Download - 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 1/27
PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3WARISAN KEPELBAGAIAN KAUM
(PERMAINAN TRADISIONAL)
-GASING
-CONGKAK
NAMA:RAJA NOR AZIRA BT RAJA ANUAR
NO I/C : 950304-10-5952
TINGKATAN:3 EFISIEN
NAMA GURU : PN. SARINA BT ROMI
TARIKH :
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 2/27
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Pengenalan
2 Penghargaan
3 Tarikh/Tempoh Perlaksanaan
4 Guru Pemantau
5 Objektif Projek
6 Perancangan Projek
7 Perlaksanaan Projek
8 Refleksi9 Masalah
10 Cadangan
11 Rujukan
PENGENALANSaya Raja Nor Azira Bt Raja Anuar murid Tingkatan 3 Efisien
bersama tiga lagi ahli kumpulan saya ,iaitu Siti
Safuah,Nurshadatul Zaliq dan Nabilah Hamzah telah memilih
tajuk “Warisan Kepelbagaian Kaum(Permainan Tradisional)”.
Permainan yang kami pilih ialah congkak dan gasing.kami telah
membincang dan mencari rujukan di perpustakaan untuk
menyempurnakan projek ini.Guru yang memantau projek kami ialah
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 3/27
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 4/27
Pn. Sarinaa Bt Romi kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau
dalam menjalankan Kerja Kursus Sivik ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya
Sawyah Bt Abdul Rahaman dan bapa saya Raja Anuar Bt Raja Mazlan yang
telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan
kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.
Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
kelas 3 Efisien yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala
pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang
telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung,
sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.
TARIKH/TEMPOHPERLAKSANAAN
Kami telah diberi tugas ini pada 9 April 2010 hingga 10 Mei
2010.Projek ini diberi tempoh selama sebulan untuk disiapkan.Saya
melaksanakan projek ini selama 3 minggu.Saya telah membuat
jadual kerja untuk melaksanakan projek ini dengan sempurna.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 5/27
Alhamdullilah,akhirnya saya telah melaksanakan projek ini dengan
bantuan rakan-rakan dan keluarga serta guru saya dengan
sempurnanya.
Projek ini telah disiap pada tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10
Mei 2010.
GURU PEMANTAUGuru Sivik saya iaitu Pn. Sarina Bt Romi telah memantau projek
ini.Setiap minggu,beliau akan memantau projek ini supaya projek
ini siap.Saya juga meminta beliau tunjuk ajar dan idea supaya
projek ini siap pada masa yang ditetapkan dan sempurna.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 6/27
OBJEKTIF PROJEK
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang
berikut:
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 7/27
• Mengenal pasti permainan tradisional di Malaysia
• Mengetahui asal-usul gasing dan congkak
• Mengetahui jenis-jenis gasing dan congkak
• Mempelajari bagaimana cara membuat gasing
• Mengetahui cara-cara bermain gasing dan congkak
PERANCANGAN
PROJEKSaya dan kumpulan saya iaitu Siti Safuah Bt Razak ,Nabilah Bt
Hamzah dan Nursahadatul Zaliq Bt Mohd Rohi telah merancang
membuat projek ini.Tujuan kami merancang supaya projek ini
selesai pada masa yang ditetapkan.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 8/27
Tarikh Projek
13 APRIL 2010 Mencari maklumat dan memberi
idea
23 APRIL 2010 Membuat laporan
25 APRIL 2010 Menyiapkan projek
-Pendahluan
-Penghargaan
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 9/27
-Tarikh/tempoh Perlaksanaan
-Guru pemantau
27 APRIL 2010 Menyiapkan projek
-Objektif Kajian
-Perlaksanaan Projek
1 MEI 2010 Menyiapkan projek
-Refleksi
-Masalah
-Cadangan
-Rujukan
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 10/27
PERLAKSANAAN
PROJEK
PENGENALAN
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat
sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 11/27
royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh
dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran
resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara
hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada
individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja
dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi
berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan
kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan
mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan
keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung
berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar
memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan
interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 12/27
yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang
masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan
itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
GASING
ASAL USUL GASING
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang
memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing
Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
JENIS-JENIS GASING
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 13/27
GASING JANTUNG
GASING PIRING/LEPER
GASING KELAMAR
GASING TELUR
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 14/27
GASING BEREMBANG
GASING MELAYU
GASING CINA
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 15/27
GASING BUKU BENANG
GASING TANJUNG
CARA MEMBUAT GASING
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 16/27
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau
darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak
mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,
penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti
manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat
gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan
bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi
paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi
bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah
indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala
gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau
untuk gasing uri sahaja.
CARA BERMAIN
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 17/27
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing
uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk
gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda
dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian
bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi
serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5
meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.
Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali
yang melilit jambuhnya direnggut.
PERTANDINGAN GASING
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 18/27
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih
bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
GASING URI
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang
memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada
kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga
diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45
cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm.
Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat,
bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang
telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira
pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih
daripada satu jam.
GASING PANGKAH
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 19/27
Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri
daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan
pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang
mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya
paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan
dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-
tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka.
Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing
pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun
sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat
berhenti berpusing.Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai
jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan
dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika
salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi
markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi
kini menjadi pasukan menanti pula.
CONGKAK
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 20/27
ASAL USUL CONGKAK
Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji
getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga
Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama
pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
PAPAN CONGKAK
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada
batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 21/27
diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian
badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis
pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya
permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung
kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain
yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang
besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada
papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini
diisikan dengan buah congkak sama banyak.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 22/27
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 23/27
CARA BERMAIN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan
diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil
giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir
jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya
buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati
di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 24/27
REFLEKSI
Saya berasa gembira kerana telah menyiapkan projek ini dengan
jayanya.Semasa menjalani projek ini saya dapat mengetahui
pelbagai jenis permainan tradisional.Saya juga dapat mengetahui
asal-usul congkak dan gasing.Selain itu,saya juga dapat mengetahui
jenis-jenis congkak dan gasing.Seterusnya,saya dapat bermain
congkak dan gasing.Saya dan ahli kumpulan saya dapat
bekerjasama untuk menjayakan projek ini.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 25/27
MASALAHSemasa menjalankan projek ini,saya dan rakan-rakan saya
mempunyai beberapa masalah.Antara masalah ialah kami tidak
mengikut jadual yang kami rancangkan kerana salah seorang
daripada rakan kami ada hal peribadi.Selain itu,kami tidak dapat
bermain gasing kerana sukar mencari gasing.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 26/27
CADANGANSaya mencandangkan supaya permainan tradisional ini tidak
dilupakan oleh generasi baru.Saya rasa pihak sekolah mengadakan
pertandingan permainan tradisional supaya generasi kini
mengetahui permainan tradisional.Ibubapa juga menerangkan dan
mengajar anak-anak mereka bermain permainan tradisional ketika
waktu lapang.Kesimpulannya,permainan tradisional akan kembali
popular di kalangan generasi baru dan tidak dilupakan.
8/8/2019 30765440 Folio Sivik Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/30765440-folio-sivik-tingkatan-3 27/27
RUJUKAN
INTERNET
http://images.google.com.my/images
http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm
BUKU RUJUKAN