nak sale letup? iklankan bisnes anda di sini! pendidikan

4
Malakat Eco News / Edisi 3 / 26 Februari - 5 Mac 2021 Potensi Raudhah College Sebagai Kolej Pilihan Utama RAUDHAH COLLEGE dengan kerjasama Malakat Mall menawarkan pendidikan percuma kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran kos pengajian. Tawaran yang diumumkan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim pada minggu lalu itu boleh dinikmati orang ramai sekiranya bersetuju untuk pindah belanja di Malakat Grocer dengan pembelian minima RM300 sebulan dalam tempoh minima 10 tahun. Mohd Fadzil turut menggalakkan ibu bapa merancang lebih awal dengan berpindah belanja ke Malakat Grocer dari sekarang biarpun anak-anak masih bersekolah rendah kerana hasil pembelian itu akhirnya akan disalurkan ke tabung pendidikan. Menurutnya, tawaran ini juga dapat membantu lebih ramai umat Islam bebas daripada pinjaman pendidikan yang berunsurkan riba. Buat masa ini, tawaran tersebut hanya difokuskan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang memandangkan Malakat Grocer masih dalam proses membuka lebih banyak cawangan ke seluruh negara. Inisiatif itu diwujudkan berikutan kos pendidikan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggi selain mengelakkan pelajar terikat atau terbeban dengan pinjaman. Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini! RAUDHAH COLLEGE optimis institusi itu bakal menjadi kolej pilihan pertama dalam negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia berikutan program yang ditawarkan membolehkan para pelajarnya memiliki ‘work- ready graduate’ yang terjamin yang mana setiap program yang disediakan mengutamakan 70 peratus latihan praktikal. Selain itu, Mohd Fadzil berkata, pihaknya turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk menjadi sebahagian rakan kongsi atau berkhidmat di Malakat Mall dalam bidang masing-masing. Beliau berkata, sasaran untuk membuka lebih banyak cawangan Raudhah College bukanlah sesuatu yang mustahil kerana telah memiliki pengalaman menyediakan prasarana pendidikan iaitu 100 cawangan tadika Brainy Bunch. Setakat ini Raudhah Collage memiliki dua cawangan iaitu di Cyberjaya, Selangor dan Bukit Merah, Perak. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah Collage, Dr Taha Omar berkata, jika mendaftar sekarang dan berbelanja minimum RM300 di Malakat Grocer secara konsisten, tawaran pendidikan percuma ini akan dapat dinikmati pada 2031 nanti. Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang menepati syarat yang telah ditetapkan. PENDIDIKAN PERCUMA Pindah Belanja Di Malakat Grocer Sekarang!

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini! PENDIDIKAN

Malakat Eco News / Edisi 3 / 26 Februari - 5 Mac 2021

Potensi Raudhah College Sebagai Kolej Pilihan Utama

RAUDHAH COLLEGE dengan kerjasama Malakat Mall menawarkan pendidikan percuma kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran kos pengajian.

Tawaran yang diumumkan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim pada minggu lalu itu boleh dinikmati orang ramai sekiranya bersetuju untuk pindah belanja di Malakat Grocer dengan pembelian minima RM300 sebulan dalam tempoh minima 10 tahun.

Mohd Fadzil turut menggalakkan ibu bapa merancang lebih awal dengan berpindah belanja ke Malakat Grocer dari sekarang biarpun anak-anak masih bersekolah rendah kerana hasil pembelian itu akhirnya akan disalurkan ke tabung pendidikan.Menurutnya, tawaran ini juga dapat membantu lebih ramai umat Islam bebas daripada pinjaman pendidikan yang berunsurkan riba.

Buat masa ini, tawaran tersebut hanya difokuskan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang memandangkan Malakat Grocer masih dalam proses membuka lebih banyak cawangan ke seluruh negara.

Inisiatif itu diwujudkan berikutan kos pendidikan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggi selain mengelakkan pelajar terikat atau terbeban dengan pinjaman.

Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini!

RAUDHAH COLLEGE optimis institusi itu bakal menjadi kolej pilihan pertama dalam negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia berikutan program yang ditawarkan membolehkan para pelajarnya memiliki ‘work-ready graduate’ yang terjamin yang mana setiap program yang disediakan mengutamakan 70 peratus latihan praktikal.

Selain itu, Mohd Fadzil berkata, pihaknya turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk menjadi sebahagian rakan kongsi atau berkhidmat di Malakat Mall dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, sasaran untuk membuka lebih banyak cawangan Raudhah College

bukanlah sesuatu yang mustahil kerana telah memiliki pengalaman menyediakan prasarana pendidikan iaitu 100 cawangan tadika Brainy Bunch.

Setakat ini Raudhah Collage memiliki dua cawangan iaitu di Cyberjaya, Selangor dan Bukit Merah, Perak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah Collage, Dr Taha Omar berkata, jika mendaftar sekarang dan berbelanja minimum RM300 di Malakat Grocer secara konsisten, tawaran pendidikan percuma ini akan dapat dinikmati pada 2031 nanti.

Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang menepati syarat yang telah ditetapkan.

PENDIDIKAN PERCUMA Pindah Belanja Di Malakat

Grocer Sekarang!

Page 2: Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini! PENDIDIKAN

Malakat Eco News / Edisi 3 / 26 Februari - 5 Mac 2021

ORANG RAMAI berpeluang mendapatkan perkhidmatan sanitasi kereta dengan hanya RM25 di Malakat Mall.

Tawaran itu terhad pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Februari.

Pelanggan yang berbelanja di Malakat Grocer layak mendapatkan diskaun 50 peratus perkhidmatan sanitasi kereta melalui Virus Buster.

Tiada pembelian minima dikenakan namun perlu menunjukkan resit pembelian di kaunter khidmat pelanggan Malakat Grocer.

Pelanggan Malakat Mall ‘Dibelanja Kaw-Kaw’ Setiap Hujung Minggu

Red Hots ‘Belanja’ Pelanggan Malakat Mall

Rebut Peluang Sanitasi Kereta Dengan Caj RM25

SEMPENA promosi Malakat Sudah Giler! yang berlangsung hujung minggu ini, pelanggan akan ‘dibelanja kaw-kaw’ dengan pelbagai promosi dan tawaran harga.

Kempen berbelanja pada harga terendah itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang tidak melepaskan peluang keluar berbelanja pada hari minggu.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain berkata, melalui promosi itu, pihaknya menawarkan lima promosi utama kepada pelanggan selain tawara Happy Hour denga potongan harga sehinga 50 peratus.

Katanya, promosi hujung minggu yang berlangsung sehingga hujung bulan ini adalah tawaran separuh ekor ayam segar berharga RM4.99, gula kasar (RM1.50), po tongan separuh harga untuk minuman Tea Amo.

Selain itu, katanya, pemberian roti sosej secara percuma setiap pembelian satu set Red Hots, sanitasi kenderaan pada harga RM25 dan percuma tempat letak kereta bagi tempoh empat jam.

Sempena Promosi ‘Malakat Sudah Giler’ yang berlangsung hujung minggu sepanjang bulan ini, Red Hots ada sesuatu ingin diberikan kepada pelanggan.

Pelanggan Malakat Mall berpeluang mendapatkan roti sosej secara percuma dengan pembelian satu set Red Hots di pusat membeli belah itu.

Red Hots menawarkan empat perisa Red Classic Coney, Texas Reds, New York Reds dan Chicago Reds untuk pelanggan pilih mengikut citarasa.

Pelanggan Malakat Grocer boleh mendapatkan potongan harga sebanyak 50 peratus bagi pembelian minuman teh boba, Tea Amo.

Hanya dengan menujukkan bukti pembelian Malakat Grocer di kaunter pembayaran Tea Amo, pelanggan secara automatik berpeluang untuk mendapatkan Teh Boba terpilih iaitu Signature Brown Sugar Pearl Tea Amo

Namun, tawaran ini hanya berlangsung pada setiap hujung minggu pada bulan Februari bagi pelanggan yang berbelanja di Malakat Grocer Malakat Mall sahaja.

Parkir PERCUMA !BAGI memastikan para pelanggan merasai pengalaman luar biasa sepanjang berbelanja pada hujung minggu ini, Malakat Mall menawarkan tempat letak kereta percuma untuk empat jam pertama.

Ini bermakna, waktu hujung minggu ini adalah masa paling sesuai untuk para pelanggan berbelanja barang-barang keperluan dengan lebih tenang tanpa perlu tergopoh-gopoh.

Potongan 50% untuk Pembelian Tea Amo

Page 3: Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini! PENDIDIKAN

Malakat Eco News / Edisi 3 / 26 Februari - 5 Mac 2021

“Saya ke sini kerana ingin menyokong

perjuangan Malakat Mall. Sekurang-

kurangnya saya akan berbelanja RM100 untuk keperluan dapur setiap kali

datang,”Zulkifli, Seri Kembangan

“Selalu beli barang dapur di grocer lain.

Tapi hari ini saya singgah Malakat

Grocer dan pertama kali datang ke

sini terkejut lihat pelbagai produk Muslim yang tak

pernah saya lihat sebelum ini,”

Nadia, Dengkil

SELAIN pemakaian aksesori seperti jam dan barang kemas, kasut juga adalah pelengkap gaya buat seseorang tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan.

Jojo Shoes jenama kasut yang menawarkan pelbagai koleksi kasut dengan rekaan yang sporty dan stylo.

Selain mementingkan rekaan yang menarik dan trendy, Jojo Shoes turut menitik beratkan soal kualiti dan keselesaan si pemakai.

Tidak hanya menghadkan rekaan untuk golongan remaja dan dewasa, Jojo Shoes turut memiliki koleksi untuk kanak-kanak.

Bagi peminat kasut jenis sneakers dan sporty ini, anda boleh membuat pembelian di Butik Jojo Shoes di Malakat Mall atau pembelian secara dalam talian di www.MalakatMall.Com.

Reaksi Pelanggan

Jenama Malakat Bakal Muncul Di Stesen LRT Lembah Klang

JENAMA yang bernaung di bawah ekosistem Malakat Mall akan membuat keunculan di stesen-stesen sistem transit aliran ringan (LRT) di seluruh Lembah Klang tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Aziz Johari berkata, pihak yang mengoperasikan LRT, Rapid Rail berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Malakat Mall.

Bagaimanapun setakat ini lokasi stesen yang terlibat masih belum ditetapkan namun kiosk berjenama Malakat akan dibuka di beberapa buah stesen yang memiliki aliran penumpang yang tinggi.

Beliau turut memaklumkan antara jenama yang akan dibuka di stesen LRT ini adalah termasuk Malakat Express, Malakat Grocer dan Tea Amo.

Gaya Ranggi

Jojo Shoes

Page 4: Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini! PENDIDIKAN

Malakat Eco News / Edisi 3 / 26 Februari - 5 Mac 2021

DEMIKIAN kata Pejuang Ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim dalam surat terbuka kepada bank-bank, koperasi Malaysia, institusi kewangan kerajaan dan semua penjual.

Mana-mana bank serta koperasi yang menawarkan pinjaman dan mengenakan keuntungan atas pinjaman yang diberikan diminta hentikan penawaran pinjaman sedemikian.

Perniagaan yang mengenakan caj lewat bayar atas baki hutang dan urus niaga yang mempunyai caj lewat bayar atas pembelian juga, wajib menghentikan amalan bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul.

Ruang iklan ini boleh dimiliki oleh ANDA! Jangan lepaskan peluang!

Email ke [email protected] tempahan.

Imbas di sini

Tawar Khidmat Pengurus Pembangunan

Perniagaan Kepada Usahawan

MALAKAT MALL komited dalam membantu usahawan menyediakan perkhidmatan sebagai pengurus pembangunan perniagaan melibatkan pasukan Coach Fadzil Global Ventures (CFGV).

Idea tercetus apabila ramai usahawan hari ini tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain mahukan lebih banyak ilmu dalam bidang ini.

Dalam rancangan 10 tahun, kumpulan Malakat mensasarkan 100,000 usahawan untuk dibimbing.

Usahawan yang berminat hanya perlu membangunkan sebuah pelan perniagaan, memantau jualan dan pelaksanaan dan membuat pemasaran selain memperoleh pendapatan.

Namun tawaran ini adalah untuk mereka yang sudah mempunyai bisnes, produk dan jenama.

Sekiranya berminat boleh mendaftar di link berikut: https://malakateco.com/application-to-hire-coach-fadzil-team-as-your-business-development-manager/

Halal Blockchain NetworkBakal Dilancar Minggu DepanRENTETAN isu yang menggegar negara berkaitan kes kartel daging tidak halal baru-baru ini, Malakat Ekosistem telah membangunkan sebuah sistem bagi mengesan rantaian pembekalan makanan iaitu Halal Blockchain Network (HBN).

Ia juga seiring dengan misi untuk mengubah ekosistem ekonomi Muslim Bebas Riba yang diperjuangkan oleh Kumpulan Malakat.

HBN kini sudah bersedia dan bakal dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pertanian ll, Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi pada Jumaat depan, 5 Mac 2021.

HBN dibangunkan sekumpulan pasukan professional, berpengalaman dalam bidang blockchain bertaraf global, legit dan komprehensif demi memastikan kelestarian makanan halal Muslim di negara.

Sekumpulan pakar berpengalaman menyatu kepakaran masing-masing dan bertungkus lumus menyiapkan sistem ini hampir sebulan lalu supaya mewujudkan ekosistem pertanian dan rantaian makanan yang mandiri dan berdaya saing di peringkat global.

HBN diwujudkan di bawah Malakat Ekosistem bagi menangani masalah pengesanan daging supaya isu seperti ini tidak lagi membelenggu masyarakat Muslim di negara ini.

Hentikan Pinjaman,Urus Niaga Berunsurkan Riba