iblis dan alamnya (4)

27
IBLIS DAN ALAMNYA (4) bhg. akhir

Upload: arya-salaka

Post on 26-Jun-2015

288 views

Category:

Spiritual


8 download

DESCRIPTION

Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka ( seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yg juga ditadbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Disini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berparlimen. Kerajaan Unilatral beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka.

TRANSCRIPT

Page 1: Iblis dan alamnya (4)

IBLIS DAN ALAMNYA (4) bhg. akhir

Page 2: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

2

IBLIS DAN ALAMNYA

Musuh Kamu Yang Paling Nyata

TERIMA KASEH SEBAB SABAR MENUNGGU, INILAH YANG ANDA TUNGGU-

TUNGGU. KAWAN HADIAHKAN KEPADA ANDA SEMUA......

MUKASURAT 4

Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan

golongan Jin kedalam tubuh manusia dan berbagai permusuhan

golongan jin ini kepada umat Manusia, maka marilah kita

mengetahui pula akan bangsa-bangsa Jin ini. Maklumat didalam

bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga penjelasan

beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.

BANGSA-BANGSA JIN.

Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai

bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai

sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki

ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah

pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi

Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk

Kerajaan Besar antarabangsa mereka ( seperti PBB bagi

pentadbiran negara-negara oleh manusia) yg juga ditadbir pula

oleh golongan Maharaja mereka. Disini mereka juga memiliki

seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka.

Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran

demokrasi berparlimen. Kerajaan Unilatral beraja, yang hanya

mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan

raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan

kepada 3 puak yang besar iaitu :-

1) Puak Ifrait.

Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya

kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang

Page 3: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

3

ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala

tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka

menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya

mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu

manusia dari semua arah terutama didalam bab akidah.

Manusia yang tipis pengatahuannya akan mudah diperkotak

katik kan mereka ini. Hasutan dan tipu musilahat nya yg halus

tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar

untuk keluar dari masaalah itu. Salah satu contoh yang boleh

dibagi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang,

dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan

golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat

hantu raya yg dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yg

didalam kesusahan hidup yg miskin. Maka dengan adanya

sahabat hantu raya itu, manusia yg miskin tadi akan cepat

menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat

(diindonesia dipanggil Pensyaratan)yang sudah tentu melangar

hukum syarak contohnya menghidangkan makanan kepala

kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali

dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing

sungai tertentu.

Manusia yg dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak

mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat kambing

malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju

dengan syarat kecil itu. Maka upacara mengambilan sahabat

dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah

kehidupan manusia itu telah pun berubah secara perlahan-lahan,

terutama dalam soal agama. Dah mula tinggal solat, puasa dan

semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan

maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-

padang golf, berzina dikelab-kelab karoke, berfoya-foya dan

mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala

kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia

sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerena itulah

yang dicarinya selama ini. Anakbini dirumah menjadi tidak

keruan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah

mengetahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka

ini. Ayah mereka sedang "bertukar kulit" menjadi jin Ifrait iaitu

hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya

dengan menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu

mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan

suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalek, jin akan

menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia

tuannya itu tidak mengetahui akan perubahan itu, ia masih ingat

biasa saja. Lama kelamaan Jin itu menguasi sepenuhnya jasad

manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar. Watak

penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.

Page 4: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

4

Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah

iaitu menipu mengambil wang deposit bagi pelaburan untung

tinggi atau 'roll program' dan forex. Disamping didakwa pecah

amanah melibatkan jutaan ringgit ia juga telah bergaduh

dikhalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa dibawah

seksen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat

anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk kesemua jenayah itu

beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah

kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu,

bertimpa-timpa masaalah dan kemudiannya membawa kepada

hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga

tidak terlepas akan hukuman diakhirat kelak. Ambillah iktibar

dari cerita ini.

2) Puak Syaitan.

Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan

ini yang banyak diperkatakan didalam al Quran. Puak Jin Syaitan

ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri.

Pentadbirannya juga serupa dengan kerajaan yg telah

disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak

jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya

melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan malas,

membisik didalam hati manusia akan keseronokan dunia.

Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari

perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk

didalam waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita

dan menyampai-yampai cerita peribadi orang sehingga

menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk

kedalam makamah, saman menyaman yang disensasikan

didalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka

berkkhayal memasang angan-angan dan seterusnya

pengambilan dadah untuk duduk terus didalam khayal yang jauh

bagi melupakan masaalah pejabat, tekanan kerja, stress,

masaalah rumahtangga, masaalah kewangan yang meruncing,

beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi

peminum arak dan seterusnya terjebak didalam ketagihan arak

dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan

manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.

Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang

asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar kerana

melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan

cemburu, tetapi ia harus dididik kearah kebaikan, bukan

mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan

ruang yang anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara,

cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat

Page 5: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

5

kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan

merebak menjadi segala-gala yg dilihatnya akan mendatangkan

cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan kesemua

yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba

mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu

nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi

dari semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang

melampau dihasut oleh Syaitan.

Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini

hanya bermula dari masaalah yang kecil sahaja dan akan

berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu

sendiri. Didalam contoh yang lain sesorang yang selalu bercakap

besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai

kepada masaalah yang lebih besar pun terpaksalah dia

berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan

kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan

niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkan nya, tindakan

undang-undang diambil keatasnya supaya ia sedar akan

perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari

perasaan iri hati diatas kejayaan rakan nya dan kemunduran

perniagaan nya maka timbul pula perasaan berperasangka

buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka perniagaan nya itu

akibat perbuatan rakanmya yang telah berjaya itu. Perasaan

Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada

penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penginyaan kepada

rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang

dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat hajatnya

tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya

puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal

semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik

dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa

kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang

tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan

Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.

3)Puak Iblis.

Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abdi, menjadi

ketua kepada Malaikat dan Jin kerana kuat ibadahnya juga

keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya.

Pernah mengetuai balatentera perang bersama-sama malaikat

untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat

kerosakan dialam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt.

Selepas itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah

mengetahui tiada satu makhluk Allah yang boleh

mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan.

Selepas peristiwa inilah Allah yang Mahamengetahui telah

Page 6: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

6

menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas

keimanannya terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah

semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana

Adam dan semua keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah

(ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua makhluk

ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini

adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat

darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada

tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (Sakti) yang hanya

diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap

derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu

pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia

keturunan Adam as yang abdi dengan kuasa yang melebihi

kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan karomah

untuk golongan manusia biasa yang abdi). Kuasa Mukjizat dan

Karomah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah membuat

Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang

dendam kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari

kiamat. Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat

dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah

seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua

keturunannya disemua bahagian pemerintahan dinegara-negara

jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak

Jin yang tersangat ramai itu. Nanti akan kawan ceritakan salah

satu contoh Karomah yang menendingi sakti puak Jin itu

dibawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.

Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar

didalam bangsa-bangsa keseluruhan puak mereka ini. Ia diambil

dari al Quran, Hadis Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama.

Sebenarnya dibawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu

pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara khusus.

Maka tidaklah perlu kita mengkaji nya lagi kerana ia hanya

membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa

tujuan. Lagi pun garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3

puak ini saja yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia

menjadi rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya saja.

PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH :

Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak

digunakan didalam menceritakan akan Alam Iblis ini. Atau pun

istilah yang kita dengar dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-

imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan seluruh masyarakat.

Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah

tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya.

Istilah-istilah itu adalah :-

Page 7: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

7

1) JAN

Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang

dijadikan Allah swt dari api yang sangat panas dan angin samuun

juga yang sangat panas. Kemudian darinyalah keluar seluruh

keturunannya yang islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-

bangsa dan beketurunan pula hinggalah kehari ini. Oleh kerana

mereka boleh membiak samaada berpasangan antara jantan

dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula,

maka cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, didalam

laut dan diudara dunia yang luas ini.

2) JIN

Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan

bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita mengatakan bekenaan

Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan

puak jin. Ia adalan istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah

satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah nama

yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini

keseluruhannya. Nama secara Umum sahaja. Manakala bangsa -

bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan diatas dan akan

diulang lagi dibawah ini.

3) IBLIS

Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abdi

beribadah kehadrat Allah swt. Dipetik perumpamaan Ulama

tafsir iaitu " Tiada permukaan walau satu inci pun dibumi dan

disyurga (dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana

banyak sujudnya kepada Allah swt". Jadi bayangkanlah betapa

abdinya Iblis ini. Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah

dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt

mengetahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia

kemudian diuji oleh Allah swt akan imannya itu. Maka terbukti

yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya

dia dimurkai dan dianggap darhaka akan perintah Allah dan

dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiaatnya itu. Ia

pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan

seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anakcucu Adam as. Ia

telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur.

Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini

adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua

manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus

dilaksanakan sehingga hari kiamat.

Page 8: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

8

4) SYAITAN

Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan

sangat sombong, keji bongkak, derhaka, fasiq dan pengacau

manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga

kerja Iblis yang sangat rajin, Siang dan malam ia menganggu

manusia silih berganti (seperti shift kerja kilang) tidak pernah

berhenti 24 jam. Dia ini juga musuh utama manusia kerana

kerajinannya menghasut manusia. Ia juga yang suka memasuki

tubuh manusia disemua tempat bagi memudahkan kerjanya.

Sangat takutkan Iblis kerana ia boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada

sesiapa juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka

akan dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga.

Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura "menolong"

manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan

manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak tahu, tak reti

sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti lembu atau

kuda. Merekalah yang dijadikan tonggangan Syaitan, yang

disebut didalam al Quran dalam beberapa ayat.

5) IFRAIT

Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi

Bangsa Jin yang selalunya disebut "Jin Ifrait". Seperti yang telah

diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong. Semasa

zaman Nabi Allah Sulaiman, ada diantara raja-raja Ifrait ini yang

berkhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan didalam sirah Nabi

Sulaiman as dan Ratu Balqis yang juga telah dikupas didalam

ayat-ayat Quran ada diceritakan prihal mereka ini. Peristiwa itu

bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar

laporan kepada Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang

kufur menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Sa'ba dan

Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan

manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan

Ibunya bernama Rayhanah As Sakn daripada satu bangsa Jin.

Maka lahirlah Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi

oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja dan rakyat Kerajaan Sa'ba

ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipisongkan oleh

Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim) mengajar mereka

menyembah matahari dan beragama Majusi.

Page 9: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

9

Kerajaan Sa'ba ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan

istana kerajaan ini diperbuat dari emas bertakhtakan belian dan

semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian

buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi Sulaiman pun

mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada

Allah dan tunduk dibawah kerajaannya. Telah dikatakan juga

apabila raja iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia,

mereka melantik Balqamah menjadi Ratu. Jadi Ratu itu pun

membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan

kepada perintah Nabi Sulaiman. Atas nasihat para menterinya

yang mengetahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi

Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat

menenangkan Nabi. Tetapi muslihat itu telah diketahui oleh Nabi.

Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran untuk

memerangi kerajaan Sa'ba itu. Maka Ratu dan semua menteri

akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengetahui akan

agama yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah

memerintahkan agar istananya ditutup rapat dan semua harta

didalam istana itu disimpan dalam peti besi supaya tidak dicuri

oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman

yang terletak di Syam.

Mendengar perkabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun

mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja Istana

Kerajaan Sa'ba kenegaranya. Maka Ifrait yang pada masa itu

menjadi salah seorang menteri dikerajaan Nabi Sulaiman pun

sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu

sampai dengan Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-

kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri manusia

bernama Asif bin Burkhya (seorang abdi dan soleh) yang pula

sanggup mendatangkan Istana Ratu Sa'ba itu sebelum Mata

Nabi sempat berkelip pun dengan karomah kurnian Allah

(disinilah disebutkan dalil bahawa Karomah waliallah boleh

mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa versi akan cerita ini,

ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir

as dan ada juga yang mengatakan munggkin juga Nabi Sulaiman

as sendiri. Maka Istana Kerajaan Sa'ba pun dipindahkan

bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah

dicantikkan lagi oleh semua balatentera Nabi.

Apabila Ratu Sa'ba itu sampai disana, Nabi telah mengajaknya

Ratu dan rambongannya memasuki Istana "Barunya" itu. Semua

telah berubah sehinggakan Ratu Sa'ba sendiri tidak mengenali

lagi akan Istananya itu. Terpinga-pinga ia dan semua menterinya

itu melihat suasana rekabentuk dalaman Istana itu. Tetapi

alangkah terperanjatnya apabila ia melihat singgahsananya ada

Page 10: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

10

disitu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan perihal

Istana Ratu Sa'ba itu dipindahkan atas sebab supaya mereka

tahu akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua

balatenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan yang

sepatutnya mereka sembah, bukannya matahari. Akhirnya Nabi

Sulaiman pun mengahwini Ratui Sa'ba yang telah memeluk

agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.

Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh

juga dikalahkan dengan Karomah anugrah Allah swt kepada

orang-orang soleh yang menjadi kekasehNya. Tidaklah boleh Iblis

dan semua kuncu-kuncu berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan

kepada manusia semua janganlah beranggapan sakti yang

dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan karomah

waliallah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini

akan kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi,

keji, fasiq dan durhaka bersama-sama manusia yang berpihak

dengan mereka didunia dan akhirat.... dulu, kini dan selama-

lamanya.

6) IZAZIL atau AZAZIL.

Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangsa Jin

itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis yang telah diangkat oleh

semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat

bijaksana, pandai mengatur strategi, bijak mentadbir, tahu

semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai

mencipta magik dan silapmata, banyak idea menipu dan

dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin kafir keselutuhannya

dari semua bangsa dan golongan. Ia jugalah yang mencipta

dunia khayalan dan syurga khayalan untuk manusia yang bodoh,

yang cetek pengatahuannya, yang terpadaya akan kehebatannya

dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta beberapa

orang manusia menjadi Manusia Iblis yang menjadi hambanya.

Sangat bijak menguasi seluruh ilmu dunia dan dapat mengatur

dunia mengikut telunjuknya. Hanya sedikit dikalangan manusia

yang berjaya lepas dari cengkamannya iaitu yang dikasehi Allah

swt. Selainnya akan menjadi kuli dan hambanya kerana

terpadaya dengan hasutan dan tipu helah tentera-tenteranya

iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis.

Berjaya juga mencipta 7 buah alamnya sendiri yang merupakan

"penjara" bagi roh manusia yang bodoh, yang tidak mahu belajar

tipu helah Jin, yang tidak percaya alam ghaib dan alam roh, yang

sangat degil dan keras hati tidak mahu mendengar nasihat (ayat

Page 11: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

11

al Quran) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan

masa mereka didunia ini dengan maksiat, yang sesat mengikut

manusia yang sesat pula, belajar tanpa sanad yang telah

ditentukan oleh Nabi saw, yang menghina Nabi saw, seluruh

keluarga Baginda, sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris Ilmu

dan amal darinya.

Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga balatenteranyalah

yang akan bertarung dengan Nabi Isa, Imam Mahadi berserta

70422 Aulia Makdudin juga dibantu oleh balatentera langit

seluruhnya. Dikala itu tiada yang akan tinggal walau seekor pun

dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya. Kesemuanya

akan dihancurbinasakan oleh tentera akhir zaman Islam. Tiada

seekor dan seorang jiwa kafir yang akan hidup. Kesemuanya

mati dalam keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya mereka

mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk

menghadapi perang itu dikalangan manusia. Kerana manusia

telah sedia ada didunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka

disimpan didalam "penjara alam Ibis" sementara menunggu

perang itu. Mereka masih memegang anggapan yang pihak

merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa

ekor Iblis mengetahui akan kekalahan dipihaknya sejak dulu lagi.

Mereka semua akan tertipu, tinggal didalam kesalan yang

teramat dan kekal selama-lamanya begitu.

7) DAJJAL.

Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal

adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah

berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah

kampung kecil bernama Rablah. kedua-dua ibubapanya itu

adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka

bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung

mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari

kampung tersebut. Mereka berpindah kekampung pendalaman

bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil

upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan

juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal

didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka

teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha

sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka

Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk.

Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan

seorang abdi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan

menjelma sebagai orang abdi itu). Ia disuruh memohon

pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Iseri

telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga

mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah

bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu

sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuah

Page 12: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

12

patong anak lembu. Mereka berdua pun membersihkan kuil itu

dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan

dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon

tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari

memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya

melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulan (didalam

haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada

suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan

seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang

perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah si isteri,

tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan.

Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia.

Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita

akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia

terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu

kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka.

Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak

mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar

didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa

mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk

melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun

meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak

dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya

wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat

pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti

ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah

kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia

telah dipelihara oleh Malaikat Jibril dengan diberi susu lembu

sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya,

Malaikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah

kepadanya tanpa mengetahui bahawa budak itu dipelihara oleh

Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga

dimakbulkanNya.

Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal

telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk

membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malaikat

Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua

dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia

melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula

telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan

dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya.

Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti

manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada

Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja

menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi

Page 13: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

13

Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi

Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as.

Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila

disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda,

kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat

pijak kaki kuda Malaikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu

memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-

bantahan yang mereka lemparkan kepada Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit

Tursina, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan

belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu

bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada

untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah

mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal.

Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang

dimasukkan pasir bekas tempat pijak kaki kuda Jibril as yang

disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan

kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba

patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan"

nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari

tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak

lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya,

beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri,

beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal

keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan

Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan

Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun

telah ditempelak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan

kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat

sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa

beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang

tidak berdaya menjaganya ?

Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta

memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan

seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian

permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt.

Maka Nabi Musa as dan Malaikat Jibrai as telah menangkap

Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as

iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun.

Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan

Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu

dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat.

Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik.

Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan

sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Triangle yang boleh

menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas

dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan

Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya

mereka tangkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam

yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang

Page 14: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

14

menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini

apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat

disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka

membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman

nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi

pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan

bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan

membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti

berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut

taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian

manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan

ditangkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan

didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku

dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari

tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi

hambanya di penjara alam Jin itu.

Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan

Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia

dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as

tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan

ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa

zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika

semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk

berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya

dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syaidina Omar

yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah

menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala

Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan

menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh

Dajjal, Dajjal tidak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa

sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa

yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak,

maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syaidina Omar berjaya

membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan

dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tanpa

sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak.

Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.

8) QARIN

Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia

juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran

manusia didunia ini. Ia telah berada disetiap sistem peranakan

wanita (rahim ibu) seluruhnya. Apabila jatuh saja benih dari

kaum manusia lelaki kedalam rahim wanita itu, maka

bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk kedalam sistem

otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasai akal fikiran

manusia. Dari sini Qarin akan mendapat maklumat pertama dari

jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin

Page 15: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

15

manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu

kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan

kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu. Semua bentuk kerja

samaada bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan,

Syaitan akan bersedia dengan halangannya disitu. Sebagai

contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat

esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar kepada Syaitan

dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar loceng

jamnya untuk bangun sahur. Apabila sedar, telah masuk waktu

subuh maka manusia itu pun membatalkan niatnya untuk

berpuasa sunat itu. Jadi begitulah kerjasama mereka

menghalang manusia. Tetapi tugas utama Qarin ialah

mengujudkan halangan "lupa" difikiran manusia maka timbul lah

perasaan was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah

berwuduk ke belum, Sah ke wuduknya, betul ke tidak cara ia

berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan semua bentuk

pekara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu

difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat semasa

mengangkat Takbirratul ihram, sesorang itu terpaksa

membuatnya berulang-ulang kali kerana was-was. Begitu juga

semasa mengambil wuduk, teringat kawan seorang sahabat

sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk

berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rakaat

kedua baru ia selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai

menyuruh dia mengangkat wuduk dihadapannya. Lagilah kelam

kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia berwuduk lalu Kiayai

suruh dia terjun saja kedalam kolam itu. Itulah peristiwa yang

kawan tak dapat lupakan hingga kehari ini.

Telah juga diriwayatkan bahawa Rasullah saw juga mempunyai

Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari

gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah

diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasullah saw telah

bersabda yang maksudnya :

"Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada

golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasullah ?

Jawab Baginda, Ya...aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu

ku dapat mempengaruhi Qarin itu untuk memeluk Islam dan

sentiasa mendampingi ku dan tidak pula mendorong ku membuat

sesuatu melainkan dari kebaikkan saja ".

Keterangan Hadis : dari hadis Rasullah ini menunjukkan dalil

bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari mempunyai

Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza

dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada yang mentafsirkan kerjanya

menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan

berbagai visi lain. Tetapi kawan mengambil akan tafsir yang lebil

logik iaitu ia mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah

disebutkan tadi.

Page 16: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

16

Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal

dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula kedalam sistem

peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah

rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia adalah tugas yang telah

ditetepkan kepada nya oleh permintaan Izazil kehadrat Allah swt.

Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan

bahawa Allah swt telah menjalankan konsprasi dengan Izazil dan

Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkanNya.

Maha suci Allah swt dari sifat rendah begitu. Sebaliknya Allah swt

Mahaadil kepada makhluknya, ia diberi kemudahan untuk

menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu.

Sebaliknya manusia harus peka akan pekara penyesatan dan

dakyah Iblis ini dan memelahara dirinya dan keluarganya dari

ganggun mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar

keatas manusia semua.

9)BUNIAN

Seperti yang anda semua tahu Bunian atau orang halus ini

adalah kacukan diantara Manusia dan Jin. Memang tidak

mustahil pekara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak

zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah didengar iaitu

Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan

antara bapanya manusia dan Ibunya adalah golongan Jin.

Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja

perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan

dibelakang rumah kawan dikampung dahulu ada perkampungan

Bunian. Kawan semasa kecil selalu bermain-main

diperkampungan mereka dan sampai sekarang kawan masih

ingat nama-nama rakan-rakan sepermainan kawan itu. Malah

kawan juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana

saja kawan pergi dulu. Mereka nak kahwin dengan kawan tapi

atok kawan larang sebab katanya mereka itu menyusahkan

hidup manusia saja. Atok kawan cakap mereka itu umurnya dah

berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya

mereka nampak sebaya je dengan kawan. Kawan tak ada apa-

apa niat pun pada mereka. Malah kawan tak tahu apa itu kahwin,

jadi kawan buat tak tahu saja lah. Tapi bila kawan merantau,

mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai

sekarang. Sebenarnya orang kampung selalu minta kawan

tolong dapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Tapi kawan

buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta

barang yang bukan-bukan. Kawan pun tak faham kenapa

mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang

dialam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu,

seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut kawan.

Ratu ini juga baik dengan ibu kawan. Mereka selalu berbual-bual

tak tahu apa yang dibualkan. Mereka ini pun selalu juga

Page 17: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

17

bertandang kerumah kawan. Terutama bila Hari Raya Puasa,

sungguh meriah didalam perkampungan mereka. Tapi kami saja

yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Quran

dengan kawan nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila

mereka ajok kawan, mereka kena ketok dengan kayu oleh

budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main

dengan kawan.

Menurut Abang Hassan yang tinggal diUlu Langat Selangor,

Mereka ni pun barpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa

mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu kawan

mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang

rumahnya. Apabila kawan kata kawan nampak rumah tu dia

terus menganjak kawan memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia

telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan

Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak.

Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang

pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Didalam rumah itu terdapat

sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning

semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu

emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana,

Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kain nya dari kain cendai

buatan tangan. Bau didalam ruang rumah itu sangat harum,

semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang

jumlahnya agak ramai juga. Rupa-rupanya dibelakang rumah

usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt

yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa

mereka boleh menerima dan melayan kawan dengan istiadat

istemewa mereka ? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam

kawan semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan

Bunian kawan dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan

kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia sepeti telah ada tanda

pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu kawan tahu

bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah kawan dahulu

semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt

dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam. Oleh

itu kemana pun kawan pergi mereka akan kenal dari tanda yang

mereka bagi pada kawan, walaupun dari puak-puak lain kaum

Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka

supaya kawan juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri

kawan, tetapi kawan tolak kerana masih ingat pesan atok kawan

supaya tidak berkahwin dengan mereka kerena ia akan

menyusahkan kawan. Keputusan itu mereka terima dengan agak

suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan

kawan sendiri. Begitulah cerita Abang Hassan.

Dilain ketika, kawan telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunong

Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita lagenda Melayu

Lama berkenaan Puteri Gunong Ledang disitu. Sayang sekali

National Geografi tidak dapat mengikuti kawan, kalau tak tentu

dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV...(gurau saja).

Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk

Page 18: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

18

masuk kealam Bunian itu, kawan pun masuk dan didapati

sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari

atas puncak Gunung itu dapat dilihat bak kata melayu lama,

"sayup... saujana mata memandang" akan luasnya kerajaan

Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga

turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun

dilereng-lereng gunung seperti beranda-beranda diperbuat

daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami

halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza dari metos cerita

Melayu Lama didalam filem atau pun yang diceritakan buku-

buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian

Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan

wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu

cemeti berbuku-buku dan bingkang bingkok. Dia bertanya akan

hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri

Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi

seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya

adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya.. jawabnya pendek. Jadi

tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan

Pemaisurinya ? Ya.. sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak

akan pinangan itu ? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak... katanya.

Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau

Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa

kecil dan melangkah masuk...kemudian menoleh semula kepada

hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika

tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga

ada hadiah untuk tuan hamba...katanya sambil menunjuk pintu

keluar istananya. Terima kaseh tuan Puteri, tetapi sebelum

hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan

Kerajaan Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-

angokkan kepalanya dan berlalu pergi.

Kawan pun keluar dari ruangan itu menuju ke berandanya, dari

situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari

atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali.

Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama

itu dimaya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu,

kawan pun melangkah kepintu keluarnya yang terdapat sebuah

pedati kuno, ( seperti didalam cerita orang Rom ) dihadapan

pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup

rapat. Alangkah terperanjatnya kawan bila saja meletakkan kaki

diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor

burung purba zaman Jurasik, melayang keudara mengelilingi

Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan

tangan dari setiap beranda-beranda rumah mereka dikiri dan

kanan lereng gunung itu. Kawan diterbangkan ke Johor Bahru

tepat kehalaman rumah kawan. Macam mana burung ni tahu

rumah kawan ? bisik hati. Kawan turun dan menarek tempayan-

tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga

terbang semula keudara dan hilang dari pandangan. Kawan

bawa tempayan itu masuk kedalam rumah, kemudian

membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat

Page 19: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

19

kawan pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja

penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas didalam

satu tempayan dan batu-batu permata didalam tempayan yang

satu lagi. Kemudian kawan tutup semula dan pergi membuat

kerja kawan. Selang seminggu kawan buka sekali lagi tempayan

itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar

menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas kawan

katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya".... telah kawan

jangka pekara ini akan berlaku.

Daripada cerita-cerita kawan tadi, apa yang kita dapat faham

bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-

puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan

mereka adalah mengikut nama kaum mereka itu pula. Kemudian

mereka paling mudah untuk mengajak manusia kahwin,

sedangkan kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan

ajakan mereka. Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal

makhluk Jin ini, mereka akan control kamu sepenuhnya dan

akan mengongkong kamu. Mereka juga ada memiliki sifat

cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu

buat didunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil

mereka terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai

hati yang keras dan sukar dididik supaya taat selain mereka

sebenarnya telah terlampau tua dibandingkan dengan kamu.

Inilah pesan atok kawan yang kawan sentiasa ingat hingga

kehari ini. Jika dialamnya nampak emas, sedang kan itu hanya

ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka

yang mahir dalam ilmu sihir.

10) DEWA

Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa

sanskrit yang bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya diambil dan

digunapakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir

satu kuasa ghaib yang menolong mereka dalam apa juga

kerjabuat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari mana

datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang

datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah

ditipu oleh para-para Jin yang berselindung disebalik nama-nama

dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa

perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin, tak

kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang

Islam menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga

bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada syirik akbar

(sesat besar) terhadap Allah swt.

Page 20: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

20

11) SAKA

Telah banyak diceritakan didalam rencana ini berkenaan dengan

saka keturunan. Ia adalah Jin yang diambil sebagai sahabat atau

khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak

sempat dibuang sebelum mereka mati. Jin saka ini akan mula

mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat.

Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya.

Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya.

Pengambilan Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah

perbuatan syirik, yang didalam syarak juga dihukumkan sebagai

haram dan najis. Tetapi didalam masyarakat melayu sekarang,

mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula

dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama

dengan betul atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam

semasa mereka mengambil Jin-jin itu sebagai sahabat atau

khadam. Justru itu mereka telah terjebak oleh Jin-jin saka ini

secara "tidak rela" akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak

peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah

kawalannya. Jadi barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan

dibuang sebelum anda pulang kerahmatuallah.

Teringat kawan akan satu cerita semasa kawan menyusuri

Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam ekspedisi

menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal dikaki Gunong

Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot panjang

kawan mudik kehulu hingga kekampung Bantal Kuala Tahan,

Hulu Tembeling. Sampai disana mengupah asli Semai untuk

menjadi juru panduarah hingga kekaki Gunung Tahan. Dia

membawa kawan hingga bertemu seorang tua yang memang

tinggal disebuah gua disitu, tetapi beliau bukanlah Hang Tuah

yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan asli senoi

yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu kerana telah

uzur. Jadi kawan pun berangkat pulang semula kekampung

Bantal dan tinggal beberapa hari disitu. Dalam pada berbual-

bual dengan seorang Batin disitu, beliau menyuruh kawan

mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi

keesokan harinya kawan mudik kehilir pula menuju keSungai

Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai

dipekan Lipis kawan bertanya beberapa orang lama dan

tentunya mereka semua mengenali Long Kasim kerana beliau

terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai

disitu. Dipagi itu kawan dibawa bertemu dengan Long Kasim

untuk melerai masaalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak

kawan kerumahnya ditebing Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan

itu.

Pak Long Kasim ini merupakan bekas Kominis dan juga

merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan

khazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia

Page 21: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

21

bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk ditunjukkan

kepada kawan. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta

tangguh sehari untuk mencarinya. Kawan dipelawa untuk tinggal

dirumahnya itu. Keesokan harinya beliau memanggil kawan dan

menerangkan perihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau

menggunakan "sahabat" Jin nyn yang bernama "Pantas diawan"

untuk mencari keseluruh pelusuk bumi Malaysia ini, namun '

beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga.

Jadi kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau

sudah tiada dan tidak diketahui dimana kuburannya berada.

Selepas itu kawan sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin

pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah mempelawa

mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi kawan

tunggu saja disitu beberapa hari lagi. Kerja besar yang

dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak

yang jatuh kedalam gaung diBukit Sembilan Jalan Merapoh ke

Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan rakan karibnya

iaitu Cikgu Wahab cucu tok Bahaman dan Abang Malek cucu tok

Gajah menyertainya dalam operasi itu. Kawan telah

diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu sebagai

adek angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan

tidak membantah jika kawan turut serta. Apabila hari telah

malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah

membuat satu upacara ditempat kejadian itu dengan semua

peralatan dan juga seekor kambing hitam telah dikorbankan

disitu. Kawan hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah

selesai, kami pun pulang kerumah. Keesokan pagi kami pergi

lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey

kilang balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu.

Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati kesemua lorinya

telah berada diatas jalan semula dengan semua kayu-kayunya

terikat elok diatas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya yang agak

rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah

kerana masih boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu

ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan

pembantunya berjaya terjun sebelum lori itu jatuh kedalam

gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana boleh

lori yang telah terhumban itu boleh naik keatas jalan hanya

dalam satu malam tanpa menggunakan kren ? Inilah tanda

tanya yang bermain dikepala. Taukey itu memberi upah kepada

Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia

beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami

semua kembali semula kepekan Kuala Lipis untuk melihat wang

dibayar untuk kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk

kerja yang mereka buat, jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10

ribu ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan

usaha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan sahabat long

Kasim "Pantas Diawan". Tuan-tuan tahu apa dia Pantas diawan

itu ? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga

dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksaksa

panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya

hingga sampai keawan apabila kita melihatnya selain

Page 22: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

22

mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga. Hantu Ini cukup

bencikan kawan sebab kawan selalu mengnyendirnya dengan

bahasa yang sangat pedih, dan dia selalu kawan minta hadir

dihadapan kawan tetapi dia sentiasa mengelak. Sebenarnya

Long Kasim mempunyai muslihat supaya kawan mengambil

sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi kawan sendiri

mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya

itu sebab ia bukan menyenangkan, sebaleknya menyusahkan.

Disinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun

cuba menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan kawan. Kawan

sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri. Ia

sangat licik dan pandai menipu.

Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang

menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris kepada

sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal esok kerana dia

sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri.

Inilah salah satu masaalah jika bersahabat dengan Jin yang

memuntut diwariskan kepada ahli keluarganya. Inila yang

dinamakan Saka.

12) MANUSIA IBLIS.

Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa

yang suka menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi peringkat

sehingga ia akhirnya bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis

100%. Asal mulanya amat berminat memiliki ilmu sakti dan

samggup melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya

asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga dididik oleh

Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di

merata tempat di Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh

guru-gurunya untuk menjadi yang terakhir memiliki ilmu-ilmu

tersebut. Dari satu Bentara Guru kepada Bentara Guru yang lain

sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya menjadi akan

murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua

bekas gurunya akan dibunuh setelah ia tamat berguru. Begitulah

arahan yang diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi

yang terunggul diantara semuanya. Apabila ia telah sanggup

berbuat semua pekara yang disuruh oleh Iblis akhirnya dia hanya

berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, Orang yang kawan

maksudkan ini adalah ;

Page 23: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

23

SABDO PALON

Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat

diraja dan juga merupakan Pornakawan kepada semua Raja

Majapahit dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Raja

Majapahit yang terakhir adalah Prabu Brawijaya yang ditabal dan

naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas Ayahandanya

Mangkat. Apabila agama Islam berkembang yang dibawa masuk

sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu

ancaman kepada kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula

mengarahkan supaya ia dibentras dari awalnya kerana

mengetahui akan kelemahan balantentera semakin nyata. Maka

Walisongo telah mengaturkan strategi untuk memasuki Istana

bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam

sebagai agamanya. Prabu sendiri ingin mengetahui kenapa

rakyatnya berbondong-bondong memasuki agama ini, maka

itulah sebabnya ia membenarkan Walisongo mengadap dan

memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya telah tidak

menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima

mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon

menyimpan dendam terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada

sekitar tahun 1478 apabila Sabdo Palon sebagai Pornakawan,

Penasihat, Pemelihara, Penjaga, pelindung dan sebagai Pelayan

Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu Brawijaya

untuk memelok dan menerima Islam, maka Sabdo Palon

sungguh marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran

yang amat keras. Selain akan keluar dari Istana dan mengumpul

semua balatentera yang setia kepadanya kemudian akan

menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo sekali, beliau

juga telah melontarkan sumpahannya yang antara lainnya

disebutkan begini ;

" Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus

agama Islam, wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang Jawi, gomong

marang anak putu, sagunging priprayangan, kang dumunung tanah

Jawi, wus pinesti sayeki pisahan... Kawalan paduka Nata, wangsul

maring kajiman mami, mung kulo matu pitungkas, mabenjing ing

sapungkur mani, yan mus prapta kang waci, jangkap gangsal arus

tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami budi kulo

sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak

sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang

ati, yen dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane

tembayan mami, hardi Merapi wes ajebiub mili lahar... Ngibol

ngilen purugira, nganda banger iekang warih, ingeh punika wekdal

kulo, wiwit ngebar agama budi luhor, netapi janji mami, angree

kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten

kenjing alamu hingga wahana."

Page 24: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

24

Terjemahan :

" Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama

Islam, Sebab hamba ini sebenarnya adalah Raja dari Diyang (dewa

penunggu) tanah Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggung

jawabkan mengajar anak cucu dan segala Jin priprayangan yang

berada ditanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba akan berpisah...

dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, apabila sudah

tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan

hamba ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar

diseluruh tanah Jawa, barang siapa yang tidak mahu menerima

agama Kebatinan akan ku hancurkan, aku perintahkan pengikut

dan balatentera ku dari segenap lapisan masyarakat, aku belum

merasa puas hati kalau belum hancurlebur, aku beri petanda

apabila gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar ke

Barat Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya,

aku penyebar agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai

dengan kehendak Dewata, segalanya bergerak selih berganti, oleh

itu jangan diam lengah sebelum tercapai tujuan ".

Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan

balatenteranya dan menyerang Prabu dan Walisongo. Berlakulah

peperangan Majapahit yang terakhir. Prabu yang lari dari Istana

telah berjaya mereka bunuh. Maka mereka menyerang pula

tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya mereka

semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang

menghadapi Walisongo 9 orang. Setelah beberapa lama mereka

bertarung ditanah, diatas laut, diatas pokok, diudara, diatas

awan, walisongo sememangnya telah mengetahui SP yang

sangat sakti tidak akan mati dengan apa juga senjata. Walisongo

hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja, tetapi tidak

berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan diatas air laut

Selatan dan menghilang. Disitulah Kerajaan yang

dimaksudkannya. Disini SP telah mengumpulkan balatenteranya

dengan mengambil roh-roh manusia yang setia dengannya,

Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil Jin

untuk menjadi sahabat mereka dialam sebelah Timur ini.

Sehingga sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo

Palon yang telah diambil dan dijaga pula oleh anak-anak

buahnya hingga kehari ini. Manakala pada tahun 1479 berdirilah

kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan Demak

yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan

Ampil iaitu Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al

Fatah yang berketurunan Raja Majapahit juga.

Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung),

buktinya ialah dengan kesaktian yang dimilikinya mirip yang

dikurniakan Allah swt kepada waliallah (sama taranya) Yang

mustahil manusia biasa boleh menyampai. Keduanya dia telah

menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang tidak

akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah

Kerajaan disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya.

Page 25: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

25

Keempat ia penyebar dakyah agama ciptaannya sendiri iaitu

Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut kehendak

penganutnya. Ia adalah agama ciptaan manusia yang benar-

benar mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu

tinggi fitnah yang diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang

memfitnah agama Nabi Musa as dahulu. Menjadikan dia ialah

Manusia Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal diletak disebelah

barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik seorang

anak perempuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya

itu benar-benar menyampai ketaraf yang diharapkan olehnya

maka kerajaannya di Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak

perempuannya itu, dia telah diberi pula sebuah kerajaan

didaratan iaitu dipuncak paling tinggi didunia iaitu Gunung

Everest. Dikedudukan itu SP berada ditengah-tengah diantara

dua lagi agama ciptaan Izazil iaitu Hindu diIndia dan Buddha

diTibet. Disini dia telah diangkat menjadi Maharaja Salju dan

berkedudukan tertinggi sekali diantara manusia paling jahat

didunia. Jadi SP juga dikenali dengan banyak gelaran antaranya

ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja Manusia

Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa

Penjaga 3 agama dll. Semua agama-agama sesat disebelah

timur ini adalah berasal darinya. Anak perempuannya itu ialah

Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan kesan membawa

ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya menyesatkan

jutaan manusia mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.

NYAYI LOROGIDUL

Merupakan anak tunggal perempuan kepada Sabdo Palon. Ia

dipelihara sendiri oleh SP dan Ibunya telah dibunuh untuk

persembahan SP semasa menuntut dahulu. Lorogidul sendiri

telah menyerahkan dirinya kepada Bapanya sebagai "Bersatu",

yang dengan sendirinya menjadi "Isteri" kepada Bapa Iblis itu.

Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa

selepas itu. Perbuatan "Sumbang Muhram" ini kemudian diajar

pula kepada manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat

Kebatinan. Jika kaum wanita dengan Lesbiannya maka kaum

lelaki pula dengan Liwatnya. Inilah sebabnya pekara ini telah

tersebar luas di Jawa. Tanpa segan silu lagi, acara ini dijadikan

pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru

puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda mudi

memasuki agama Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.

Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam

ghaib diKerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat SP diganti

oleh Lorogidul pula sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun

menyampai tahap tertinggi Ilmu Kebatinan. Jadi apabila agama

Kebatinan itu kalah dalam perang dengan Kerajaan Demak

pimpinan Walisongo. Maka agama Kebatinan telah diajar secara

senyap-senyap dikampung-kampung pendalaman. Mereka lari

dari wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula

Page 26: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

26

orang-orangnya dan mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul

menjadi popular pula apabila dipenghujung pemerintahan

Kerajaan Demak yang semakin lemah dan ditambah pula akan

kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah

kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati

masyarakat Jawa kerana ingin mempertahankan negara dari

kemasukan Belanda yang kejam. Mereka mencari perlindungan

dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh Nyayi Lorogidul

yang disuruh untuk kesegenap penjuru Wilayah dan Negeri bagi

mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh

mereka.

Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya

diceruk-ceruk kampung hingga kehari ini, tetapi sekarang dibuka

dibandar-bandar kerana keterbukaan masyarakat Jawa dalam

menerima apa saja agama mengikut Hukum Pancasilanya

selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama

Kebatinan telah mendapat waktu siarannya sendiri dikaca TV

bagi menyebar dakyah nya dikhalayak ramai yang juga dikenali

dengan nama Kepercayaan Kebatinan atau Aliran Kebatinan.

Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut Aliran Kebatinan yang

paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum gantung kerana

membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar Dato dari Pahang.

Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah... disinilah beliau belajar,

diPesenteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di

Jokja. Ia anak murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya

ialah Mak Lemper, atau Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa

Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan banyak lagi nama yang

diberi oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara gurunya juga

iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak hairanlah

beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga

setelah kalah dalam pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam

apa bila markasnya diserang oleh penuntut perguruan Walisongo

kerana mereka telah bertambah mengancam kedudukan Umat

Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa Tengah pada

sekirtar tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh

dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh

dibuat ialah menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut

Selatan, iaitu lautan mengadap ke Australia. Begitulah ceritanya

Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100% dan menjadi Iblis

seperti juga ayahnya Sabdo Palon.

SEIKH SITI JENAR

Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Seikh Siti

Jenar. Ajarannya telah menyusup masuk kedalam Masyarakat

semasa keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat

dipelajari oleh masyarakat di Selurh Kepulauan Jawa. Agama

Islam yang diajar oleh Walisongo berkembang begitu pesat dan

dikala itulah Seikh Situ Jenar membuka juga pondok

Page 27: Iblis dan alamnya (4)

k u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m

27

Pesentrennya yang mengajar "Tarikat" sesatnya. Sebenarnya ia

hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama

kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya.

Beliau telah memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj,

Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Falsafah Wahdatul Ujud

sebenar dan memfitnah Rasullah saw sendiri. Atas sebab

hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia menuntut

dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat

tidak perasan akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga

sakti yang menyerupai karomah Walisongo. Maka masyarakat

telah menjadi keliru dan terperangkap dengan dakyah

songsangnya.

Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari

Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah sekian lama

tinggal diJawa maka ia amat faseh berbahasa jawa malah telah

juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara ajarannya yang

sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :

1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai "Wahdahtul

Wujud" yang beranggapan iaitu "Menunggaling Kawlo Gusti, Yo

Allah yo insun, yo insun yo Allah" . Bahawa hamba itu tuhan,

tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila telah menyampai

makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari

tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad

Laksamana, Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.

2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak

perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan syariat ialah orang

awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syarak dari

melakukan semua tuntutan syarak kepada diri

SUMBER: www.kubranewszamany.blogspot.com

PENULIS: Atok Zamany

REKALETAK: Kosong