dirgahayu bahasaku
DESCRIPTION
DIRGAHAYU BAHASAKU . DUA GELIGA HIKMAT PENGARANG :. SINOPSIS. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
PANDAN THE CREATOR
DIRGAHAYU
BAHASAKU
PANDAN THE CREATOR
DUA GELIGA HIKMAT
PENGARANG :
PANDAN THE CREATOR
SINOPSIS
PANDAN THE CREATOR
Inderaputera yang suka mengembara telah sampai ke Tasik Semendara Jin. Di tasik itu, Inderaputera telah bertemu dengan peri yang keluar dari dalam tasik. Peri ingin membunuhnya, tetapi Inderaputera sempat menarik rambut peri sebelum menghempap dirinya. Untuk melepaskan diri, peri telah berjanjiuntuk memberikan geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera serta mengakui Indera putera sebagai cucunya. Inderaputeratelah memberitahu peri bahawa dia ingin ke Berma Sakti. Inderaputera menanyakan pemilik tasik ini. Menurut peri, tasik ini adalah tempat anak raja peri, iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran datang bermain-main setiap hari Jumaat. Peri memberitahu Inderaputera tentang gamala hikmat yang dimiliki oleh tuan puteri dan cara untuk mendapatkan gemala hikmat milik tuan puteri.
PANDAN THE CREATOR
Setelah tiba hari Jumaat, Inderaputera pun ke tasik dengan bersembunyi di dalam lubang. Ketika tuan puteri dan bidadari sedang mandi, Inderaputera telah menyembunyikan pakaian mereka. Tuan puteri yang menyedari pakaian mereka diambil oleh Inderaputera telah menyuruh bidadari mendapatkan pakaian mereka semula tetapi Inderaputera tidak mengendahkannya. Akhirnya Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran sendiri yang berjumpa dengan Inderaputera. Tuan puteri berjanji akan memberi apa-apa sahaja yang diminta oleh Inderaputera sekiranya dia memulangkan pakaian mereka. Inderaputera meminta gemala hikmat milik tuan puteri . Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun bersetuju dan berjanji akn memberikan gemala hikmat itu. Inderaputera kemudiannya mengikut Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pulang ke mahligainya.
PANDAN THE CREATOR
Setibanya di mahligai, tuan puteri dan bidadari ghaib. Inderaputera berjalan masuk ke mahligai dengan menempuh pelbagai dugaan. Pada pintu pertama Inderaputera telah berhadapan dengan gajah besar. Di pintu kedua, Inderaputera telah berhadapan dengan harimau. Di pintu ketiga, Inderaputera berhadapan pula dengan seekor singa terantai di pohon anggur. Setelah itu Inderaputera masuk ke pintu keempat dan di situ, dia berhadapan dengan seekor badak. Seterusnya Inderaputera masuk ke pintu kelima dan berjumpa dengan naga berkepala tujuh. Di pintu keenam, Inderaputera berhadapan dengan seekor geruda dan di pintu ketujuh, Inderaputera berhadapan dengan raksasa. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran hairan melihat kegagahan dan keperkasaan Indraputera menewaskan semua binatang hikmat dan raksasa itu.
PANDAN THE CREATOR
Setelah berjaya menempuh cabaran, Inderaputera masuk ke taman mahligai yang dihias dengan cantik. Pada keesokan harinya, selepas Inderaputera makan bersama dengan tuan puteri, Inderaputera telah diberi gemala hikmat yang diminta itu.
PANDAN THE CREATOR
TEMA
PANDAN THE CREATOR
Tema prosa klasik ini ialah kegagahan dan keperkasaan seorang lelaki yang tiada tolak bandingnya untuk memiliki gemala hikmat.
PANDAN THE CREATOR
PERSOALAN
PANDAN THE CREATOR
Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati.
Cabaran yang ada dalam kehidupan dihadapi dengan sifat berani dan bijaksana.
Kehidupan alam kenyataan dengan masyarakat kayangan yang penuh dengan unsur luar biasa
PANDAN THE CREATOR
WATAK DAN
PERWATAKAN
PANDAN THE CREATOR
Inderaputera
Seorang yang gagah, berani, dan
bijaksana.Bertubuh sasa dan tampan.
Tabah menempuh dugaan dan cabaran
ketika menumpaskan raksasa dan binatang
hikmat di mahligai Tuan Puteri.
Suka mengembara dari satu tempat ke satu
tempat.
Berketurunan bangsawan.Bapanya bernama Maharaja bikrana Buspa dan
ibunya Puteri Jamjam Ratna Dewi
PANDAN THE CREATOR
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Tunang kepada Raja Mengerna Lela Dewa.
Tinggal di mahligai yang penuh dengan binatang
hikmat dan raksasa.Memiliki gemala hikmat.
Gemar bermain di Tasik Semendera Jin
Brketurunan dewa-dewa.Anak kepada Maharaja
Syah Tokan.
PANDAN THE CREATOR
NILAI
PANDAN THE CREATOR
1 •Nilai kebijaksanaan contohnya, Inderaputera menggunakan kebijaksanaannya untuk memperoleh gemala Mayan Bedi daripada peri dan gemala hikmat daripada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
2 •Nilai berani Contohnya, Inderaputera memiliki keberanian dalam menghadapi cabaran di mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
3 •Nilai tolong-menolong. Contohnya , peri telah menolong Inderaputera dalam memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
4 •Nilai bersopan santun. Contohnya, Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran melayan kedatangan Inderaputera di mahligainya dengan sopan santun.
PANDAN THE CREATOR
PENGAJARAN
PANDAN THE CREATOR
Setiap cabaran dan dugaan perlu dihadapi dengan berani. Contohnya, Inderaputera berani menentang
binatang dan raksasa hikmat di mahligai Tuan Puteri.
Setiap tindakan yang diambil harus dilakukan dengan bijaksana. Contohnya, Inderaputera telah
menyembunyikan pakaian Tuan Puteri Seri Gemala Nehran dan bidadari untuk mendapatkan gemala
hikmat milik Tuan Puteri.
PANDAN THE CREATOR
Kita hendaklah menepati janji. Contohnya, Tuan Puteri Seri Gemala Nehran menepati janjinya
untuk memberikan gemala hikmat kepada Inderaputera.
Kita mesti melayan tetamu yang datang dengan sopan santun. Contohnya, bidadari melayan
Inderaputera di mahligai Tuan Puteri Seri Gemala Nehran dengan sopan santun.
PANDAN THE CREATOR
SEKIAN, TERIMA KASIH…….
-SELESAI-