klik di sini untuk memuat turun manual eluarnegara

9
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TINGKAT 8, WISMA DARUL IMAN 20503 KUALA TERENGGANU NO TEL : 096231957 FAKS : 09-6267484 EMEL : [email protected] PANDUAN PENGGUNA BIASA eLUARNEGARA http://eluarnegara.terengganu.gov.my

Upload: phamthien

Post on 30-Jan-2017

303 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANUBAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TINGKAT 8, WISMA DARUL IMAN20503 KUALA TERENGGANU

NO TEL : 096231957 FAKS : 09-6267484EMEL : [email protected]

PANDUAN PENGGUNA BIASAeLUARNEGARA

http://eluarnegara.terengganu.gov.my

Page 2: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

eLUARNEGARA boleh dilayari di alamat http://eluarnegara.terengganu.gov.my

eLUARNEGARA boleh diguna berdasarkan kepada kad pengenalan sebagai id pengguna dan kata laluan sebagaimana skrin di bawah :

Masukkan no kad pengenalan pada ruang id pengguna dan kata laluan jika kali pertama masuk ke dalam aplikasi eLUARNEGARA dan klik butang <hantar>, skrin di bawah akan dipaparkan :

Page 3: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Terdapat 9 menu dalam gambar di atas iaitu :− Utama− Kemaskini Peribadi− Permohonan baru− Papar Permohonan− Cetak Surat Kelulusan− Kemaskini Permohonan− Batal Permohonan− Tukar Kata Laluan− Keluar.

Pengguna dinasihatkan mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu bagi memudahkan permohonan sampai ke jabatan anda bertugas dan tukar kata laluan untuk langkah-langkah keselamatan. Jika tidak dapat memasuki eLUARNEGARA sila maklumkan kepada admin jabatan anda bertugas untuk mewujudkan akaun baru.

Kemaskini Peribadi.

Menu ini adalah untuk ke skrin pengemaskinian maklumat peribadi. Klik pada menu Kemaskini Peribadi, skrin di bawah akan dipaparkan :

Sila kemaskini segala maklumat yang terdapat dalam skrin tersebut dan klik pada butang Kemaskini Maklumat Peribadi untuk hantar, jika terdapat sebarang masalah sila rujuk dengan admin di jabatan anda bertugas.

Page 4: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Permohonan Baru

Menu Permohonan Baru adalah untuk ke skrin permohonan ke luar negara persendirian. Klik pada menu dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan :

Maklumat yang anda perlu masukkan ialah maklumat negara yang hendak dilawati, tempoh lawatan, tarikh mula, tarikh balik, tujuan, perbelanjaan dijangka dan punca perbelanjaan. Apabila semua maklumat diisi dan klik pada butang Daftar Maklumat Permohonan untuk hantar. Permohonan yang dihantar akan dipaparkan pada skrin senarai permohonan pada menu admin jabatan anda bertugas. Di sini pentingnya maklumat peribadi dikemaskini terlebih dahulu bagi memudahkan penghantaran permohonan cuti ke admin jabatan yang sebenar.

Papar Permohonan

Menu ini adalah untuk ke skrin paparan permohonan ke luar negara yang anda telah memohon sebelum ini. Senarai permohonan ini dipaparkan mengikut tahun lawatan. Klik pada menu dan skrin papar permohonan di bawah akan dipaparkan. Antara maklumat yang dipaparakan ialah negara yang dilawati, tarikh mula lawatan, tarikh akhir lawatan,tempoh lawatan dan status permohonan. Status permohonan terbahagi kepada :

− Belum diluluskan oleh Jabatan.− Tidak diluluskan oleh Jabatan− Belum diluluskan oleh SUK.− Tidak diluluskan oleh SUK− Telah diluluskan.

Page 5: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Skrin papar permohonan seperti di bawah :

Cetak Surat Kelulusan

Menu ini adalah untuk mempaparkan skrin Senarai Permohonan Lawatan Ke Luar Negara yang telah diluluskan. Klik pada cetak surat untuk cetak slip kebenaran ke luar negara.

Page 6: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Slip Jawapan Permohonan Ke Luar Negara akan dipaparkan.

Di samping itu pengguna boleh mencetak senarai permohonan lawatan ke luar negara yang telah diluluskan. Klik pada < cetak senarai permohonan lawatan > dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Page 7: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Kemaskini Permohonan

Menu ini adalah untuk mempaparkan senarai permohonan ke luar negara yang belum disokong oleh admin jabatan. Pengguna boleh mengemaskini atau memadam maklumat permohonan yang telah dibuat. Skrin di bawah akan dipaparkan jika pengguna klik pada menu tersebut :

Untuk membuat pengemaskinian pengguna hanya perlu klik <kemaskini> dan skrin di bawah akan dipaparkan. Pengguna boleh membuat pembetulan semula dan klik butang simpan.

Page 8: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Jika ingin memadam permohonan lawatan tersebut pengguna hanya perlu klik pada pautan <padam>. Skrin di bawah akan dipaparkan :

Pengguna boleh juga membuat permohonan baru dari menu ini. Pengguna hanya perlu klik pada pautan <daftar permohonan lawatan baru> dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Page 9: Klik di sini untuk memuat turun manual eLUARNEGARA

Tukar Kata Laluan

Untuk semua pengguna, kata laluan yang diberi pada permulaan adalah no kad pengenalan. Jadi pengguna dinasihatkan menukar kata laluan sendiri. Untuk menukarkan kata laluan tersebut pengguna hanya perlu klik pada menu tukar kata laluan. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan

Untuk menukar kata laluan, pengguna hanya perlu memasukkan kata laluan yang lama dan juga kata laluan yang baru dan klik simpan.

Keluar

Untuk langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan klik pada menu keluar jika telah selesai menggunakan eLUARNEGARA atau ingin keluar dari aplikasi eLUARNEGARA.