dikemaskini : 06.03 - · pdf filegimnastik artistik (l) 13 - 21 thn lahir pada tahun 1992 -...

15
1/15 PINDAAN PERATURAN PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA 1. NAMA 1.1 Kejohanan ini dinamakan ‘SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013’. 2. PENGELOLAAN 2.1 SUKAN MALAYSIA ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Sukan yang tertentu termasuk pihak swasta. 2.2 Bagi Maksud pengelolaan, Menteri Belia dan Sukan menubuhkan Majlis Sukan Malaysia sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara- perkara dasar sementara Jawatankuasa Tertinggi bertanggungjawab bagi menyelaras penyertaan kontinjen- kontinjen yang mengambil bahagian, sebuah Jawatankuasa Khas Teknikal yang bertanggungjawab atas segala persediaan dan pengurusan teknikal semua sukan, sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti SUKAN MALAYSIA dan seterusnya Jawankuasa- jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. Majlis Sukan Negara Malaysia adalah Urus Setia SUKAN MALAYSIA di peringkat pusat dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan Majlis Sukan Malaysia dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Pengelola serta Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan. DIKEMASKINI : 06.03.2013

Upload: dangdang

Post on 22-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

1/15

PINDAAN PERATURAN

PERATURAN AMSUKAN MALAYSIA

1. NAMA

1.1 Kejohanan ini dinamakan ‘SUKAN MALAYSIA XVI, KUALALUMPUR 2013’.

2. PENGELOLAAN

2.1 SUKAN MALAYSIA ini dikelolakan oleh Majlis Sukan NegaraMalaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan danPertubuhan Sukan yang tertentu termasuk pihak swasta.

2.2 Bagi Maksud pengelolaan, Menteri Belia dan Sukanmenubuhkan Majlis Sukan Malaysia sebagai sebuah badanyang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara-perkara dasar sementara Jawatankuasa Tertinggibertanggungjawab bagi menyelaras penyertaan kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian, sebuahJawatankuasa Khas Teknikal yang bertanggungjawab atassegala persediaan dan pengurusan teknikal semua sukan,sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuatperancangan dan mengelolakan semua program danaktiviti SUKAN MALAYSIA dan seterusnya Jawankuasa-jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yangbertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. MajlisSukan Negara Malaysia adalah Urus Setia SUKANMALAYSIA di peringkat pusat dan bertanggungjawabmemastikan segala dasar dan keputusan Majlis SukanMalaysia dilaksanakan dengan kerjasama JawatankuasaTertinggi dan Jawatankuasa Pengelola sertaJawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

DIKEMASKINI : 06.03.2013

Page 2: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

2/15

3. JENIS SUKAN

BIL JENIS SUKAN KELAYAKAN UMUR TARIKH KELAHIRAN TARAF CATATAN

1

Akuatik (L/W) Pilihan

- Renang Irama B - 21 thn 1992 dan selepasnya

- Polo Air B - 21 thn 1992 dan selepasnya

2 Bina Badan (L) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

3 Bola Baling (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

4 Bola Jaring (W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

5 Bola Keranjang (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

6

Bola Sepak (L/W) Pilihan

- Bola Sepak Pantai B - 21 thn 1992 dan selepasnya

- Futsal B - 21 thn 1992 dan selepasnya

7

Bola Tampar (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

- Dewan

- Pantai

8

Ekuestrian B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

-Show Jumping

-Dressage

-Endurance

9Gimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000

WajibGimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001

10 Judo (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

11 Kabbadi (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

12 Kriket (L) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

13 Lawan Pedang (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

14 Mendayung (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

15 Muay Thai (L/W) 16 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 1997 Pilihan

16 Ping Pong (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

17 Ragbi (L) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

18 Silambam (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

19 Sofbol (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

20 Woodball (L/W) B - 21 thn 1992 dan selepasnya Pilihan

* Semua keputusan ini hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dikecualikan kepadamana-mana jenis sukan.

Page 3: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

3/15

4. PENYERTAAN

4.1 Hanya Warganegara Malaysia yang layak mewakiliMalaysia mengikut peraturan penyertaan Badan KawalanSukan Antarabangsa sukan berkenaan sahaja yang layakmenyertai SUKAN MALAYSIA kecuali dipersetujui olehMajlis Sukan Malaysia serta Negara Brunei Darussalamsebagai peserta / pasukan jemputan.

4.2 SUKAN MALAYSIA terbuka kepada pasukan Negeri-negeridan kontinjen-kontinjen yang dipersetujui oleh MajlisSukan Malaysia sebagai kontinjen jemputan.

4.3 Syarat umur atlet adalah seperti di Perkara 3.

4.4 Tiap-tiap jenis sukan atau disiplin yang ditetapkanhanya akan dipertandingkan apabila disertai olehsekurang-kurangnya 5 kontinjen.

4.5 Setiap acara dalam satu jenis sukan tidak akandipertandingkan jika disertai oleh kurang dari 5 kontinjen.Bagaimanapun bagi acara sukan yang mempunyaikategori atau kelas mengikut beratan penyertaan minima4 negeri dibenarkan untuk dipertandingkan bagi 2 acaraberatan yang tertinggi.

4.6 Atlet Kebangsaan yang telah layak atau pernah bertandingdi Sukan Olimpik adalah tidak dibenarkan untukmengambil bahagian dalam SUKAN MALAYSIA. Walaubagaimanapun, kecuali bagi sukan Tenpin Boling danmemanah, atlet-atlet yang pernah mewakili Negara keKejohanan Sukan Komanwel, Sukan Asia dan pemenang-pemenang pingat bagi Sukan SEA dibenarkan mengambilbahagian dalam SUKAN MALAYSIA tetapi akan dikenakansyarat-syarat tertentu iaitu seperti berikut:-

i. Bagi acara berpasukan seperti sukan hoki danbolasepak, sesebuah pasukan tidak bolehmendaftarkan lebih daripada tiga (3) orang pemainkebangsaan. Ketiga-tiga pemain tersebutdibenarkan bermain dalam satu masa kecuali sukanSepak Takraw. Bagi Sukan Sepak Takraw, hanyadua (2) pemain kebangsaan dibenarkan bermaindalam suatu masa.

ii. Bagi acara individu, seseorang atlet tidakdibenarkan untuk menyertai lebih daripada dua (2)acara perseorangan dan dua (2) acaraberpasukan/relay seperti bagi sukan olahraga danrenang.

iii. Bagi sukan yang mempunyai acara perseorangan,beregu, beregu campuran dan berpasukan,seseorang pemain hanya dibenarkan mengambildua (2) acara sahaja iaitu seperti sukan badminton,tenis dan ping pong. Seseorang pemain masihdianggap mengambil bahagian dalam satu (1) acara

Page 4: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

4/15

jika menyertai acara berpasukan walaupun bermaindalam perseorangan dan beregu.

iv. Bagi sukan Tenpin Boling, atlet-atlet yang pernahmewakili negara ke kejohanan Sukan Komanwel,Sukan Asia, Sukan Sea, Semua kejohanan TenpinBoling Sedunia (World Championships), SukanSedunia (World Games), Semua Kejohanan TenpinBoling Asia (Asian Championships) dan PialaSedunia Boling tidak layak dan tidak dibenarkanmengambil bahagian dalam SUKAN MALAYSIA.

v. Bagi sukan memanah, atlet-atlet yang pernahmewakili negara di Sukan Komanwel, Sukan ASIAdan Sukan SEA tidak dibenarkan mengambilbahagian.

4.7 Tiap-tiap negeri atau kontinjen dikehendakimengemukakan borang penyertaan mengikut jenis sukankepada pihak pengelola tidak lewat daripada30 April 2013. Borang penyertaan hendaklah disertakandengan WANG CENGKERAM sebanyak RM 300.00 bagitiap-tiap jenis sukan atau tiap-tiap pasukan. Penyertaanyang tidak disertakan dengan wang cengkeram adalahtidak sah dan tidak akan didaftarkan sebagai atlet.

4.8 Jawatankuasa Pengelola memaklumkan kepada semuakontinjen negeri jumlah bilangan pasukan, jenis sukandan disiplin yang akan dipertandingkan secara terperincisetelah menyemak senarai pendaftaran selewat-lewatnya15 Mei 2013.

4.9 Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan namaatlet dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklahdikemukakan oleh negeri atau kontinjen kepada pihakpengelola tidak lewat daripada 01 Jun 2013. Pertukaranatlet TIDAK dibenarkan dan TIDAK boleh dibuat selepastarikh tersebut kecuali dipersetujui oleh JawatankuasaKhas Teknikal atas sebab-sebab penggantian atlet yangcedera atau sakit atau sebab-sebab yang tertentu yangdiputuskan sesuai oleh Jawatankuasa Khas Teknikal.Keputusan Jawatankuasa Khas Teknikal berkenaanpertukaran adalah muktamad.

Page 5: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

5/15

5. BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

5.1 Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenissukan ialah seperti berikut:-

BIL SUKANPENGURUSPASUKAN

JURULATIH ATLET JUMLAH

1

Akuatik

- Renang Berirama (W) 1 2 10 13

- Polo Air (L) 1 1 13 15

- Polo Air (W) 1 1 13 15

2 Bina Badan (L) 1 1 8 10

3 Bola Baling (L) 1 1 14 16

Bola Baling (W) - 1 14 15

4 Bola Jaring (W) 1 1 12 14

5Bola Keranjang (L) 1 1 12 14

Bola Keranjang (W) 1 1 12 14

6

Bola Sepak

- Bola Sepak Pantai (L) 1 1 10 12

- Bola Sepak Pantai (W) 1 1 10 12

- Futsal (L) 1 1 14 16

- Futsal (W) 1 1 14 16

7

Bola Tampar

- Dewan (L) 1 2 12 15

- Dewan (W) - 2 12 14

- Pantai (L) 1 1 4 6

- Pantai (W) - 1 4 5

8

Ekuestrian

- Show Jumping 1 1 4 6

- Dressage - 1 4 5

- Endurance 1 1 6 8

9Gimnastik Artistik (L) 1 1 6 8

Gimnastik Artistik (W) - 1 6 7

10Judo (L) 1 1 9 11

Judo (W) - 1 9 10

11Kabbadi (L) 1 1 10 12

Kabbadi (W) - 1 10 11

12 Kriket (L) 1 1 14 16

13Lawan Pedang (L) 1 1 12 14

Lawan Pedang (W) - 1 12 13

14Mendayung (L) 1 1 20 22

Mendayung (W) - 1 11 12

15Muay Thai (L) 1 1 9 11

Muay Thai (W) - 1 3 4

Page 6: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

6/15

BIL SUKANPENGURUSPASUKAN

JURULATIH ATLET JUMLAH

16Ping Pong (L) 1 1 5 7

Ping Pong (W) 1 1 5 7

17 Ragbi (L) 1 2 12 15

18Silambam (L) 1 1 7 9

Silambam (W) - 1 6 7

19Sofbol (L) 1 1 17 19

Sofbol (W) 1 1 17 19

20Woodball (L) 1 1 8 10

Woodball (W) 1 1 8 10

JUMLAH KESELURUHAN 31 46 418 495

5.2 Bagi jenis sukan yang mempunyai acara lelaki danwanita dan di mana kontinjen tidak menamakanjurulatih atau pengurus pasukan wanita, kontinjenberkenaan bolehlah mendaftarkan seorang Cheperon.Walau bagaimanapun segala perbelanjaan makan danpenginapan Cheperon berkenaan hendaklah ditanggungoleh negeri / kontinjen masing-masing.

5.3 Sekiranya pertandingan untuk satu jenis sukan diadakandi dua (2) atau lebih tempat yang berasingan, pasukandibenarkan untuk membawa seorang jurulatihtambahan dan kedudukannya adalah setaraf dengananggota rasmi kontinjen yang lain.

6. PENDAFTARAN

6.1 Tiap-tiap kontinjen bagi setiap jenis sukan hendaklahmendaftarkan nama-nama pegawai dan atlet masing-masing dengan Jawatankuasa Pengelola melalui MajlisSukan Negeri tidak lewat daripada tarikh yangditetapkan dalam Perkara 4.9 di atas.

6.2 Setiap peserta yang didaftarkan untuk menyertaiSUKAN MALAYSIA ini dikenakan bayaran RM 100.00seorang dan pembayaran hendaklah dibuat semasapendaftaran.

7. KAWALAN PERUBATAN

7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranyadiwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan/Antarabangsa adalah dikehendaki menjalani ujianperubatan. Para peserta hendaklah mengemukakan Sijilatau Surat Pengakuan Doktor kepada JawatankuasaPertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat di tempatmasing-masing sebelum datang ke pertandingan.

Page 7: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

7/15

7.2 Ujian doping akan dijalankan secara rambang ke atasatlet setiap kali SUKAN MALAYSIA dikelolakan.

7.3 Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/mengambil bahagian dalam acara individu dan didapatipositif ujian doping, pasukan / penyertaan individutersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranyapasukan / individu yang dibatalkan turut memenangipingat, kemenangan tersebut akan juga turut terbataldan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarikbalik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkankepada peserta-peserta terbaik berikutnya.

8. KAWALAN KEWANITAAN

8.1 Semua peserta wanita jika diwajibkan oleh PersatuanSukan Kebangsaan maka hendaklah disahkankewanitaan mereka oleh Doktor Perubatan masing-masing di Borang Penyertaan mereka.

9. PERATURAN TEKNIK/CORAK PERTANDINGAN

9.1 Majlis Sukan Negara Malaysia melalui perundingandengan Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan akanmenetapkan corak pertandingan bagi tiap-tiap jenissukan yang akan dipertandingkan dalam SUKANMALAYSIA ini.

9.2 Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selarasdengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsayang berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari segipentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepadaperaturan dalam Bahasa Inggeris.

9.3 Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukanhendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempohSUKAN MALAYSIA seperti yang ditetapkan Perkara10.1 atau pada tempoh yang dipersetujui oleh pihakJawatankuasa Pengelola.

9.4 Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukanakan dibuat mengikut amalan Persatuan SukanKebangsaan atau Badan Kawalan Sukan Antarabangsamasing-masing dan adalah tertakluk kepada kelulusanJawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA.Keputusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKANMALAYSIA dalam ini adalah muktamad.

9.5 Bagi jenis sukan yang mengandungi acara berpasukandan perseorangan , hanya dua (2) orang pemain terbaiksahaja didaftarkan mengambil bahagian dalampertandingan perseorangan. Walau bagaimanapun bagijenis sukan-sukan yang tertentu yang mengambilkirakombinasi mata/skor individu bagi menentu kedudukan

Page 8: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

8/15

pasukan, bilangan pemain boleh didaftarkan mengikutjumlah yang ditetapkan di dalam peraturanpertandingan sukan masing-masing dan adalahtertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Khas TeknikalSUKAN MALAYSIA. Keputusan Jawatankuasa KhasTeknikal SUKAN MALAYSIA dalam ini adalah muktamad.

9.6 Corak pertandingan untuk setiap jenis sukan adalahtertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Khas TeknikalSUKAN MALAYSIA dan keputusannya adalah muktamad.

10. TEMPOH PENGELOLAAN/JADUAL PERLAWANAN

10.1 SUKAN MALAYSIA XVI akan diadakan pada 28 Jun2013 hingga 07 Julai 2013. Tempoh rasmipengelolaan untuk SUKAN MALAYSIA XVI ialah 10 hari.Walau bagaimanapun atas sebab-sebab tertentuJawatankuasa Pengelola boleh memulakan pertandinganbagi jenis-jenis sukan tertentu beberapa hari sebelumhari perasmian SUKAN MALAYSIA.

10.2 Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukantermasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan olehJawatankuasa Pengelola.

11. PENANGGUHAN

11.1 Tarikh, masa, tempat perlawanan dan corakpertandingan setiap sukan yang telah ditetapkan /jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh ataudiubah oleh pasukan-pasukan yang mengambilbahagian.

11.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlakuntuk menangguh atau mengubah jadual sesuatuperlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu ataudiputuskan dengan serta merta.

11.3 Bagi perlawanan yang ditangguhkan menurut Perkara11.2 di atas, Jawatankuasa Teknikal bagi sukanberkenaan hendaklah menetapkan semula perlawananyang ditangguhkan itu dan hendaklah tertakluk kepadakelulusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKANMALAYSIA atau Jawatankuasa Pengelola SUKANMALAYSIA. Keputusan Jawatankuasa Khas TeknikalSUKAN MALAYSIA atau Jawatankuasa Pengelola SUKANMALAYSIA dalam ini adalah muktamad.

12. KEMUDAHAN

12.1 Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untukmenyediakan semua kemudahan yang berkaitan denganpelaksanaan SUKAN MALAYSIA seperti penginapan,

Page 9: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

9/15

makan minum, peralatan pertandingan danpengangkutan.

12.2 Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi,kasut, reket, basikal dan sebagainya adalah menjaditanggungjawab kontinjen masing-masing.

12.3 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakansenarai kemudahan / tempat pertandingan dan senaraiperalatan sukan yang akan digunakan untuk tujuanpertandingan kepada Majlis Sukan Negara untukmendapat pengesahan daripada Persatuan SukanKebangsaan masing-masing.

13. INSURAN DAN GANTIRUGI

13.1 Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Malaysia,Jawatankuasa Tertinggi, Jawatankuasa Pengelola,Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pegawai-pegawaiyang dilantik tidak akan bertanggungjawab ke atassebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkinberlaku kepada mana-mana peserta dan pegawaisemasa SUKAN MALAYSIA ini berlangsung termasukketika dalam perjalanan dari rumah / tempatpertandingan / rumah.

13.2 Setiap Majlis Sukan Negeri dan Kontinjen diwajibkanuntuk mendapat dan menanggung kos sertaperbelanjaan insuran bersesuaian bagi setiap atlet danpegawai kontinjen masing-masing.

14. PENGURUS PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL

14.1 Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukanyang dipertandingkan hendaklah melantik denganrasminya seorang Pengurus Pertandingan daripadaPersatuan Sukan Negeri setelah berbincang dengannegeri yang menjadi tuan rumah. PengurusPertandingan adalah bertanggungjawab untukmenentukan segala persiapan teknikal danpertandingan disedia dan dilaksanakan mengikutPeraturan Tetap dan Peraturan Am serta panduan-panduan yang ditetapkan oleh Persatuan SukanKebangsaan masing-masing dengan kerjasamaJawatankuasa Pengelola.

14.2 Majlis Sukan Negara Malaysia akan melantik KetuaDelegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal danPegawai-pegawai Teknikal setelah berunding denganPersatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan.Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal ialah sepertiberikut :-

Page 10: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

10/15

i) Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara pegawai-pegawai teknikal dan pengadil / hakim bertauliah yangakan bertugas sepanjang kejohanan berlangsung.

ii) Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingansupaya sesuai digunakan untuk Pertandingan SUKANMALAYSIA.

iii) Menyemak dan mengesahkan jadual-jadualpertandingan yang disediakan oleh JawatankuasaPengelola setelah berbincang dengan Persatuan SukanKebangsaan masing-masing.

iv) Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikutperaturan / jadual pertandingan yang telah ditetapkan.

v) Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikalseperti pengadil / hakim yang dilantik di bawah para14.2 (i).

14.3 Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakanlaporan bersama-sama dengan laporan pengadil atauhakim mengenai semua aduan dan rayuan yangdibuat dan diputus semasa SUKAN MALAYSIA dan jugaatlet atau pegawai pasukan yang telah digantungdaripada menyertai satu atau kesemua pertandinganbagi sukan berkenaan semasa SUKAN MALAYSIAdijalankan kepada Persatuan Sukan Kebangsaanmasing-masing untuk tindakan selanjutnya.

15. JURI TEKNIKAL SUKAN DAN JURI RAYUAN TERTINGGI.

15.1 Setiap Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat,setelah berunding dengan Majlis Sukan Negara Malaysiahendaklah menubuhkan sebuah Juri Teknikal Sukan danmenamakan Juri Teknikal tersebut bagi tiap-tiap jenissukan yang dipertandingkan untuk mengambil tindakandan membuat keputusan terhadap semua aduan,bantahan atau rayuan yang dibuat semasa SUKANMALAYSIA berlangsung.

15.2 Juri Teknikal Sukan mesti dipengerusikan oleh KetuaDelegat Sukan berkenaan dan tidak kurang dari 3 orangahli dan tidak lebih 5 orang ahli panel lain. Juri TeknikalSukan berkenaan mesti berunding dan membuatkeputusan mengenai semua aduan, bantahan ataurayuan dibuat dalam tempoh tidak lewat dari 2 jam darimasa surat bertulis berkenaan diterima oleh KetuaDelegat Teknikal.

15.3 Mana-mana pihak yang tidak puas hati dengankeputusan Juri Teknikal Sukan berkenaan bolehmembuat rayuan kepada Juri Rayuan Tertinggi yangditubuh dalam Perkara 15.4 dibawah ini.

Page 11: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

11/15

15.4 Semasa SUKAN MALAYSIA berlangsung, tugas-tugasMajlis Sukan Malaysia akan dilaksanakan oleh sebuahJuri Rayuan Tertinggi yang dilantik oleh YB Menteri Beliadan Sukan. Anggota-anggota Juri Rayuan Tertinggiterdiri daripada tidak kurang daripada 5 orang dan tidaklebih dari 7 orang ahli seperti berikut:-

Pengerusi - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara

Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola- Ketua Pegawai Operasi- Dua (2) orang Pengarah Majlis Sukan

Negeri- Tidak lebih daripada dua (2) orang yang

difikirkan sesuai oleh Pengerusi.

15.5 Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusanmuktamad berkenaan dengan semua aduan, bantahanatau rayuan dan perkara lain berhubung denganpengelolaan SUKAN MALAYSIA dalam tempoh 24 jamdari masa selepas diterima surat bertulis berkenaan.Pengarah Majlis Sukan Negeri atau Ketua Kontinjenatau wakilnya boleh mengemukan soalan-soalan kepadajuri-juri ini. Selain daripada itu, Juri Rayuan Tertinggi inijuga boleh membuat keputusan dalam semua perkara,termasuk hal-hal teknikal yang dianggap sesuai olehjuri ini.

16. RAYUAN/BANTAHAN

16.1 Sebarang aduan, bantahan, rayuan atau soalanmengenai sesuatu perkara samada kepada JuriTeknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi mesti dibuatoleh Pengarah Majlis Sukan Negeri atau Ketua Kontinjensecara bertulis dan ditanda tangan dengan cop MajlisSukan Negeri berkenaan kepada Juri Teknikal Sukanatau Juri Rayuan Tertinggi dengan disertakan wangtunai sebanyak RM 200.00 sebagai wang pendahuluankecuali sukan Menembak.

16.2 Setiap aduan, bantahan atau rayuan kepada juriTeknikal Sukan mesti dibuat dalam tempoh tidak lebihdari 2 jam selepas tamat sesuatu perlawanan.

16.3 Setiap aduan, bantahan, rayuan atau perkara lainkepada Juri Rayuan Tertinggi mesti dibuat dalamtempoh tidak lebih daripada 4 jam selepas keputusanJuri Teknikal Sukan diterima oleh kontinjen berkenaan.

16.4 Sekiranya aduan bantahan atau rayuan itu munasabahdan diterima oleh Juri Teknikal Sukan atau Juri RayuanTertinggi, maka wang pertaruhan itu akan dikembalikandan satu keputusan bersesuaian akan dibuat berhubungdengan aduan, bantahan atau rayuan itu.

Page 12: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

12/15

16.5 Wang pertaruhan itu akan lucut hak dan menjadipendapatan kepada SUKAN MALAYSIA sekiranya aduan,bantahan atau rayuan itu didapati tidak munasabahatau ditolak.

16.6 Juri Teknikal Sukan dan Juri Rayuan Tertinggi berhakuntuk memanggil mana-mana individu yang difikirkansesuai dan dapat membantu untuk memberi maklumatatau keterangan berkaitan.

17. DISIPLIN

17.1 Setiap Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat mestimenubuhkan sebuah Jawatankuasa Disiplin bagimengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai danatlet semasa SUKAN MALAYSIA berlangsung.

17.2 Di samping itu, Majlis Sukan Malaysia akan melantiksebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segalakes disiplin dan salahlaku yang membabitkan parapegawai serta atlet yang tidak dapat diselesaikan diperingkat Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing.Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplinsemua pegawai kontinjen (termasuk pegawaitambahan) yang berdaftar dengan Urus Setia SUKANMALAYSIA. Keahlian Lembaga Disiplin adalah sepertiberikut :-

Pengerusi - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara

Ahli-ahli - 5 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya

- Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

17.3 Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapatmembantu memberikan maklumat atau keteranganyang berkaitan.

18. HADIAH-HADIAH

18.1 Hadiah-hadiah untuk SUKAN MALAYSIA akan disediakanoleh Jawatankuasa Pengelola seperti berikut:-

18.2 Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untukpemenang-pemenang pertama, kedua dan ketiga. Butir-butir lengkap adalah seperti di dalam Para 16.3Peraturan Tetap SUKAN MALAYSIA.

19. KEWANGAN

19.1 Kewangan SUKAN MALAYSIA XVI kecuali perbelanjaanyang ditanggung oleh Majlis Sukan Negara Malaysiaakan ditadbir oleh Jawatankuasa Pengelola. Penyataakaun hendaklah disiapkan tidak lewat daripada 6 bulan

Page 13: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

13/15

selepas tarikh akhir sukan tersebut untuk diperiksa dandiluluskan oleh Majlis Sukan Malaysia.

20. TAMBANG

20.1 Setiap Majlis Sukan Negeri yang terlibatbertanggungjawab menanggung semua kos tambangpegawai / atlet masing-masing. Bagaimanapun, MajlisSukan Negara Malaysia akan memberikan subsiditambang penerbangan peserta / pegawai kontinjennegeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan sebanyak 50%daripada kos sebenar.

21. PERKARA AM

21.1 Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Tetapberkuasa mengambil sesuatu keputusan kepadasebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatatdalam Peraturan Am.

21.2 Segala keputusan yang diambil oleh JawatankuasaPengelola atau Jawatankuasa Tetap adalah muktamad.

21.3 Sebarang keputusan yang dibuat semasa MesyuaratPengurus-pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukanadalah muktamad dan tidak boleh dibantah asalkan iatidak bercanggah dengan Peraturan Tetap danPeraturan Am SUKAN MALAYSIA serta keputusan MajlisSukan Malaysia.

21.4 Segala bantahan mengenai kelayakan atau kesahihanstatus atlet tidak boleh dibuat oleh mana-mana pihaksetelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa Tetapataupun selepas diputuskan di dalam MesyuaratTerakhir Jawatankuasa Khas Teknikal dan keputusantersebut adalah muktamad. Pendaftaran atlet semasatarikh akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan didalam Peraturan Am Perkara 4.9 akan menjadi penentukepada negeri yang akan diwakili seseorang atletsekiranya tidak didaftarkan oleh mana-mana kontinjenlain.

21.5 Mana-mana negeri atau kontinjen yang tidakmendaftarkan seseorang atlet berkenaan adalahdianggap bahawa kontinjen atau negeri tersebut telahdengan muktamadnya melepaskan atlet tersebut dariperwakilan negeri atau kontinjen tersebut. Atlettersebut adalah dianggap bebas untuk mewakili negeriatau kontinjen lain tertakluk kepada Peraturan Tetap,Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan SUKANMALAYSIA.

21.6 Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan berkenaan tidakboleh membangkitkan atau memutuskan mengenaikelayakan atau kesahihan status atlet.

Page 14: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

14/15

21.7 Wang Cengkeram tidak akan dikembalikan sekiranyapasukan yang telah didaftarkan terlebih dahulu menarikdiri dari mengambil bahagian.

21.8 Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlakmemeriksa kelayakan atlet-atlet yang didaftarkan padabila-bila masa. Sekiranya terdapat atlet yang tidaklayak menyertai sukan berkenaan, seperti yang tercatatdi dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Pertandingansukan berkenaan tindakan berikut akan diambil:-

i. Pembatalan dari sukan itu. Jika atlet itu mewakilipasukan, pasukan itu akan dibatalkan dan jika atletitu mengambil bahagian di dalam acara individu,penyertaan beliau akan dibatalkan. Jika pasukan /individu yang dibatalkan memenangi pingat,kemenangan tersebut akan dibatalkan.

ii. Pembatalan menurut Perkara 21.8 (i) di atas akanmenyebabkan segala perbelanjaan pasukan /individu ditarik balik dengan serta merta dan jikaperbelanjaan telah dikenakan kepada pasukan /individu itu, Majlis Sukan berkenaan dikehendakimembuat pembayaran balik jumlah tersebut kepadaJawatankuasa Pengelola.

21.9 Atlet-atlet yang berkhidmat dengan PDRM tidak bolehmewakili mana-mana kontinjen / negeri kecualimendapat kebenaran bertulis daripada Majlis SukanPDRM. Manakala bagi atlet-atlet yang berkhidmatdengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalahtertakluk kepada pekeliling Majlis Sukan AngkatanTentera dimana anggota tetap hendaklah mewakilinegeri tempat bertugas dan anggota kerahan mewakilinegeri asal mereka.

21.10 Bagi kontinjen negeri yang ingin mendaftarkan pelajar-pelajar Sekolah Sukan, kontinjen-kontinjen negeriberkenaan perlulah memohon dari pihak pentadbiranSekolah Sukan berkenaan tidak lewat dari empat (4)bulan sebelum SUKAN MALAYSIA berlangsung. SebuahJawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua kedua-dua buah Sekolah Sukan serta wakil daripada MajlisSukan Negara akan membuat ketetapan mengenaipenyertaan atlet-atlet ini berdasarkan kepada beberapaaspek seperti negeri asal, bantuan yang diberikan olehnegeri berkenaan dan lain-lain aspek yang berkaitandengan kemajuan atlet berkenaan.

21.11 Atlet-atlet yang hendak mewakili negeri lain dikenakansyarat bermastautin sekurang-kurangnya dua (2) tahunsebelum layak mewakili negeri berkenaan. Dua (2)tahun di sini bermakna ialah satu tempoh di antara satuSUKAN MALAYSIA ke SUKAN MALAYSIA selepasnya danbukannya berdasarkan kepada dua (2) tahun genap

Page 15: DIKEMASKINI : 06.03 - · PDF fileGimnastik Artistik (L) 13 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2000 Wajib Gimnastik Artistik (W) 12 - 21 thn Lahir pada tahun 1992 - 2001 10 Judo (L/W)

15/15

mengikut kalendar. Atlet-atlet yang ingin mewakilinegeri lain disebabkan perpindahan ibu bapa,perpindahan tempat kerja atas arahan majikan ataupunmendapat tawaran kerja (perlu mengemukakandokumen sokongan) dikenakan syarat bermastautinsekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum layakmewakili negeri berkenaan. Taraf bermastautin adalahberdasarkan kepada perwakilan atlet-atlet menyertaipertandingan-pertandingan yang dianjurkan olehPersatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Negerimasing-masing ataupun Majlis Sukan Sekolah-sekolahMalaysia.

21.12 Tertakluk kepada perkara 21.5 di atas, sekiranya adamana-mana negeri ingin menggunakan khidmat atletdari negeri lain yang telah didaftarkan oleh sesuatunegeri atau kontinjen, Pengarah Majlis Sukan Negeritersebut perlu memohon pelepasan daripada PengarahMajlis Sukan Negeri asal atlet terbabit yang telahmendaftarkannya. Sekiranya permohonan diluluskanoleh Pengarah Majlis Sukan Negeri, atlet tersebutbolehlah mewakili negeri berkenaan. Syarat-syarat danperaturan yang lain berhubung dengan kelayakan atlettidak terpakai dalam konteks ini.

21.13 Semua Persatuan Sukan Kebangsaan yang sukannyadipertandingkan di SUKAN MALAYSIA dikehendakimenandatangani surat akujanji untuk bekerjasamamengelola serta memastikan mereka bertanggungjawabuntuk menubuhkan atau memajukan persatuan diperingkat negeri yang menjadi tuan rumah. Bagi 19jenis sukan wajib, surat akujanji ini mengkehendakiPersatuan Sukan Kebangsaan terus mempopularkankegiatan sukan masing-masing di negeri-negeri seluruhMalaysia pada masa yang akan datang. Sekiranyasetelah tiga kali temasya (6 tahun) tidak ada kemajuanyang ditunjukkan oleh sukan berkenaan, maka acaratersebut akan digugurkan dari SUKAN MALAYSIA.

PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XVI 2013 – 07/03/13-haled