dis - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/alert2015_03.pdf ·...

24
Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita Bernama (InfoLibNews) meneruskan Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLibNews dan Galakan Budaya Membaca dengan penganjuran dua acara secara serentak pada 10 Disember 2015 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan Majlis Pelancaran Kempen Baca Bersama Bernama (3B) yang bermula pada sebelah petang serta dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Y.Bhg. Datuk Hjh. Raya Erom. Program Mini Karnival Haiwan telah mengenengahkan tema haiwan dalam setiap program pengisian yang dijalankan dan berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung terutama pelajar sekolah yang teridiri daripada anak-anak petugas Bernama yang mengambil kesempatan untuk datang sempena dengan cuti sekolah. Antara pengisian program Mini Karnival Haiwan ialah bicara mengenai haiwan dan gerai pameran dan photobooth. Oleh kerana InfoLibNews turut membuka kaunter pinjaman buku dan menyediakan sebilangan koleksi buku untuk dipinjam ketika majlis itu, cabutan bagi peminjam bertuah dan pengumuman peminjam terbanyak turut diadakan. Cabutan juga dilakukan untuk pengunjung bertuah program itu. Antara pempamer yang terlibat dalam program itu ialah Zoo Negara, Perhilitan, Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF), Pets Corner, Pets Passport, Cats dan Pet Shop. Pasaraya Giant, Yakult, Ana Muslim, Nestle, Staedler, Les’Copaque, Lukisan Cahaya Creative dan Karangkraft merupakan penyumbang program ini. 2015 SEPT DIS TIGA Hari Membaca & Clientele Cafe_________________5 Who’s Who Corner: Tunku Abdul Jalil Iskandar…………...20 Databank Corner: Mahkamah Perse- kutuan………………….….………..19 Sambungan ke m/s 2

Upload: vukhue

Post on 29-Jul-2019

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita Bernama (InfoLibNews) meneruskan Aktiviti Galakan

Penggunaan InfoLibNews dan Galakan Budaya Membaca dengan penganjuran dua acara secara serentak pada 10 Disember 2015 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan Majlis Pelancaran Kempen Baca Bersama Bernama (3B) yang bermula pada sebelah petang serta dirasmikan oleh isteri kepada

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Y.Bhg. Datuk Hjh. Raya Erom.

Program Mini Karnival Haiwan telah mengenengahkan tema haiwan dalam setiap program pengisian yang dijalankan dan berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung terutama pelajar sekolah yang teridiri

daripada anak-anak petugas Bernama yang mengambil kesempatan untuk datang sempena dengan cuti sekolah.

Antara pengisian program Mini Karnival Haiwan ialah bicara mengenai haiwan dan gerai pameran dan photobooth. Oleh kerana

InfoLibNews turut membuka kaunter pinjaman buku dan menyediakan sebilangan koleksi buku

untuk dipinjam ketika majlis itu, cabutan bagi peminjam bertuah dan pengumuman peminjam terbanyak turut diadakan. Cabutan juga dilakukan

untuk pengunjung bertuah program itu.

Antara pempamer yang terlibat dalam

program itu ialah Zoo Negara, Perhilitan, Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF), Pets Corner, Pets Passport, Cats dan

Pet Shop. Pasaraya Giant, Yakult, Ana Muslim, Nestle, Staedler, Les’Copaque, Lukisan Cahaya

Creative dan Karangkraft merupakan penyumbang program ini.

2015 SEPT—DIS TIGA

Hari Membaca & Clientele

Cafe_________________5

Who’s Who Corner: Tunku Abdul

Jalil Iskandar…………...20

Databank Corner: Mahkamah Perse-

kutuan………………….….………..19

Sambungan ke m/s 2

Page 2: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Kempen Baca Bersama Bernama atau singkatannya Kempen 3B adalah

merupakan program tanggungjawab sosial korporat sebagai galakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini juga merupakan platform oleh

Bernama bagi membina hubungan sosial dengan masyarakat bagi mempromosikan perkhidmatan yang dibekalkan oleh Bernama dan bekerjasama dengan organisasi kerajaan, swasta dan NGO untuk menjayakannya. Golongan sasaran iaitu anak

yatim, anak orang asli dan golongan pelarian yang melibatkan Jambori serta Bank Buku.

Petugas Bernama atau orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada program yang akan diadakan secara berterusan ini boleh berbuat demikian dengan menyerahkan bahan bacaan yang sesuai kepada InfoLibNews sebagai bank

buku.

Selain merasmikan Kempen 3B, Y.Bhg. Datuk Hjh. Raya Erom yang juga

penaung kepada program itu turut berkesempatan merasmikan lokasi operasi baru InfoLibNews di tingkat 11, Wisma Bernama pada ketika itu. InfoLibNews telah mula

berpindah ke lokasi terkini itu pada 2 Jun 2014.

Penganjuran Kempen 3B turut mendapat kerjasama daripada Perpustakaan

Negara Malaysia (PNM), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Kuala Lumpur, Pusat Sumber Kementerian Komunikasi & Multimedia, Perbadanan Kota Buku dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia serta Bahagian dan Kelab di Bernama.

Page 3: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Program pada hari berkenaan bermula

pada 8.30 pagi apabila peserta mula mendaftar dan menikmati sarapan yang disediakan diikuti

dengan zumba dan chicken dance bersama Brother Sob yang juga seorang petugas InfolibNews. Peminjaman buku boleh dilakukan

sepanjang hari.

Seterusnya pada jam 9.30 pagi, bicara

mengenai haiwan dimulakan dimana penceramah jemputan telah berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka selain

pengunjung berpeluang mengajukan soalan mengenai haiwan peliharaan.

Penceramah jemputan pada hari berkenaan ialah, Datuk Dr Mohd Nordin Mohd

Nor dari Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia (MNAWF) dan Puan Norhafizah Zaman Huri dari Catz Boutique.

Bagi ahli BK1MC yang terdiri daripada anak-anak petugas Bernama, program ini

menyediakan banyak sesi permainan untuk mereka, antaranya ialah Animal Sound (4-6 tahun), Big Puzzles (7-9 tahun), Reading

Rabbit Jump! (10-12 tahun), Animal Fear Factor (13-17 tahun). Permainan Animal Relay

pula dibuka untuk petugas Bernama.

Pada sebelah petang, pengunjung

program berpeluang mengikuti slot bersama MNAWF dimana mereka menganjurkan sesi Bicara tentang haiwan, Pertandingan Mewarna

(4-9 tahun) dan Pertandingan Menulis Cerita (10-17 tahun).

Majlis Penutup Mini Karnival Haiwan & Majlis Pelancaran Kempen 3B bermula selepas ketibaan Y.Bhg. Datuk Hjh. Raya Erom kira-kira

jam 4.00 petang. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Bernama Datuk Y.Bhg.

Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab. Sebagai tanda pelancaran, Y.Bhg. Datuk Hjh. Raya Erom

melakukan program membaca bersama-sama ahli BK1MC dan turut menyampaikan hadiah

kepada pemenang pertandingan.

Secara keseluruhan seramai 209 pengunjung dewasa dan 70 pengunjung BK1MC

telah hadir dengan 451 pinjaman buku telah dilakukan.

InfoLibNews berharap sokongan yang

penuh daripada semua supaya program seumpama ini dapat dilaksanakan berterusan

kerana ia bukan saja dapat mempromosikan b u d a y a m e m b a c a t e t a p i d a p a t memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan

InfoLibNews kepada petugas Bernama dan orang ramai. Selain itu, dapat memberi

pengetahuan baru yang berguna kepada pengunjung.

PEMENANG MINI KARNIVAL HAIWAN

ANIMAL SOUND 4-6 TAHUN

1. Ali Imran Ahmad Zuber 2. Marlissa Aurora Hezri 3. Bakhit Aqil Ahmad Zuber

BIG PUZZLES 7-9 TAHUN

1. Muhammad Khaleef Johari 2. Nur Atifa Syamsul 3. Nur Qistina Aliah

READING RABBIT

JUMP! 10 - 12 TAHUN

1. Mohd Aiman Nukman Tajol Azhar

2. Hamizah Yusof 3. Adelia Emalin

ANIMAL FEAR

FACTOR 13 - 17 TAHUN

1. Raudhatul Aisyah Azly 2. Nurdini Sajidah 3. Mohamad Danish Asfa

ANIMAL RELAY

PETUGAS BERNAMA

1. Faridah/Nooru/Azira/Azura 2. Shaharom/Fariz/Amirul/Zainal 3. Yuana / Buva/Liew / Anif

PENGUNJUNG

BERTUAH BK1MC

Nur Fatini Busyra

Isabella Lee JIa Yi

PENGUNJUNG

BERTUAH DEWASA

Norazura Daud

Razak Mowclause

PERTANDINGAN

MEWARNA

4-9 TAHUN

1. Nur Atifa Syamsul 2. Aisya Syahira Tajol Azhar

3. Nasrizul Mubin Mohammad Yusof

PERTANDINGAN

MENULIS

10-17 TAHUN

1. Adelia Emalin 2. Irdina Ahmad Suffian 3. Khairina Johari

PENGUNJUNG

BERTUAH BK1MC Muhammad Arif Haikal Mohd Helmi

Nur Andryana Syafiqah Md Nazri PENGUNJUNG

BERTUAH DEWASA Mohd Nadzli Zainal Abidin Yuana King

PEMINJAM BUKU

BERTUAH

PETUGAS BERNAMA

Maizuriana Hassan

Abdul Manan Mohamad

PEMINJAM BUKU

BERTUAH BK1MC Khalef Johari Aressa Nur Zarra Nur Shahrizal

PEMINJAM BUKU

TERBANYAK 2015

PETUGAS BERNAMA

Muhammad Aliff Asyraf Ab Aziz

(68 buah buku)

PEMIMJAM BUKU

TERBANYAK 2015 BK1MC

Nur Abirah Mohamod

(98 buah buku)

Page 4: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan
Page 5: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

InfoLibNews dengan kerjasama Pusat

Kecemerlangan telah menganjurkan aktiviti Hari Membaca & Clientele Cafe Special for October pada

15 Oktober yang lalu bertempat di InfoLibNews, Tingkat 11, Wisma Bernama.

Seramai 34 peserta yang terdiri daripada petugas pelbagai jabatan di Bernama telah

mengambil bahagian. Bagi aktiviti ini, peserta dikehendaki melakukan beberapa tugasan iaitu secara individu dan berkumpulan.

Penganjuran aktiviti ini adalah bersempena dengan Hari Literasi Sedunia yang disambut pada 8

September setiap tahun. Tugasan yang diberikan kepada setiap peserta bagi aktiviti ini sudah pastinya

mempunyai kaitan dengan literasi, iaitu pertandingan membina perkataan dan pertandingan ulasan buku.

Selain pertandingan, peserta aktiviti dan pengunjung InfoLibNews turut berpeluang menikmati

pelbagai hidangan yang disediakan, jualan Clientele Cafe. Setiap pengunjung InfoLibNews termasuk peserta aktiviti yang meminjam tiga buah buku pada hari

berkenaan pula berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan peminjam bertuah yang disediakan.

Aktiviti dimulakan seawal jam 9.00 pagi apabila peserta mula berkumpul dan menikmati sarapan yang disediakan. Selepas diberikan ucapan

aluan daripada Pengurus Maklumat InfoLibNews Pn Hasnita Ibrahim, satu taklimat oleh pengacara majlis

En Mohd Sobri Amat Bokri mengenai pertandingan yang mereka sertai.

Bagi tugasan pertama iaitu pertandingan bina perkataan, ke semua peserta dibahagikan

kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan di minta menyenaraikan seberapa banyak perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang boleh dibina berdasarkan huruf yang diberikan.

Huruf yang diberikan kepada peserta ialah daripada perkataan PANGKALAN DATA ELEKTRONIK untuk bahasa Melayu dan huruf daripada perkataan CYBER INFORMATION untuk

bahasa Inggeris. Kedua-dua perkataan itu adalah berkaitan dengan InfoLibNews. Pertandingan berkenaan dimulakan pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 11.45 pagi.

Bagi tugasan kedua, peserta diminta memilih sebuah buku yang terdapat di InfoLibNews dan membentangkan ulasan mengenai buku berkenaan pada sebelah petang. Setiap peserta ditetapkan

untuk memilih apa saja judul buku kecuali buku rujukan atau buku kanak-kanak dan buku pilihan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 100 muka surat.

Page 6: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Walaupun dengan masa yang agak

terhad, semua peserta berjaya membuat pembentangan ulasan buku pilihan mereka

dengan baik. Dua juri penilai, Cik Sakina Mohamed dan Puan Kurniawati Kamarudin dari

Meja Rencana telah memilih tiga ulasan terbaik bagi melayakkan peserta berkenaan menerima hadiah daripada pihak penganjur.

Peserta telah memilih pelbagai jenis buku untuk diulas. Ada di antara mereka yang

memilih buku bergenre novel manakala sebahagian lagi memilih buku biografi dan buku

self-help. Mungkin secara kebetulan, ramai peserta untuk aktiviti kali ini memilih buku berkaitan seniman Tan Sri P Ramlee seperti

buku biografi tokoh itu dan buku mengenai filem yang pernah dihasilkan oleh beliau.

Kebanyakan peserta membentangkan secara ringkas keseluruhan kandungan buku

pilihan mereka. Pemenang tempat pertama Rahimi Mohd Yusof dari Bernama TV mengulas

secara ringkas kandungan buku bertajuk “Jauhi Sifat Negatif Dalam Diri Sendiri” oleh Ahmad Marzuki Ismail. Dalam pembentangannya,

Rahimi merumuskan bahawa dengan menjauhi sifat negatif, seseorang itu boleh menjadi

individu yang lebih baik.

Pemenang tempat kedua, Ali Imran Mohd

Noordin dari Meja Rencana pula mengulas biografi tokoh pendidikan kebangsaan,

Aminuddin Baki. Memilih buku, Aminuddin Baki: Tokoh Pendidikan oleh Mohd Tajudin Hj Abdul Rahman, Ali Imran menjelaskan bahawa tokoh

itu memainkan peranan yang besar dalam bidang pendidikan ketika awal penubuhan

negara ini.

Pemenang tempat ketiga, Tan Leng Nga

dari Bernama.com pula membentangkan ulasan dari buku berjudul “Time Your Brain A User Guide Book” yang menceritakan mengenai fungsi otak manusia.

Acara penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Perkhidmatan Media & Pangkalan Data Pn Rita

Gomez. Berikut adalah senarai pemenang untuk Hari Membaca & Clientele Cafe Special for

October:

Page 7: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Penganjuran aktiviti ini diharap dapat

meningkatkan pengamalan budaya membaca

dalam kalangan pengunjung InfoLibNews bukan

saja pada hari penganjurannya, tetapi juga pada

hari-hari biasa. Dalam pada itu, pada hari

penganjuran aktiviti berkenaan, jumlah

keseluruhan bahan yang dipinjam dari

InfoLibNews yang berjaya dicatatkan adalah

sebanyak 113 buah buku.

Juri: Sakina Mohamed dan Kurniawati Kamarudin

4. Abdul Manan Mohamed (Unit Harta)

2. Abd Latif Wahab (Unit Kenderaan)

3. Nasibah Omar (Jualan Nasional)

1. Tan Leng Nga (Bernama.com)

5. Natasha Aimee ( Radio24)

Page 8: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

InfoLibNews took an initiative to organise BLIS training as the effort to make all Bernama

staff ‘BLIS Literate’ and Portal wise. The workshop which held twice a month is aiming to expose and teach the participants on how can InfoLibNews portal and Bernama Library Infolink Service

(BLIS) benefit them.

The training which took place in Level 12, Wisma Bernama usually targeted around 15 to 20

participants from various departments. To make the participants understand the course, the participants are being trained by trainer and also assisted by InfoLibNews staff.

Not just focusing on the portal and BLIS, participants are also bring to visit InfoLibNews which is located at level 11 in order to feel the ambience of new InfoLibNews that we have. Besides

that, visit they are also briefed on how to borrow and return process, digital process, facilities provided and many more by visiting.

This beneficial training ended by sharing knowledge session which known as Knowledge Café. Here participants can contribute their ideas, suggestion or even criticism to InfoLibNews for improvement purposes. Based on the training conducted, InfoLibNews get positive feedback from all

participants.

8 Sept. | 9.30 am(14 participant)

Page 9: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

22 Sept. | 9.30 am(12 participant)

21 Okt. | 9.30 am(18 participant)

Page 10: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

11 Nov. | 9.30 am(10 participant)

Satu perjumpaan bersama Encik Mohd

Helmi Ibrahim, Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran baru telah

diadakan di MPC, InfoLibNews. Beliau telah memulakan tugas mulai 1 Oktober 2015.

En.Helmi telah diberikan penerangan oleh Puan Hasnita mengenai operasi InfoLibNews dan perkhidmatan serta pelbagai

aktiviti galakan penggunaan InfoLibNews, sambil bertukar-tukar pandangan serta

pengalaman. Semestinya jika kita mempunyai perancangan, fokus, bekerja mengikut

keutamaan dan dengan adanya kerja berpasukan lebih banyak perkara yang boleh

dihasilkan. Di akhir sesi perkenalan, En.Helmi

mengucapkan terima kasih kepada semua petugas di atas komitmen dan diharap

kerjasama semua dijalin dengan baik

sepanjang beliau bertugas di Bernama.

Page 11: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Bagi akhir tahun 2015, InfoLibNews telah menerima tiga lawatan daripada Pelajar

Latihan Industri Perpustakaan Universiti Malaya, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dan Pensyarah Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

Rombongan diberi penerangan mengenai reka bentuk, perkhidmatan terbaru, dan aktiviti InfoLibNews di samping berkongsi pengalaman agar mereka boleh mengaplikasi pengalaman dan

pengetahuan itu dalam tugasan seharian. Namun, ada dalam kalangan mereka tidak menyangka perpustakaan kecil sebegini boleh menjadi menarik dengan pelbagai ruang yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Rombongan pelawat juga diberi penerangan projek pendigitalan berita Bernama dan sedikit mengenai BLIS yang membantu pengguna membuat pencarian, lebih berpengetahuan dan berkema-

hiran serta dapat meningkatkan lagi promosi penggunaan BLIS.

Lawatan ini diharap

dapat mencapai matlamat di samping terus membina

jaringan kerjasama di antara golongan pelajar,

pe tugas pentadb i r an mahupun pihak organisasi luar.

15 Okt. | 10.00 PAGI(8 PESERTA)

Page 12: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

22 Dis. | 10.00 PAGI(4 PESERTA)

2 Nov. | 10.00 PAGI(29 PESERTA)

Page 13: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Pada 21 November 2015 yang lalu, Yayasan Kepimpinan Perdana atau Perdana

Foundation Leadership telah menganjurkan Hari Terbuka 2015 yang merupakan aktiviti tahunan diadakan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena

hari terbuka tersebut. Pada sebelah pagi, pertandingan mewarna diadakan bagi menarik minat kanak-kanak khususnya dan mengisi masa lapang cuti sekolah.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan mewarna iaitu Kategori A (4-6 tahun), Kategori B (7-9 tahun) dan Kategori C (10-12 tahun). Pertandingan mewarna tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-

kanak dan ibu bapa yang turut memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Selain itu, YKP menganjurkan permainan yang menguji minda para pengunjung yang hadir ke hari terbuka seperti congkak, dart, sahiba dan batu seremban dan lain-lain lagi untuk mengisi

masa lapang seisi keluarga. Turut mendapat kemeriahan dan sambutan menggalakkan ialah pertandingan bicara spontan atau ‘impromptu speech’ yang disertai oleh tiga kategori daripada

sekolah menengah, IPTA dan IPTS, dan orang awam yang berumur 21 tahun dan ke atas. Kesemua yang menyertai pertandingan tersebut, masing-masing mempunyai cara penyampaian dan buah

fikiran yang tersendiri mengikut tajuk-tajuk yang telah disediakan. Terdapat 3 para juri yang akan menilai peserta berdasarkan cara penyampaian, kreativiti jawapan dan tahap

keyakinan diri.

Page 14: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Menjelang tengahari, kemeriahan hari terbuka YKP 2015 semakin dirasai dengan ketibaan

mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri beliau iaitu Tun Dr. Siti Hasmah untuk sesi penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan sesi bertemu pengunjung

yang memeriahkan hari terbuka YKP 2015. Kedua – dua tokoh amat disegani dan disayangi oleh semua peringkat umur dan amat mesra melayan karenah-karenah pengunjung terutamanya kanak-

kanak. Kemudian, setelah selesai sesi penyampaian hadiah dan bergambar Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri melawat ke gerai-gerai pameran dan jualan sempena hari terbuka YKP 2015. Turut diadakan cabutan untuk pengunjung bertuah dan hadiahnya juga disampaikan oleh

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemeriahan Hari Terbuka YKP 2015 diteruskan dengan dua aktiviti menarik pada se-

belah petang iaitu aktiviti bersama dua tetamu khas yang dijemput oleh YKP sempena sambutan hari terbuka YKP 2015. Aktiviti pertama ialah seminar “Jom Fit” bersama Kevin Zahri yang meru-

pakan pakar perunding kesihatan dan kecergasan serta beliau seorang penceramah untuk Program ‘fitness’ di Malaysia. Pelbagai topik menarik yang dikongsikan bersama dengan pengunjung berkaitan kesihatan dan kecergasan mental dan fizikal. Beliau juga turut memberi panduan yang

betul berkaitan senaman dan menguruskan kesihatan dengan baik. Setelah selesai seminar bersama Kevin Zahri, kami bersama seorang lagi tetamu undangan khas iaitu Duli Yang Maha Mulai

Tuanku Raja Zarith Sofia Zulkifli.

Permaisuri yang berjiwa rakyat hadir untuk berkongsi demonstrasi masakan baginda

bersama pengunjung Hari Terbuka YKP 2015. Pengunjung yang bertuah dapat merasai keenakan masakan baginda dan mendapat tips-tips masakan yang berguna. Penutup sambutan Hari Terbuka

YKP 2015 dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada artis jemputan kumpulan Misrata Busker dengan menyanyikan beberapa buah lagu popular mereka.

Page 15: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan
Page 16: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Pusat Maklumat & Perpustakaan Berita

(InfoLibNews) telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Hjh. Raya Erom, isteri kepada Menteri Komunikasi

dan Multimedia, Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd Salleh bin Tun Datuk Seri Panglima Haji Mohd Said Keruak yang juga merupakan penaung Kempen

3B, pada 10 Disember 2015.

InfoLibNews melangkah setapak dengan

perasmian Kempen 3B, Baca Bersama Bernama yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat Bernama dan galakan budaya membaca. Bermula

dengan “Charity Bookdrop” yang mengumpul bahan daripada petugas Bernama kemudian menyertai CSR

Bernama dan Akrab ke Sekolah Tanah Rom, Jerantut pada 26 Januari 2015 dan Perkampungan orang Asli Pos Raya, Simpang Pulai pada 1 April 2015.

InfoLibNews telah meneruskan amalan mengadakan aktiviti bagi mempromosi pelbagai

perkhidmatan dan kemudahan terkini serta menggalakkan budaya membaca dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Induk BK1MC (Bernama

Kids' 1 Malaysia Club), Benita, KKB, Pusat Kecemer-langan, Akrab, PPM (Persatuan Pustakawan

Malaysia) serta Jabatan/Bahagian lain di Bernama.

Aktiviti Galakan penggunaan InfoLibNews yang dikenali Karnival Mini Kesihatan telah diadakan

pada 4 Jun di Tingkat 9 bersempena cuti persekolahan, ulang tahun InfoLibNews di Tingkat

11 (2 Jun) dan Hari Pustakawan (6 Jun). Dijayakan dengan kerjasama pihak luar iaitu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Pusat Darah Negara, Institut

Kanser Negara dan UiTM. Aktiviti yang dijalankan seperti bicara Penjagaan Kesihatan & Pengurusan

Stress & Hidup Sihat, pameran, pertandingan penyediaan makanan sihat, cuba adik teka, peminjaman buku, infokuiz photobooth, menderma

darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kadar nikotin & tekanan darah, ujian Personaliti Warna & Karier dan pengunjung bertuah yang bertemakan

penjagaan kesihatan.

Siri 2 pula diadakan pada 10 Disember yang

dikenali sebagai Mini Karnival Haiwan. Aktiviti yang dijalankan seperti bicara penjagaan haiwan, anugerah buku terbanyak bagi petugas/BK1MC,

peminjaman buku, photobooth, pameran, infokuiz, pengunjung bertuah dan permainan yang

bertemakan haiwan. Antara yang menjayakan program itu ialah Zoo Negara, Perhilitan, Malaysian National Animal Welfare

Foundation (MNAWF), Pets Corner, Pets Passport dan

Cats & Pet Shop.

Pertama kali English Week diadakan dengan

jayanya pada 11 hingga 15 Mei di Tingkat 11 dan pameran diadakan di lobi Bernama selama sebulan.

Aktiviti harian seperti pinjaman bertuah, teka muka surat buku, jualan English Breakfast, Silver Screen Summary, Don’t Forget Me, Bengkel English at Work Place dan Karaoke.

Aktiviti Clientele Cafe' (Special for January) pada

30 Januari, Special for March pada 15 Mac dan Special for October pada15 Oktober. Bermula Mac aktiviti High tea iaitu jualan petang pada hari Rabu

bermula 2.30 petang. Aktiviti yang telah dijalankan adalah pada 8, 25 & 22 April, 6, 13 & 27 Mei, 10 &

17 Jun, 26 Ogos, 2, 9, 23 & 30 September, 15 Oktober, 4, 11, 18 & 25 November dan 2 & 30 Disember. Special for Ramadan yang mempromosi

air minuman Vegood juga diadakan demo membuat mee dan biskut Raya serta edaran bubur lambuk kepada petugas Bernama telah diadakan pada 7

Julai. Pada 26 Ogos telah diadakan juga aktiviti mempromosi Brain Game Corner dengan

mengadakan permainan Bingo Game dan kuiz dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti Hari Membaca telah diadakan buat kali

kedua, atas kejayaan penganjuran pada tahun lalu

dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan dan

bergabung dengan aktiviti Clientele Cafe. Diadakan

jualan makan pagi/tengahari, peminjam bertuah,

Pertandingan Bina Perkataan dan Pertandingan

Ulasan Buku. Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa

Kuala Lumpur pada 30 April dan ke Pesta Buku Big Bad Wolf telah diadakan pada 14 Disember.

Aktiviti BKlMC (Bernama Kids' 1Malaysia Club) telah diadakan pada 18 Mac (Bengkel Penulisan

Karangan) dan sempena cuti sekolah pada 10 Disember. Aktiviti pinjaman buku BKIMC adalah sebanyak 83 buah buku bagi tahun 2015. Kempen

Promosi BLIS bagi meningkatkan dan memudahkan penggunaan BLIS dengan menampal stiker alamat BLIS di komputer petugas di Tingkat 1 dan 6 pada 12

November.

Menyertai pameran semasa Hari Bersama

Pelanggan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, UKM, Jalan Raja Muda Aziz pada 6 Oktober dan semasa

“International Conference On Information Science (ICIS): Synergizing Information Towards

Page 17: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Transformation” anjuran Fakulti Pengurusan

Maklumat, UiTM di UiTM Puncak Perdana pada 7 dan 8 Disember. Mempamerkan maklumat

mengenai BLIS, kuiz dan photobooth.

InfoLibNews mempunyai himpunan buku

sebanyak 5,346 buah buku, 36 judul majalah, 10

tajuk surat khabar dan 5,224,422 dokumen/artikel

yang boleh diakses melalui BLIS (Bernama Library

and InfoLink Service) termasuk 9,208 biodata tokoh

terkenal (modul Who's Who), 4,070 artikel terpilih

(modul Databank), 1,601,997 berita Bernama (modul

Bernama News) dan 3,275,290 keratan akhbar

terbitan tempatan utama (Modul Archival News).

Pinjaman keseluruhan buku bagi tahun 2015

adalah sebanyak 3,402 buah buku, 367 buah

majalah, 798 buah buku melalui perkhidmatan Le Tour de' InfoLib telah dipinjam oleh pengguna. BLlS

diakses oleh 297,532 pengguna, 11,095 pengguna

Portal InfoLib dan 79,664 pengguna blog InfoLib.

Sebanyak 14 Siri Latihan BLIS & Portal

InfoLibNews telah diadakan di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan yang melibatkan 160 petugas

Bernama. Setiap petugas InfoLibNews pula telah diberi sasaran 10 kali bagi petugas Unit Rujukan dan 5 kali bagi Unit lain untuk menjayakan program ini.

Hits keseluruhan adalah 297,532 sepanjang tahun 2015.

Sebanyak lima (5) tajuk penyelidikan telah dihasilkan dalam dwi-bahasa iaitu Perumahan

Mampu Milik di Kawasan Bandar di Malaysia (Affordable Housing in Urban Area in Malaysia), Penyeludupan Senjata (Gun Smuggling), Ancaman

Tikus (Threat of Rats), Pemerdagangan Orang (Human Trafficking) dan Perubatan Herba (Herbal Medicine). Unit Penyelidikan akan menambah

penghasilan bahan penyelidikan berkaitan Malaysia.

Menyertai Media Show Case Bernama

dengan mempromosi projek digital pada 5 Oktober. InfoLib Alert telah diterbitkan sebanyak 3 keluaran.

Menyertai Pertandingan Inovasi di peringkat Bernama sempena ulang tahun Bernama ke 47 tahun pada 18 Mei. Dengan tajuk “Imej dan Pautan

Pangkalan Data Tokoh” (Smart Attach) dan Portal E-InvoLibNews (Digital Converter). Kumpulan Smart Attach mendapat salah satu kumpulan pilihan juri.

InfoLibNews telah menerima kunjungan pelawat dari dari Perpustakaan Puncak Niaga pada 7

April, Institut Kanser Negara, Putrajaya pada 12 Mei, Perpustakaan NSTP pada 1 Jun, Perpustakaan

Universiti Malaya pada 15 Oktober, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM pada 2 November, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan

Kedah dan pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM pada 22 Dis.

Pembentangan Outcome Projek BeInfoLib di

JPM pada 17 Ogos 2015, Pra Pembentangan JKPO

(Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome) pada 2 dan

19 Oktober (dipengerusikan oleh KSU, KKMM) dan

Pembentangan Mesyuarat JKPO di ICU (Unit

Penyelarasan Pelaksanaan) JPM pada 22 Oktober

yang dihadiri oleh Pengurus Besar Bernama.

Menghasilkan artikel Profiling Prominent Malaysians in Bernama Library and InfoLink Service

(Chapter 14) yang diterbitkan dalam buku “Special

Library Administration and Technological Integration”

terbitan International Science Reference, Filipina.

Pihak InfoLibNews menyertai Mesyuarat

Penyelarasan pada setiap Isnin, mengadiri

mesyuarat Jabatan Pentadbiran & Kewangan, 3 kali

bermesyuarat InfoLibNews, menyumbang kepada

Akrab/Union/KKB, menjadi secretariat/MRO semasa 4

kali Asean Summit, mengadakan sambutan hari jadi

sebanyak 3 kali, Jamuan Hari Raya/Hujung Tahun

pada pada 13 Ogos, Majlis Persaraan Puan Rohana

Mohd Nor disertai Hari Keluarga telah diadakan pada

8 Januari dan semua petugas mencapai KPI untuk

meminjam 3 buah buku dalam sebulan.

InfoLibNews telah berjaya mencapai KPI 2015

yang mana KPI baru bagi 2015 ialah jumlah

peminjam buku iaitu mencapai 1,119 (KPI - 960),

bagi Pinjaman buku (KPI – 2,940) mencapai 2,940

dan bagi penggunaan hits BLIS bagi Jabatan

Pengarang sahaja (KPI – 88,200) mencapai 122,855.

Terima kasih kepada semua pengguna BLIS dan

petugas InfoLibNews kerana telah menyumbang dan

bertugas dengan jayanya untuk mencapai KPI 2015.

Sekali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan InfoLibNews demi kemajuan Bernama.

Pada tahun 2016 InfoLibNews akan terus mengadakan aktiviti galakan membaca dan

penggunaan perhidmatan seperti Mini Karnival, Clientele Café’, Hari Membaca, Kempen 3B, aktiviti BK1MC, Latihan BLIS & Portal InfoLibNews,

photobooth, pameran, aktiviti kemaskini data dalam Pangkalan Data Biodata/Berperkara, pendigitalan

berita, penyelidikan dan memperkenalkan Sesi Bersama Wartawan untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak Jabatan Pengarang dalam membantu

mereka meningkatkan mutu penulisan.

Page 18: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Untuk mendekatkan l ag i

InfoLibNews dengan Jabatan Pengarang, kempen promosi BLIS diadakan pada 12

November 2015 yang lalu.

Bermula 3.30 petang, petugas

InfoLibNews berada di Jabatan Pengarang dan Tingkat 6 untuk

memperkenalkan User ID BLIS dan kata laluan yang baru dengan menampalkan pelekat BLIS di computer petugas.

Walaupun petugas sibuk dengan tugasan harian tetapi diharapkan dengan

adanya kempen promosi ini, penggunaan BLIS dapat dipertingkatkan.

Pesta Buku Big Bad Wolf di MIECC@The

Mines telah diadakan pada 4 — 14 Disember, 2015. Pihak InfoLibNews tetap menganjurkan lawatan ke

pesta buku tersebut pada 14 Disember, 2015 bermula pukul 9.45 pagi hingga 1.30 petang. Lawatan ini disertai oleh 8 petugas Bernama

yang bertujuan mendedahkan mereka kepada pelbagai buku terkini yang terdapat di pasaran di samping berpeluang memilih dan membeli bahan

bacaan yang bersesuaian. Selain daripada jualan buku dan produk

elektronik, pesta buku ini juga mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik pengujung iaitu cabutan pembeli bertuah, pameran jualan lukisan dan

tempat jualan makanan/minuman bagi keselesaan pengunjung.

Di harap penganjuran lawatan ke pesta buku ini dapat mendorong petugas Bernama menjadi individu yang suka membaca.

Tarikh:

14 Disember2015 (Isnin)Masa:

9.45 pg –1.30 ptg

Page 19: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan
Page 20: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

LTDI

0

100

200

300

400

500

Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis

155109

6756

108

45 43 43 52 6340

15

416

362

487426

421

461

395

451476

442 470490

LTDI

Pengunjung

LTDI = 79 6

349223

382

246 292407

231 242 219 208271

332

152

116

239

152 20

226

125 135113

5721

205

152

107

143

94 272

181

106 107106

151

250

537

0

200

400

600

800

1000

1200

Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis

Bernama

PNM

Keseluruhan

Ber nama = 2 ,2 5 1

P NM = 1,5 6 1

J umlah = 3 ,4 0 2

Page 21: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

JUDICIARY : FEDERAL COURT /

(MAHKAMAH PERSEKUTUAN)

ADDRESS

Federal Court Level 2 Palace of Justice

Precinct 3 62506 Putrajaya Mahkamah Persekutuan Aras 2 Istana Kehakiman

Presint 3 62506 Putrajaya

TELEPHONE 03-8880 3500

FAX

03-8888 5464

HISTORY

Moved to Putrajaya in October 2003.

FEDERAL COURT JUDGE HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN 1.Tan Sri Nik Hashim bin Nik Abdul Rahman ** (w.e.f. June / 2005 - June / 2009)

On 22 November 2008 he was given a six-month extension as Federal Court Judge by the Yang di-Pertuan Agong until June 2009.

2.Tan Sri Abdul Aziz bin Mohamed ** (w.e.f. / 28/072006 - 11/06/2009)

Retired on 11 December 2008 , but term was extended by six month till 11/06/2009 3.Dato' Sri Augustine Paul a/l Sinnappen ** .... (deceased / 2/1/2010)

(w.e.f. / 17/6/2005 - 1/1/2010)

4. Datuk Seri Gopal Sri Ram ** He was due to retire in August 2009 but was given a six-month extension.

(15/4/2009 - 16/2/2010)

(Last Updated: 28 October 2015)

Page 22: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

BACKGROUND

AWARDS

TUNKU ABDUL JALIL ISKANDAR TUNKU IBRAHIM

ISMAIL

(Tunku Laksmana Johor Darul Ta'zim (Deceased)

EDUCATION

SK Sri Utama

YPJ Zaikarim

International School, Johor

Bharu

Studied in the

United Kingdom

Completed the

nine months pro-

bation inspector training at Police

Training Centre (Pulapol) 1/1/2012

NAME Y.A.M. Tunku Dato' Abdul Jalil Iskandar ibni

Tunku Ibrahim Ismail (DMJ, SMIJ, DK I, DPMJ, PIS I)

(Died:05/12/2015)

DATE OF BIRTH 05/07/1990

RACE Malay

RELIGION Islam

Pingat Ibrahim Sultan (PIS I) - Johor State Government

11/04/2009 Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) which carries the title

"Dato' "- Johor State Government

22/11/2012 Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat

Pertama (DK I) - Johor State Government

16/03/2015 Pangkat Yang Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor

(SMIJ) which carries the title ''Datuk Sri Mulia" - Johor State Government

23/03/2015 Pangkat Yang Pertama Darjah Mahkota Johor Yang Amat

Mulia (DMJ) - Johor State Government

16/11/2014 President Development Award 2014 -The International

Sailing Federation (ISAF) (***The award was presented to Tunku Abdul Jalil for his

achievements in the sport in Malaysia and for the introduction of the Malaysian Sailing League and "Belia

Belayar Programmes")

Last Updated: 06 December 2015)

Layari Modul Who’s Who di

http://blis.bernama.com

CAREER

GOVERNMENT

13/10/2015

Police Inspector of Royal Malaysian Police

(PDRM) (Royal Chief of Staff of the Johor Palace)

PRIVATE Chairman of Innovatige Sdn Bhd

ROYAL APPOINTMENT Tunku Laksamana of Johor Darul Ta'zim

Page 23: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan
Page 24: DIS - infolibnews.bernama.cominfolibnews.bernama.com/documents/10180/23958/Alert2015_03.pdf · Program berkenaan ialah Mini Karnival Haiwan yang bermula pada sebelah pagi dan

Sidang Pengarang

Penasihat & Editor Hasnita Ibrahim (InfoLibNews)

Nor Aini Abd Rashid (Jab. Pengarang)

Penyumbang Artikel Hasnita Ibrahim

Jizni Azrin Juhari Mohd Sobri Amat Bokri

Pereka Grafik Jizni Azrin Juhari

Mohd Tadzman

INFOLIBNEWS

Tingkat 11,

Wisma BERNAMA

28, Jalan 1/65A,

Off Jalan Tun Razak

50700, Kuala Lumpur

Hotline: 603-26962202

Faks: 603-26944203

[email protected]

HUBUNGI

420

432 271

379 678

677

172 657

169 206 316 171 203

656

175 676 167 205 439

168

185 588

587 565

Pengurus Maklumat

Hasnita Hj. Ibrahim Pustakawan Masfaliza Masmuda

Rozlen Mustapa Unit Pakej Maklumat

Lalitha A/P Nadarajah Fatin Najmi Mohammad Shah

Mohd Adli Shahar Unit Digital Jizni Azrin Juhari

Muhammad Abdul Hadi Abdul Halim Ariffin

Raghavan A/L Krishnan Hafizzul Hakimi Hamzah

Mohd Fikri Ahmad Unit Rujukan & Maklumat Mohamod Nik Mohd Sobri Amat Bokri Rohana Mohd Noor

Mohd Tadzman Utuh Tang Siti Nur Azahani

Unit Pangkalan Data Tokoh Baharudin Jalil

Norlizawati Yahya Akmal Hakim Mohd

Nur Anis Aqilah Unit Pangkalan Data Berperkara

Arif Shamsuddin

Jenah Baba Mohd Wahid Md. Som

Nor Lela Hanapiah