wanita yang di cintai iblis

Upload: blalang-biru

Post on 05-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    1/26

    Wanita Yang Di Cintai Iblis

    Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

    Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada

    beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-

    sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka

    kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis

    laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi

    sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah

    tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran,

    porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.

    1. Tidak Mengenal Allah

    Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusahabelajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh

    hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah,

    bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga

    kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari

    iblis.

    http://1.bp.blogspot.com/-UBBp1Z0V9TA/TYn3aPUNnzI/AAAAAAAAAzk/DRveJ1vWoKM/s1600/Wanita+Dicintai+Iblis.jpg
  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    2/26

    2. Cinta dunia, takut mati

    Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup

    berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan

    aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya

    membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia

    merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa bahagia dapat memberi

    segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa bahagia mendapat apa yang dimahukan dari

    suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada

    Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.

    3. Hati yang Kotor

    Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan najis sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam,

    hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari

    nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati

    perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan

    mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta

    yang suci dan agung.

    Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan

    jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

    4. Melakukan Dosa

    Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa

    berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat

    cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa

    cinta kepada Allah.

    5. Tidak Mahu Berdoa

    Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang

    hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan

    hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan

    akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan

    menempuh jalan-jalan ke arah itu.

    WANITA YANG PENDENDAM

    1. Pengertian dendam

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    3/26

    Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti

    membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan

    tidak padam-padam.

    2. Keburukan-keburukan Dendam

    Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau

    diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:

    Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat

    seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang

    itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang

    didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu

    ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik.

    Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang

    sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.

    Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu

    bergaul dengannya.

    Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu

    samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan

    dan sebagainya.

    Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.

    Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti menahan hutang yang patut dibaya,

    enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan

    seperti di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk.

    3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis

    Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari perbuatan-perbuatan buruk yang

    disebutkan di atas, tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka

    manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya, tidak mengambil berat

    terhadap dirinya dengan menunaikan segala keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang

    memberi kebaikan kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara

    yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala yang banyak,

    seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.

    Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    4/26

    (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan

    oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:

    Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu,

    kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka

    memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,

    (An-Nur: 22)

    Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan

    pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah,

    meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.

    Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu

    hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat

    penganiayaan. Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu

    cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana seseorang itu

    dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin.

    4. Dendam Perbuatan Haram

    Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenainya

    Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

    Orangmukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.

    Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah

    bersabda yang bermaksud:

    Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan

    Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah

    hartanya habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan

    mengajarkannya kepada orang ramai.

    Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun

    wanita itu mengharap-harapkan sesuatu nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya.

    Maka selagi ia menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan lenyapnya

    nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu

    terus-menerus, maka cita-citanya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat.

    Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

    Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    5/26

    (Al-Muthaffifin: 26)

    Menderhaka Kepada Ibu Bapa

    WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana

    ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada

    redha ibu bapa. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

    Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah

    kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai

    berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya

    perkataan ah dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang

    mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

    Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu

    kecil.

    (AlIsrak: 23-24)

    Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi

    wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas

    berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat

    besar.

    1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa

    Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:

    Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat. Rasul menjawab: Janganlah engkau menyengutukan Allah

    dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: WahaiRasulullah,

    tambahkanlah. Rasulullah menjawab: Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali

    engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan

    hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.

    Lelaki itu meminta kembali: Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu. Rasulullah menjawab, Jangan

    engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.Lelaki itu meminta

    kembali, Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu. Rasulullah menjawab, Didiklah

    keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau

    mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.

    (HR Imam Ibnu Majah)

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    6/26

    2. Mengherdik Ibu Bapa

    Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan

    cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu

    berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu

    bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya.

    Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi

    perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan

    untuk mengherdik ibu bapanya.

    3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa

    Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan

    hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah

    peribahasa, kacang lupakan kulitnya.

    Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan

    memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya

    dilakukan dengan perintah suami.

    4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa

    Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari

    pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian

    hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.

    Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh

    melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh

    berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:

    Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.

    Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.

    Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.

    Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.

    Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.

    Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    7/26

    Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia

    LARANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA

    Islam sangat melarang perbuatan derhaka kepada ibu bapa. Adapun hikmah daripada berbuat baik

    kepada ibu bapa adalah sebagaimana dikisahkan berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja

    terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai

    manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara

    langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia

    cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

    Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di

    sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas

    samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

    Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan,

    Kubah apakah gerangan ini? Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah.

    Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

    Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia? Tanya Nabi Sulaiman kehairanan. Aku adalah

    manusia. Jawab pemuda itu perlahan. Bagaiman engkau boleh memperolehi karamah semacam ini?

    Tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian

    memperolehi karamah dari Allah sehingga boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

    Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan

    menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu

    mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat

    yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. Setelah ibuku wafat aku berjalan-jalan di pantai. Dalam

    perjalanan, aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu

    kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya. Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

    Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap

    pemuda itu. Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu? Tanya Nabi Sulaiman

    ingin mengetahui lebih lanjut. Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah

    atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.

    Bagaimana Allah memberi makan kepadamu? Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di

    dalam kubah, dan buahnya aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih,

    lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Bagaimana engkau mengetahui perbezaan

    siang dan malam? Tanya Nabi Sulaiman a.s. yang merasa semakin hairan. Bila telah terbit fajar, maka

    kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam

    kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam. Tuturnya. Selesai menceritakan

    kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    8/26

    tetap tinggal di dalamnya. Itulah karamah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang

    tuanya.

    Derhaka Kepada Suami

    PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu aqad yang mulia antara lelaki dan wanita. Ia menghalalkan

    setiap keduanya untukyang lain. Dengan itu mereka akan saling mengasihi, tolong menolong, bergabung

    dan bertolak ansur. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran yang menarik

    yang bermaksud:

    Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu

    sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa

    kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum

    yang berfikir.

    (Ar-Rum: 21)

    Diantara tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam memberikannya hak memilih suami. Ibu dan bapa

    tiada hak memaksa anakperempuan mereka mengahwini lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam

    tidak mengabaikan hak ini tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana

    pengalaman mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin kebahagiaan sesuatu

    perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian pasangan pada perasaan, adat, keinginan dan

    matlamat. Apabila wujud kepincangan, kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik. Setengah

    wanita sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan penderhakaan pada suami

    yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia berhak menuntut talak.

    Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan

    paras rupa, tetapi yang penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan lelaki yang

    leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan lelaki mukmin yang bersungguh-sungguh,

    sedar, bersih hatinya dan terbuka pemikirannya. Benarlah firman Allah yang bermaksud:

    Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yangkeji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk

    wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuklelaki-lelaki yang baik dan

    lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)

    (An-Nur: 26)

    Ini bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut kecantikan rupa, paras yang indah, lalu dia

    redha dengan yang burukdan hodoh rupa parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai

    jiwanya, diredhai oleh perasaan dan hatinya.

    ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    9/26

    Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

    Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila engkau perintah

    dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya. Wanita Islam

    yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara

    yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya.

    Dia akan redha dengan kesusahan atau font kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan

    dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.

    Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya.

    Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah:

    Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan

    perintahkan wanita sujud kepada suaminya.

    (Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)

    Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:

    Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada bulannya, taat kepada suaminya,

    menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-

    mana pintu yang kamu sukai.

    (Riwayat Ibn Majah)

    Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling

    daripada peringatan ini:

    Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia enggan mendatanginya, lalu

    suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu

    subuh (pagi).

    (Sahih Muslim)

    MENDEDAHKAN AURAT

    Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, maksudnya:

    Hiduplah dengan apa yang engkau suka.

    Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    10/26

    Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau

    memakai segala yangmendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau

    syurga.

    Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.

    TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI

    Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita kurang mengetahui

    kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu

    selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan

    persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka, tetapi kitalah yang bersalah kerana

    kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan

    bimbingan kepada manusia.

    Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis

    wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya

    supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat

    sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak

    yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi

    SAW bersabda:

    Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, semoga engkaumendapat kutukan Allah maka dia

    dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh

    Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.

    Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

    Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau membebani sesuatu yang

    suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dansunatnya.

    Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

    Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas danperak serta dibawa oleh seorang

    wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, engkauini siapa?

    Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun. Maka hapuslah semua amal

    kebaikannya walaupun banyak.

    Nabi SAW adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi

    kita dari azhab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan.

    Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    11/26

    kita. Maka kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh

    umat baginda.

    MENYAKITI HATI SUAMI

    Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

    Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kamitemui baginda sedang menangis. Kami

    bertanya kepada baginda, Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah? Baginda menjawab,Pada

    malam aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai

    penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, Wahai Rasulullah

    apakah yang tuan lihat? Baginda bersabda:

    Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

    Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang

    mendidih dari nerakadituangkan ke dalam kerongkongnya.

    Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum

    dituang ke kerongkongnya.

    Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit

    dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.

    Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan

    hebatnya.

    Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

    Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.

    Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya

    (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

    Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

    Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku,

    ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu. Rasulullah SAW bersabda, Wahai

    Fatimah, adapuntentang:

    Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di

    hadapan lelaki.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    12/26

    Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian

    Nabi SAW bersabda:

    Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat

    mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.

    Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin

    suaminya.

    Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya,

    tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.

    Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku

    membicarakankeaiban orang.

    Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka

    menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat

    perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.

    Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan

    kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan

    tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

    Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka

    mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

    Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada

    suaminya.

    MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI

    Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang

    buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

    Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.

    Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

    Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita

    tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang

    tidak diberi petunjuk oleh Allah.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    13/26

    MEMBENCI POLIGAMI

    Poligami sememangnya boleh menimbulkan kontroversi yang hebat seandainya tidak ditangani dengan

    berkesan. Justeru, dalam mengatasi permasalahan ini, kebijaksanaan para suami memainkan faktor

    penting dalam melayari kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

    Sememangnya Islam membolehkan poligami. Hal ini dijelaskanoleh Allah SWT dalam surah An-Nisa

    ayat tiga yang bermaksud, Kahwinilah wanita-wanita di kalangan kamu dua, tiga atau empat,tetapi

    sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.

    Jadi dari situ kita lihat terdapat keharusan untuk berpoligami bagi kaum lelaki. Sungguhpun dibolehkan

    ia tidaklah dibuka dengan seluas-luasnya. Dibolehkan itu pula bergantung kepada sebab-sebab tertentu

    misalnya masalah isteri mandul, isteri gagal berfungsi dengan sempurna untuk melayan suami, suami

    ingin mendapat lebih ramai anak, ataupun suami sendiri mempunyai keinginan nafsu yang berlipat

    ganda sehingga kalaulah dengan seorang isteri itu boleh membawa dirinya ke arah penzinaan maka di

    situ ada keharusannya.

    Bagaimanapun dalam berpoligami ini dituntut keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari

    sudut zahiriah dan batiniah. Bagaimanapun keadilan dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini dijelaskan

    sendiri oleh Rasulullah SAW yang menyebut, bahawa memang kamu tidak boleh berlaku adil dalam

    masalahmembahagi kasih sayang, walaupun kamu mencuba sedaya upaya kamu.Maklumlah masalah

    hati dan perasaan ini sememangnya suatu perkara yang sukar untuk ditangani. Namun demikian

    Rasulullah SAW mengingatkan agar dicuba seboleh mungkin untuk menampakkan keadilan.

    Justeru dalam masalah poligami ini, walaupun ianya hak kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak

    mereka kerana sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan

    perlaksanaan poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan anak-

    anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu terbatal. Kalaulah si suami benar-benar

    ingin berpoligami maka ia perlu mencari jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.

    Malangnya, apa yang berlaku hari ini, ramai suami yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab

    dengan adil terhadap isteri-isteri mereka. Walaupun dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan

    isteri pertama, dimana suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya. Namun demi menjaga

    kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri mengetahui tindakan suami kerana mereka

    juga sebenarnya mempunyai hak terhadap suami.

    Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila mengetahui wujudnya orang ketiga setelah sekian lama

    dirahsiakan. Tentulah lain jadinya berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka sudah

    tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak sukar menerima keadaan. Isu isteri

    mengamuk atau tidak membenarkan ini sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan suami. Jika dia

    bijak berkomunikasi dengan isteri, sudah tentu pihak isteri akan berlembut. Tetapi bila isteri menolak

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    14/26

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    15/26

    mampu melaksanakannya. Jadilah wanita solehah yang memahami keadaan suami dan memahami

    hukum Allah agar terlepas dari seksa Allah SWT.

    ISTERI YANG DERHAKA KEPADA MENTUA

    Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga yang terjadi kepada Alqamah.

    Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar

    kepada ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah menjenguk ibunya

    setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.

    Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kasih dan tumpuan sudah

    diberi kepada isteri tercinta, lalu sering terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga

    akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah Alqamah

    sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri menyoal

    siasat si ibu kerana Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang

    terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun kayu

    api dan mengancam untuk membakar Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah

    Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.

    Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul persoalan kenapa boleh berlaku hal

    seumpama itu sedangkan hubungan menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam.

    Islam menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan keturunan

    keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang harus diberi perlindungan, pembelaan

    dan diberi nafkah secukupnya oleh suaminya sebagai wakil keluarga.

    Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun kehilangan seorang ahli tetapi dalam masa yang sama,

    mendapat jalinan hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling

    berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan

    bahawa anak perempuan tadi harus tunduk di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur

    dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.

    1. Tidak Memuliakan Keluarga Suami

    Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang solehah ialah dia memuliakan

    keluarga suaminya lebih daripada keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami,

    bererti ia telah menderhakai suami. Namun dalam kes-kes seperti yang berlaku kepada Alqamah tadi,

    pihak suami tidaklah wajar dengan membiarkan dirinya renggang dengan keluarga sendiri, sebaliknya

    lebih rapat dengan keluarga isteri. Suami seolah-olah terpisah dari naungan keluarga sendiri, lalu lebih

    selesa berteduh di bawah naungan keluarga isteri.

    Berlakunya hal seumpama ini didorong oleh kurangnya ilmu dan pimpinan baik di pihak suami atau

    isteri. Tanpa ilmu, tiadalah panduan bertindak dalam mengatur kehidupan. Tanpa pimpinan, hilanglah

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    16/26

    pedoman dan kekuatan mengatur langkah demi mencari keredhaan Allah. Ilmu penting untuk

    kejernihan akal, manakala pimpinan untuk menjernihkan jiwa.

    2. Tidak sayang kepada keluarga suami

    Isteri perlu memahami dengan jelas aspek-aspek tertentu dalam sistem kekeluargaan dalam Islam. Apa

    peranan dan kedudukannya dalam sebuah keluarga besar yang di situ ada ibu bapa, mentua, ipar dan

    saudara-mara lain. Bagaimana memberi prioriti (keutamaan) dalam hal-hal yang melibatkan

    hubungannya dengan suami dan hubungan dengan ibu bapa sendiri. Isteri perlu berfikir mana satu patut

    didahulukan antara taat kepada ibu bapa dengan memenuhi keperluan anak dan suami, antara

    tanggungjawab menggembirakan ibu bapa dengan tanggungjawab melayan anak dan suami dan lain-

    lain.

    3. Kurang Memperhatikan Keluarga Suami

    Isteri tidak istiqamah dalam menyuburkan sifat-sifat terpuji dan mengikis sifat-sifat keji yang dapat

    melahirkan akhlak mulia. Maka berlakulah kes-kes kurang memperhatikan ibu mentua atau mentua

    berkecil hati dan marah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila isteri ego dan mengabaikan hak-hak

    mentuanya yang juga ibu kepada suaminya.

    4. Tidak Ikhlas Kepada Keluarga Suami

    Tanpa niat yang ikhlas, seorang isteri mudah alpa pada tanggungjawab terutama bila ditimpa dugaan.

    Bisikan syaitan dan bujukan nafsu tidak mampu ditepis. Tipu daya musuh batin yang begitu halus, tidak

    mampu lagi dikesan.

    5. Melebihkan Keluarga Sendiri Daripada Keluarga Suami

    Hal ini boleh berlaku apabila isteri tidak mengiktiraf kepimpinan suami dan kehadiran keluarga suami.

    Mungkin bagi sesetengah isteri, dia berasa kedudukan diri dan keluarganya lebih daripada kedudukan

    suami dan keluarga suami. Maka ketaatan pada suami adalah dengan bersyarat iaitu suami memberi

    perhatian tidak berbelah bagi kepada dirinya dan keluarganya walaupun ini bermakna suami harus

    memutuskan hubungan atau renggang dengan keluarganya sendiri.

    Kes ini biasa berlaku bila seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang status sosial diri atau kerjaya

    lebih tinggi berbanding keluarga si lelaki. Bagaimanapun, ia berlaku juga dalam perkahwinan sekufu di

    segi status sosial tetapi mungkin berbeza di sudut lain seperti isteri lebih cantik atau pandai. Sebab itu

    hadis menyebutkan bahawa sesiapa yang mengahwini wanita semata-mata kedudukannya maka Allah

    tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan. Dalam satu hadis lain disebutkan bahawa ciri

    isteri yang solehah itu ialah, jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang,menyukakan

    hatiAntara cara menyukakan atau menggembirakan suami ialah memuliakan keluarga suaminya

    setiap masa, dalam keadaan apa sekalipun.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    17/26

    Namun ia satu perkara yang skar dilakukan jika ketaatan terhadap suami tidak benar-benar utuh.

    Kadang-kadang datang dugaan dalam bentuk mentua ditimpa sakit. Tidak ada di kalangan anak sendiri

    yang mampu atau sanggup menjaganya. Maka anak lelaki atas rasa tanggungjawabnya, mengambil

    peranan itu. Namun kerana dia sendiri sibuk dengan pekerjaan, tugas itu diamanahkan kepada isterinya.

    Maka waktu itu pengorbanan daripada seorang isteri sangat dituntut, atas dasar taat kepada suami dan

    berbakti kepada mentua. Tanpa ketaatan yang utuh, si isteri tidak akan sanggup bersusah-payah untuk

    menjaga mentua yang sakit dan berenggang dengan suami buat seketika.

    Tanpa ketaatan yang sepenuhnya juga, isteri mungkin cuai pada tanggungjawabnya, yang mungkin

    kerana kongkongan ibu bapanya. Ini berlaku bilamana ibu tidak memberi kepercayaan penuh kepada

    anak untuk membina kehidupan sendiri dan duduk di bawah tadbir orang lain (suaminya). Isteri ini

    mungkin mempengaruhi suami dalam banyak hal, agar melebihkan keluarganya sendiri daripada

    keluarga suami.

    6. Renggang Dengan Keluarga Suami

    Memimpin dan mendidik isteri bukan sahaja untuk melahirkan isteri yang solehah tetapi juga ibu dan

    anak yang taat dan rela berbakti. Jika suami gagal mendidik isteri agar taat dan memuliakan mentua (ibu

    bapa suami), tentu isterinya tidak dapat diharapkan mendidik anak-anaknya agar hormat dan

    memuliakan datuk nenek mereka itu? Isteri tidak berasa dirinya sebahagian daripada keluarga suami,

    dan anak-anak tidak berasa diri mereka dekat dengan keluarga ayah sebagaimana dekatnya mereka

    dengan keluarga ibu. Bayangkan perasaan seorang mentua ketika itu. Menantu dan cucu-cucunya lebih

    mesra dengan keluarga besannya tetapi tidak dengan mereka.

    7. Kurang Bersilaturrahim

    Untuk membetulkan keadaan ini, maka penting bagi suami dan isteri menghayati ajaran Allah dalam soal

    menjalin hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua pihak. Di dalam Islam, menjalin silaturrahim

    adalah wajib dan memutuskannya adalah

    haram malam termasuk dalam salah satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

    Tidak masuk syurga orang yang memutuskansilaturrahim.Sabdanya lagi, bermaksud:

    Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan

    silaturrahim.

    (Riwayat Ahmad)

    Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga (termasuk hubungan

    dengan mentua) adlaah:

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    18/26

    Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab setiap ahli dalam sesebuah keluarga.

    Menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti merendah diri, pemurah, pemaaf, sabar, redha,

    menghormati orang tua,penyayang, bersikap mengambil berat dan belas kasihan. Dengan akhlak mulia,

    hati mentua dapat ditawan melalui kemesraan yangdilahirkan. Mentua merasakan menantunya seperti

    anak sendiri, manakala si menantu dapat merasakan mentuanya bagai ibu sendiri; dihormati, disayangi

    sepenuh hati dan selalu diminta pandangannya.

    Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan kebaikan dan menunaikan tanggungjawab semata-mata kerana

    Allah, menantu akansanggup berkorban untuk kebahagiaan mentua dan untuk kebahagiaan suami selagi

    tidak masuk dalam perkara mungkar atau maksiat.Niat yang ikhlas menjadi benteng dari bisikan syaitan

    dan hasutan pihak ketiga.

    Adanya sifat amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Setiap pasangan suami isteri perlu merasai

    bahawa isteri atausuaminya adalah anugerah Allah yang harus dipelihara. Bagi isteri, selain menjadi

    penenang jiwa bagi suami, dia harus menjadipembantu suami dalam melaksanakan tanggungjawab. Jika

    suami cuai dan lemah, maka isteri menjadi penguat. Sebab itu dalam hadis yang masyhur, Rasulullah

    bersabda:

    Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara; hartanya,kecantikannya, kedudukan dan kerana

    agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya menguntungkankamu.

    Walaupun di peringkat awal si isteri tidak sedar berlakunya kelalaian di pihak suami tetapi disebabkan

    asas agamanya yang kuat, dapat mengingatkan suami atas kelalaiannya itu. Sebagai isteri memegang

    peranan yang penting agar keluarga mereka selamat dan diredhai Allah SWT. Dengan kukuhnya nilai

    Islam, dalam rumahtangga akan mencurah rahmat Allah dan di situlah lahirnya keberkatan. Bila ada

    keberkatan, suami dan isteri mampu menunaikan segala perintah Allah serta mampu pula menjalin

    hubungan baik dan mesra dengan ahli keluarga kedua-dua pihak terutama dengan ibu bapa sendiri dan

    mentua.

    Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak, terutama bagi pihak isteri agar tidak

    menderhakai suami, maka perlu dilakukan perkara-perkara berikut:

    Taat dan berbakti kepada suaminya

    Berbakti kepada ibu mentuanya dan memuliakan keluarganya

    Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya

    Tidak membuka rahsianya

    Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan dengannya

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    19/26

    Membantu suami mentaati Allah

    Memahami jiwa suaminya

    Berhias untuk suami

    Menemui suami di dalam kegembiraan dan bersyukur

    Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama suami

    Menundukkan pandangan selain daripada suami

    Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada suami

    Mewujudkan ketenagan, kerehatan dan kedamaian dalam rumahtangga

    Bertoleransi dan saling memaafkan

    Wanita Yang Mendedahkan Aurat

    MENAMPAKKAN PERHIASAN

    Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud

    dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya,

    maksudnya:

    Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya

    (An-Nur: 31)

    Sehingga bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada mahu pun pada tangannya, maka

    wajiblah baginya untukmenutupi kedua tempat itu. Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan

    semakin terdedah dengan berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka yang

    berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan perhiasan bagi perempuan di

    hadapan lelaki asing.

    Ada pun perkara yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai bedak, minyak wangi dan

    sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah atau mempercantik diri. Seterusnya mereka

    memperlihatkan diri mereka kepada para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa

    pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh ulama.

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    20/26

    MELAKUKAN KEMUNGKARAN

    Syeikh Imam Al Qurthubi menyebutkan kemungkaran yang dilakukan wanita pada zamannya. Katanya:

    Pasar-pasar penuh dengan perempuan. Rasa malu yang hanyatinggal sedikit telah bermaharajalela dan

    meliputi kebanyakan perempuan hingga dapat anda saksikan perempuan-perempuan dudukdalam

    keramaian kelompok-kelompok muzik, bersolek dan memakai perhiasan. Inilah kemungkaran yang telah

    menyebar di zaman kita sekarang. Kita berlindung kepada Allah dan keadaan seperti itu dan dari

    kemarahan-Nya.

    Al Allamah Ibnu Hajr al Haitami menganggap bahawa keluarnya seorang perempuan dengan memakai

    harum-haruman dan perhiasan merupakan dosa besar. Katanya:

    Dosa-dosa besar jumlahnya dua ratus tujuh puluh sembilan.Keluarnya seorang perempuan dari

    rumahnya dengan memakai harum-haruman dan perhiasan walau dengan seizin suami adalah salahsatu

    di antaranya.

    Rabi Ibnu Hirasyi meriwayatkan dari isterinya, dari saudara perempuan Hudzaifah yang berkata:

    Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: Wahai para perempuanbukankah kamu memiliki perhiasan

    perak dan emas yang kamu pakai untuk berhias? Sesungguhnya tidaklah seorang dari kamuberhias

    dengan emas yang dinampakkannya kecuali dia akan diseksa dengan perhiasannya itu.

    Dalam huraian ini jelas tedapat ancaman yang keras terhadap perbuatan menampakkan perhiasan opleh

    perempuan dihadapan orang-orang yang dilarang untuk melihat perhiasannya itu, padahal berhias

    dengan emas, perak dan sebagainya dibenarkan oleh syariat dengan tujuan untuk kelihatan cantik di

    hadapan suami. Sedangkan perbuatan selain daripada itu dianggap dosa dan wanita yang melakukannya

    termasuk ke dalam senarai mereka yang dicintai oleh iblis.

    Hadis di atas menunjukkan bahawasanya dilarang seorang perempuan untuk menampakkan perhiasan.

    Baik yang berbentuk perhiasan biasa atau pun berbentuk tubuh badan dan sebagainya. Hal ini dikuarkan

    lagi dengan hadis dari Aisya r.a ketika ditanyakan kepadanya:

    Bagaimana pendapatmu tentang pewarna, celak, azimat, subang,gelang kaki, cincin emas serta pakaian

    nipis? Aisyah r.a. menjawab: Wahai para wanita! Kisah tentang kalian adalah kisahtentang seorang

    wanita. Allah menghalalkan bagi kalian perhiasan tanpa boleh kamu berdandan atau bersolek bagi

    mereka yang tidak boleh melihat perkara yang haram dari diri kalian.

    WANITA YANG MENYUKAI FITNAH

    Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh bermaharajalelanya wanita yang mendedahkan

    aurat. Dengan itu fitnah mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat

    menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu buruknya

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    21/26

    fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl Ibnu Abbas menoleh kepada

    seorang perempuan Khatham yang terlarang untuk dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl.

    Tidaklah hal tersebut dilakukan oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin

    tiadanya fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khatam tersebut.

    Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan keadaan di dalamnya yang

    penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat

    membawa manusia kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb

    wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah. Fitnah wanita yang

    mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih berbahaya daripada fitnah yang lainnya.

    Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda:

    Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya bagi lelaki selain fitnah dari

    perempuan.Demikianlah peringatan Nabi SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam

    jeratan wanita, tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka.

    BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG

    Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan haruslah tebal, tidak nipis pada

    bahagian bawahnya dan bukan tudung yang bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan

    wanita di zaman ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai

    perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing timbulnya fitnah yang

    sememangnya harus dihindari.

    1. Memakai Pakaian Nipis

    Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut:

    1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

    Rasulullah SAW bersabda: Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat:

    Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu

    mereka cambukkan manusia.

    Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan.

    Kepala-kepala mereka bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan

    tidak pula mendapatkan harumnya (syurga). Sesungguhnya harumsyurga itu terdapat pada perjalanan

    begini dan begini. Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: Maksud dari sabda Rasulullah SAW Berpakaian

    tetapi terlanjang adalah gambaran tentang perempuan yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat

    memberikan gambaran bentuk tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    22/26

    secara zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka berterlanjang.

    2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit

    Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai

    tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat

    digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya

    seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat

    juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan

    fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan

    tabarruj (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai

    pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.

    Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk

    menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini

    dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan

    harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka

    telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah

    pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada

    tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat

    mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat

    malah juga memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci.

    Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian

    jugalah dilarang bagi para muhrim untuk melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada

    lelaki asing dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita. Walau pun

    pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis.

    3. Memakai Pakaian Warna-Warni

    Dasar dari menutup aurat ke atas wanita adalah untuk menutupi bentuk tubuh dan mencegah

    pandangan orang kepadanya. Maka jika hijab diperindah dengan gambar-gambar yang menawan,

    warna-warni atau pun jahitan yang indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah

    hikmah memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah pandangan orang lain, tidak

    pula dapat menolak kesan yang bakal ditimbulkannya. Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk

    dipakai. Dengan itu pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam senarai pakaian-pakaian yang

    tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai. Padahal dengan menutup aurat yang sempurna, akan

    tertutuplah salah satu sebab dari pelbagai sebab yang dapat menimbulkan fitnah, dan tertutup pulalah

    ancaman mangsa bagi manusia yang telah sakit jiwanya.

    Wanita Yang Menyerupai Lelaki

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    23/26

    DARI SEGI PAKAIAN

    Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun sebaliknya seorang lelaki

    menyerupai seorang wanita. Penyerupaan tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara

    berjalan, gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah terdapat

    perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi masing-masing diciptakan pula tabiat

    yang khusus sehingga mereka saling berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik

    kepada yang lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada pasangannya. Dengan

    begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk memakmurkan dunia. Namun sebaliknya penyerupaan

    antara yang satu dengan yang lain merupakan kenyataan yang melanggar norma kehidupan. Sekaligus

    sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah ditetapkan Allah kepada mereka.

    Lalu berkecamuklah di hadapan mereka faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan

    alami di antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan spesifikasi khas yang dimiliki

    dan yang membezakannya. Hingga mulailah terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat jantan

    (kelelakian) dan lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak dipentingkan

    kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.

    Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah perbuatan-perbuatan yang dapat

    menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis

    meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat disaksikan di

    Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada penghambaan terhadap nafsu syahwat.

    Malahan sebahagian perempuan dari masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai tempat

    pelampiasan hawa nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang belia-belia Islam.

    Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim,

    pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara

    dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut, merokok, bersuara

    lantang bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan

    tersebut.

    Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu

    Hurairah r.a yang berkata:

    Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaianperempuan atau pun perempuan yang memakai

    pakaian lelaki.

    Dari Ibnu Abbas yang berkata:

    Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan danperempuan yang menyerupai lelaki.

    Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:

    Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki menyerupai perempuan dalam pakaian

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    24/26

    atau pun perhiasan yang memang dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian

    pula kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat perbezaan

    pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi perempuan dibezakan dengan berhijab dan

    menutupi dirinya (tubuhnya).

    Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan kepada mereka yang memang

    sengaja melakukannya. Namun apabila penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan

    lahir/semulajadi) dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan

    beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia pun tetap dalam kebiasaan

    tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan

    lafaz (menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi: seorang pondan semulajadi

    (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam

    berjalan, berbicara, setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat merubah

    (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur sedangkan dia menolaknya, maka dia

    mendapat celaan.

    Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:

    Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan perempuan yang kelelakian.

    Sabdanya: Keluarkanlah mereka dari rumah-rumahmu. Ibnu Abbas berkata: Nabi SAW

    mengeluarkanseorang lelaki seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu. Jika

    seorang perempuan mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang sempit,

    bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat laknat dari Allah. Demikian pula dengan

    suaminya yang membiarkannya seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya serta tidak

    melarang dan mencegahnya padahal para suami diperintahkan untuk memelihara isteri mereka agar

    teguh di dalam ketaatan kepada Allah. Para suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari

    perbuatan maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

    Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari

    berbuat maksiat kepada Allah.

    (At-Tahrim: 6)

    Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir

    DARI SEGI PAKAIAN

    Tidak dibenarkan seorang muslim menyerupai orang kafir di dalam perbuatan, ucapan dan perayaan

    hari raya mereka. Hal ini dimaksudkan agar masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza

    dari yang lain dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan masyarakat muslim dengan

    masyarakat kafir di dalam perbuatan, ucapan, pakaian mahupun hari-hari raya mereka dapat

    mendorong mereka untuk menyerupai masyarakat kafir. Tentunya hal ini dapat menimbulkan kerosakan

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    25/26

    akidah dan dapat menghilangkan identiti keperibadian masyarakat muslim. Dan kemungkinan lebih jauh,

    bahawa mereka menjadi pengikut

    masyarakat yang memusuhi mereka. Padahal Islam tidak menghendaki penganutnya menjadi pengikut

    musuh-musuhnya. Akidah yang mereka pegang mengajarkan mereka menjadi pemimpin bagi manusia,

    bukannya menjadi pengikut bagi setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang bermaksud:

    Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati padahal kamulah orang-orang yang

    paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.

    (Ali Imran: 139)

    Adapun larangan untuk menyerupai dengan masyarakat kafir terdapat pada beberapa tempat di dalam

    al Quran al Karim. Demikianpula, terdapat di dalam sabda Rasulullah SAW. Firman Allah yang

    maksudnya:

    Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dariurusan agama, maka ikutilah syariat itu

    dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-

    kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan sesungguhnya orang-orang

    yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah

    pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa.

    (Al Jatsiah: 18-19)

    Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa sebahagian dari masyarakat kafir adalah wali bagi yang lain

    samada di dunia mahupundi akhirat. Namun tidak seorang walupun dari mereka yang dapat

    memberikan manfaat untuk mencapai pahala ataupun untuk menghindarkan diri mereka dari azab

    Allah. Sebaliknya, masyarakat muslimin yang bertakwa dan mendapat petunjuk, sesungguhnya Allah lah

    Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: Allah telah menjadikan bagi Nabi Muhammad SAW sebuah

    syariat lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengikuti syariat tersebut serta

    melarangnya agar mengikuti kehendak hati orang-orang yang tidak mengetahui. Termasuk ke dalam

    pengertian orang-orang yang tidak mengetahui tersebut adalah orang-orang yang menentang syariat

    yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

    MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB

    Tidak dibolehkan mengenakan pakaian yang tedapat gambar salib di dalamnya atau pun seumpamanya.

    Pkaian yang dilarang tersebut termasuklah tudung yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang

    lainnya. Larangan terhadap salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar dan lambang dari agama

    Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut sebagai lambang untuk sebuah akidah yang

    sesat. Iaitu anggapan yang mereka yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu mereka

    mensucikan salib sebagai dasar ketaatan terhadap akidah mereka dan menghormati atau pun

    mengagungkannya adalah cara untuk mendekati Tuhan. Allah Taala menyatakan bahawa anggapan

  • 8/2/2019 Wanita Yang Di Cintai Iblis

    26/26

    mereka tersebut adalah dusta dan kebohongan. Firman Allah yang bermaksud:

    Dan kerana ucapan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuhal Masih Isa putera Maryam, Rasul

    Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh)

    ialah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham

    tentang (pembunuhan) itu benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu, kecuali

    mengikuti persangkaan belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.

    Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi

    Maha Bijaksana.

    (An Nisa: 157-158)

    Hadis-hadis berikut ini menunjukkan adanya larangan mengenakan pakaian apa sahaja yang terdapat

    salib dan seumpamanya.Dari Imran Ibnu Hitthan, sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa

    Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada salibnya kecuali

    dihilangkannya.

    Dari Aisyah ra. yang berkata:

    Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya. Dari Abu al Jahhaf, katanya:

    Saya bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan padanya terdapat gambar-

    gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia melihat Umar membakar pakaian yang adagambar

    salibnya, dia pun menghilangkan salib dari pakaian itu.

    Dari riwayat para sahabat ini terdapat petunjuk tidak boleh memakai pakaian yang terdapat padanya

    salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak berani membakar pakaian tersebut.

    Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah SAW melihat pada tirai beberapa isterinya gambar

    salib, lalu baginda memerintahkan hingga mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun riwayat

    tersebut diatas, terdapat petunjuk yang jelas yang melarang memakai pakaian terdapat padanya gambar

    salib. Bila tidak, bererti kita menyerupai masyarakat Kristian yang telah menjadikan salib sebagai

    lambang akidah mereka yang batil mahupun sebagai syiar syariat mereka yang telah diselewengkan.

    Ibnu Qudamah berkata:

    Dibenci adanya gambar salib dalam pakaian kerana Imran Ibnu Hitthan telah meriwayatkan dari Aisyah

    ra. bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali

    dihancurkannya.