klik di sini untuk memuat turun falsafah pengawalseliaan

40
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Upload: phamthuy

Post on 15-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: +603 6204 8000 Faks: +603 6201 5082 Laman sesawang: www.sc.com.my

SURUHANJAYASEKURITIMALAYSIAFALSAFAHPENGAWALSELIAAN

Page 2: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYASEKURITIMALAYSIAFALSAFAHPENGAWALSELIAAN

Page 3: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

HAK CIPTA©Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2015Semua hak terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan atau dimasukkan ke dalam sistem perolehan semula, atau disiarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara (grafik, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya) tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

PENAFIANBuku ini bertujuan untuk memberi pemahaman umum mengenai subjek yang dibincangkan dan ia bukan suatu penulisan lengkap. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perundangan mahu pun mengurangkan sebarang kewajipan.

Page 4: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

KANDUNGANMUKADIMAH v

PENGENALAN 1PERANAN DAN FUNGSIKONSEP PENGAWALSELIAANFUNGSI KAWAL SELIA SCMENGAPA KAMI MENGAWAL SELIA PASARAN MODALJALINAN KERJASAMAEVOLUSI PENGAWALSELIAAN KAMI

TONGGAK PENGAWALSELIAAN

KEBERKADARAN 9

KETELUSAN 10

HASIL KAWAL SELIA 12

PENGAWALSELIAAN 131. KEBERCUALIAN KAWAL SELIA 142. PENGAWALSELIAAN BERASASKAN PRINSIP, BERORIENTASIKAN HASIL 15

PERLINDUNGAN PELABUR 163. MEMPERKASA PELABUR 16

BERKEMBANG MAJU DENGAN TADBIR URUS 194. PASARAN MODAL YANG BERDAYA SAING 195. TADBIR URUS YANG BAIK – KOMPONEN PENTING BUDAYA PERNIAGAAN 226. INOVASI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB 247. PASARAN MODAL YANG ADIL DAN TERATUR 25

PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN 268. PENGAWASAN PROGRESIF DAN BERTUMPU RISIKO 269. PENDEKATAN PENGUATKUASAAN STRATEGIK YANG KUKUH DAN 30 BERKESAN

KESIMPULAN 32

Page 5: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

iv | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Page 6: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | v

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah sebuah badan kawal selia yang diberi mandat oleh Parlimen untuk membangunkan dan mengawal selia pasaran modal Malaysia. Sebagai sebuah badan pengawal selia, SC terlibat dalam aspek-aspek penggubalan peraturan, pemberian kebenaran, pengawasan dan penguatkuasaan pasaran modal, memainkan peranan penting untuk memastikan rangka kerja yang kukuh dan terus memudahcarakan pembangunan demi kemakmuran ekonomi negara. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus serta memudahcarakan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.

Permintaan pelabur dan kemajuan teknologi telah menggalakkan inovasi produk, menghasilkan produk yang lebih kompleks, dan mewujudkan cara dan kaedah baharu dalam menjalankan urusan perniagaan dalam era perubahan yang dibawa oleh kemajuan digital. Semua ini akan memberi kesan kepada peningkatan penyertaan dalam pasaran dengan penggalakan aliran modal, yang menyumbang kepada kecairan yang lebih tinggi, merangsang peruntukan modal yang cekap dan meningkatkan kestabilan kewangan pasaran. Walau bagaimanapun, dengan persekitaran pasaran modal yang dinamik dan semakin berdaya saing, di peringkat serantau dan global, pengawalseliaan kami mesti menyahut perubahan ini dan bersedia mengharunginya.

Kami ingin memaklumkan kepada pihak berkepentingan mengenai cara kami menjalankan fungsi kawal selia dan apa yang akan diberikan kepada mereka buat beberapa tahun akan datang apabila kami memperkemas rangka kerja kami yang berdasarkan sembilan hasil kawal selia yang diperjelaskan dalam dokumen ini.

Bagi memperolehi hasil tersebut, kami akan terus mengguna pakai prinsip keberkadaran dan ketelusan. Prinsip keberkadaran membolehkan kami menentukur pengawalseliaan kami agar ia setara dengan risiko yang wujud dalam pasaran, peserta, produk dan perkhidmatan serta standard tatalaku yang diamalkan dalam pasaran Dengan mengambil kira kepentingan tingkah laku yang berkait dengan kepercayaan dan

MUKADIMAH

Page 7: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

vi | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

keyakinan dalam pasaran modal, kami berharap dapat mewujudkan dan menggalakkan tingkah laku yang baik dengan memaklumkan harapan kami serta memberikan maklumat yang relevan dan bermakna kepada pihak berkepentingan, sebagai sebahagian daripada prinsip ketelusan kami.

Suruhanjaya Sekuriti MalaysiaMac 2015

Page 8: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 1

PENGENALAN

PERANAN DAN FUNGSI

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), bertanggungjawab untuk membangunkan dan mengawal selia pasaran sekuriti dan derivatif di Malaysia,1 yang secara kolektif dirujuk sebagai pasaran modal. Fungsi dan kuasa kami dinyatakan dalam SCA, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA). Secara kolektif, undang-undang ini dirujuk sebagai undang-undang sekuriti.

KONSEP PENGAWALSELIAAN

Konsep pengawalseliaan secara umum merujuk kepada proses penggubalan peraturan, pemberian kebenaran, pengawasan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh SC ke atas pasaran modal. Penggubalan peraturan merupakan proses pewujudan standard rasmi yang mesti dipatuhi oleh individu dan syarikat. Pemberian kebenaran adalah fungsi pengawalan yang mengawal selia kemasukan individu atau produk ke dalam pasaran. Pengawasan memastikan standard yang diwujudkan tersebut terus diamalkan dan dipatuhi serta membolehkan kami memantau risiko sebenar, yang berpotensi atau ditanggap. Penguatkuasaan memupuk pematuhan dengan memastikan tindakan yang setimpal dikenakan ke atas mana-mana pelanggaran undang-undang.

Pengawalseliaan pasaran modal kami melibatkan pelbagai fungsi, penggubalan peraturan, pemberian kebenaran, pengawasan dan penguatkuasaan, memandangkan dinamiknya keempat-empat proses ini dalam memainkan peranan untuk memastikan rangka kerja pasaran modal kami teguh dan terus memudahcarakan pertumbuhan.

FUNGSI KAWALSELIA SC

PengawasanPemberian Kebenaran

Penggubalan Peraturan

Penguatkuasaan

1 Aktiviti pasaran modal di Labuan dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Page 9: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

2 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

MENGAPA KAMI MENGAWAL SELIA PASARAN MODAL

Objektif pengawaseliaan pasaran modal kami adalah sejajar dengan objektif pengawalseliaan sekuriti Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO).

Kami mengawal selia pasaran modal untuk–

Secara kolektif, ketiga-tiga objektif tersebut menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan. Pasaran modal merupakan perantara yang membolehkan modal disalurkan kepada mereka yang memerlukannya dan risiko yang berkaitan dengannya ditanggung oleh mereka yang bersedia menanggungnya. Dalam sistem yang mana risiko dan ganjaran boleh bertukar tangan, adalah penting bagi semua pihak untuk mempercayai bahawa risiko dan ganjaran tersebut akan diperuntukkan dengan adil dan cekap, secara termaklum bersandarkan maklumat yang jelas.

Oleh itu, pengawalseliaan adalah bertujuan untuk menggalakkan kepercayaan dengan memastikan maklumat yang relevan dan tepat disebarkan tepat pada masanya. Penzahiran sedemikian menyumbang kepada integriti proses pembentukan harga, yang mana memainkan peranan penting dalam memastikan pasaran beroperasi secara adil.2 Proses pembentukan harga yang boleh dipercayai dapat membina keyakinan dengan mengurangkan perbezaan harga, seterusnya mengurangkan kos urus niaga dan kos pencarian bagi peserta pasaran.

Komponen utama yang mengekalkan kepercayaan dan keyakinan dalam pasaran adalah pemeliharaan integriti pasaran. Pengawalseliaan pasaran modal di Malaysia adalah bertujuan memupuk integriti pasaran dalam pelbagai cara. Ini termasuk mengenakan keperluan layak dan sesuai ke atas individu yang berlesen dan berdaftar, menetapkan standard tatalaku mandatori, serta mendapatkan kelulusan dan penzahiran untuk produk

Melindungi pelabur

Memastikan pasaran yang adil, cekap dan telus

Mengurangkan risiko sistemik

2 Selain daripada penzahiran, pengawalseliaan juga boleh menyumbang kepada pembentukan pasaran yang adil dengan menggalakkan ketelusan dalam dagangan serta pengesanan dan penghalangan manipulasi dan juga amalan dagangan tidak saksama yang lain.

Page 10: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 3

yang boleh diakses oleh pelabur runcit. Keperluan ini penting kerana kesediaan orang ramai untuk menyertai pasaran modal bergantung kepada keyakinan mereka terhadap kualiti pengantara, pasaran, produk, perkhidmatan dan maklumat yang disediakan kepada mereka.

Pengawalseliaan bertujuan untuk mengurangkan risiko sistemik. Risiko sistemik merujuk kepada mana-mana kesan buruk yang berpotensi merebak ke dalam sistem kewangan dan seterusnya kepada ekonomi yang lebih luas. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko sistemik termasuk reka bentuk, pengedaran atau tingkah laku bagi produk pelaburan tertentu dalam keadaan tertekan; aktiviti atau kegagalan sesebuah entiti yang dikawal selia; gangguan pasaran; atau integriti pasaran terjejas. Risiko sistemik juga boleh berlaku apabila hilangnya kepercayaan atau keyakinan secara beransur-ansur terhadap pasaran.3 Oleh itu, pengawalseliaan harus mensasarkan usaha untuk mengurangkan risiko kegagalan, dan pada masa yang sama memastikan kegagalan pasaran dan pesertanya tidak memberi kesan negatif yang lebih besar terhadap kedudukan kewangan orang awam dan ekonomi secara keseluruhannya.

Melalui pelaksanaan fungsi kawal selia, kami mahu mencapai objektif teras pengawal-seliaan kami iaitu perlindungan pelabur; memastikan pasaran yang adil, cekap dan telus; dan mengurangkan risiko sistemik – aspek penting dalam menggalakkan dan merangsang pertumbuhan pasaran kita.

JALINAN KERJASAMA

SC merupakan sebuah institusi yang melapor kepada Menteri Kewangan. Dalam menjalankan fungsi pengawalseliaan, kami bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, badan-badan kawal selia dan persatuan industri.4 Agensi kerajaan dan badan kawal selia tersebut antara lain termasuk Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia (BNM),5 Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

3 Mitigating Systemic Risk – A Role for Securities Regulators (IOSCO, 2011) www.iosco.org/library/pubdocs/pdf/IOSCOPD347.pdf

4 Persatuan industri termasuk Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM), Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), Persatuan Broker Niaga Hadapan Malaysia (MFBA), Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM), Persatuan Syarikat Amanah Malaysia (ATCM), Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).

5 Bank Negara Malaysia.

Page 11: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

4 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Jabatan Peguam Negara

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicaranya, untuk memulakan, melaksanakan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan. Dalam melaksanakan pendakwaan jenayah, kami tertakluk di bawah Jabatan Peguam Negara. Pelaksanaan sebarang pendakwaan jenayah dan tawaran kompaun di bawah undang-undang sekuriti memerlukan persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

Bank Negara Malaysia

Memandangkan pasaran modal merupakan komponen penting dalam keseluruhan pasaran kewangan, pengawasan pasaran kewangan adalah menjadi tanggungjawab bersama BNM dan SC. Institusi-institusi kewangan6 dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pasaran modal tertentu sebagai orang berdaftar7 dan dikehendaki mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan di bawah undang-undang sekuriti.

Kami bekerjasama dengan BNM dalam bidang tertentu seperti penggubalan dasar dan pindaan kepada undang-undang, pengawalseliaan dan pengawasan entiti di bawah pengawasan kawal selia bersama kami, pengawasan sistem pembayaran, pengiktirafan bersama perancang kewangan dan penasihat kewangan, serta penyiasatan dan penguatkuasaan. Kerjasama ini terkandung dalam Memorandum Persefahaman 2012 (MoU 2012).8

MoU 2012 tersebut meningkatkan dan memperluas kerjasama dan perkongsian maklumat dalam bidang kritikal untuk menangani ancaman kepada kestabilan kewangan dan risiko sistemik, termasuk pengawasan kumpulan-kumpulan kewangan, pengurusan krisis kewangan, pengawasan pasaran wang dan derivatif, menangani ancaman yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, serta pemantauan juruaudit institusi kewangan.

6 Menurut takrifan di bawah seksyen 2 Akta Bank Negara Malaysia 2009.7 Seksyen 76 CMSA, bersama dengan Bahagian 1 Jadual 4 CMSA.8 MoU 2012 adalah berdasarkan dua MoU terdahulu yang ditandatangani masing-masing pada 2002 dan 2007.

Page 12: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 5

Bursa

Undang-undang sekuriti mengiktiraf peranan bursa saham dan derivatif sebagai pengendali pasaran dan kewajipan statutori mereka untuk mengekalkan pasaran yang teratur dan adil.

Setiap bursa juga bertanggungjawab untuk menyelia peserta9 mereka dengan memastikan peserta pasaran mematuhi peraturan perniagaan bursa, dan bagi syarikat tersenarai, pematuhan terhadap keperluan penyenaraian. Berikutan demutualisasinya, Bursa Malaysia Bhd telah disenaraikan di bursa sahamnya sendiri. Dalam usaha untuk memastikan bahawa Bursa Malaysia terus memenuhi mandat kepentingan awamnya, undang-undang sekuriti telah memperuntukkan, antara lain, pengawasan SC ke atas bursa yang berperanan sebagai pengawal selia barisan hadapan dan syarat bahawa sepertiga daripada ahli lembaga pengarah syarikat induk bursa dan bursa-bursa di bawah syarikat induk bursa haruslah terdiri daripada pengarah berkepentingan awam.

Organisasi Swaatur

Undang-undang sekuriti juga memberi pengiktirafan kepada organisasi pengawalseliaan sendiri (SRO). SRO merupakan organisasi kendalian ahli yang menetapkan dan menguatkuasakan standard dan peraturan tatalaku minimum. Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), yang ahli-ahlinya terdiri daripada pengedar unit amanah dan ejen-ejen mereka, merupakan SRO yang diiktiraf di bawah seksyen 323 CMSA. Sebagai sebuah SRO, undang-undang sekuriti mewajibkan FIMM untuk menggalakkan standard tatalaku yang wajar dalam kalangan ahli-ahlinya.

Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti

Persekitaran pasaran kewangan yang semakin bersifat sejagat menuntut rangka kerja pengawalseliaan kami mencerminkan realiti kesalinghubungan dalam pasaran kewangan. Oleh kerana ketaksamaan kawal selia antara bidang kuasa menggalakkan arbitraj kawal selia, adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa pendekatan pengawalseliaan kami adalah sejajar dengan standard antarabangsa dan amalan terbaik semasa.

9 ‘Peserta’ termasuk syarikat broker saham dan broker derivatif.

Page 13: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

6 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Bagi pengawal selia sekuriti di seluruh dunia, standard sedemikian dikeluarkan oleh IOSCO, sebuah badan pelbagai organisasi yang mewakili pengawal selia dari 105 bidang kuasa. Ahli-ahli IOSCO secara kolektif bertanggungjawab dalam mengawal selia lebih daripada 95% pasaran modal dunia. Standard yang dikeluarkan oleh IOSCO menetapkan secara terperinci ciri-ciri rangka kerja kawal selia sekuriti yang berkesan dan komprehensif.

SC merupakan penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala IOSCO mengenai Perundingan dan Kerjasama dan Pertukaran Maklumat (MMoU).10 MMoU ini memudahcarakan kerjasama antara pihak yang berkenaan dalam bidang pertukaran maklumat dan penguatkuasaan undang-undang sekuriti.

EVOLUSI PENGAWALSELIAAN

1993–2007

Pada awal tahun 1993, industri sekuriti dikawal selia oleh pelbagai agensi dan keadaan ini telah menimbulkan beberapa kesulitan apabila industri berkembang pesat dan menjadi semakin kompleks.

Pengawalseliaan yang lebih teratur dan berkesan dari segi kos ternyata diperlukan, lebih-lebih lagi dengan meningkatnya ciri-ciri global urus niaga sekuriti serta mengambil kira kesan daripada infrastruktur pengawalseliaan yang tidak cekap kepada daya saing pasaran pada masa hadapan. Kesedaran ini menuntut agar sebuah agensi kawal selia yang lebih khusus diwujudkan, dan ini telah membawa kepada penubuhan SC pada bulan Mac 1993.11

Fokus pengawalseliaan dari tahun 1993 hingga 2007 adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk menyediakan asas bagi membolehkan pasaran modal mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang, memandangkan peranan pasaran modal yang semakin penting dalam membiayai kemakmuran ekonomi Malaysia.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memusatkan pengawalseliaan unit amanah dan pengumpulan dana kepada SC, masing-masing pada tahun 1996 dan 2000. Berikutan krisis kewangan Asia 1997, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan tadbir

10 Sehingga 16 Februari 2015, terdapat 105 penandatangan MMoU tersebut. 11 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Capital Market Development in Malaysia: History and perspective (Suruhanjaya Sekuriti,

2004).

Page 14: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 7

urus korporat, termasuk peraturan mengenai urus niaga pihak berkaitan. Pada tahun 2004, Bursa Saham Kuala Lumpur (kemudiannya dinamakan “Bursa Malaysia”) telah didemutualisasi bagi membolehkannya bertindak balas terhadap perubahan dinamik pasaran dan melaksanakan strategi berorientasikan komersial secara berkesan dan tepat pada masanya.

CMSA dan selepasnya

Pada tahun 2007, CMSA telah diperkenalkan. CMSA bukan sahaja menggabungkan Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 menjadi satu undang-undang tunggal, tetapi CMSA juga memperkenalkan satu sistem pelesenan tunggal untuk menggantikan pelbagai lesen yang dikeluarkan kepada entiti yang menjalankan pelbagai aktiviti yang dikawal selia. Kami terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan proses pelesenan. Pada tahun 2011, keperluan untuk pembaharuan lesen tahunan telah dimansuhkan dan proses rayuan bagi pemegang lesen telah dipermudahkan.

CMSA telah dipinda pada tahun 2011 dan 2012 untuk memudahcarakan penawaran produk baharu seperti skim persaraan swasta dan amanah perniagaan bagi memperluas industri pengurusan aset dan mengembangkan pelbagai struktur pembiayaan – khususnya struktur pembiayaan yang boleh memanfaatkan tabungan domestik yang semakin besar.12

Melangkah ke hadapan

Pengawalseliaan kami telah berkembang seiring dengan perubahan landskap untuk memastikan pasaran modal kekal bberdaya tahan dan terus menyumbang kepada pembangunan negara. Kami terus berusaha ke arah menyediakan persekitaran yang membolehkan syarikat-syarikat berinovasi dan pelabur dilayan dengan adil.

Pada tahun 2012, rangka kerja pengawalseliaan kami telah dinilai secara bebas oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di bawah Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP). Laporan yang dikeluarkan pada bulan Februari 2013 (Laporan FSAP 2013) mengesahkan kepatuhan rangka kerja pengawalseliaan kami terhadap Objektif dan Prinsip Pengawalseliaan Sekuriti IOSCO (Prinsip IOSCO) yang mana kami telah diberi penarafan “Dilaksanakan Sepenuhnya” untuk 92% daripada Prinsip IOSCO tersebut.

12 Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan pasaran modal Malaysia pasca 2003, sila rujuk Capital Market Development in Malaysia: Growth, Competitiveness and Resilience, (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 2014).

Page 15: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

8 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Perubahan yang telah dilakukan terhadap pendekatan kami selama ini menggambarkan evolusi secara beransur-ansur tetapi mantap dalam cara kami mengawal selia. Kami sentiasa menilai keberkesanan dan sempadan pengawalseliaan bagi memastikan keperluan kawal selia dan rangka kerja kami menangani secukupnya risiko yang berupaya menggangu gugat objektif pengawalseliaan pasaran modal.13 Kami juga mengambil kira perkembangan di peringkat global dan tempatan bagi memastikan rangka kerja kawal selia kami adalah sejajar dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa.

Melangkah ke hadapan, struktur rangka kerja kawal selia pasaran modal kami harus memberi respons terhadap pertumbuhan pesat kemajuan teknologi, inovasi, urus niaga rentas sempadan dan aliran pelaburan yang semakin bertambah, kerumitan produk dan perkhidmatan, serta peningkatan risiko tatalaku.

Berdasarkan perbincangan di atas, dokumen ini menjelaskan hasil yang ingin diperolehi daripada usaha pengawalseliaan kami. Hasil kawal selia tersebut disokong oleh dua tonggak penting – Perkadaran dan Ketelusan.

13 Objektif pengawalseliaan pasaran modal dibincangkan di halaman 2.

Page 16: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 9

Pengawalseliaan pasaran modal hendaklah bersifat mudah suai – ia mesti mengimbangi keperluan perniagaan dengan perlindungan pelabur. Pengawalseliaan juga harus mampu untuk bertindak balas kepada peristiwa yang berlaku dalam pasaran dan ekonomi, inovasi dan teknologi yang pesat berkembang. Mencapai matlamat kecekapan perniagaan dan perlindungan pelabur memerlukan keseimbangan yang teliti dalam struktur rangka kerja pengawalseliaan kami. Usaha ini menjadi lebih mencabar apabila pasaran modal mencapai integrasi yang lebih kukuh, dan isu-isu kawal selia dan daya saing timbul di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Untuk mencapai persekitaran kawal selia yang seimbang, cekap dan berkesan, kami mengguna pakai prinsip Keberkadaran – pendekatan yang memudahcarakan pertumbuhan dan pembangunan tetapi kekal bersesuaian dengan matlamat, menyedari bahawa peserta pasaran adalah berbeza dari segi risiko yang mereka hadapi dan manfaat yang dihasilkan.

Keberkadaran yang kami maksudkan ialah tahap usaha kawal selia kami terhadap pasaran, produk, perkhidmatan, peserta dan aktiviti pasaran perlu setara dengan risiko yang dihadapi, standard tatalaku yang diamalkan dan hasil yang ingin dicapai. Ini bermakna bahawa sebarang campur tangan atau instrumen kawal selia harus membawa hasil yang diingini dengan cara yang paling berkesan, mengenakan syarat hanya apabila diperlukan, mempertimbangkan alternatif kepada pengawalseliaan dan meminimumkan risiko akibat yang tidak diingini.

KEBERKADARAN TONGGAK PENGAWALSELIAAN

Page 17: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

10 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Ketelusan menyokong kebertanggungjawaban kami terhadap pihak awam dan pihak berkepentingan serta membantu kami untuk menstruktur pengawalseliaan berkadar. Ketelusan bermaksud menyalurkan maklumat yang berkaitan dan bermakna mengenai penyampaian fungsi kami seperti penggubalan peraturan dan standard, pendekatan penyeliaan dan kebimbangan terhadap risiko yang muncul. Kami akan mendedahkan maklumat mengenai sesuatu perkara yang kami percaya perlu diketahui oleh orang awam dan apabila undang-undang membenarkan kami untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menzahirkan maklumat jika penzahiran itu boleh memudaratkan kepentingan awam.

Matriks Ketelusan kami memberikan contoh-contoh penzahiran yang akan dilakukan bagi setiap fungsi kawal selia kami dan objektif yang disasarkan untuk pendedahan tersebut.

MATRIKS KETELUSAN SC Fungsi

kawal selia kami

Kekhuatiran am

kawal seliaPenggubalan

peraturanPemberian Kebenaran Pengawasan Penguatkuasaan

Apa yang akan kami lakukan

Menyediakan maklumat mengenai risiko yang muncul, dasar dan bidang tumpuan kawal selia

Berkongsi penjelasan dan maklum balas mengenai peraturan yang dicadangkan, standard dan pembabitan dalam rundingan awam

Menyediakan penjelasan lazim untuk –

i. penolakan; atau

ii. kelewatan

dalam pemberian kebenaran dan pada masa yang sama mengekalkan ketanpanamaan pihak terlibat

Berkongsi maklumat mengenai –

i. amalan baik dalam kalangan syarikat;

ii. tumpuan semakan tematik kami dan hasilnya; dan

iii. kelemahan struktur dan prosedur yang lazim dalam kalangan syarikat

Berkongsi maklumat mengenai inisiatif penguatkuasaan, tindakan dan hasil

TONGGAK PENGAWALSELIAAN

KETELUSAN

Page 18: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 11

Fungsi kawal selia

kami

Kekhuatiran am

kawal seliaPenggubalan

peraturanPemberian Kebenaran Pengawasan Penguatkuasaan

Objektif kami

Membolehkan peserta pasaran modal dan SC bekerjasama untuk mengurangkan risiko yang akan berlaku dan kos perubahan kawal selia

• Perumusan peraturan yang munasabah

• Memaklumkan orang awam tentang peraturan baharu

• Menggalakan pematuhan kepada peraturan

• Membantu peserta pasaran menyedari akan keperluan/syarat yang kami tetapkan

• Membantu peserta baharu pasaran memahami proses pemberian kebenaran kami

Menggalakkan pematuhan oleh peserta pasaran dan menggalakkan swaatur

• Membantu orang awam memahami apa yang kami lakukan dan mengapa kami melakukannya

• Membentuk tingkah laku dan menggalakkan tadbir urus yang baik

• Mencegah tatalaku yang dilarang

Dengan memaklumkan kekhuatiran dan jangkaan kami, adalah diharapkan agar ianya dapat menggalakkan pihak berkepentingan untuk menjalin kerjasama dengan kami dalam mencapai hasil pengawalseliaan. Pembabitan kami bersama pihak berkepentingan akan kekal sebagai satu usaha yang berterusan. Kami komited untuk mengamalkan dasar pintu terbuka dalam menerima maklum balas bagi membolehkan kami terus menambah baik cara kami mengawal selia pasaran modal.

Page 19: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

12 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

PENGAWALSELIAAN

• Keberkecualiankawalselia

• Pengawalseliaanberasaskan prinsip, berorientasikan hasil

PERLINDUNGAN PELABUR

• Memperkasa pelabur

PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN

• Pengawasanprogresifdanbertumpu risiko

• Pendekatanpenguatkuasaanstrategik yang kukuh dan berkesan

BERKEMBANG MAJU DENGAN TADBIR URUS

• Pasaranmodalyangberdaya saing

• Tadbirurusyangbaik– komponen penting budaya perniagaan

• Inovasikewanganbertanggungjawab

• Pasaranmodal yang adil dan teratur

Kami ingin mencapai

hasil kawal selia berikut

HASIL KAWAL SELIA

Hasil kami disokong oleh dua Tonggak

KEBERKADARAN KETELUSAN

Page 20: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 13

1. KEBERKECUALIAN KAWAL SELIA

Keberkecualian kawal selia bermaksud pengawalseliaan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pasaran, peserta, produk atau perkhidmatan tertentu tanpa justifikasi kawal selia atau dasar yang jelas. Oleh itu, ia menyokong pemakaian pengawalseliaan yang konsisten dan adil di seluruh pasaran dan mengurangkan risiko arbitraj pengawalseliaan atau tatalaku yang tidak selari dengan maksud kawal selia.

Struktur kawal selia Malaysia bagi pasaran kewangan adalah berdasarkan kepada pendekatan berasaskan institusi. Menurut pendekatan ini, struktur undang-undang entiti, sebagai contoh, sama ada ia ditubuhkan sebagai sebuah bank, broker saham atau syarikat insurans, akan menentukan pengawal selia yang bertanggungjawab untuk mengawasi aktiviti yang dikawal selia dari perspektif tatalaku berhemat dan tatalaku perniagaan. Banyak konglomerat kewangan hari ini terbabit dalam kepelbagaian produk dan perkhidmatan serta saluran perniagaan, tanpa mengambil kira status atau struktur undang-undang mereka. Apabila pengawal selia meluaskan skop perniagaan yang dibenarkan kepada entiti yang dikawal selia, akan berlaku pertindihan bidang kuasa ke atas aktiviti tersebut dengan penyelia atau pengawal selia yang lain. Potensi ketidaktekalan dalam pemakaian peraturan dan undang-undang oleh pengawal selia yang berbeza mungkin timbul, disamping masalah yang berkaitan dengan penyelarasan antara agensi.

Memandangkan banyak institusi dan produk perkhidmatan kewangan telah berkembang daripada jenis perniagaan institusi mereka – iaitu perbankan, insurans dan sekuriti – wujud keperluan untuk menyusun semula pendekatan pengawalseliaan kami. Tumpuan kami kini beralih daripada pengawalseliaan bertumpu kepada institusi dan produk kepada pengawalseliaan yang lebih berasaskan aktiviti, yang membuka jalan kepada keberkecualian kawal selia. Pengawalseliaan yang distrukturkan untuk memberi tumpuan kepada produk atau institusi tertentu berisiko menjadi ketinggalan zaman kerana pasaran boleh berkembang dengan pantas dan tidak memerlukan struktur produk dan institusi yang sebelum ini dianggap sesuai.

HASIL KAWAL SELIA

PENGAWALSELIAAN

Page 21: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

14 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Dalam kami memberi tumpuan kepada aktiviti berbanding produk, salah satu perkara penting yang membimbangkan ialah kemunculan risiko tatalaku. Risiko tatalaku merupakan risiko yang timbul melalui cara syarikat dan kakitangannya menjalankan kerja mereka, sebagai contoh, dari aspek tadbir urus, cara pelabur dilayan, ganjaran kakitangan, struktur insentif dan bagaimana konflik kepentingan diuruskan. Dalam menguatkuasakan tatalaku yang baik, kami akan menyelaraskan semula pendekatan kami daripada yang bertumpu pengantara kepada yang bertumpu ekosistem, yang mana pengawalseliaan tatalaku akan menyepadukan hasil yang berorientasikan pelabur dengan keputusan perniagaan dan diperluaskan untuk merangkumi semua individu yang menjalankan aktiviti pasaran modal.

Page 22: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 15

2. PENGAWALSELIAAN BERASASKAN PRINSIP, BERORIENTASIKAN HASIL

Pengawalseliaan berasaskan prinsip dan berorientasikan hasil merupakan satu evolusi dalam perhubungan kawal selia antara pengawal selia dan pihak yang dikawal selia. Ia merupakan peralihan daripada pengawalseliaan secara memberi arahan dan mengawal kepada pengawalseliaan yang berasaskan kerjasama dan saling mempercayai apabila standard yang ditetapkan telah dipenuhi. Kejayaannya bergantung kepada kerjasama erat antara pengawal selia dan pihak berkepentingan, serta pengawasan dan penguatkuasaan yang kukuh.

Pengawalseliaan berasaskan prinsip menekankan standard menyeluruh berbanding peraturan preskriptif dan terperinci, dengan lebih tertumpu kepada hasil dan bukannya menetapkan proses. Pendekatan ini membawa mesej bahawa terdapat lebih daripada satu cara untuk mencapai hasil pengawalseliaan. Dengan menyatakan dengan jelas hasil yang kami inginkan, syarikat-syarikat diberi ruang untuk mencapai matlamat perniagaan mereka tanpa menjejaskan hasil pengawalseliaan tersebut.

Sehubungan ini, pembabitan bersama pihak berkepentingan secara terbuka dan berterusan adalah penting. Pembabitan ini bukan sahaja dapat membantu penambahbaikan dan menjelaskan standard yang telah ditetapkan, malah ia turut berpotensi dalam mengurangkan tentangan terhadap peraturan dan kewajipan yang dikenakan ke atas pihak berkepentingan kami dengan melibatkan penyertaan aktif mereka dalam proses penggubalan peraturan kami.

Mengamalkan pengawalseliaan berasaskan prinsip tidak bermakna kami tidak akan menetapkan pencirian peraturan sebagai sebahagian daripada pengawalseliaan kami. Walaupun prinsip umum mungkin sesuai bagi tatalaku perniagaan dan pelaburan, kami akan memastikan wujud ketepatan dan kejelasan apabila mengenakan kewajipan mandatori ke atas peserta pasaran dan pelabur.

Page 23: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

16 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

3. MEMPERKASA PELABUR Pasaran modal terus berkembang dari segi saiz, struktur dan kerumitannya. Kesannya, pelabur mempunyai akses yang lebih besar dan lebih mudah kepada maklumat dan lebih berupaya melabur dalam pelbagai produk di pasaran global. Sebelum ini, kami bergantung kepada penzahiran dan mengambil tindakan penguatkuasaan sebagai satu kaedah untuk melindungi pelabur. Walau bagaimanapun, peristiwa kewangan global baru-baru ini serta kajian ke atas tatalaku pelabur telah mendorong beberapa pengawal selia (termasuk SC) untuk mengkaji semula pendekatan mereka terhadap perlindungan pelabur.

Bagi mengukuhkan perlindungan pelabur dalam pasaran modal, kami akan memberi lebih penekanan terhadap usaha untuk memperkasa pelabur. Proses pemerkasaan pelabur boleh dicapai melalui:

• Layananadilkepadapelabur• Pelaburbersikapproaktif• Kecelikanataukesedaranpelabur

Layanan adil kepada pelabur merangkumi prinsip bahawa penerbit dan pengedar produk perlu mengambil kira kepentingan pelabur sepanjang kitaran hayat produk. Sebagai contoh, pengedar produk dan penasihat hendaklah mengurus konflik di antara kepentingan sendiri dan kepentingan pelabur dengan mengesyorkan produk yang sesuai dengan objektif pelaburan dan memastikan pelabur menyedari konflik tersebut. Maklumat yang disediakan kepada pelabur hendaklah ringkas, relevan dan mudah difahami serta diberikan tepat pada masanya. Penerbit dan pengedar produk juga perlu menyediakan kaedah yang betul untuk pelabur membuat aduan dan menangani sebarang kegusaran, serta bekerjasama dengan pengawal selia untuk memudahcarakan mekanisme tebus rugi yang cepat, murah dan berkesan. Jika aduan atau tuntutan tidak dapat diselesaikan oleh penerbit atau pengedar produk, pelabur boleh merujuk tuntutan mereka kepada Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC).14

HASIL KAWAL SELIA

PERLINDUNGAN PELABUR

14 SIDREC telah ditubuhkan pada tahun 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sidrec.com.my

Page 24: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 17

Penerbit, pengedar dan penasihat produk harus menjadikan“layanan yang adil kepada pelabur” sebagai sebahagian daripada budaya perniagaan dan tadbir urus mereka untuk mewujudkan kelompok pelabur yang lebih arif dan aktif, yang merupakan komponen penting bagi sebuah pasaran modal yang cergas dan rancak.

Layanan adil kepada pelabur bagaimanapun, tidak mengecualikan pelabur daripada tanggungjawab terhadap keputusan pelaburan yang dibuat dan andaian mengenai risiko berdasarkan maklumat. Pemerkasaan sebenarnya menuntut pelabur menjadi proaktif sepanjang tempoh pelaburan mereka. Pelabur perlu memahami hak-hak dan kewajipan mereka serta risiko bagi setiap pelaburan yang dibuat. Mereka juga perlu membuat pertanyaan yang sepatutnya dan mendapatkan maklumat serta nasihat bebas daripada profesional, sekiranya perlu. Pelabur hendaklah memantau secara proaktif pelaburan mereka bagi memastikan pelaburan tersebut terus memenuhi objektif mereka dan mengambil langkah-langkah untuk penebusan rugi, sekiranya perlu.

Meningkatkan kecelikan dalam kalangan pelabur merupakan komponen penting dalam usaha pemerkasaan pelabur kerana pelabur yang berwaspada dan berpengetahuan akan berupaya untuk menilai produk pelaburan yang sesuai bagi mendapatkan pulangan yang diharapkan. Pelabur sedemikian boleh membantu pengawal selia dari segi mengurangkan risiko yang boleh memberi kesan dari segi peribadi dan kewangan, disebabkan oleh perbuatan mereka yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang. Pelabur tersebut juga boleh memberi manfaat kepada penerbit dan pengedar produk melalui permintaan yang berterusan terhadap produk yang sesuai dan inovatif.

BijakLaburTM merupakan projek menyeluruh yang distruktur untuk meneruskan inisiatif celik pelabur kami, dengan tujuan untuk mendekati pelbagai peringkat dan latar belakang demografi pelabur di Malaysia. Melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain serta rangkaian rakan kongsi strategik kami, BijakLaburTM merangkumi pendekatan capaian massa dan program pendidikan yang lebih bersasar. Kami mempunyai laman sesawang khusus untuk pendidikan pelabur iaitu www.investsmartsc.my dan penggunaan media sosial yang mantap, termasuk aplikasi mudah alih BijakLaburTM dan iklan didik (edumercial) melalui media penyiaran. Selain itu, kami juga mengadakan pameran, pameran bergerak dan program “SC Reach”.

Page 25: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

18 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Menyedari bahawa generasi muda hari ini akan menjadi pelabur hari esok, kami telah membangunkan program-program pendidikan bersasar termasuk “Kids & Cash”, “Teens & Cash” dan “Cash@Campus”. Kami juga mempunyai program khusus untuk orang awam bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai pasaran modal seperti “Bijak Mengurus Wang” dan “Money@Work”.

Kami percaya bahawa sinergi antara celik pelaburan, instrumen dalam membuat keputusan pelaburan dan ekosistem yang kondusif berupaya menghasilkan kesan berganda terhadap keberkesanan setiap komponen tersebut dan seterusnya meningkatkan keberkesanan keseluruhan proses pemerkasaan pelabur.

Page 26: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 19

15 Untuk memudahcarakan penawaran perkhidmatan yang tidak boleh diperolehi di peringkat tempatan, Licensing Handbook membenarkan pengantara asing memperoleh lesen sementara untuk menjalankan aktiviti pasaran modal dengan syarat pengantara tersebut, syarikat induk dan kakitangannya dilesenkan di negara masing-masing.

4. PASARAN MODAL YANG BERDAYA SAING

Dalam mengukuhkan pasaran modal Malaysia, salah satu fokus utama kami adalah untuk memastikan bahawa pasaran modal terus melaksanakan peranan utamanya dalam pembentukan modal, menyokong perkembangan ekonomi Malaysia, dan pada masa yang sama, menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran yang berdaya saing di peringkat serantau. Daya saing pasaran modal merujuk kepada keupayaan pasaran untuk menarik dan mengekalkan modal, pelaburan, tenaga kerja dan penyertaan di peringkat pasaran global.

Untuk berdaya saing, pasaran modal memerlukan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan perniagaan beroperasi dan berkembang. Rangka kerja pengawalseliaan kami dirumus untuk menggalakkan pembangunan, persaingan dan inovasi di samping memastikan pasaran modal beroperasi secara adil, teratur dan telus. Menyedari kepentingan untuk mengakses pasaran global yang semakin meningkat dan potensi sumbangannya kepada pertumbuhan pasaran modal Malaysia, CMSA membolehkan produk dan perkhidmatan pasaran modal asing untuk ditawarkan di Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.15 Dalam merumuskan dasar dan peraturan kami, SC akan mengambil kira potensi produk dan perkhidmatan pasaran modal asing dalam membantu peserta pasaran dalam mencapai matlamat pelaburan mereka secara mampan.

Pasaran modal Islam merupakan segmen utama daripada keseluruhan pasaran modal Malaysia. Ia telah berkembang dengan sokongan persekitaran memudah cara yang ditadbir oleh rangka kerja kawal selia dan tadbir urus Syariah yang mantap. Agenda mengantarabangsakan pasaran modal Islam menjadi teras utama bagi pertumbuhan dan kemampanan berterusan, sekaligus meningkatkan

BERKEMBANG DENGAN TADBIR URUS

HASIL KAWAL SELIA

Page 27: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

20 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

daya saingnya dan menjadikan Malaysia sebagai pasaran modal Islam global yang utama. Kami sentiasa mengkaji semula rangka kerja pengawalseliaan kami untuk mengenal pasti bidang yang boleh ditambahbaik untuk menyokong agenda pengantarabangsaan tersebut. Sebagai contoh, melalui usaha bersama pengawal selia lain dan penerokaan bidang pertumbuhan baharu yang berpotensi untuk memperluaskan dimensi antarabangsa pasaran modal Islam.

Bagi memperluas akses pasaran produk dan perkhidmatan pasaran modal, kami telah menandatangani perjanjian dengan rakan sekerja di peringkat antarabangsa. Antara perjanjian tersebut termasuklah Rangka Kerja ASEAN bagi penawaran rentas sempadan Skim Pelaburan Kolektif (CIS) yang kini melibatkan Malaysia, Singapura dan Thailand, memorandum persefahaman (MoU) bersama 24 pengawal selia sekuriti Kesatuan Eropah (EU) untuk bekerjasama dalam pengawasan penawaran rentas sempadan dana pelaburan alternatif, dan pengiktirafan daripada Commodity Futures Trading Commission Amerika Syarikat (CFTC AS) yang membolehkan broker niaga hadapan tempatan membuat pelawaan dan menerima secara langsung pesanan dan dana pelanggan di AS tanpa perlu mendaftar secara berasingan sebagai broker niaga hadapan di AS.16

Walaupun pertumbuhan dan pembangunan segmen pasaran teras seperti ekuiti, bon, derivatif dan pengurusan pelaburan adalah penting, pembangunan khusus dalam bidang yang sedang berkembang juga turut diperlukan untuk meningkatkan daya tarikan pasaran modal Malaysia sebagai pasaran pilihan bagi inovasi kewangan, pengumpulan dana dan pelaburan. Sehubungan itu, kami akan terus meningkatkan usaha untuk memanfaatkan peluang dalam segmen pasaran khusus yang sedang berkembang tanpa menjejaskan pertumbuhan dan kejayaan pasaran modal teras tersebut. Sebagai contoh, memandangkan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) semakin berkembang pesat, kami telah memperkenalkan satu rangka kerja baharu bagi penerbitan Sukuk SRI. Rangka kerja ini antara lain bertujuan, untuk menarik peserta segmen SRI kepada skop pasaran modal Islam, dan seterusnya menarik lebih banyak penyertaan penerbit dan pelabur tempatan dan antarabangsa.

16 Perintah Pendaftaran yang diberikan kepada Bursa Malaysia Derivatives Bhd membenarkan ahli-ahlinya yang telah ditentukan atau peserta lain di AS akses secara langsung kepada sistem kemasukan pesanan dan pemadanan dagangan elektronik untuk menjalankan dagangan komoditi pertanian, kontrak niaga hadapan kadar faedah dan indeks sekuriti dan kontrak opsyen. CFTC hanya mengeluarkan Perintah itu kepada lembaga dagangan asing yang mempunyai, antara lain, ciri-ciri bursa yang terkemuka dan diselaras dengan baik dan tertakluk kepada pengawasan berterusan oleh pengawal selia yang menyediakan pengawasan dan pengawalseliaan yang menyeluruh setanding dengan pengawasan dan pengawalseliaan yang dilaksanakan oleh CFTC.

Page 28: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 21

Walaupun pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk meningkatkan daya saing pasaran modal di peringkat serantau dan global, persaingan tempatan yang sihat juga penting dalam meningkatkan kecekapan serta kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran modal.

Menyedari bahawa persaingan menggalakkan produktiviti dan inovasi, kami akan–

(a) memelihara peraturan dan prinsip-prinsip yang menyokong budaya persaingan yang berkesan dalam pasaran modal;

(b) mengamalkan keberkecualian kawal selia bagi memastikan pemakaian peraturan yang konsisten dan adil yang menyeluruh dalam pasaran modal;

(c) mengguna pakai pendekatan pengawalseliaan yang lebih berasaskan prinsip dan berorientasikan hasil untuk memberikan peserta pasaran lebih fleksibiliti dalam menepati sasaran yang ditetapkan oleh pengawal selia; dan

(d) terus mengkaji semula rangka kerja atau pendekatan kawal selia kami untuk menghapuskan halangan yang tidak perlu yang boleh menyekat persaingan dan akses kepada pasaran modal.

Page 29: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

22 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

17 Langkah-langkah lain termasuk pelancaran Corporate Governance Blueprint 2011 untuk meningkatkan standard tadbir urus korporat dengan mengukuhkan disiplin diri dan pasaran. Rangka Tindakan ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Malaysian Code of Corporate Governance 2012 yang baharu. Pada tahun 2014, Malaysian Code for Institutional Investors dikeluarkan.

18 Antara tahun 2003 dan 2013, 68.1 peratus daripada tindakan penguatkuasaan SC adalah berkaitan dengan pelanggaran yang berkaitan tadbir urus korporat.

5. TADBIR URUS YANG BAIK – KOMPONEN PENTING BUDAYA PERNIAGAAN

Fokus pengawalseliaan kami adalah untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada tatalaku beretika. Tadbir urus yang baik menyokong nilai-nilai seperti integriti, etika, perniagaan yang mampan, kebertanggungjawaban, ketelusan, dan keadilan. Tadbir urus merupakan elemen penting untuk menggalakkan pertumbuhan dan memudahcarakan peralihan ke arah liberalisasi progresif dalam pasaran modal.

Tadbir urus yang baik sememangnya menjadi keutamaan kami selama ini. Ini telah diperlihatkan melalui Laporan Jawatankuasa Kewangan Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus Korporat 1999, Pelan Induk Pasaran Modal dan Pelan Induk Pasaran Modal 2 serta inisiatif lain. Untuk meningkatkan standard profesionalisme dan etika tatalaku dalam17 industri perkhidmatan kewangan, Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan (FSPB) telah ditubuhkan pada bulan September 2014 sebagai satu inisiatif yang diterajui industri dan disokong oleh BNM dan SC untuk menggalakkan dan memudahcarakan usaha pengenalpastian, pembangunan dan pemakaian standard profesional dan beretika dalam semua sektor industri.

Proses dan prosedur tadbir urus merupakan komponen penting dalam mewujudkan perlindungan terhadap penipuan, amalan tidak baik dan salah laku korporat. Ia memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pengantara kewangan dan syarikat-syarikat adalah institusi yang diurus dengan baik untuk para pelabur dan pemberi pinjaman melaburkan dana mereka. Prinsip-prinsip tadbir urus baik yang diterapkan itu memastikan model perniagaan mampan yang menyumbang kepada pewujudan kekayaan dan pemuliharaan. Ia juga penting dalam mengurus dan mengurangkan risiko tatalaku. Usaha kami dalam menggalakkan tadbir urus yang baik turut dilengkapi dengan pengawasan korporat yang proaktif untuk mengesan salah laku korporat serta mempertingkatkan kualiti penzahiran. Kami akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana pelanggaran amalan tadbir urus korporat yang serius.18

Page 30: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 23

Lembaga pengarah memainkan peranan penting dalam menjadikan tadbir urus yang baik sebagai sebahagian daripada budaya perniagaan. Pada dasarnya, lembaga pengarah perlu memastikan syarikat memberi keutamaan kepada tatalaku beretika dalam urusan perniagaan mereka. Dalam mencapai matlamat ini, syarikat perlu memberi perhatian kepada nilai tadbir urus dan kawalan dalaman yang baik.

Lembaga pengarah hendaklah melaksanakan pengawasan yang sewajarnya dan bertanggungjawab terhadap keseluruhan amalan tadbir urus syarikat, termasuk pengurusan yang telus dan mengurangkan risiko yang timbul daripada pengendalian perniagaan syarikat dan struktur insentifnya. Rangka kerja pengurusan risiko dan proses kelulusan produk dan perkhidmatan syarikat juga perlu sentiasa dikaji semula dan disesuaikan bagi menangani sebarang risiko dan ketidaktentuan yang mungkin timbul melalui inovasi.

Walaupun pengawalseliaan kami menghendaki standard dan peraturan tatalaku minimum, syarikat mesti memastikan bahawa mereka mematuhi standard dan peraturan tersebut, sama ada yang tersurat atau tersirat dan berusaha untuk mengamalkannya menjangkaui standard minimum yang ditetapkan.

Usaha untuk menggalakkan tadbir urus yang baik bukan setakat mengukuhkan pengawalseliaan, malah menuntut agar semua pihak berkepentingan dalam ekosistem tadbir urus untuk memikul tanggungjawab menegakkan tadbir urus yang baik.

Page 31: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

24 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

6. INOVASI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB

Apa yang berlaku dalam dunia kewangan global telah menunjukkan bahawa inovasi tanpa tadbir urus yang baik dan penzahiran yang berkesan boleh membawa kepada kesan yang sangat merugikan dalam pasaran.

Inovasi kewangan merupakan perangsang kepada pembangunan dan pertumbuhan pasaran modal. Ia menyokong kepelbagaian produk dan perkhidmatan, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan dan akses kepada pelabur. Inovasi bukan hanya untuk kepentingan peribadi melalui penjanaan kekayaan, malah ia juga boleh memberi manfaat kepada masyarakat dengan mewujudkan pekerjaan, menggalakkan pembangunan kepimpinan pemikiran, mewujudkan kecekapan prosedur dan meningkatkan produktiviti.

Peranan kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perniagaan beroperasi dan berkembang dengan penuh tanggungjawab, yang mana manfaat inovasi kewangan adalah seimbang dengan langkah menguruskan sebarang kesan negatif yang timbul hasil daripada inovasi kewangan. Walau bagaimanapun, kami akan memastikan inovasi tidak akan menjejaskan perlindungan pelabur dan integriti pasaran. Syarikat pula hendaklah meningkatkan dan mengekalkan keupayaan untuk mengurus risiko inovasi secara menyeluruh serta memastikan penambahbaikan berterusan dilakukan ke atas dasar-dasar pengurusan risiko mereka.

Kurangnya kefahaman mengenai struktur, risiko dan implikasi produk dan perkhidmatan baharu boleh menyebabkan pendekatan pengawalseliaan dianggap terlalu ketat, lantas menyekat produktiviti dan menghalang inovasi yang bertanggungjawab. Oleh itu, kami akan sentiasa mengkaji semula pendekatan pengawalseliaan dan pengawasan kami untuk disesuaikan dengan cabaran-cabaran yang timbul daripada inovasi pasaran. Kami juga akan bekerjasama dengan peserta pasaran untuk lebih memahami dan menilai struktur, risiko dan implikasi inovasi dalam produk, pasaran dan perkhidmatan.

Page 32: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 25

7. PASARAN MODAL YANG ADIL DAN TERATUR

Pasaran modal yang adil dan teratur adalah penting untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan. Pasaran yang adil hendaklah bebas daripada amalan manipulasi atau penipuan, dan peserta pasaran pula hendaklah mempunyai akses yang adil kepada pasaran dan maklumat pasaran. Pasaran yang teratur mencerminkan ketetapan, kebolehpercayaan dan operasi ekonomi yang dilengkapi dengan ketelusan yang wajar terhadap maklumat penting. Dalam pasaran yang adil dan teratur, pesertanya berupaya menganggar nilai merit sesuatu produk atau perkhidmatan tanpa kebimbangan mengenai integriti pasaran atau kebolehlaksanaan urus niaga.

Pasaran yang adil dan teratur mempunyai nilai daya saing yang mencerminkan penawaran dan permintaan disamping kewujudan kaedah bagimembendung turun naik harga yang berlebihan. Persekitaran pasaran sedemikian boleh mengurangkan kos urus niaga dan pencarian selain berupaya mengehadkan asimetri maklumat antara penerbit, peserta, pelabur dan ejen-ejen mereka.

Mengekalkan pasaran modal yang adil dan teratur merupakan tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh pengawal selia dan peserta pasaran. Pengawal selia barisan hadapan, iaitu bursa, menyumbang ke arah pasaran yang adil dan teratur dengan menggalakkan penemuan harga, mengekalkan sistem dagangan yang selamat dan boleh dipercayai, memastikan integriti dagangan melalui peraturan yang adil dan saksama, serta menyelia tatalaku ahli-ahlinya. Peserta pasaran pula memainkan peranan dengan membuat penzahiran yang tepat dan pada masanya serta menjauhi amalan yang dilarang, keji dan tidak wajar.

Oleh kerana penyalahgunaan pasaran mengancam integriti pasaran dan menghakis kepercayaan dan keyakinan, kami akan terus berwaspada dalam memastikan pemantauan kami ke atas pasaran adalah efektif dalam mengesan aktiviti luar biasa di peringkat awal. Sekiranya perlu, kami akan mengambil tindakan preemptif untuk membendung risiko dan melindungi pelabur dan pasaran. Kami akan menggalakkan pelaporan sendiri dan terus memanfaatkan usaha penyeliaan, penggunaan teknologi pemantauan canggih serta pemberi maklumat untuk membolehkan kami mengambil tindakan campur tangan sebelum sesuatu risiko benar-benar berlaku.

Page 33: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

26 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

8. PENGAWASAN PROGRESIF DAN BERTUMPU RISIKO

Pengawasan adalah penting dalam meneruskan misi kami untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus. Kerumitan pasaran, produk kewangan dan peserta menuntut peralihan dalam pendekatan pengawasan kami, daripada semata-mata berasaskan penzahiran dan pematuhan kawal selia kepada pendekatan yang lebih progresif.

Dalam usaha untuk memantau, mengurangkan dan mengurus risiko sistemik, skop penyeliaan kami kini telah diperluaskan untuk merangkumi pengenalpastian risiko setiap syarikat, penerbit, produk, urus niaga dan pasaran.

Bagi SC, ini bermakna:

• meningkatkankeberkesananusahapemantauandanpenyeliaan;• membangunkan pengawalseliaan yang lebih tangkas serta kapasiti dan

keupayaan yang lebih kukuh; dan• meningkatkankerjasamarentassempadandanbidangkuasadiperingkat

dalam negeri dan antarabangsa.

Pengawasan pengantara pasaran

Usaha penyeliaan kami dilaksanakan untuk mencapai yang berikut:

• memastikankekukuhankewanganpengantarapasaran;• mengekalkankeyakinanpasaran;dan• menyediakanperlindunganyangsecukupnyakepadaparapelabur.

Untuk mencapai objektif ini, kami telah mengukuhkan keupayaan penyeliaan kami dengan mengguna pakai Rangka Kerja Bertumpu Risiko (RSF) yang telah dipertingkatkan. Pendekatan ini memanfaatkan pengenalpastian risiko yang

PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN

HASIL KAWAL SELIA

Page 34: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 27

berkesan, penaksiran serta pengurusan pengantara dan di peringkat kumpulan dengan mengambil kira pendedahan risikonya di luar negara.

Di bawah rangka kerja ini, pengantara pasaran akan dinilai di bawah empat spektrum berikut:

(a) Kehematan mikro: Menilai kekukuhan kedudukan kewangan dan modal pengantara secara berterusan.

(b) Tatalaku: Lebih penekanan akan diberikan kepada risiko tatalaku. Pengantara dikehendaki mempunyai dasar dan prosedur yang berkesan yang akan menyepadukan hasil berorientasikan pelabur dengan keputusan perniagaan, dengan lebih kebertanggungjawaban oleh lembaga pengarah. Pengawasan tatalaku juga akan terus memberi tumpuan kepada perlindungan aset pelanggan, integriti penyata kewangan dan kualiti pengemukaan oleh pengantara pasaran.19

(c) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Pembuatan Senjata Pemusnah Besar-besaran (AML/CFT/ PWMD): Kami menilai proses pengantara pasaran bagi memastikan bahawa mereka mampu untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengurus dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ancaman AML/CFT/PWMD.

(d) Kehematan makro: Kami mengenal pasti pengantara yang penting dari segi sistematik dan menganalisis kesalingkaitan pengantara pasaran di peringkat pasaran modal, serantau dan global, untuk mengenal pasti kerentanan dan ancaman yang mungkin timbul.

Untuk meningkatkan objektif pengawalseliaan kami, kami akan terus bekerjasama dengan industri melalui pembabitan secara aktif bersama pengantara pasaran di peringkat lembaga pengarah, pengurusan kanan dan pemegang jawatan penting di peringkat kawalan seperti pematuhan, audit dalaman dan pengurusan risiko.

19 Pengantara pasaran termasuk pengedar, pemegang amanah, kustodian, akauntan pelapor dan penasihat.

Page 35: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

28 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Pengawasan pasaran

Tugas penyeliaan kami merangkumi pengawasan pasaran dengan objektif utama untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran yang adil, cekap, terjamin dan telus, serta memudahcarakan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing. Pasaran sekuriti dan derivatif yang dikendalikan, disediakan atau disenggarakan oleh pengendali dikelaskan sebagai pasaran yang diluluskan,20 pasaran yang dikecualikan21 atau kemudahan elektronik berdaftar (REF).22

Tahap pengawasan ke atas jenis pasaran adalah berdasarkan risiko yang melibatkan pasaran tersebut. Dalam menentukan tahap pengawasan yang sesuai, faktor-faktor seperti saiz dan struktur pasaran, jenis perkhidmatan dan produk yang didagangkan di pasaran serta jenis peserta pasaran diambil kira.

Bagi pasaran yang diluluskan yang mana integriti sistem dagangan, penentuan harga yang cekap dan laksanaan dagangan adalah penting bagi keyakinan pelabur, pengawasan kami adalah lebih luas dan merangkumi, antara lain, audit tahunan di tempat kendalian urusan, pengemukaan laporan berkala oleh bursa, pemantauan tanggungjawab kawal selia bursa serta pembabitan yang berterusan bersama bursa berkenaan hal-hal pembangunan dan pengawalseliaan.

Pengawasan REF pula memberi tumpuan kepada pemantauan REF ke atas pematuhannya terhadap terma dan syarat yang ditetapkan ketika pendaftaran.

Pengawasan infrastruktur pasaran kewangan

Tugas penyeliaan kami juga merangkumi infrastruktur pasaran kewangan (FMI). FMI merujuk kepada sistem pelbagai hala dalam kalangan institusi yang mengambil bahagian, termasuk pengendali sistem, yang digunakan untuk tujuan:

20 Pasaran yang diluluskan merujuk kepada pasaran saham sesebuah bursa saham atau pasaran derivatif yang diluluskan. Pada masa ini, Bursa Malaysia Securities Bhd dan Bursa Malaysia Derivatives Bhd merupakan contoh pasaran yang diluluskan.

21 Pasaran sekuriti atau derivatif pasaran boleh diisytiharkan sebagai pasaran yang dikecualikan yang mana pengendali pasarannya dikawal selia oleh pengawal selia yang setanding.

22 REF ialah pasaran yang disediakan, dikendalikan atau disenggarakan dengan menggunakan kemudahan elektronik dan biasanya berasingan daripada pasaran yang diluluskan.

Page 36: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 29

(a) penjelasan dan penyelesaian; atau(b) perekodan

bagi pembayaran, urus niaga sekuriti, derivatif dan urus niaga kewangan yang lain.

Pendekatan penyeliaan kami terhadap FMI adalah serupa dengan pengawasan terhadap pasaran yang diluluskan. Objektif utama pengawalseliaan FMI adalah untuk memastikan tersedianya keselamatan dan kecekapan pusat penjelasan dan perkhidmatan depositori,23 serta pengawalseliaan dan pengawasan yang wajar terhadap pesertanya, demi perlindungan pelabur dan kepentingan awam dalam memupuk ketelusan, meningkatkan keselamatan, serta mengurangkan dan mengurus risiko sistemik. Kami juga mahu FMI berfungsi sebagai pusat bagi ujian tekanan ke atas kecukupan dana penjelasannya dan pendedahan besar dalam mengurus risiko kredit dan kecairan, latihan kegagalan fungsi dan ujian tahunan pelan kesinambungan perniagaan.

Pemantauan syarikat awam tersenarai

Walaupun bursa bertanggungjawab dalam memastikan bahawa syarikat-syarikat awam tersenarai (PLC) mematuhi keperluan penyenaraian, kami tetap menjalankan pemantauan bertumpu risiko ke atas PLC bagi memastikan pematuhan mereka terhadap undang-undang sekuriti. Perhatian kami tertumpu kepada tatalaku dan penzahiran korporat mereka bagi mengesan mana-mana pelanggaran korporat yang mencurigakan dan meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan. Pemantauan ini, serta pembabitan kerap kami dengan para pengarah dan juruaudit PLC membolehkan kami mengambil tindakan preemptif bagi mengelakkan kerugian yang timbul daripada urus niaga yang meragukan.

23 Kami meluluskan penubuhan rumah penjelasan bagi penjelasan dan penyelesaian urus niaga sekuriti atau derivatif, dengan persetujuan Menteri Kewangan. Atas cadangan SC, Menteri Kewangan juga meluluskan penubuhan depositori berpusat bagi pengendalian sekuriti. Dalam hal ini, subsidiari Bursa Malaysia Bhd, iaitu Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd masing-masing diluluskan sebagai rumah penjelasan bagi pasaran sekuriti dan derivatif, manakala Bursa Malaysia Depository Bhd diluluskan sebagai depositori sekuriti berpusat.

Page 37: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

30 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

9. PENDEKATAN PENGUATKUASAAN STRATEGIK YANG KUKUH DAN BERKESAN

Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan pasaran modal yang mantap dan berkesan adalah penting bagi mengekalkan keyakinan awam terhadap integriti pasaran kita selain memastikan pasaran modal kekal adil dan teratur. Kami mengambil pendekatan penguatkuasaan yang strategik dengan menggunakan pelbagai instrumen penguatkuasaan yang merangkumi tindakan pentadbiran, sivil dan jenayah bagi menangani secara mantap dan berkesan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tidak beretika dalam pasaran modal.

Penguatkuasaan strategik bermaksud jenis tindakan yang diambil dalam setiap kes adalah bergantung kepada fakta, bukti-bukti sokongan dan hasil yang diinginkan bagi setiap kes tersebut. Dalam menentukan hasil yang dikehendaki bagi setiap kes, kami akan menilai sama ada tindakan yang diambil itu adalah untuk menghukum pesalah, melindungi pelabur, memelihara aset, memperbetulkan maklumat yang salah atau mendapatkan pampasan kepada pelabur yang menjadi mangsa. Kami akan menggunakan instrumen penguatkuasaan lengkap yang tersedia, termasuk memanfaatkan kuasa penyeliaan kami sebagai pendekatan penguatkuasaan yang lebih menepati sasaran dan preemptif. Sekiranya ia membabitkan siasatan rentas sempadan, kami akan memanfaatkan perjanjian dua hala dan pelbagai hala24 bersama rakan pengawal selia dan pengawas pasaran asing untuk memudahcarakan kerjasama dan pertukaran maklumat mengenai hal-hal penguatkuasaan.

Pegawai Pendakwa kami dilantik oleh Pendakwa Raya di bawah Kanun Acara Jenayah dan melapor kepada Pendakwa Raya ketika menjalankan tugas mereka sebagai Pegawai Pendakwa. Ini membolehkan mereka mengurus dan menjalankan pendakwaan mana-mana pelanggaran undang-undang sekuriti. Beberapa Pegawai Pendakwa kami juga diwartakan sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk mengendalikan kes-kes rayuan yang melibatkan undang-undang sekuriti.

Meskipun tindakan penguatkuasaan jenayah mesti dilaksanakan untuk menghukum pesalah atas tindak-tanduknya dan sebagai penghalang perlakuan salah itu, penggunaan sanksi sivil dan pentadbiran membolehkan kami membezakan antara

24 Setakat 31 Januari 2015, kami telah mempunyai perjanjian dua hala bersama 33 buah negara.

Page 38: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN | 31

tatalaku yang sememangnya suatu kesalahan dengan suatu tatalaku yang dilarang, yang mana tindakan sanksi sivil dan pentadbiran tersebut adalah untuk mengawal tatalaku atau suatu aktiviti dan tidak semestinya membawa maksud pengecaman sosial. Pendekatan penguatkuasaan strategik kami akan membolehkan kami mengambil tindakan penguatkuasaan secara berperingkat dan berkesan, bersandarkan kepercayaan dan keyakinan bersama antara pihak berkepentingan dan pihak kami.

Page 39: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

Sebarang keputusan yang dibuat akan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk perlindungan pelabur, pertumbuhan dan keyakinan pasaran serta kesan keputusan yang diambil terhadap industri. Oleh yang demikian, pembabitan bersama pihak berkepentingan kekal sebagai satu aspek penting dalam usaha pengawalseliaan kami.

Kami akan secara berterusan melibatkan dan berunding dengan pihak berkepentingan demi membangunkan pasaran. Kami telah mewujudkan hubungan dua hala dengan persatuan industri tempatan dan kumpulan pelabur yang merupakan sebahagian besar daripada proses pembabitan pihak berkepentingan kami. Sebagai sebahagian daripada rangka kerja perundingan kami mengenai dasar pasaran modal dan pembaharuan pengawalseliaan, kami telah menubuhkan tiga kumpulan penasihat, yang memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan para profesional pasaran modal, untuk menyediakan perspektif global mengenai isu-isu pasaran modal dan nasihat tentang aspek-aspek pembangunan.

Dalam usaha untuk menyampaikan harapan kami kepada pihak berkepentingan, kami akan terus menerbitkan panduan tambahan mengenai pendekatan kawal selia kami, dan kami akan menyiarkan maklumat terperinci mengenai prinsip pengawalseliaan dan hasilnya.

KESIMPULAN

32 | SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Page 40: Klik di sini untuk memuat turun Falsafah Pengawalseliaan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: +603 6204 8000 Faks: +603 6201 5082 Laman sesawang: www.sc.com.my

SURUHANJAYASEKURITIMALAYSIAFALSAFAHPENGAWALSELIAAN