dialog rasullullah dengan iblis

Upload: saufi

Post on 11-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • DIALOG RASULLULLAH DENGAN IBLIS

    Rasullullah s.a.w pernah bertanya kepada iblis, "Wahai Iblis! Apakah

    ikhtiarmu ke atas umatku. Aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan

    semua umat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t."

    Jawab Iblis: "Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-

    sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan

    mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di

    tengahnya."

    Tanya Rasullullah lagi: "Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"

    Jawab Iblis: "Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap

    umatmu dalam dua perkara iaitu:

    Mereka mengakui menyintai Allah s.w.t tetapi pada masa yang sama mereka

    masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar. Kedua, mereka sangat

    benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."

    Firman Allah kepada Iblis: "Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk,

    demi kemuliaanKu, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua

    kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus

    dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua,

    marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat

    yang telah mereka lakukan..."

    Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah s.w.t.

    Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah

    s.w.t yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani