imbas di sini

2
APAKAH ITU GHI? Global Harmonization Initiative (GHI) merupakan jaringan komuniti saintis-saintis sedunia. Objektif GHI ialah mencapai konsen- sus sains dalam penggubalan undang-undang dan peraturan di peringkat global bagi memastikan sumber makanan adalah selamat dan berkhasiat kepada konsumer. Pengharmonisasian perundan- gan dan peraturan berkaitan keselamatan makanan adalah perlu dalam pembentukan polisi-polisi kerajaan. HUBUNGI KAMI [email protected] GHI-ASSOCIATION c/o Dr. Gerhard Schleining Department of Food Science and Technology Universität für Bodenkultur Muthgasse 18, 1190 Wien, Austria. KEAHLIAN Bagi membolehkan penyertaan secara global dari saintis-saintis sedunia tanpa bebanan kewangan, sebarang yuran keahlian tidak dikenakan oleh GHI. Permohonan menjadi ahli boleh dibuat pada pautan berikut: https://www.globalharmonization.net/become-a-member PERANGKAAN GLOBAL, IMPAK GLOBAL GHI menyediakan platform bagi membolehkan diskusi secara global yang bermatlamatkan pembangunan maklumat dan fakta saintifik untuk menjadi asas kepada perundangan di samping menyediakan forum bagi saintis dan teknologis untuk berhubung dengan pihak berkuasa sedunia. IMBAS DI SINI IMBAS DI SINI www.globalharmonization.net

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMBAS DI SINI

APAKAH ITU GHI?

Global Harmonization Initiative (GHI) merupakan jaringan komuniti saintis-saintis sedunia.

Objektif GHI ialah mencapai konsen-sus sains dalam penggubalan undang-undang dan peraturan di peringkat global bagi memastikan sumber makanan adalah selamat dan berkhasiat kepada konsumer.

Pengharmonisasian perundan-gan dan peraturan berkaitan keselamatan makanan adalah perlu dalam pembentukan polisi-polisi kerajaan.

HUBUNGI [email protected]/o Dr. Gerhard SchleiningDepartment of Food Science and TechnologyUniversität für BodenkulturMuthgasse 18, 1190 Wien, Austria.

KEAHLIANBagi membolehkan penyertaan secara global dari saintis-saintis sedunia tanpa bebanan kewangan, sebarang yuran keahlian tidak dikenakan oleh GHI.Permohonan menjadi ahli boleh dibuat pada pautan berikut:https://www.globalharmonization.net/become-a-member

PERANGKAAN GLOBAL, IMPAK GLOBALGHI menyediakan platform bagi membolehkan diskusi secara global yang bermatlamatkan pembangunan maklumat dan fakta saintifik untuk menjadi asas kepada perundangan di samping menyediakan forum bagi saintis dan teknologis untuk berhubung dengan pihak berkuasa sedunia. IMBAS DI SINI

IMBAS DI SINI

www.globalharmonization.net

Page 2: IMBAS DI SINI

Matlamat GHI adalah menghapuskan perbezaan dalam perundangan makanan antara negara-negara berbeza melalui maklumat dan dapatan saintifik yang boleh dijadikan asas dalam pembangunan polisi. Usaha ini dapat memberikan impak yang positif dalam aspek-aspek berikut:• Menghapuskan halangan perdagangan yang disebabkan oleh isu keselamatan makanan yang tidak berasas (Contohnya nilai maksimum sisa pestisid yang dibenarkan adalah berbeza mengikut negara dan bukan berdasarkan fakta saintifik)• Menyumbang kepada pengurangan krisis kebuluran dengan mengelakkan pemusnahan makanan yang mengandungi bahan semulajadi tetapi disalahertikan sebagai tidak selamat• Memupuk kesedaran bahawa tiada bahan yang bertoksik, tetapi konsentrasi bahan tersebut yang boleh menjadikannya toksik.• Di kebanyakan negara, penggunaan ujian haiwan adalah dibenarkan bagi membuktikan makanan adalah selamat. Amalan tersebut dilihat semakin mendapat perhatian pengguna. Walau bagaimanapun, kaedah ujian in vitro juga dapat memberikan analisis yang lebih tepat dan cepat berbanding ujian haiwan. GHI menggalakkan penggunaan kaedah tersebut yang seragam melalui latihan dan perkongsian pengetahuan.• Menyiasat maklumat salah berkaitan keselamatan makanan yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna dalam menggesa pihak berkuasa mengetatkan perundangan dan seterusnya boleh menjejaskan sekuriti makanan.• Membantu dan menggalakkan pelaporan tentang jenayah berkaitan keselamatan makanan yang boleh membahayakan kesihatan atau membawa maut melalui laman sesawang GHI tanpa mendedahkan identiti pelapor.• Membangunkan material pendidikan tentang keselamatan makanan bagi semua lapisan, dalam bahasa tempatan termasuk material bergambar bagi pengendali makanan yang mempunyai keupayaan membaca yang terhad.

Kumpulan Kerja GHI atau Working Groups (WGs) menyediakan platform bagi ahli-ahli saintis GHI dan pakar untuk bekerjasama, membentuk konsensus dan mengambil tindakan secara kolektif dalam bidang-bidang yang relavan terhadap misi GHI. Maklumat lanjut tentang WGs boleh didapati di: https://www.globalharmonzation.net/working-groups

Keselamatan Kimia Makanan , Pendidikan dan Latihan Pengendali Makanan, Etika dalam Amalan Keselamatan Makanan, Perundangan dan Peraturan Makanan, Mikrobiologi Makanan, Material Pembungkusan Makanan, Teknologi Pengawetan Makanan, Keselamatan Makanan Berkaitan Peraturan Pemakanan Mengikut Agama, Toksikologi Genetik dan Genomik, Jaringan Amaran Insiden Global, Mikotoksin, Nanoteknologi dan Makanan, Tatanama Keselamatan dan Kualiti Makanan, Nutrisi, Aspek Perundangan bagi Pengurangan Kerosakan Lepas Tuai, Sains Komunikasi

GHI dipimpin oleh Lembaga Internasional, dan disokong oleh Pengarah-Pengarah dan juga Pegawai-Pegawai. Lembaga Internasional dilantik melalui Mesyuarat Agung dan dianggotai oleh 10 ahli iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan, Setiausaha Agung, Bendahari, Ahli Majlis dan 4 Ahli Jawatankuasa Umum. Selain itu, GHI juga mempunyai Pengarah Komunikasi, Pengarah “Ambassadors Programme” dan juga Pengarah Keahlian. Maklumat lanjut boleh diperolehi pada pautan: https://www.globalharmonization.net/leadership

GHI telah didaftarkan di Vienna, Austria sebagai Global Harmonization Initiative Associa-tion dan merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (Nombor pendaftaran: 453446383).

GHI juga diiktiraf di Belanda sebagai ANBI (Algemeen Nut Beogende Instelling = Institution for the General Benefit; Nombor fiskal: 823848607). GHI adalah sebuah perbadanan yang telus dan tidak menerima sebarang pembiayaan dari industri atau pihak kerajaan. Pematuhan kepada perlembagaan GHI adalah dipantau oleh Jawatankuasa Penyeliaan GHI.Ahli GHI tidak mewakili majikan mereka. Keahlian adalah secara individu dan sumban-gan kepada GHI adalah berdasarkan sikap saintifik di kalangan ahli.

MISI

GLOBAL HARMONIZATION INITIATIVE

KEPIMPINAN

GHI

SENARAI

KUMPULAN KERJA

GHI menerbitkan surat berita sebanyak lima kali setahun. Lihat:https://www.globalharmonization.net/ghi-matters

| Diterjemahkan oleh: Noor Zafira Noor Hasnan |

NEWSLETTER

GHI MATTERS

GHI

KUMPULAN KERJA

Ambassador Programme telah ditubuhkan untuk memperkasakan ahli-ahli GHI yang mewakili negara atau rantau mereka. GHI pada masa kini mempunyai ahli-ahli yang dilantik sebagai Ambassadors di kebanyakan negara dan menjemput permohonan dari negara-negara yang masih belum diwakili. Maklumat perhubungan boleh didapati di pautan: https://www.globalharmonization.net/ambassadors

AMBASSADORS

PROGRAMME

STRUKTUR

ORGANISASI

GLOBAL HARMONIZATION INITIATIVE