dondang sayang zabrina

Upload: ernieyanti-bakri

Post on 14-Apr-2018

564 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    1/13

    PENGENALAN

    Bagi tugasan ini saya telah memilih persembahan Dondang Sayang untuk

    dianalisa. Dondang Sayang dianggap sebagai lagu asli rakyat Melaka. Ia merupakan

    salah satu seni istana yang begitu popular pada abad ke-15 iaitu pada Zaman

    Keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Setelah Kesultanan melayu Melaka jatuh,

    tradisi ini menular di kalangan rakyat jelata.

    Dondang Sayang terus berkembang sehingga berjaya menarik perhatian

    mesyarakat cina terutamanya kaum Baba, masyarakat India Cettiar dan juga

    masyarakat keturunan Portugis di Melaka. Sesiapa yang menyaksikan persembahan

    Dondang Sayang Melaka tentunya terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik di negeri

    ini mendendangkan lagu warisan itu dengan baik.

    Ada pihak yang membahagikan lagu melayu kepada dua kumpulan yang umum

    iaitu lagu-lagu asli dan lagu-lagu bercorak langgam. Dua jenis lagu Melayu yang agak

    berlainan coraknya dengan lagu-lagu asli dan juga langgam ialah lagu-lagu berirama

    joget dan lagu Dondang Sayang. Gelaran yang pernah diberikan kepada lagu

    Dondang Sayang ialah Penghulu Lagu. Sebelum Perang Dunia Kedua dahulu, di

    samping lagu-lagu joget, lagu Dondang Sayang amat terkenal, terutamanya di Melaka.

    Dondang Sayang boleh didefinasikan sebagai lagu kasih atau nyanyian kasih

    yang amat sayu dan lembut. Perkataan dondang sebenarnya berasal daripada

    perkataan dendang yang bermaksud nyanyian atau lagu yang menghiburkan hati.

    Sementara sayang membawa ertai kasih. Muzik tradisi ini lahir daripada kombinasi

    seni sastera dan seni lagu. Dalam Dondang Sayang muzik menjafi alat yang penting

    dan berperanan sebagai pengiring. Gubahan alat muzik dengan lagu dalam Dondang

    Sayang akan membangkitkan suatu kesegaran yang mengaghairahkan.

    Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual

    beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh

    pemain biola yang bertugas untuk membelkalkan melodi kauntar dalam persembahan

    mereka.

    DONDANG SAYANG

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    2/13

    Sehingga kini masih belum ada ahli-ahli sejarah budaya atau ahli-ahli kesenian

    kita yang telah membuat kajian tentang asal-usul Dondang Sayang secara mendalam.

    Bagaimanapun ada pendapat-pendapat ringkas yang menyatakan lagu tersebut berasal

    dari daerah Riau, Indonesia. Beberapa tulisan mengenainya lebih menekankan kepada

    aspek pantun yang dinyanyikan dalam Dondang Sayang, kurang atau tidak langsung

    memperkatakan tentang asal-usul Dondang Sayang.

    Maklumat yang terbaru mengenai Dondang Sayang dapat kita baca dalam buku

    ditulis oleh Madulara yang bertajuk Dondang Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka.

    Dalam buku ini menyatakan bahawa ada tiga pendapat yang hampir tepat mengenai

    sejarah mulanya tercipta Dondang Sayang.

    Pendapat pertama menyatakan bahawa Dondang Sayang mula wujud p[ada

    saat-saat akhir Kerajaan Melayu iaitu pada akhir kurun Masihi ke 15. Pada peringkat

    permulaan, lagu-lagu yang ditonjolkan berbentuk siulan, suara halus dan tidak begitu

    jelas. Lagunya berbentuk pantun yang hanya didendangkan untuk melayan perasaan.

    Ia juga dinamakan sebagai lagu nasib.

    Satu ripada faktor yang menyokong pendapat di atas menyatakan bahawaDondang Sayang dicipta dan dilahirkan di Pulau Sebang, Tampin, Melaka. Masa

    kewujudannya tidak jelas tetapi mengikut andaian ia dikatakan muncul diantara 1400

    hingga 1504 masihi. Pencapaian Dondang Sayang dikatakan dicipta khas untuk

    meraikan Datuk Temenggung ke daerah tersebut sebagai pembesar negeri dalam

    lawatan Kerajaan Melayu Melaka di zaman lampau. Menurut ceritanya lagi sebatang

    pokok kelapa telah ditebang, batangnya digunakan untuk membuat rebana dan

    gendang. Tetapi ada juga yang menyatakan, yang ditebang itu adalah sebatang pokok

    laka (melaka) dan batangnya digunakan untuk membuat tambur dan rebana (tambur

    adalah gendang). Hasil daripada itu terciptalah alat muzik paluan bagi mengiringi lagu

    nasib seperti yang ternyata dalam faktor pertama.

    Sementara itu ada pula pendapat yang bulat-bulat menyatakan Dondang

    Sayanag lahir kerana pengaruh seni Portugis dan masyarakat Portugislah yang berjaya

    melahirkan Dondang Sayang di negara kita. Pendapat ini adlah berdasarkan kepada

    ASAL USUL DONDANG SAYANG

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    3/13

    dua faktor yang ketara, yang pertama ialah biola dibawa masuk ke rantau ini dari

    Eropah. Keduanya ialah berdasarkan kepada sikap dan cara hidup Portugis yang

    gemar bersukaria dan berhibur maka merekalah yang memperkenalkan Dondang

    Sayang kepada masyarakat tempatan.

    Sejauh manakah kebenaran pendapat menyatakan bahawa orang Portugis yang

    melahirkan Dondang Sayang dapat diteliti dalam dua faktor, iaitu faktor iklim dan lagu.

    Portugal terletak dalam kawasan sederhana manakala Melaka terletak berhampiran

    dengan garisan Khatulistiwa. Antara dua negara ini iklimnya sangat berbeza. Orang

    Eropah dengan gerak cergasnya sesuai dengan iklim negaranya. Berbeza dengan iklim

    di Melaka yangh membenarkan penduduknay berlemah lembut dan berlintuk-lintuk.

    Adakah lagu-lagu Klasik Barat yang berbentuk Melankolik atau mempunyai

    bentuk yang sama atau hampir sama atau dengan lagu-lagu klasik atau lagu asli

    penduduk di dunia sebelah sini khususnya yang dikenali sebagai Melayu? Berdasarkan

    kepada dua faktor ini adalah amat sukar diterima bahawa orang-orang Portugis yang

    mencipta dan melahirka Dondang Sayang.

    Masyarakat Baba dan Nyonya atau lebih dikenali dengan sebutan Cina

    Peranakan Melaka adalah masyarakat kedua yang menjadikan Dondang Sayang

    sebagai sebahagian daripada faktor seni milik mereka selepas masyarakat Melayu. Ini

    kerana struktur hidup mereka terlalu hampir dengan masyarakat Melayu.

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    4/13

    Rentak ialah pola irama tertentu yang dikenali dan dipersetujui dalam satu

    budaya. Pola irama ini dimainkan berulang-ulang menggunakan kombinasi pelbagai

    alat muzik bertujuan mengiringi melodim lagu. Dondang Sayang menggunakan rentak

    asli. Rentak dalam lagu Dondang Sayang selalunya bergantung kepada teks lagu

    penyanyi. Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka rentak yang dimainkan

    oleh gong dan Rebana adalah cepat. Tetapi jika teks lagu tersebut mengisahkan kisah

    sedih, maka rentaknya akan menjadi lambat temponya. Rebana dan gong amat penting

    dalam menghasilkan rentak asli dalam persembahan Dondang Sayang. Melodinya pula

    dimainkan oleh alat muzi biola. Terdapat dua ton paluan dimainkan menggunakan

    rebana iaitu tak,bung dan gong.

    Rentak ini adalah berasaskan pola irama dua bar pertama yang sering

    mengalami improvasasi mengikut kretiviti pemain rabana dan bar kedua pula berfungsi

    untuk membawa balik atau mengawal pola irama yang telah diimprovisasi tadi. Lihat

    contoh irama bar 1 yang mengalami improvisasi dalam bar 3 dan 7. Walau bagaimana

    pun, improvisasi yang dibuat tidak keterlaluan hingga seolah-olah menggangu melodi

    lagu samada yang dinyanyikan atau dimainkan menggunakan alat muzik.

    RENTAK

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    5/13

    Dalam bentuk asalnya alat-alat muzik yang mengiringi naynyian Dondang

    Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua buah rebana. Biola

    merupakan alat muzik yang dibawa masuk dari Portugis. Rebana adalah alat muzik

    tradisional tempatan dan gong merupakan alat muzik yang dibawa masuk dari Negeri

    China.

    Kalau berdasarkan jumlah alat muzik yang diperlukan dalam persembahan ini,

    bermakana cuma empat orang pemuzik sahaja yang diperlukan. Serorang menggesek

    biola, dua orang memukul rebana dan seorang memalu gong. Tetapi dalam kumpulan

    pemuzik Dondang Sayang yang terdapat dalam persembahan yang telah dimuat turun

    itu mengandungi lebih daripada bilangan tersebut. Ini membolehkan penggantian

    pemuzik dilakukan terutamanya kepada pemulul rebana ataupun pemalu gong. Iola

    adalah alat penting bagi memelodikan lagu Dondang Sayang. Pendek kata, tiada biola

    maka tidak lengkaplah persembahan Dondang Sayang.

    Alat utama Dondang Sayang:

    *biola - 1

    * rebana - 2

    * gong - 1

    Alat tambahan Dondang Sayang:

    *gitar

    *akordian

    *tamborin

    *flute

    ALAT-ALAT MUZIK IRINGAN

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    6/13

    Lagu Dondang Sayang yang dinyanyikan dalam persembahan yang dimuat turun

    ini diiringi pancaragam yang menggunakan berbagai-bagai alat muzik. Dalam bentuk

    asalnya alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang ialah rebana

    kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka

    dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang

    diselingi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu. Biasanya terdapat dua orang

    penyanyi yang menyanyikan lagu Dondang Sayang dengan menjual beli pantun.

    Dalam persembahan Dondang Sayang yang disaksikan dalam You Tube yang

    telah dimuat turun ini, gesekan biola mendahului alat-alat muzik yang lain, kemudian

    diikuti dengan permainan rebana dan gong. Selepas introduksi baharulah disusuli

    dengan nyanyian. Ketiga-tiga alat muzik ini akan mengiringi pantun yang dinyanyikan

    dengan irama yang berulang-ulang sehingga persembahan tamat. Iringan muzik atau

    interlude dimainkan diantara rangkap-rangkap pantun.

    Biola memainkan peranan utama dalam persembahan Dopndang Sayang ini. Ia

    merupakan pembawa melodi. Dua rebana yang digunakan bagi mengiringi nyanyian

    Dondang Sayang dipalu dengan cara tersendiri. Satu daripadanya memainkan rentak

    lagu manakala satu lagi memainkan bunga-bungaan atau tingkahan mengikut rentak

    lagu bagi menambah keindahan rentak lagu Dondang Sayang. Gong adalah penting

    untuk memberi detik lagu Dondang Sayang. Gong adalah berentak asli seperti joget

    dan inang.

    Nyanyian Dondang Sayang disampaikan dalam video ini adalah dalam bentuk

    asli. Kelembutan alunan lagu disampaikan secara bersahaja dengan ayunan suara

    yang lemah gemalai. Dalam nyanyian Dondang Sayang ini disisipkan dengan usikan

    dan gurauan mesra.

    Pantun-pantun yang dinyanyikan adalah jenis pantun empat kerat. Pantun-

    pantun itu didendangkan sebaris demi sebaris. Baris pertama pembayang maksud

    TEKNIK PERMAINAN ALAT MUZIK DONDANG SAYANG

    CARA PERSEMBAHAN DONDANG SAYANG

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    7/13

    diulang selepas baris kedua, bersama-sama dengan baris maksud pantun yang

    pertama. Ini kemudian diikuti dengansebutan Dondang Sayang. Dendangan

    seterusnya ialah dendangan baris kedua maksudpantun itu dan diikuti dengan ulangan

    baris pertaman maksud pantun itu. Seterusnya ialah sebutan perkataan Dondang

    Sayang dan kemudian diulang semula baris kedua maksud pantun. Dengan itu

    berakhirlah dendangan satu rangkap pantun. Rangkap-rangkap seterusnya akan

    didendang dengan cara dan gaya yang sama seperti di atas. Pantun-pantun yang

    dinyanyikan sebagai pemula nyanyian ialah :

    Sayang bangau bulunya putih,

    Bersama dengan si burung undan

    Saya datang perahu upih,

    Hendak menumpang permainan tuan.

    Sayang Cik Sulung membawa perca,

    Perca bernamasepotong lain,

    Surat belum habis dibaca,

    Hajat hati tumpang bermain.

    Cara dan gaya persembahan Dondang Sayang adalah amat menarik. Biasanya

    Dondang Sayang dinyanyikan oleh dua orangpenyanyi untuk mewujudkan suasana

    berbalas pantun. Lazimnya penyanyi Dondang Sayangterdiri daripada seorang lelaki

    dan seorang perempuan. Penyanyi Dondang Sayang terdiri daripada mereka yang

    berpengalaman dan mempunyai daya fikiran yang pantas dan tajam dapat membalas

    pantun dengan secara spontan. Penyanyinya hanya mempunyai masa yang singkatbuntuk membalas pantun iaitu semasa interlute oleh pemuzik.

    Pada umumnya orang yang pandai menyanyikan lagu Dondang Sayang juga

    berkebolehan dan cekapmengarang pantun. Golongan ini dapatberpantun secara

    spontan bukan dengan tertulis terlebih dahulu tetapi ilham dilahirkan dalam jangkla

    masa yang amat singkat. Sebaliknya orang yang pandai berpantun tidak semestinya

    boleh menyanyi lagu Dondang Sayang.

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    8/13

    Biasanya penyanyi Dondang Sayang berasa ghairah atau tambah semangat

    apabila pantunnya dapat dijawab oleh lawannya. Jawapan yang tepat seolah-olah

    memberi ilham baru pada penyanyi itu untuk mencipta pantun yanglain bagi

    menewaskan lawannya. Penyanyi yang cekap sering menjawab pantun lawannya

    dengan pantun sindiran bagi menggambarkankelemahan lawannya. Selanjutnya

    penyanyi yang terkenan sindiran itu akan berusaha mencipta pantun yang lebih tajam

    lagi kiasan atau sindirannya sebagai balasan. Demikianlahyang kerap berl;aku kalaulagu Dondang Sayang dinyanyikan oleh penyanyi yangbenar-benar arif menyanyikan

    lagu tersebut.

    Pantun sindiran yang indah pada bentuk dan tepat isinya telah menjadi pusaka

    perbendaharaan sastera. Beberapa rangkap pantun sindiran yang dinyanyikan dalam

    lagu Dondang Sayang itu ialah ;

    Disangka panas di tengah padang,

    Kiranya urat jawi-jawi,

    Kusangka panas hingga ke petang,

    Kiranaya hujan di tengah hari.

    Pilih-pilh tempat mandi,

    Pertama teluk kedua pantai,

    Pilih-pilih tempat menjadi,

    Pertama elok kedua pandai.

    Meninjau berpadi masak,

    Batang kapas bertimbul jalan,

    Hati risau dibawa gelak,

    Bagai panas mengandung hujan.

    Hinggap merpati di dahan senduduk,

    Gugur pinang ditiup badai,

    Jangan seperti malang Pak Kaduk,

    Ayam menang kempung tergadai.

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    9/13

    Tema pantun yang dinyanyikan adalah mengisahkan kasihsayang, ibarat,

    masalah budi, sindiran, teka-teki, senda gurau dan sebagainya. Pembayang maksud

    setiap pantun sering diambil daripada alam sekeliling atau keindahan alam pada

    umumnya dan kadang kala menyebut watak individu yang terrkenal dalam masyarakat

    ataupun nama-nama tempat.

    Beberapa pantun lama yang dinyanyikan dalam persembahan Dondang Sayangialah seperi berikut:

    Berlari-lari bukannya kijang,

    Pandan tersandar di ujungnya,

    Bernyanyi-nyanyi bukan dek riang,

    Badan tersandar pada untungnya

    Angin barat gelombang utara,

    Tinggi petak dari ruang,

    Jangan diharap semacam saya,

    Budi tiada bahasa pun kurang.

    Dalam perkembangan nyanyian Dondang Sayang kini kelemahan yang amat

    ketara ialah pada pantun yang didengarkan terutamanya dari segi bahasa dan

    ungkapan pembayang pantun. Kerap terdengar kata-kata atau ungkapan yang kurang

    tepat dan tidak sepadan dengan isi atau maksud pantun. Kadang-kadang tersisip

    perkataan-perkataan atau kata-kata yang sengaja dibuat-buat untuk tujuan tertentu

    yang menyebabkan cacat kesempurnaan pantun yang dinyanyikan. Walau

    bagaimanapun sumbangan penyanyi Dondang Sayang kepada pengisian

    perbendaharaan pantun adalah besar.

    Dalam usaha memperluaskan lagi lagu Dondang Sayang digubah bersama

    iringan tarian sebagai penyeri nayanyian lagu . Ini diberi nama tarian Dondang Sayang.

    Ahli-ahli seni tari kita cuba meresapkan kata-kata curahan kalbu penyanyi dalam gerak

    langkah, lenggang dan gaya serta irama tarian, mengikut bentuk dan irama tarian.

    Bentuk dan corak tarian itu selari dengan alunan lagu yang mendayu dan beralun. Ada

    rangkapan pantundigubah orang sebagai pengiring tari.

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    10/13

    Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang

    unik dan istimewa. Berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di negeri

    Melaka Dondang Sayang sememangnya telah menjadi sinonim dengan negeri dan

    rakyatnya. Ia bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai

    saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Dondang Sayang antara medium

    komunikasi tradisi masyarakat Melaka yang penting pada suatu ketika dahulu.

    Diondang Sayang sebagai media warisan amat penting dalam proses komunikasi tidak

    hanyab melibatkan manusia sahaja, malah peralatan muziknya juga membantu proses

    tersebut. Gendang boleh digunakan sebagai alat komunikasi tanpa lisan bagi

    menyampaikan mesej kepada penonton dan orang ramai. Komunikasi lisan pula

    disampaikan melaui Lagu mereka, gendang pula sebagai komunikasi Tanpa Lisan yangdigunakan bagi menjelaskan sesuatu mesej tersebut dan menaikkan semangat.

    Dondang Sayang menjadi alat media dalam proses komunikasi yang berfungsi member

    maklumat, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Dondang Sayang banyak

    memberi kita input yang berguna didalam bentuk pantun nasihat yang dinyatakan

    secara halus dan berseni. Biarpun zaman dan generasi berubah, pantun Dondang

    Sayang masih boleh dijadikan sumber pengajaran terhadap generasi muda masakini. Walaupun masyarakat melayu silam jarang berkebolehan menulis, mereka

    mengeluarkan kata-kata pantun dengan begitu indah sekali dengan pelbagai maksud

    yang tersirat, Mereka berbalas-balas pantun diantara satu sama lain. Dondang Sayang

    merupakan hiburan yang menjadikan pantun sebagai senikatanya. Secara tidak

    langsung pantun akan terus digunakan selagi Dondang Sayang dimainkan. Dalam

    tradisi Malayu, mendodoikan anak sebelum tidur merupakan amalan yang dilakukan di

    mana-mana juga. Bagi orang Malaka, mengalunkan Dondang Sayang walaupun tidak

    sempurna adalah menjadi kelaziman. Dondang Sayang diperkenalkan sejak anakmasih di dalam buaian. Tidak syak lagi, ia merupakan pembentukan jiwa dan akhlak

    serta minat terhadap Dondang Sayang, Masyarakat Malayu terutamanaya golongan tua

    kaya dengan pelbagai nasihat. Maka terciptalah pantun-pantun Dondang Sayang yang

    digunakan sebagai tujuan didikan dan nasihat. Ia memberikan peringatan dan pedoman

    kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.

    PERANAN DALAM MASYARAKAT

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    11/13

    Dondang Sayang juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang

    dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna

    kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Dondang Sayang

    juga digunakan untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih kepada

    orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Dondang Sayang juga digunakan untuk

    sindiran dan tempelak untuk menggambarkan rasa tidakpuas hati terhadap sesuatu

    dengan bahasa yang berselindung atau dengankatan lain secara tidak berterus terang.

    Melalui Dondang Sayang masyarakat dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama

    ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang

    indah. Hal ini bertujuan mengelakkan pertelingkahan dan akhirnya pergaduhan diantara

    mereka. Dondang Sayang juga boleh dijadikan media untuk menguji minda dan

    mencabar ketangkasan fikiran.

    Dondang Sayang juga boleh menjadi sebagai punca rezeki penduduk negeri

    Malaka amnya. Ekonomi berkembang dimana ia menggalakkan perusahaan

    pelancongan yang menaikkan imej Negara di mata dunia jesteru menghasilkan sumber

    pendapatan. Peluang pekerjaan juga semakin luas. Dondang Sayang juga telah

    menyatupadukan masyarakat Melaka seperti Melayu, Cina Peranakan, masyarakat

    India Cettiar dan juga masyarakat keturunan Portugis di Melaka. Sesiapa yang

    menyaksikan persembahan Dondang Sayang Melaka tentunya terpegun dengan

    kebolehan pelbagai etnik di negeri ini mendendangkan lagu warisan itu dengan baik.

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    12/13

    MELODI

    Melodi dalam Dondang Sayang dimainkan oleh alat muzik biola atau akordian.

    Pada pendahuluan lagu melodi yang dimainkan oleh biola dapat dianggap sebagai

    pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Dondang Sayang terdapat baris

    melodi dan lagu ini berasaskan skel heptatonik. Struktur jeda dalam skel ini menyeruPai

    mod miksolodian. Setiap frasa melodi dan senikata lagu dalam lagu ini dinyanyikan

    secara rangkaian melisma dan gaya nyanyian utamanya adalah silabik dan melodi

    bergerak secara bertingkat.Kaunter melodi menaik-turun diutamakan dalam lagu ini.

    Baris nyanyian tukang karut dan korus tidak kompleks. Tumpuan kepada senikata yang

    terang dan melodi yang mudah dinyanyikan. Ini penting supaya muzik vokal itu mudah

    difahami dan menarik minat penonton.

    BENTUK

    Pada umumnya form lagu Dondang Sayang Berbentuk Tinary ABABA mengikut

    srtuktur pantun 4 baris iaitu ada pembayang dan ada maksud. Namun dari segi muzikal

    setiap senikata dalam pantun mengandungi 2 frasa melodi yang berlainan. Dan pantun

    yang lengkap mengandungi 24 bar yang terdiri daripada 8 frasa melodi, Range laguDondang Sayang pula tidak luas iaitu tiada not yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    Bagi nyanyian Dondang Sayang pula, ianya tidak komplek dan biasanya berupa

    spontan, Ciri ini kedapatan kerana foKus bahagian penyanyi lebih kepada improvisasi

    melodi atau senikata lagu. Improvisasi ini penting kerana ia berupaya menarik minat

    penonton melalui kretiviti penyanyi melalui gaya persembahnnya dan nyanyiannya .

    HARMONI

    Dondang Sayang berbentuk monofonik Iaitu hanya melodi biola sahaja tanpa kord.

    Melodi tidak diiringi oleh kord tetapi diiringi oleh rentak inang yang dimainkan oleh

    rebana dan gong.

    KONSEP MUZIK DALAM LAGU DONDANG SAYANG

  • 7/30/2019 Dondang Sayang Zabrina

    13/13

    EKSPRESI

    Ekspresi dalam lagu Dondang Sayang selalunya bergantung kepada teks lagu

    penyanyi. Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka ekspresi lagunya adalah

    gembira. Tetapi jika teks lagu tersebut mengisahkan kisah yang sedih, maka rentaknya

    akan menjadi lambat temponya menunjukkan ekspresi yang sedih.

    PENYANYI/PEMUZIK

    Penyanyi yang sering menyanyikan lagu Dondang Sayang ialah Kamariah Noor,

    SM Salim, Sharifah Aini dan Noraniza Idris. Manakala pemuzik yang terkenal dengan

    lagu-lagu Dondang Sayang ialah Hamzah Dolmat.

    Dondang Sayang amat menarik untuk dikaji, sayangnya sehingga kini belum ada

    diantara kita yang melakukan kajian secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh

    tentang Dondang Sayang. Sekarang begitu kurang penyanyi muda yang meminati

    Dondang Sayang. Jikalau keadaan demikian diabaikan, masa depan lagu dan nyanyian

    Dondang Sayang akan muram. Bagi saya tidak berlebihan jikalau dikatakan bahawa

    seorang penyanyi Malaysia umumnya dan penyanyi Melayu khususnya belum boleh

    diikhtiraf sebagai penyanyi yang berkebolehan kalau tidak tahu menyanyikan lagu

    Dondang Sayang.

    Hari ini Dondang Sayang jarang-jarang didendangkan oleh pancaragam moden

    kecuali jikalau ada permintaan atau aturcara persembahan yang tertentu. Kumpulan-

    kumpulan Dondang Sayang yang wujud kini tidak begitu terkenal di kalangan

    masyarakat umum, kecuali sekali sekala dapat dilihat persembahan mereka melalui

    televisyen atau siaran radio

    KESIMPULAN