diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi

9
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Aktiviti seni dan kraf yang dilaksanakan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih menekankan proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran serta membentuk sifat kerohanian, sikap dan nilai kanak- kanak. proses ini dapat menzahirkan idea-idea kreatif mereka serta dapat memupuk minat dan memperkembangkan potensi dan bakat seni kanak-kanak. Selain itu diorama juga boleh digunakan sebagai media ataupun bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi. Diorama adalah seni yang banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, ini secara langsung menunjukkan kepada kita bahawa unsur seni juga diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila kita menggunakan diorama. Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. “Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).

Upload: won-eyda

Post on 13-Jul-2016

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

diorama

TRANSCRIPT

Page 1: Diorama Ialah Sejenis Binaan Tiga Dimensi

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek

untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah

diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya

dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri

atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak

dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema

diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang

sama seperti tema diorama.

Aktiviti seni dan kraf yang dilaksanakan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih

menekankan proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran serta membentuk sifat

kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak. proses ini dapat menzahirkan idea-idea kreatif

mereka serta dapat memupuk minat dan memperkembangkan potensi dan bakat seni

kanak-kanak. Selain itu diorama juga boleh digunakan sebagai media ataupun bahan bantu

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

membantu murid-murid untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan

membuat ekspresi.

Diorama adalah seni yang banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, ini secara langsung menunjukkan kepada kita bahawa unsur seni juga

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila kita menggunakan diorama. Seni

merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan

sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara,

seni tari dan seni lakon. “Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran

seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).

Apa yang uniknya penggunaan diorama ini dalam pengajaran dan pembelajaran

adalah kita boleh menggabungkan beberapa unsur seni lain dalam persembahan diorama

seperti seni visual, seni muzik dan pergerakan yang sesuai dengan topik. Selain itu, diorama

juga menyokong teori 8 kecergasan pelbagai Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner

(1983). Penggunaan diorama ini juga banyak melibatkan murid secara aktif seperti

meneroka dan membina pengalaman serta membuat ekspresi terhadap situasi dan

pergerakan.

Sesuatu diorama yang dibuat dalam bentuk 3D sebenarnya memberikan gambaran

dan pengalaman secara tidak langsung kepada murid. Jika sebelum ini, murid hanya banyak

didedahkan dengan bahan maujud 2D, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat

mengambarkan dengan lebih jelas sesuatu peristiwa itu berlaku. Dengan penggunaan

diorama yang mempunyai bentuk 3D dan bertema ianya dapat mewujudkan situasi sebenar.

Page 2: Diorama Ialah Sejenis Binaan Tiga Dimensi

Kita boleh lihat daripada persembahan yang kami laksanakan dimana, ianya

menggambarkan habitat-habitat haiwan seperti atas pokok, bawah tanah, dalam air dan

dalam gua. Terdapat haiwan dan tempat tinggal yang dimasukkan dalam kotak dan

berbentuk 3D. Bandingkan dengan penggunaan gambar sahaja, ianya pasti lebih menarik

kerana murid boleh melihat haiwan dan tempat tinggal dalam pelbagai arah. Ini seakan-akan

menunjukkan bahawa apa yang mereka lihat adala suatu realiti dan bukannya imaginasi.

Walapun begitu, diorama ini mungkin boleh ditambah baik jika haiwan-haiwan tersebut boleh

berbunyi dan bergerak statik.

Selain daripada itu, murid juga dapat membina pengalaman tentang habitat haiwan

melalui penceritaan guru berdasarkan kepada diorama. Untuk menghidupkan lagi suasana

dan peristiwa sebenar diorama kami yang bertemakan habitat haiwan ini, kami telah

membuat kaedah penceritaan terhadap habitat-habitat haiwan. Dengan itu, murid bukan

sahaja melihat diorama tetapi juga mendapat pengalaman daripada penceritaan kami

tentang habitat haiwan melalui diorama. Kami percaya bahawa murid lebih berminat untuk

belajar jika mereka dapat menggunakan penglihatan dan pendengaran. Sambil mereka

melihat haiwan dalam diorama tersebut, mereka dapat membayangkan bahawa haiwan-

haiwan tersebut berbicara melalui latar suara kami. Cara penceritaan guru yang

menggunakan suara kanak-kanak dan pelbagai intonasi seperti rendah, sederhana dan

tinggi menambahkan lagi minat dan kesornokan murid-murid.

Selain daripada itu, diorama ini juga dikatakan dapat memberikan pengalaman dan

membolehkan murid meneroka sendiri situasi tersebut. Sebenarnya, murid akan teruja

apabila melihat diorama yang kita hasilkan. Sebagai seorang kanak-kanak normal, mereka

mempunyai naluri untuk merasa dan menyentuh sesuatu benda yang mereka gemari.

Sesuai dengan keinginan murid tersebut, ianya sesuai dengan diorama yang telah kami

hasilkan dimana ianya boleh disentuh, malah boleh dialihkan kedudukannya contohnya

haiwan harimau dan tempat tinggalnya iaitu gua boleh dialihkan kedudukannya. Hiasan

dalaman diorama yang dihasilkan seakan-akan dalam hutan juga memberikan pengalaman

secara langsung kepada murid-murid. Mungkin sebelum ini murid tidak pernah ke hutan,

dan sebab itu mereka tidak tahu bagaiamana situasi hutan itu sendiri. Tetapi dengan adanya

diorama yang menggambarkan keadaan hutan yang mempunyai pelbagai habitat ini telah

memberikan pengalaman kepada murid tentang situasi dalam hutan. Ini juga merupakan

pengalaman yang berguna kepada murid.

Murid juga membina pengalaman apabila melibatkan diri dalam aktivti mencari haiwan

dan tempat tinggal. Semasa aktivti menyanyi, murid akan mencari haiwan yang tinggal

dalam habitat yang dinyatakan dalam lagu. Pengetahuan mereka tentang habitat haiwan

Page 3: Diorama Ialah Sejenis Binaan Tiga Dimensi

telah pun diperolehi semasa aktivti penceritaan tentang habitat haiwan. Oleh itu giliran murid

pula yang akan mencari sendiri haiwan yang tinggal dalam sesuatu habitat. Ini juga

membolehkan mereka membina pengalaman sendiri tentang habitat haiwan kerana mereka

yang melakukannya. Murid akan lebih ingat lebih lama sesuatu perkara jika pengetahuan itu

dibina daripada pengalaman mereka sendiri Disamping itu juga, pengalaman mereka juga

dibina melalui aktivti nyanyian. tempo dan lirik yang sesuai dengan kanak-kanak dapat

menarik lagi minat murid untuk sama-sama menyanyi. Begitu juga apabila murid membuat

pergerakan haiwan seperti monyet, burung dan lain-lain semasa menanyi. Pengalaman

mereka akan membina pengetahuan yang lebih kekal dalam ingatan mereka seperti habitat

haiwan, jenis-jenis haiwan, pergerakan haiwan dan semua ini diperolehi semasa penglibatan

mereka ataupun melalui penceritaan dan demonstrasi oleh guru.

Aplikasi seni diorama ini dalam pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan murid

untuk membuat ekspresi. Seni diorama dalam pengajaran ini telah menyediakan matlamat

yang menarik dengan memberi peluang kepada murid untuk menemui potensi ekspresi diri

melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Semasa persembahan diorama ini

dijalankan, terdapat banyak ekspresi yang dapat diluahkan murid. Kita boleh melihat

ekspresi yang mereka tunjukkan apabila melihat perubahan sikap mereka, tubuh badan

mereka, mimik muka dan lain-lain. Antara ekspresi yang mereka dapat luahkan semasa

melibatkan diri dalam persembahan diorama tadi adalah seperti ekspresi perasaan dan

emosi mereka. Apa yang saya lihat apabila murid melihat diorama yang kami hasilkan

mereka menunjukkan perasaan yang gembira dan seronok, emosi yang tenang dan teruja.

Ini menunjukkan bahawa murid menunjukkan reaksi kepada rangsangan iaitu diorama.

Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa apa yang kami ingin sampaikan dalam diorama

tersebut dapat dirasai dan diperolehi oleh murid. Murid juga menunjukkan perasaan seronok

dan gembira semasa mendengar penceritaan kami yang menggunakan dunia dimensi

kanak-kanak seperti suara dan gerakan. Ini sangat sesuai bagi jiwa kanak-kanak. Selain itu,

muzik juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi sedalam mana

keindahan diorama itu dapat dirasai oleh jiwa murid. Elemen muzik yang harmoni, tenang

dan sesuai dengan jiwa murid ini disertakan dalam penceritaan dan nyanyian seterusnya

menimbulkan perasaan yang gembira dan tenang dalam kalangan murid.

Selain daripada ekspresi itu, terdapat lagi beberapa ekspresi yang dapat diluahkan

murid melalui penglibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran diorama ini.

Antaranya mereka dapat menunjukkan ekspresi secara lisan dan ekspresi reaksi. Perasaan

seronok dan gembira murid dapat diekspresikan secara lisan melaui nyanyian dan sorakan.

Sebagai contoh apabila mereka melihat diorama yang dihasilkan, mereka akan cuba

menunjukkan reaksi secara lisan seperti ‘waaa cantiknya’, ‘waaa comelnya’ dan lain-lain.

Page 4: Diorama Ialah Sejenis Binaan Tiga Dimensi

Sorakan juga dapat menunjukkan bahawa murid dapat meluahkan ekspresi mereka secara

lisan seperti ‘’yeah’’ dan ‘’horey’’.

Sebenarnya ekspresi yang ditunjukkan oleh murid adalah disebabkan mereka

memberikan respon kepada rangsangan yang di terima. Contohnya, rangsangan

persekitaran yang cantik, harmoni dan mendamaikan jiwa dapat membantu mereka untuk

meluahkan ekspresi yang positif. Jika rangsangan persekitaran yang diterima oleh murid

adalah sesuatu yang tidak selesa dan suram, ini akan menyebabkan mereka tidak dapat

meluahkan ekspresi mereka melalui perasaan dan emosi, namun kita hanya dapat melihat

bahawa perasaan dan emosi pada ketika itu tidak stabil dan mudah terganggu melaui mimik

muka dan pergerakan mereka. Dalam erti kata lain perasaan dan emosi yang negetif.

Penglibatan murid dalam aktivti kumpulan semasa persembahan diorama juga dapat

mewujudkan rangsangan sosiologi yang membantu murid meluahkan ekspresi mereka.

Rangsangan sosiologi ini diperolehi murid semasa aktivti berpasangan dan berkumpulan.

Jika mereka diterima dalam aktivti kumpulan dan berpasangan, mereka akan berasa

dihargai dan dapat menunjukkan ekspresi muka yang gembira dan seronok.

Secara keseluruhannya, penggunaan diorama yang kami gunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran berjaya menarik murid untuk meluahkan ekspresi mereka. Pertama sekali

apabila kami sebagai seorang guru memaparkan diorama tersebut kepada pelajar, sudah

tentu kita dapat lihat bahawa murid-murid sangat teruju. Perasaan teruja itu sendiri tanpa

mereka sedari bahawa mereka telah menunjukan reaksi yang seronok dapat melihat

diorama tersebut. Diorama yang cantik dan tersusun juga banyak mempengaruhi ekspresi

murid. Kita boleh menggambarkan perasaan murid pada ketika itu dengan melihat ekspresi

muka mereka. Ekspresi yang mereka tunjukkan juga adalah dipengaruhi oleh keindahan

diorama yang dapat menggambarkan situasi sebenar dalam hutan. Bayangkan lah jika

sebelum ini, murid tidak dapat merasai suasana hutan, tetapi dengan bantuan diorama yang

bertemakan hutan dan seakan-akan peristiwa tersebut adalah realiti, ini menjadikan

perasaan murid yang gembira dan seronok.

Selain daripada murid mendapat pengalaman dan dapat meluahkan ekspresi mereka,

diorama ini juga banyak membantu murid dalam meneroka sendiri tentang habitat haiwan.

Dalam perkataan lain meneroka juga melibatkan aktivti penyiasatan. Melaui diorama yang

kami hasilkan, murid akan membuat pemerhatian terlebih dahulu sebelum memulakan sesi

pengajaran. Melalui pemerhatian murid terhadap diorama tadi, ianya akan menimbulkan

perasaan ingin tahu tentang apakah yang berlaku dalam diorama tersebut. Selain itu,

penerokaan juga berlaku apabila murid-murid dapat memanipulasikan objek yang terdapat

dalam diorama seperti haiwan, tempat tinggal, tumbuhan laut dan batu-batu. Penerokaan

Page 5: Diorama Ialah Sejenis Binaan Tiga Dimensi

juga berlaku apabila murid-murid dapat menggambarkan dan menjelaskan perisitiwa yang

berlaku dalam diorama tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh membuat penerokaan

terhadap diorama yang kami hasilkan menggunakan pelbagai pancaindera. Contohnya,

murid akan mencari haiwan dan tempat tinggalnya melalui pemerhatian, murid meletakkan

haiwan di tempat tinggal yang betul melalui anggota tangan mereka.

Selain itu, diorama ini juga membolehkan murid untuk meneroka konsep ruang dan

tempat. Murid dapat melihat kehidupan haiwan-haiwan dan tempat tinggal haiwan tersebut.

Murid juga boleh bertanya soalan tentang kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam

diorama tersebut. Tidak cukup dengan itu, penerokaan juga berlaku apabila murid-murid

mengikuti perjalanan cerita tentang seekor harimau yang sesat jalan. Murid akan meneroka

tempat-tempat tinggal haiwan yang ada di dalam hutan. Penerokaan ini banyak berkait

dengan pengalaman murid dimana semakin banyak murid meneroka, maka semakin banyak

pengalaman yang diperolehi oleh murid-murid. Dengan adanya aktitvti penerokaan terhadap

diorama ini, ianya boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokan, kepuasan,

kegembiraan dan kejayaan.

Seni diorama yang digunakan dalam pengajaran ini memberi peluang kepada

seseorang murid untuk meningkatkan cara meneroka, memperoleh pengalaman dan

ekspresi melalui muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, ia membantu seseorang untuk

mencapai perubahan diri dan sosial mereka. Dengan cara ini membolehkan seseorang itu

membuat eksplorasi, menimba pengalaman dan meluahkan potensi diri, kreativiti dan

keupayaan diri. Seni diorama dalam pengajaran ini juga membantu menangani situasi yang

memerlukan penyelesaian secara kreatif di dalam disiplin yang lain. Ini adalah penting untuk

mengetahui keseluruhan interaksi yang kompleks, eksplorasi, memperoleh pengalaman dan

ekspresi di dalam sesebuah bidang dan mampu menggunakan ilmu itu dalam mengurus dan

merancang kegiatan mereka.

Daripada binaan diorama itu sendiri sehinggalah proses penyampaian guru dalam

kelas, terdapat banyak elemen seni yang diketengahkan seperti seni visual, seni reka

bantuk, seni tarian dan pergerakan, seni muzik dan banyak lagi. Melalui penglibatan murid

ini, mereka akan dapat meneroka keindahan dan kesitimewaan sesuatu seni itu. Apabila

mereka dapat merasakan seperti itu, secara langsung minat mereka akan bertambah dalam

aktivti pembelajaran. Selain itu mereka juga akan meneroka sendiri setiap unsur seni

tersebut melalui pemerhatian, pendengaran, sentuhan dan manipulasi objek, pertuturan dan

lain-lain. Penerokaan yang mereka lakukan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan

pengalaman mereka. Mereka akan lebih faham dan menghargai seni dalam kehidupan

Page 6: Diorama Ialah Sejenis Binaan Tiga Dimensi

mereka. Ini seterusnya dapat memupuk kekreatifan mereka dalam mencipta dan

merekabentuk sesuatu dengan memasukan unsur-unsur seni tadi.

Berdasarkan kepada huraian itu, saya berpendapat bahawa diorama yang kami

hasilkan ini dapat membantu murid dalam meneroka, memperoleh pengalaman dan

meluahkan ekspresi. Namun keberkesanan sesuatu diorama itu juga banyak bergantung

kepada seorang guru iaitu bagaimana guru menggunakan diorama tersebut dengan lebih

optimum. Walaupun sesuatu diorama tersebut sangat cantik, tetapi kaedah penyampaian

guru kurang baik, tidak jelas, dan tidak tersusu, ianya akan menjadikan diorama tersebut

tidak hidup. Oleh itu sebagai seorang guru, pembinaan diorama adalah digalakkan supaya

dapat menarik minat murid untuk belajar dan berusaha untuk menyampaikan diorama

tersebut dengan lebih menarik.

Terdapat banyak lagi jenis-jenis diorama yang ada di dunia ini. Ianya bergantung

akan keadaan bagaimana sesuatu diorama itu dihasilkan oleh karyawan-karyawan seni bagi

menggambarkan sesuatu, contohnya kejadian-kejadian setempat, luahan perasaan, dan

sebagainya kerana diorama adalah sesuatu seni yang unik dalam cara penyampaiannya

malahan dapat membantu serta menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain mahupun

luar dalam keadaan yang sangat harmoni. Disamping itu, konteks penyampaian ini amatlah

diperlukan kerana ianya banyak membantu dalam pembesaran kanak-kanak di masa

sekarang kerana ianya dapat memudahkan mereka menerima penyampaian atau

pembelajaran dengan lebih lancar dan efektif serta menggalakkan kemahiran berfikir dalam

proses pembelajaran dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya, di harapkan melalui seni diorama ini ianya akan melahirkan individu

yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat

mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat

berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi faktor

terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan

sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu

masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.