dimensikoop - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta...

6
DIMENSIKOOP 43 BIL. 46 JULAI 2015 Pepatah ada mengatakan “mencegah lebih baik daripada merawat”. Pepatah ini begitu sinonim dalam aspek penjagaan kesihatan. Menitikberatkan aspek kesihatan seperti mengamalkan budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah falsafah kesihatan yang cuba diamalkan dan diterapkan dalam Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung, iaitu koperasi kesihatan dan kebajikan sosial yang pertama sekali ditubuhkan di Korea Selatan. Koperasi ini terletak di kawasan pedalaman Ansung, wilayah Gyeonggi, dan didiami seramai 185,000 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada petani yang kurang berkemampuan. Hospital dan klinik kesihatan pula sangat terhad dan ini menjadikan kewujudan Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung sangat diperlukan oleh anggota dan masyarakat setempat. Korea Selatan Sekilas Pandang Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan semenanjung Korea di Asia Timur. Ia bersempadan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan mengalami empat musim, iaitu musim bunga, panas, luruh, dan sejuk. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi (38,375 batu persegi) dengan kepadatan penduduk seramai 50 juta orang. Selain Seoul, Korea Selatan juga mempunyai bandar seperti Busan, Incheon, Daegu, Daejeon, Gwangju dan Ulsan yang juga merupakan bandar raya yang utama di Korea. Korea Selatan merupakan negara maju yang mengamalkan ekonomi pasaran yang menduduki tangga ke-14 dari segi KDNK nominal dan tangga ke- 12 dari segi kuasa beli di dunia. Negara ini merupakan salah satu daripada “Empat Harimau Asia”, di samping Hong Kong, Singapura, dan Taiwan. Negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan serta menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa rasmi ini tidak mempunyai agama Rafedah Juhan Pusat Perakaunan dan Kewangan

Upload: vuongminh

Post on 29-Aug-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIMENSIKOOP - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah

43

DIMENSIKOOP

43BIL. 46 JULAI 2015

Pepatah ada mengatakan “mencegah lebih baik daripada merawat”. Pepatah ini begitu sinonim dalam aspek penjagaan kesihatan. Menitikberatkan aspek kesihatan seperti mengamalkan budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit.

Begitulah falsafah kesihatan yang cuba diamalkan dan diterapkan dalam Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung, iaitu koperasi kesihatan dan kebajikan sosial yang pertama sekali ditubuhkan di Korea Selatan. Koperasi ini terletak di kawasan pedalaman Ansung, wilayah Gyeonggi, dan didiami seramai 185,000 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada petani yang kurang berkemampuan. Hospital dan klinik kesihatan pula sangat terhad dan ini menjadikan kewujudan Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung sangat diperlukan oleh anggota dan masyarakat setempat.

Korea Selatan Sekilas Pandang

Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan semenanjung Korea di Asia Timur. Ia bersempadan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan mengalami empat musim, iaitu musim bunga, panas, luruh, dan sejuk. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi (38,375 batu persegi) dengan kepadatan penduduk seramai 50 juta orang. Selain Seoul, Korea Selatan juga mempunyai bandar seperti Busan, Incheon,

Daegu, Daejeon, Gwangju dan Ulsan yang juga merupakan bandar raya yang utama di Korea.

Korea Selatan merupakan negara maju yang mengamalkan ekonomi pasaran yang menduduki tangga ke-14 dari segi KDNK nominal dan tangga ke-12 dari segi kuasa beli di dunia. Negara ini merupakan salah satu daripada “Empat Harimau Asia”, di samping Hong Kong, Singapura, dan Taiwan.

Negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan serta menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa rasmi ini tidak mempunyai agama

Rafedah JuhanPusat Perakaunan dan Kewangan

Page 2: DIMENSIKOOP - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah

DIMENSIKOOP

4444 BIL. 46 JULAI 2015

rasmi di bawah perlembagaannya. Justeru, masyarakat di Korea Selatan bebas untuk memeluk sebarang agama.

Hampir sebahagian daripada penduduk di Korea Selatan tidak mempraktikkan agama di dalam kehidupan seharian mereka. Hanya segelintir mempunyai agama yang kebanyakannya beragama Buddha atau Kristian. Agama-agama lain yang turut diamalkan termasuklah Islam dan pelbagai gerakan agama baru seperti Jeung San Do, Cheondogyo dan Wonbulgyo.

Dalam aspek kesihatan, sungguhpun masyarakat di Korea Selatan memiliki jangka hayat yang panjang, negara ini mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang lemah. Kebanyakan penyakit kronik berpunca daripada sistem penjagaan kesihatan yang lebih tertumpu kepada rawatan yang berulang-ulang berbanding pencegahan. Oleh kerana itu, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (MoHW) Korea Selatan telah mewajibkan pengambilan insurans kesihatan ke atas setiap penduduk di Korea Selatan bagi menampung kos rawatan penyakit kronik ini. Perkhidmatan kesihatan di Korea Selatan pula kebanyakannya disediakan oleh pihak swasta dengan caj rawatan yang sangat tinggi dan hanya sebilangan kecil pusat kesihatan dan hospital awam disediakan oleh kerajaan.

Latar Belakang Penubuhan Koperasi

Idea awal penubuhan Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung bermula secara tidak rasmi pada tahun 1987 apabila sekumpulan pelajar perubatan daripada Universiti Yonsei membuat aktiviti khidmat masyarakat di sekitar kawasan pedalaman Ansung pada setiap hujung minggu.

Di awal penubuhannya, koperasi ini hanya berfungsi sebagai penghubung kepada pelajar-pelajar perubatan ini dengan penduduk setempat. Koperasi menyediakan tempat untuk membolehkan aktiviti sukarela ini dapat dijalankan dengan lancar dan menghebahkan aktiviti kesihatan ini kepada penduduk setempat. Kemudian, timbul pula keinginan penduduk setempat untuk mewujudkan sebuah pusat kesihatan yang berkonsepkan pemilikan secara bersama.

Oleh itu, koperasi telah menjemput pelajar-pelajar perubatan daripada Universiti Yonsei yang telah tamat pengajian dan telah bertugas sebagai doktor di hospital swasta untuk menyertai koperasi. Penduduk setempat dan bekas-bekas pelajar ini seterusnya berganding bahu membangunkan pusat kesihatan milik koperasi di Ansung dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di situ.

Pada tahun 1994, koperasi ini telah didaftarkan secara rasminya sebagai Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial. Kini, Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung telah berkembang pesat dan memiliki sembilan buah pusat kesihatan yang beroperasi di tiga buah kawasan iaitu Ibu Pejabat (Inji-Dong), cawangan West Ansung dan cawangan Ansung3-Dong.

Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi

Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung dipantau oleh Korea Health Welfare Social Cooperative Federation (KHCF), iaitu badan Apex bagi semua koperasi berdaftar di bawah fungsi kesihatan dan kebajikan sosial Korea Selatan. Kuasa tertinggi dalam koperasi pula adalah perwakilan koperasi. Perwakilan mempunyai kuasa untuk melantik Jawatankuasa Audit (JAD) dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) melalui undian di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Dalam susunan hierarki koperasi ini, JAD mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada ALK. Koperasi

Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung dipantau oleh Korea Health Welfare Social Cooperative Federation (KHCF), iaitu badan Apex bagi semua koperasi berdaftar di bawah fungsi kesihatan dan kebajikan sosial Korea Selatan.

4444 BIL. 46 JULAI 2015

Page 3: DIMENSIKOOP - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah

45

DIMENSIKOOP

45BIL. 46 JULAI 2015

Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung diterajui oleh 22 orang ALK (termasuk beberapa orang doktor perubatan) dan dipantau oleh tiga orang JAD.

Pengurusan koperasi terbahagi kepada empat jabatan/kumpulan utama iaitu:

1. Jabatan Koperasi yang berfungsi untuk menjaga hal ehwal keanggotaan koperasi; 2. Jabatan Penjagaan Kesihatan yang berfungsi mengawal selia klinik-klinik yang dipunyai oleh koperasi;3. Kumpulan Daerah yang berfungsi membawa semua pandangan daripada anggota kepada ibu pejabat koperasi daripada wakil setiap daerah, dan;4. Kumpulan Penjagaan Kesihatan yang berfungsi untuk merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan yang dijalankan mengikut permintaan dan keperluan anggota koperasi seperti ‘interest group’ dan promosi kesihatan

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pula dijalankan setahun sekali yang melibatkan perwakilan. Perwakilan koperasi ini terdiri daripada wakil-wakil bagi setiap 36 buah keluarga yang menjadi anggota koperasi. Dalam erti kata lain, seorang wakil yang mewakili 36 buah keluarga akan dilantik untuk menjadi perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini. Setiap perwakilan ini mempunyai hak untuk mengundi, mengemukakan usul dan melantik ALK dan JAD koperasi. Laporan kewangan tahunan koperasi juga akan dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Setakat Oktober 2014, koperasi ini mempunyai seramai 20,000 orang anggota secara individu yang terdiri daripada 5,000 buah keluarga. Syarat keanggotaan koperasi ini terbuka kepada penduduk Ansung sahaja. Jumlah modal syer minimum yang perlu dilaburkan adalah KRW 50,000 setiap anggota.

Perkhidmatan Pusat Kesihatan Koperasi

Perkhidmatan Pusat Kesihatan merupakan aktiviti dan sumber pendapatan utama dalam koperasi ini. Koperasi ini memiliki sembilan buah pusat kesihatan yang beroperasi di tiga buah kawasan iaitu:

1. Ibu Pejabat (Inji-Dong) – Pusat Penjagaan Kesihatan, Klinik Oriental, Klinik Khas untuk Petani, Pusat Diagnosis Kesihatan.2. Cawangan West Ansung – Klinik Western & Klinik Oriental, Pusat Kesihatan Rumah ke Rumah, Klinik Gigi.3. Cawangan Ansung3-Dong – Klinik Oriental, Klinik Western & Pusat Diagnosis Kesihatan.

Pengurusan Pusat Kesihatan

Dari aspek pengurusan, perkhidmatan kesihatan yang dijalankan oleh koperasi tidak jauh beza berbanding klinik swasta di Korea Selatan. Koperasi mendapat sumber pendapatan daripada pesakit dan juga imbuhan bayaran perkhidmatan daripada syarikat insurans. Pembayaran gaji kakitangan dibayar sepenuhnya oleh koperasi dan kadar bayaran adalah mengikut kadar gaji yang standard. Setakat Oktober 2014, koperasi ini mempunyai seramai 107 orang kakitangan yang terdiri daripada jururawat, terapi fizikal, pekerja kebajikan dan pekerja pentadbiran, serta mempunyai seramai 14 orang doktor perubatan.

Kepelbagaian Jenis Perkhidmatan

Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung menyediakan tujuh jenis klinik kesihatan kepada anggotanya yang terdiri daripada:

1. Pusat Penjagaan Kesihatan2. Klinik Oriental3. Klinik Western4. Pusat Kesihatan Rumah ke Rumah5. Klinik Khas Petani 6. Klinik Gigi7. Pusat Diagnosis Kesihatan

Secara umumnya, perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh koperasi hanyalah khusus untuk rawatan pesakit luar dan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Di bawah Pusat Penjagaan Kesihatan, perkhidmatan yang disediakan adalah lebih kepada pencegahan penyakit seperti kemudahan x-ray, analisis (screening) simptom awal penyakit kronik dan pemeriksaan rutin kesihatan (medical check-up). Selain itu, pusat ini turut memberi rawatan terhadap

4545BIL. 46 JULAI 2015

Page 4: DIMENSIKOOP - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah

DIMENSIKOOP

4646 BIL. 46 JULAI 2015

penyakit-penyakit ringan yang tidak dilindungi di bawah insurans kesihatan. Manakala rawatan bagi penyakit kronik pula hanya disediakan di hospital kerajaan berbanding koperasi yang lebih tertumpu kepada perkhidmatan pencegahan awal sahaja.

Di bawah Klinik Oriental pula, perkhidmatan yang disediakan adalah lebih kepada rawatan dan pemberian ubatan secara tradisional. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah bekam, rawatan sinar infra-red dan ‘inbody check-up’. Ubat-ubatan yang diberikan pula adalah berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Manakala Klinik Western pula adalah lebih kepada penggunaan ubatan kimia dan rawatan moden.

Melalui perkhidmatan pusat kesihatan rumah ke rumah pula, koperasi ini menawarkan khidmat lawatan dan penjagaan warga emas di rumah anggota yang memerlukan. Kakitangan koperasi akan membuat lawatan ke rumah anggota koperasi yang terdiri daripada warga emas dan golongan yang tidak mampu untuk bergerak sendiri. Lazimnya, perkhidmatan yang ditawarkan adalah pemeriksaan kesihatan secara berkala dan rawatan terhadap penyakit ringan. Koperasi turut menyediakan klinik khas untuk golongan petani yang kurang berkemampuan untuk membayar caj perkhidmatan. Manakala perkhidmatan klinik gigi koperasi ini ditubuhkan atas permintaan anggota-anggota koperasi. Pusat Diagnosis Kesihatan pula memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pengesanan awal bagi sesuatu penyakit.

Kadar Caj Rawatan dan Ubatan

Koperasi ini sentiasa memastikan caj perkhidmatan yang dikenakan adalah di dalam lingkungan kemampuan anggota koperasi. Lazimnya, kos rawatan dan ubatan di pusat kesihatan swasta adalah terlalu tinggi ekoran pemberian terlalu banyak ubatan yang tidak perlu dan kadar preskripsi antibiotik yang sangat tinggi. Sebaliknya, klinik koperasi pula hanya memberikan ubatan yang benar-benar diperlukan pesakit. Pemberian antibiotik juga adalah sangat terkawal dengan kadar preskripsi yang rendah. Ini membolehkan koperasi menjimatkan kos perubatan seterusnya mampu mengenakan caj bayaran yang lebih murah kepada pelanggannya.

Teknologi dan Perkakasan yang Digunakan

Koperasi menggunakan teknologi dan perkakasan yang canggih dalam merawat pesakitnya. Antara teknologi yang digunakan dalam rawatan koperasi adalah penggunaan mesin x-ray, screening machine, corong sinar infra-merah, nebulizer dan banyak lagi. Penggunaan teknologi dan perkakasan yang canggih ini membolehkan pengesanan terhadap sebarang simptom awal sesuatu penyakit dilakukan seterusnya membolehkan rawatan awal dibuat dengan segera.

Sebahagian kecil daripada teknologi yang digunakan koperasi

Page 5: DIMENSIKOOP - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah

47

DIMENSIKOOP

47BIL. 46 JULAI 2015

Kemudahan dan Kapasiti Bilik Rawatan

Pusat kesihatan koperasi ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Pusat kesihatan di cawangan West Ansung umpamanya mampu memuatkan seramai 15 orang pesakit untuk menjalani pemeriksaan pada sesuatu masa. Selain menyediakan sebanyak 15 buah bilik rawatan, pusat kesihatan ini juga turut dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Setiap rawatan tidak mengambil masa yang lama dan ini dapat memendekkan masa menunggu giliran. Bahkan ruang menunggu yang disediakan juga adalah selesa dan turut dilengkapi dengan sudut bacaan dan kerusi urut untuk keselesaan pelanggannya.

Pendidikan Kesihatan sebagai Nilai Tambah dalam Perkhidmatan

Semasa memberikan rawatan pula, para doktor akan mendidik pesakit-pesakitnya dalam aspek penjagaan kesihatan dan akan menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan tahap kesihatan pesakit tersebut. Rekod rawatan pesakit juga akan disimpan dan dirujuk bagi tujuan analisis tahap kesihatan pesakit. Ini seterusnya membolehkan para doktor untuk memilih kaedah rawatan yang terbaik kepada pesakit supaya penyakit itu tidak berulang lagi. Selain itu, wakil daripada setiap sembilan pusat kesihatan ini akan turut bermesyuarat setiap bulan bagi membincangkan isu-isu kesihatan dan membuat penambahbaikan ke atas perkhidmatan yang diberikan.

Manfaat Rebat kepada Anggota

Koperasi turut menggalakkan anggotanya untuk mendapatkan rawatan dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala di pusat kesihatannya. Setiap rawatan akan diberikan ‘point’ terkumpul yang membolehkan anggota memperoleh rebat melalui pengurangan kepada caj rawatan.

Mencegah Lebih Baik daripada Merawat

Selain menyediakan perkhidmatan pusat kesihatan kepada anggota, koperasi ini juga sangat aktif dalam menitikberatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan anggota dan komuniti setempat. Koperasi ini membentuk dunia yang sihat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti berikut:

1. Pendidikan kesihatan Koperasi mengendalikan seminar dan kursus- kursus yang berkaitan pendidikan kesihatan kepada anggota. Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kepada anggota koperasi dan masyarakat setempat.

2. Klinik bergerak Koperasi turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk Ansung secara berkala. Selain itu, koperasi turut mengadakan kempen ‘’Mari Berjalan” dan menjadikan senaman sebagai budaya hidup.

3. Pergerakan untuk mendorong kehidupan yang sihat Koperasi mempromosikan 10 pergerakan yang boleh mendorong kehidupan yang sihat iaitu: i) Sentiasa senyum ii) Menggalakkan pengambilan sayur-sayuran iii) Mengambil masa untuk bermeditasi setiap hari iv) Meluangkan masa membaca buku yang berfaedah setiap hari selama 30 minit v) Mengekalkan berat badan yang ideal vi) Gosok gigi selama tiga minit setiap kali selepas makan

Sebahagian kemudahan yang disediakan

Page 6: DIMENSIKOOP - ikkm.edu.my · budaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, serta sentiasa bersenam mampu untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. Begitulah

DIMENSIKOOP

4848 BIL. 46 JULAI 2015

vii) Bersenam secukupnya secara konsisten viii) Mengelakkan meminum arak secara berlebihan ix) Menjauhi rokok dan alkohol x) Sentiasa berjalan

4. Ke arah membina kampung yang baik untuk kehidupan (perkampungan sihat) Koperasi turut mewujudkan perkampungan yang sihat dan selamat melalui pembentukan komuniti yang harmoni. Koperasi menjadi penghubung kepada seluruh penduduk di Ansung dengan mengadakan pelbagai aktiviti sihat. Setiap bulan, koperasi akan membuat perjumpaan dengan wakil daripada setiap daerah Ansung bagi menyampaikan idea dan keperluan anggota.

5. Membentuk kumpulan aktiviti mengikut minat (Interest group) Koperasi menyedari bahawa salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan membuat aktiviti kegemaran dan tidak hanya duduk di rumah. Hati yang gembira juga akan turut mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Setiap anggota digalakkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu kumpulan aktiviti yang digemari. Antara aktiviti yang dianjurkan koperasi adalah kelas muzik, sukan boling, aktiviti mendaki gunung dan kelas tarian. Semua aktiviti tambahan ini diatur oleh koperasi melalui jadual berkala secara bulanan. Anggota bertanggungjawab untuk membiayai kos aktiviti dan menentukan atur cara program sesama ahli kumpulan yang telah dipilih. Koperasi pula berperanan dalam aspek penyediaan kemudahan kepada anggota tanpa mengenakan sebarang caj perkhidmatan.

Kesimpulan Kewujudan koperasi kesihatan di Korea Selatan sememangnya sangat membantu masyarakat Korea Selatan dalam membentuk masyarakat yang sihat dan sejahtera. Benarlah kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”. Kos kesihatan dan rawatan yang disediakan oleh hospital dan klinik-klinik swasta di Korea Selatan adalah sangat tinggi. Malah, hospital-hospital kerajaan yang disediakan di negara ini juga masih belum cukup untuk menampung keperluan masyarakat.

Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Sosial Ansung merupakan salah satu bukti gerakan koperasi mampu menangani permasalahan kesihatan yang dialami di Korea Selatan. Melalui aktiviti berkoperasi, masyarakat di sekitar Ansung memperoleh kesedaran yang tinggi dalam aspek penjagaan kesihatan. Hasilnya, anggota tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi merawat penyakit berulang-ulang kerana telah membuat tindakan pencegahan dengan lebih awal.

Gerakan koperasi di Malaysia juga boleh mengaplikasikan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini dengan menjalankan aktiviti-aktiviti kesihatan kepada anggota dan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada penyediaan klinik-klinik kesihatan dan hospital semata-mata. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat merealisasikan kenyataan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 bagi menjadikan gerakan koperasi penyumbang berkesan kepada pembangunan negara menerusi tumpuan kepada salah satu bidang keberhasilan aktiviti ekonomi iaitu penjagaan diri dan kesihatan. Malah, usaha ini juga mampu untuk memupuk masyarakat Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Rujukan:

Korea Selatan. (n.d). Dicapai pada Februari 27, 2015 daripada Wiki: http://ms.wikipedia.org/wiki/ Korea_Selatan.

Won No. (2013). Health Care Co-operatives in South Korea: an effective alternative to the health care system in the future. Austin:The University of Texas

Ansung Health Welfare Social Cooperative Handbook.

4848 BIL. 46 JULAI 2015