-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
1/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 1
1.1 PENGENALAN
Pelaksanaan pelbagai bentuk program Pendidikan khususnya program pendidikan yang
melibatkan pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
sekolah rendah adalah berdasarkan kepada penghayatan dan juga pemahaman tentang
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam matlamat FPK penekanan
terhadap aspek perkembangan pendidikan secara berterusan amat dititikberatkan hal ini
dapat dibuktikan melalui petikan ayat yang terkandung dalam FPK yang berbunyi;
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan
diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan
nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi
Melalui petikan tersebut jelas menunjukkan bahawa penekanan terhadap pembangunan
program pendidikan pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah telah dikenal pasti. Hal ini membawa kepada
pelbagai bentuk program pendidikan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara
misalnya melalui penghasilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),
yang dimana melalui pelan ini pembangunan program pendidikan tidak hanya dikhususkan
kepada perkembangan prestasi murid sahaja tetapi juga memberikan penekanan untuk
menghasilkan guru-guru yang berkualiti khususnya melalui pelbagai bentuk latihan seperti
latihan di Institut Pendidikan Perguruan di seluruh Malaysia. Yang dimana melalui proses
untuk menghasilkan guru-guru berkualiti tinggi yang akan berperanan penting sebagai
pemangkin dan juga pemimipin dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 2025) pada masa akan kini dan juga akan datang telah diberikan
pendedahan awal dalam pelbagai aspek khususnya berkaitan teknik pengajaran yang
melibatkan program Pendidikan yang lebih khusus seperti pengajaran pemulihan dan
pengajaran pengayaan. Pendedahan ini diberi berupa pelbagai bentuk antaranya melalui
pengaplikasian pengetahuan pedagogi pengajaran sama ada yang berasaskan pedagogi
kandungan dalam pendidikan pemulihan mahupun pendidikan pengayaan yang berasaskan
kepada teknik pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Di samping itu, pendedahan ini juga diberikan secara tidak langsung kepada guru melalui
penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), dimana bakal guru khususnya dalam
mata pelajaran bahasa Melayu telah diberikan pendedahan penting tentang bagaimana
hendak mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah murid
khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, strategi yang digunakan oleh guru bagimengatasi masalah tersebut. Bukan itu sahaja, melalui pembinaan RPH tersebut juga bakal
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
2/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 2
guru telah diberikan pendedahan tentang bagaimana pembinaan objektif pengajaran,
pemilihan aktiviti dan bahan bagi melaksanakan aktiviti pemulihan dan juga pengayaan
dengan tujuan utama adalah untuk mengembangkan minat dan potensi murid.
Perkembangan minat dan potensi ini amat penting dan telah dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu;
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
Oleh yang demikian, apa yang dapat disimpulkan bahawa kupasan objektif tugasan ini
begitu mendalam dan cukup menggambarkan bagaimana guru harus kreatif dan berfikir
secara kritis terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ni juga cukup
menjelaskan bahawa guru merupakan penggerak utama dalam merealisasikan matlamat
FPK dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Kesimpulan secara keseluruhannya jelas membuktikan bahawa sememangnya Program
Pendidikan Di Malaysia bersifat menyeluruh dan terperinci dalam memastikan usaha-usaha
pembangunan program pendidikan ini berterusan dan berkembang maju secara berperingkat
dan juga menyeluruh.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
3/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 3
1.2 HURAIAN MASALAH PEMBELAJARAN
Dalam mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berupaya
untuk mengenal pasti sama ada murid dapat mengikuti dan menguasai isi pelajaran yang
diajarkan ataupun tidak khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Hal ini demikian kerana pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran ini tidak akan
tercapai apabila terdapat beberapa orang murid yang terlibat dalam masalah pembelajaran
dalam mengikuti dan menguasai sesuatu kemahiran melalui isi pelajaran yang diajarkan oleh
guru. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengenal pasti sama ada kegagalan
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah disebabkan oleh masalah
pembelajaran, guru hendaklah terlebih dahulu memahami tentang konsep masalah
pembelajaran. Konsep masalah pembelajaran ini telah dinyatakan melalui Individual With
Disabilities Education Act (Idea), 1997; Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah
dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau
penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi
mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna.
Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan
penglihatan, pendengaran dan motor,kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan
dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Malahan guru juga hendaklah berupaya untuk
mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami masalah pembelajaran,
khususnya selepas tamatnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran persekolahan biasa.
Masalah pembelajaran ini menjadi faktor utama murid tidak menguasai isi pelajaran
berkaitan kemahiran yang diajarkan oleh guru. Misalnya dalam kemahiran yang kami pilih
dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian kami telah memilih kemahiran membaca
yang berfokuskan kepada masalah pembelajaran bagi kemahiran membaca tersekat-sekat
dan tidak lancar. Situasi pengajaran yang dapat digambarkan di sini, ialah guru terlebih
dahulu meminta murid untuk untuk membaca teks pantun bertajuk ke pasar bersama ibu
dan ayah, dengan sebutan dan intonasi yang betul. Sebahagian besar murid dapat
menguasai kemahiran yang diajarkan namun didapati pula bahawa terdapat lima orang
murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. Malahan didapati juga bawa lima
orang murid tersebut tidak dapat membaca pantun yang disediakan oleh guru dengan
lancar. Situasi tersebut dapat memperlihatkan bahawa masalah pembelajaran berkaitan
kemahiran yang diajarkan telah dikesan dan dikenal pasti oleh guru.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
4/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 4
Memandangkan fokus objektif utama pengajaran guru tentang kemahiran membaca tidak
tercapai disebabkan oleh lima orang murid ini, guru telah mengambil langkah untuk beralih
kepada corak pengajaran yang berbentuk aktiviti pemulihan. Corak pengajaran aktiviti
pemulihan ini dapat memberikan peluang kepada murid yang mengalami masalah
pembelajaran ini untuk menguasai kemahiran yang dipelajari yang dinilai tahap pencapaian
mereka melalui objektif pemulihan yang ditentukan oleh guru.
Masalah pembelajaran yang dimaksudkan ini ialah masalah murid membaca tersekat
sekat dan tidak lancar, punca tersebut telah dikenal pasti oleh guru apabila murid mengalami
kesukaran untuk menyebut dan membaca perkataan KV + KVK seperti yang terdapat dalam
teks pantun yang dipilih. Hal ini dibuktikan apabila murid sedang membaca pantun dalam
aktiviti yang dijalankan guru, didapati murid gagal membaca dengan lancar dan sukar untuk
meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV+ KVK. Hal ini dibuktikan juga dalam
Jurnal kajian Tindakan Negeri Selangor: Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-
Ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV +
KVK (2006), yang mengatakan kegagalan murid untuk menguasai kemahiran membaca
adalah disebabkan kegagalan mereka membaca perkataan dua suku kata KV + KVK yang
menyebabkan murid gagal membaca dengan lancar dan sukar untuk meneruskan
pembacaan apabila bertemu perkataan KV+ KVK ini. Menurut kajian tersebut juga,
kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat
penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Hal ini
juga jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran ini hendaklah diatasi dengan
sebaiknya oleh guru agar tidak menjadi kebiasaan murid untuk berterusan tergolong dalam
murid yang lambat menguasai isi pelajaran.
Implikasi daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tersebut didapati
tahap pembacaan murid adalah kurang memuaskan dan murid dilihat tidak berupaya
mencapai objektif pelajaran yang ditetapkan sebelum strategi dalam aktiviti pemulihan
dirancang teliti. Masalah pembelajaran yang dihadapi murid ini perlu diatasi dengan segeraoleh guru kerana masalah membaca dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid bukan
sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam semua mata pelajaran
(Mahzan, 2003). Masalah pembelajaran ini sendiri turut menjadi kajian dalam salah satu
jurnal Bahasa Melayu oleh penyelidik Meimon Binti Sanai (2009) dalam jurnal kajian beliau,
iaitu Celik Huruf: Lancar Baca, yang mengatakan masalah ini ketidaklancaran murid dalam
menguasai bacaan adalah amat serius dan perlu dikaji supaya dapat diatasi lebih awal dan
seterusnya membendung masalah ini daripada berulang kerana kemahiran membaca adalah
asas dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan harian. Perkara ini turut
dinyatakan oleh Kamaruddin (1990), menyatakan bahawa kelemahan murid dalam
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
5/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 5
membaca dan memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar
kepada murid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai
kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada situasi bagi pengajaran kemahiran membacayang semasa dalam sesi tersebut terdapat 5 orang murid daripada 24 orang murid telah
dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran bagi kemahiran membaca. Maka bagi
mengatasi masalah ini daripada menjadi faktor penghalang kepada murid untuk menguasai
isi pelajaran, guru hendaklah merangka suatu strategi berbentuk aktiviti pengajaran
pemulihan agar murid-murid yang bermasalah pembelajaran ini tidak terus tercicir daripada
menguasai isi pelajaran sebagaimana rakan-rakan sebaya yang lain yang tidak terlibat
dalam aktiviti pemulihan ini.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
6/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 6
1.3 STRATEGI PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DI SEKOLAH RENDAH
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aktiviti pemulihan dan
pengayaan adalah aktiviti yang dilakukan pada akhir pelajaran sebelum berakhir dengan
aktiviti penutupan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1990), sebagai seorang guru, strategi
pemulihan dan pengayaan yang berkesan harus dilakukan dengan tersusun bagi membantu
guru mencapai objektif yang ditetapkan. Berkaitan dengan tugasan ini, berdasarkan situasi
masalah pembelajaran yang digambarkan dalam soalan tugasan kerja kursus ini, kami telah
sepakat memilih masalah pembelajaran berkaitan kemahiran membaca, iaitu masalah murid
membaca tersekat-sekat dan tidak lancar. Masalah yang dihadapi oleh beberapa murid
tersebut telah memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah kerana mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan lancar seperti mana
rakan-rakan sebaya mereka yang lain dalam kelas yang sama. Menurut dapatan kajianAnderjs Geske & Antra Ozola menerusi kajian Problems Of Education In The 21st Century
Volume 6, 2008: Factors influencing reading literacy at the primary school level (2008),
masalah murid membaca tidak lancar adalah salah satu faktor yang mempengaruhi bacaan
mereka. Hal ini akan mempengaruhi penguasaan murid dalam kemahiran membaca yang
dipelajari.
Oleh itu, setelah mengenal pasti dan mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka strategi pemulihan yang
sesuai dilaksanakan sebaiknya bagi mengatasi masalah tersebut. Menurut dapatan Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu: Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis BahasaMelayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandaroleh Abdul Rasid Jamian (2011), bagi
mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu
meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca.
Maka, strategi pemulihan dirancang menerusi pemulihan yang dilakukan di kelas biasa yang
dilaksanakan serentak dengan aktiviti pengayaan (Mok Soon Sang, 1991). Dalam strategi
pemulihan bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir murid dalam
bilik darjah tersebut, terdapat empat langkah yang perlu dilaksanakan dengan tersusun.
Langkah yang pertama dalam strategi pemulihan ialah menerusi penentuan objektif yang
ditentukan sebelum pengajaran pemulihan dilaksanakan. Seseorang guru perlu menentukan
objektif pengajaran terlebih dahulu dengan merujuk kepada masalah pembelajaran murid.
Sementara itu, aras objektif pula haruslah sejajar dengan kebolehan serta minat murid agar
objektif tersebut dapat dicapai seperti yang ditentukan oleh guru. Oleh itu, berdasarkan
masalah pembelajaran yang dipilih, kami telah menentukan satu objektif yang merujuk
kepada masalah pembelajaran murid, iaitu murid tidak dapat membaca dengan lancar.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
7/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 7
Objektif yang ditentukan ialah pada akhir pelajaran, murid dapat membaca lancar sekurang-
kurangnya 4 daripada 6 perkataan KV+ KVK dalam kad perkataan dan bahan grafik bertajuk
Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yangbetul.
Objektif yang dibuat ini adalah objektif khusus bertujuan untuk membolehkan murid yang
lambat menguasai kemahiran berbanding rakan sebaya mereka dapat menguasai kemahiran
menerusi aktiviti alternatif, iaitu aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru. Objektif yang
ditentukan ini juga mematuhi prinsip penentuan objektif, iaitu daripada yang mudah kepada
yang kompleks.
Seterusnya, langkah kedua dalam strategi pemulihan ialah menerusi perancangan
pengajaran guru berdasarkan objektif yang telah ditentukan. Perancangan adalah meliputi
tiga strategi, iaitu strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi
pemilihan aktiviti. Dalam perancangan strategi pengelolaan kelas, perancangan adalah
melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu, berpasangan
atau rakan sebaya dan kumpulan kecil. Maka, dalam perancangan strategi pengelolaan
kelas yang dipilih bagi pengajaran aktiviti pemulihan ialah secara kumpulan. Ini bermakna
dalam aktiviti pemulihan yang dirancang, murid yang mengalami masalah pembelajaran
tersebut akan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang mengalami masalah pembelajaran
yang sama. Penetapan ahli kumpulan akan dibuat oleh guru berdasarkan murid-murid yang
dikenal pasti mempunyai masalah dalam kemahiran membaca, iaitu membaca lancar
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Bagi perancangan pengajaran aktiviti pemulihan yang melibatkan strategi pemilihan
bahan bantu pula adalah meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran aktiviti pemulihan. Menurut Siti Hajar (2009), salah satu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah perancangan yang
menyeluruh meliputi bahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan yang dipilih dan digunakan perlulah sesuai mengikut aras kesukaran
isi pelajaran dan tahap keupayaan murid. Selain itu, bahan yang dipilih juga perlulah menarikminat murid untuk mengikuti pelajaran. Jika aspek pemilihan bahan ini tidak diambil berat
oleh guru, maka objektif yang ingin dicapai oleh guru tidak akan berjaya malahan murid yang
mengalami masalah pembelajaran akan terus dengan kekal dengan masalah mereka. Dalam
dapatan kajian Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (1989) yang dikaji oleh Tamam Timbang,
Zamri dan Afendi Hamat, antara faktor murid mengalami masalah membaca adalah
disebabkan bahan yang digunakan oleh guru adalah tidak sesuai dan menarik. Faktor ini
berpunca disebabkan guru lebih gemar menggunakan bahan berasaskan buku teks semata-
mata tanpa bahan bantu lain yang menyokong pengajaran.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
8/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 8
Oleh itu, dalam strategi pemulihan ini, bahan bantu belajar yang dipilih dan dirancang
untuk digunakan dalam aktiviti pemulihan biasa ialah bahan-bahan yang bukan sahaja dapat
membantu guru mencapai objektif pelajaran, bahkan paling penting dapat menarik minat
murid untuk terus kekal dan mengikuti pengajaran yang diajarkan guru. Berbalik kepada
masalah yang dihadapi murid, iaitu membaca tidak lancar, maka pelbagai bahan bantu
belajar dipilih dan dirancang teliti. Bahan bantu belajar yang digunakan dalam aktiviti
pemulihan yang dirancang ialah terdiri daripada bahan grafik, teks seperti kad perkataan,
dan kad bergambar. Bahan-bahan ini sesuai untuk mengatasi masalah murid yang tidak
dapat membaca dengan lancar kerana ianya berbalik kepada asas murid mengeja dan
membunyikan perkataan dengan sebutan dan intonansi yang betul. Daripada masalah yang
timbul, murid didapati tidak dapat membaca lancar terutamanya pada perkataan KV+KVK.
Maka, semua bahan yang digunakan mengandungi perkataan KV+KVK bagi membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran tersebut. sebagai contohnya, dalam kad perkataan
yang disediakan sebagai bahan bantu belajar kesemuanya adalah perkataan KV+KVK
sepertipasar, betik, timun, lobak, nanas danbakul.Kemudian, murid diberikan bahan grafik
yang mengandungi teks berkenaan contoh-contoh tersebut. Dalam aktiviti yang dirancang,
murid dikehendaki membaca teks yang disediakan tersebut. Manakala, guru akan menilai
bacaan murid dari segi kelancaran, sebutan dan intonansi yang betul.
Sementara itu, bahan-bahan yang dirancang juga mengambil kira perbezaan cara dan
gaya belajar murid-murid yang pelbagai seperti murid yang gemarkan visual, audio, multi
dan sebagainya, maka bahan yang dipilih turut dipelbagaikan bagi memenuhi keperluan
perbezaan murid. Sebagai contohnya, murid yang gaya belajarnya lebih kepada visual akan
berminat dengan kad bergambar dan bahan grafik misalnya kerana mereka boleh memberi
tumpuan terhadap bahan yang dilihat berbanding perkara yang didengar. Tambahan lagi,
bahan yang digunakan ini adalah berwarna- warni yang boleh menarik tumpuan murid.
Manakala, bagi murid yang jenis yang suka belajar melalui sentuhan pula berpeluang
menyentuh dan merasa bahan bantu belajar yang disediakan guru. Oleh itu, pemilihan
bahan bantu yang sesuai adalah penting dalam pelaksanaan aktiviti terutamanya dalam
aktiviti pemulihan ini sendiri. Strategi pemilihan bahan bantu yang sesuai khususnya dalam
mengatasi masalah pembelajaran ini adalah penting. Menurut kajian Zamri Mahamod &
Mohamed Amin Embi dalam Jurnal Teknologi: Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa
Untuk Menguasai Kemahiran Membaca (2005), yang mengatakan bahawa penggunaan
strategi alat atau bahan bantu yang sesuai dapat membantu murid meningkatkan aspek
pembacaan terutamanya bagi murid yang lemah, mereka dapat membaiki pembacaannya
terutamanya ketika menyebut sesuatu perkataan.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
9/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 9
Kesimpulannya, kepelbagaian bahan bantu belajar inilah yang merupakan salah satu
langkah berkesan dalam strategi pemulihan dalam bilik darjah (Jabatan Pendidikan
Khas,1999).
Selain itu, perancangan pengajaran guru yang melibatkan strategi pemilihan aktiviti pulaharuslah pemilihan aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan. Berikutan itu, kami telah merancang pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian
dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid, iaitu masalah murid membaca
tidak lancar dan tersekat-sekat. Setelah mengenal pasti masalah tersebut, aktiviti pemulihan
yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut ialah menerusi aktiviti menyebut dan
membaca perkataan KV + KVK. Aktiviti ini dirancang apabila terdapat beberapa orang murid
yang dikenal pasti mempunyai masalah untuk membaca dengan lancar adalah berpunca dari
kesukaran mereka menyebut dan membaca perkataan KV + KVK seperti pasar, rumahdan
seumpamanya. Malahan, menurut Jurnal Kajian Tindakan Negeri Selangor: Meningkatkan
Kemahiran Murid Membaca Ayat-Ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK(2006), kegagalan murid untuk menguasai kemahiran
membaca adalah disebabkan kegagalan mereka membaca perkataan dua suku kata KV +
KVK yang menyebabkan murid gagal membaca dengan lancar dan sukar untuk meneruskan
pembacaan apabila bertemu perkataan KV+ KVK ini. Menurut kajian tersebut juga,
kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat
penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Oleh itu,
melihat kepada masalah pembelajaran dan kesesuaian aktiviti ini, maka aktiviti murid
mengeja dan membaca perkataan KV+KVK dirancang untuk dilaksanakan dalam aktiviti
pemulihan.
Manakala, kaedah yang dipilih untuk aktiviti ini ialah kaedah pandang sebut. Kaedah ini
dipilih kerana dilihat sesuai dengan aktiviti pemulihan yang dirancang, iaitu menyebut dan
membaca perkataan KV + KVK. Hasil pemerhatian yang dibuat, murid-murid pemulihan ini
boleh mengenal dan membunyikan huruf tetapi bacaan mereka tidak lancar dan tersekat-sekat. Oleh itu, kaedah pandang sebut ini dilihat mampu mengatasi masalah pembelajaran
murid ini. Pemilihan kaedah yang digunakan dalam pelakasanaan aktiviti adalah penting bagi
memastikan objektif pengajaran tercapai menerusi pemilihan kaedah yang sesuai dan betul.
Menurut kajian Zamri Mahamod (2011), dalam kajian beliau yang bertajuk Memperkasa
Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad
Ke-21, mengatakan bahawa dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa
Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/ pedagogi
terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
10/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 10
dengan meneroka kepada kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap kognitif,
kepelbagaian murid, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya.
Oleh itu, bagi melaksanakan aktiviti ini, murid yang dikenal pasti bermasalah sama diminta
berada dalam satu kumpulan yang ditetapkan oleh guru. Kemudian, murid ditunjukkan kadbergambar yang mengandungi beberapa gambar seperti bakul, betik, timun, lobak, pasar
dannanas. Murid diminta menyebut perkara yang dilihat. Kemudian, murid ditunjukkan kad
perkataan bagi setiap gambar yang ditunjukkan sebelum itu. Seterusnya, murid diminta
membaca kad perkataan tersebut dengan bimbingan guru. Kad perkataan akan ditunjukkan
berselang seli dengan gambar yang berkaitan. Guru akan meneruskan aktiviti sehinggalah
murid didapati lancar membaca perkataan tersebut. Seterusnya, bagi memberi pengukuhan
terhadap aktiviti sebelumnya, guru akan memberi beberapa bahan grafik kepada setiap
murid yang terlibat dalam aktiviti pemulihan tersebut.
Kemudian, murid secara bergilir-gilir akan membaca teks dalam bahan grafik tersebut.
Seterusnya bagi menilai prestasi murid, guru akan memberi maklum balas terhadap bacaan
murid melalui penilaian yang dirancang. Pemilihan aktiviti ini dilihat sesuai dengan tahap
kesukaran dan kebolehan murid pemulihan biasa. Hal ini demikian kerana, murid akan lebih
seronok mengikuti pembelajaran kerana aktiviti yang diberikan terhadap mereka adalah tidak
membebankan mereka. Bahkan, lebih mudah untuk mereka faham berbanding aktiviti
sebelumnya, iaitu membaca pantun yang dilihat sedikit terganggu disebabkan masalah
mereka untuk membaca dengan lancar. Aktiviti yang dilaksanakan juga menekankan
penggunaan bahan pelbagai yang membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada
mereka. Malahan, pembelajaran yang dirancang dalam aktiviti pemulihan juga lebih ringan
dan mudah diikuti. Apabila masalah ini berjaya diatasi, mereka tidak akan mempunyai
kesukaran untuk pembelajaran yang seterusnya. Perkara ini adalah penting kerana
kelemahan murid dalam membaca akan menimbulkan masalah yang lebih besar malah
boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar
seterusnya (Kamaruddin, 1990).
Seterusnya, langkah yang ketiga dalam strategi pemulihan ialah cara pengelolaan
pengajaran pemulihan. Dalam pengelolaan pengajaran ini, guru boleh melaksanakan aktiviti
pemulihan yang dirancang sama ada secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Apa
yang penting, matlamat dan objektif pelajaran tercapai sebagaimana yang dikehendaki.
Dalam aktiviti pemulihan yang dirancang, pengelolaan pengajaran yang dipilih ialah secara
berkumpulan dan kemudian secara individu. Cara pengelolaan secara kumpulan dipilih
kerana untuk memudahkan guru membimbing murid secara serentak kerana dalam masa
yang sama guru juga perlu membimbing aktiviti pengayaan bagi murid cerdas dan
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
11/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 11
sederhana. Namun, cara ini tidak bermakna keperluan dan pencapaian murid tidak diberikan
perhatian sebaliknya guru mengamalkan sikap adil dan mengutamakan semua murid dalam
aktiviti yang dirancang. Perkara ini adalah seiring dengan Model Disiplin Asertif di bawah
Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang diasaskan oleh Canter bahawa murid berhak
untuk belajar dan berpeluang mendapat pembelajaran sama rata dalam dalam suasana
pembelajaran kondusif yang dicipta oleh guru (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar, 2009).
Pengelolaan pengajaran secara berkumpulan ini berlaku apabila murid-murid yang
mengalami masalah pembelajaran dikumpulkan dalam satu kumpulan kecil. Mereka akan
terlibat secara langsung dalam aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru. Selalunya
bilangan murid yang terlibat dalam pemulihan biasa ini adalah kelompok yang kecil, maka
mereka boleh disatukan dalam satu kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang.
Dalam kes ini pula, murid yang terlibat dalam aktiviti pemulihan biasa ialah seramai 5 orang.
Maka, aktiviti yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan. Dalam aktiviti yang dirancang,
murid yang terlibat secara berkumpulan akan dikumpulkan dalam satu kumpulan. Kemudian,
guru akan meneruskan aktiviti pemulihan seperti yang diterangkan pada halaman aktiviti
sebelum ini, iaitu murid akan ditunjukkan beberapa kad gambar dan diminta untuk menyebut
perkara yang dilihat dalam gambar tersebut. Seterusnya, murid akan ditunjukkan kad
perkataan dan meminta murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan
bimbingan guru dan secara sendiri.
Dalam aktiviti ini, murid secara beramai-ramai akan terlibat secara aktif terhadap
pengajaran guru. Pada ketika ini juga, guru boleh membuat pemerhatian terhadap
penglibatan dan pencapaian murid dalam bacaan mereka. Seterusnya, murid secara individu
pula akan diberikan satu bahan grafik setiap orang dan diminta untuk membaca teks dalam
bahan grafik tersebut secara bergilir-gilir. Namun, kedudukan murid masih seperti dalam
aktiviti kumpulan sebelumnya. Di sini, guru akan menilai pencapaian bacaan setiap murid
dengan teliti seorang demi seorang. Jika guru menggunakan pengelolaan secara
berkumpulan seperti sebelumnya, mungkin terdapat mana-mana murid yang masih belummenguasai pembelajaran tetapi guru terlepas pandang kerana bahan untuk aktiviti ini ialah
bahan grafik yang terdapat teks pendek berbanding sebelumnya hanya kad gambar dan kad
perkataan yang guru masih boleh kawal melalui permerhatian.
Manakala, langkah keempat atau langkah terakhir dalam strategi pemulihan yang
dirancang bagi mengatasi masalah pembelajaran, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar
yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut ialah penilaian. Penilaian yang dimaksudkan
dalam konteks ini ialah cara bagaimana guru mahu mentafsir pencapaian murid. Tujuan
penilaian dilakukan adalah bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang ditetapkan
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
12/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 12
telah tercapai atau belum. Selain itu, penilaian juga dibuat untuk menentukan kemajuan yang
dicapai oleh murid bagi guru melaksanakan tindakan susulan, iaitu sama ada mengekalkan
murid dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan khas (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).
Penilaian dapat dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah pemerhatian ke atas jawapan
murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan, sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satu-
satu pengajaran, senarai semak, pemeriksaan latihan harian dan seumpamanya. Oleh itu,
berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang ke atas murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar, maka penilaian yang
dipilih untuk dilaksanakan ialah senarai semak dan pemerhatian ke atas jawapan murid
ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.
Penilaian melalui senarai semak dan pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti
pembelajaran pemulihan dijalankan adalah dipilih berdasarkan faktor-faktor yang tertentu.
Sebagai contoh, penilaian dalam bentuk pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti
pembelajaran pemulihan dijalankan adalah dipilih kerana aktiviti yang dijalankan ketika itu
adalah sesuai dinilai menggunakan penilaian melalui pemerhatian ini. Aktiviti yang dijalankan
seperti diterangkan sebelum ini, iaitu murid ditunjukkan beberapa kad gambar dan kad
perkataan yang mengandungi perkataan KV+KVK sebelum diminta mengeja dan membaca
perkataan yang ditunjukkan dengan bimbingan guru dan secara beramai-ramai dalam
kumpulan kecil. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru boleh melaksanakan penilaian dengan
cara membuat pemerhatian ke atas jawapan murid. Menerusi pemerhatian yang dibuat,
guru dapat mengenal pasti pencapaian murid bagi mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh mereka, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar. menggunakan penilaian ini,
guru juga dapat mengesan sebutan murid semasa mereka mengeja dan membaca
perkataan yang ditunjukkan dalam kad perkataan.
Manakala, penilaian menggunakan senarai semak pula digunakan oleh guru untuk
aktiviti seterusnya, iaitu aktiviti di mana selepas murid ditunjukkan kad perkataan, murid
seterusnya akan diberikan satu bahan grafik setiap orang dan diminta untuk membaca teksdalam bahan grafik tersebut secara bergilir-gilir. Di sini, guru dapat menilai pencapaian
kemahiran membaca setiap murid dengan teliti seorang demi seorang dari segi kelancaran
murid membaca teks dengan sebutan dan intonansi yang betul dan kemudian direkodkan
dalam senarai semak yang telah disediakan. Penilaian senarai semak sesuai digunakan
kerana guru dapat mengesan jika terdapat mana-mana murid yang masih belum menguasai
pembelajaran berbanding jika guru masih menggunakan penilaian melalui pemerhatian
terhadap jawapan murid, mungkin ada guru terlepas pandang terhadap murid yang masih
belum dapat membaca dengan lancar. Hal ini kerana bahan untuk aktiviti ini ialah bahan
grafik yang terdapat teks pendek berbanding sebelumnya hanya kad gambar dan kad
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
13/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 13
perkataan yang guru masih boleh nilai melalui permerhatian terhadap jawapan murid.
Penggunaan senarai semak ini memudahkan guru untuk melakukan tindakan susulan, iaitu
sama ada murid masih boleh dikekalkan di kelas biasa atau diteruskan ke kelas pemulihan
khas yang dikendalikan oleh guru khas (Hasnah Awang & Habibah Mohd. Samin, 2010).
Seterusnya, selain strategi pemulihan yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar, strategi
pengayaan tidak harus dipinggirkan walaupun masalah tersebut tidak ada pada murid cerdas
dan sederhana. Seperti sedia maklum, aktiviti pemulihan hanya dijalankan pada murid lemah
yang mempunyai masalah pembelajaran sebagai contohnya masalah yang dikemukakan
sebelum ini, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar. Sebaliknya, bagi murid cerdas dan
sederhana, mereka terlibat dengan aktiviti pengayaan yang dijalankan serentak dengan
aktiviti pemulihan dalam bilik darjah yang sama dan pada waktu pengajaran dan
pembelajaran yang sama (Hasnah Awang & Habibah Mohd. Samin, 2010).
Menurut Jabatan Pendidikan Khas (1999), jika aktiviti pemulihan yang dijalankan adalah
sebagai alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas
yang bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan
dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di
dalam kelas biasa, namun, berbeza pula dengan matlamat aktiviti pengayaan. Bagi aktiviti
pengayaan, ia dijalankan kepada murid cerdas dan sederhana bertujuan untuk memperluas
pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka yang
membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari
dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri
sendiri, kumpulan, dan masyarakat (Mok Soon Sang, 1990: 55).
Jika sebelum ini diterangkan mengenai strategi pemulihan yang dilaksanakan bagi
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir murid dalam bilik darjah, iaitu
tidak dapat membaca dengan lancar, maka strategi pengayaan juga perlu dillakukan kerana
aktiviti pemulihan hanya dijalankan pada murid yang lemah sedangkan aktiviti pemulihan
dan pengayaan adalah dijalankan serentak. Jadi, murid yang cerdas dan sederhana akan
terlibat dalam aktiviti pengayaan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Dalam strategi pengayaan
juga, terdapat empat langkah sama yang perlu dilaksanakan dengan tersusun, iaitu
penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian. Keempat-empat langkah ini
adalah penting sebagaimana langkah dalam strategi aktiviti pemulihan dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Berkaitan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran
di dalam sebuah kelas, maka, strategi ini dijalankan kepada murid cerdas dan sederhana
yang telah menguasai pelajaran sebelumnya. Maka, aktiviti pengayaan dijalankan bagi
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
14/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 14
memberi pengukuhan terhadap kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasai oleh murid
cerdas dan sederhana.
Berikutan itu, langkah strategi pengayaan yang pertama ialah penentuan objektif yang
ditentukan sebelum pengajaran pengayaan dilaksanakan. Sama seperti penentuan objektifdalam aktiviti pemulihan, penentuan objektif pengajaran juga perlu ditentukan sebelum
pengajaran dilaksanakan dengan merujuk kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid.
Dalam menentukan objektif pengajaran pengayaan, guru perlu memilih aras atau kesukaran
objektif yang seiring dengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut dapat dicapai
seperti yang ditentukan oleh guru. Oleh itu, berdasarkan aktiviti pengayaan yang dirancang
dalam tugasan ini, kami telah menentukan satu objektif khusus bagi pengajaran aktiviti
pengayaan, iaitu pada akhir pelajaran, murid dapat mendeklamasikan sajak yang bertajuk
Kasih Ibu Bapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif yang dibuat ini adalah
objektif khusus bertujuan untuk membantu murid cerdas dan sederhana untuk lebih cekap
dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Di samping, objektif yang
ditentukan dapat membantu murid mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari dan
dikuasai.
Seterusnya, langkah kedua dalam strategi pengayaan ialah menerusi perancangan
pengajaran guru berdasarkan objektif yang telah ditentukan. Perancangan aktiviti pengayaan
juga adalah melibatkan tiga strategi, iaitu strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan
bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti. Dalam perancangan strategi pengelolaan kelas,
perancangan adalah melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara
individu, berpasangan dan kumpulan kecil. Maka, dalam perancangan strategi pengelolaan
kelas yang dipilih bagi pengajaran aktiviti pengayaan juga ialah secara kumpulan. Strategi ini
dipilih bagi memudahkan murid cerdas dan sederhana melaksanakan aktiviti secara
berkumpulan tanpa banyak tunjuk ajar dari guru. Guru hanya akan memberi penerangan
sejelasnya sebelum aktiviti dijalankan sendiri oleh sekumpulan murid tersebut. Penetapan
ahli kumpulan juga dipilih oleh guru berdasarkan murid-murid yang dikenal pasti sudahmenguasai kemahiran yang diajarkan sebelumnya.
Berkaitan perancangan pengajaran guru melibatkan strategi pemilihan bahan bantu pula
haruslah pemilihan bahan yang bersesuaian dengan aktiviti pengayaan yang dirancang.
Menurut Abd Aziz Talib (2000), guru harus memilih bahan yang bersesuaian dalam aktiviti
yang dijalankan terhadap murid sama ada aktiviti biasa, pemulihan mahupun pengayaan.
Pemilihan bahan dalam aktiviti pengayaan haruslah berdasarkan kriteria pemilihan bahan
bantu belajar yang berkesan. Antaranya bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan
atau penerangan yang jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
15/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 15
daripada tunjuk ajar guru. Seiring dengan aspek pemilihan ini, maka dalam aktiviti yang
dirancang, bahan yang dipilih sebagai bahan bantu belajar adalah bahan yang tidak
merumitkan murid dalam melaksanakan aktiviti sebaliknya bahan yang bukan sahaja mudah
diigunakan murid malahan murid dijangka semakin seronok dalam menggunakan bahan
yang disediakan. Untuk aktiviti ini, bahan yang digunakan ialah rakaman video deklamasi
sajak dan teks sajak yang disediakan menggunakan perisian interaktif yang menggunakan
komputer riba. Bahan ini sengaja dipilih agar murid bukan sahaja berpeluang melakukan
aktiviti bahasa seperti mendeklamasi sajak, malahan murid diberi peluang meneroka perisian
dalam komputer riba. Untuk aktiviti ini, guru akan menyediakan satu komputer riba yang
dikongsi bersama oleh sekumpulan murid pengayaan.
Selain itu, kriteria pemilihan bahan yang seterusnya ialah bahan yang digunakan
haruslah menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang
berbeza-beza. Maka, bertitik tolak dari aspek pemilihan bahan ini juga, maka, bahan yang
digunakan dalam aktiviti pengayaan yang dirancang ialah berbentuk video, audio, teks, grafik
seperti rakaman video deklamasi sajak dan teks sajak yang disediakan menggunakan
perisian interaktif yang menggunakan komputer riba. Bahan yang dipilih ini bukan sahaja
menarik dan mencabar kerana murid bukan sahaja berpeluang melakukan aktiviti bahasa
seperti mendeklamasi sajak, malahan murid diberi peluang meneroka perisian dalam
komputer riba. Bahan ini adalah sesuai digunakan dalam mengetengahkan kebolehan, minat
dan bakat murid. Sementara itu, bahan yang digunakan juga menepati kriteria pemilihan
bahan yang lain seperti peringkat kesukaran bahan yang digunakan sesuai dengan
kebolehan murid, mempunyai kaitan dengan kemahiran yang dipelajari, iaitu kemahiran
membaca, dan mempunyai ilustrasi yang berwarna- warni yang bersesuaian dengan
kandungan pelajaran.
Manakala, perancangan pengajaran guru yang seterusnya adalah melibatkan strategi
pemilihan aktiviti. Aktiviti yang dijalankan terhadap murid pengayaan adalah dilakukan
selepas aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Ia bertujuan untuk memperkukuhkemahiran yang telah dipelajari setelah berjaya menguasai kemahiran yang diajarkan lebih
awal daripada rakan yang lain. Rakan lain yang lambat menguasai pelajaran pula terlibat
dalam aktiviti pemulihan. Berdasarkan tugasan yang dilaksanakan ini, kami telah merancang
dan memilih aktiviti pengayaan yang berkaitan aktiviti mendeklamasikan sajak. Dalam
melaksanakan aktiviti ini, kumpulan murid pengayaan diberi aktiviti mendeklamasikan puisi,
iaitu sajak. Aktiviti ini dipilih kerana menyedari bahawa aktiviti sebelum ini, iaitu berpantun,
murid golongan ini berjaya menguasainya dengan baik. Maka, kami cuba memberi aktiviti
yang lebih mencabar, iaitu menerusi pembacaan puisi yang lain. Salah satunya ialah sajak.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
16/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 16
Untuk menjalankan aktiviti ini, murid diminta berada dalam kumpulan yang ditetapkan oleh
guru. Seorang murid dalam kumpulan akan dipilih oleh guru untuk mengisi markah dalam
borang penilaian deklamasi sajak. Kemudian, murid dalam kumpulan yang sama diminta
menonton rakaman deklamasi sajak menerusi komputer riba yang disediakan guru. Setelah
itu, murid diminta melihat teks sajak dalam perisian yang disediakan guru menggunakan
komputer riba dengan teliti. Kemudian, setiap murid diminta mendeklamasikan sajak
berdasarkan teks tersebut. manakala, rakan murid dalam kumpulan yang dipilih oleh guru
akan mengisi skor rakan-rakan yang mendeklamasikan sajak dalam borang penilaian
deklamasi sajak. Murid yang mengisi borang penilaian akan menyerahkan borang kepada
guru setelah kesemua rakan dalam kumpulan selesai mendeklamasikan sajak.
Setelah kesemua murid berpeluang mendeklamasikan sajak, murid akan bersoal jawab
dengan guru mengenai perbezaan antara sajak dengan pantun yang telah dipelajari sebelum
ini. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran murid pengayaan. Aktiviti yang
dijalankan oleh murid pengayaan ini adalah dijalankan sendiri sesama mereka setelah guru
memberikan arahan yang jelas sebelum mereka memulakan aktiviti. Sementara, guru
memberi bimbingan terhadap murid aktiviti pemulihan yang dijalankan pada masa yang
serentak. Ini bermakna arahan guru perlulah jelas agar murid dapat menjalankannya tanpa
banyak tunjuk ajar daripada guru. Namun, sesekali guru akan meninjau aktiviti yang
dijalankan oleh murid pengayaan bagi memastikan mereka menjalankan aktiviti dengan
lancar.
Aktiviti pengayaan yang dijalankan ini adalah dipilih kerana berasaskan kriteria pemilihan
aktiviti pengayaan yang menggariskan beberapa kriteria tertentu bagi memastikan aktiviti
yang dilaksanakan adalah bersesuaian dan mampu dilaksanakan oleh murid pengayaan.
Antara kriteria tersebut termasuklah aktiviti pengayaan haruslah bercorak belajar sendiri,
iaitu ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid menjalankannya tanpa banyak
tunjuk ajar daripada guru (Mok Soon Sang, 1990). Perkara ini bertepatan sekali dengan
pelaksanaan aktiviti yang dirancang, iaitu murid diberi arahan terlebih dahulu sebelummereka secara kumpulan melaksanakan aktiviti tanpa bimbingan sepanjang masa daripada
guru. Bahkan, borang penilaian deklamasi sajak juga diberikan tanggungjawab oleh murid
yang dipilih guru untuk mengisi skor rakan-rakan mereka yang mendeklamasikan sajak.
Kriteria seterusnya ialah aktiviti ini adalah dijalankan secara individu dan kumpulan. Kriteria
ini juga terlaksana dalam aktiviti yang dirancang, iaitu aktiviti mendeklamasi sajak adalah
dijalankan dalam kumpulan. Berikutnya, pemilihan aktiviti haruslah menarik, mencabar serta
sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. Perkara ini juga
terlaksana dalam aktiviti yang dirancang, iaitu murid belajar mendeklamasikan sajak
menerusi tontonan video yang disediakan guru, kemudian secara bimbingan sendiri, mereka
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
17/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 17
diminta mendeklamasikan sajak tersebut dengan gaya dan penyampaian yang menarik
sebagaimana contoh yang dilihat dalam video tersebut. Aktiviti ini adalah sesuatu yang
mencabar kerana ia dapat mengasah kebolehan, minat dan bakat murid secara langsung.
Seterusnya, langkah dalam strategi pengayaan yang ketiga ialah pengelolaan pengajaranpemulihan. Dalam pengelolaan pengajaran ini, guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan
yang dirancang sama ada secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Apa yang
penting, matlamat dan objektif pelajaran tercapai sebagaimana yang dikehendaki. Dalam
aktiviti pengayaan yang dirancang, pengelolaan pengajaran yang dipilih ialah secara
berkumpulan. Cara pengelolaan secara kumpulan dipilih kerana bukan sahaja untuk
memudahkan guru memberi arahan sekali gus sebelum murid melaksanakan aktiviti, tetapi
juga untuk menggalakkan murid melalui pembelajaran koperatif, iaitu melibatkan kerjasama
dalam kerja berkumpulan. Guru melihat murid pengayaan lebih senang dalam kerja
berkumpulan kerana banyak perkara yang boleh mereka kongsikan bersama berbanding jika
dilakukan secara individu.
Pengelolaan pengajaran secara berkumpulan ini berlaku apabila murid diminta berada
dalam kumpulan yang ditetapkan oleh guru dan kemudian diminta menonton dengan teliti
satu rakaman deklamasi sajak menerusi komputer riba yang disediakan guru. Sebelum itu,
seorang murid dalam kumpulan akan dipilih oleh guru untuk mengisi skor rakan-rakan yang
mendeklamasikan sajak dalam borang penilaian deklamasi sajak. Setelah itu, murid diminta
melihat teks sajak dalam perisian yang disediakan guru menggunakan komputer riba dengan
teliti. Kemudian, setiap murid diminta mendeklamasikan sajak berdasarkan teks tersebut.
Setelah kesemua murid berpeluang mendeklamasikan sajak, murid akan bersoal jawab
dengan guru mengenai perbezaan antara sajak dengan pantun yang telah dipelajari sebelum
ini. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran murid pengayaan. Aktiviti yang
dijalankan oleh murid pengayaan ini adalah dijalankan sendiri sesama mereka dalam
kumpulan setelah guru memberikan arahan yang jelas sebelum mereka memulakan aktiviti.
Sementara, guru memberi bimbingan terhadap murid aktiviti pemulihan yang dijalankan padamasa yang serentak. Ini bermakna arahan guru perlulah jelas agar murid dapat
menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru. Namun, sesekali guru akan
meninjau aktiviti yang dijalankan oleh murid pengayaan bagi memastikan mereka
menjalankan aktiviti dengan lancar.
Langkah terakhir dalam strategi pengayaan ini adalah penilaian, iaitu bagaimana guru
mentafsir kemajuan dan pencapaian murid-murid kumpulan pengayaan ini. Selepas murid
melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru akan membuat penilaian terhadap
pencapaian murid semasa proses melaksanakan aktiviti. Dalam memberi penilaian terhadap
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
18/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 18
murid, pelbagai kaedah yang sesuai boleh dilakukan. Antaranya termasuklah pemerhatian
semasa aktiviti pengayaan dijalankan, soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti
pengayaan dan pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti pengayaan.
Menerusi aktiviti yang dirancang, penilaian yang dibuat untuk mentafsir kemajuan murid
pengayaan ialah penilaian menggunakan Borang Penilaian Deklamasi Sajak dan penilaian
melalui pemerhatian terhadap soal jawab yang dijalankan. Kedua-dua penilaian ini dipilih
dalam memberi penilaian terhadap murid dalam aktiviti pengayaan kerana ia sesuai
digunakan dalam aktiviti yang dirancang. Penilaian yang dijalankan ini adalah penting
sebagai simpanan rekod kemajuan dan pencapaian murid. Di samping itu, ia berfungsi
sebagai rujukan untuk melihat pencapaian dan hasil kreativiti murid dalam aktiviti pengayaan
yang dijalankan.
Sebagai contohnya, penilaian menggunakan Borang Penilaian Deklamasi Sajak yang
digunakan untuk menilai pencapaian setiap murid dalam aktiviti yang dirancang didapati
lebih sesuai dan praktikal. Dalam penilaian ini, guru akan memilih seorang murid dalam
kumpulan pengayaan dan diberikan borang penilaian tersebut. Guru akan memberikan
penerangan terlebih dahulu kepada murid tersebut dan ahli kumpulan berkaitan aktiviti yang
akan dijalankan. Kemudian, murid secara bergilir-gilir akan mendeklamasikan sajak
berdasarkan teks yang disediakan guru dalam komputer riba. Manakala, murid yang dipilih
guru tersebut akan mengisi skor permarkahan rakan-rakan yang mendeklamasikan sajak
dalam borang penilaian tersebut. Aspek yang dinilai dalam borang penilaian tersebut
termasuklah dari segi kelantangan suara dan gaya serta penyampaian yang menarik
berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan. Murid yang mengisi borang penilaian tersebut
hanya perlu menanda (/) pada kotak skor berdasarkan kriteria yang dikehendaki. Setelah
kesemua rakan dalam kumpulan selesai mendeklamasi sajak, borang penilaian yang telah
ditandai akan diserahkan kepada guru. Kemudian, guru dapat membuat rumusan
berdasarkan penilaian tersebut. Melalui penilaian ini, guru dapat mengesan pencapaian
murid dan dijadikan sebagai simpanan dalam rekod guru.
Manakala, penilaian kedua yang turut digunakan dalam aktiviti pengayaan yang
dirancang ialah penilaian melalui pemerhatian terhadap soal jawab dengan murid. Penilaian
ini dijalankan selepas murid selesai menjalankan aktiviti pengayaan, iaitu mendeklamasikan
sajak. Selepas aktiviti tersebut, guru akan bersoal jawab dengan murid berkenaan
perbezaan antara sajak dengan pantun. Menerusi jawapan yang dikemukakan murid, guru
dapat membuat penilaian terhadap penguasaan dan pemahaman murid terhadap pelajaran
tersebut. Menerusi penilaian ini juga, guru dapat mengesan pencapaian murid bagi
mencapai objektif pelajaran yang ditetapkan. Seterusnya, hasil daripada penilaian yang
dibuat, guru dapat menjadikan hasil penilaian ini sebagai asas untuk mengadakan tindakan
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
19/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 19
susulan pada masa akan datang. Antaranya termasuklah memberikan bahan dan aktiviti
yang lebih mencabar dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan mereka
berasa bosan dengan aktiviti yang diberikan. Seterusnya pada aktiviti pada masa hadapan,
guru dapat menyediakan aktiviti yang lebih sesuai dan mencabar minda untuk setiap individu
atau kumpulan hasil daripada penilaian yang telah dilaksanakan.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
20/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 20
1.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI, BAHAN BAGI PENGAJARAN PEMULIHAN DAN
PENGAYAAN.
Sememangnya dalam Falsafah Pendidikan Negara telah memberikan penekanan terhadappembangunan program pendidikan di Malaysia. Dalam proses pembangunan sistem
pendidikan tersebut amat mementingkan perkembangan potensi individu ke arah melahirkan
insan yang seimbang dalam pelbagai aspek khususnya dalam aspek yang melibatkan ilmu
pengetahuan dan juga kemahiran. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang telah menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Maka dengan itu jelaslah bahawa dalam merealisasikan falsafah tersebut guru
hendaklah bijak memainkan peranan memandangkan peranan guru sebagai agen
penyampai ilmu. Oleh yang demikian jelaslah bahawa guru sangat berperanan penting
dalam mencapai falsafah pendidikan kebangsaan selaras dengan keperluan semasa negara.
Namun yang ingin dipersoalkan disini adalah sejauh manakah seseorang guru itu mampu
memikul tugasnya sebagai agen penyampai ilmu pengetahuan? adakah sasaran untuk
mencapai matlamat tersebut hanya dikhususkan untuk murid yang bijak dan tidak
mengalami masalah pembelajaran? Oleh yang demikian, untuk memastikan keadilan dalam
menerima pendidikan pada semua golongan murid sama ada dalam kalangan murid normal,
bijak, mahupun murid yang mengalami masalah pembelajaran guru hendaklah sentiasa peka
terhadap perbezaan individu agar tidak berlaku keciciran murid dalam arus pembangunan
pendidikan negara.
Dalam memastikan keadilan murid untuk mendapatkan peluang untuk menguasai ilmu
pengetahuan, guru hendaklah sentiasa mengenal pasti tahap perkembangan murid-
muridnya khususnya dari segi aspek perkembangan kognetif, emosi, sosial dan juga fizikal.
Contohnya bagi murid yang mengalami masalah pembelajaran misalnya yang melibatkankemahiran asas bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,
dan juga kemahiran menulis, guru hendaklah bijak dan kreatif untuk menyesuaikan aktiviti
pemulihan selaras dengan masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Hal ini demikian
kerana keberkesanan aktiviti pemulihan dalam proses pembelajaran murid banyak
bergantung terhadap bagaimana daya kreativiti seseorang guru itu untuk membantu murid
menguasai isi pembelajaran walaupun mengambil masa yang lama. Manakala bagi
pengajaran berbentuk pengayaan, guru hendaklah memberikan peluang kepada murid untuk
meneroka secara langsung murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran
pengayaan. Hal ini bermakna dalam proses ini guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
21/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 21
pengayaan yang dirancang dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai
berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.
Setelah memahami dengan lebih teliti tentang perbezaan dari segi pembinaan objektif
pengajaran, pemilihan aktiviti dan bahan antara aktiviti pengajaran pemulihan dan aktivitipengajaran pengayaan telah memberikan panduan awal kepada kami tentang bagaimana
hendak melaksanakan kedua-dua situasi pengajaran tersebut. Menilai kepada situasi
tersebut kami telah pun membuat pemilihan aktiviti dan bahan bagi tujuan pengajaran
pemulihan dan pengayaan bagi kemahiran membaca. Bagi tujuan pengajaran pemulihan
kami terlebih dahulu mengenal pasti situasi masalah pembelajaran berkaitan kemahiran
yang kami pilih iaitu kemahiran membaca. Dalam memilih situasi masalah pembelajaran
berkaitan kemahiran tersebut kami telah sepakat untuk memilih masalah murid membaca
tersekat-sekat dan tidak lancar. Masalah ini dihadapi oleh beberapa orang murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Kesan daripada masalah tersebut
menyebabkan objektif pengajaran secara kelas biasa tidak tercapai. Oleh yang demikian
bagi memastikan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini diberikan peluang
untuk mempelajari dan menguasai isi pelajaran kemahiran membaca, maka kami telah
merangka satu bentuk aktiviti pengajaran pemulihan agar murid-murid yang terlibat dalam
aktiviti pemulihan ini dapat mengikuti isi pelajaran kemahiran membaca agar mereka dapat
bersama-sama maju dan berpeluang untuk menguasai kemahiran ini secara masteri.
Berkaitan dengan aspek pemilihan aktiviti dan bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan,
kami terlebih dahulu merangka satu bentuk objektif pemulihan bagi kemahiran ini iaitu
1) Membaca lancar sekurang-kurangnya 4 daripada 6 perkataan KV+ KVK dalam kad
perkataan dan bahan grafik bertajuk Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa yang
diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif pengajaran pemulihan ini adalah berdasarkan kepada masalah pembelajaran
yang dihadapi murid. Penentuan aras objektif pengajaran ini juga dibina adalah sejajardengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut tercapai seperti yang ditentukan
oleh guru. Seterusnya, penentuan objektif pengajaran pemulihan bagi masalah
pembelajaran kemahiran membaca (iaitu masalah murid membaca tersekat-sekat dan tidak
lancar) adalah ditentukan selepas pada akhir pelajaran kelas biasa. Objektif pemulihan ini
merupakan objektif yang diperincikan kepada yang lebih khusus untuk membolehkan murid
meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing menerusi aktiviti alternatif, iaitu aktiviti
pemulihan yang dirancang oleh guru. Maka dalam pembinaan objektif ini kami memastikan
agar mematuhi prinsip penentuan objektif, iaitu daripada yang mudah kepada yang
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
22/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 22
kompleks. Ini bermakna guru sangat berperanan penting dalam merancang aktiviti
pemulihan selaras dengan masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Menurut Ab.
Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam usaha
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program pemulihan
dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat dikesan dan dikenal pasti.
Tambahan lagi, menurut bahagian-bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1986) menjelaskan pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya
ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan
guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khasi dalam bidang ini. Hal ini jelaslah
menunjukkan bahawa pembinaan objektif pengajaran pemulihan sangat penting untuk
memudahkan lagi guru merancang aktiviti dan bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan.
Seterusnya, setelah kami dapat mengenal pasti objektif pengajaran pemulihan berkaitan
kemahiran murid membaca tersekat-sekat dan tidak lancar, kami telah merangka strategi
pemulihan yang hendak dilaksanakan. Perancangan strategi ini adalah berdasarkan objektif
pemulihan yang telah ditentukan. Perancangan ini meliputi tiga strategi, iaitu strategi
pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti.
Perancangan strategi yang kami dalam pengelolaan kelas ini adalah melalui pengajaran
aktiviti pemulihan yang berbentuk kumpulan atau pun dalam erti kata lain corak aktiviti
pembelajaran yang lebih cenderung bersifat koperatif. Pembelajaran secara koperatif ini
sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pemulihan kerana murid yang mengalami masalah
pembelajaran yang sama akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Yang dimana
melalui aktiviti tersebut murid dapat saling bekerjasama untuk mencapai tahap isi pelajaran
yang maksima. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi melalui kenyataan ini, menurut Johnson,
Johnson, dan Holubec (1993), menyatakan pembelajaran secara koperatif sebagai
pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri daripada dua hingga empat orang murid yang
bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai
matlamat bersama. Selain itu, melalui pembelajaran secara kumpulan dalam kalangan murid
yang mempunyai masalah pembelajaran yang sama dapat mengelakkan daripada
berlakunya sifat rendah diri dan membandingkan keupayaan diri dengan rakan-rakan sebaya
yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung membantu
murid dalam kategori yang mempunyai masalah pembelajaran ini untuk lebih bermotivasi
dalam menguasai kemahiran yang mereka lemah. Ini dapat diperjelaskan lagi melalui
kenyataan yang menyebut tentang perspektif motivasi, perspektif motivasi berfokus pada
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
23/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 23
kesan struktur ganjaran dan matlamat kumpulan. Menurut perspektif ini, struktur intensif
secara koperatif membentuk satu situasi di mana cara seseorang murid mencapai matlamat
sendiri ialah apabila kumpulannya mencapai matlamat tersebut. Dengan itu murid adalah
didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha membantu ahli kumpulannya untuk
belajar dan berjaya bersama. (Deutsch, 1949; Slavin, 1978).
Bagi pengajaran aktiviti pemulihan yang melibatkan strategi pemilihan bahan bantu, guru
hendaklah memastikan bahan yang dipilih dan digunakan sesuai mengikut aras kesukaran
isi pelajaran dan tahap keupayaan murid, terutamanya pemilihan bahan yang berbentuk
maujud yang boleh diperhati dan juga mampu dicapai oleh pancaindera murid. Hal ini
bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Mohd Daud Hamzah (1990) yang
menyatakan bahawa semakin banyak bahan pembelajaran yang diperolehi bagi
mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Seterusnya, dalam pemilihan
bahan yang kami pilih juga adalah mengambil kira faktor tertentu iaitu bahan pengajaran
yang digunakan mampu menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran. Yang dapat
diperkukuhkan lagi melalui pendapat menurut Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1988)
yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian
daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap
pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh
pelajar. Malahan dengan pemilihan bahan ini juga kami telah merujuki dengan pelbagai
sumber seperti kajian masa lepas oleh Charlie Anak Ungang (2008); penggunaan Bahan
Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima
Buah Sekolah Daerah Serian; hasil analisis dapatan kajian tentang keberkesanan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar terhadap pengajaran membuktikan sebanyak 60%
bersetuju dan 20% amat bersetuju menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan menggalakkan dalam proses pengajaran
asas bacaan. Tambahan lagi hasil daripada kajian beliau juga telah mendapat bahawa
penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mempertingkatkan Prestasi Penguasaan asas
bacaan pelajar, iaitu prestasi sebelum dan selepas penggunaan bahan mengajar dalam
kemahiran asas bacaan menunjukkan perbezaan yang sangat ketara, iaitu sebelum bahan
bantu mengajar digunakan menyatakan bahawa hanya 59% penguasaan murid dalam
membaca berbeza selepas penggunaan bahan bantu mengajar dengan menunjukkan nilai
peratus yang tinggi iaitu sebanyak 80% setelah penggunaan bahan bantu mengajar
diperhebatkan dalam proses pengajaran asas bacaan di kelas pemulihan oleh guru. Oleh
yang demikian jelaslah membuktikan bahawa bahan bantu mengajar yang kami telah bina
berdasarkan kepada objektif pengajaran pemulihan ini adalah sangat menepati kehendak
asas dalam peringkat untuk menguasai asas membaca.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
24/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 24
Seterusnya, setelah memilih bahan bantu mengajar untuk tujuan pengajaran aktiviti
pemulihan ini kami telah memilih kaedah pandang sebut menerusi aktiviti menyebut dan
membaca perkataan KV + KVK. Pemilihan aktiviti yang berunsurkan perkataan tersebut
adalah hasil daripada pemerhatian setelah mendapati terdapat beberapa orang murid yang
mempunyai masalah untuk membaca dengan lancar atas faktor kesukaran mereka untuk
menyebut dan membaca perkataan yang berunsurkan KV + KVK seperti pasar, rumahdan
seumpamanya. Pemilihan kaedah pandang sebut ini kerana kaedah ini juga merupakan
asas iaitu peringkat awal kemahiran membaca sebelum beralih ke peringkat yang
seterusnya. Pemilihan kaedah ini diperkukuhkan lagi dengan menggunakan teori
pemerolehan bahasa, menurut B. F. Skinner yang mempelopori Teori Behaviorisme,
pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain
mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran seperti
pujian,senyuman, tepukan atau pelukan apabila kanak-kanak itu dapat memberi respon
dalam pertuturan. Apabila situasi ini sentiasa berulang maka tahap penguasaan bahasa
kanak-kanak itu akan semakin berkembang dari hari ke sehari. Berdasarkan teori tersebut
sangat berkait rapat dengan kaedah pandang sebut iaitu penguasaan murid dapat
dipertingkan secara beransur-ansur apabila pemilihan perkataan yang berunsurkan KV +
KVK disebut secara berulang-ulang sehinggalah murid tersebut dapat mengingati dan lancar
membaca dan juga menyebut perkataan daripada unsur tersebut. Menurut Isahak Haron
(2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau
mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir
simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada
perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada
bunyi dan adunan bunyi yang menjadi perkataan. Asas pengkaedahan mazhab ini
contohnya seperti kaedah fonem. Manakala, Mazhab kedua berasaskan kepada teori
psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui
perkataan-perkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula
dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna. Kaedah ini dikenali sebagaikaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang sebut. Pemilihan kaedah
pandang sebut ini juga sangat bertepatan dalam membantu murid yang mempunyai masalah
pembelajaran iaitu membaca secara tersekat-sekat dan tidak lancar. Hal ini dapat
diperkukuhkan lagi oleh pendapat Abd. Aziz Talib, 2000) yang menganggap kaedah ini baik
dan moden.
Kesimpulannya, pemilihan aktiviti dan juga bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan ini
adalah dirangka dengan penuh teliti termasuk dari segi proses merangka objektif pengajaran
pemulihan, proses-proses dalam menyusun strategi pengajaran pemulihan, dan bagaimana
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
25/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 25
bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan secara bersama untuk membantu
pencapaian objektif pengajaran pemulihan yang secara tidak langsung dapat membantu
murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar dapat diberikan peluang yang
sewajarnya kepada mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya kemahiran
membaca. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa melalui pengajaran pemulihan ini dapat
memberikan peluang yang sama rata terhadap murid yang lemah ataupun lambat
menguasai isi pelajaran.
Seterusnya, di samping guru merancang objektif pengajaran pemulihan dalam kelas
biasa, guru juga hendaklah mempunyai perancangan yang berbentuk aktiviti pengayaan,
yang dimana sasaran aktiviti tersebut adalah merujuk kepada dalam golongan murid yang
sederhana dan juga pandai, yang dimana tahap keupayaan mereka untuk mempelajari
sesuatu kemahiran berada pada tahap yang normal selaras dengan umur mereka.
Perancangan aktiviti pengayaan ini amat penting agar guru dapat mengajarkan dua situasi
pengajaran dalam satu sesi proses pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
Perancangan aktiviti pengayaan ini sangat penting diberikan kepada murid yang telah
masteri dalam kemahiran yang diajarkan iaitu kemahiran membaca. Hal ini supaya aktiviti
pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan positf ke arah
meningkatkan kemahiran berbahasa murid tersebut. Oleh yang demikian, perancangan
aktiviti pengayaan ini guru hendaklah sentiasa peka tentang aspek ruang pengayaan,
objektif aktiviti, langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan strategi pengayaan.
Seperti juga dengan kaedah pemilihan objektif bagi aktiviti pemulihan, penentuan objektif
bagi aktiviti pengajaran pengayaan pula ditentukan sebelum pengajaran pengayaan
dilaksanakan. Hal ini bermakna penentuan objektif pengayaan ini mengambil kira beberapa
tahap kebolehan dan pencapaian murid. Yang bermakna semasa dalam proses pembinaan
objektif pengajaran pengayaan guru telah mampu menentukan aras atau kesukaran objektif
yang seiring dengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut tercapai seperti yang
telah ditentukan oleh guru. Pemilihan objektif ini dibuat secara khusus berdasarkan kepadaaktiviti pengajaran pengayaan bagi kemahiran membaca iaitu mendeklamasikan sajak yang
bertajuk Kasih Ibu Bapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif secara khusus ini
dibina bertujuan untuk membantu murid cerdas dan sederhana untuk lebih cekap dan
menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna, malahan melalui objektif
pengayaan ini juga dapat membantu murid mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari
dan dikuasai.
Pemilihan aktiviti pengayaan ini pula dipilih lebih tinggi aras pencapaiannya daripada
objektif pengajaran kemahiran membaca pada peringkat umum (sederhana). Dalam
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
26/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 26
perancangan aktiviti pengayaan ini kami telah merancang tiga strategi, iaitu berkaitan
strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti.
Bagi strategi pengelolaan kelas melibatkan tiga cara iaitu individu, berpasangan dan
kumpulan kecil. Pemilihan tiga cara tersebut mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu.
Dalam cara aktiviti pengayaan yang hanya melibatkan individu bertujuan untuk menguji
sejauh mana kefahaman dan penguasaan seseorang murid mahupun individu itu terhadapi
isi pelajaran yang telah dipelajari. Hal ini supaya murid itu dapat mengenal pasti setakat
mana kemampuannya untuk menguasai isi pelajaran sama ada berada tahap sederhana
mahupun cemerlang. Oleh yang demikian, melalui aktiviti pengayaan yang melibatkan
individu ini secara tidak langsung membina keyakinan diri dalam kalangan murid yang
terlibat dalam aktiviti pengayaan ini bersaing secara sihat dengan rakan-rakan sebaya yang
berada dalam lingkungan mereka sendiri. Maka dengan secara tidak langsung lebih
memudahkan guru untuk merancang aktiviti pengayaan yang seterusnya secara
berpasangan, melalui aktiviti secara berpasangan ini mereka berpeluang untuk
berkomunikasi sesama rakan sebaya. Maka dengan komunikasi tersebut mereka berkongsi
maklumat dan saling mengenal pasti kelebihan dan kelemahan masing-masing dimana
kelebihan yang ada itu ditingkatkan tahapnya kepada yang lebih mahir manakala kelemahan
itu diperbaiki lagi melalui pelbagai bentuk perbincangan mahupun perkongsian maklumat
antara pasangan dalam kumpulan aktiviti pengayaan ini. Kemudian, apabila murid sudah
terbiasa melakukan aktiviti secara berpasangan maka apabila guru memperluaskan lagi ahli
dalam kumpulan yang kemudian membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terlibat dalam
aktiviti pengayaan ini. Oleh yang demikian, melalui strategi pengelolaan kelas bagi aktiviti
pengayaan yang bermula daripada peringkat individu, berpasangan dan seterusnya
pembentukan kumpulan-kumpulan kecil secara tidak langsung memudahkan proses
pengajaran guru dalam kelas biasa. Hal ini secara tidak langsung membolehkan guru
memberikan tumpuan yang lebih terhadap murid yang masih berada dalam kategori
pemulihan khususnya bagi kemahiran membaca.
Seterusnya dalam pemilihan bahan bagi aktiviti pengayaan yang kami rancang ini
dihasilkan dalam pelbagai bentuk yang menarik antaranya melalui tayangan video, audio,
teks, dan grafik. Contohnya bagi mengukuhkan lagi tahap penguasaan murid bagi aktiviti
pengayaan kami telah menggunakan tayangan video yang memaparkan video deklamasi
sajak, dan juga teks sajak menggunakan perisian interaktif berasaskan kepada bahan bantu
mengajar berasaskan elektronik seperti penggunaan komputer riba. Hal ini sangat
komprehensif digunakan dalam aktiviti pengayaan kerana penghasilan bahan ini
mewujudkan lagi daya berfikir murid daripada yang konkrit kepada satu bentuk pengajaran
yang abstrak, yang menggalakkan lagi perkembangan imaginasi dan juga daya kreativiti
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
27/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 27
murid dalam kumpulan ini untuk mempelbagaikan proses belajar mereka dalam usaha untuk
meningkatkan pemahaman, penguasaan daripada kemahiran yang sederhana kepada
kemahiran yang lebih tinggi. Contohnya melalui pendedahan daripada bahan pengajaran
berasaskan elektronik ini mampu membudayakan sifat murid khususnya murid yang berada
dalam kumpulan pengayaan ini untuk lebih memahami bahawa teknologi juga membantu
dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka.
Maka dalam proses pelaksanaan aktiviti pengayaan ini juga kami telah mengukuhkan
lagi tahap keupayaan murid dalam golongan ini dengan menggalakkan kepada aktiviti
pengayaan yang lebih cenderung pada corak belajar sendiri. Hal ini bertujuan untuk
mendidik murid-murid ini berusaha dengan lebih gigih selain tidak terlalu mengharapkan
suapan ilmu daripada guru. Oleh yang demikian, dalam memastikan corak belajar sendiri itu
mampu diwujudkan dalam aktiviti pengayaan yang kami pilih, peranan guru lebih hanya
sebagai pembimbing iaitu guru hanya memberikan peluang kepada murid untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dengan pengetahuan sedia ada mereka terhadap isi
pelajaran yang telah dipilih, manakala guru hanya memberikan panduan dan sedikit arahan
terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran dan seterusnya memberikan peluang sepenuhnya
kepada murid untuk mempelajari sendiri dalam usaha mengukuhkan lagi kemahiran mereka.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita hendaklah menyedari akan konsep
perbezaan individu termasuk dari segi latar belakang, dan tahap kecerdasan kognetif murid
melalui aktiviti pengajaran pemulihan dan pengayaan. Hal ini supaya keadilan dalam
menerima pendidikan dan hak untuk belajar dan menguasai ilmu dapat diberikan kepada
semua golongan murid tanpa mengambil kira faktor yang menjadi penghalang kepada
mereka untuk memahirkan diri dalam usaha untuk menguasai ilmu pengetahuan. Yang
bermakna guru bukan sahaja perlu bijak tentang bagaimana hendak menarik minat murid
untuk mengikuti isi pelajaran yang disampaikan, malah guru perlu menguasai teknik
mahupun strategi-strategi pengajaran daripada yang umum kepada yang lebih khusus iaitu
pengajaran pemulihan dan pengayaan. Apabila guru telah mempunyai perancangan yangsebegini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah keciciran murid untuk
menguasai ilmu pengetahuan, iaitu murid yang mempunyai masalah pembelajaran tidak
berterusan dalam kelompok murid yang lambat menguasai isi pelajaran, dan juga murid
yang pandai dan juga sederhana tidak hanya terbatas pada satu tahap sahaja, iaitu mereka
diberikan pelbagai aktiviti pengukuhan.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
28/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 28
1.5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Amanah
Bil. Murid : 24 orangTema : Keluargaku Sayang
Tajuk : Ibu Bapa Saya
Tarikh : 18. 02. 2013
Masa : 8.10-9.10 pagi
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat:
1) Membaca lancar teks pantun bertajuk Ibu dan Bapa dengan sebutan dan intonasi
yang betul. 5.2 Aras 1 (i)
2) Menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 6 ayat tunggal tentang tajuk Cuti Sekolah
Bersama Ibu Bapa yang mengandungi frasa nama dan frasa kerja . 8.2 Aras 1 (i)
Objektif Pengayaan
1) Mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kasih Ibu Bapa dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Objektif Pemulihan
2) Membaca lancar sekurang-kurangnya 4 daripada 6 perkataan KV+ KVK dalam kad
perkataan dan bahan grafik bertajuk Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa yang
diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Hasil pembelajaran:
Fokus utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan bukan sastera dan bahan sastera, iaitu pantun dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
29/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 29
Fokus sampingan:
8.2 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 (i) Membina ayat tunggal yang lengkap mengandungi frasa nama dan frasa kerja
berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran Bahasa:Membaca dan menulis.
Sistem Bahasa: 1. Intonasi : Intonasi pantun
2. Kosa kata : Ibu Bapa
3. Tatabahasa : Ayat tunggal
Penyerapan nilai:Kasih sayang, menghargai
Pengisian kurikulum:
IlmuPendidikan Muzik.
Nilai MurniKeberanian, kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah
kemahiran berfikir: Penyoalan, menghubungkait
Pembelajaran kontekstual: Menghubungkait dengan pengorbanan ibu bapa dalam
kehidupan seharian
Konstruktivisme sosial
Kecerdasan pelbagai: Interpersonal, Muzik, Intrapersonal, Kinestatik
Kemahiran belajar cara belajar: Mengumpul maklumat, Memproses
maklumat, Membuat persembahan
Pengetahuan sedia ada:
Murid mempunyai keluarga sendiri.
Murid sentiasa bersama Ibu Bapa dalam kehidupan seharian.
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
30/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 30
Bahan Bantu Mengajar:
Bil Bahan Jumlah
1. Komputer riba 1
2. Lcd 1
3. Skrin 1
4. Alat perakam 1
5. Video lagu Rasa Sayang 1
6. Rakaman membaca berita 1
7. Rakaman pertandingan pantun 1
8. Teks pantun Ibu dan Bapa 1
9. Kad arahan permainan Mari Berpantun 4
10. Teks pantun permainan Mari Berpantun 4
11. Lembaran kerja berkaitan tajuk Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa. 4
12. Persembahan slaid Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa 4
13. Rakaman deklamasi sajak 1
14. Teks sajak 4
15. Kad gambar 6
16. Kad perkataan 6
17. Borang Penilaian Deklamasi Sajak 2
18. Bahan grafik Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa 5
19. Video lagu 1,2,3 Sayang Semuanya 1
20. Borang penilaian bacaan pantun 4
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
31/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 31
Langkah-Langkah Pengajaran:
Isi pelajaran Aktiviti Catatan
Lagu Rasa Sayang
(Sila lihat lampiran)
Soalan ransangan
1. Kenapa anda menyayangi
ibu anda?
2. Apa yang selalu Ibu anda
lakukan terhadap anda?
Jangkaan jawapan
Sebab menyayangi Ibu
Ibu orang yang melahirkan
kita.
Ibu menjaga kita sejak dari
lahir.
Jasa Ibu
Melahir dan membesarkan
anak-anak.
Menyayangi dengan
sepenuh hati.
Sanggup berkorban untuk
anak-anak.
Set Induksi ( 5 minit)
Murid ditontonkan video lagu
Rasa Sayang.
Murid-murid diminta
menyanyikan lagu
berdasarkan seni kata yang
dipaparkan bersama-sama
dengan guru.
Murid diminta melakukan
gerak kreatif sambil
bernyanyi.
Murid diminta menyatakan
beberapa alasan sebab
mereka menyayangi ibu
mereka dan memberi contohjasa-jasa Ibu mereka dalam
kehidupan seharian.
Guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran
utama dan sampingan
Bahasa Melayu hari ini.
BBM
LCD
Skrin
Komputer riba
Video Lagu Rasa
Sayang
KB
Menghubungkait
KBT
Kemahiran
teknologi maklumat
dan komunikasi.
KP
Verbal linguistik
Muzik
Intrapersonal
Kinestatik
Teknik
Pemerhatian
Tunjuk cara
Pergerakan kreatif
Nilai murni
kasih sayang
Pembelajaran
kontekstual
Soalan ransangan
Contoh
Langkah 1 (7 Minit)
Aktiviti i
Murid dipertontonkan
BBM
Rakaman
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
32/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 32
1. Apakah yang membuatkan
murid-murid tertarik dengan
rakaman membaca pantun
yang dipertontonkan?
2. Apakah perbezaan antara
membaca petikan berita
atau cerita dengan petikan
pantun?
3. Bagaimanakah cara
pemantun mengayakan
tangan atau bahagian lain
tubuh semasa berpantun?
4. Apakah tujuan gaya
pembacaan pantun?
Jangkaan jawapan
..........................
..........................
rakaman membaca berita
dan pertandingan berbalas
pantun.
Murid bersoal jawab dengan
guru mengenai perbezaan
kedua-dua rakaman tersebut.
Murid diminta memberi
respon terhadap
pertandingan berbalas
pantun yang dipertontonkan.
membaca berita
Rakaman pantun
Skrin
LCD
Komputer riba
Teknik
Pemerhatian
Penyoalan
KB
Membanding beza
Penyoalan
KP
Verbal linguistik
Intrapersonal
Nilai murni
Yakin
Berani
PembelajaranKontekstual
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
33/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 33
Teks Pantun Ibu dan Bapa( Sila
lihat lampiran)
Teks pantun dalam Permainan
Mari Berpantun(sila lihat
lampiran)
Maklum balas guru terhadap
pembacaan murid
1. Kelancaran:
Intonasi pantun
Tidak tersekat-sekat
Sebutan jelas
Suara lantang
2. Gaya dan penyampaian
menarik
Bahasa tubuh Lenggok bacaan/ berirama
Kontak/ berkomunikasi
dengan penontoon/
pendengar.
Langkah 2 (23 minit)
Aktiviti i
Guru memaparkan teks
pantun bertajuk Ibu dan
Bapa pada skrin.
Murid secara sukarela
diminta untuk membaca teks
pantun yang dipaparkan
pada skrin.
Bacaan murid dirakam
menggunakan alat perakam
(seperti perisian Microsoft
One Note yang terdapat
dalam komputer riba)
Murid diperdengarkan
rakaman bacaan mereka
yang dipancarkan pada skrin.
Guru memberikan maklum
balas terhadap pembacaan
murid.
Aktiviti ii
Murid dimasukkan kepada 4
kumpulan kecil dan diminta
berada dalam kumpulan
masing-masing.
Setiap murid terlibat denganpermainan Mari Berpantun.
Setiap kumpulan diedarkan
kad arahan permainan.
Kumpulan akan dipilih secara
rawak oleh guru untuk
mengambil teks pantun.
Wakil dalam kumpulan
diminta untuk membaca
BBM
Teks pantun Ibu
dan Bapa
Komputer riba
Skrin
LCD
Alat perakam
(Microsoft One
Note) Kad arahan
Permainan Bahasa
Mari Berpantun
(Lampiran)
Borang penilaian
bacaan pantun 4 teks pantun
dalam Permainan
Mari BerpantunBCB
Membuat
persembahan
pembacaan
pantun.
KB
Membuat
penghakiman
KP
Verbal linguistik
Intrapersonal
Interpersonal
Nilai murni
Yakin
Berani
-
7/22/2019 Aseimen Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
34/54
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 34
pantun yang dipilih secara
rawak daripada guru.
Beberapa orang murid yang
dipilih guru akan mengisi
borang penilaian rakan yang
membaca pantun.
Aktiviti iii
Murid-murid membuat kiraan
markah untuk m