dimensikoop perniagaan restoran: peluang untuk · pdf filebual menerusi rancangan majalah 3...

8
Perniagaan Restoran: Pengenalan Penglibatan sektor koperasi yang kurang dalam perniagaan bernilai tinggi, berdaya saing dan takut meneroka peluang-peluang baharu sama ada di pasaran dalam negara mahupun luar negara menjadi punca koperasi tidak mencapai sasaran lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2013. Perniagaan restoran merupakan salah sebuah perniagaan yang bernilai tinggi dan popular kerana perniagaan tersebut tidak luput ditelan zaman, selain daripada perniagaan kesihatan dan juga pendidikan kerana kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia yang semakin meningkat pada tahun 2014 telah mencapai 30 juta penduduk (Jabatan Perangkaan Malaysia). Perniagaan Restoran ini dikategorikan di bawah pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dalam Bidang Keberhasilan Utama yang telah ditetapkan dalam Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Terdapat pelbagai definisi restoran yang dikeluarkan dari dalam mahupun luar negara. Menurut Marsum, restoran adalah suatu tempat atau bangunan yang diorganisasi secara komersial untuk menyelenggarakan perkhidmatan layanan dengan baik kepada semua tetamunya sama ada dari segi makanan atau minuman. Sementara mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, restoran merupakan tempat (premis tetap) kita hanya perlu memesan makanan dan minuman di luar rumah kemudian membayarnya. Restoran dengan kafeteria, bistro dan juga kedai makan adalah berbeza antara satu sama lain. Kafeteria mempunyai tema seperti tema P Ramlee dan kebiasaannya menjual makanan yang agak ringkas seperti sandwic. Kafeteria di Malaysia dan di luar negara adalah berbeza kerana kafeteria di Malaysia diterapkan dengan budaya Melayu iaitu menjual nasi lemak, mi goreng dan juga mihun goreng. Kedai makan pula lebih sederhana kerana hanya mementingkan penjualan produk makanan sahaja tanpa mementingkan tema, konsep dan sebagainya. (Contoh kedai makan bagi penyediaan sarapan pagi, petang atau malam.) Peluang untuk Koperasi? Julizah Sabstu Maktab Koperasi Malaysia Zon Tengah BIL. 49 • 2016 DIMENSIKOOP 36

Upload: dohanh

Post on 13-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

Perniagaan Restoran:

PengenalanPenglibatan sektor koperasi yang kurang dalam perniagaan bernilai tinggi, berdaya saing dan takut meneroka peluang-peluang baharu sama ada di pasaran dalam negara mahupun luar negara menjadi punca koperasi tidak mencapai sasaran lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2013. Perniagaan restoran merupakan salah sebuah perniagaan yang bernilai tinggi dan popular kerana perniagaan tersebut tidak luput ditelan zaman, selain daripada perniagaan kesihatan dan juga pendidikan kerana kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia yang semakin meningkat pada tahun 2014 telah mencapai 30 juta penduduk (Jabatan Perangkaan Malaysia). Perniagaan Restoran ini dikategorikan di bawah pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dalam Bidang Keberhasilan Utama yang telah ditetapkan dalam Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Terdapat pelbagai definisi restoran yang dikeluarkan dari dalam mahupun luar negara.

Menurut Marsum, restoran adalah suatu tempat atau bangunan yang diorganisasi secara komersial untuk menyelenggarakan perkhidmatan layanan dengan baik kepada semua tetamunya sama ada dari segi makanan atau minuman. Sementara mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, restoran merupakan tempat (premis tetap) kita hanya perlu memesan makanan dan minuman di luar rumah kemudian membayarnya.

Restoran dengan kafeteria, bistro dan juga kedai makan adalah berbeza antara satu sama lain. Kafeteria mempunyai tema seperti tema P Ramlee dan kebiasaannya menjual makanan yang agak ringkas seperti sandwic. Kafeteria di Malaysia dan di luar negara adalah berbeza kerana kafeteria di Malaysia diterapkan dengan budaya Melayu iaitu menjual nasi lemak, mi goreng dan juga mihun goreng. Kedai makan pula lebih sederhana kerana hanya mementingkan penjualan produk makanan sahaja tanpa mementingkan tema, konsep dan sebagainya. (Contoh kedai makan bagi penyediaan sarapan pagi, petang atau malam.)

Peluang untuk Koperasi? Julizah Sabstu

Maktab Koperasi MalaysiaZon Tengah

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

36

Page 2: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

Jenis-jenis RestoranTerdapat tiga jenis restoran iaitu restoran makanan segera, restoran bertema dan juga restoran khusus.

• Restoran Makanan Segera Makanan segera ditafsirkan seperti burger,

ayam goreng, sandwic dan lain-lain serta perkhidmatan yang dijalankan dengan cepat dan harga yang berpatutan bagi kegunaan premis perniagaan. Penyediaan makanan segera yang disediakan adalah merangkumi makanan dalam tin, makanan sejuk, makanan berkhasiat, makanan asasi dan makanan segera.

Restoran makanan segera di Malaysia

ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan”. Antaranya restoran francais seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald’s dan Pizza Hut. Restoran ini digelar restoran makanan segera kerana ia dapat menyediakan makanan dalam masa yang cepat dan singkat.

K e leb ihan res toran in i ada lah ia

menggunakan imej dan konsep yang berkaitan dengan apa yang ingin ditonjolkan kepada umum. Susun atur, keselesaan ruang dan aliran trafi k adalah amat penting dalam jenis restoran makanan segera ini untuk menggalakkan serta memudahkan pelanggan keluar masuk dengan keadaan selesa dan teratur.

• Restoran Bertema Restoran bertema adalah restoran yang

menonjolkan atau tampil dengan sesuatu tema atau konsep secara menyeluruh. Ia menjadi kemestian untuk mempunyai konsep dan tema yang bersesuaian dari segi reka bentuk sehingga ke imej korporat. Antara contohnya adalah restoran The Ship yang menggunakan tema kapal laut sebagai konsep. Bagi penyediaan makanan dan masakan restoran bertema adalah lebih terperinci mengikut kesesuaian dengan tema dan konsep yang ingin ditonjolkan. Restoran ini banyak diperkenalkan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan lain-lain. Contohnya, Restoran Rasa Utara, Uncle Chilli’s dan Restoran Minang.

• Restoran Khusus Restoran ini hanya menyediakan makanan

untuk dijual dalam tempoh masa tertentu sahaja . Pengusaha restoran in i ak an menyediakan atau menghidangkan masakan mengikut kesesuaian atau kehendak restoran mereka sahaja dan mereka tidak akan menyediakan masakan lain selain masakan yang telah dihidangkan sahaja. Pelanggan yang datang juga adalah penggemar masakan tersebut. Contohnya Restoran Cina akan menyediakan masakan Cina sahaja.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

37

Page 3: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

Asas Kejayaan Perniagaan RestoranBukan mudah untuk mengendalikan sesebuah perniagaan walaupun pulangan yang diperoleh lumayan dan cepat. Menurut majalah The Economist , sejumlah 60 peratus daripada perniagaan restoran di Amerika menemui kegagalan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan ini tidaklah semudah yang disangka. Terdapat beberapa asas kejayaan yang ditemui oleh pengkaji terhadap kejayaan sesebuah restoran.

Faktor terpenting di dalam sesebuah perniagaan restoran adalah melalui pekerja yang cemerlang dan dianggap sebagai aset yang harus dijaga oleh pemilik restoran. Pekerja yang cemerlang merangkumi:

i. Chef (Memahami cita rasa pelanggan,kreatif, inovatif dan juga konsisten)

ii. Cook (dapat menyediakan makanan mengikut masa yang ditetapkan)

iii. Juruwang (amanah dan bi jak dalam merancang kewangan syarikat)

iv. Pramusaji (mengutamakan keperluan pelanggan)

v. Steward (menjaga kebersihan tempat kerja dan restoran).

Rata-rata pelanggan pada masa kini sanggup memandu jauh semata-mata ingin menikmati hidangan yang lazat serta unik walaupun dengan harga yang agak mahal berbanding restoran bersebelahan rumah atau taman. Secara tidak langsung juga, maklumat tersebut dapat disebarkan kepada saudara atau kenalan. Jadi jelas di sini bahawa sikap dan disiplin pekerja merupakan peranan yang amat penting dan menjadi nadi kejayaan di samping kualiti hidangan yang menarik dan kreatif. Sebagai contoh, Koperasi Warisan Senibong Berhad mempunyai restoran yang terkenal dengan masakan asam pedas dan makanan laut. Restoran ini dimiliki 100 peratus oleh koperasi, terletak di atas laut dan pekerja juga terdiri daripada anggota koperasi. Restoran ini bukan sahaja menyediakan sajian mengikut cita rasa pelanggan

tetapi juga harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Kebanyakan pelanggan yang ditemu bual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ini menyatakan sanggup datang dari jauh untuk mencuba sajian istimewa seperti ketam dan asam pedas. Bahkan harga yang ditawarkan juga berpatutan telah menjadi bualan ramai terutama di dalam media sosial.

Selain daripada pekerja yang cemerlang, konsep restoran juga memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah restoran. Di Malaysia, terdapat pelbagai konsep restoran yang sesuai dengan penduduknya yang berbilang kaum. Pemilihan konsep ini juga bergantung kepada minat pelanggan dan lokasi restoran. Contohnya, konsep francais, makanan halal, dan restoran terbuka. Di samping itu, pemilik restoran juga perlu memastikan restoran mempunyai keunikan yang tersendiri. Pencahayaan, penciptaan suasana dan haruman akan menarik pelanggan yang suka akan ketenangan. Sistem udara yang baik termasuk sistem pengawal asap akan memastikan bau dari dapur tidak melekat pada baju pengunjung. Kebersihan dan pemilihan meja yang sesuai juga mempengaruhi pengunjung yang datang untuk menjamu selera.

Pengurusan yang cekap adalah asas dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Ia merangkumi keseluruhan aspek yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah perniagaan. Antaranya pengurusan sumber manusia, bahan mentah, pembekal, operasi dan pemasaran. Pengurusan sumber manusia termasuk chef, juruwang, cook, steward, pramusaji dan sebagainya perlu diberi perhatian secukupnya kerana ia merupakan faktor yang akan mengekalkan pekerja dalam tempoh masa yang panjang. Pengekalan pekerja amat penting kerana jika seorang chef dan cook sering bertukar ganti, pelanggan akan merasakan perbezaan dari segi rasa kecuali restoran yang mengamalkan konsep francais seperti McDonald, KFC, Subway dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana bahan makanan dan standard resipi adalah ditentukan mutu pengeluaran daripada pengilang.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

38

Page 4: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

Kod Etika Operasi Restoran Sesebuah koperasi yang hendak membuka perniagaan restoran khususnya kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang telah diberi amanah oleh anggota dan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kod etika dipatuhi sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Di antara kod etika tersebut adalah:

i. Keselamatan dan Kualiti Makanan Merangkumi keseluruhan daripada aspek

p e r a n c a n g a n s e h i n g g a p e nye d i a a n perkhidmatan mestilah dilakukan dengan teliti, teratur dan mengikut prosedur penyediaan makanan termasuk kualiti makanan yang menjamin kesihatan yang baik kepada pelanggan.

ii. Kebersihan Kebersihan merupakan aspek yang paling

penting dalam perniagaan yang melibatkan penyediaan makanan kepada pihak awam. Pengendali restoran perlu memastikan peralatan dan bahan masakan dari sumber yang bersih dan tahap kebersihan semasa pelaksanaan perkhidmatan dalam keadaan yang baik.

iii. Profesionalisme Sesebuah koperasi yang membuka perniagaan

restoran ini mestilah dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam pengendalian perkhidmatan restoran, termasuk memberi layanan yang sama rata kepada pelanggan.

iv. Jujur Pengendali restoran haruslah jujur dalam

menjalankan perniagaan walau dalam apa keadaan bermula daripada interaksi dengan pelanggan, penyediaan bahan makanan mahupun harga perkhidmatan yang dikenakan.

v. Pematuhan Pengusaha restoran hendaklah mematuhi

semua undang-undang, garis panduan, peraturan yang telah ditetapkan oleh mana-mana Agensi Pusat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

vi. Alam Sekitar Ia merangkumi komited dalam menjaga

kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran bagi maksud penjagaan kesihatan pekerja, pelanggan dan alam sekitar.

Perancangan Sebelum Memulakan Perniagaan RestoranTerdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan oleh koperator sebelum membuka perniagaan restoran untuk memastikan ia dapat bertahan dalam jangka masa panjang dan dapat bersaing dengan pihak-pihak luar. Terdapat beberapa faktor yang perlu diketahui oleh pengusaha perniagaan makanan seperti berikut:

i. Faktor demogra� Faktor ini merujuk kepada kepadatan

penduduk. Penduduk merupakan aset terpenting yang akan menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara. Penduduk mempunyai dua peranan iaitu penentuan dalam menetapkan jumlah permintaan dan jumlah penawaran bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan. Kepadatan penduduk dan perkembangan dalam perusahaan saling berkait rapat antara satu sama lain. Semakin

Pengurusan yang cekap adalah asas yang menjadikan semua perniagaan berjaya bukan sahaja kepada perniagaan restoran sahaja.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

39

Page 5: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

ramai penduduk dalam sesebuah negara maka semakin luas dan berkembang perusahaan dalam negara tersebut. Dalam perniagaan restoran, populasi jumlah kependudukan perlu diketahui oleh pengusaha restoran supaya dapat memperoleh sasaran dalam pasaran.

ii. Faktor persekitaran ekonomi Faktor persekitaran ekonomi akan memberikan

k esan k epada k uasa be l i dan corak perbelanjaan pengguna. Kuasa beli seseorang individu bergantung kepada pendapatan semasa, harga barangan, simpanan yang dimiliki dan bentuk kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pemasar. Sekiranya seseorang pengeluar menjual produk atau menyediakan perkhidmatan yang murah di tempat yang mempunyai kuasa beli tinggi maka sudah tentu perniagaan pengeluar tadi tidak akan berjaya. Faktor persekitaran ekonomi ini amat berkait rapat dengan lokasi yang akan dibangunkan oleh pengeluar bagi sesebuah perniagaan.

iii. Cita rasa penduduk setempat Selain itu, cita rasa penduduk setempat

perlu diambil berat oleh pengusaha restoran sebelum memulakan perniagaan. Jika kawasan tersebut adalah kawasan orang India atau Melayu, mereka tentu mahukan masakan pedas dan berkuah. Pengusaha perlu membuat pemerhatian atau mini research terlebih dahulu dan bertanya kepada penduduk sekitar berkenaan dengan masakan

serta pandangan daripada mereka untuk memastikan masakan tersebut dapat diterima di kawasan berkenaan.

iv. Wang operasi simpanan Wang operasi simpanan juga menjadi antara

faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dan bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan restoran. Wang operasi simpanan tersebut haruslah mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan dan ia mestilah 70 peratus daripada modal. Sebagai contoh modal RM 100,000 dan gunakan sebanyak RM 30,000 sahaja dan selebihnya RM 70,000 mestilah dijadikan wang operasi simpanan. Ini perlu sekiranya berlaku perkara-perkara di luar jangkaan.

Sokongan KerajaanGalakan daripada kerajaan terhadap sektor ketiga selepas sektor swasta dan kerajaan menunjukkan sektor koperasi juga merupakan antara penggalak kepada pembangunan negara. Bagi sesebuah koperasi yang ingin terlibat dalam perniagaan restoran, terdapat pelbagai pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan seperti daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Salah satunya adalah Tabung Modal Pusingan.

Tabung Modal Pusingan (TMP) adalah skim khas berbentuk pinjaman yang disediakan bagi kemudahan pembiayaan kepada gerakan koperasi untuk melaksanakan projek-projek yang berdaya maju, melaksanakan kegiatan ekonomi yang berfaedah kepada anggota, menggalakkan koperasi berdikari dan juga memulihkan projek yang bermasalah. Bagi had pembiayaan pula, maksimum adalah sehingga RM 10 juta dan kelulusan sehingga 90 peratus daripada kos projek atau nilai cagaran untuk sesebuah koperasi.

Kadar faedah yang ditawarkan oleh SKM pula tidaklah setinggi pihak-pihak lain seperti bank. Ia dipengaruhi oleh jumlah pembiayaan yang dibuat oleh sesebuah koperasi. Kadar keuntungan akan

Selain daripada pekerja yang cemerlang, konsep restoran juga memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah restoran.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

40

Page 6: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

dikira berdasarkan kaedah baki berkurangan iaitu ke atas baki pembiayaan yang tinggal. Berikut merupakan jadual bagi jumlah pembiayaan dan juga kadar keuntungan:

Jadual 1: Tabung Modal Pusingan (TMP)

Jumlah PembiayaanKadar

Keuntungan

RM 50,000 dan ke bawah 1%

RM 50,001 hingga RM 1,000,000 2%

RM 1,000,001 hingga RM 2,000,000 3%

RM 2,000,001 hingga RM 3,000,000 4%

RM 3,000,001 hingga RM 4,000,000 5%

RM 4,000,001 hingga RM 10,000,000 6%

Pinjaman di bawah RM 50,000 dikecualikan daripada cagaran manakala pinjaman daripada RM 50,001 sehingga RM 10 juta memerlukan cagaran. Bentuk cagaran adalah merangkumi harta tetap (tak alih), simpanan tetap dan tender kerja daripada kerajaan, agensi atau swasta. Bayaran proses akan dikenakan pada kadar 0.07 peratus bagi setiap RM 1.00 yang diluluskan iaitu jumlah minimum dan maksimum adalah sebanyak RM 7.00 dan RM 700.00 masing-masing.

Tempoh bayaran balik bagi TMP pula adalah tidak melebihi 60 bulan (5 tahun) bagi pembiayaan RM 50,000 dan ke bawah manakala tempoh maksimum adalah 240 bulan (20 tahun) bagi pembiayaan yang melebihi RM 50,000.

Prosedur Permohonan Lesen Bagi sesebuah koperasi yang ingin mendaftarkan perniagaannya sebagai restoran, koperasi tersebut haruslah mendaftarkan terlebih dahulu aktiviti restoran tersebut dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Selepas itu, pendaftaran dilakukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sesebuah negeri tersebut dan koperasi mestilah menghantar

dokumen-dokumen yang ditetapkan seperti berikut:

i. Salinan Siji l Pendaftaran Koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Undang-undang kecil koperasi.

ii. Salinan CFO Bangunan atauiii. Salinan Resit Cukai Harta Tahun Semasaiv. Satu (1) keping gambar berukuran pasportv. Salinan lakaran visual (artwork) papan iklan

dengan pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka

vi. Gambar premis perniagaan dari sudut hadapan dan belakang

vii. Salinan Sijil Latihan Pengendalian Makanan dan Suntikan Typhoid

viii. Pengesahan Pemasangan Perangkap Minyakix. Surat perjanjian kontraktor sampah yang

berdaftar dengan Majlisx. Bayaran Proses RM 20.00

PemasaranPemasaran merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan, terutama di zaman kecanggihan teknologi maklumat. Ia merupakan alat komunikasi yang bertindak sebagai penyampai dan penggalak di samping mengingatkan pelanggan terhadap sesuatu produk. Manakala elemen pemasaran seperti pengiklanan, promosi jualan, jualan peribadi dan perhubungan awam merupakan kaedah bagi strategi pemasaran berkesan.

Sebelum melakukan sesuatu pemasaran, koperasi perlu membuat perancangan promosi bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk menarik perhatian pelanggan ke atas produk makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan di mana ia mestilah berlainan dan mempunyai keunikan lebih daripada pesaing. Kelainan merangkumi dari segi kualiti, kuantiti, kecekapan, harga yang berpatutan dan juga perkhidmatan yang diberikan mestilah terbaik.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

41

Page 7: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

• Kerjasama antara restoran dan syarikat pengangkutan awam (Iklan Pengangkutan)

Syarikat pengangkutan awam seperti teksi juga memainkan peranan dalam dunia pengiklanan seperti menyebarkan maklumat berbentuk risalah kepada penumpangnya atau menampal iklan di luar badan pengangkutan awam tersebut. Sebagai contoh pemandu teksi yang berjaya membawa pelanggan menikmati pakej makanan di restoran terpilih akan diberikan ganjaran. Ini secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik dan memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak.

• Kerjasama antara restoran dan agensi pelancongan

Kerjasama antara restoran dan agensi pelancongan memberikan impak yang paling besar kepada pengusaha restoran kerana akan memberikan aliran kunjungan kepada pelanggan. Agensi pelancongan merupakan tempat rujukan utama bagi sebarang persoalan daripada pengunjung dalam mahu pun luar negara. Melalui hubungan yang baik, agensi pelancongan boleh mempromosikan keistimewaan restoran tersebut sekali gus mengesyorkan pelancong untuk menikmati hidangan di restoran tersebut.

• Risalah Pengiklanan di surat khabar memainkan

peranan yang besar dalam menyebarkan mak lumat kepada pembaca. Dengan menyelitkan risalah berkenaan, ia dapat

Bagi perniagaan restoran, promosi dilakukan untuk menggalakkan serta memujuk pelanggan mengunjungi restoran. Ia mestilah disebarkan kepada umum tentang lokasi restoran, menu yang disediakan, harga berpatutan, pakej-pakej istimewa dan lain-lain perkhidmatan. Antara aktiviti promosi yang sesuai adalah seperti berikut:

• Pengiklanan melalui Internet Laman web bagi res toran in i per lu

dibangunkan bagi menyampaikan maklumat tentang keistimewaan yang dimiliki oleh restoran dengan cepat dan tepat kepada pelanggan. Laman web tersebut mestilah padat dengan pengisian seperti waktu beroperasi, menu, pesanan tempahan, dan lain-lain. Penggunaan laman web dapat memberikan pandangan yang baik mengenai restoran di mata umum dan menunjukkan restoran tersebut mengikuti perkembangan semasa bagi memudahkan pelanggan. Contohnya laman web LC Catering Sdn. Bhd. adalah http://www.lc-catering.com.my/.

Selain daripada laman web, pengusaha juga boleh memperkenalkan perniagaan restoran dengan penggunaan Facebook tetapi kemudahan ini agak terhad kerana hanya boleh dilihat oleh pengguna yang mempunyai apl ik asi Facebook sahaja . Contohnya Koperasi Warisan Senibong Berhad menggunakan aplikasi Facebook untuk mempromosikan perniagaan restoran. Contoh https : //www.facebook .com/RestoranKoperasiWarisanKgSenibong.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

42

Page 8: DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran: Peluang untuk · PDF filebual menerusi rancangan Majalah 3 baru-baru ... kebersihan penyediaan makanan, peralatan, premis perniagaan dan persekitaran

mengingatkan pelanggan agar mengunjungi restoran berkenaan. Risalah tersebut mestilah mengandungi maklumat seperti pakej-pakej yang disediakan termasuk harga, lokasi, alamat web, nombor telefon dan borang tempahan.

• Mendaftar di Yellow Pages Perkhidmatan yang disediakan oleh Yellow

Pages amat berguna sebagai salah satu medium pengiklanan. Kebanyakan pengguna akan mencari maklumat di dalam Yellow Pages untuk mendapatkan nombor telefon dan alamat yang mereka ingin kunjungi. Secara tidak langsung, pelanggan dapat membuat tempahan terus melalui telefon.

KesimpulanPenglibatan koperasi dalam perniagaan yang berimpak tinggi khususnya restoran akan meningkatkan keyakinan dan pulangan yang baik kepada anggotanya, dalam masa yang sama juga dapat bersama-sama masyarakat dalam membangunkan ekonomi negara.

Penglibatan koperasi dalam perniagaan yang berimpak tinggi ini mestilah diikuti dengan perancangan yang strategik dan teliti oleh semua anggota koperasi. Perancangan yang strategik ini menyeluruh merangkumi perancangan sebelum memulakan perniagaan sehingga perancangan perniagaan akan datang. Ia terdiri daripada pelan perancangan perniagaan seperti mengatasi kelemahan dan ancaman yang dihadapi, pengorbanan hari cuti khususnya bagi ALK kerana tidak bergaji, penggunaan teknologi moden dalam pemasaran produk dan perkhidmatan, serta kecekapan pengurusan perniagaan yang merangkumi perancangan menu, pembelian, penyediaan makanan, menghidangkan makanan dan mengurus kewangan. Walau bagaimanapun, sekiranya perniagaan ini tidak mempunyai perancangan yang strategik dan tiada kerjasama daripada semua anggota, perniagaan yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada koperasi hanyalah khayalan kosong. Bak kata pepatah “angan-angan mat jenin”.

RujukanH. Marsum Widjojo Atmodjo. (2007). Restoran dan segala permasalahannya. (2013). Dicapai daripada https://rinakurniawati.wordpress.com/2013/01/11/definisi-restoran-kualitas-pelayanan-dan-

kepuasan-pelanggan/

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.(2015). Garis panduan dan kod etika industri restoran. Dicapai daripada http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/KPDNKK/PDF/Peraturan_GarisPanduan/Garis_Panduan/GP_Restoran.pdf.

Mohamad Farhan Mohamad Nora’Eni. (2015, Ogos 6). Komunikasi Bengkel Restoran.

Nor Idayu Bosro.(2015, Ogos 17). Penduduk Malaysia 30 juta. Kosmo.

Siti Zubaidah Mat Isa. (2015, Mei 30). Koperasi berimpak tinggi menjelang 2020. Sinar Harian.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). Pembiayaan tabung modal pusingan. Dicapai daripada http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/Pembiayaan-Tabung-Modal-Pusingan.aspx.

Yacob Sahadan.(2015, Sept 14). Komunikasi Peribadi.

Zaini Atan. (2015 ,Ogos 8). Komunikasi Bengkel Restoran.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

43