diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai...

52
Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Laman Web: www.penerangan.gov.my Portal: pmr.penerangan.gov.my E-mel : [email protected] CERTIFIED TO ISO 9001 :2008 CER1NO:MY-APR 5240 B.053 (B.M.) Ogos 2013 (060.)

Upload: others

Post on 24-Aug-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Laman Web: www.penerangan.gov.my Portal: pmr.penerangan.gov.my

E-mel : [email protected]

CERTIFIED TO ISO 9001 :2008 CER1NO:MY-APR 5240

B.053 (B.M.) Ogos 2013 (060.)

Page 2: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Terbitan

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

“...Kemerdekaan yang telah dicapai lebih lima dekad yang lalu, hasil perjuangan bapa-bapa pengasas negara kita

yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.”

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakHari Kebangsaan Malaysia ke-55

Page 3: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

PENAUNG

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekMenteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

PENASIHAT

Dato’ Haji Ibrahim Abdul RahmanKetua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia

Datuk Hajah Poziah Abdul RahmanTimbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia

Tarmidzi HashimTimbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia

SIDANG PENGARANG

Ketua PengarangHajah Azizah Awang

Timbalan Ketua PengarangKu Noor Azian Ku Azizan

PenyelarasNorhazuren Halid

PengarangRozilah KatanDzulhaimy Dahari

PenyelidikZiti Norazila Haji Mahshar

Sumber FotoUnit Fotografi, Cawangan Pusat Sumber dan Foto, Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Jabatan Penerangan

Dicetak olehYBA Print Sdn Bhd

Cetakan Pertama 2013

Hak Cipta TerpeliharaJabatan Penerangan Malaysia, 2013

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa juga cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Jabatan Penerangan MalaysiaBahagian Penerbitan Dasar NegaraAras 12, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia4G9 Persiaran Perdana Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan60200 Putrajaya

Laman Web : http://www.penerangan.gov.myE-mel : [email protected]

B.053 (B.M.) Ogos 2013 (060.)

KANDUNGAN

Rukun Negara

Pengenalan

Menelusuri Jejak Kemerdekaan

56 Tahun MerdekaMalaysiaku Berdaulat: Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku

Meniti Arus Kemerdekaan Di Bawah Teraju Enam Kepimpinan Negara

Transformasi Negara: Hasil Dituai, Nikmat Dirasai

Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sebagai Simbol Perpaduan

Peranan Rakyat Dalam Mengekalkan Perpaduan

Bersama-Sama Semarakkan Kibar Jalur Gemilang

Program-program Sempena Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-56 Tahun

Tema dan Rasional Logo 56 Tahun Merdeka Puisi Kemerdekaan

Penutup

3

4

6

12

15

36

56

66

71

74

80

85

87

93

Page 4: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• Kepercayaan Kepada Tuhan• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara• Keluhuran Perlembagaan• Kedaulatan Undang-Undang• Kesopanan dan Kesusilaan

3

Page 5: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

54

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

PENGENALAN

Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 6: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

76

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.

Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.

MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 7: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

98

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

Page 8: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

30 Ogos 1957

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

31 Ogos 1957

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

1110

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

28 – 29 Disember 1956

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

Page 9: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

1312

56 TAHUN MERDEKA:MALAYSIAKU BERDAULAT

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Tanggal 31 Ogos 2013, genap 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaannya. Sepanjang 56 tahun tersebut pelbagai pancaroba telah ditempuh namun Malaysia terus gah sebagai sebuah negara berdaulat. Pada tahun ini, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku telah dipilih sebagai tema sambutan ulangtahun kemerdekaan.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Tema yang bersifat perpaduan, patriotik dan kesatuan negara bangsa ini memberi peringatan kepada rakyat bahawa nikmat kemerdekaan ini adalah hasil usaha pemimpin terdahulu. Keamanan dan kestabilan politik yang dinikmati sejak dahulu hingga kini perlu disyukuri dan dipertahankan.

Tema ini dipilih bagi memberi peringatan kepada rakyat tentang kepentingan bersatu mempertahankan kedaulatan Negara daripada diganggu gugat oleh anasir yang tidak bertanggungjawab disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan Malaysia. Sebagai rakyat kita harus memiliki sifat patriotisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara walau di mana kita berada. Dalam menikmati anugerah kemerdekaan ini, kita tidak harus leka kerana musuh berada di mana-mana. Insiden di Lahad Datu harus dijadikan iktibar dan peringatan buat kita agar tidak mengambil mudah akan kedaulatan negara yang telah kita jaga sekian lama.

Page 10: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

1514

Tanggungjawab mempertahankan maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja terletak di bahu anggota keselamatan malah perlu turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat. Ini adalah tugas kita, rakyat Malaysia bagi mengisi dan mempertahankan kemerdekaan yang telah diwarisi daripada pengorbanan pemimpin terdahulu.

MENITI ARUS KEMERDEKAAN DI BAWAH TERAJU

ENAM KEPIMPINAN NEGARA

Kemerdekaan yang telah dinikmati menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat yang gah di mata dunia. Sepanjang 56 tahun ini Malaysia telah membuktikan bahawa sistem yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara telah berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang membanggakan. Kepimpinan yang dilaksanakan oleh enam Perdana Menteri telah memacu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 11: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Sebagai perintis era kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajah tanpa pertumpahan darah pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.

Sumbangan besar Tunku dalam proses kemerdekaan dan menyatukan pelbagai kaum yang mengamalkan agama, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah Persekutuan Malaysia, telah melayakkan Tunku menerima gelaran Bapa Kemerdekaan.

ERA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

(31 OGOS 1957 – 21 SEPTEMBER 1970)

1716

Page 12: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

1918

Selain itu pelbagai Dasar yang menjadi garis panduan dalam pemerintahan telah diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67). Tunku Abdul Rahman juga telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa dengan menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada 1961 yang seterusnya dikenali sebagai ASEAN. Sehingga kini 10 buah negara menganggotai di Asia Tenggara. Penganjuran beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Pesta Bola Merdeka (1957) dan Musabaqah al-Quran (1961) menjadikan Malaysia dikenali di peringkat global. Tunku juga telah mencatat sejarah dalam arena politik tanah air dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC di bawah Parti Perikatan yang kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional dan berjaya memerintah Malaysia sehingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, Tunku telah membawa pelbagai perubahan kepada Malaysia dengan membentuk strategi pembangunan jangka panjang bagi tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya pertama pada 1956 hingga 1960 dan Rancangan Malaya kedua 1961 hingga 1965. Melalui rancangan pembangunan lima tahun ini pelbagai aktiviti pemulihan dan penjanaan ekonomi telah dilaksanakan bermula dengan pembukaan ladang getah dan kelapa sawit hinggalah kepada penubuhan institusi-institusi penjana pembangunan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Page 13: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

2120

Dalam menerajui Malaysia Tun Razak telah memfokuskan kepada empat perkara iaitu menurunkan kadar kemiskinan, pengagihan ekonomi yang adil dan saksama, pendekatan praktikal untuk membina negara dan rakyat serta memastikan wujudnya keadilan sosial dalam kalangan rakyat. Tun Razak menggerakkan pembangunan Malaysia melalui Rancangan Pembangunan Luar Bandar (Buku Merah) serta agenda pembangunan ekonomi menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan kejayaan gerakan pembangunan negara yang dijalankan Tun Razak ini beliau telah digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

Tun Razak juga berjaya mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara luar. Diplomasi yang diamalkan Tun Razak telah berjaya menamatkan konfrantasi Malaysia-Indonesia dan membina hubungan erat dengan negara China. Strategi ini telah mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat di mata dunia.

ERA TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN(22 SEPTEMBER 1970 – 14 JANUARI 1976)

Page 14: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

2322

Perpaduan Nasional merupakan agenda utama di dalam setiap dasar dan pelan pembangunan yang dirangka di era pemerintahan Tun Hussien Onn sehingga digelar ‘Bapa Perpaduan’.

Isu-isu perkauman yang meruncing sebelum ini telah dapat dihapuskan dan perpaduan kaum berjaya diwujudkan dalam kalangan rakyat.

Beliau juga berusaha mengekalkan momentum pembangunan ekonomi dengan memberi nafas baharu kepada DEB. Antara yang dilaksanakan termasuk memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional khusus untuk meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera yang agak ketinggalan pada ketika itu.

ERA TUN HUSSEIN DATUK ONN(15 JANUARI 1976 – 16 JULAI 1981)

Page 15: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

2524

Sesuai dengan gelaran ‘Bapa Pemodenan’ Tun Dr. Mahathir telah berjaya membawa Malaysia meniti arus kemodenan sebagai sebuah negara berdaya maju dengan pelbagai dasar dan projek berprofil tinggi sehingga menjadi sebutan di peringkat antarabangsa.

Pada awal pertadbirannya, Tun telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur diikuti Kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan.

Projek pengeluaran Proton Saga yang merupakan kereta nasional pertama negara pada 1985 telah menggerakkan ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri.

ERA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

(16 JULAI 1981 – 31 OKTOBER 2003)

Page 16: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

2726

Pelancaran Wawasan 2020 pada 1990 pula menyediakan pelan perancangan bagi Malaysia mencapai taraf negara maju dengan menggariskan sembilan cabaran hasrat dan hala tuju kerajaan serta rakyat. Kejayaan Tun mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada lewat 1990-an juga menjadikan Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.

Inisiatif memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju diteruskan lagi dengan pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996 yang menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dengan projek-projek seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan sebagainya.

Pelbagai projek mega telah dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir antaranya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Walaupun pada awal pelaksanaan projek-projek mega ini mendapat pelbagai kritikan namun ternyata ia banyak membantu merangsang ekonomi dan pembangunan negara serta menjadikan Malaysia dikenali, dihormati dan disegani diperingkat global.

Page 17: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

2928

Semasa pemerintahannya, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah meneruskan usaha untuk membangunkan Malaysia menjadi negara maju selaras Wawasan 2020 dengan berteraskan prinsip Islam Hadhari. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan konsep ‘bekerja bersama saya’ telah memperkasa perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan bertaraf dunia.

Tun Abdullah juga memberi perhatian khusus kepada usaha pencegahan rasuah dengan penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) serta melakukan penambahbaikan dan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

ERA TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

(31 OKTOBER 2003 – 2 APRIL 2009)

Page 18: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

3130

direncanakan di dalam RMK-9 juga telah memberikan revolusi dalam pembangunan modal insan negara.

Ia juga telah mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Perhatian khas yang diberikan oleh Tun Abdullah kepada pembangunan modal insan yang merupakan aset penting masa hadapan bagi membantu Malaysia merealisasikan Wawasan 2020 telah menyebabkan beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’.

Selain itu, Tun Abdullah juga mengambil inisiatif bagi Malaysia meneroka pelbagai bidang baharu dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Bioteknologi Nasional (DBN), Dasar Automotif Nasional (DAN) dan Dasar Biofuel Nasional (DBFN). Projek Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan roket pelancarnya Falcon 1 yang dijayakan oleh syarikat dan tenaga kerja tempatan telah membuktikan keupayaan Malaysia dalam bidang aeroangkasa. Pusat Angkasa Malaysia telah ditubuhkan bagi mengawal selia aktiviti RazakSat dan menjalankan kerjasama di peringkat global dalam bidang aeroangkasa.

Melalui Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) Tun Abdullah telah merangka Misi Nasional yang memfokuskan kepada meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara dengan mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan aeroangkasa. Langkah Tun Abdullah memperkenalkan Dasar Modal Insan yang

Page 19: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

3332

Dalam menerajui Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib telah menyuntik elemen pembaharuan bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai status negara maju dalam rangka waktu yang telah ditetapkan di dalam wawasan 2020. Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan konsep 1Malaysia sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri. Konsep ini telah menjadi teras perpaduan nasional dan keamanan negara. Dato’ Sri Najib juga amat komited dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan awam dengan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) serta Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU). Beliau turut memperkenalkan pelan induk pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berkaitan dengan enam NKRA bagi membawa perubahan lebih ketara dalam pelbagai sektor.

ERA DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

(3 APRIL 2009 – KINI)

Page 20: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

3534

Dato’ Sri Najib sangat menitikberatkan usaha-usaha transformasi dan melalui pendekatan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ usaha transformasi dalam pelbagai sektor telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya melibatkan sektor sosiopolitik, ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya termasuk penambahbaikan terhadap undang-undang dan peraturan.

Ini bagi memastikan hak dan kebebasan rakyat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin. Bagi merangka, merancang dan melaksanakan program-program transformasi tersebut, Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan Dasar Transformasi Negara (DTN). Atas usaha-usaha transformasi berterusan yang dilaksanakannya, Dato’ Sri telah diberi gelaran ‘Bapa Transformasi Malaysia’.

Page 21: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

3736

Agenda transformasi ini sudah diangkat menjadi Dasar Transformasi Nasional (DTN). DTN akan menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Tanpa ragu-ragu, beberapa program transformasi dilaksanakan sebagai langkah proaktif Perdana Menteri dalam mengharungi cabaran global, terutama cabaran ekonomi dan politik yang semakin kompetitif sejajar dengan slogan janji kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

TRANSFORMASI NEGARA:HASIL DITUAI, NIKMAT DIRASAI

Kepimpinan Dato’ Sri Najib terserlah menerusi pelbagai transformasi yang dibawa beliau sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menyedari negara sedang melalui suatu fasa penting, penekanan telah dianjurkan oleh Dato’ Sri Najib melibatkan segenap aspek agar hasrat kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dapat direalisasikan.

Page 22: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

3938

Sejajar itu, Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan beberapa program transformasi antaranya Program Transformasi Politik (PTP); Program Transformasi Ekonomi (ETP); Program Transformasi Kerajaan (GTP); tujuh Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dan Program Transformasi Sosial (PTS).

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP)

Dato’ Sri Najib telah memacu negara di atas landasan yang tepat seiring dengan tuntutan perubahan iklim ekonomi dunia semasa.

Antara pencapaian penting negara:

❶ Peningkatan ketara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagi tahun 2012, prestasi negara meningkat dengan RM749.1 bilion dan buat kali pertama dijangka mencecah RM1 trillion pada 2013.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

❷ Rekod Pelaburan Langsung Asing (PLA/FDI)

Sejak 2009 sehingga 2011 di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib, nilai FDI menyaksikan peningkatan tujuh kali ganda. Secara tidak langsung, Malaysia menjadi negara ketiga tertinggi yang menerima pelaburan asing terbesar dalam kalangan negara-negara Asean.

❸ Peningkatan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Pada tahun 2011, peluang pekerjaan yang telah diwujudkan adalah sebanyak 313,741 bagi tahun 2011 manakala 2012 pula sebanyak 800,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan dan jumlah ini dijangka terus meningkat bagi tahun 2013.

Page 23: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

4140

❹ Peningkatan Indeks Bursa Saham Malaysia (IBSM)

IBSM turut menunjukkan peningkatan memberansangkan sejak tahun 2010-2013 iaitu sebanyak 29%.

Menurut laporan “Menjalankan Perniagaan” 2013 Bank Dunia dalam kalangan 185 buah negara, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang dengan kekal tempat pertama dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman, ke-4 perlindungan kepada pelabur, ke-11 dalam perdagangan rentas sempadan dan ke-15 dari aspek pembayaran cukai.

Kejayaan penyenaraian FELDA Group Venture (FGV) di Bursa Saham Malaysia yang sekali gus melonjakkan nama Perdana Menteri di pentas dunia.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 24: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

4342

PROGRAM TRANSFORMASI POLITIK (PTP)

Bagi Program Transformasi Politik, kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib mengambil keputusan menguat kuasa serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada.

Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.

Beberapa pendekatan dan pembaharuan diwujudkan antaranya:

›› Memansuhkan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri, lesen kawalan penerbitan akhbar, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

›› Memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional (AKN) bagi menggantikan Akta Hasutan 1948. AKN meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

›› Bagi memastikan kestabilan negara, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

- Individu yang disyaki hanya boleh ditahan 28 hari sahaja berbanding 60 hari untuk tujuan penyiasatan sebelum ini. Selepas tempoh berkenaan, suspek terbabit perlu didakwa di mahkamah.

›› Mana-mana individu tidak lagi boleh ditahan tanpa dibicara berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diguna pakai selama ini.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 25: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

4544

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 11 Julai 2009. Terdapat tujuh tonggak utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu menangani kos sara hidup, mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, memperbaiki pencapaian pelajar, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkat pengangkutan awam bandar.

Ketujuh-tujuh NKRA memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan sosio-ekonomi, selaras dengan pegangan teguh kepada semangat dan gagasan 1Malaysia. Perancangan strategik yang kukuh, azam dan kesungguhan kerajaan tidak pernah mengenal erti jemu dalam merealisasikan sasaran dan menyampaikan keberhasilan yang dihasratkan.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

NKRA MENANGANI KOS SARA HIDUP

›› Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan dengan penawaran harga barangan yang lebih murah pada kualiti yang sama.

›› Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Kain 1Malaysia (KK1M), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Kedai Ikan 1Malaysia, Teksi Rakyat 1Malaysia, dan sebagainya diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat.

Page 26: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

4746

NKRA MENGURANGKAN JENAYAH

›› Memperkenalkan Program Omnipresence dengan mensasarkan kawasan sekolah, terminal pengangkutan awam, pusat membeli-belah dan sebagainya.

- Hasilnya, indeks jenayah jalanan mencatatkan penurunan sebanyak 41.3% dan 7.6 % indeks jenayah keseluruhan.

›› Program Bandar Selamat 1Malaysia turut diperluaskan kepada 143 Pihak Berkuasa tempatan di seluruh negara dengan pemasangan 17,958 lampu jalan yang lebih baik, 834 cermin keselamatan, dan lebih 143.9 kilometer

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

NKRA MEMERANGI RASUAH

›› 14 Mahkamah Rasuah telah beroperasi pada tahun 2011 dengan 496 kes telah diproses dan 249 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012.

›› Memperkenalkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi tujuan melindungi pemberi maklumat yang melaporkan kes-kes rasuah.

Page 27: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

4948

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

NKRA MEMPERBAIKI PENCAPAIAN PELAJAR

›› Memperkenalkan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M), Interaktif-Tuisyen Rakyat (i-TR1M), Kedai Buku 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), Komputer Riba 1MALAYSIA dan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M).

›› Pemberian diskaun sebanyak 10% sehingga 20% kepada peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

›› Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat.

›› Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 berjumlah RM533 juta turut diagihkan kepada 5.3 juta pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

NKRA MENINGKATKAN TARAF HIDUP ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH

›› Mewujudkan Program 1AZAM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

- Program 1AZAM telah menambah baik kehidupan sebanyak 44,535 atau 99.9% isi rumah di seluruh negara untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Antara pendekatan yang digunakan adalah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan keusahawanan dengan penglibatan pelbagai bidang dan latar belakang di seluruh negara.

›› Mewujudkan Program KAR1SMA dengan mengagihkan sebanyak RM1.4 bilion bantuan tunai kepada golongan yang kurang berkemampuan.

›› Kerajaan turut memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menangani masalah tekanan kewangan golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

Page 28: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

5150

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

NKRA MEMPERTINGKAT INFRASTRUKTUR ASAS LUAR BANDAR

›› Membina 3,349.6 Kilometer jalan raya yang memberi manfaat kepada 98.6% penduduk luar bandar Semenanjung Malaysia, 88.7% penduduk luar bandar Sabah dan 82.7% penduduk luar bandar Sarawak.

›› Peningkatan akses kepada air bersih/terawat telah memberi kesan kepada 1.4 juta isi rumah.

›› Kerajaan sentiasa memastikan bekalan elektrik 24 jam tersedia kepada 22,058 buah rumah.

›› Program Transformasi Luar Bandar (RTC) diwujudkan di Melaka, Perak, Kelantan, dan Pahang bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat dalam pelaksanaan aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi.

Page 29: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

5352

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

NKRA MEMPERTINGKAT PENGANGKUTAN AWAM BANDAR

›› Sebanyak 37 set tren enam gerabak Komuter KTM disediakan bagi mengurangkan kesesakan waktu pagi dan petang.

›› Perhentian bas turut dinaiktaraf bagi memantapkan integrasi antara perkhidmatan bas dalam dan luar pusat bandar.

›› Lapangan Terbang Tambang Rendah (KLIA2) dan kereta api elektrik ETS Ipoh-KL Sentral sedang giat dibangunkan.

Bagi Transformasi Perkhidmatan Awam, Perdana Menteri telah memperkenalkan:

›› Bayaran khas kepada penjawat awam dengan insentif sebanyak RM500 bagi tahun 2010 dan 2011, manakala pada tahun 2012 jumlahnya dipertingkat kepada bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 sekali gus memanfaatkan lebih 1.3 juta penjawat awam dan 618 ribu pesara kerajaan.

›› Pada tahun 2013, faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan bermula 1 Julai 2013 dengan kadar RM80-RM320. Turut meraih manfaat adalah 182,434 yang mendapat kenaikan gaji meskipun telah mencapai gaji siling maksimum.

›› Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) turut diperkenalkan bagi memudahkan interaksi antara rakyat dan kerajaan 24 jam sehari melalui panggilan telefon, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), faks, e-mel dan media sosial.

Page 30: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

5554

Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk memelihara keamanan, keharmonian, dan kemakmuran sedia ada. Sesungguhnya, transformasi negara tidak akan terlaksana tanpa perpaduan antara kaum seluruh rakyat Malaysia.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

›› Pusat Transformasi Bandar (UTC) turut diperkenalkan dengan menyediakan satu pusat sehenti pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

›› Proses permohonan pasport diperluaskan secara atas talian demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Segala kemajuan dan kejayaan transformasi Dato’ Sri Najib telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk muncul sebagai salah satu kuasa besar ekonomi di rantau Asia.

Ternyata bahawa segala program transformasi Dato’ Sri Najib ini adalah untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang tercinta!

Page 31: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

5756

PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta sukar ditakluki kuasa asing.

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah:

Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat

Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita.

Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.

Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 32: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

5958

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Menghayati dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih menghormati kaum-kaum lain. Malah boleh mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama. Taat kepada raja dan pemimpin serta tidak

mengkhianati Negara

Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan.

Kita harus menjaga serta mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan kemerdekaan negara.

Sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.

Page 33: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

6160

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara

Ia bagi mewujudkan keamanan dalam negara.

Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan membawa perpaduan antara rakyat.

Mengamalkan lapan nilai-nilai 1Malaysia

Memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat.

Sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama.

Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

Menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni

Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.

Berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara.

Berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.

Page 34: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

6362

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Mengenali dan Menghormati Lambang-lambang kebesaran Negara

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia.

Bendera Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci

Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat.

Menjaga serta mempertahankan maruah dan kemerdekaan Negara

Kita patut berbangga kerana negara ini berjaya memperoleh kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.

Page 35: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Kesimpulannya, bersatu dalam kepelbagaian kaum, etnik dan bangsa merupakan kunci perpaduan dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian dalam kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara ini untuk kebaikan semua.

Berusaha dengan gigih dan bersifat produktif memajukan Negara

Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.

Tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara.

Rakyat Malaysia perlu bersatu-padu menghadapi cabaran dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara.

Sentiasa bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat

6564

Page 36: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

6766

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

SEBAGAI SIMBOL PERPADUAN›› Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan

sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Langkah tersebut amat bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi.

›› Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, Baginda menjadi lambang kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan Negara.

›› Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 150 untuk mengisytiharkan darurat jika berlaku sesuatu perkara yang mengancam ketenteraman awam, kehidupan, ekonomi dan keselamatan dalam Persekutuan.

›› Sebagai ketua utama negara, Seri Paduka Baginda secara simbolik berperanan penting sebagai tonggak kepada simbol perpaduan melangkaui kaum.

›› Adanya institusi Yang di-Pertuan Agong, rakyat mempunyai satu pusat tumpuan dari segi memberi ketaatan kepada negara kerana Seri Paduka Baginda adalah simbol tertinggi kepada Persekutuan.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 37: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

6968

›› Selain paksi kesetiaan kepada Persekutuan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong juga sebagai satu institusi bersifat bebas politik. Ini kerana, apa sahaja aktiviti kenegaraan melibatkan Yang di-Pertuan Agong adalah bebas daripada pengaruh politik.

›› Jadi kehadiran Yang di-Pertuan Agong membezakan sesuatu acara, peristiwa dari politik, penting sebagai paksi kepada tunggak identiti nasional, simbol perpaduan melangkaui kaum.

›› Yang di-Pertuan Agong juga dijadikan tonggak kepada keadilan dan kestabilan hidup rakyatnya.

›› Yang di-Pertuan Agong diumpamakan sebagai ‘pohon’ manakala rakyat disamakan dengan ‘akar’. Baginda dianggap sebagai payung atau tempat naungan rakyat. Baginda akan memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan rakyatnya. Sebagai balasan, rakyat perlu menumpahkan taat setia kepada Raja dan tidak sesekali menderhaka kepada perintahnya.

›› Semua rakyat tidak kira apa sahaja ideologi dan fahaman, masing-masing memberikan tumpuan kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda sebagai pemerintah tertinggi negara.

Page 38: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

7170

PERANAN RAKYAT DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN

›› Menyusuri lembaran sejarah bangsa agar seluruh rakyat sedar perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti.

›› Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk rakyat terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

›› Mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara tercinta.

›› Perpaduan yang terbina sejak usaha memperoleh kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

›› Penuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 39: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

7372

›› Kenang perjuangan rakyat Malaysia yang telah melalui pelbagai cabaran getir agar nikmat kemerdekaan dihayati dan diisi dengan kekuatan politik, ekonomi dan sosial.

›› Merapatkan dan memperkukuh jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum agar bersama-sama menikmati erti kemerdekaan.

›› Menerapkan nilai-nilai murni serta keluhuran budi bahasa dalam diri setiap individu bagi menjana keutuhan moral kepada generasi muda hari ini.

›› Elakkan meraikan hari kemerdekaan dengan cara yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kemerdekaan serta tidak bertamadun seperti perkara yang dilarang oleh agama.

›› Jadikan dan hayati program-program kerajaan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan negara sebagai platform untuk menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara tanpa mengira fahaman politik dan ideologi.

›› Bersama-sama bersatu dalam pelbagai bentuk tidak kira dari segi mental dan fizikal. Sesungguhnya, kemajuan datangnya dari rakyat yang bersatu dan perpecahan pendorong kemunduran dan kemerosotan sesuatu negara.

›› Memperkemaskan diri serta minda dalam menghadapi cabaran global yang tidak bersempadan serta memperkukuhkan tonggak jati diri supaya erti kemerdekaan sebenar dapat dihayati justeru maruah negara Malaysia dapat dipelihara.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 40: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

7574

BERSAMA-SAMA SEMARAKKAN KIBAR JALUR GEMILANG

›› Bendera merupakan lambang kepimpinan, kemuliaan, kedaulatan serta simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara.

›› Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri bagi mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air.

›› Bendera juga dilihat simbol aspirasi rakyat yang menginginkan kehidupan aman, makmur, maju dan bersatu padu.

›› Kerajaan menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang terutamanya pada perayaan bulan kemerdekaan, untuk melahirkan rasa cinta, taat setia dan bangga kepada negara.

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

›› Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan.

›› Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 41: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

7776

›› Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

›› Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

›› Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme.

›› Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.

›› Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

›› Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.

›› Merah membawa maksud keberanian.

›› Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 42: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

KEPENTINGAN JALUR GEMILANG

›› Setiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat bendera itu dikibarkan mengikut arahan / panduan yang ditetapkan.

›› Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa, kedudukan, saiz dan susunan.

›› Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera.

›› Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera.

›› Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di tempat yang tertutup.

›› Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara.

›› Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.

7978

Page 43: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

8180

PROGRAM-PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

NEGARA KE-56 TAHUNSaban tahun, apabila menjelangnya sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos, semua pihak membicarakan mengenai semangat cintakan negara atau semangat patriotik. Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut mengadakan pelbagai program dan kempen untuk memeriahkan sambutan ini. Aktiviti yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme rakyat Malaysia dipenuhi dengan pelbagai acara yang membabitkan masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Antara program-program yang diadakan pada tahun ini:-

❶ PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2013Tarikh : 16 Ogos 2013 (Jumaat)Masa : 8.00 malamTempat : Dataran Zero, Sungai Petani, KedahTetamu : YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

❷ AMBANG MERDEKA 2013Tarikh : 30 Ogos 2013 (Jumaat)Masa : 8.00 malamTempat : Pusat Maritim, Presint 5, PutrajayaTetamu : YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

Sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya dari 29 hingga 30 Ogos 2013.

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 44: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

8382

❸ ACARA PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KE-56Tarikh : 31 Ogos 2013 (Sabtu)Masa : 8.00 pagiTempat : Dataran Merdeka, Kuala LumpurTetamu : SPB Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri

Antara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 yang diadakan pada 31 Ogos 2013 melibatkan persembahan Pasukan Keselamatan Negara yang terdiri daripada gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Acara-acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukun Negara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang, pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM.

❹ SAMBUTAN JUBLI EMAS HARI MALAYSIA Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksaksa Sempena

Sambutan Perayaan Hari Malaysia 50 TahunTarikh : 16 September 2013 (Isnin)Masa : 7.30 pagiTempat : Padang Merdeka, Kuching Sarawak

Pelancaran Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Sabah

Tarikh : 16 September 2013 (Isnin)Masa : 8.00 malamTempat : Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Di Sarawak pelbagai acara diadakan termasuk bot berhias di tebingan Sungai Sarawak pada 15 September dan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas di Padang Merdeka, Kuching pada 16 September.

Di Sabah, antara aktiviti yang dijalankan termasuk Karnival Rakyat dan acara kemuncak sambutan pada 16 September yang akan dimeriahkan dengan penyertaan kesemua 35 kumpulan kaum atau etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing.

8382

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 45: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

8584

PROGRAM / AKTIVITI BERKAITANSAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 DAN JUBLI EMAS HARI MALAYSIA:

• Kembara Jalur Gemilang Merdeka di seluruh negera dengan penyertaan kerajaan, swasta dan NGO

• Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013• Pameran Merdeka: Malaysiaku Berdaulat pada 28 Ogos hingga 6 September 2013 di Stesen Sentral

Kuala Lumpur• Pertandingan Pidato 1Malaysia• Pertandingan Pengisahan Kenegaraan• Pertandingan Video Pendek Merdeka sempena

Penubuhan Malaysia Ke-50• Pertandingan Foto Merdeka Ke-56• Perarakan Kapal Berhias sempena Malam Gemilang 50

Tahun Sarawak Merdeka• Karnival Rakyat sempena Sambutan Perayaan 50 Tahun

Sabah Maju Jaya dalam Malaysia• Pelancaran Buku Suara Kita: Antalogi Seribu Sajak

Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia pada 19 September 2013

TEMA DAN RASIONAL LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-56

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56. Imej berwarna merah dan putih diselang-seli jalur putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 mewakili rakyat Malaysia, pelbagai kaum membawa semangat 1Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian. Ia juga melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu padu menjaga kedaulatan negara sejak 1957 hingga kini. Manakala bulan sabit melambangkan kedaulatan. Secara ringkas, logo ini adalah untuk memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

Logo direka oleh: NOOR HISHAMMUDIN OMAR

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 46: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

8786

SAJAK KEMERDEKAAN

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinarDi hati murni mereka terpahat sebuah impian

Andai sengketa membelenggu sesamaAndai kerakusan menguasai kita

Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,Di bahu kitalah terpikul segunung amanah

Di jemala kita terjunjung selaut ikrarMelunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan

Lupakan beza lebuhkan menerimaBertatihlah bersamaku

Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1Malaysia

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Page 47: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

“ ...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr. Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini...”

Tun Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri Malaysia (2003 – 2009)

MUTIARA KATA

“ ...Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara...”

Tun Dr. Mahathir MohamadPerdana Menteri Malaysia (1981 – 2005)

8988

Page 48: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

9190

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

“ Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.”

Tun Hussien OnnPerdana Menteri Malaysia (1976 – 1981)

“ ...Hari Merdeka ialah hari kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit. Jika fahaman kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia....”

Tun Abdul Razak Dato’ HusseinPerdana Menteri Malaysia (1970 – 1976)

Page 49: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

9392

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

“ ...Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan...”

Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajPerdana Menteri Malaysia Yang Pertama

PENUTUP

Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Page 50: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

9594

Malaysiaku BerdaulatTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah l ama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.

Page 51: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

9796

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.

Sumber: malaysiamerdeka.gov.my

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN 2013

TANAH TUMPAH DARAHKU

MaraKita HalilintarTiada GentarPuncakDunia MalaysiaSudah Bergema

Kita HalilintarTiada GentarBendera Kita Terus Berkibar

WiraMengempur MusuhBiarpun LumpuhMarak Api Putera PuteriKita Terus Tempur

Bawa SemangatNegara BerdaulatMalaysiaku KepadamuTumpah DarahkuTanah Tumpah Darahku

MaraKita HalilintarTiada GentarPuncak Dunia MalaysiaSudah Bergema

Kita HalilintarTiada GentarBendera Kita Terus Berkibar

Wira Mengempur MusuhBiarpun LumpuhMarak Api Putera PuteriKita Terus Gempur

Bawa SemangatNegara BerdaulatMalaysiaku KepadamuTumpah Darahku

MaraBawa SemangatNegara BerdaulatMalaysiaku KepadamuTumpah DarahkuTanah Tumpahnya Darahku (6X)

Lirik ditulis oleh:Dato’ Sri Shabery Cheek

Page 52: Diterbitkan olehmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1827/1/...yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ini, akan terus utuh.” Dato’ Sri Mohd Najib

98

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan milik kita selama 56 tahun. Bersama-sama

kita bersatu hati, seia sekata, terus bersemangat waja mempertahankan kemerdekaan dan

kedaulatan bumi tercinta ini.

SEKALUNG PENGHARGAAN

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

kepada:

Pucuk pimpinan negara yang tidak jemu memastikan negara berada di landasan terbaik

untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang sentiasa bersama kerajaan memastikan negara tercinta mencapai

keamanan, kedaulatan dan kesejahteraanbersama.

Dan semua pihak yang memastikan negara tercinta tidak digugat kemerdekaan yang

telah dicapai sejak 56 tahun.