di perbendaharaan open office - · pdf filetips - cara terbaik mengelak kecederaan ... •...

Download Di Perbendaharaan Open Office - · PDF fileTIPS - Cara Terbaik Mengelak Kecederaan ... • Tanda-tanda amaran - Sakit kepala, kepenatan, sakit otot, kekejangan adalah tanda-tanda masalah

If you can't read please download the document

Upload: dangxuyen

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • September 2002 Jamadilakhir/Rejab 1423 Bil. 2/2002 Edisi ICT Perbendaharaan

    Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.Tel : 03-88823000 Fax : 03-88823893 / 88823894

    Perisian Open Source adalah perisian yang mana kod sumbernya boleh diperolehi olehsemua tanpa had penggunaannya. Ia dikawal oleh komuniti pembangun Open Source.Linux adalah contoh Open Source.

    Ciri-Ciri Ciri-Ciri Ciri-Ciri Ciri-Ciri Ciri-Ciri Open SourceOpen SourceOpen SourceOpen SourceOpen Source1. Pengguna boleh memperolehi dan menggunakan perisian Open Source mengikutkeperluan dan kehendak mereka bagi setiap komputer yang mereka ada.2. Pengagihan semula perisian Open Source kepada mana-mana pihak secara percumaatau pada kadar tertentu, tidak bergantung kepada kos perolehan perisian tersebut.3. Pengguna boleh mengubahsuai serta meningkatkan lagi perisian berkenaan bagi menepatikeperluan mereka.4. Semua pengguna boleh mendapat akses ke atas kod sumber perisian Open Source.5. Pengguna bebas menggunakan perisian Open Source tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bidang.

    Kebaikan Kebaikan Kebaikan Kebaikan Kebaikan Open SourceOpen SourceOpen SourceOpen SourceOpen Source1. Kod sumber boleh didapati secara bebas dari segi penggunaan (muat-turun dariinternet).2. Kod sumber yang boleh diakses secara bebas akan meningkatkan lagi pengetahuanpengguna dari segi kemahiran dan teknologi.3. Kod sumber boleh disebarkan secara bebas kepada mana-mana pihak.4. Akses oleh pelbagai pihak akan menaikkan lagi taraf perisian Open Source.5. Bantuan mudah didapati dengan dokumentasi dan pertolongan komuniti perisianOpen Source seluruh dunia.6. Masa depan perisian ini tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.

    APAKAH ITU OPEN APAKAH ITU OPEN APAKAH ITU OPEN APAKAH ITU OPEN APAKAH ITU OPEN SOURCE?SOURCE?SOURCE?SOURCE?SOURCE?

    UNTUK EDARAN DALAMAN

    Projek Pelaksanaan Projek Pelaksanaan Projek Pelaksanaan Projek Pelaksanaan Projek Pelaksanaan Open SourceOpen SourceOpen SourceOpen SourceOpen Source Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan Di PerbendaharaanPelaksanaan Open Source di Perbendaharaan telah dimulakan pada akhir Mac 2002 denganMIMOS Bhd. sebagai pakar runding dalam tempoh 3 tahun.

    Pelaksanaan Open Source di Perbendaharaan dijalankan dalam 3 fasa :

    Fasa 1Fasa 1Fasa 1Fasa 1Fasa 1 melibatkan penukaran semua perisian Ms-office kepada Open-office

    Fasa 2 Fasa 2 Fasa 2 Fasa 2 Fasa 2 menukar semua sistem pengoperasian desktop pengguna kepada sistempengoperasian berasaskan open source.

    Fasa 3 Fasa 3 Fasa 3 Fasa 3 Fasa 3 penukaran semua middleware (contohnya web services) dan aplikasi sedia adakepada persekitaran open source.

    Untuk fasa 1, pengguna perintis telah dipilih berdasarkan penggunaan perisian Ms-office, jenis, keupayaan dan sistem operasi PC.

    MIMOS telah menubuhkan Pusat Khidmat Sokongan Open Source di SeksyenTeknologi Maklumat. Pusat ini bertujuan memberi bantuan secara langsung kepada parapengguna Open Source.

    Sambungan dari muka depanSambungan dari muka depanSambungan dari muka depanSambungan dari muka depanSambungan dari muka depan

    Fasa 2 dan Fasa 3 seterusnya akan dilaksanakan setelah Fasa 1 berjaya dilaksanakan. Projek Perlaksanaan OpenSource di Perbendaharaan ini adalah selaras dengan cadangan YAB Perdana Menteri supaya Malaysia mengkajipenggunaan perisian-perisian alternatif lain selain daripada perisian Microsoft.

    Open OfficeOpen OfficeOpen OfficeOpen OfficeOpen Office Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan Di Perbendaharaan

    Perbendaharaan kini sedang dalam proses peralihan daripada perisian yang berlesen iaitu Microsoft Office kepada perisianyang dibentuk dalam persekitaran open source iaitu Open Office dalam membantu kerja-kerja harian. Perisian alternatif inimempunyai fungsi yang sama seperti Microsoft Office. Berikut adalah persamaan di antara Open Office dan MicrosoftOffice.

    Ms Office Word = OpenOffice.org WriterMs Office Word = OpenOffice.org WriterMs Office Word = OpenOffice.org WriterMs Office Word = OpenOffice.org WriterMs Office Word = OpenOffice.org Writer

    Berupaya untuk membuat dokumen, laporan, surat edaran dan risalah serta membangunkan dan memaparkan kandunganlaman web.

    Ms Office Power Point = OpenOffice.org ImpressMs Office Power Point = OpenOffice.org ImpressMs Office Power Point = OpenOffice.org ImpressMs Office Power Point = OpenOffice.org ImpressMs Office Power Point = OpenOffice.org Impress

    Menghasilkan persembahan multimedia yang berkesan

    Ms Office Excel = OpenOffice.org CalcMs Office Excel = OpenOffice.org CalcMs Office Excel = OpenOffice.org CalcMs Office Excel = OpenOffice.org CalcMs Office Excel = OpenOffice.org Calc

    Menghasilkan lembaran kerja yang lengkap, analisa data yang lebih komprehensif dan menghasilkan carta 2 D dan 3 D.

    Setakat ini OpenOffice telah dilaksanakan di 6 Bahagian yang melibatkan 271 pengguna perintis Projek Perlaksanaan OpenSource di Perbendaharaan bagi Fasa 1. Butirannya adalah seperti jadual dibawah.

    Bil Bahagian Bil. Terlibat1 BNPK 462 Belanjawan 163 Kewangan 404 BPPK 1305 Pentadbiran 296 BSPN 10

    Jumlah 271

    Pengguna perintis telah diberi tunjuk ajar penggunaan OpenOffice melalui kaedah latihan dalam bilik darjah dan juga padabila-bila masa apabila timbul keperluan. 80% daripada pengguna yang telah melalui latihan bersetuju bahawa kursus yangtelah mereka hadiri telah dapat menambah pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap OpenOffice.

    Pelaksanaan OpenOffice adalah agak perlahan memandangkan para pengguna masih belum biasa dengan perisian ini.Walau bagaimana pun keadaan ini dijangkakan akan bertambah baik setelah pengguna semakin mahir menggunakannya.Apa yang penting adalah perubahan sikap dan pemikiran untuk menerima sesuatu perkara baru.

    Tips mengenai teknik-teknik penggunaan OpenOffice juga ada disediakan di laman web khas melalui URL http://os.treasury.gov.my

    2 Buletin ICT September 2002

  • TIPS - Cara Terbaik Mengelak KecederaanTIPS - Cara Terbaik Mengelak KecederaanTIPS - Cara Terbaik Mengelak KecederaanTIPS - Cara Terbaik Mengelak KecederaanTIPS - Cara Terbaik Mengelak KecederaanKepada pengguna yang banyak menghabiskan masa dengan menggunakan komputer adalah perlu mengetahui cara/kaedahduduk yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya kecederaan. Cara-cara/kaedah duduk yang terbaik ialah:-

    Kedua-dua kaki di atas lantaiKedua-dua kaki di atas lantaiKedua-dua kaki di atas lantaiKedua-dua kaki di atas lantaiKedua-dua kaki di atas lantai - Kedua-dua kaki menyentuh lantai atau alas kaki dengan lutut berada pada sudut 90o.

    Duduk Secara lurusDuduk Secara lurusDuduk Secara lurusDuduk Secara lurusDuduk Secara lurus - Pastikan berat badan di atas punggung dan selesa, dengan pinggul lurus atas dan bawah.

    Mata lurus ke hadapanMata lurus ke hadapanMata lurus ke hadapanMata lurus ke hadapanMata lurus ke hadapan - Pastikan bahagian atas kepala sama paras dengan bahagian atas skrin/monitor.

    Kedudukan lengan selariKedudukan lengan selariKedudukan lengan selariKedudukan lengan selariKedudukan lengan selari - Letakkan lengan selari dengan lantai dengan siku bersudut 90o.

    Tetikus MiniTetikus MiniTetikus MiniTetikus MiniTetikus Mini - Gunakan tetikus bersaiz kecil untuk kanak-kanak. Tetikus bersaiz besar akan menyebabkan otot-otot kepenatan.

    BerehatBerehatBerehatBerehatBerehat - Jauhkan pandangan dari komputer secara kerap. Pandang objek-objek yang jauh. Jauhkan diri dari komputersekurang-kurangnya setiap 20 minit.

    Tanda-tanda amaranTanda-tanda amaranTanda-tanda amaranTanda-tanda amaranTanda-tanda amaran - Sakit kepala, kepenatan, sakit otot, kekejangan adalah tanda-tanda masalah.

    Sumber :

    American Physical Therapy Association

    Computimes 23/5/2002

    Terma Komputer - Pangkalan Data (Terma Komputer - Pangkalan Data (Terma Komputer - Pangkalan Data (Terma Komputer - Pangkalan Data (Terma Komputer - Pangkalan Data (DatabaseDatabaseDatabaseDatabaseDatabase)))))Pangkalan data adalah satu bentuk fizikal yang digunakan untuk menyimpan maklumat. Bentuk fizikal ini merujuk kepadasebarang bentuk fail yang terdapat di dalam hard-disk. Bentuk maklumat pula tidak terhad kepada ASCII sahaja (text/perkataan),ia juga boleh menyimpan data binari (lagu/gambar/video).

    Contoh Pangkalan DataContoh Pangkalan DataContoh Pangkalan DataContoh Pangkalan DataContoh Pangkalan Data

    Contoh yang paling mudah dan yang paling ramai menggunakannya adalah MS-Access. MS-Access adalah pangkalan data yangmenyokong konsep pangkalan data yang paling asas iaitu menyimpan, menghapus dan mengubah data yang ada. Selain itu iajuga menyokong piawaian SQL yang telah ditetapkan. Selain daripada MS-Access, MS SQL Server dan Oracle adalah contohpangkalan data yang kompleks dan mematuhi peraturan pengurusan maklumat yang telah ditetapkan.

    Kelebihan Pangkalan DataKelebihan Pangkalan DataKelebihan Pangkalan DataKelebihan Pangkalan DataKelebihan Pangkalan Data

    Pangkalan data membenarkan kita untuk menguruskan maklumat yang ada dengan lebih sistematik. Kemudahan SQL yangdisediakan akan memudahkan kita untuk memanipulasi pangkalan data sepenuhnya. Maklumat yang disimpan akan lebihtersusun dan teratur dan kita pula akan lebih mudah untuk mencapai, menambah, membuang dan mengemaskini sebarangmaklumat yang ada. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan pangkalan data, MS-Access adalah pilihan yang terbaik.

    Kursus IT Di PerbendaharaanKursus IT Di PerbendaharaanKursus IT Di PerbendaharaanKursus IT Di PerbendaharaanKursus IT Di Perbendaharaan

    Bagi memantapkan penggunaan ICT di Perbendaharaan, BNPK sentiasa mengadakan siri kursus pada setiap bulan.