dokumen standard dunia muzik tahun 1

31
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MUZIK TAHUN SATU 2010 DRAF

Upload: eikhwa

Post on 09-Aug-2015

872 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MUZIK

TAHUN SATU

2010

DRAF

Page 2: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU

MUZIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2010

Page 3: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 4: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 5: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 6: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

K A N D U N G A N

RUKUNEGARA i

FALSAFAH PENDIDIKAN i

PENDAHULUAN ii

M A T L A M A T ii

O B J E K T I F iii

F O K U S M A T A P E L A J A R A N iii

O R G A N I S A S I K A N D U N G A N iv

S T A N D A R D (Kandungan dan Pembelajaran)

Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun 1 1

Glosari

8

Page 7: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 8: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 9: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 10: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

iii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara

adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap

tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai

corak; membina satu masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

Page 11: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

iv

PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan

program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan.

Kurikulum ini digubal dengan memberikan tumpuan kepada

perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang

muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk

meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi

terhadap estetika muzik. Untuk mencapai tujuan ini,

kurikulum ini dibina dengan bertumpu kepada empat modul

kurikulum utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan

Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi

Muzik.

MATLAMAT

Kurikulum Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk

membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif

yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual

menerusi aktiviti muzikal.

Page 12: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

v

OBJEKTIF

Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk

membolehkan murid mencapai standard pembelajaran

berikut;

i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

iv. membaca dan menulis notasi muzik,

v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;

Modul Pengalaman Muzikal Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Modul Penghasilan Muzik Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. Modul Apresiasi Muzik Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.

Page 13: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

vi

ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Muzik Sekolah Rendah merupakan program

pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun

satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun

berasaskan modul kurikulum berikut:

i. Pengalaman Muzikal

ii. Penghasilan Muzik

iii. Apresiasi Muzik

iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Susunan keempat-empat modul kurikulum ini bukanlah

hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan

kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap modul

kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard

Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu

dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran

menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid.

Pada tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan

pendekatan bertema yang menitikberatkan elemen-elemen

kreativiti. Antara tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik,

Mulanya Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini

dirancang sebagai paltform awal kepada murid untuk

meningkatkan kemahiran muzikal dan berkarya secara

kreatif seterusnya lebih menghargai muzik. Pada tahun tiga

hingga enam, fokus pengajaran dan pembelajaran murid

akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu

rekorder dan xylofon serta pengenalan kepada penggunaan

perisian notasi muzik.

Page 14: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

KURIKULUM MUZIK

TAHUN 1

Page 15: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 16: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

1

KURIKULUM MUZIK TAHUN 1

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara, dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.

Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.

Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi gerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek,

mud serta lirik.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo

atau berkumpulan.

1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.

- suara bercakap

- suara menyanyi

- suara memanggil

- suara berbisik

- suara lelaki dan perempuan

Page 17: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.

- postur duduk

- postur berdiri

1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.

- pic tinggi

- pic rendah

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.

- cepat

- lambat

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.

- lembut ( p )

- kuat ( f )

Page 18: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

1.2 Memainkan perkusi secara solo atau

berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.

- postur

- cara memainkan

1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.

- cepat

- Lambat

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.

- lembut ( p )

- kuat ( f )

Page 19: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat gerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.

- dinamik kuat/ lembut

- pic tinggi/ rendah

- tempo cepat/ lambat

- bunyi panjang/ pendek

1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.

- lagu aksi (action song)

- permainan nyanyian (singing games)

Page 20: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

5

MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan

dan perkusi mulut.

Aktiviti penerokaan suara:

- meniru suara haiwan

- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

Aktiviti perkusi badan:

- bertepuk tangan

- menepuk peha

- memetik jari

Aktiviti perkusi mulut:

- klik lidah

Page 21: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 Mencipta corak irama mudah.

- mengajuk corak irama

- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan

2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.

- mengajuk melodi

- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan

Page 22: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

7

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti warna ton suara manusia.

Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai

repertoir.

3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.

- suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

- Muzik Popular

-

-

Muzik Tradisional Malaysia

Muzik Klasik Barat

3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang

didengar.

- Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut)

- tempo (cepat-lambat)

- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)

- dinamik (kuat-lembut)

Page 23: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 24: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

GLOSARI

Page 25: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 26: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

11

GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic)

Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah

yang digunakan ialah :

Istilah Simbol Makna

Piano p Bunyi lembut

Forte f Bunyi kuat

Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.

Contoh Melodi:

Page 27: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

12

PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:

a. Ghazal dari Malaysia

b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik instrumental

(Music Instrumental )

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental

boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat

(Western Classical Music)

Muzik yang berasal dari negara Barat.

Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Music Popular) Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia

(Malaysian Traditional Music)

Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.

Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

Page 28: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

13

PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Music Vocal) Muzik yang mengandungi nyanyian.

Permainan Nyanyian (Singing

Games)

Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat

muzik.

Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.

Contoh: Tempo cepat atau lambat.

Page 29: Dokumen standard dunia muzik tahun 1

14

PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.

Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.

Page 30: Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Page 31: Dokumen standard dunia muzik tahun 1