dokumenta si

Upload: s-hashidah-mn

Post on 19-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Laporan Aktiviti

Tarikh:21 Oktober 2011Masa:7.30 pagi 10.30 pagiTempat:Dewan PIBG SMK Seri KembanganLaporan Aktiviti :Pada 21 Oktober yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) di Dewan PIBG SMK Seri Kembangan. Program ini yang diadakan sempena sambutan Hari Deepavali berjalan dengan lancar dan meriah. Di antara barisan tetamu yang menyerikan program pada tahun ini adalah Dato Liew Yuen Kong, bapa angkat SMK Seri Kembangan yang juga merupakan DUN kawasan Seri Kembangan, Dato Ivan Hoe Wat Sing, YDP PIBG SMK Seri Kembangan, dan Encik Litt Whye Chee, Pengerusi Persatuan Bekas Murid. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Seri Kembangan En Tay Keng Lee yang kelihatan begitu segak dalam pakaian tradisional kaum India. Ini diikuti oleh ucapan oleh Encik Litt Whye Chee dan Dato Liew Yuen Kong. Setelah dikalungkan dengan kalungan cendana oleh Tuan Pengetua, Dato Liew Yuen Kong merasmikan sambutan dengan menyalakan kuthu vilakku.Seterusnya, adik Noel dari Tingkatan 3 Daisi 1 memberi penerangan tentang Hari Deepavali serta mengapa Deepavali di raikan oleh kaum India. Ini disusuli pula dengan tarian Bharathanatyam oleh adik Jhanani dari Tingkatan 5D5 dan nyanyian lagu Tamil berjudul Chinna-Chinna Asai oleh pasangan Joanne Guan dan Au Hui Shan yang amat mempesonakan penonton. Sambutan diteruskan dengan sebuah sketsa tentang bagaimana perayaan Depavali bermula, Tarian 1 Malaysia, persembahan pasukan pancaragam sekolah, sebuah lagi tarian tarian traditional kaum India yang di namakan Kolattam, Lagu Rampaian yang merupakan gabungan 3 bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa India, sebuah fashion show yang mempamerkan kecantikan dan keunikan pakaian tradisional kaum India, serta rangkaian Gendang 24 Musim 1Malaysia, Kompang dan Urumi yang menggegarkan dewan sekolah. Untuk memeriahkan lagi suasana, beberapa pertandingan seperti Pertandingan Menulis Tulisan Tamil, Pertandingan Membuat Murukku dan Pertandingan Pakaian Tradisional Terbaik yang mencuit hati penonton telah di selang-selikan.Majlis di teruskan dengan pemberian hamper Deepavali kepada segelintir ibu bapa oleh Dato Liew Yuen Kong, serta pemberian hadiah dan cenderahati kepada pemenang pertandingan oleh Tuan Pengetua , Encik Tay Keng Lee.

Kebaikan Program :Program ini telah memberi peluang kepada murid dan guru dari pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang serta memupuk perpaduan dan integrasi di kalangan murid dan guru yang pelbagai kaum.

Kepincangan Program:Tiada kepincangan yang ketara. Kesemua warga SMK Seri Kembangan kelihatan ceria.