alternatif · hak dan demokrasi rakyat terus menjadi permainan ahli-ahli politik dan kapitalis. ......

7
ISU KE - 13 SEP - OKT 2015 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 Hutang RM 42 bilion 1MDB dan RM 2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib telah mencetuskan konflik dan perebutan kuasa dalam UMNO, dan populariti kerajaan semakin jatuh. Manakala pembangkang Pakatan Rakyat yang dianggap boleh mengantikan BN telah dikuburkan, dan mereka sedang mencari satu lagi formula baru untuk Pakatan 2.0. Kesengsaraan rakyat diketepikan, pertaruhan kuasa didahulukan dan kepentingan peripadi diutamakan. Ringgit terus jatuh menjunam melepasi 4 ringgit kepada 1 dolar. Ekonomi semakin merosot dengan kejatuhan harga komoditi utama seperti petrol, kelapa sawit dan getah. Pelabur-pelabur melarikan modal mereka ke negara-negara lain untuk mengaut keuntungan. Ekspot negara juga merosot dengan kejatuhan ekonomi China, dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Harga barang keperluan terutama yang diimpot terus meningkat, rakyat semakin dimiskinkan. Tabung simpanan kerajaan semakin berkurangan, dan hutang kerajaan terus meningkat. Ekonomi negara tidak bebas daripada konflik dalam sistem pasaran bebas kapitalis dunia di mana kerajaan Malaysia adalah penyokong sejati. Pendek kata, BN dan Pakatan tidak mempunyai penyelesaian kepada kemerosotan ekonomi dan sosial yang sedang menekan rakyat. Rakyat kelas pekerja, anak muda dan juga kelas menengah dihimpit oleh polisi-polisi kerajaan seperti GST dan pemotongan subsidi, dan hutang isirumah rakyat biasa pula terus meningkat dengan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan asas. Hak dan demokrasi rakyat terus menjadi permainan ahli-ahli politik dan kapitalis. Pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara terus ditindas dengan gaji yang rendah dan pencabulan hak. Suara anak muda dan pelajar disekat untuk memastikan kuasa terus di tangan pemerintah. Ketika rakyat biasa terhimpit, yang kaya pula semakin kaya. 15 keluarga terkaya di Malaysia memiliki 76 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Ini mencerminkan polisi-polisi kerajaan memihak kepada golongan terkaya dan kapitalis, dan mengabaikan hak dan keperluan rakyat biasa dan anak muda. Konflik dalam parti-parti kerajaan dan pembangkang sekali lagi membuktikan bahawa parti-parti ini tidak akan menepati hasrat dan keperluan rakyat biasa. Mereka wujud untuk memenuhi keperluan kelas kapitalis yang merupakan punca kepada krisis ekonomi dan kemerosotan sosial. Ini menekankan betapa pentingnya bagi kelas pekerja, anak-anak muda dan rakyat biasa untuk membina alternatif iaitu sebuah parti massa yang bebas untuk mewakili hak dan keperluan mereka sebagai langkah untuk membawa perubahaan dalam kehidupan rakyat biasa. Dengan konflik dalam kerajaan dan krisis ekonomi, pembangkang dijangka mendapat peluang dan mungkin memenangi pilihan raya umum akan datang, tetapi mereka tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah sosial dan ekonomi yang semakin buruk dan memberi kesan kepada majoriti kelas pekerja dan anak- anak muda. Solidariti Pekerja telah berhujah bahawa program sosialis seperti ekonomi terancang yang dikawal dan diuruskan secara demokratik oleh kelas pekerja dan rakyat biasa perlu diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem pasaran bebas kapitalisme yang berorientasikan keuntungan maksimum. Untuk ini parti kelas pekerja yang bebas dengan sokongan anak-anak muda dan rakyat biasa yang lain perlu dibentuk dan diperkembangkan. Alternatif ! Perlu Rakyat Skandal, Konflik Politik dan Krisis Kewangan...

Upload: phamque

Post on 22-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISU KE - 13 SEP - OKT 2015 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Hutang RM 42 bilion 1MDB dan RM 2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib telah mencetuskan konflik dan perebutan kuasa dalam UMNO, dan populariti kerajaan semakin jatuh. Manakala pembangkang Pakatan Rakyat yang dianggap boleh mengantikan BN telah dikuburkan, dan mereka sedang mencari satu lagi formula baru untuk Pakatan 2.0. Kesengsaraan rakyat diketepikan, pertaruhan kuasa didahulukan dan kepentingan peripadi diutamakan. Ringgit terus jatuh menjunam melepasi 4 ringgit kepada 1 dolar. Ekonomi semakin merosot dengan kejatuhan harga komoditi utama seperti petrol, kelapa sawit dan getah. Pelabur-pelabur melarikan modal mereka ke negara-negara

lain untuk mengaut keuntungan. Ekspot negara juga merosot dengan kejatuhan ekonomi China, dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Harga barang keperluan terutama yang diimpot terus meningkat, rakyat semakin dimiskinkan. Tabung simpanan kerajaan semakin berkurangan, dan hutang kerajaan terus meningkat. Ekonomi negara tidak bebas daripada konflik dalam sistem pasaran bebas kapitalis dunia di mana kerajaan Malaysia adalah penyokong sejati. Pendek kata, BN dan Pakatan tidak mempunyai penyelesaian kepada kemerosotan ekonomi dan sosial yang sedang menekan rakyat.Rakyat kelas pekerja, anak muda dan juga kelas menengah dihimpit oleh polisi-polisi kerajaan seperti GST dan

pemotongan subsidi, dan hutang isirumah rakyat biasa pula terus meningkat dengan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan asas. Hak dan demokrasi rakyat terus menjadi permainan ahli-ahli politik dan kapitalis. Pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara terus ditindas dengan gaji yang rendah dan pencabulan hak. Suara anak muda dan pelajar disekat untuk memastikan kuasa terus di tangan pemerintah. Ketika rakyat biasa terhimpit, yang kaya pula semakin kaya. 15 keluarga terkaya di Malaysia memiliki 76 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Ini mencerminkan polisi-polisi kerajaan memihak kepada golongan terkaya dan kapitalis, dan mengabaikan hak dan keperluan rakyat biasa dan anak

muda. Konflik dalam parti-parti kerajaan dan pembangkang sekali lagi membuktikan bahawa parti-parti ini tidak akan menepati hasrat dan keperluan rakyat biasa. Mereka wujud untuk memenuhi keperluan kelas kapitalis yang merupakan punca kepada krisis ekonomi dan kemerosotan sosial. Ini menekankan betapa pentingnya bagi kelas pekerja, anak-anak muda dan rakyat biasa untuk membina alternatif iaitu sebuah parti massa yang bebas untuk mewakili hak dan keperluan mereka sebagai langkah untuk membawa perubahaan dalam kehidupan rakyat biasa.Dengan konflik dalam kerajaan dan krisis ekonomi, pembangkang dijangka

mendapat peluang dan mungkin memenangi pilihan raya umum akan datang, tetapi mereka tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah sosial dan ekonomi yang semakin buruk dan memberi kesan kepada majoriti kelas pekerja dan anak-anak muda. Solidariti Pekerja telah berhujah bahawa program sosialis seperti ekonomi terancang yang dikawal dan diuruskan secara demokratik oleh kelas pekerja dan rakyat biasa perlu diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem pasaran bebas kapitalisme yang berorientasikan keuntungan maksimum. Untuk ini parti kelas pekerja yang bebas dengan sokongan anak-anak muda dan rakyat biasa yang lain perlu dibentuk dan diperkembangkan.

Alternatif !PerluRakyat

Skandal, Konflik Politik dan Krisis Kewangan...

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015 ANALISA POLITIK 32 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE - 13 SEP - OKT 2015

Di tengah turunnya kepercayaan rakyat terhadap Najib dan kerajaan BN saat ini, kumpulan NGO Bersih sekali lagi mengajak rakyat Malaysia untuk turun ke jalan raya pada 29-30 Ogos yang disebut Bersih 4.0. Sebagai rakyat biasa yang tuntutan kita sering kali diabaikan oleh ahli politik, inilah kesempatan untuk menunjukkan kepada pemimpin bahawa rakyat adalah tuan di negara ini. Walaupun rakyat telah memberi mandat kepada ahli politik melalui pilihan raya, tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati selepas terpilih.

Realitinya, ahli politik selalu mengabaikan kepentingan rakyat dalam setiap dasar yang dibuat. Mereka boleh selesa berbuat demikian kerana memang tidak ada platform di mana rakyat boleh secara langsung memberikan kritik dan cadangan. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam pelaksanaan dasar GST. Walaupun mendapat tentangan yang hebat dari rakyat, tetapi kerajaan tetap melaksanakannya tanpa mengambil kira kesannya kepada peniaga dan pekerja berpendapatan rendah.

Jadi, untuk menuntut Najib turun kerana pelbagai skandal yang merugikan wang negara, sekali lagi rakyat mesti turun ke jalan raya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Bersih mampu mengumpulkan rakyat dari pelbagai kaum

dalam jumlah yang besar untuk melaungkan tuntutan yang sama. Selain berjaya menekan kerajaan untuk merubah beberapa peraturan pelaksanaan pilihan raya, perhimpunan Bersih juga telah membuka mata rakyat tentang kekejaman polis dan birokrasi kerajaan BN kepada dunia antarabangsa.

Walau bagaimanapun, perhimpunan semacam ini juga selalu dimanfaatkan oleh ahli politik oportunis pembangkang untuk menunjukkan bahawa mereka juga berada di pihak rakyat. Selain itu, bagaimana perhimpunan itu dijalankan menjadikan potensi kekuatan massa rakyat tersebut belum diarahkan supaya kerajaan tunduk kepada tuntutan rakyat secara maksimum. Ini kerana Bersih juga sebenarnya berperanan dalam menghambat perkembangan kesedaran dan perjuangan massa. Kepimpinan Bersih itu sendiri tidak bersedia menghadapi kemarahan rakyat yang terpendam dan menjadikan perhimpunan semacam ini sebagai tempat melepaskan kemarahan mereka. Ini kerana mereka tidak memahami psikologi kelas masyarakat bawah disebabkan banyak pemimpin Bersih itu sendiri tidak memiliki kesedaran kelas.

Dalam perhimpunan Bersih 3.0, Duduk dan Bantah, 28 April 2013, pemimpin Bersih telah meminta peserta perhimpunan bersurai seawal pukul 2 tengah

hari. Hanya mereka yang tahu sama ada itu disebabkan mereka tunduk dengan arahan polis ataupun memang sudah dirancang dari awal untuk bersurai pada pukul 2. Padahal waktu itu massa rakyat sedang berjuang hendak menduduki Dataran Merdeka yang menjadi tujuan tempat perhimpunan tersebut. Bahkan, sebahagian massa sudah berjaya menembus masuk ke dalam Dataran, sebelum dipukul mundur oleh semburan air dan gas pemedih mata. Tidak ada pemimpin di lapangan, sehingga massa tidak tahu apa yang mesti dilakukan ketika berhimpun dan bagaimana mesti bertindak ketika mendapat serangan dari pihak polis.

Selepas menyatakan perhimpunan berakhir dan meminta rakyat untuk bersurai, para pemimpin Bersih bersama dengan beberapa ahli politik pembangkang meninggalkan begitu sahaja peserta perhimpunan. Mereka berkumpul di tempat lain untuk bertemu media dan menyatakan bahawa perhimpunan telah mencapai matlamatnya. Padahal rakyat masih marah dan terus berhadapan dengan polis dan FRU di jalanan sehingga menjelang malam. Sebahagian daripadanya

ditangkap dan dibawa ke lokap. Sikap pemimpin yang meninggalkan rakyat yang sedang berjuang adalah tindakan yang tidak bertanggung jawab.

Tidak dapat diragukan bahawa Bersih berjaya menarik massa rakyat untuk berhimpun tanpa perlu melakukan kerja-kerja pengorganisasian secara tetap muka di peringkat bawahan. Ini kerana media dan golongan intelektual, serta rakyat yang marah dengan kerajaan ada di pihak mereka. Dari segi itu, ia boleh menimbulkan kecemburuan kelompok-kelompok yang betul-betul bekerja mengorganisasikan rakyat di peringkat bawahan. Namun dalam kepimpinan di lapangan, pemimpin Bersih nampaknya masih perlu menunjukkan bahawa mereka betul-betul memperjuangkan

apa yang menjadi tuntutan rakyat keseluruhan. Bukan hanya sekedar mengajak rakyat berhimpun dalam suasana pesta jalanan kerana ia tidak akan menyumbang kepada pejuangan rakyat. Dapat dijangkakan bahawa polis dan FRU akan bertindak supaya perhimpunan ini ditamatkan segera. Tinggal bagaimana pemimpin Bersih menanggapinya, sama ada tetap dengan rancangan awal untuk tetap berhimpun sehingga 34 jam, atau tunduk kepada arahan pihak berkuasa. Satu kepimpinan massa yang berlandaskan kepada hasrat dan keperluan kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa perlu dibina untuk membawa perubahan tulen dalam politik, ekonomi dan sosial negara.

Bersih: Perlu Membina Kepimpinan untuk Perubahan Tulen Kamal

Pembentukan parti politik bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Apatah lagi apabila berlaku masalah dalaman sesuatu parti politik, atau jika pilihan raya akan berlangsung setahun dua lagi. Persoalan sebenar dalam fikiran

masyarakat adalah sama ada ia membawa dengan jelas masalah-masalah kelas pekerja dan rakyat biasa.

Gerakan Harapan Baru (GHB) ditubuhkan oleh kumpulan liberal yang tersingkir daripada

PAS untuk memberikan harapan baru. Persoalannya, adakah ia “harapan baru” atau sekadar retorik politik yang basi? Apatah lagi apabila penubuhan GHB ini kerana ia kecewa dengan kekalahan pemimpin golongan profesional dalam PAS. Mereka tidak ada tempat lain untuk pergi kecuali menubuhkan parti baru.

Pada masa sama, parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat selain PAS, seperti PKR dan DAP juga ada masalah dalamannya. Pakatan Rakyat sudah tidak relevan. GHB sendiri tidak melihat PKR atau DAP sebagai landasan politik, dan tidak bergabung dengan mereka.

Maka, adakah GHB dapat menggantikan Pakatan Rakyat sebagai parti pembangkang? Apakah yang membuatkan GHB berfikir yang ia dapat bersatu sedangkan matlamat dan objektif mereka berlainan? Bahkan, dalam isu Hudud pun GHB tidak dapat menyatakan pendirian dan masih berselindung. Polisi-polisi ekonominya masih belum dinyatakan. Sejarah juga menunjukkan sukar bagi parti serpihan untuk berkekalan.

Meskipun awal untuk bercakap tentang nasib GHB, rakyat sebetulnya mahu alternatif politik yang kukuh. Ia hanya dapat dicapai jika mempunyai pendirian politik yang jelas, dapat membawa masalah rakyat biasa dan kelas pekerja ke hadapan, sebagai satu alternatif kepada parti politik pro-kapitalis seperti BN dan PR.

Ada harapan dalam Gerakan Harapan Baru? Sharifah

Pada mulanya, dibawah tekanan, kerajaan terpaksa menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang juga dianggotai oleh beberapa pemimpin politik pembangkang dan Pasukan Petugas khas dengan ketua polis, ketua bank negara, Peguam Negara dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat skandal IMDB. Dalam rombakan kabinet, Najib telah menawarkan jawatan kerajaan kepada ketua dan beberapa anggota lain dalam PAC, yang sekaligus telah membatalkan peranannya. Peguam Negara yang mengetuai

Pasukan Petugas khas mengenai 1MDB dipecat pada hari yang sama. Dengan perkembangan ini, Pasukan Petugas dan PAC telah dimatikan. Campur tangan Najib dan jentera kerajaannya dalam PAC dan Pasukan Petugas menunjukkan bahawa badan siasatan tidak bebas. 42 bilion Ringgit yang hilang dalam 1MDB perlu disiasat secara telus tanpa berat sebelah, dan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui di mana wang itu telah hilang. Solidariti Pekerja menuntut pembentukan sebuah jawatankuasa bebas

yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti yang diinisiatif oleh kesatuan pekerja, pergerakan sosial dan kumpulan hak asasi manusia untuk penyiasatan yang adil dan telus.

Pada 31 Julai lepas, lebih 500 Orang Asal mengadakan protes untuk membantah pembinaan empangan di Baram, utara Sarawak sempena kedatangan Ketua Menteri, Adenan Satem ke Long Lama, Baram. Lawatan Adenan juga bertujuan untuk merasmikan pembinaan Jambatan Long Lama yang ditunggu sekian lamanya.

Tertekan dengan kehadiran yang ramai menyertai protes ini, Adenan Satem mengumumkan menangguhkan pembinaan empangan Baram ke suatu tarikh yang belum dikenal pasti. Beliau juga sedia mendengar hujah daripada kedua-dua pihak yang sama ada menentang atau menyokong pembinaan empangan tersebut.

Rekod Adenan dalam mematuhi janji adalah mengecewakan. Pada tahun ini juga beliau membuat janji yang sama ketika suatu pertemuan di London, United Kingdom beberapa bulan lepas. Selepas pertemuan itu, Sarawak Energy, syarikat yang bertanggungjawab dalam mengurus hal-ehwal pembinaan empangan tersebut tetap berkeras untuk meneruskan pembinaan tanpa menghiraukan bantahan Orang Asal yang menduduki tapak empangan tersebut dan kesannya terhadap alam sekitar.

Pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka diadakan tahun depan adalah faktor utama Adenan membuat keputusan

sedemikian agar imejnya sebagai pemimpin “Bersih dan Amanah” tidak tercalar. Namun, perjuangan menentang pembinaan empangan ini haruslah diperluaskan ke kawasan bandar di mana para pekerja atau kesatuan

sekerja boleh bekerjasama dengan menghubungkaitkan permasalahan ekonomi dan sosial yang juga melanda masyarakat di luar bandar. Solidariti Pekerja juga menyarankan para anak muda dan pekerja

mengambil suatu inisiatif untuk menyatukan perjuangan ini bersama sebagai isu rakyat bagi penentangan yang lebih berkesan.

500 Orang Asal Protes Bantah Empangan Erick

1MDB: Siasatan yang Bebas dan Adil Diperlukan! Ravi

Aset bernilai kira-kira RM30 bilion yang sebelum ini diuruskan oleh kerajaan syarikat pengurusan aset, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) kini diletakkan di bawah sebuah syarikat pelaburan yang baru diwujudkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Pemindahan aset-aset negeri ke syarikat swasta memang menjadi amalan parti-parti kapitalis. Pakatan Rakyat yang memegang kerajaan Selangor juga tidak terlepas dari mengamalkan penswastaan

pengurusan aset untuk memudahkan perniagaan dan mengaut keuntungan tanpa kawalan. Rakyat Malaysia sudah biasa dengal skandal-skandal

kewangan yang melibatkan syarikat pelaburan

seperti 1MDB dan langkah terbaru kerajaan Selangor ini mewujudkan kecurigaan.

Pemindahan aset negeri ke DEIG bermakna, DUN Selangor yang dipilih melalui undi rakyat akan hilang kawalan ke atas dana tersebut. Maka DEIG diberikan mandat sepenuhnya untuk menguruskan aset Selangor tanpa pengawasan kerajaan negeri. Pengurusan kewangan merupakan tugas dan tanggungjawab yang penting bagi kerajaan. Segala salah laku dalam pengurusan kewangan

adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan harus diawasi oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Semakin hari, rakyat biasa semakin kecewa dengan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang yang tertumpu pada keuntungan swasta dan mengabaikan kebajikan rakyat. Pada masa rakyat biasa sedang mengalami beban ekonomi yang berat akibat cukai GST, pengurangan subsidi dan kenaikan harga barang, kelas pemerintah dan pemodal swasta sedang menikmati keuntungan berbilion-bilion sehinggakan menjadi skandal.

Satu-satunya cara untuk rakyat biasa dan kelas pekerja untuk mencapai kebebasan ekonomi adalah dengan mewujudkan suara politik yang mewakili aspirasi rakyat biasa. Kedua-dua koalisi kapitalis BN dan PR tidak mempunyai penyelesaian untuk masalah-masalah ekonomi dan sosial rakyat biasa.

Pengurusan Aset Selangor Dipindahkan ke Syarikat Swasta! Yuva

Menteri Besar Selangor Azmin Ali

Mat Sabu bersama pemimpin lain dalam majlis pelancaran GHB

Protes membantah pembinaan empangan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015 ANALISA EKONOMI 54 ANALISA POLITIK SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015

Mahathir secara terbuka mengkritik Najib dan memberi tekanan untuk Najib meletakkan jawatan. Ironinya, terdapat banyak skandal, rasuah dan salah urus dana yang melibatkan kroni semasa kerajaan Mahathir. Najib, yang dididik oleh Mahathir, telah cuba untuk mencontohi kaedah pemerintahan autokratik Mahathir untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimanapun, sokongan yang semakin lemah bagi kerajaan dan ekonomi yang semakin buruk boleh memaksa

Najib untuk meletakkan jawatan.

Najib telah mengukuhkan cengkamannya ke atas kawalan UMNO dengan melantik penyokong-penyokongnya untuk jawatan penting dalam parti, dan menangguhkan pemilihan kepimpinan UMNO sehingga selepas pilihan raya umum yang akan datang yang dijangkakan pada 2018.

Dengan pemecatan Muhyiddin dan beberapa orang lain

dalam UMNO daripada kerajaan, perebutan kuasa telah bermula. Muhyiddin dan Mahathir akan melancarkan serangan lanjut terhadap Najib yang boleh membawa kepada perpecahan yang jelas dalam UMNO.

Perubahan pemimpin mungkin boleh

berlaku dalam UMNO dan kerajaan tetapi ini tidak akan merubah sifat dan peranan parti seperti UMNO yang wujud untuk golongan elit dan kapitalis. Nasib rakyat akan terus diperjudikan dalam percaturan politik sebegini. Rakyat perlu membentuk politik alternatif yang memihak kepada mereka untuk keluar daripada cengkaman politik kapitalisme.

Pemimpin Berubah Tapi Acuan Sama Kamarul

Pendedahan 2.6 billion Ringgit yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum Pilihanraya Umum yang lalu ternyata sah apabila Najib mengakui ia adalah ‘derma’ daripada orang kaya di Timur Tengah untuk kegunaan parti. Selagi sumber dana, tujuan dana, dan bagaimana ianya dipergunakan masih tidak didedahkan, sama ada ‘derma’ atau tidak, dan integriti Najib akan terus dipertikaikan.Isu ini juga telah menghangatkan perbincangan tentang dana politik dan bagaimana parti seperti UMNO, DAP dan lain-lain menjana dana untuk aktiviti-aktiviti parti. Persoalan utama di sini adalah, parti wujud untuk siapa dan apa tujuan politiknya? Adalah jelas bahawa parti-parti dalam BN seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain mendapatkan dana daripada golongan kaya-raya di Malaysia dan antarabangsa. Golongan kaya-raya tidak akan ‘derma’ selagi mereka tidak

mendapat sebarang habuan. Perkara ini diakui oleh bekas perdana menteri Mahathir. Dari era beliau sehinggalah ke era Najib, golongan kaya-raya tempatan dan antarabangsa terus mengondol projek-projek kerajaan atau pelaburan dengan nama perindustrian, penswastaan, liberalisasi dan sebagainya semata-mata untuk menjana keuntungan. Ini seperti ‘derma’ 10 000 ringgit sebagai dana politik untuk dapatkan untung 1 juta ringgit. Justeru adalah jelas memang ada keeratan politik di antara golongan kaya-raya dengan golongan elit politik dalam kerajaan. Ini yang dinamakan politik ala kapitalisme (sistem pemodal). Selagi BN mampu mempertahankan ekonomi dan politik yang memihak kepada golongan kaya-raya, selagi itu mereka akan terus menyalurkan ‘derma’. BN mempergunakan ‘derma’ ini untuk memenangi pilihanraya dengan menyalurkan berjuta-juta ringgit untuk

propaganda dan berbagai-bagai habuan kepada pengundi. Pada masa ini, parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS pula mendapatkan dana politik mereka daripada penyokong dan rakyat yang mengharapkan perubahaan, selain ‘derma’ daripada segelintir golongan ‘kaya-raya’ yang mengharapkan habuan selepas mereka mendapat kuasa pemerintahan. Yang jelas parti-parti ini juga memihak kepada politik kapitalisme. Sekiranya BN dilihat tidak lagi menguntungkan mereka, maka golongan kaya-raya akan menaburkan ‘derma’ dan menyokong pembangkang untuk mengambil kuasa. Tentu saja derma itu tidak percuma. Kekuatan politik yang

disokong mereka mesti mampu menjamin kepentingan mereka untuk mengaut kekayaan baik secara halal mahupun haram. Satu perubahan politik yang memihak kepada rakyat biasa perlu dilaksanakan, dan ini tidak akan dilakukan oleh parti-parti politik yang ada sekarang. Mereka wujud untuk mengekalkan agenda kapitalisme. Solidariti Pekerja

menyokong pembinaan sebuah parti massa untuk mewakili keperluan dan hasrat pekerja, anak muda dan rakyat biasa untuk politik sosialisme sebagai alternatif kepada kapitalisme. Parti sebegini perlu dibentuk dan dibina daripada sokongan dan dana yang disumbangkan oleh pekerja, anak muda dan rakyat biasa.

Dana Politik: Rasuah Atau Derma? Ravi

Nilai Ringgit semakin hari semakin menyusut, dan telah melepasi RM4 untuk satu dolar Amerika. Ini merupakan nilai

terendah untuk Ringgit dalam 17 tahun, dan ianya terus berada dibawah tekanan yang besar kerana sentimen lemah yang berterusan,

menjadikannya mata wang yang paling teruk di Asia. Salah satu sebab adalah penurunan harga minyak mentah di mana

Malaysia adalah sebuah negara pengeksport minyak, dan kira-kira 31% daripada pendapatan kerajaan datang daripada sumber-sumber yang berkaitan dengan minyak. Harga komoditi yang lain seperti minyak sawit dan getah juga menurun, dan lebihan perdagangan dan rizab kerajaan semakin berkurangan.

Syarikat-syarikat dan perniagaan mengurangkan kos operasi dengan pemberhentian pekerja. 10,000 pekerja telah diberhentikan dalam 6 bulan lepas. Dengan ketidaktentuan yang berterusan dalam ekonomi

global dan penurunan dalam ekonomi China, ekonomi Malaysia semakin tenat.

Kelemahan Ringgit dan ketidaktentuan ekonomi yang berlanjutan akan membebankan kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa yang sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dengan polisi GST (Barangan dan Cukai Perkhidmatan) yang dilaksanakan sejak April tahun ini. Kemarahan terhadap kerajaan semakin meningkat hari demi hari dengan situasi ekonomi dan

sosial yang semakin teruk. Tanpa kepimpinan kelas pekerja, kemarahan ini akan terus dimanfaatkan oleh parti-parti pembangkang untuk mendapatkan kuasa. Dengan warga pekerja yang tidak diorganisasi dan kepimpinan kesatuan sekerja yang lemah, pekerja mungkin kelihatan tidak berdaya, tetapi dengan keadaan sosial dan ekonomi yang semakin merosot, pekerja tidak mempunyai pilihan selain daripada berjuang.

Ringgit Jatuh, Ekonomi Negara Semakin Tenat ! Ravi

Saat ini, Amerika dan 11 buah negara lain termasuk Malaysia sedang terlibat dalam sebuah rundingan untuk mewujudkan sebuah perjanjian dagangan pasaran bebas TPPA. Pelbagai negara dari 3 buah benua yang merangkumi 40% ekonomi dunia sedang bersiap untuk menandatangani perjanjian ini.

Kemerosotan ekonomi Amerika merupakan punca utama kepada usaha membuat perjanjian ini. Ekonomi Amerika yang mengalami krisis kewangan pada tahun 2008 belum dapat pulih sepenuhnya. Tambahan pula, perjanjian TPPA ini adalah selaras dengan cita-cita Obama yang ingin meluaskan pengaruh ekonomi Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara yang kini didominasi oleh negara China.

Butiran perjanjian dan hasil rundingan TPPA adalah berbentuk rahsia dan tidak didedahkan kepada rakyat. Beberapa laporan mengatakan bahawa para perunding tidak dibenarkan mengambil sebarang nota bagi mengelakkan daripada maklumat perjanjian itu bocor ke media. Disebabkan oleh kesangsian yang wujud disebabkan oleh sifat berahsia oleh golongan pemerintah, rakyat biasa di pelbagai negara bangkit menentang proses perjanjian ini. Di beberapa negara seperti New Zealand, Malaysia termasuk di Amerika Syarikat sendiri, rakyat biasa telah melancarkan aksi protes bagi membantah langkah-

langkah kerajaan.

Walau bagaimanapun, hasil beberapa pendedahan yang terhad oleh pihak berkuasa, adalah didapati bahawa TPPA merupakan sebuah perjanjian pasaran bebas antara negara-negara yang terlibat dan perjanjian ini akan memberikan kesan yang mendalam bagi ekonomi negara tersebut. Beberapa pakar ekonomis sendiri telah mengaku bahawa TPPA merupakan agenda neo-liberal yang ingin menswastakan segala pemilikan awam dan memudahkan peralihan modal bagi keuntungan golongan pemodal.

Dengan perjanjian TPPA, Malaysia akan tertakluk kepada undang-undang hak cipta yang akan menghalang segala salinan buku atau dokumen yang hanya boleh dibeli dengan harga yang ditetapkan. Anak muda terutamanya golongan mahasiswa akan menghadapi kesukaran disebabkan oleh kenaikan harga buku

dan kos pendidikan. Sebarang perubatan generik juga akan menjadi larangan yang akan mengakibatkan peningkatan dalam kos perubatan. Pada masa ini sistem perubatan di Malaysia menggunakan hampir 80% perubatan generik yang mempunyai kos yang lebih murah walaupun fungsinya sama dengan perubatan tidak generik atau asli. Dengan perjanjian ini, rakyat biasa akan terus dibebankan dengan peningkatan kos perubatan yang sudahpun meningkat akibat pengenalan cukai GST dan kenaikan harga barangan.

Perjanjian TPPA seperti perjanjian pasaran bebas lain akan mendedahkan tenaga kerja

tempatan untuk dieksploitasi dan ditindas oleh kapitalis-kapitalis antarabangsa. Ia akan menjurus kepada serangan ke atas hak-hak pekerja dan organisasi-organisasi yang melindungi hak pekerja seperti kesatuan dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang menyatakan kerisauan mereka terhadap kesihatan alam semula jadi dan sumber alam yang akan menjadi sasaran utama pemodal dan pengusaha antarabangsa.

Segala perjanjian ekonomi antara negara-negara lain harus mendapat persetujuan daripada rakyat daripada negara tersebut. Butiran rundingan harus didedahkan kepada rakyat biasa untuk diteliti dan sebuah

persetujuan harus dicapai. Kelas pekerja dan rakyat biasa yang akan menjadi mangsa akibat perjanjian-perjanjian yang cuma akan menguntungkan segelintir pihak kapitalis. Maka, rakyat biasa juga perlu membuat usaha untuk mencabar kekuasaan politik oleh kelas kapitalis yang mengambil segala keputusan. Hanya dengan memahami dan menguasai politik, kelas pekerja dan rakyat biasa akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang memihak kepada mereka.

Rakyat Mesti Menolak TPPA! Yuva

Baru-baru ini, dalam satu forum, Institut Penyelidikan Khazanah mendedahkan bahawa 15 keluarga terkaya di Malaysia memiliki aset negara yang bernilai 76% daripada pendapatan negara (Keluaran Dalam Negara Kasar). Manakala, 53% keluarga di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang aset kewangan termasuk simpanan dan pelaburan. Ini membuktikan jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, dan antara yang terburuk di Asia. Kekayaan ditumpukan kepada golongan terkaya, dan mereka diberikan keistimewaan untuk menikmati segala macam kemewahan, manakala rakyat biasa dimiskinkan dengan agenda dan polisi

kerajaan yang memihak kepada golongan terkaya atau kapitalis. Perjuangan 99% menentang 1% perlu untuk membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama.

15 Keluarga Terkaya Memiliki 76% Pendapatan Negara!

Kesatuan NUBE membantah perjanjian TPPA

Gaji Minima: Di mana Suara Kesatuan Sekerja? Ian

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015 BERITA PEKERJA 76 BERITA PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015

Dijangka lebih dari 10 ribu pekerja Malaysia telah hilang mata pencarian mereka sehingga ke akhir Jun tahun ini dan angka itu dijangka akan terus meningkat. Para majikan dari pelbagai sektor memberikan alasan seperti pengenalan cukai GST, keadaan ekonomi dunia yang sedang merosot dan peningkatan harga barang untuk menutup operasi mereka atau bagi memotong tenaga kerja.Kejatuhan harga Ringgit Malaysia juga telah mendesak para majikan yang cuma mementingkan keuntungan untuk memotong kos operasi mereka dengan mendadak.

Selain syarikat penerbangan MAS yang membuang 6000 pekerja, sektor eksport dan pembuatan telah mendapat kesan yang paling buruk akibat kejatuhan matawang ringgit dan harga komoditi.

Beberapa kilang seperti kilang elektronik JVC telah menutup operasi dan berpindah ke Thailand mengakibatkan kehilangan 500 pekerjaan. Tambahan pula, kerajaan juga sedang menjalankan usaha penjimatan dan telah membeku pengambilan kerja di sektor awam. Banyak diantara badan kerajaan sudah mengamalkan pengambilan pekerja kontrak jangka pendek bagi menjimatkan kos operasi. Langkah ini dikatakan akan memberikan kesan bagi 10 peratus tenaga kerja di Malaysia.

Selain sektor pembuatan, sektor kewangan juga sedang menjalankan penjimatan melalui pemotongan tenaga kerja. Mengikut kenyataan dari Presiden Kesatuan Pekerja Bank J.Soloman, kira-kira 4000 pekerja telah dibuang kerja di sektor perbankan sahaja

dan dijangka seramai 4000 lagi akan hilang kerja sebelum bulan Disember jika keadaan ekonomi negara tidak berubah. Pengenalan cukai GST juga menjadi antara penyebab utama bagi langkah penjimatan akibat kekurangan permintaan dikalangan pengguna dan kenaikan harga bahan mentah atau kos operasi.

Ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran negara semakin meningkat tanpa sebarang tanda pemulihan dalam jangka masa yang pendek. Walaupun statistik menunjukkan bahawa kadar pengangguran negara masih rendah pada 3.1%, kebanyakkan pekerjaan yang ditawarkan adalah berbentuk kontrak jangka pendek dan tidak mempunyai sebarang jaminan seperti kerja yang mempunyai kontrak tetap. Rakyat biasa terutamanya anak muda menjadi

mangsa eksploitasi oleh majikan disebabkan oleh kerja kontrak jangka pendek ini yang tidak memberikan sebarang jaminan pekerjaan atau perwakilan kesatuan. Maka, kelas pekerja tidak diberikan sebarang perlindungan oleh kerajaan atau mana-mana pihak dengan membenarkan polisi-polisi yang kejam ini dipraktik oleh para majikan.

Para majikan yang cuma inginkan keuntungan daripada hasil titik peluh pekerja, tidak akan terqagak-agak untuk memotong tenaga kerja atau memindah operasi mereka ke negara yang mempunyai pasaran buruh yang lebih murah. Bagi kelas pemodal dan pemilik syarikat-syarikat gergasi, para pekerja tidak lebih daripada angka yang boleh ditambah tolak mengikut kadar keuntungan yang akan dijana. Apabila menghadapi masalah ekonomi, kelas kapitalis terus

menggulung tikar mereka dan bergerak ke tempat yang lebih selamat dan sambung membuat keuntungan.

Para pekerja dan rakyat biasa harus sedar bahawa golongan pemerintah dengan rela membenarkan segala penganiayaan yang berlaku ke atas rakyat biasa dengan melakarkan polisi-polisi yang tidak memihak majoriti. Kedua-dua parti politik utama yang ditawarkan tidak membawa aspirasi atau kepentingan rakyat biasa dan kelas pekerja. Kelas pekerja juga harus mencabar penguasaan kapitalis keatas segala pengurusan ekonomi dan politik negara. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus bergabung tenaga mereka untuk membentuk sebuah organisasi politik yang mampu memimpin mereka ke arah penguasaan politik yang boleh digunakan untuk memenuhi aspirasi rakyat.

10 ribu pekerja telah kehilangan kerja Yuva

Tuntutan kenaikan gaji minima adalah satu perkara yang mendesak dan mesti menjadi agenda perjuangan pekerja sekarang ini. Peningkatan kos sara hidup semakin membebankan dan mustahil dipenuhi dengan kadar gaji minima yang ada sekarang. Pekerja mesti menempuh cara baru untuk melakukan tuntutan dengan bergerak bersama, tidak hanya menggantungkan harapan bahawa tuntutan tersebut akan diperjuangkan oleh kesatuan sekerja sahaja.

Malangnya, banyak kesatuan sekerja yang ada di Malaysia saat ini tidak sungguh-sungguh membela hak pekerja. Dari kesatuan sekerja kecil di peringkat kilang sampai kepada MTUC, tidak nampak pembelaan mereka ke atas nasib pekerja, termasuk dalam

isu gaji minima. Padahal sebab utama kesatuan sekerja ditubuhkan adalah untuk membela nasib pekerja. Jika kesatuan sekerja berjalan sesuai dengan fungsinya, maka ia akan melakukan tindakan segera untuk mencari jalan penyelesaian yang dihadapi oleh pekerja. Namun kenyataannya, disebabkan oleh fungsinya yang sangat penting itu, maka kesatuan sekerja tidak hanya dijadikan alat oleh pekerja untuk membela nasib mereka, tetapi selalu juga dimanfaatkan oleh majikan untuk menjaga kepentingan mereka.

Kepentingan pekerja untuk mendapatkan upah yang layak sangat bertentangan dengan kepentingan majikan yang hanya mengejar keuntungan. Semakin sedikit upah yang diberikan, maka akan semakin

besar keuntungan majikan. Praktik umum yang selalu terjadi adalah, majikan akan memelihara kebajikan dan kepentingan pemimpin kesatuan sekerja supaya mereka boleh diperdayakan dengan politik balas budi jika suatu saat berlaku perselisihan di antara pekerja dan majikan. Sedangkan pekerja pada umumnya beranggapan bahawa setiap masalah akan diperjuangkan oleh kesatuan sekerja. Oleh sebab itu, pekerja mesti meningkatkan kesedaran mereka untuk mengawal kerja perwakilan mereka di kesatuan sekerja yang selesa dengan keadaan sekarang. Mengapa dikatakan selesa? Kerana kita tidak melihat upaya yang bersungguh-sungguh dari mereka untuk menekan kerajaan dan majikan untuk meningkatkan gaji minima. Oleh sebab itu, sayangilah kesatuan

sekerja kita sebelum ia disayangi oleh majikan. Bagaimana cara majikan menyayangi kesatuan sekerja? Dengan memberi kemudahan dan memelihara kepentingan perbadi pemimpinnya. Bagaimana pula cara pekerja menyayangi

kesatuan sekerja mereka? Dengan selalu melakukan pengawasan dan menekan kepimpinan kesatuan supaya terus membela hak-hak pekerja.

Dalam satu perbincangan dengan Solidariti Pekerja, pekerja-pekerja MAS yang

juga merupakan ahli kepada MASEU (Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan

Malaysia), meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin kesatuan yang telah membelakangkan pekerja dalam rundingan dengan majikan dalam isu penstrukturan dan pemberhentian kerja di MAS. Mereka menuduh pemimpin-pemimpin MASEU yang mengadakan perbincangan dengan majikan tunduk kepada tuntutan majikan daripada mempertahankan hak pekerja. Akibat rundingan tersebut, ramai pekerja hilang pekerjaan, kontrak kerja yang tidak tentu, hak kerja semakin merosot, pampasan yang tidak

memadai dan kesatuan MASEU dihancurkan.

Harapan pekerja berkecai apabila kesatuan yang harus memperjuangkan hak mereka melutut kepada kehendak majikan. Kebanyakan pekerja MAS yang menghadapi tekanan demi tekanan daripada majikan kini tanpa haluan untuk memperjuangkan hak mereka. Bukan sahaja kepimpinan kesatuan mengkhianati pekerja, malah kerajaan juga tunduk kepada kehendak majikan.

Solidariti Pekerja telah

menegaskan perlunya pembinaan kesatuan dengan kepimpinan yang sanggup berjuang bersama pekerja untuk aksi kolektif mempertahankan hak-hak pekerja. Isu MAS menunjukkan bahawa bukan sahaja perlu pembinaan kesatuan yang kuat, malahan kepimpinan jelas yang berpihak kepada tuntutan dan hak pekerja juga harus dibentuk. Pekerja MAS yang tertindas tiada pilihan lain selain berjuang untuk hak mereka, dan untuk itu penyatuan pekerja MAS perlu dilaksanakan dengan kepimpinan yang jelas dan yang sanggup berjuang.

MAS: Kesatuan mengkhianati pekerja Ravi

Sistem kapitalisme yang diamalkan oleh negara seperti Malaysia berlandaskan kepada ekonomi pasaran bebas dan pemerintahan yang berlandaskan kepada keperluan dan keuntungan untuk golongan minoriti pemodal (kapitalis). Dalam sistem kapitalisme, segala entiti-entiti kerajaan adalah untuk mengawal rakyat biasa dengan nama ‘demokrasi’ untuk mematuhi undang-undang atau lumrah tertentu untuk menjustifikasikan aktiviti-aktiviti ekonomi kapitalis untuk memaksimumkan keuntungan. Ini yang dirujuk dengan demokrasi ala kapitalis di mana keperluan-keperluan rakyat dan hak-hak asasi akan dicabul dan dianaktirikan dengan sewenang-wenangnya untuk matlamat keuntungan segelintir kapitalis. Penumpuan kekayaan atau keuntungan kepada segelintir kapitalis disokong oleh kerajaan dan tiada penglibatan rakyat biasa untuk menentukan bagaimana kekayaan atau keuntungan tersebut perlu diagihkan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas mereka.

Dalam pasaran bebas kapitalisme, perancangan dilakukan untuk memaksimumkan keuntungan. Misalnya, pelan 5 tahun kerajaan Malaysia sebenarnya untuk menyelaraskan aktiviti

kapitalisme. Sudah banyak pelan 5 tahun telah dilaksanakan semenjak merdeka, tetapi jurang di antara kaya dan miskin semakin melebar. Ramai rakyat masih tidak memiliki rumah kos rendah. Gaji pekerja masih pada tahap yang amat rendah kalau dibandingkan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Maksudnya syarikat-syarikat kapitalis melakukan perancangan bagaimana keuntungan dapat dimaksimumkan dengan bantuan undang-undang dan peraturan kerajaan pro-kapitalis. Kerajaan pro-kapitalis juga kadang-kadang terpaksa menenangkan tuntutan atau desakan rakyat biasa dengan merancang sedikit habuan seperti BRIM, bantuan kebajikan, klinik 1Malaysia, subsidi, bonus raya dan sebagainya bergantung kepada dana kewangan untuk ‘kestabilan politik’ kapitalisme.

Ekonomi terancang dalam sosialisme adalah sistem ekonomi yang akan diurus dan dikawal oleh kerajaan kelas pekerja dan rakyat biasa tanpa sebarang kongkongan kapitalis atau sistem pasaran bebas untuk merancang ekonomi berlandaskan kepada keperluan-keperluan rakyat biasa secara demokratik. Institusi-institusi kewangan dan bank serta industri-industri diletakkan

di bawah milikan awam kerajaan tanpa sebarang ‘tangan tersembunyi’ kapitalisme, dan diurus dan dikawal oleh kelas pekerja secara demokratik melalui kesatuan sekerja untuk merancang halatuju berlandaskan keperluan rakyat keseluruhan. Di sini akan ada interaksi di antara kerajaan dan rakyat biasa dalam membuat sesuatu perancangan sosial atau ekonomi.

Ini bermakna, aktiviti-aktiviti ekonomi dan kekayaan atau keuntungan yang dijanakan oleh kelas pekerja dan rakyat biasa akan dipergunakan untuk memaksimakan keperluan rakyat dengan penglibatan rakyat secara demokratik untuk menentukan halatuju perancangan kerajaan kelas pekerja dan rakyat biasa. Jelas di sini peranan kerajaan atau negara akan berlandaskan kepada sistem ekonomi yang dipraktikkan. Kerajaan pro-kapitalis untuk memperkukuhkan sistem ekonomi pasaran bebas dan keuntungan maksimum kapitalis, manakala kerajaan sosialis kelas pekerja memastikan keperluan maksimum dan penglibatan demokratik rakyat biasa dalam perancangan ekonomi dan sosial.

Sosialisme berlandaskan kepada ekonomi terancang dan pemerintahan dan penglibatan kelas pekerja dan rakyat biasa untuk menentukan halatuju keperluan rakyat. Jadi untuk memperkembangkan ekonomi terancang, kerajaan atau negara perlu berperanan dalam memperkembangkan demokrasi rakyat biasa. Demokrasi yang dimaksudkan di sini adalah penglibatan warga pekerja, petani, nelayan, anak muda dan sebagainya di sesuatu kilang/syarikat, kawasan, daerah, negeri, negara dan juga antarabangsa dalam membuat keputusan dan perancangan untuk meningkatkan keperluan rakyat. Tetapi untuk mengorganisasi masyarakat

berlandaskan demokrasi sepenuh sebegini, keperluan-keperluan asas seperti gaji, masa kerja, perumahan dan lain-lain keperluan asas haruslah adil untuk membolehkan mereka mempunyai masa yang secukupnya untuk terlibat secara langsung dalam perancangan. Pada masa yang sama, kerajaan tersebut juga perlu mempertingkatkan pengetahuan dan informasi rakyat biasa ke taraf yang sepatutnya. Ini tidak mustahil dicapai dengan teknologi tinggi dan sumber-sumber yang kita ada pada masa kini. Demokratik sosialisme adalah untuk majoriti rakyat terlibat dalam perancangan kerajaan.

Demokrasi Pekerja Ditindas…Apa Alternatif ? Ravi

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015 BERITA LUAR NEGARA 98 ISU SOSIAL SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP -OKT 2015

Rakyat Malaysia Rasis? Qira

Kejadian di Plaza Low Yat awal Julai lalu, sekali lagi telah mendapat perhatian rakyat Malaysia kepada isu perpaduan antara kaum. Pastinya kita semua tahu, ini bukan pengalaman pertama kita mendengar, malah ada juga yang pernah berhadapan sendiri dengan situasi yang sama. Pernah juga kami bertemu beberapa teman yang bekerja sebagai guru yang menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan kes yang serupa.

Atas kejadian ini, beberapa korporat seolah-olah menawarkan jalan penyelesaian.

Antaranya, Dato’ Seri Ismail Yaacob, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah; beliau mencadangkan agar sebuah lagi Plaza Low Yat diwujudkan khas untuk peniaga Melayu. Sementara Tan Sri Joseph Kurup pula, mencadangkan agar undang-undang diperhalusi bagi mempertahankan keharmonian Malaysia. Ada juga cadangan Institusi Pendidikan, dan keagamaan untuk berganding bahu dalam menangani isu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Apakah rakyat Malaysia memang rasis? Bagi kami tidak, kerana sejarah pernah membuktikan, secara berterusan sehingga hari ini

bangun dan bersatu apabila ditindas. Seperti peristiwa Hari Hartal yang tidak tertulis dalam buku teks sejarah sekolah, 64 tahun yang lalu, telah berlaku satu mogok besar-besaran oleh penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India bagi membantah penubuhan Perlembagaan Persekutuan. Gerakan ini diketuai

oleh AMCJA-PUTERA, iaitu gabungan parti dan persatuan berbilang kaum,dan kesatuan sekerja PMFTU yang juga bertujuan menuntut kemerdekaan daripada pihak British.

Himpunan Bersih dan Hari Pekerja telah membuktikan kebanjiran pelbagai kaum, malah pengalaman kami bertemu dengan organisasi bebas yang mempertahankan hak orang asli juga wujud dalam kedua-dua acara. Mereka tidak pula disisihkan, dan mendapat perhatian setimpal. Hal ini sebenarnya menutup persepsi bahawa rakyat Malaysia adalah rasis, malah sebenarnya sifatnya

manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain! Namun tentunya dalam situasi krisis, kita akan mencari punca dan salah, dan biasanya kumpulan yang lemah dan tidak mampu mempertahankan diri akan ditindas.

Justeru, meskipun dalam lipatan sejarah Malaysia, telah tertulis bahawa kita pernah bersatu dan bangkit bersama, namun, harus juga kita akui, ‘pendidikan’ melalui saluran televisyen dan surat khabar serta radio-radio arus perdana telah berjaya mengetengahkan perbezaan berbanding persamaan antara kita, Dikukuhkan lagi dengan polisi yang membenarkan syarikat-syarikat memilih kaum sebagai pekerja tidak pernah dicabar pun dalam parlimen. Seperti kenyataan Dato’ Seri Ismail Yaacob, untuk mewujudkan Plaza Low Yat II khas untuk peniaga Melayu, soal asas yang mudah harus kita tanya, bagaimana pula dengan kaum pekerja India yang juga memiliki keluarga dan anak-anak? Mungkin ada antaranya yang pernah menjadi doktor atau guru dalam sebahagian cebisan hidup kita.

Pendidikan asas kepada perpaduan? Kenyataan oleh Tan Sri Joseph

Kurup mengenai pendidikan amat menggiurkan, sepertimana isu yang dibawa oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong yang ditulis dalam buku teks Sejarah. Beliau mencadangkan agar ia ditulis semula tanpa campur tangan mana mana parti politik. Cadangan ini ada benarnya, kerana rakyat berhak mendapat pendidikan yang telus dan berkualiti. Namun cita-cita ini boleh terwap begitu saja tanpa demokrasi kelas pekerja dalam sektor ini. Guru-guru dan ahli PIBG yang terdiri dari ibu bapa, mesti mendapat hak dalam menentukan pengurusan dan kurikulum, serta ko-kurikulum generasi kita. Namun pendidikan saja tidak memadai.

Kelas pekerja mesti bersatu!Polisi-polisi yang bersifat pecah dan perintah ini mesti dihentikan, dan satu-satunya cara bagi polisi ini dikehadapankan langsung memadamnya, adalah melalui penyatuan kelas pekerja. Sebuah organisasi yang terdiri dari kelas pekerja tanpa campur tangan kapitalis mesti dipertimbangkan dengan kritis.

Saya Zahra : Keluhan Seorang Graduan Muda Zul

Video ucapan seorang graduan kelulusan Undang-undang, Siti Azzahra (dikenali sebagai Zahra) yang menjadi tumpuan di media sosial pada sekitar awal Julai lalu dikatakan telah memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada umum mengenai realiti hidup yang terpaksa dilalui oleh golongan anak muda dan mahasiswa pada hari ini.Zahra telah bercakap mengenai pelbagai isu dari aspek kehidupan majoriti rakyat biasa seperti isu pendapatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, dan jaringan keselamatan sosial (apabila berhadapan dengan kemalangan atau penyakit).

“Realiti orang bekerja rupanya, tidaklah seindah yang disangka. Malah amat menyiksakan”, menurut Zahra, merupakan sebuah kenyataan yang menggambarkan keadaan

sebenar bagi kebanyakan golongan yang bekerja, terutamanya bagi anak muda atau graduan yang baru mula bekerja. Namun mungkin ramai yang sudah menyedari perkara ini sebelum Zahra sendiri. Ribuan graduan, malah jutaan rakyat biasa menghadapi realiti yang sama.

Zahra secara tidak langsung sebenarnya telah bercakap mengenai realiti hidup masyarakat yang telah dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalisme global semenjak sekian lama.Menyokong beberapa hujah Zahra, menurut kajian dari Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah, kekayaan yang hanya tertumpu pada tangan golongan yang sudah pun memiliki harta telah memacu peningkatan ketidaksamaan pendapatan dan harta di Malaysia. Ini bermakna,

golongan kaya menjadi semakin kaya, manakala jumlah golongan miskin pula semakin bertambah!

Sistem ekonomi yang sama juga telah meletakkan golongan pemerintah dan kelas elit kapitalis sebagai penentu segala bentuk perlaksanaan polisi politik dan sosial keatas rakyat biasa yang akan sentiasa memihak kepada kepentingan golongan ini. Dengan meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama di dalam sistem ini, kepentingan dan hak rakyat semakin terhakis dan taraf kehidupan rakyat juga semakin jatuh.

Ia adalah disebabkan oleh melalui penswastaan pelbagai syarikat kerajaan dan institusi awam, secara langsung keuntungan telah dijadikan keutamaan, dan menjadikan golongan yang lebih berharta

sahaja mampu mendapat perkhidmatan asas yang baik, setelah diswastakan.

Contoh yang boleh dilihat dan dikaitkan dengan isu yang dibangkitkan Zahra adalah seperti sistem pendidikan yang lebih mementingkan yuran berbanding kualiti pendidikan, isu rumah yang semakin tidak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana, isu kos pengangkutan awam yang semakin meningkat, kenaikan harga minyak dan kos kereta, isu keselamatan dan kesihatan sosial yang semakin tidak berkualiti dan sukar untuk dimanfaatkan kepada rakyat biasa.

Luahan Zahra didalam ucapan tersebut meninggalkan kepada umum, persoalan mengenai bolehkah realiti hidup yang dilalui rakyat biasa, terutama

golongan pekerja ini diubah, dan juga persoalan mengenai kewujudan alternatif kepada sistem politik, ekonomi dan sosial pada hari ini?

Isu-isu yang dihadapi oleh graduan muda yang baru berkerja adalah isu yang hampir sama dihadapi oleh kebanyakan golongan pekerja yang lain tanpa mengira warna kulit dan taraf pendidikan. Anak muda, mahasiswa dan pekerja mempunyai kepentingan dan hak yang perlu diperjuangkan bersama. Mereka perlu disusun didalam organisasi politik

Kekecohan di Plaza Low Yat

Krisis Sosial dan Politik di Greece Yuva

Perubahan yang mendadak dalam arena politik dan sosial Greece menggambarkan masa depan yang sama di semua negara di benua Eropah yang sedang menghampiri krisis ekonomi yang mendalam. Selain Greece, beberapa negara di zon Kesatuan Eropah seperti Portugal, Italy, Spain dan Ireland sudah diisytiharkan muflis dan sedang mengalami zaman kegelapan dari segi keadaan sosial dan ekonomi yang semakin merosot. Greece contohnya sudah mengalami kejatuhan pendapatan negara sebanyak 25% dalam 5 tahun semenjak krisis ekonomi melanda dan diramalkan akan turun 4.2% lagi untuk tahun ini. Bukan sekadar itu, kemerosotan ekonomi juga telah menyebabkan kadar pengangguran yang tidak pernah dilihat sejak zaman perang dunia kedua. Seramai 30% rakyat biasa dan lebih 50% anak muda sedang menganggur di Greece pada masa ini.

Tambahan pula, bank-bank besar di Eropah yang telah meminjam kepada kerajaan

Greece menekan untuk pembayaran balik hutang walaupun jelas bahawa

kerajaan tidak mempunyai dana dan negara itu telah muflis. Pihak kapitalis Eropah termasuk negara German ( peminjam terbanyak) telah memaksa kerajaan Greece untuk melaksanakan langkah penjimatan seperti pemotongan pekerjaan awam, penswastaan, pemotongan perbelanjaan sosial seperti perubatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Selepas lebih 5 tahun Greece dan rakyatnya mengalami pemotongan perbelanjaan awam, keruntuhan ekonomi, pengangguran dan sebagainya, keadaan ekonomi negara masih tidak pulih, malah bertambah teruk. Walaupun rakyat Greece tidak nampak sebarang jalan penyelesaian dengan penjimatan, kerajaan yang dipilih meneruskan polisi sedemikian. Walaupun penentangan dari skala yang besar di kalangan rakyat dan lebih 20 mogok umum dilancarkan oleh kelas pekerja, semua kerajaan baru yang terpilih menjadi pak turut pemodal dan peminjam

Eropah. Di mata rakyat Greece, institusi perbankan Eropah sedang memainkan peranan yang tidak jauh beza daripada peminjam hutang haram yang akan mengugut peminjam jika gagal membayar balik hutang. Walaubagaimanapun, segala hutang Greece dan negara-negara lain adalah hasil pinjaman kapitalis yang gelojoh dan apabila mengalami krisis, beban itu diturunkan ke bahu rakyat biasa.

Selepas memberikan peluang kepada beberapa parti kapitalis untuk menangani masalah mereka, akhirnya rakyat Greece mengundi sebuah parti berhaluan kiri iaitu Syriza. Walaupun mulanya digelar sebagai parti yang membawa aspirasi rakyat, malangnya Syriza masih gagal untuk menyelesaikan masalah ekonomi Greece dan tunduk kepada asakan pihak bank Eropah. Pihak Syriza tidak berani menentang kuasa-kuasa Eropah disebabkan kemungkinan ditendang keluar dari zon Kesatuan Eropah. Pada Julai lalu, kepimpinan Syriza telah ditekan untuk melakukan sebuah referendum untuk memberikan suara kepada rakyat biasa dalam hal rundingan dengan kuasa-kuasa Eropah. Dalam referendum tersebut, walaupun rakyat biasa faham akan kemungkinan mereka akan terkeluar dari zon Eropah, majoriti masih mengundi untuk menghentikan segala pemotongan perbelanjaan sosial. Ini menunjukkan keberanian dan keyakinan rakyat Greece yang bersedia untuk membina sebuah ekonomi yang bebas daripada kawalan kapitalis

Eropah. Segala niat buruk pihak kapitalis Eropah sudah terdedah dan rakyat Greece sedang mencari sebuah alternatif untuk menggantikan sistem kapitalisme yang memudaratkan.

Walaupun rakyat Greece menyokong kepimpinan Syriza yang telah berhujah untuk menentang agenda penjimatan oleh kerajaan-kerajaan sebelumnya dan membawa pemulihan keadaan sosial rakyat, kepimpinan Syriza masih tidak berupaya untuk mengambil keputusan dang langkah yang jelas. Undi rakyat di referendum sepatutnya sudah memberikan keyakinan bagi kepimpinan Syriza untuk menentang kapitalis Eropah dan memulakan pembinaan sebuah ekonomi yang dirancang secara demokratik oleh kelas pekerja dan rakyat biasa. Malangnya, Alex Tsipiras, pemimpin Syriza beranggapan bahawa ekonomi Greece terlalu kecil untuk terus berkembang tanpa bantuan daripada Eropah. Walaupun dengan mandat daripada rakyat di pilihan raya dan juga di referendum, kerajaan Syriza gagal memihak kepada keperluan rakyat biasa, dan sekali lagi harapan rakyat Greece berkecai.

Xekinima (CWI di Greece) tidak bersetuju dengan kepimpinan Syriza yang menganggap bahawa Greece tidak boleh bertahan tanpa bantuan kapitalis Eropah. Bukan sahaja Greece yang sedang mengalami krisis ekonomi dan keruntuhan sosial, negara-negara lain seperti Italy dan Spain ( ekonomi ketiga dan keempat terbesar di Eropah)

juga sedang mengalami keadaan yang sama. Sebuah langkah yang positif di Greece akan mencetuskan perubahan politik di negara-negara lain yang juga sedang mencari sebuah alternatif kepada sistem ekonomi kapitalisme. Golongan pemodal dan penguasa bank Eropah juga amat gentar dengan sebuah pemberontakan daripada kelas pekerja dan rakyat biasa Eropah. Inilah sebab utama institusi Kesatuan Eropah enggan memenuhi tuntutan rakyat Greece, gentar dengan reaksi rakyat di negara-negara lain.

Xekinima (organisasi sosialis yang berkerja di dalam Syriza) sedang giat berkempen dengan golongan kiri dan progresif di dalam dan diluar Syriza untuk membawa program-program sosialis sebagai jalan penyelesaian kepada krisis kewangan di Greece. Xekinima mencadangkan untuk memiliknegarakan segala institusi kewangan dan diletakkan dibawah kawalan demokratik masyarakat. Industri-industri besar juga harus diletakkan dibawah kawalan dan pengurusan kelas pekerja. Sebuah ekonomi yang dirancang secara demokratik yang akan memanfaatkan rakyat biasa perlu dibentuk untuk menyeru kepada kelas pekerja diseluruh Eropah untuk mengambil langkah yang sama. Jika kepimpinan organisasi politik massa memilih pendekatan yang tepat, kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa di Eropah akan dapat keluar dari krisis ini dan memperbaiki taraf kehidupan mereka.

Ke Arah Pembinaan Sebuah Dunia Sosialis Erick

Setiap tahun pertengahan Julai, wakil-wakil Jawatankuasa Pekerja Antarabangsa atau CWI dari seluruh dunia berkumpul di Belgium untuk berkongsi pengalaman dan hasil kerja di negara masing-masing. Saya berpeluang untuk menyertai sekolah musim panas tahun

ini dan mewakili rantau Asia Tenggara sekaligus wakil bagi Sosialis Alternatif Malaysia.

Krisis ekonomi dunia yang berlangsung kini mendedahkan tiada benua atau negara terkecuali daripada tempiasnya. Pengalaman aktivis dari benua Eropah dipenuhi dengan perjuangan rakyat menentang dasar kerajaan mereka yang menghakis hak-hak kebajikan

sosial seperti pendidikan, kesihatan yang berkualiti dan percuma dan lain-lain lagi. Hak yang sedemikian, adalah dinikmati hasil perjuangan rakyat ketika era selepas perang dunia ke-2 dan ianya satu-persatu ditarik balik oleh pemerintahan kapitalis yang berpaksi kepada keuntungan semata-mata.

Krisis ini menyaksikan kebanjiran imigran ke Eropah yang melarikan diri daripada peperangan dan kemiskinan terutamanya di benua Afrika Utara serta Timur Tengah. Kedatangan para imigran ini digunakan oleh pihak

pemerintah Eropah untuk memecah-belah perpaduan rakyat biasa dan para imigran atau etnik minoriti yang lain bagi mengalih isu utama iaitu krisis ekonomi dan sosial yang melanda.

Perkongsian sahabat dari Afrika Utara dan Timur Tengah memberi inspirasi kepada yang lain. Dengan keadaan sukar, mereka mampu melakukan kerja akar umbi yang berkesan untuk rakyat biasa yang berbilang kaum untuk bersatu menentang sebarang dasar yang hanya memihak kepada yang kaya, juga berjumlah 1% jika dibanding dengan rakyat biasa. Hasilnya,

rakyat di Sudan dan Somalia juga berminat dengan idea-idea sosialis yang ternyata memihak kepada rakyat biasa dan menekankan betapa pentingnya perpaduan antara rakyat biasa di seluruh dunia.

Walaupun tempoh yang singkat, para aktivis bertekad untuk meneruskan dan meluaskan kerja-kerja di negara masing-masing dengan matlamat untuk menyatukan seluruh umat manusia dengan idea sosialis yang memihak kepada rakyat biasa dan perkongsian sumber alam demi manfaat penuh kepada seluruh umat manusia tanpa mengira ras atau agama.

Pemimpin Syriza, Alex TSipiras

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015 SUDUT SEJARAH 1110 PERSPEKTIF SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -13 SEP - OKT 2015

Sejarah Merdeka Milik Siapa? Ian

Dalam ilmu sejarah dan politik, ada satu ungkapan yang terkenal bahawa “sejarah selalu ditulis oleh pihak yang menang”. Jika diperlukan, pihak yang menang dalam satu pertarungan rentetan sejarah tersebut akan memanipulasi, bahkan memesongkan fakta sejarah demi keuntungan mereka. Kemudian fakta yang salah itu diulang secara berterusan sampai rakyat percaya bahawa itulah yang sebenarnya berlaku sehingga dianggap sebagai sebuah kebenaran. Ini adalah perkara asas dalam propaganda yang diperkenalkan oleh Joseph Goebels, tangan kanan bekas penguasa diktator Jerman, Hitler yang masih diamalkan oleh banyak pemimpin dunia sampai ke hari ini. Oleh sebab itu dalam sejarah perjuangan sebuah negara, selalu ada pahlawan dan pengkhianat perjuangan. Pihak yang menang akan selalu menggambarkan mereka sebagai pahlawan dan musuh mereka yang kalah dalam pertarungan politik itu sebagai pengkhianat. Dalam konteks perjuangan menentang penjajahan, musuh politik tidak hanya penjajah, tetapi juga kelompok lain yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan tetapi menggunakan kaedah dan cara yang berbeza dalam perjuangan mereka.

Di banyak negara, pihak yang menang biasanya adalah kerajaan yang memerintah. Mereka menguasai semua alat dan institusi negara, terutama sekali bahan pelajaran sejarah di sekolah-sekolah yang digunakan untuk menyokong kebenaran sejarah versi rasmi kerajaan. Jika pemerintah negara tersebut

mentadbir secara autoritarian atau semi autoritarian seperti di Malaysia, maka setiap suara yang cuba mencabar kebenaran sejarah versi rasmi tersebut akan ditindas.

Kita tentu masih ingat ketika salah seorang pemimpin pembangkang mengangkat sosok Mat Indera, yang memimpin penyerangan markas polis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai pahlawan. Hujahnya, markas Bukit Kepong yang diserang tersebut adalah kepunyaan dan di bawah kuasa British, walaupun dianggotai juga oleh orang-orang Melayu. Maknanya, orang-orang Melayu yang menjadi polis itu bekerja untuk British dan membela kepentingan British, sedangkan penyerangnya adalah pihak yang sebenarnya menentang penjajah. Siapa sebenarnya pahlawan dan pengkhianat di dalam peristiwa ini telah dibalikkan dari sejarah resmi menurut pemerintah.

Pemerintah UMNO/BN yang merasa satu-satunya pihak yang berhak menciptakan kebenaran sejarah menjadi marah. Akibat kenyataan tersebut, tokoh pembangkang tersebut diheret ke mahkamah. Ia juga dikecam oleh “intelektual-intelektual” yang dekat dengan kekuasaan untuk mempertahankan kebenaran peristiwa Bukit Kepong menurut sejarah versi rasmi. Disebabkan oleh begitu bersemangat hendak menunjukkan kehebatan orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO, salah seorang sejarawan bergelar profesor sanggup mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Kenyataan profesor tersebut adalah contoh nyata bagaimana fakta sejarah boleh dipesongkan untuk kepentingan pihak tertentu, walaupun sukar untuk diterima oleh akal. Banyak kalangan mentertawakan dan meremehkan kenyataan tersebut, terutama mereka yang menentang kerajaan. Namun tidak ada yang mencurigai bahawa kenyataan tersebut boleh jadi dikeluarkan untuk maksud lain selain untuk kelihatan bodoh. Mungkin maksud tersirat yang ingin disampaikan adalah bahawa peperangan yang dilakukan oleh komunis adalah bukan untuk melawan British (kerana menurut profesor British tidak pernah menjajah Tanah Melayu) tetapi melawan bangsanya sendiri. Oleh kerana itu komunis layak disebut sebagai pengkhianat kerana telah memerangi rakyat negaranya sendiri. Realitinya, itulah yang dipercayai oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Jika kita mahu membaca sejarah di luar bahan-bahan bacaan yang hanya dibenarkan oleh kerajaan, maka fakta sejarah di sekitar kemerdekaan yang berbeza dari fakta pemerintah bukan sesuatu yang baru. Pandangan sejarah alternatif tersebut tidak tersebar secara meluas di kalangan orang awam kerana berseberangan dengan versi rasmi dan tidak diajarkan di

sekolah-sekolah.

Pada umumnya sejarawan menuliskan sejarah dengan pemaknaan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku di masa lampau secara berbeza. Ertinya, fakta sejarahnya sama, tetapi bagaimana memaknai fakta tersebut berbeza-beza. Jadi, dalam melihat sesebuah peristiwa sejarah, selain fakta, siapa yang menyampaikan fakta tersebut juga penting, kerana sejarawan yang menuliskan sejarah juga tidak terlepas daripada kepentingan dan keberpihakan. Jadi, sejarah sangat berhubungan erat dengan kekuasaan. Oleh kerana itu, pemerintah di negara manapun berusaha mengawal penceritaan sejarah sesuai dengan versi rasmi mereka.

Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia, selain UMNO, MCA, dan MIC yang menggunakan pendekatan rundingan dengan pihak British, ada kelompok-kelompok lain yang ikut berperanan dalam mengubah sikap British

terhadap Tanah Melayu. Organisasi-organisasi seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Komunis Malaya (PKM) pun ikut berjuang untuk merebut kemerdekaan, bahkan lama sebelum UMNO ditubuhkan. Perjuangan mereka pun melawan British untuk kemerdekaan semua bangsa yang tinggal di tanah Melayu. Sedangkan UMNO masih kuat sifat perkaumannya dengan laungan slogan “Hidup Melayu”. Namun kerana kelompok-kelompok tersebut berbeza pandangan ideologi dan politik dengan UMNO, maka seboleh mungkin peranan mereka dihapuskan. Senjata yang paling berkesan untuk menghapuskan sejarah mereka adalah dengan membuat rakyat percaya mereka sebagai pengkhianat, komunis tidak bertuhan, dan tuduhan-tuduhan buruk lainnya. Untuk membenarkan tuduhan-tuduhan tersebut, maka sejarah dimanipulasi, dipesongkan, bukan hanya faktanya, melainkan juga pemaknaannya. Persoalannya sekarang, sampai bila kita harus percaya?

Satu gempa bumi pada 5.9 skala Richter telah terjadi di sekitar Ranau, Sabah pada awal Jun yang lepas. Gegaran itu telah dirasai di pelbagai daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau dan sebagainya. Seramai 19 orang pendaki Gunung Kinabalu telah terkorban dalam peristiwa ini. Gegaran susulan juga masih berlaku hingga ke hari ini.

Gempa bumi itu telah menyebabkan banyak batu dan bongkah besar jatuh di Gunung Kinabalu, pondok pendaki terjejas, dan Donkey’s

Ear Peak rosak teruk. Ia juga mengakibatkan keretakan beberapa bangunan dan jalan raya.

Rentetan kejadian gempa bumi ini, terdapat keperluan untuk melihat kepada keadaan kapitalisme di Malaysia, dan bagaimana untuk mengurangkan kadar kemalangan jiwa atau kecederaan jika ia berlaku lagi. Ini kerana gempa bumi adalah kejadian alam semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Justeru, perkara yang harus difikirkan adalah bagaimana untuk memastikan lebih ramai orang

yang dapat diselamatkan.

Bangunan dan segala fasiliti di Malaysia dibina oleh para pemaju yang cuma inginkan keuntungan semata-mata. Adakah faktor keselamatan difikirkan mereka dengan serius? Mereka pasti melakukan apa saja untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Namun, ini masih boleh diubah jika rakyat ingin melakukannya. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus mengambil alih kepimpinan. Hanya mereka yang tahu bahawa keperluan rakyat adalah menjadi lebih utama.

Oleh itu, mereka akan membina bangunan dan kemudahan yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat.

Gempa bumi di Sabah: Faktor Keselamatan vs Keuntungan Sharifah

Mangsa gempa bumi di Sabah yang tidak di jangka

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Uni-versiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembangunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiayaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pendidikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup,

termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, pengangkutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi.

• Pertahankan hak dan budaya semua minoriti termasuk orang asal.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.

• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan di setiap daerah.

• Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua

kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keperluan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Sosialis Alternatif

Sosialis Alternatif adalah sebahagian daripada pertubuhan sosialis dan kelas pekerja antarabangsa (Committee for a Workers’ International) yang beroperasi di lebih 50 buah negara. Sosialis Alternatif berkempen menentang penindasan kapitalisme ke arah membentuk masyarakat

yang berlandaskan demokratik sosialisme di Malaysia dan sedunia.

ISU KE - 13 SEP - OKT 2015 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Ketidaksamaan sosial dan ekonomi di Malaysia sudah mencapai kadar yang membimbangkan. Berikutan kemelesetan ekonomi global pada 2008, golongan kapitalis meneruskan kehidupan mewah mereka manakala majoriti kelas pekerja dan rakyat biasa masih bergelut dengan kemiskinan.

Laporan daripada badan kerajaan sendiri seperti Khazanah telah menunjukkan bahawa peningkatan gaji di Malaysia tidak setara dengan pertumbuhan produktiviti negara. Cuma 33.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara (KDNK) di peruntukkan bagi gaji pekerja, jumlah yang tidak berubahsemenjak tahun 1971. Sementara itu, peruntukkan bagi keuntungan korporat pula bertambah dari 51.7% pada tahun 1971 ke 64.2% pada 2013. Ini mencerminkan statistik bahawa 15 keluarga terkaya di Malaysia kini memiliki nilai hartayang bersamaan dengan 76% daripada KDNK Malaysia!

Walaupun golongan pemodal atau kapitalis dilihat membuat untung berbillion- billion

ringgit, rakyat biasa terus dibebankan dengan kenaikan harga barang dan pembekuan gaji. Secara purata, setiap isi rumah kelas pekerja terpaksa membelanjakan kira-kira 44% daripada gaji mereka untuk membayar hutang. Hutang isi rumah semakin meningkat dan kini berada pada 87%. Dengan beban hutang yang tinggi, rakyat Malaysia juga terpaksa menanggung kos pendidikan dan kesihatan yang semakin meningkat. Kos perubatan meningkat lebih 15% pada tahun ini.

Walaupun rakyat Malaysia dengan jelas sedang bergelut dengan kenaikan kos hidup, kerajaan Malaysia, pihak pembangkang dan kapitalis-kapitalis korporat langsung tidak pedulikan nasib mereka. Tidak ada pihak yang berusaha memberikan penyelesaian ataupun jalan keluar bagi permasalahan yang sedang dihadapi. Golongan korporat dilihat menimbun keuntungan manakala kelas pekerja dan rakyat biasa sedang membanting tulang membaiki kehidupan mereka.

Kami menuntut keadilan sosial dan kehidupan yang bermaruah untuk warga

pekerja dan anak muda !

Gaji minimum yang ditetapkan pada masa ini iaitu RM 900 sebulan adalah tuntutan pekerja yang sudah ketinggalan zaman. Tindakan kerajaan untuk tidak menaikkan gaji minimum yang ditetapkan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa polisi-polisi kerajaan tidak mengambil kira nasib 13 juta orang pekerja dan juga keluarga serta anak-anak mereka yang sedang menghadapi kos hidup yang tinggi berikutan pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan pengenalan cukai GST.

Kerajaan telah memilih untuk mendengar hujah Persatuan Majikan Malaysiayang telah mendesak pihak berkuasa untuk tidak menaikkan kadar gaji minimum dalam tekanan ekonomi dan sosial bagi majoriti isi rumah di Malaysia. Manakala pihak pembangkang yang melihat gaji ahli parlimen mereka naik mendadak tidak merasakan keperluan untuk menuntut kenaikkan gaji minimum yang adil bagi rakyat biasa. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus sedar bahawa wakil-wakil parlimen tak kira dari BN atau Pakatan pembangkang hanya mementingkan kuasa dan bergantungan kepada kepentingan kapitalis-kapitalis.

Perjuangan kelas untuk perubahan ekonomi dan sosial ! Gerakan untuk menuntut gaji minimum perlu mencerminkan masalah- masalah rakyat yang berpunca akibat pembekuan gaji pekerja manakala harga barang dan perkhidmatan asas semakin meningkat. Gerakan membantah GST pada Hari Pekerja dan pelbagai piket-piket pekerja menunjukkan bahawa wujud sebuah aspirasi di kalangan rakyat biasa dan anak muda untuk menuntut gaji yang lebih adil daripada pihak majikan mahupun kerajaan.

Selepas mengambilkira pandangan pekerja dan anak muda dari pelbagai sektor dan latar belakang, kami menuntut gaji minima yang dikuatkuasakan sekarang harus diganda supaya setara dengan kenaikan harga barang. Berlandaskan kepada maklum balas pekerja dan tekanan sosial dan ekonomi, gaji minimum haruslah sekurang-kurangnya RM 2000 sebulan ataupun RM 10 sejam bagi semua pekerja tanpa mengira status, sama ada pekerja tetap atau separuh masaatau pekerja migran. Kami ingin menuntut RM 10 sejam bagi semua pekerja tanpa diskriminasi kaum atau jantina supaya pekerja boleh menikmati hidup yang bermaruah. Walaubagaimanapun, tuntutan atau kempen‘RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan’ hanya merupakan langkah pertama dalam perjuangan ke arah gaji yang lebih setara dengan kerja yang dilakukan. Kadar gaji minimum tersebut juga harus berkembang

mengikut kadar inflasi pada masa-masa tertentu.

Ke arah gaji sara hidup yang adil ! Setiap pekerja layak mendapat gaji sara hidup. Perjuangan untuk gaji minimum RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti masalah kelas pekerja serta anak muda, dan mendorong mereka untuk membebaskan diri dari beban ekonomi. Pada masa yang sama, banyak daripada pekerjaan bergaji rendah di lakukan oleh golongan minoriti, pekerja imigran dan wanita. Maka perjuangan untuk RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan adalah juga sebuah perjuangan bagi menuntut kesaksamaan sosial.

Sebuah gerakan pekerja dan anak muda harus dibina untuk mencapai tuntutan gaji minimum yang lebih adil. Gerakan ini adalah untuk memperkasakan kelas pekerja dan anak muda serta melibatkan mereka dalam sebuah perjuangan menuntut perubahaan. Rangkaian aktivis dan organisasi progresif yang mempunyai hasrat yang sama harus bergabung untuk melebarkan perjuangan bersama. Anak muda, mahasiswa, pekerja profesional, kelas menengah dan golongan intelektual yang juga tertindas di bawah sistem kapitalisme harus bergabung tenaga dengan kelas pekerja dalam pembinaan gerakan ini.

Kami juga Menuntut :

• Hapuskanpolisi‘buruhmurah’ataupengham¬baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini¬mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.• Hakpenubuhankesatuansekerjatanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam¬purtangan majikan.• HakPendidikanyangpercumadanberkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN• Tidakkepadaparti-partiyangberlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.• Tidakkepadakemusnahanalamsekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu¬aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.• Tidakkepadakapitalisme.Bagidunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper¬gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat

Gerakan pekerja dan anak muda untuk gaji minimum RM10 sejam!

Sertai Perjuangan Kami !http://www.socialistworld.net www.asocialistmalaysia.blogspot.com

01112859623 ( yuva )/solidaritipekerja /SosialisAlternatif

KEMPEN GAJI MINIMUM