dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan, sabah, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai...

16

Upload: others

Post on 15-Aug-2020

14 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Pembelian dalam talian sudah menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini. Cara pembelian ini dipesatkan lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini . Apa yang menyedihkan terdapat beberapa penipuan dalam pembelian online ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata daripada keseluruhan kes terbabit pihaknya merekodkan kerugian sebanyak RM147,329.74 yang dihasilkan daripada penjualan secara dalam talian i tu. Katanya, kebanyakkan mangsa mendakwa mereka melihat iklan yang dimuat naik oleh pihak penjenayah melalui media sosial Facebook serta Instagram. Mangsa akan diarahkan untuk membuat transaksi pembayaran ke dalam nombor akaun yang diberikan, bagaimanapun barangan mangsa yang ditempah tidak sampai sehinggalah mereka menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis.

Di dalam Islam, sebarang bentuk penipuan adalah ditegah dan dilarang. Mempromosi dan menarik pelanggan untuk tujuan melariskan barang jualan adalah dibolehkan tetapi jangan sampai melakukan penipuan. Pelbagai cara penipuan dalam perniagaan tanpa kita sedar seperti menjual barang tiruan dengan harga yang mahal sebagaimana barangan atau produk asli, iklan-iklan yang menunjukkan keberkesanan produk walaupun tidak sepenuhnya benar, atau menyak inkan pe lang gan bahawa barangan mereka adalah yang paling murah dari orang lain sedangkan hakikatnya adalah t idak benar.

Hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di sebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia telah membuat portal bagi memudahkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum pembelian online di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule. Paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi nombor akaun atau nombor telefon terbabit ataupun tidak. Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi nombor akaun atau nombor telefon tersebut yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan. Sentiasalah berhati-hati. “KitaJagaKita”

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithEncik Mohamad Fikri bin Putung

Cik Nursyuhada AsparCik Fatin Adilah binti Haji Saufee

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Majlis Ibadah Korban yang diadakan pada 1hb Ogos 2020 bertempat di Kampung Pinapak Daerah Pitas. Sebanyak 4 ekor lembu korban disumbangkan oleh individu perseorangan, pertubuhan

MyAMAL Sabah dan pertubuhan IKRAM Sabah, Program tersebut dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JHEAINS serta penyampaian barangan makanan kepada 82 keluarga Asnaf sumbangan MyAMAL Sabah, Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin

Sangul, Pengarah JHEAINS turut hadir di Majlis berkenaan Puan Dg. Kamariah Hj. Ag. Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS, Ustaz Haji Rapi b. Manji, Timbalan

Yang Dipertua pertubuhan IKRAM Sabah, Encik Salleh Mohammed Pengerusi MyAMAL Sabah dan Encik Kamal B. Sindong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Pitas.

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih.

Kali ini, kita akan berbicara mengenai maknaTawakal, dan sebuah karya khusus yang telahdikarangkan seorang ulama Islam berkenaan makna dan ciri-ciri Tawakal ini.

Tawakkul dan Tawakul . Duaperkataan yang amat berbeza maknanya.

Tawakkul, atau yang biasa kita kenali sebagai Tawakal, bermaksud, memutuskan sebarang harapan kepada makhluk, dan berserah sepenuhnya kepada Ilahi, disertakan dengan usaha. Inilah yang diperintahkan di dalam Islam.

Sementara Tawakul, bermaksud berpura-pura tawakal, dan tidak menggandingkan usaha dengan tawakal.Ia dilarang di dalam Islam.

Kedua-dua makna inilah, yang dibahaskan al-Qadi Abu Ya'la, alim dan faqih kurun 5H dalam kitab ini,bahkan lebih mendalam lagi, mengajak kita meneroka dimensi Tawakal dan jenis-jenisnya - memetikkata-kata ulama-ulama besar sebelumnya seperti Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pengasasmazhab Hanbali.

Dari kerana Tawakal merupakan salah satu daripada maqam kesufian, beliau turut membahaskannyadengan nuansa sufi di dalam kitab ini. Hal ini mengkagumkan saya sewaktu menterjemahkan buku ini:beliau mengkhususkan 1 bab daripada kitab ini, membahaskan Adab al-Murid, yang dipetiknya dandiadaptasinya daripada kitab Qut al-Qulub Abu Talib al-Makki. Bererti, beliau sangat-sangat pekadengan tradisi kesufian, dan menilai beberapa bahagiannya - khususnya dalam bahagian penghayatanamat baik, dan diserapkanlah di dalam karyanya ini.

Penting untuk dihayati makna tawakal ini, kerana ia adalah petanda keimanan kepada Ilahi

mafhumnya, "Kepada Allah sajalah kalian bertawakal, sekiranya kalian beriman." (al-Maidah, 23).

Difahami daripada ayat ini, secara mafhum mukhalafah, 'sekiranya kalian tidak beriman, maka tak perlulahbertawakal kepada Allah'. Makna ini juga dibahaskan beliau di awal kitab ini, kita sertakan penjelasandi bahagian nota kaki agar mudah dirujuk dan direnungkan bersama.

Turats berusia hampir 1000 tahun ini, alhamdulillah telah selesai diterjemahkan dan diterbitkan tahunlepas. Semoga dengannya, makin giatlah kita memahami dan menghayati turats ulama-ulama kita, genius umat Islam.

KITAB TAWAKAL DAN MAKNA TAWAKAL HAKIKIOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Program Dialog Cegah Jenayah Syariah yang diadakan pada 22hb Julai 2020 bertempat di Masjid Al-Muqarabah, Kalabakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang

dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kalabakan. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua-ketua kampung dan masyarakat awam. Majlis dirasmikan oleh Encik Rashid b. Pg. Abd. Harun, Pegawai Daerah

Kalabakan. Hadir bersama Ustaz Abd. Razak Hamdin Ketua Penolong Pengarah BahagianPenguatkuasaan Undang-undang Syariah JHEAINS.

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

ANDA PENYEBAR FAKTA ATAU AUTA?Oleh:

Anakmalayindo

Pada zaman sekarang media sosial memiliki peranan penting dalam kehidupan manusia. Namun, banyakmedia sosial sekarang berisi sampah berupa berita-berita hoax yang tidak jelas sumbernya sehinggamenimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Oleh kerana itu, kita harus bijak agar tidak menjadimangsa atau penyebar hoax tanpa disedari. Islammengajarkan kepada kita agar berhati-hati dalam menerima berita kerana tidak semua berita yang kitaterima sesuai dengan fakta, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang di mana kejujuran sangat mahal harganya. Ibnu Baadis mengatakan, “Tidak semua yang kita dengar dan kita lihat harus diyakini, namun hendaknya kitamemeriksa dan memikirkannya secara matang. Jika memang terbukti dengan bukti nyata maka kitamempercayainya, namun jika tidak maka kita meninggalkannya.”

Dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan sebuah prinsip dasar dalam menanggapi sebuahisu yang beredar dalam fi rman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalahdengan teliti." (QS Al-Hujurat [49]: 6).

Asy-Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab berkata, "Ketahuilah dan renungkanlah ayat ini baik-baik."

Di dalam ayat ini terdapat pengajaran berharga bagi setiap mukmin yang mengambil berat terhadap agamadalam berinteraksi dengan saudaranya seiman. Hendaklah meneliti setiap khabar yang diterima. Tujuannyaagar hal tersebut tidak menjadi punca permusuhan dan perpecahan. Lebih-lebih lagi jika hal itu menyangkutkehormatan negara, pemerintah, atau ulama maka sikap berhati-hati perlu ditingkatkan.

Alangkah bagusnya apa yang dikatakan oleh al-Hafi zh Ibnu Hajar, "Diharuskan bagi seorang yang inginmenilai suatu ucapan, perbuatan, atau golongan untuk berhati-hati dalam menukil dan tidak memastikan kecuali benar-benar terbukti. Tidak boleh mencukupkan diri hanya pada isu yang beredar, apalagi jika hal itu menjurus kepada celaan kepada seorang ulama." (Dzail Tibril Masbuk hlm. 4 karya As Sakhowi). Kadang kita terlalu gopoh apabila berkongsi atau menyebarkan suatu berita di laman sosial tanpa memastikanterlebih dahulu apakah berita itu benar atau palsu. Disebabkan sikap seperti ini bukan saja menimbulkanperbalahan tapi juga kerisauan atau kegembiraan yang berganti kekecewaan orang lain.

KASIH SAYANG SESEAMA MAKHLUK ALLAH SWTOleh:

Mohammad Fikri bin Putung

Daripada Abdullah bin Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim adalahsaudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapayang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat." (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 2442).

JENIS-JENIS PERSAUDARAAN1. Ukhuwwah Makhluqiyyah; Persaudaraan sesama makhluk ciptaan Allah SWTTelah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Hisyam, telah menceritakan kepadaku ayahku, dari Qatadah, dari‘Abdullaah bin Sarjis RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Janganlah salah seorang dari kamu kencingdi lubang, jika kamu tidur maka matikanlah lampu kerana sesungguhnya tikus akan menyentuh sumbu kemudianmembakar penghuni rumah, ikatlah tempat-tempat minum kalian, tutuplah minuman kalian dan tutuplah pintu-pinturumah kalian di saat malam hari."

Mereka bertanya kepada Qatadah, "Apakah yang dibenci dari kencing di lubang?" Qataadah menjawab, "Dikatakan bahawasanya lubang adalah tempat tinggal jin." (Musnad Ahmad no. 20775).

Daripada hadis ini kita dapat melihat betapa ajaran Baginda SAW sangat memuliakan kesemua ciptaan Allah SWTtidak ada yang terkecuali daripadanya.

2. Ukhuwwah Insaniyah/ Basyariah; Persaudaraan sesama manusiaHayati Piagam Madinah yang Nabi SAW wujudkan; kandungannya 48 fasal, 27 fasal menceritakan muamalah bersama orang bukan Islam.

Hal ini menunjukkan betapa ajaran Islam sangat mementingkan hubungan kasih sayang sesama insan tanpamembezakan agama dan keturunan. Maka, kelebihan seseorang hamba itu hanya dinilai dari takwanya. Allah SWT berfi rman dalam Surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuandan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orangyang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya AllahMaha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

3. Ukhuwwah Islamiyyah; Persaudaraan sesama IslamKetahuilah bahawa sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara duasaudara kamu (yang bertelingkah) itu serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surahal-Hujurat ayat 10).

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Penulis bersama Ustaz Norjeli (Pengarah JAKIM) Ustaz Zamri (Pengarah IPDAS), Alamin dan rakan lain Pulau Jambongan

MARTABAT WANITAOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan II

Di zaman jahilliyah dahulu wanita itu dijadikan hamba kepada kaum lelaki kerana dianggap martabatmereka itu lebih rendah daripada kaum lelaki. Setelah islam muncul, Allah SWT telah memerintahkankita supaya memberi layanan yang baik wanita kerana mempunyai martabat serta keistimewaan yangdiberikan oleh Allah SWT.

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksadan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian daripada apa yang kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata.….." (Surah An-Nisa, ayat 19).

Sesungguhnya lelaki dan wanita itu telah diciptakan berpasangan. Hal ini merujuk kepada sifat lelakiyang mempunyai fi zikal yang kuat, kasar dan tegas, manakala wanita pula diciptakan dengan mempunyaifi zikal yang lemah tetapi memiliki hati yang tabah. Dari perbezaan ini akan lahirnya suatu keserasianyang hebat dalam kehidupan yang berpasangan. Allah SWT telah berfi rman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati danhidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang danbelas kasihan…….." (Surah ar-Rum: 21).

Selain daripada mempunyai ketabahan yang tinggi, wanita juga mempunyai rasa kasih sayang yangtinggi. Secara lumrahnya di dalam rumahtangga kaum wanitalah yang menguruskan perihal anak-anakseperti menidurkan anak, memandikan anak serta memastikan makan dan minum anak itu terjaga. Bukanitu sahaja, wanita juga sering ditugaskan untuk menjaga hal-hal rumah seperti mengemas, memasak dan juga mencuci pakaian tatkala seseorang wanita itu mempunyai pelajaran yang tinggi. Oleh sebab itu,Allah SWT telah mengangkat martabat wanita kerana pengorbanan yang mereka curahkan ke dalamrumahtangga. Dalam sebuah hadis, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata,

"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?"

Baginda menjawab, "Ibumu!"

Lelaki itu terus bertanya, "Kemudian siapa?" Nabi SAW menjawab, "Ibumu!" Lelaki itu bertanya lagi,"Kemudian siapa?" Nabi SAW menjawab, "Ibumu!" sekali lagi lelaki itu bertanya, "Kemudian siapa?” Nabi SAW menjawab, "Bapamu!"

Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam Islam. Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelakiyang berada dekat dengan hati untuk dilindungi, disayangi dan juga didampingi bukannya dari uratrambut untuk dipuji ataupun dari tapak kaki untuk dihina.

"DI PULAU JAMBONGAN PERSAUDARAAN ITU"Oleh:

Adi Pitang

Mentari memancar terang ketika kami beradadi perut bot yang tidak beratap itu. Duduk bersila, mengharungi perjalanan hampir 1 jam. Bot ituhanya boleh memuatkan 7 orang penumpangtermasuk jurumudi bot. Pukul 7.30 pagi sepatutnya kami telah berangkat dari jeti Kinabongan, Pitas menuju ke Pulau Jambongan, Beluran. Hanya 2bot sahaja yang telah menunggu awal, 3 bot lagi tidak muncul-mucul. “Miss-communication...” Jelas ustaz Alamin Majuk, ketua penyelaras yang menguruskan program “Dakwah Bil Hal MUIS, JHEAINS, JAKIM, IPDAS, Perbadanan Nasional Berhad dan ABIM Beluran”. Bot yang kami naiki adalahbot penduduk kampung pulau Jambongan yang kebetulan menghantar satu keluarga yang anaknya ditawarkan memasuki Sekolah Teknik di Kota Kinabalu.

Kami singgah minum di rumah matan guru (cikgu Hishamudin) di kampung Hujung yang menghadap laut sebelum ke tempat aktiviti pertama kami di Kampung Limau-Limau. Suasana damai dan indah masihseperti dahulu. Bagaikan sebuah lukisan dengan barisan pokok kelapa, pepohon rimbun dan hamparanlaut yang berkilauan di simbah mentari, melakar indah sebuah pemandangan. Mengapa sentimentalsangat ne? Tanya seorang sahabat program. Alah! Orang laut tak boleh jumpa laut, mesti emosional.Atau pasal "bubar", usiknya lagi, hahaha.

Kami menaiki bot yang sama menuju ke Kampung Limau-Limau. Jam menunjukan pukul 10.47 pagi ketika kami melabuhkan kaki di kawasan berpasir di kampung tersebut. Kelihatan beberapa orang penduduk kampung sedang mengikat ketam kasturi yang masih hidup dari longgokan ketam di dalam perahumereka. Cuma RM5.00 sekilo. Hmmm.. cukup murah. Sebelah petangnya kami teruskan programdi Kampung Malalin. Kami dijamu makan tengahari di rumah imam Rashid, imam kariah kampung itudengan hidangan "kalasiyu" (sejenis kerang laut), ketam kasturi dan ikan merah segar. Malamnya pesta jamuan ini berterusan di kampung Hujung dengan tambahan menu istimewa "sup balad". Sambutan warga kampung cukup meriah apatah lagi peluang temuduga bagi anak-anak mudanya untuk mengikutikursus di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), temuduga khas kursus PraPerkahwinanIslam dan temuduga guru KAFA, di samping sumbangan barangan dapur, pembaikan surau dan tazkirah.

Apa yang penting dalam program ini ialah rasa persaudaraan yang mendalam walau mereka tinggal jauh di pulau. Bukan setakat hubungan antara kami dengan penduduk, malah antara kami yang terlibat dalam program ini. Benarlah asas yang dibina oleh Baginda Rasulullah SAW melalui persaudaraan Islam itutanpa kenal sempadan bangsa dan negara. Apatah lagi dunia digital kini, memungkinkan persaudaraandan persahabatan ini dijalin melalui dunia maya. “Ustaz punya facebook apa?” Tanya seorang anak muda. Pantas ku jawab; "Adi Pitang", hahaha.

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

"Sehingga apabila Nabi Sulaiman dan tenteranya sampai ke suatu lembah, berkatalah permaisuri semut kepada rakyatnya. "Wahai sekalian semut-semut. Masuklah kamu kedalam sarangmu, agar kamu tidak dipijak mereka, sedang mereka tidak mengetahui." (an-Naml, 27:18).

Melalui seruan permaisuri semut yang ringkas, kita dapat belajar beberapa karakter kepimpinan permaisuri semut tersebut. Seorang khalifah yang hebat, tidak akan teragak-agak belajar dari semut yang kecil. Jika kisah semut yang kecil ini terpilih menjadi pengajaran dari Allah SWT sehingga dimaktubkan di dalam al-Quran, pastinya ia adalah kisah istimewa yang Allah SWT pilih agar kita menghayatinya. Kajian saintifik membuktikan apabila dalam situasi cemas, yang memberi arahan adalah semut betina dengan cara mengeluarkan bunyi bising.

"Wahai semut-semut" adalah teknik panggilan untuk meraih perhatian para pengikut. Panggilan ini bukan panggilan mengarah dan bengis semata-mata tetapi adalah panggilan yang datang dari sikap prihatin dan sayang seorang ibu. Disusuli pula dengan "Masuklah ke dalam sarangmu" sebagai arahan yang tegas. Seseorang pemimpin dihormati bukan hanya kerana ketegasannya, tetapi juga sifat prihatin dan kasih-sayangnya.

"Agar kamu tidak dipijak mereka" adalah teknik untuk merasionalkan arahan. Pemimpin yang baik akan memastikan arahannya itu difahahami dan dihayati manfaatnya oleh para pengikut. Arahan yang keluar dengan menakut-nakutkan tanpa pemahaman sewajarnya hanya akan melahirkan pengikut yang menurut membuta tuli tanpa menghayati visi bersama.

"Sedang mereka tidak mengetahui" adalah teknik menimbulkan sangka baik. Dalam suasana yang genting dan tegang, permaisuri semut meyakinkan pengikutnya bahawa Nabi Sulaiman AS bukanlah mereka yang sengaja melakukan kezaliman dan memberi isyarat bahawa Nabi Sulaiman AS adalah figura pemerintah yang adil dan suka melakukan kebaikan pada semua pihak yang berada di bawah pemerintahannya baik manusia, jin, mahupun sekecil-kecil haiwan seperti semut. Pemimpin yang bijaksana, berfikiran positif dan berhikmah, akan lebih kuat memimpin organisasi menuju destinasi yang diharapkan.

Halusnya makhluk seperti semut ini mengajar kita agar jangan memandang kecil potensi sesiapa pun. Kerana Allah memberi keupayaan kepada sesiapa pun yang Dia pilih. Teknik ini kita boleh latih dalam berinteraksi dengan sesiapa dalam lingkungan pergaulan kita kerana setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin pada keluarga, komuniti sekeliling dan organisasi yang diamanahkan kepada kita.

Wallahu a’lam.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NAML: 18“BELAJAR KEPIMPINAN MELALUI KARAKTER SEMUT”

Oleh:Fatin Adilah binti Haji Saufee

MEMBENTUK INTEGRITI: SPIRITUAL NIATOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

Niat sangat penting nilainya dalam Islam. Ditegaskan di dalam hadith mutawatir: Innamal a’mal bin niyyat - Sesungguhnya amal perbuatan itu ditentukan oleh niat - (HR. al-Bukhari). Tidak ada nilai ibadah tanpa niat, sekalipun yang dilakukan adalah ibadah khusus. Sebaliknya amal perbuatan duniawi yang baik dan dilakukan dengan niat ibadah akan bernilai ibadah juga di mata Tuhan.

Begitu pentingnya niat pada setiap ibadah, maka kalangan ulama kalam (teologi) menganggap niat sebagai faktor yang membezakan antara perbuatan manusia (human creations) dan perbuatan haiwan (animal creations). Sedangkan kalangan sufi, Syaikhul Akhbar Ibnu Arabi dalam kitabnya Fushush al-Hikam mengatakan, sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan niat suci dan ikhlas maka sesungguhnya itu adalah perbuatan keilahian (al-af’al al-Haqqani/Divine Creations). Ulama Syariat (Fiqh) pula menganggap sia-sia amal perbuatan jika tidak disertakan dengan niat.

Pada hakikatnya, niat adalah konsep matang dan penuh kesedaran dari dalam diri kita tentang suatu perbuatan yang akan kita lakukan. Dalam ilmu management (pengurusan), niat dapat dihubungkan dengan programming atau perencanaan yang teratur. Pekerjaan tanpa perencanaan pasti tidak akan mendapat hasil yang terbaik. Niat merupakan the first creation dan implementasinya adalah the second creation (tindakan).

Niat yang baik, tulus dan ikhlas akan melahirkan energi positif yang hebat. Seseorang yang bekerja dengan ikhlas tidak akan pernah merasa terbeban dan tertekan dengan tugasnya. Niat yang baik juga akan melahirkan mental hard worker dan good performance, yang merupakan pra syarat masyarakat profesional. Sebagai seorang Muslim, ini merupakan salah satu perintah agama dan juga tuntutan hidup sebagai pemimpin (khalifah) di muka bumi.

Niat dan wudhu mempunyai nilai kesetaraan. Sebelum melakukan apa jua pekerjaan, ambillah wudhu terlebih dahulu. Wudhu yang dilakukan beserta niat yang baik adalah pembuka kunci rahsia kepada ibadah lanjutan seperti solat yang khusyuk, tadarus yang indah serta ibadah lain yang lebih baik. Air wudhu dalam bentuk spiritual mampu menghapuskan dosa-dosa kecil. Imam asy-Syafi’i sering menasihatkan agar tidak mengeringkan air wudhu dengan handuk (kain atau tuala) kerana sepanjang aliran air wudhu itu mengalir, maka sepanjang itu juga dosa-dosa dalam diri kita akan keluar. Gugurnya dosa akan memancarkan cahaya hati yang bersih. Maka lahirlah peribadi yang memiliki kejernihan sanubari dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Wallahu a’lam.

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 2)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Hampir keseluruhan ulama' Salaf zaman silam menyatakan bahawa Allah SWT tidak terikat dengan tempat, ruang, batas, dan bebas anggota tubuh badan.

Istilah Salaf merujuk kepada masa dan zaman. Masanya adalah dalam linkungan 300 hijrah yang awal. Ia adalah zaman pada kurun ke-3 terawal hijrah sebelum memasuk masa Khalafpada kurun ke-4.

Antara ulama Salaf yang terkenal dan berwibawa adalah Imam Abu Jaafar At-Thohawi yang merupakan pakar dalam ilmu akidah pada zaman Salaf.

Imam Abu Jaafar At-Thohawi mengatakan bahawa Allah SWT tidak boleh dikaitkan dengan batas ruang waktu iaitu bertempat dan bukan bersifat dengan anggota tubuh badan. Imam Abu Jaafar At-Thihawiberkata:

Maksudnya: "Maha Suci Allah SWT daripada mempunyai saiz/ukuran dan batas-batas akhir (penghujung) dan sisi-sisi dan anggota-anggota badan yang besar dan anggota-anggota badan yang kecil. Dan AllahSWT tidak diliputi oleh arah yang enam sebagaimana makhluk ciptaan-Nya."(Rujukan: kitab Aqidah at-Tohawiyah karangan Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, Dar al-Fikr).

Allah SWT tidak diliputi oleh arah yang enam iaitu atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Arah atau ruang inilah yang digelar sebagai tempat atau al-Makan.

Jelas bahawa ulama Salaf berpegang teguh dengan akidah Tanzih iaitu mensucikan Allah SWT daripada bersifat dengan tempat. Maka ulama Khalaf selepasnya meneruskan akidah yang suci ini bahawaAllah SWT sememangnya wujud tanpa bertempat.

Ulama-ulama sepanjang zaman yang berakidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dalam tempoh 14 kurun darizaman dahulu lagi sudah berpegang dengan prinsip akidah yang teguh bahawa Allah SWT wujud tanpa tempat.

Kaum muslimin sama ada salaf dan khalaf juga mengikuti jalur ulama muktabar ini yang berpegangdengan aqidah yang satu iaitu bahawa Allah SWT tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak berlaluke atas-Nya oleh masa. Hal ini kerana tempat (ruang) dan masa itu diciptakan oleh Allah SWT yangMaha Kaya (tidak memerlukan sebarang makhluk).

Kebersihan PakaianKebersihan pakaian dipandang penting dalam agama, mengingat pakaian melekat pada badan yangberfungsi menutup aurat, melindungi badan dari kotoran dan penyakit serta memperindah badan. Maka ajaran Islam menyatukan antara kebersihan badan dan kebersihan pakaian. Perintah membersihkanpakaian mengandung erti agar setiap muslim memelihara kebersihan pakaiannya, lebih-lebih pada waktu mengerjakan ibadah. Agama Islam juga mengajarkan agar memelihara keindahan, termasuk pakaian,sebagaimana di fi rmankan Allah SWT:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah dan berikanlah peringatan, agungkan Tuhanmu dan bersihkan pakaianmu dan tinggalkan perbuatan dosa" (Al-Mudatsir: 1 - 5).

"Bahawasanya Allah itu indah, menyukai keindahan" (Riwayat At-Tarmizi).

Kebersihan MakananAjaran Islam tentang kebersihan makanan menyatukan aspek kebersihan dari segi kesihatan dankebersihan dalam erti makanan yang halal.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik, (halal dan bersih) yang Kami anugerahkan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah" (Al-Baqarah: 172).

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"(Al-Baqarah: 168).

Makanan yang halal adalah makanan yang dibolehkan oleh agama (tidak diharamkan), sedangkanmakanan yang memenuhi syarat-syarat kesihatan, termasuk makanan yang bersih, bergizi danberprotein.

CAKUPAN KEBERSIHANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 7

Tasawwur

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

TEPUKAN TANGANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Suatu ketika, terjadi perselisihan di antara beberapa warga Bani Amr ibn Auf di Quba. Rasulullah SAW pun pergi ke permukiman mereka. Inilah kali pertama baginda mengunjungi warga Kota Madinah untuk mendamaikan mereka dengan didampingi beberapa sahabat. Kemudian, ketika waktu solat telah masuk, baginda belum juga kembali untuk melaksanakan solat di Masjid Nabawi seperti biasanya. Meskipun demikian, Bilal ibn Rabbah tetap melantunkan azan. Setelah ditunggu beberapa saat baginda tetap tak kunjung kembali, Bilal pun mendekati Abu Bakar Al-Siddiq dan berkata kepadanya, “Wahai Abu Bakar, Rasulullah SAW mungkin saja tertahan di perjalanan. Apakah tidak sebaiknya engkau menjadi imam solat kerana waktu sudah berlalu beberapa saat.

"Baiklah, jika memang kalian menghendaki demikian," jawab Abu Bakar Al-Siddiq agak ragu.

Bilal mengumandangkan iqamah dan Abu Bakar pun maju untuk menjadi imam solat. Beberapa saat setelah solat dilaksanakan, Rasulullah SAW tiba di masjid. Baginda pun segera menuju saf paling depan. Orang-orang yang melihat kedatangan baginda pun bertepuk tangan sampai berkali-kali, memberitahu Abu Bakar Al-Siddiq tentang kedatangan baginda. Namun, Abu Bakar tetap bergeming dan tidak berpaling kerana tidak tahu kalau baginda telah berada di belakangnya.

Setelah semakin banyak orang yang bertepuk tangan, Abu Bakar Al-Siddiq baru berpaling ke belakang dan melihat Rasulullah SAW yang berada di belakangnya. Baginda pun memberi isyarat kepada Abu Bakar, dengan tangan Baginda, agar dia tetap melaksanakan solat di tempatnya. Tetapi, Abu Bakar mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan alhamdulillah dan mundur ke belakang sampai berada pada saf pertama. Baginda lalu maju ke depan dan menggantikan kedudukan Abu Bakar sebagai imam solat.

Kemudian, selepas solat, Rasulullah SAW menghadap ke arah orang-orang hadir dan berkata, "Wahai sahabat-sahabatku, jika kalian sedang solat dan tiba-tiba terjadi sesuatu, hendaknya kalian tidak bertepuk tangan. Ini kerana tepuk tangan hanya diperkenakan bagi kaum perempuan. Kerana itu, jika kalian sedang solat dan tiba-tiba terjadi itu, barangsiapa sedang solat dan mendengar ucapan tersebut, hendaknya dia mengarahkan perhatiannya kepada orang yang menyerukan ucapan tersebut."

Sejenak Rasulullah SAW berhenti berkata. Dan beberapa saat kemudian, baginda berpaling ke arah Abu Bakar Al-Siddiq da berkata kepadanya, "Wahai Abu Bakar, apa yang membuatmu enggan tetap menjadi imam solat ketika aku memberi isyarat kepadamu agar engkau tetap menjadi imam?"

"Wahai Rasul, layakkah kiranya bagi anak Abu Quhafah menjadi imam solat di depan Nabi SAW?"

KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam Suruh Yunus, ayat 106 yang bermaksud:

"Janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." Baginda Rasulullah SAW juga mengingatkan kekufuran bagi mereka yang mempercayai sihir dan tilik sebagaimana dalam Sabda baginda SAW:

Maksudnya: "Barang siapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW" (Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim).

Selain itu, amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai perlindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: "Dari Ibn Mas'ud, Katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik". (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW lagi.:

Maksudnya: "Dari 'Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kami melakukan jampi pada zaman Jahiliyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepada jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal syirik". (Hadith Riwayat Muslim).

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 2)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Hampir keseluruhan ulama' Salaf zaman silam menyatakan bahawa Allah SWT tidak terikat dengan tempat, ruang, batas, dan bebas anggota tubuh badan.

Istilah Salaf merujuk kepada masa dan zaman. Masanya adalah dalam linkungan 300 hijrah yang awal. Ia adalah zaman pada kurun ke-3 terawal hijrah sebelum memasuk masa Khalafpada kurun ke-4.

Antara ulama Salaf yang terkenal dan berwibawa adalah Imam Abu Jaafar At-Thohawi yang merupakan pakar dalam ilmu akidah pada zaman Salaf.

Imam Abu Jaafar At-Thohawi mengatakan bahawa Allah SWT tidak boleh dikaitkan dengan batas ruang waktu iaitu bertempat dan bukan bersifat dengan anggota tubuh badan. Imam Abu Jaafar At-Thihawiberkata:

Maksudnya: "Maha Suci Allah SWT daripada mempunyai saiz/ukuran dan batas-batas akhir (penghujung) dan sisi-sisi dan anggota-anggota badan yang besar dan anggota-anggota badan yang kecil. Dan AllahSWT tidak diliputi oleh arah yang enam sebagaimana makhluk ciptaan-Nya."(Rujukan: kitab Aqidah at-Tohawiyah karangan Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, Dar al-Fikr).

Allah SWT tidak diliputi oleh arah yang enam iaitu atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Arah atau ruang inilah yang digelar sebagai tempat atau al-Makan.

Jelas bahawa ulama Salaf berpegang teguh dengan akidah Tanzih iaitu mensucikan Allah SWT daripada bersifat dengan tempat. Maka ulama Khalaf selepasnya meneruskan akidah yang suci ini bahawaAllah SWT sememangnya wujud tanpa bertempat.

Ulama-ulama sepanjang zaman yang berakidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dalam tempoh 14 kurun darizaman dahulu lagi sudah berpegang dengan prinsip akidah yang teguh bahawa Allah SWT wujud tanpa tempat.

Kaum muslimin sama ada salaf dan khalaf juga mengikuti jalur ulama muktabar ini yang berpegangdengan aqidah yang satu iaitu bahawa Allah SWT tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak berlaluke atas-Nya oleh masa. Hal ini kerana tempat (ruang) dan masa itu diciptakan oleh Allah SWT yangMaha Kaya (tidak memerlukan sebarang makhluk).

Kebersihan PakaianKebersihan pakaian dipandang penting dalam agama, mengingat pakaian melekat pada badan yangberfungsi menutup aurat, melindungi badan dari kotoran dan penyakit serta memperindah badan. Maka ajaran Islam menyatukan antara kebersihan badan dan kebersihan pakaian. Perintah membersihkanpakaian mengandung erti agar setiap muslim memelihara kebersihan pakaiannya, lebih-lebih pada waktu mengerjakan ibadah. Agama Islam juga mengajarkan agar memelihara keindahan, termasuk pakaian,sebagaimana di fi rmankan Allah SWT:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah dan berikanlah peringatan, agungkan Tuhanmu dan bersihkan pakaianmu dan tinggalkan perbuatan dosa" (Al-Mudatsir: 1 - 5).

"Bahawasanya Allah itu indah, menyukai keindahan" (Riwayat At-Tarmizi).

Kebersihan MakananAjaran Islam tentang kebersihan makanan menyatukan aspek kebersihan dari segi kesihatan dankebersihan dalam erti makanan yang halal.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik, (halal dan bersih) yang Kami anugerahkan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah" (Al-Baqarah: 172).

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"(Al-Baqarah: 168).

Makanan yang halal adalah makanan yang dibolehkan oleh agama (tidak diharamkan), sedangkanmakanan yang memenuhi syarat-syarat kesihatan, termasuk makanan yang bersih, bergizi danberprotein.

CAKUPAN KEBERSIHANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 7

Tasawwur

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

"Sehingga apabila Nabi Sulaiman dan tenteranya sampai ke suatu lembah, berkatalah permaisuri semut kepada rakyatnya. "Wahai sekalian semut-semut. Masuklah kamu kedalam sarangmu, agar kamu tidak dipijak mereka, sedang mereka tidak mengetahui." (an-Naml, 27:18).

Melalui seruan permaisuri semut yang ringkas, kita dapat belajar beberapa karakter kepimpinan permaisuri semut tersebut. Seorang khalifah yang hebat, tidak akan teragak-agak belajar dari semut yang kecil. Jika kisah semut yang kecil ini terpilih menjadi pengajaran dari Allah SWT sehingga dimaktubkan di dalam al-Quran, pastinya ia adalah kisah istimewa yang Allah SWT pilih agar kita menghayatinya. Kajian saintifik membuktikan apabila dalam situasi cemas, yang memberi arahan adalah semut betina dengan cara mengeluarkan bunyi bising.

"Wahai semut-semut" adalah teknik panggilan untuk meraih perhatian para pengikut. Panggilan ini bukan panggilan mengarah dan bengis semata-mata tetapi adalah panggilan yang datang dari sikap prihatin dan sayang seorang ibu. Disusuli pula dengan "Masuklah ke dalam sarangmu" sebagai arahan yang tegas. Seseorang pemimpin dihormati bukan hanya kerana ketegasannya, tetapi juga sifat prihatin dan kasih-sayangnya.

"Agar kamu tidak dipijak mereka" adalah teknik untuk merasionalkan arahan. Pemimpin yang baik akan memastikan arahannya itu difahahami dan dihayati manfaatnya oleh para pengikut. Arahan yang keluar dengan menakut-nakutkan tanpa pemahaman sewajarnya hanya akan melahirkan pengikut yang menurut membuta tuli tanpa menghayati visi bersama.

"Sedang mereka tidak mengetahui" adalah teknik menimbulkan sangka baik. Dalam suasana yang genting dan tegang, permaisuri semut meyakinkan pengikutnya bahawa Nabi Sulaiman AS bukanlah mereka yang sengaja melakukan kezaliman dan memberi isyarat bahawa Nabi Sulaiman AS adalah figura pemerintah yang adil dan suka melakukan kebaikan pada semua pihak yang berada di bawah pemerintahannya baik manusia, jin, mahupun sekecil-kecil haiwan seperti semut. Pemimpin yang bijaksana, berfikiran positif dan berhikmah, akan lebih kuat memimpin organisasi menuju destinasi yang diharapkan.

Halusnya makhluk seperti semut ini mengajar kita agar jangan memandang kecil potensi sesiapa pun. Kerana Allah memberi keupayaan kepada sesiapa pun yang Dia pilih. Teknik ini kita boleh latih dalam berinteraksi dengan sesiapa dalam lingkungan pergaulan kita kerana setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin pada keluarga, komuniti sekeliling dan organisasi yang diamanahkan kepada kita.

Wallahu a’lam.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NAML: 18“BELAJAR KEPIMPINAN MELALUI KARAKTER SEMUT”

Oleh:Fatin Adilah binti Haji Saufee

MEMBENTUK INTEGRITI: SPIRITUAL NIATOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

Niat sangat penting nilainya dalam Islam. Ditegaskan di dalam hadith mutawatir: Innamal a’mal bin niyyat - Sesungguhnya amal perbuatan itu ditentukan oleh niat - (HR. al-Bukhari). Tidak ada nilai ibadah tanpa niat, sekalipun yang dilakukan adalah ibadah khusus. Sebaliknya amal perbuatan duniawi yang baik dan dilakukan dengan niat ibadah akan bernilai ibadah juga di mata Tuhan.

Begitu pentingnya niat pada setiap ibadah, maka kalangan ulama kalam (teologi) menganggap niat sebagai faktor yang membezakan antara perbuatan manusia (human creations) dan perbuatan haiwan (animal creations). Sedangkan kalangan sufi, Syaikhul Akhbar Ibnu Arabi dalam kitabnya Fushush al-Hikam mengatakan, sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan niat suci dan ikhlas maka sesungguhnya itu adalah perbuatan keilahian (al-af’al al-Haqqani/Divine Creations). Ulama Syariat (Fiqh) pula menganggap sia-sia amal perbuatan jika tidak disertakan dengan niat.

Pada hakikatnya, niat adalah konsep matang dan penuh kesedaran dari dalam diri kita tentang suatu perbuatan yang akan kita lakukan. Dalam ilmu management (pengurusan), niat dapat dihubungkan dengan programming atau perencanaan yang teratur. Pekerjaan tanpa perencanaan pasti tidak akan mendapat hasil yang terbaik. Niat merupakan the first creation dan implementasinya adalah the second creation (tindakan).

Niat yang baik, tulus dan ikhlas akan melahirkan energi positif yang hebat. Seseorang yang bekerja dengan ikhlas tidak akan pernah merasa terbeban dan tertekan dengan tugasnya. Niat yang baik juga akan melahirkan mental hard worker dan good performance, yang merupakan pra syarat masyarakat profesional. Sebagai seorang Muslim, ini merupakan salah satu perintah agama dan juga tuntutan hidup sebagai pemimpin (khalifah) di muka bumi.

Niat dan wudhu mempunyai nilai kesetaraan. Sebelum melakukan apa jua pekerjaan, ambillah wudhu terlebih dahulu. Wudhu yang dilakukan beserta niat yang baik adalah pembuka kunci rahsia kepada ibadah lanjutan seperti solat yang khusyuk, tadarus yang indah serta ibadah lain yang lebih baik. Air wudhu dalam bentuk spiritual mampu menghapuskan dosa-dosa kecil. Imam asy-Syafi’i sering menasihatkan agar tidak mengeringkan air wudhu dengan handuk (kain atau tuala) kerana sepanjang aliran air wudhu itu mengalir, maka sepanjang itu juga dosa-dosa dalam diri kita akan keluar. Gugurnya dosa akan memancarkan cahaya hati yang bersih. Maka lahirlah peribadi yang memiliki kejernihan sanubari dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Wallahu a’lam.

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Penulis bersama Ustaz Norjeli (Pengarah JAKIM) Ustaz Zamri (Pengarah IPDAS), Alamin dan rakan lain Pulau Jambongan

MARTABAT WANITAOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan II

Di zaman jahilliyah dahulu wanita itu dijadikan hamba kepada kaum lelaki kerana dianggap martabatmereka itu lebih rendah daripada kaum lelaki. Setelah islam muncul, Allah SWT telah memerintahkankita supaya memberi layanan yang baik wanita kerana mempunyai martabat serta keistimewaan yangdiberikan oleh Allah SWT.

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksadan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian daripada apa yang kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata.….." (Surah An-Nisa, ayat 19).

Sesungguhnya lelaki dan wanita itu telah diciptakan berpasangan. Hal ini merujuk kepada sifat lelakiyang mempunyai fi zikal yang kuat, kasar dan tegas, manakala wanita pula diciptakan dengan mempunyaifi zikal yang lemah tetapi memiliki hati yang tabah. Dari perbezaan ini akan lahirnya suatu keserasianyang hebat dalam kehidupan yang berpasangan. Allah SWT telah berfi rman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati danhidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang danbelas kasihan…….." (Surah ar-Rum: 21).

Selain daripada mempunyai ketabahan yang tinggi, wanita juga mempunyai rasa kasih sayang yangtinggi. Secara lumrahnya di dalam rumahtangga kaum wanitalah yang menguruskan perihal anak-anakseperti menidurkan anak, memandikan anak serta memastikan makan dan minum anak itu terjaga. Bukanitu sahaja, wanita juga sering ditugaskan untuk menjaga hal-hal rumah seperti mengemas, memasak dan juga mencuci pakaian tatkala seseorang wanita itu mempunyai pelajaran yang tinggi. Oleh sebab itu,Allah SWT telah mengangkat martabat wanita kerana pengorbanan yang mereka curahkan ke dalamrumahtangga. Dalam sebuah hadis, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata,

"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?"

Baginda menjawab, "Ibumu!"

Lelaki itu terus bertanya, "Kemudian siapa?" Nabi SAW menjawab, "Ibumu!" Lelaki itu bertanya lagi,"Kemudian siapa?" Nabi SAW menjawab, "Ibumu!" sekali lagi lelaki itu bertanya, "Kemudian siapa?” Nabi SAW menjawab, "Bapamu!"

Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam Islam. Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelakiyang berada dekat dengan hati untuk dilindungi, disayangi dan juga didampingi bukannya dari uratrambut untuk dipuji ataupun dari tapak kaki untuk dihina.

"DI PULAU JAMBONGAN PERSAUDARAAN ITU"Oleh:

Adi Pitang

Mentari memancar terang ketika kami beradadi perut bot yang tidak beratap itu. Duduk bersila, mengharungi perjalanan hampir 1 jam. Bot ituhanya boleh memuatkan 7 orang penumpangtermasuk jurumudi bot. Pukul 7.30 pagi sepatutnya kami telah berangkat dari jeti Kinabongan, Pitas menuju ke Pulau Jambongan, Beluran. Hanya 2bot sahaja yang telah menunggu awal, 3 bot lagi tidak muncul-mucul. “Miss-communication...” Jelas ustaz Alamin Majuk, ketua penyelaras yang menguruskan program “Dakwah Bil Hal MUIS, JHEAINS, JAKIM, IPDAS, Perbadanan Nasional Berhad dan ABIM Beluran”. Bot yang kami naiki adalahbot penduduk kampung pulau Jambongan yang kebetulan menghantar satu keluarga yang anaknya ditawarkan memasuki Sekolah Teknik di Kota Kinabalu.

Kami singgah minum di rumah matan guru (cikgu Hishamudin) di kampung Hujung yang menghadap laut sebelum ke tempat aktiviti pertama kami di Kampung Limau-Limau. Suasana damai dan indah masihseperti dahulu. Bagaikan sebuah lukisan dengan barisan pokok kelapa, pepohon rimbun dan hamparanlaut yang berkilauan di simbah mentari, melakar indah sebuah pemandangan. Mengapa sentimentalsangat ne? Tanya seorang sahabat program. Alah! Orang laut tak boleh jumpa laut, mesti emosional.Atau pasal "bubar", usiknya lagi, hahaha.

Kami menaiki bot yang sama menuju ke Kampung Limau-Limau. Jam menunjukan pukul 10.47 pagi ketika kami melabuhkan kaki di kawasan berpasir di kampung tersebut. Kelihatan beberapa orang penduduk kampung sedang mengikat ketam kasturi yang masih hidup dari longgokan ketam di dalam perahumereka. Cuma RM5.00 sekilo. Hmmm.. cukup murah. Sebelah petangnya kami teruskan programdi Kampung Malalin. Kami dijamu makan tengahari di rumah imam Rashid, imam kariah kampung itudengan hidangan "kalasiyu" (sejenis kerang laut), ketam kasturi dan ikan merah segar. Malamnya pesta jamuan ini berterusan di kampung Hujung dengan tambahan menu istimewa "sup balad". Sambutan warga kampung cukup meriah apatah lagi peluang temuduga bagi anak-anak mudanya untuk mengikutikursus di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), temuduga khas kursus PraPerkahwinanIslam dan temuduga guru KAFA, di samping sumbangan barangan dapur, pembaikan surau dan tazkirah.

Apa yang penting dalam program ini ialah rasa persaudaraan yang mendalam walau mereka tinggal jauh di pulau. Bukan setakat hubungan antara kami dengan penduduk, malah antara kami yang terlibat dalam program ini. Benarlah asas yang dibina oleh Baginda Rasulullah SAW melalui persaudaraan Islam itutanpa kenal sempadan bangsa dan negara. Apatah lagi dunia digital kini, memungkinkan persaudaraandan persahabatan ini dijalin melalui dunia maya. “Ustaz punya facebook apa?” Tanya seorang anak muda. Pantas ku jawab; "Adi Pitang", hahaha.

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

ANDA PENYEBAR FAKTA ATAU AUTA?Oleh:

Anakmalayindo

Pada zaman sekarang media sosial memiliki peranan penting dalam kehidupan manusia. Namun, banyakmedia sosial sekarang berisi sampah berupa berita-berita hoax yang tidak jelas sumbernya sehinggamenimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Oleh kerana itu, kita harus bijak agar tidak menjadimangsa atau penyebar hoax tanpa disedari. Islammengajarkan kepada kita agar berhati-hati dalam menerima berita kerana tidak semua berita yang kitaterima sesuai dengan fakta, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang di mana kejujuran sangat mahal harganya. Ibnu Baadis mengatakan, “Tidak semua yang kita dengar dan kita lihat harus diyakini, namun hendaknya kitamemeriksa dan memikirkannya secara matang. Jika memang terbukti dengan bukti nyata maka kitamempercayainya, namun jika tidak maka kita meninggalkannya.”

Dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan sebuah prinsip dasar dalam menanggapi sebuahisu yang beredar dalam fi rman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalahdengan teliti." (QS Al-Hujurat [49]: 6).

Asy-Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab berkata, "Ketahuilah dan renungkanlah ayat ini baik-baik."

Di dalam ayat ini terdapat pengajaran berharga bagi setiap mukmin yang mengambil berat terhadap agamadalam berinteraksi dengan saudaranya seiman. Hendaklah meneliti setiap khabar yang diterima. Tujuannyaagar hal tersebut tidak menjadi punca permusuhan dan perpecahan. Lebih-lebih lagi jika hal itu menyangkutkehormatan negara, pemerintah, atau ulama maka sikap berhati-hati perlu ditingkatkan.

Alangkah bagusnya apa yang dikatakan oleh al-Hafi zh Ibnu Hajar, "Diharuskan bagi seorang yang inginmenilai suatu ucapan, perbuatan, atau golongan untuk berhati-hati dalam menukil dan tidak memastikan kecuali benar-benar terbukti. Tidak boleh mencukupkan diri hanya pada isu yang beredar, apalagi jika hal itu menjurus kepada celaan kepada seorang ulama." (Dzail Tibril Masbuk hlm. 4 karya As Sakhowi). Kadang kita terlalu gopoh apabila berkongsi atau menyebarkan suatu berita di laman sosial tanpa memastikanterlebih dahulu apakah berita itu benar atau palsu. Disebabkan sikap seperti ini bukan saja menimbulkanperbalahan tapi juga kerisauan atau kegembiraan yang berganti kekecewaan orang lain.

KASIH SAYANG SESEAMA MAKHLUK ALLAH SWTOleh:

Mohammad Fikri bin Putung

Daripada Abdullah bin Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim adalahsaudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapayang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat." (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 2442).

JENIS-JENIS PERSAUDARAAN1. Ukhuwwah Makhluqiyyah; Persaudaraan sesama makhluk ciptaan Allah SWTTelah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Hisyam, telah menceritakan kepadaku ayahku, dari Qatadah, dari‘Abdullaah bin Sarjis RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Janganlah salah seorang dari kamu kencingdi lubang, jika kamu tidur maka matikanlah lampu kerana sesungguhnya tikus akan menyentuh sumbu kemudianmembakar penghuni rumah, ikatlah tempat-tempat minum kalian, tutuplah minuman kalian dan tutuplah pintu-pinturumah kalian di saat malam hari."

Mereka bertanya kepada Qatadah, "Apakah yang dibenci dari kencing di lubang?" Qataadah menjawab, "Dikatakan bahawasanya lubang adalah tempat tinggal jin." (Musnad Ahmad no. 20775).

Daripada hadis ini kita dapat melihat betapa ajaran Baginda SAW sangat memuliakan kesemua ciptaan Allah SWTtidak ada yang terkecuali daripadanya.

2. Ukhuwwah Insaniyah/ Basyariah; Persaudaraan sesama manusiaHayati Piagam Madinah yang Nabi SAW wujudkan; kandungannya 48 fasal, 27 fasal menceritakan muamalah bersama orang bukan Islam.

Hal ini menunjukkan betapa ajaran Islam sangat mementingkan hubungan kasih sayang sesama insan tanpamembezakan agama dan keturunan. Maka, kelebihan seseorang hamba itu hanya dinilai dari takwanya. Allah SWT berfi rman dalam Surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuandan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orangyang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya AllahMaha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

3. Ukhuwwah Islamiyyah; Persaudaraan sesama IslamKetahuilah bahawa sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara duasaudara kamu (yang bertelingkah) itu serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surahal-Hujurat ayat 10).

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih.

Kali ini, kita akan berbicara mengenai maknaTawakal, dan sebuah karya khusus yang telahdikarangkan seorang ulama Islam berkenaan makna dan ciri-ciri Tawakal ini.

Tawakkul dan Tawakul . Duaperkataan yang amat berbeza maknanya.

Tawakkul, atau yang biasa kita kenali sebagai Tawakal, bermaksud, memutuskan sebarang harapan kepada makhluk, dan berserah sepenuhnya kepada Ilahi, disertakan dengan usaha. Inilah yang diperintahkan di dalam Islam.

Sementara Tawakul, bermaksud berpura-pura tawakal, dan tidak menggandingkan usaha dengan tawakal.Ia dilarang di dalam Islam.

Kedua-dua makna inilah, yang dibahaskan al-Qadi Abu Ya'la, alim dan faqih kurun 5H dalam kitab ini,bahkan lebih mendalam lagi, mengajak kita meneroka dimensi Tawakal dan jenis-jenisnya - memetikkata-kata ulama-ulama besar sebelumnya seperti Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pengasasmazhab Hanbali.

Dari kerana Tawakal merupakan salah satu daripada maqam kesufian, beliau turut membahaskannyadengan nuansa sufi di dalam kitab ini. Hal ini mengkagumkan saya sewaktu menterjemahkan buku ini:beliau mengkhususkan 1 bab daripada kitab ini, membahaskan Adab al-Murid, yang dipetiknya dandiadaptasinya daripada kitab Qut al-Qulub Abu Talib al-Makki. Bererti, beliau sangat-sangat pekadengan tradisi kesufian, dan menilai beberapa bahagiannya - khususnya dalam bahagian penghayatanamat baik, dan diserapkanlah di dalam karyanya ini.

Penting untuk dihayati makna tawakal ini, kerana ia adalah petanda keimanan kepada Ilahi

mafhumnya, "Kepada Allah sajalah kalian bertawakal, sekiranya kalian beriman." (al-Maidah, 23).

Difahami daripada ayat ini, secara mafhum mukhalafah, 'sekiranya kalian tidak beriman, maka tak perlulahbertawakal kepada Allah'. Makna ini juga dibahaskan beliau di awal kitab ini, kita sertakan penjelasandi bahagian nota kaki agar mudah dirujuk dan direnungkan bersama.

Turats berusia hampir 1000 tahun ini, alhamdulillah telah selesai diterjemahkan dan diterbitkan tahunlepas. Semoga dengannya, makin giatlah kita memahami dan menghayati turats ulama-ulama kita, genius umat Islam.

KITAB TAWAKAL DAN MAKNA TAWAKAL HAKIKIOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Program Dialog Cegah Jenayah Syariah yang diadakan pada 22hb Julai 2020 bertempat di Masjid Al-Muqarabah, Kalabakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang

dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kalabakan. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua-ketua kampung dan masyarakat awam. Majlis dirasmikan oleh Encik Rashid b. Pg. Abd. Harun, Pegawai Daerah

Kalabakan. Hadir bersama Ustaz Abd. Razak Hamdin Ketua Penolong Pengarah BahagianPenguatkuasaan Undang-undang Syariah JHEAINS.

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di

Pembelian dalam talian sudah menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini. Cara pembelian ini dipesatkan lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini . Apa yang menyedihkan terdapat beberapa penipuan dalam pembelian online ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata daripada keseluruhan kes terbabit pihaknya merekodkan kerugian sebanyak RM147,329.74 yang dihasilkan daripada penjualan secara dalam talian i tu. Katanya, kebanyakkan mangsa mendakwa mereka melihat iklan yang dimuat naik oleh pihak penjenayah melalui media sosial Facebook serta Instagram. Mangsa akan diarahkan untuk membuat transaksi pembayaran ke dalam nombor akaun yang diberikan, bagaimanapun barangan mangsa yang ditempah tidak sampai sehinggalah mereka menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis.

Di dalam Islam, sebarang bentuk penipuan adalah ditegah dan dilarang. Mempromosi dan menarik pelanggan untuk tujuan melariskan barang jualan adalah dibolehkan tetapi jangan sampai melakukan penipuan. Pelbagai cara penipuan dalam perniagaan tanpa kita sedar seperti menjual barang tiruan dengan harga yang mahal sebagaimana barangan atau produk asli, iklan-iklan yang menunjukkan keberkesanan produk walaupun tidak sepenuhnya benar, atau menyak inkan pe lang gan bahawa barangan mereka adalah yang paling murah dari orang lain sedangkan hakikatnya adalah t idak benar.

Hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di sebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia telah membuat portal bagi memudahkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum pembelian online di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule. Paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi nombor akaun atau nombor telefon terbabit ataupun tidak. Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi nombor akaun atau nombor telefon tersebut yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan. Sentiasalah berhati-hati. “KitaJagaKita”

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithEncik Mohamad Fikri bin Putung

Cik Nursyuhada AsparCik Fatin Adilah binti Haji Saufee

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Majlis Ibadah Korban yang diadakan pada 1hb Ogos 2020 bertempat di Kampung Pinapak Daerah Pitas. Sebanyak 4 ekor lembu korban disumbangkan oleh individu perseorangan, pertubuhan

MyAMAL Sabah dan pertubuhan IKRAM Sabah, Program tersebut dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JHEAINS serta penyampaian barangan makanan kepada 82 keluarga Asnaf sumbangan MyAMAL Sabah, Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin

Sangul, Pengarah JHEAINS turut hadir di Majlis berkenaan Puan Dg. Kamariah Hj. Ag. Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS, Ustaz Haji Rapi b. Manji, Timbalan

Yang Dipertua pertubuhan IKRAM Sabah, Encik Salleh Mohammed Pengerusi MyAMAL Sabah dan Encik Kamal B. Sindong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Pitas.

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 18 - 24 Zulhijah 1441H/14 Ogos 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2 days ago · ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda: Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di