di sini bermulanya

2
PENGHARGAAN BUATMU..GURU SEMELA 2015 Sebermula di sini..SMK Lajau 2015 secalit huruf di hujung fasih lidahmu bukan sedikit iltizam jitu merungkai kusut jahil benak anak-anak didik yang kehausan didikan sempurna Sebermula.. di hujung tuntas semangatmu bukan sedikit kudrat ikhlas memupuk wangi benih sahsiah anak-anak didik… bukan sedikit yang kau hamburkan di laman ilmu mewadah kegemilangan kau tetap ukirkan senyuman di bibir ceria tanpa lelah.. Berpaksikan monumen sejarah kejayaan gemilang… rentetan pada musim silih berganti.. meraih anugerah demi anugerah -Kecemerlangan akademik! -kokurikulum yang mantap! -Semarak Kualiti Pengurusan sekolah bervisi!.. dan apa lagi yang dipersoalkan??? Inilah saksi sebuah pengorbanan tulus meski jasa baktimu dijunjung seketika cuma namun… terbias kesyukuran dan rasa bangga di benak sanubari ini… melangkaui hambatan meraih impian di bumi SEMELA…

Upload: kimora

Post on 03-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

puisi

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN BUATMU..GURU SEMELA 2015

Sebermula di sini..SMK Lajau 2015secalit huruf di hujung fasih lidahmubukan sedikit iltizam jitumerungkai kusut jahil benakanak-anak didik yang kehausandidikan sempurna

Sebermula.. di hujung tuntas semangatmubukan sedikit kudrat ikhlasmemupuk wangi benih sahsiahanak-anak didik…bukan sedikit yang kau hamburkandi laman ilmu mewadah kegemilangankau tetap ukirkan senyumandi bibir ceria tanpa lelah..

Berpaksikan monumen sejarah kejayaan gemilang… rentetan pada musim silih berganti.. meraih anugerah demi anugerah-Kecemerlangan akademik!-kokurikulum yang mantap!-Semarak Kualiti Pengurusan sekolah bervisi!.. dan apa lagi yang dipersoalkan???

Inilah saksi sebuah pengorbanan tulusmeski jasa baktimu dijunjung seketika cumanamun… terbias kesyukuran dan rasa bangga di benak sanubari ini…melangkaui hambatan meraih impian di bumi SEMELA…

Sesungguhnya…jasa baktimu tetap terpahat dalam ingatanKaulah guru hebat..menjelajah minda meneroka peradabandari semangat kental dan iltizam paduyang telah kau tanamkan..pada setiap derap langkah perjalanan ini...Terima kasih guru…

Bingkisan jendela jiwa:

Cikgu Apidah Amin 2015