dokumen standard prestasi pendidikan muzik tingkatan 2

25
DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2 28 September 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 2

Upload: dodien

Post on 28-Jan-2017

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012  

STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK

TINGKATAN 2

Page 2: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Page 3: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

3

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK Kurikulum Pendidikan Muzik menengah rendah bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk memperkembang aptitud mereka dalam seni muzik di samping mempertingkat cita rasa muzikal yang membolehkan pelajar menikmati, menghargai, dan mereka cipta muzik ke arah melahirkan insan yang seimbang, kreatif, berdisiplin dan harmonis.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK

Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah rendah, pelajar

1. mempunyai pengetahuan dan kefahaman konsep muzik

2. mempunyai pengetahuan dan kefahaman sistem notasi dan konvensi penulisan muzik

3. berkebolehan membaca dan menotasi muzik

4. berkebolehan menyanyi secara solo dan ensembel dengan mengamalkan teknik yang betul

5. berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik konvensional dan tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul

6. berkebolehan meneroka dan mengeksperimen kesan bunyi daripada pelbagai alat muzik dengan teknik yang tidak konvensional

7. berkebolehan membuat improvisasi dan mereka cipta bahan muzik

8. berkebolehan menilai dan membuat rumusan hasil karya dan persembahan muzik

Page 4: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

4

9. dapat mengamalkan etika sebagai performer dan sebagai audien persembahan muzik

10. dapat mengamalkan sikap bertoleransi, bertanggung jawab, berinisiatif, bekerjasama dan beretika

Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah 2003.

Page 5: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

5

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 6: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

6

TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang di ketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard di

mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan

dikuasai berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan

dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Page 7: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

7

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Page 8: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

8

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui asas muzik dan nilai sahsiah

2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik serta menerapkan nilai sahsiah

3

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai nilai sahsiah

4

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta mengamalkan nilai sahsiah

5

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalam nilai sahsiah

6

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya secara kreatif dalam aktiviti muzikal serta menjadi contoh dan boleh menunjuk cara dengan betul dan tepat serta berkeperibadian mulia dalam nilai sahsiah

Page 9: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

9

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1 Mengetahui asas muzik dan nilai sahsiah

B1D1 Pengetahuan mengenai konsep muzik

• Irama

• Melodi

• Harmoni

• Warna ton

• Tekstur

• Bentuk

• Ekspresi

• Tanda isyarat dan terminologi

B1D1E1 Menamakan jenis not dan tanda rehat B1D1E2 Menamakan meter B1D1E3 Mengenal pasti ostinato melodi B1D1E4 Menyatakan pic enharmonics B1D1E5 Mengenal pasti triad tonik B1D1E6 Menyatakan warna ton alat muzik tradisional B1D1E7 Menamakan tekstur nipis dan tebal B1D1E8 Menamakan simbol-simbol dinamik B1D1E9 Menyatakan tempo cepat dan lambat B1D1E10 Menamakan tanda isyarat, tanda kromat dan terminologi muzik

Page 10: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

10

B1D2 Pengetahuan Nyanyian mengenai register dan postur B1D3 Pengetahuan mengenai alat muzik konvensional dan tradisional B1D4 Sahsiah Pengetahuan etika persembahan

B1D2E1 Menamakan register suara ( Pengukuhan T.1) B1D2E2 Menyatakan postur semasa menyanyi (Pengukuhan T.1) B1D3E1 Menamakan bahagian-bahagian alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dan tradisional (Gamelan) B1D3E2 Menamakan sistem gongan dalam muzik gamelan B1D4E1 Menyenaraikan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan

Page 11: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

11

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2 Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik serta menerapkan nilai sahsiah

B2D1 Pengetahuan dan Kefahaman mengenai konsep muzik

• Irama

• Melodi

• Harmoni

• Warna ton

• Tekstur

• Ekspresi

• Tanda isyarat dan terminologi

B2D1E1 Menjelaskan jenis not, nilai not dan tanda rehat

B2D1E2 Menjelaskan meter 2 3 4 2 2 2 B2D1E3 Menerangkan ostinato melodi B2D1E4 Menjelaskan not enharmonics B2D1E5 Menerangkan not garis lejer pada baluk B2D1E6 Menerangkan tetrakord dalam pembinaan skel D major, Bb major B2D1E7 Menerangkan binaan triad tonik. B2D1E8 Menerangkan kontur melodi

Page 12: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

12

B2D2 Pengetahuan dan Kefahaman Nyanyian mengenai register dan postur B2D3 Pengetahuan dan Kefahaman julat bunyi alat muzik tradisional dan konvensional

B2D1E9 Membezakan ton bunyi alat-alat tradisional B2D1E10 Menerangkan tekstur heterofoni B2D1E11 Menerangkan makna simbol dinamik B2D1E12 Menerangkan maksud tempo Adagio dan Lento B2D1E13 Menerangkan maksud tanda isyarat dan terminologi muzik B2D2E1 Menerangkan register suara soprano dan alto B2D2E2 Menjelaskan postur semasa menyanyi B2D3E1 Menerangkan tentang julat bunyi alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) B2D3E2 Menerangkan tentang julat bunyi gamelan

Page 13: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

13

B2D4 Sahsiah Kefahaman tentang etika persembahan

B2D4E1 Menerangkan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan

Page 14: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh

Buat

B3 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai nilai sahsiah

B3D1 Mengaplikasi konsep muzik

• Irama

• Melodi

• Harmoni

• Warna ton

• Tekstur

• Ekspresi

• Tanda isyarat dan terminologi

B3D1E1 Menepuk semula corak irama tidak kurang dari dua bar B3D1E2 Mengisi meter pada keratan skor yang di beri dengan betul. 2 3 4 2 2 2 B3D1E3 Mengimitasi ostinato melodi yang diperdengarkan B3D1E4 Menotasikan not-not lejer pada baluk (klef trebel dan bes) B3D1E5 Menotasikan skel D major dan Bb major B3D1E6 Menotasikan triad tonik D major dan Bb major B3D1E7 Menandakan simbol / istilah dinamik pada skor lagu B3D1E8 Menandakan tempo Adagio dan lento pada skor melalui lagu yang diperdengarkan

Page 15: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

15

B3D2 Mengaplikasikan teknik nyanyian B3D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul

B3D1E9 Menandakan tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor B3D2E1 Menyanyi dengan postur yang betul B3D2E2 Menyanyi dengan teknik pernafasan dan penghasilan ton (register) yang baik B3D2E3 Menyanyi skel major secara solfa B3D2E4 Menyanyi lagu 8 bar secara unison B3D3E1 Memainkan alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dengan talaan yang betul B3D3E2 Memainkan skel major secara solo B3D3E3 Memperagakan postur dan cara memegang mallet B3D3E4 Memainkan teknik ngembiang dan mipil

Page 16: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

16

B3D4 Sahsiah Mengamalkan nilai-nilai murni dalam persembahan

B3D4E1 Mengamalkan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan

Page 17: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

17

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab

B4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta mengamalkan nilai sahsiah

B4D1 Memberi respon dan mengaplikasi konsep muzik dengan betul

• Irama

• Melodi

• Harmoni

• Warna ton

• Tekstur

• Ekspresi

• Tanda isyarat dan terminologi

B4D1E1 Menotasikan corak irama yang diperdengarkan tidak kurang dari dua bar dengan betul B4D1E2 Meletakkan garis bar berdasarkan meter yang diberi dengan betul B4D1E3 Meletakkan tanda rehat dan not berdasarkan meter yang diberi dengan betul B4D1E4 Menotasikan ostinato melodi dengan betul B4D1E5 Menggunakan nama teknikal bagi not (not tonik, subtonik, median, subdominan, dominan, submedian, subtonik / not pimpin) dalam skel mengikuti urutan dengan betul B4D1E6 Menotasi pic yang sama aras pada klef trebel dan klef bes dengan betul B4D1E7 Menotasikan skel E minor, D minor dan skel pentatonik C dengan betul B4D1E8 Menotasikan jeda major ke2, minor ke 2 dan perfek ke 4

Page 18: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

18

B4D2 Mengaplikasikan teknik nyanyian B4D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul

B4D1E9 Menotasikan triad tonik E minor dan D minor B4D1E10 Membanding beza ton alat gamelan yang diperdengarkan dengan betul B4D1E11 Memberi ulasan tentang skor dengan betul B4D2E1 Menyanyi dengan sebutan dan artikulasi dengan betul B4D2E2 Menyanyi dengan ekspresi yang betul B4D2E3 Menyanyi skel minor secara solfa dengan betul B4D2E4 Menyanyi secara berharmoni dua suara SS dan SA dengan betul B4D3E1 Memainkan alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dengan ton yang baik B4D3E2 Memainkan skel minor secara solo dengan betul

Page 19: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

19

B4D4 Sahsiah Mengamalkan nilai-nilai murni dalam persembahan

B4D3E3 Memperagakan postur dan cara memegang mallet dengan betul B4D3E4 Memainkan teknik meredam bunyi alat gamelan dengan betul B4D4E1 Mengamalkan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan dengan baik B4D4E2 Mematuhi arahan dan isyarat pemimpin semasa latihan atau persembahan dengan baik B4D4E3 Mengendali dan menjaga kebersihan serta keselamatan alat muzik dengan baik

Page 20: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

20

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab Terpuji

B5 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalam nilai sahsiah

B5D1 Memberi respon dan mengaplikasi konsep muzik dengan betul dan tepat

• Irama

• Melodi

• Harmoni

• Warna ton

• Tekstur

• Ekspresi

• Tanda isyarat dan terminologi

B5D2 Mengaplikasikan kemahiran nyanyian

B5D1E1 Mencipta corak irama tidak kurang dari dua bar dengan betul dan tepat B5D1E2 Menulis meter berdasarkan lagu yang diperdengarkan dengan betul dan tepat. B5D1E3 Melengkapkan skor dengan nilai not dan tanda rehat dengan betul dan tepat B5D1E4 Membina ostinato melodi sebanyak 2 bar dengan betul dan tepat B5D1E5 Menotasikan skel G minor dan B minor dengan betul dan tepat B5D1E6 Menotasikan triad tonik G minor dan B minor B5D1E7 Memberi ulasan tentang elemen muzik dalam skor / lagu yang diperdengarkan berdasarkan fakta yang betul dan tepat B5D2E1 Berkebolehan memfrasa dengan tepat dan betul semasa menyanyi

Page 21: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

21

B5D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul dan tepat B5D4 Sahsiah Mengamalkan nilai-nilai murni dalam persembahan

B5D2E2 Menyanyi arpeggio dan jeda secara solfa dengan betul dan tepat B5D2E3 Menyanyi secara berharmoni tiga suara SSA dan SAA dengan betul dan tepat B5D3E1 Memainkan alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dengan ton yang baik dan berkualiti B5D3E2 Memainkan arpeggio dan jeda secara solo dengan betul dan tepat B5D3E3 Memainkan alat muzik secara duet dan trio dengan imbangan bunyi yang baik B5D3E4 Memainkan lebih daripada satu alat dalam ensembel gamelan dengan teknik yang betul dan tepat B5D4E1 Menghayati etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan dengan baik

Page 22: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

22

B5D4E2 Mematuhi arahan dan isyarat pemimpin semasa latihan atau persembahan dengan betul dan tepat B5D4E3 Melaksanakan tugas jawatankuasa dalam persembahan dengan bertanggungjawab

Page 23: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

23

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan

Beradab Mithali

B6 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya secara kreatif dalam aktiviti muzikal serta menjadi contoh dan boleh menunjuk cara dengan betul dan tepat serta berkeperibadian mulia dalam nilai sahsiah

B6D1 Memberi respon dan mengaplikasi konsep muzik dengan kreatif,betul dan tepat

• Irama

• Melodi

• Harmoni

• Warna ton

• Tekstur

• Ekspresi

• Tanda isyarat dan terminolgi

B6D1E1 Mencipta corak irama lebih daripada dua bar dengan kreatif, betul dan tepat B6D1E2 Menggunakan pelbagai meter dalam ciptaan corak irama dengan kreatif, betul dan tepat B6D1E3 Mencipta melodi sepanjang 4 bar dengan pelbagai not dan tanda rehat secara kreatif, betul dan tepat B6D1E4 Membina dua corak ostinato dalam ciptaan melodi dengan betul dan tepat B6D1E5 Membina melodi berdasarkan pelbagai skel yang dipelajari dengan kreatif, betul dan tepat B6D1E6 Mendemonstrasikan triad tonik dalam kedudukan perdu pada kibod dengan betul dan tepat B6D1E7 Memberi ulasan tentang pelbagai elemen muzik dalam skor / lagu yang diperdengarkan berdasarkan fakta yang betul dan tepat

Page 24: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

24

B6D2 Mengaplikasikan kemahiran nyanyian secara kreatif, betul dan tepat B6D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan kreatif, berkeyakinan serta teknik yang betul B6D4 Sahsiah Sentiasa menghayati nilai-nilai murni dalam persembahan dan pengurusan

B6D2E1 Berkebolehan menyanyi semerta mengikut skor sepanjang 4 bar dengan tepat dan betul B6D2E2 Menyanyi pelbagai karya lagu mengikut skor dengan betul dan tepat B6D2E3 Menyanyi secara berharmoni dua suara dan tiga suara sepanjang 8 bar dengan pic, tempo yang tepat dan imbangan yang baik B6D3E1 Memainkan pelbagai karya muzik dengan lancar, berkeyakinan dan ekspresif B6D3E2 Memainkan alat muzik secara kuartet dengan imbangan bunyi yang baik B6D3E3 Memainkan pelbagai karya dengan menguasai lebih daripada dua alat dalam ensembel gamelan dengan teknik yang betul dan tepat B6D4E1 Sentiasa menghayati etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan B6D4E2 Memimpin pasukan semasa latihan atau persembahan

Page 25: Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Muzik Tingkatan 2

DRAF DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 2  28 September 2012

25