dialog antara sudu

Upload: latha

Post on 04-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

simulasi

TRANSCRIPT

LAMPIRAN A

Situasi : Senduk besi dan senduk plastik sedang berbual dalam dapur.Senduk plastik: Hai, senduk besi. Apa khabar ?Senduk besi: (Dengan suara yang sedih) Hai, senduk plastik. Khabar baik. Senduk plastik : Eh, kata khabar baik tetapi suara dan muka nampak sedih. Kenapa pula sedih kawanku ?Senduk besi : Kawan saya paku besi sudah berkarat. Oleh itu, tuan saya telah buang kawan saya ke dalam tong sampah. Saya rindu akan kawan saya. Sebab itulah saya sangat sedih.Senduk kayu : Ya, ya. Saya nampak kawan senduk besi yang berkarat itu telah dibuang oleh tuan kita. Tuan kata paku itu tidak berguna lagi. Hmmm.. warna paku itu pun tidak berseri seperti dulu. Warnanya pudar dan dah jadi perang. Permukaanya juga menjadi tidak licin.Senduk plastik : Aduhai, maafkan saya senduk besi. Saya tahu barang yang diperbuat daripada besi akan berkarat. Eh! Tetapi kamu tidak berkarat pun. Tuan beli kita pada masa yang sama. Ermmm..kira-kira dua tahun lalu. Sampai sekarang kamu masih nampak sihat dan berkilau. Apa rahsianya ?Senduk kayu : Ya, betul senduk plastik. Kenapa paku sahaja yang berkarat? Bukan kamu, senduk besi? Apa yang saya tahu barang yang diperbuat daripada besi akan berkarat dengan kehadiran air dan udara. Jadi, air dan udara menjadi faktor utama yang menyebabkan pengaratan. Betulkan?Senduk besi : Memang betul kawanku. Walaupun sumber asas kami adalah besi. Namun badan saya disadur oleh bahan logam lain. Oleh itu, saya tidak mudah akan berkarat. Ini adalah salah satu cara untuk mencegah pengaratan. Ada banyak cara lagi.Senduk plastik : Oh...Ini adalah pengetahuan baharu untuk saya. Kawanku, bolehkah saya tahu cara-cara lain untuk mencegah pengaratan?

Senduk kayu : Saya berminat juga kawanku. Tolong beritahu cara mencegah pengaratan.Senduk besi : erm...Saya tahu satu cara ini sahaja. Mari kita Tanya murid-murid 4 Vetri. Mereka murid-murid yang pandai dan mereka boleh menjawab soalan kita. Senduk kayu : Betul. Betul. Betul. Murid-murid boleh anda menyatakan cara lain untuk mencegah pengaratan.