruk 3 hingga 7 akan
meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana tetapi akan menduduki Saringan 2.
Selepas Saringan 2 dijalankan,murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan
konstruk berdasarkan jadual di bawah.
SARINGAN 2
Tidak Menguasai
Konstruk 1 – Konstruk 2
(dibimbing oleh guru
pemulihan khas)
PROGRAM LINUS
Tidak Menguasai mana-mana
Konstruk 3 – Konstruk 7
PROGRAM LINUS
Menguasai
Konstruk 1 hingga Konstruk 8 KELAS ARUS PERDANA
Berdasarkan jadual di atas, murid-murid yang mengikuti Program Linus akan menduduki
Saringan 3.Program Linus dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu dan guru Matematik manakala
guru Pemulihan adalah yang sedia ada di sekolah.Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan
kepakaran masing-masing untuk memastikan semua murid menguasai asas literasi.Berdasarkan
dengan Program Linus ini,Proses Pemantauan juga dijalankan.Pegawai-pegawai dari
Kementerian Pelajaran Malaysia, yang akan diketahui oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti akan menjalankan pemantauan pelaksanaan proses saringan ,diagnosis dan Program
Linus di sekolah dari semasa ke semasa.Terdapat asas-asas pertimbangan dalam pembinaan
instrumen saringan.Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk
instrumen saringan ialah kesahan, kebolehpercayaan ,kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti.
1.1 Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan.Perekaan bentuk
instrument saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir)
dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK).Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan
spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran,aras
kesukaran,konteks dan situasi.
1.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.Satu
spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrument saringan untuk dijadikan piawaian
yang diikuti dalam pembinaan instrumen.Hal ini untuk memastikan ketepatan instrument
saringan.
1.3 Kebolehlaksanaan
Instrumen saringan membaca dan menulis ini telah mengambilkira aspek-aspek yang
memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.
1.4 Penjaminan Kualiti
Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai
mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap
kualiti yang dihasratkan.
Antara konstruk – konstruk yang diukur dalam saringan literasi adalah seperti berikut:
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2: Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4: Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup “ng”.
Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
Konstruk 9: Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraph dan konsonan
bergabung.
Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan
akhiran.
Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12: Keupayaan membaca,memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan
rangsangan.
Pentaksir hendaklah melengkapi borang pelaporan penguasaaan individu dengan nama
murid,kelas dan tarikh taksiran dijalankan.Borang pelaporan pengusaan individu
mengandungi 12 konstruk.Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat
menjawab item dalam Saringan Membaca dan Saringan Menulis.Pentaksir perlu mencatat
penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid.Berikut
adalah tahap penguasaan murid –murid di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh:
Contoh senarai nama murid Literasi B.Melayu Tahun 1 2010 di Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Pegoh,Lahat.
Saringan 2
Murid Aliran Perdana (Menguasai konstruk 1-12)
BIL NAMA MURID KELAS
1 MUHAMMAD AIMAN HAZIQ B FAIRUSNIZA 1G
2 MOHAMAD HELMI B MAHAMAD SUKRI 1G
3 MUAZZIEMY AKMAL B MASLAN 1G
4 MUHAMMAD IZZUDIN B ANUAR 1G
5 NUR FARAH WAHIDA BT MUHAMAD KHAIR 1G
6 WAN NUR AYUNI ALIYA BT WAN RAZAK 1G
7 NUR TIHANI SOFIA BT SOPIAN 1G
8 FATIN NAZIRAH BT MOHAMAD FADZIL 1G
9 MOHD ISMA HAKIMI B MOHD ZAIMAN 1G
10 SYAIDATUL NUR QAIDAH BT AIDIN MEKAH 1G
11 NUR SHARENA SOFIA BT ROS AZIZI 1G
12 MUHAMMAD SYAZRIZAL IKHRAM B ZULKIFLI 1G
13 MUHAMMAD HILMI HUSAINI B ABDUL RAHMAN 1G
14 PUTERI NOR ARISYA BT ABDUL RAZAK 1G
15 NORMAN DANIEL B ZULKAFLEE 1C
16 MUHAMAD ALIF ZIKRI B ZABRI 1C
17 AINA FATINI BT RAMLI 1C
18 NUR AISYAH NADZIRAH BT NOR HISHAM 1C
19 FARIS DANISH B RAZANI 1C
20 SHAMEER EZRA B SHARILAZHAR 1C
21 RAJA NAZIRAH AUNI BT RAJA HASLIM SYAH 1C
22 MUHAMMAD AMMAR DANIEL B AHMAD SUKRY 1C
23 MOHAMAD AIDIL FITRI B ROFLI 1C
24 MUHAMMAD HAIKAL B SAZALI 1C
25 MOHAMMAD AZIZI HAKIM B ABDUL KHALID 1C
26 ANIS SALIHAH BT SOPIAN 1C
27 EDDRY NGELAI A/K BENNIT 1C
28 MEOR MUHAMMAD AL-AMEEN B SHAMSULMUNIR 1C
29 MUHAMMAD IMRAN B YUSRIDIN 1C
30 MUHAMMAD NAJMUDDIN B BORHAN 1C
31 MUHAMMAD NAZREIN DANIEL B MOHD KAMAL 1C
32 NUR AIN BT ISMAIL JAR 1C
33 NUR HARYANI BT ZAHARANI 1C
34 NUR NABILAH BT ABDUL RAHMAN 1C
35 NURAIN SURFINA BT MOHAMED HUSSEIN 1C
36 SITI FAIRUS B ABDULLAH 1C
37 INTAN SABRINA 1C
Murid LINUS (Menguasai konstruk 3-7)
BIL NAMA MURID KELAS
1 MUHAMAD NASRUL B NASIR 1G
2 NURUL AISYAH BT SHABUDIN 1G
3 WAN MOHD FIRDAUS B ZAWAWI 1G
4 FIRDAUS B IMRAN 1G
5 MUHAMMAD SYABATUL BISMI B M.ZAIMIE 1G
6 AYU NADIA ASHIKIN BT SAZALI 1G
7 NUR ADRIANA FITRI BT AHMAD SHUKRI 1G
8 MUHAMMAD AIDIT ALFIAN B SHAIFUL AZUAN 1G
9 NUR HIDAYAH BT AHMAD FARISH 1G
10 MUHAMMAD AISH KHALILY B M. ZAMLE 1G
11 KHAIRUL NAJHAN B ADNAN 1G
12 MOHD HAKIM B RIDZUAN 1G
13 AL IMRAN B RAZMAN 1C
14 MUHAMMAD RAFIQ HAMIZIE B NOR AZIZI 1C
15 MUHAMMAD SHAHRUL IKMAL B MOHD FUAD 1C
16 NUR ADILLA AMIRA BT ABDUL RAZAK 1C
17 THAQIF DANIAL B RAMLI 1C
18 VINESH MENON A/L KALADHAN 1C
19 MOHD AMIR B MUSTAFA 1C
20 NUR SAIDATTUL SHAFIQKAH BT MOHAMAD KHAS 1C
21 NUR SYAQILLA SYAFINAZ BT ABDUL KADER 1C
22 NURUL AZWANI BT ANUAR 1C
23 MUHAMMAD HAZRUL B AZIZAN 1C
24 MUHAMMAD HAZIQ IZZAT B KHAMILI 1C
25 MUHAMAD RIDZLAN B TAJUL ARIFFIN 1C
26 MUHAMAD AQIL SYAHMI B AMEZAHISAM 1C
27 MOHAMAD NAJMI B ALIAS 1C
28 MUHAMMAD DANISH SHAFFIQ B MITRA MUSHADDAT 1C
29 MUHAMMAD FAIZ AMIRUL B KAMARUDDIN 1C
30 MUHAMAD SYAHRUL IDHAM B AHMAD SYAHIR 1C
31 NURAISHAH NATASYAH BT JAMNI 1P
32 HANI AIDIL ASRAF B AHMAD AFFINA 1P
33 MUHAMMAD IQMAL B MUHD JOHAN 1P
34 NURUL IZWANIS BT MOHAMED NAZERI 1P
35 AHMAD HAIKAL B. ALI UMAR 1P
36 ALIFAH ILYANA BT ABU YAZID 1P
37 DANISH AMALUDIN B AHMAD NAWAB 1P
38 MOHAMAD KHAIRUL IZUWAN 1P
39 MUHAMMAD ALIF DANIEAL B ARZENAN 1P
40 MUHAMAD AZWAN B AZMI 1P
41 MUHAMAD HAZRIZAL B MOHD HAIRI 1P
42 MUHAMMAD AIDIL RAHMAT B MOHD ZAKIR 1P
43 MUHAMMAD AMMAR HAZEEM B AZRUL NASYREEN 1P
44 NUR YASMIN BT ABDULLAH 1P
45 MUHAMMAD DANIAL FARHAN B ZULKARNAIN 1P
46 PUTERI NORO NABILA BT RAHIM 1P
47 RAFIUDDIN ISMAT B RAHMADI 1P
48 SITI MARYAM BT MOHD RIDZUAN LAM 1P
49 MUHAMMAD FIKRY SHAH B ARJAMAL 1P
50 MUHAMMAD HAFIZ B ABDUL HALIM 1P
51 MUHAMMAD HAFIZ B RASIDI 1P
52 MUHAMMAD HAZIQ SHAZWAN B SHAFIE 1P
53 NURUL NADIRA BT SHAIFUL NIZAM 1P
54 MUHAMMAD IQBAL HAMDANI B MOHAMAD GHAZALI 1P
55 MUHAMMAD ZAHRIL AIDIL ADHA B AMNISA AZAHA 1P
56 NAILY BATRISYIA BT SAFFAI 1P
57 NUR ERLIANA AZURIN BT MOHAMAD BADROL AFFENDI 1P
58 NUR FARAQ DATUL SAADIAH BT ISHAK 1P
59 NUR JASEEMA BT JALALUDIN 1P
60 NUR SUHAILI BT AZMAN 1P
61 ANIS AQILA 1P
Murid LINUS Tegar (Menguasai konstruk 1-2)
BIL NAMA MURID KELAS
1 MOHD FARHAN B MOHAMED NOOR 1C
2 SHAFIQ B MUSTAFA 1C
3 MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN B MAT SABRI 1C
4 MOHD HABIL HUSNI B RIDHUAN 1P
5 ABDUL HAKIM B AHMAD HASHIM 1P
6 MUHAMMAD FAUZAN B MOHD ARIFFIN 1P
7 AHMAD SUHAILI B. MOHD SUHAIMI 1P
8 AHMAD SUHAIRI B. MOHD SUHAIMI 1P
9 MUHAMMAD FAIZ B ROSEDI 1P
10 MUHAMMAD FAIZ B SAAIDIN 1P
11 HANIS MUNIRAH BT SAUTI 1P
12 MUHD FAKHRUL HAZIM B RAHMAT 1P
13 MUHAMMAD DANIAL FAHMI B ABU BAKAR 1P
14 MUHAMMAD IMAN DANIEL B ZAINUDDIN 1P
15 NUR FATIN ADILA BT ABD HAMID 1P
Berdasarkan senarai nama di atas menunjukkan bahawa 37 murid tahun 1 dapat menguasai
konstruk 1 hingga 12 iaitu bilangan murid yang berada dalam aliran perdana.Terdapat 61 murid
yang dikategorikan berada dalam Program Linus.Bilangan murid ini boleh menguasai konstruk 3
hingga 7.Terdapat juga 15 murid yang berada dalam Program Linus tegar.Murid-murid ini hanya
boleh menguasai konstruk 1 hingga 2.Mereka berada dalam peringkat yang lemah.Murid-murid
ini perlu mengikuti Program Linus kerana masih hanya boleh menguasai konstruk 1 dan 2 iaitu
membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan dan suku kata terbuka.Murid-murid ini perlulah
banyak berlatih dalam menulis sukukata-sukukata yang ringkas.Murid-murid ini perlulah
mengikuti Saringan 3 kerana belum lagi mengusai konstruk 3 hingga konstruk 12.
Punca-punca yang menyebabkan murid-murid ini masih lemah dan tidak boleh
menguasai konstruk-konstruk lain disebabkan oleh konsep kendiri yang rendah, tidak matang
dari segi emosi dan intelek,lemah daya ingatan,gagap, gangguan pengamatan, kurang rangsangan
dan mudah hilang tumpuan.Murid-murid tidak dapat mendiskriminasikan bentuk, kedudukan,
nama, sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan.Selain itu,murid-murid tidak dapat
mengingatkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf.
Murid-murid juga keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, ‘y’ dengan
‘g’.Mereka juga keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, ‘b’ dengan ‘d’, ‘m’
dengan ‘w.Murid-murid juga mengalami kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata
seperti bu–ah, un–ta, pin–tu, ar–nab, ting–kap.Sesetengah murid membaca mengikut loghat atau
dialek. Contoh, ‘kucing suka makan ikan’ dibaca sebagai ‘kucing suka makang ikang’. Murid-
murid perlulah banyak berlatih menulis dan membaca setiap hari di rumah.
KESELURUHAN
BIL. MURID TAHU
N 1
MEMBACA MENULIS (MEMBACA & MENULIS)
Bil. Menguasai Konstruk
0 - 2
Bil. Menguasai Konstruk
3 - 7
Bil. Menguasai Konstruk
8 - 12
Bil. Menguasai Konstruk
0 - 2
Bil. Menguasai Konstruk
3 - 7
Bil. Menguasai Konstruk
8 - 12
Bil. Menguasai Konstruk
0 – 2
(LINUS TEGAR)
Bil. Menguasai Konstruk
3 – 7
(LINUS)
Bil. Menguasai Konstruk
8 – 12
(ALIRAN PERDANA)
175
57 51 67 68 34 73 71 36 68
Jadual 1.1
BIL. MURID TAHUN
1
MEMBACA MENULIS
KESELURUHAN
(MEMBACA & MENULIS)
Bil. Menguasai Konstruk
0 – 2
Bil. Menguasai Konstruk
3 – 7
Bil. Menguasai Konstruk
8 – 12
Bil. Menguasai Konstruk
0 – 2
Bil. Menguasai Konstruk
3 – 7
Bil. Menguasai Konstruk
8 – 12
Bil. Menguasai Konstruk
0 – 2
(LINUS TEGAR)
Bil. Menguasai Konstruk
8 – 7(LINUS)
Bil. Menguasai Konstruk
8 – 12
(ALIRAN PERDANA)
111
11 55 45 15 54 42 15 60 36
Jadual di atas menunjukkan Rumusan Data L iterasi Saringan 1 Murid Tahun 1 Di Sekolah Kebangsaaan Pengkalan Pegoh.
Jadual 1.2
Jadual di atas menunjukkan Rumusan Data Literasi Saringan 2 Murid Tahun 1 Di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh.
Definisi Numerasi ialah Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami
idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik
dalam kehidupan hariMengira (M3) merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan
pemeringkatan. Dalam konteks kurikulum negara kita, proses M3 ditakrifkan sebagai:
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi
Empat proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik.Pemeringkatan tahap kebolehan M3
murid ditetapkan berdasarkan kandungan kurikulum Matematik KBSR. Operasi asas aritmetik
dilakukan dihadkan kepada nombor bulat sahaja. Skop kebolehan Numerasi yang perlu dikuasai
oleh murid ditetapkan kepada operasi asas aritmetik terhadap nombor bulat dalam lingkungan 20
sahaja. Taksir Keupayaannya ialah kecekapan Matematik ditaksir dalam bentuk ujian.Konstruk
–konstruk yang dukur dalam saringan numerasi adalah seperti berikut:
Konstruk 1
Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Pranombor melibatkan bentuk dan warna
Keupayaan menyebut dan menulis angka
Memadankan bentuk,warna dan angka.
Konstruk 2
Keupayaan membilang
Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan
Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan
Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan
Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor
Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi
Menulis nombor mengikut urutan
Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi
Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berkut:
Banyak ke sedikit
Kecil ke besar
Pendek ke tinggi
Nipis ke tebal dan sebaliknya
Konstruk 5
Keupayaaan mengenal mata wang Malaysia
Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen,5 sen,10 sen,20 sen,50 sen dan wang kertas
RM1,RM5,RM10.
Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu
Keupayaan menyatakan pagi,petang,malam berdasarkan situasi yang diberi
Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan
Konstruk 7
Keupayaan mengendaalikan operasi asas
Keupayaaan mengendalikan operasi asas tambah,tolak,darab dan bahagi
Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula
Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek
Hasil tambah tidak melebihi 20
Hasil tolak tidak melebihi 50
Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2,5,10.
Konstruk 8
Keupayaaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5
sen,10 sen,20 sen,50 sen dan wang kertas RM1,RM5 dan RM10.
Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang.
Konstruk 9
Keupayaan mengukur panjang objek,jisim objek dan isi padu
Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN:STANDARD dan
UNIT STANDARD
Membuat perbandingan panjang,jisim dan isi padu.
Konstruk 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan tolak.
Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka ,simbol tambah (+),simbol tolak (-)
dan simbol sama (=).
Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam bahasa
harian
Konstruk 11
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada
nombor bulat.
Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud
Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan
sama ada operasi tambah atau tolak.
Konstruk 12
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan
mata wang,masa dan ukuran panjang.
Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran panjang.
Instrumen Numerasi (Lisan)
Mengandungi 12 konstruk
Setiap murid Tahun 1 mesti menduduki saringan ini
Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di
sekolah.
Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil
tidak melebihi daripada 3 orang).
Ditadbir mengikut urutan soalan /konstruk
Jika kesemua konstruk telah ditaksir,guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk
yang belum dikuasai oleh murid.
Ditadbir tanpa dpengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan
murid
Instrumen Numerasi (Bertulis)
Mengandungi 10 konstruk
Setiap murid Tahun 1 mesti menduduki saringan ini
Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan
Guru boleh membantu murid memahami tugasan soalan
Masa yang dicadangkan ialah 1 jam.Walaubagaimana pun,guru boleh mentadbir 5
konstruk selama 30 minit dan menyambung 5 konstruk seterusnya selama 30 minit lagi
sama ada pada hari sama atau hari yang berlainan.
Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan
murid
Murid ditaksir secara telus dan jujur
Berdasarkan kepada konstruk-konstruk di atas,murid –murid tahun 1 perlulah wajib menduduki
saringan Instrumen Numerasi (Lisan) dan Instrumen Bertulis (Numerasi) selepas mereka
melangkah masuk ke Tahun 1.Semua murid Tahun 1 ini akan melalui 3 saringan mengikut
urutan.Saringan 1 akan dijalankan untuk semua murid Tahun 1.Saringan 2 dijalankan untuk
murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1.Saringan 3 dijalankan untuk murid Tahun 1 yang
tidak melepasi Saringan 2.Instrumen Numerasi ini mengandungi 10 konstruk iaitu guru boleh
membantu murid untuk memahami tugasan soalan yang disediakan.Masa yang diperuntukkan
adalah sejam.Guru boleh mentadbir 5 konstruk selama 30 minit dan menyambung 5 konstruk
seterusnya selama 30 minit lagi.
Tahun 1Tahun 1
Saringan 1(Mac)
Saringan 1(Mac)
ArusPerdana
ArusPerdana
PraNumerasi 1PraNumerasi 1
Saringan 2(Jun)
Saringan 2(Jun)
PraNumerasi 2PraNumerasi 2
MuridBerkeperluan
Khas
MuridBerkeperluan
KhasPemeriksaan
Perubatan
Pemeriksaan Perubatan
Saringan 3(Sept)
Saringan 3(Sept)
Tahun 2Tahun 2
Tidak Ya
Tidak
Tidak
Ya
Ya
Ya Tidak
Tidak
Tidak
Jadual ini merupakan Proses Pelaksanaan Numerasi yang dijalankan untuk murid Tahun
1 ,Tahun 2 dan Tahun 3.Proses-proses ini akan berjalan dengan lancar dan memastikan tidak ada
murid yang terkandas dalam Proses Pelaksanaan Numerasi ini yang dijalankan di setiap sekolah.
Rumusan
PERINGKAT
TAHUN
SARINGAN (S)
SASARAN
BULAN
PRANUMERASI
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
NUMERASI
S 1S 2S 3S 1S 2S 3S 1S 2S 3
Semua Murid
*Semua Murid
Murid PraNumeras
i
Mac 2010
Jun 2010
Sept. 2010
Mac 2011
Jun 2011Sept 2011Mac 2012Jun 2012Sept 2012
Murid Numerasi
Nota: Tahun 2 - *Semua murid akan menduduki Saringan 2 kecuali murid yang telah memperolehi A dan B dalam peperiksaan Semester 1 (akan diperincikan lagi).
Berdasarkan Program Linus ini, organisasi kandungannya ialah hierarki dari mudah ke
lebih kompleks.Setiap kemahiran disusun dengan lebih terperinci dan saaling berkaitan dengan
kemahiran lain.Strategi Kandungan Modul adalah bertumpu pada gaya pembelajaran murid dan
menepati pada skop soalan dan cara penyoalan.Gaya Pembelajaran guru haruslah berteraskan
pada cara murid memproses maklumat dari konkrit kepada abstrak serta cara murid memproses
maklumat dari pasif kepada aktif.Pelbagai cadangan strategi penyelesaian masalah.Antaranya
ialah aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif.Aktiviti pembelajaran ini
melibatkan seluruhan Hasil Pembelajaran dan Unit.Strategi Pelaksanaan P & P haruslah
seronok,bermakna,berguna serta mencabar untuk murid-murid di kelas. Pembelajaran Bermodul
ini adalah termasuk rasional,matlamat modul,objektif pembelajaran modul,ujian peringkat
masuk,aktiviti pembelajaran,penggunaan media sokongan dan ujian diagnostik.
Definisi Ujian Diagnostik adalah aktiviti pengukuran membolehkan guru Linus
mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang
murid.Tujuan menjalankan Ujian Diagnostik adalah untuk membantu guru mengenalpasti secara
khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran serta membantu guru
mengenalpasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.Sebelum membina
sesuatu Ujian Diagnostik,beberapa perkara utama yang perlu ditentukan ialah objektif
ujian,kemahiran yang hendak diuji,bagaimana hendak menguji individu atau kumpulan dan siapa
yang hendak diuji iaitu sasaran untuk ujian ini.