disediakan oleh

42
DISEDIAKAN OLEH MOHD RIZAL BIN MOHTAR PENSYARAH JABATAN PJK IPG KPI Dip. Edu Sn/Pjk MPKTBR , Bachelor Edu Honest sport recreation , Master Edu sport management, UKM

Upload: suzuki

Post on 29-Jan-2016

113 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DISEDIAKAN OLEH. MOHD RIZAL BIN MOHTAR PENSYARAH JABATAN PJK IPG KPI Dip. Edu Sn / Pjk MPKTBR , Bachelor Edu Honest sport recreation , Master Edu sport management, UKM. SESI 1 :. 1.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN, FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH. 1.1.1 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: DISEDIAKAN OLEH

DISEDIAKAN OLEH

MOHD RIZAL BIN MOHTAR

PENSYARAH

JABATAN PJK IPG KPI

Dip. Edu Sn/Pjk MPKTBR ,

Bachelor Edu Honest sport recreation , Master Edu sport management, UKM

Page 2: DISEDIAKAN OLEH

SESI 1 :

1.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN, FALSAFAH DAN

MATLAMAT PRASEKOLAH

Page 3: DISEDIAKAN OLEH

1.1.1 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Page 4: DISEDIAKAN OLEH

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak:Apa itu Awal Kanak-Kanak?

Satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak.

Pada peringkat ini kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial.

Kanak-kanak mula memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka.

Pada masa ini juga mereka mula berdepan dengan cabaran dan pengalaman baru.

Page 5: DISEDIAKAN OLEH

Apa itu Awal Kanak-Kanak?

Di akhir jangka masa ini kanak-kanak dapat membentuk konsep diri mereka sebagai insan sosial.

Pemikiran dan penggunaan bahasa oleh kanak-kanak dapat merumus keupayaan dan harga diri mereka.

Kanak-kanak juga terlibat dalam pengajaran awal kanak-kanak dan mula mempunyai tanggung jawab tertentu.

Page 6: DISEDIAKAN OLEH

PUSAT ASUHAN

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PRASEKOLAH

Page 7: DISEDIAKAN OLEH

Jenis Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

TadikaPrasekol

ah

Taska Tabika

Taski Pasti

Page 8: DISEDIAKAN OLEH

Perkembangan Pendidikan Prasekolah

Page 9: DISEDIAKAN OLEH

PENDAHULUAN

• Di ASEAN - pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.

• Pada tahun 1900an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.

• Di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940-an. 

Page 10: DISEDIAKAN OLEH

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

• Tahun 1940-an telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan pengaruh British.

• Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu.

• Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan prasekolah.

Page 11: DISEDIAKAN OLEH

• Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat.

• Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.

Sentosa.• Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-

kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA SELEPAS

MERDEKA

Page 12: DISEDIAKAN OLEH

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH LUAR NEGARA - HEADSTART

Di Amerika Syarikat prasekolah pertama didirikan pada 1850 tetapi tumpuan diberi kepada kanak-kanak dari golongan berada.

Kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak.

Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

Page 13: DISEDIAKAN OLEH

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART

• Penglibatan Ibu bapa - Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.• Kesihatan - Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian,

kesihatan mental dan perkhidmatan makanan

bagi kanak-kanak prasekolah.

Page 14: DISEDIAKAN OLEH

• Pemakanan - Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

• Pendidikan - Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

• Perkhidmatan Sosial - Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART

Page 15: DISEDIAKAN OLEH

• Ketidakupayaan - Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas

• Kesihatan Mental - Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART

Page 16: DISEDIAKAN OLEH

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Terdapat dua jenis program :

i) Tadika – Taman Didikan Kanak-kanak

(4 - 6 tahun), didaftar dengan Kem.

Pelajaran Malaysia

ii) Tabika – Taman Bimbingan Kanak-kanak

(bawah 4 tahun), didaftar dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Page 17: DISEDIAKAN OLEH

• Penubuhan prasekolah di Malaysia mula sebagai pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak

• Khususnya di tempat perlombongan dan ladang (dianjurkan oleh mubaligh-mubaligh)

• Tumpuan pada kebajikan dan kesihatan kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 18: DISEDIAKAN OLEH

• Peranan prasekolah berubah – lebih menekankan pendidikan.

• Institusi prasekolah persendirian bercambah dengan pesat selari dgn. perkembangan bandar (Sufean Hussien,1993).

• Pendidikan prasekolah lebih untuk golongan berada.

• Pengajar tidak mendapat latihan profesional.• Kurikulum bersifat tradisional (3M).

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 19: DISEDIAKAN OLEH

• Wujudnya ketidakseimbangan dalam perkembangan pendidikan prasekolah di bandar dan luar bandar (Asiah, 2001)

• Laporan Keciciran Tahun 1973 menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kanak-kanak prasekolah dengan kejayaan di peringkat sekolah rendah.

• Kajian ini menunjukkan 90% kanak-kanak yang menduduki kelas ekspres di sekolah rendah mendapat pendidikan prasekolah.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 20: DISEDIAKAN OLEH

• Tahun 1969 dianggap tahun bermulanya perkembangan pendidikan awal knk-knk di Malaysia (Asiah, 2001).

• Agensi Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia : Agensi kerajaan dan separa kerajaan, Organisasi sukarela dan Persendirian.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 21: DISEDIAKAN OLEH

• Agensi Kerajaan dan Separa Kerajaan :• FELDA• FELCRA• RISDA• KEMAS • Jabatan Rukun Tetangga• Jabatan Perpaduan Negara• Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 22: DISEDIAKAN OLEH

Prasekolah KEMAS• Lebih tertumpu di kawasan luar bandar

dan pinggir bandar.• Sejak 1970-an di bawah tanggungan

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

• Penubuhan prasekolah mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 23: DISEDIAKAN OLEH

Organisasi Sukarela• memainkan peranan penting • Contoh- contoh organisasi : - Persatuan Polis

- Persatuan Pergerakan Islam Malaysia (PERKIM) - Persatuan Gereja Malaysia - Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) - Persatuan Kebajikan Angkatan Tentera

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 24: DISEDIAKAN OLEH

Prasekolah Persendirian/Swasta• dimiliki seorang individu atau persatuan

tertentu• mungkin melibatkan rakan-rakan kongsi • berpusat di premis persendirian• perlu berdaftar dengan Kementerian

Pelajaran

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 25: DISEDIAKAN OLEH

Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia• Mula memberi sumbangan dan memainkan

peranan yg. penting mulai 1972.• Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum Kem.

Pelajaran telah menghasilkan “ A guide for Pre-school Education” dan “A Guide for Nurseries”

• Pada masa itu Kem. Pelajaran hanya memberi bantuan dan tidak terlibat dengan operasi prasekolah

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 26: DISEDIAKAN OLEH

Isu- isu Pendidikan Prasekolah Setiap agensi mempunyai matlamat,

tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang berbeza-beza khasnya dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid dan kemudahan – kemudahan asas.

Objektif ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut.

Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga ditentukan oleh agensi masing-masing

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 27: DISEDIAKAN OLEH

Isu- isu Pendidikan Prasekolah Segala perbelanjaan spt. gaji guru dibiayai

oleh Kerajaan manakala wang untuk alatan P & P prasekolah diambil drp. yuran prasekolah yang berbeza dari sekolah ke sekolah

Lokasi prasekolah amat berbeza antara bandar dgn. luar bandar

Prasekolah bandar lebih memberi penekanan akademik manakala prasekolah di luar bandar lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti (Saad 1979, Asiah 2001)

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 28: DISEDIAKAN OLEH

Ekoran isu yang dinyatakan :• 18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri - KPM melaksanakan program prasekolah

• 27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian - Projek Pendidikan Prasekolah di 1070 sekolah (1,131 kelas) dan tiada peluasan.

(Prasekolah Annex)

• Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

• 6 Jun 2001 - Mesyuarat Jemaah Menteri - Peluasan program Prasekolah KPM

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 29: DISEDIAKAN OLEH

• Bilangan Kelas Peluasan Prasekolah 2002-2007 : TAHUN BIL. KELAS 2001 1131 (Sedia ada) 2002 100 2003 1500 2004 1500 2005 1500 2006 1500 2007 1600

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 30: DISEDIAKAN OLEH

• Kriteria Pemilihan Sekolah :Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir

bandar/bandar% murid Tahun Satu yang tidak ke prasekolah Tiada operator tadika lainMengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu

bagi tahun berikutnya (>15 murid)Kemudahan ubah suai bilik darjahPermintaan masyarakat setempat

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Page 31: DISEDIAKAN OLEH

1.1.2 FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

Page 32: DISEDIAKAN OLEH

Falsafah dan Matlamat Prasekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

MATLAMAT PENDIDIKAN

PRASEKOLAH

MATLAMAT PENDIDIKAN

PRASEKOLAH

Page 33: DISEDIAKAN OLEH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 34: DISEDIAKAN OLEH

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

* Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Page 35: DISEDIAKAN OLEH

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

1. Membina kecergasan badan. 2. Mempunyai tubuh badan yang sihat. 3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang

baik.

Page 36: DISEDIAKAN OLEH

4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga

keselamatan diri. 5. Menguasai kemahiran motor halus dan

asas motor kasar. 6. Mempunyai kematangan emosi. 7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati

diri. 8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan. 9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain. 10.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga

bekerja secara berkumpulan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Page 37: DISEDIAKAN OLEH

11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya. 12. Mengamalkan nilai murni. 13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 14. Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Page 38: DISEDIAKAN OLEH

15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran

proses sains asas. 16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam

menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan

masalah. 17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif

dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan

seharian. 18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika. 19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Page 39: DISEDIAKAN OLEH

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING? (Laporan oleh Sir Christopher Ball, 1994)

Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang.

Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang

berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial,

moral dan jasmani.

Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh

dikenal pasti dan dipertingkatkan.

Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada

mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak

memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau

disiplin diri.

Page 40: DISEDIAKAN OLEH

Kanak–kanak belajar dengan berkesan melalui

tindakan/melakukannya sendiri.

Kanak-kanak belajar dengan berkesaan

apabila mereka terlibat secara aktif dan

berminat.

Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri

mempunyai asas “headstart” untuk belajar.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING?

Page 41: DISEDIAKAN OLEH

Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

Apa yang kanak-kanak tahu adalah titik permulaan kepada pembelajarannya.

Bermain dan berbual adalah cara utama kanak-kanak belajar tentang diri mereka, orang lain dan dunia luar.

Kanak-kanak yang digalakkan berfikir mempunyai kebolehan untuk bertindak sendiri.

Hubungan dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa penting untuk perkembangan diri.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING?

Page 42: DISEDIAKAN OLEH