dewan negara parlimen keempat belas penggal … · untuk menjalankan tugas kita sebagai ahli dewan...

128
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 9 Rabu 5 September 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 29) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 46)

Upload: ngodien

Post on 12-Aug-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

Naskhah belum semak

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Bil. 9 Rabu 5 September 2018

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

- YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 29) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 46)

Page 2: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Rabu, 5 September 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

__________________________________________________________________________

Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Salam sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pagi ini saya nampak Ahli-ahli

Yang Berhormat kita masih lagi sihat, segar bugar dan semalam kita hampir pada jam 9 malam

lebih, kita balik. Jadi, pagi ini Ahli-ahli Yang Berhormat datang, saya nampak masih lagi segar

untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah langkah-langkah melindungi hak asasi orang Palestin yang semakin terancam kerana kezaliman rejim Israel yang mahu memusnahkan elemen Islam di Baitulmuqaddis dan menambah rumah-rumah ibadat Yahudi.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahi Rahmani

Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin

Haji Monutty di atas pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya juga menjawab pertanyaan ini

bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain

bin Awang yang bertarikh pada hari ini, 5 September 2018 kerana pertanyaan yang dikemukakan

turut menyentuh isu Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menghuraikan usaha-usaha yang diambil oleh

Kerajaan Malaysia di persada antarabangsa dalam membela nasib rakyat Palestin daripada

Page 3: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 2

kezaliman rejim Israel, saya terlebih dahulu ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini,

bahawa Kerajaan Malaysia sememangnya amat konsisten dalam pendekatannya apabila

berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan Palestin ini. Sejak dahulu lagi, Kerajaan Malaysia

sentiasa memberikan sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari

segi politik, ekonomi dan moral.

Sebagai sebuah negara yang menyanjung tinggi prinsip kemanusiaan dan keadilan

sejagat, Malaysia juga akan terus teguh dengan pendirian sedia ada untuk menyokong hak

mutlak rakyat Palestin ke atas penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat,

berdasarkan penubuhan dua buah negara, “two-states solutions”. Palestin-Israel yang wujud

secara sebelah menyebelah dengan aman, berdasarkan kepada sempadan sebelum tahun 1967,

dengan Baitulmuqaddis iaitu East Jerusalem, sebagai ibu negara Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu hak asasi rakyat Palestin pula, di peringkat pelbagai

hala iaitu dengan konteks Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi

Manusia (PBB), pendirian Malaysia adalah sentiasa menyokong resolusi-resolusi yang

menyentuh mengenai promosi dan perlindungan hak penentuan diri iaitu, dengan izin, “right to

save determination”. Hak asasi manusia bagi rakyat Palestin, pendirian Malaysia mengenai isu

ini adalah berdasarkan situasi kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin tanpa mengira

kaum dan latar belakang serta mengambil kira konflik yang melarat.

Pada 19 Disember 2017, Persidangan Agung PBB yang ke-72 telah meluluskan Resolusi

72/160, bertajuk, “The Right of the Palestinian People to Save Determination”, dengan undian

menyokong sebanyak 176, tidak menyokong 7, dan berkecuali 4, yang menyeru supaya perhatian

diberikan kepada maklum balas daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa- International Court

of Justice yang menyentuh mengenai penggunaan hak penentuan diri bagi rakyat Palestin di

dalam isu pembinaan tembok di wilayah Palestin yang ditakluki. Malaysia bukan sahaja

menyokong malah menaja bersama- co-sponsor resolusi tersebut.

Semasa Mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB, sesi ke-37, pada awal tahun ini,

terdapat empat resolusi yang berkaitan dengan Palestin yang mana semua resolusi tersebut telah

diluluskan oleh Majlis Hak Asasi Manusia dengan undian yang dicatatkan. Walaupun Malaysia

bukan Ahli Majlis Hak Asasi Manusia pada masa itu, Malaysia telah menaja bersama kesemua

resolusi tersebut di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Disebabkan penindasan berlanjutan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Israel, Malaysia

bersama beberapa negara PBB yang lain telah menggesa Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk

mengadakan satu sesi khas pada 18 Mei 2018. Sesi tersebut telah meluluskan satu resolusi

Page 4: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 3

bertajuk, “Violations of International Law in the Context of Large Scale Civilian Protest in the

Occupied Palestinian Territory Including is Jerusalem”.

Antaranya resolusi tersebut telah memutuskan untuk menubuhkan satu Commission of

Inquiry untuk menyiasat pencabulan perundangan kemanusiaan dan perundangan hak asasi

manusia antarabangsa yang berlaku di Palestin dalam konteks bantahan orang awam secara

berskala besar.

■1010

Malaysia dan negara-negara OIC yang lain telah menaja bersama resolusi tersebut.

Dalam kenyataan Malaysia semasa sesi khas tersebut, kita telah mengutarakan simpati terhadap

rakyat di Palestin yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh

anggota keselamatan Israel. Seterusnya Malaysia juga menekankan bahawa pesalah laku yang

terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas jenayah yang disifatkan crime against humanity.

Tuan Yang di-Pertua, seperti sedia maklum, Malaysia juga sememangnya giat

memainkan peranan aktif dalam usaha untuk mencari penyelesaian adil dan berkekalan kepada

konflik Palestin dan Israel termasuk menerusi platform OIC dan PBB. Malaysia sentiasa lantang

dalam mengetengahkan permasalahan yang dialami oleh Palestin dan rakyatnya, termasuk

memperjuangkan status Baitulmuqaddis sebagi ibu negara Palestin dan memelihara kesucian

Masjid Al-Aqsa.

Lanjutan daripada tindakan Parlimen Israel mengetepikan hak bangsa Arab melalui

kelulusan undang-undang, mengiktiraf tanah yang diduduki sebagai negara bangsa kaum

Yahudi, Israel State Law, Malaysia bersama negara-negara OIC yang lain telah mengutuk

sekeras-kerasnya tindakan Israel meluluskan undang-undang tersebut.

Antara usaha yang terbaharu bagi mencari penyelesaian ke atas isu ini, adalah melalui

peranan aktif Malaysia semasa Sidang Kemuncak Tergempar OIC Ketujuh mengenai Palestin

yang telah diadakan di Istanbul, Turki pada 18 Mei 2018. Negara-negara OIC telah sebulat suara

mengutuk dan menentang sekeras-kerasnya tindakan kejam tentera rejim Israel ke atas rakyat

Palestin. Kenyataan akhir tersebut juga menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk menegakkan

undang-undang antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti ke atas jenayah yang dilakukan oleh

Israel.

Pemimpin-pemimpin OIC, pada sidang kemuncak ini turut menegaskan peranan penting

yang dimainkan oleh United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near

East iaitu UNRWA untuk menyediakan perkhidmatan asas kepada 5.3 juga rakyat Palestin.

Page 5: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 4

Mereka juga menyeru supaya negara-negara OIC meningkatkan bantuan kepada UNRWA yang

kini mengalami masalah kewangan yang meruncing.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat PBB pula, Malaysia telah menaja dan menyokong

resolusi mengenai perlindungan orang awam Palestin pada sesi khas tergempar Perhimpunan

Agung PBB pada 13 Jun 2018 di New York. Resolusi berkenaan telah diluluskan dengan 120

undi menyokong dan 8 menolak. Resolusi berkenaan mengutuk serangan keganasan ke atas

orang awam oleh Israel, terutamanya di Semenanjung Gaza dan menggesa perlindungan ke atas

orang awam Palestin seperti yang termaktub di bawah undang-undang antarabangsa.

Malaysia juga akan terus berusaha menyeru dan mencari jalan penyelesaian yang adil

dan saksama terhadap isu Palestin melalui keahlian dalam Committee on the Exercise of the

Inalienable Rights of the Palestinian People dan Special Committee to Investigate Israeli

Practices Affecting the Human Rights of the Palestinian People and Other Arabs of the Occupied

Territories serta menyokong kerja-kerja UNRWA.

Semasa menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, bagi penggal 2015-2016,

Malaysia sentiasa lantang menyuarakan pendirian menyokong impian dan keinginan rakyat

Palestin untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Malaysia akan

terus menyeru Majlis Keselamatan PBB bagi penyertaan di dalam debat terbuka mengenai isu

Timur Tengah yang diadakan setiap bulan supaya memainkan peranan lebih aktif dan

melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana termaktub di dalam Piagam PBB bagi mencari

penyelesaian yang berkekalan kepada konflik Palestin dan Israel. Sekian, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sila.

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Barangkali saya ada

satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menyampaikan satu huraian yang

panjang lebar dan juga jelas dan padat. Syabas kepada Kementerian Luar.

Soalan saya merupakan satu cadangan, adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk

mewujudkan satu jawatan khas yang boleh dinamakan sebagai Duta Khas Malaysia ke Palestin.

Sebabnya adalah kerana saya juga mempunyai hubungan dengan beberapa NGO Palestin dan

individu-individu tertentu di mana mereka kerap menyatakan keperluan Malaysia bukan sahaja

untuk memainkan terus peranan yang berkesan di platform-platform antarabangsa, tetapi perlu

untuk sentiasa berada di bumi Palestin bagi mengetahui perkembangan-perkembangan mutakhir

yang semakin gawat kedudukannya di sana.

Oleh demikian, saya mencadangkan kalau kerajaan dapat mempertimbangkan supaya

duta khas ini, bukanlah Duta Kelana. Kalau Duta Kelana itu dia bersiaran tetapi duta khas yang

Page 6: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 5

dapat melantik seorang duta yang begitu berwibawa dan begitu komited kepada perjuangan

Palestin. Terima kasih.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Bagi saya itu satu

cadangan yang baik yang mana sekarang juga walaupun kita tidak ada duta di sana tetapi kita

juga selalu mengambil perhatian tentang kedudukan di Palestin melalui dutanya di Kuala Lumpur

dan juga rakan-rakan kita yang berada di Jordan dan juga di Mesir. Jadi berkenaan dengan

cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senator, saya rasa ini satu cadangan yang baik

dan saya akan cuba bawa berbincang di dalam kementerian nanti. Terima kasih.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Mohon penjelasan sedikit, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama

sekali saya hendak ucapkan tahniah kepada rakan saya di Pulau Pinang sebab dahulu orang

Kepala Batas, sekarang orang Tasek Gelugor, tahniah Timbalan Menteri Luar.

Yang Berhormat Menteri saya melihat isu Israel-Palestin ini akan sentiasa mendapat

sokongan yang sangat kuat terutama daripada pimpinan-pimpinan melangkaui parti politik dan

sebagainya di peringkat Malaysia. Kita akui di peringkat antarabangsa, isu ini adalah isu yang

bukan mudah. Isu yang sangat kompleks. Cumanya mengambil kedudukan istimewa Malaysia

terutama dalam konteks, negara-negara Islam, negara-negara Islam sering melihat arah tuju

kepimpinan Malaysia.

Oleh sebab itu, apa sahaja keputusan Malaysia berharap dengan isu Israel akan memberi

inspirasi, motivasi kepada rakan-rakan seperti Indonesia, terutama negara-negara Islam yang

lain. Itulah kedudukan Malaysia yang istimewa.

Atas dasar itu Yang Berhormat Menteri, saya memohon penjelasan, ada ataupun tidak

satu usaha yang strategik yang khusus di bawah pimpinan Malaysia kerana saya yakin satu

ketika, pimpinan Malaysia juga yang diangkat oleh dunia. Contohnya satu inisiatif untuk

memperkasakan masyarakat madani di Timur Tengah contohnya Foundation for the Future.

Dalam ramai-ramai pimpinan Arab itu, semua Menteri-menteri yang dipilihnya orang Ceruk Tok

Kun, nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Jadi saya melihat, dengan kekuatan pimpinan-pimpinan NGO, ABIM Ikram dan

sebagainya, dengan pimpinan-pimpinan politik yang ada di dalam kepimpinan Malaysia baharu

ini, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah wajar sekiranya agenda mencari

satu solusi baharu di Palestin ini merupakan satu agenda yang strategik dan khusus mengambil

kekuatan kedudukan strategik di Malaysia.

Page 7: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 6

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Senator

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff daripada Balik Pulau, orang Pulau Pinang.

■1020

Saya amat tertarik dengan cadangan seperti Yang Berhormat Senator maksudkan tadi.

Sebenarnya berkenaan dengan isu Palestin ini, negara Malaysia memang tidak pernah lari

daripada tidak menyuarakan, maka kita konsisten daripada sebelum inilah. Makna lebih tujuh

dekad, kalau kita tahu peperangan, I mean berlaku di Palestin ini, mengambil masa yang begitu

panjang. Jadi kita telah mencuba dengan berbagai-bagai cara dan upaya kita ketengahkan demi

menyelesaikan isu kemelut di Timur Tengah ini terutama di Palestin.

Jadi, kita akan menggunakan segala cara dengan dasar baru kita yang mana kita akan

berbaik-baik dengan sebuah negara yang mana kita ingin menjalinkan hubungan dengan semua

negara-negara luar. Maka dengan itu, adalah satu daripada fakta yang boleh kita buat sebagai

bahan rujukan untuk kita mengangkat nama Malaysia dan terus menyuarakan akan pendirian kita

terhadap isu di Timur Tengah ini.

Saya rasa itu cukup untuk Yang Berhormat ya? Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

melihat isu Palestin ini Tuan Yang di-Pertua, seperti mana sahabat saya kata tadi memang rumit.

Kalau kita tengok, apabila kita mengadakan program-program untuk menyokong Palestin, pada

masa yang sama juga kita punya trading dengan Amerika Syarikat begitu besar. Amerika Syarikat

inilah di belakangnya Palestin itu sehinggakan kita tidak dapat buat apa, seluruh dunia tidak buat

apa apabila hendak dipindahkan ibu negara Israel itu.

Jadi, kalau begitulah keadaannya Yang Berhormat, pandangan Yang Berhormat

bagaimana hendak menyelesaikan isu ini? Soalan saya yang kedua, dahulu kita ada Tabung

Palestin, saya rasa tidak ada cara lain kalau hendak hantar askar sekalipun tidak mampu kita,

tidak mampu. Dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri Pertahanan, kata ada tujuh ke

lapan buah kapal terbang yang boleh bergerak, tidak mampu kita. Jadi hanya dengan

menghantarkan wang kepada mereka ini dan setakat ini Yang Berhormat berapa banyak sudah

tabung untuk Palestin ini yang telah kita kumpul dan adakah Kerajaan Pakatan Harapan akan

mengadakan tabung ini untuk membantu mereka ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Suhaimi.

Pertama sekali soalan berkenaan dengan usaha kita. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat,

kita sedar bahawa terdapat cabaran-cabaran besar yang mengehadkan pelaksanaan resolusi,

dasar, perancangan seperti pendirian kuasa-kuasa besar termasuklah Amerika Syarikat yang

Page 8: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 7

dimaksudkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ yang terlibat secara langsung dalam sesuatu

proses pelaksanaan sesuatu ketetapan. Namun demikian, ini bukanlah penghalang kepada

Malaysia untuk terus mengetengahkan kepentingan pelaksanaan sesuatu resolusi ataupun

ketetapan.

Jadi dengan pendirian dan berprinsip, kita tidak pernah dan tidak akan berputus asa dan

akan terus menyatakan pendirian kita dalam isu-isu kemanusiaan bukan sahaja di Palestin tetapi

juga di Rohingya, Yaman dan sebagainya di pelbagai platform antarabangsa sebagai tekanan

agar masyarakat antarabangsa akan sentiasa memberikan perhatian dan insya-Allah bersama-

sama mengubah keadaan semasa. Kita juga akan terus menyatakan pendirian di pertemuan-

pertemuan dua hala pada setiap peringkat.

Berkenaan dengan isu tabung, memang kita sebelum ini di kementerian kita mengadakan

tabung bantuan rakyat Palestin dan kita telah menyalurkan bantuan-bantuan tersebut kepada

rakyat Palestin melalui NGO-NGO yang telah ditubuhkan di bawah PBB iaitu UNRWA dan ada

juga peranan kita memberi bantuan langsung kepada negara Palestin iaitu melalui kedutaannya

yang berada di Malaysia.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, berkenaan dengan kedudukan wang yang ada

dalam tabung di bawah Tabung Palestin ini, saya dimaklumkan yang terakhir kita ada hampir

RM500,000 kalau tidak salah sayalah. Memang bukan satu jumlah yang besar tetapi kita akan

terus mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat terus menyumbang kepada Tabung Palestin ini

demi membantu rakyat Palestin. Terima kasih.

2. Dato' Ong Chong Swen minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah tatacara, jumlah bayaran dan batasan untuk satu lokasi seperti Taman Negara, bangunan, kawasan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya [Tuan Muhammad Bakhtiar bin

Wan Chik]: Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui Jabatan Warisan Negara yang merupakan

focal point, dengan izin, dan state party kepada United Nations Educational, Scientific and

Cultural Organization, World Heritage Convention 1972 berperanan untuk mengangkat tapak-

tapak warisan yang berpotensi di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia.

Usaha yang dilakukan termasuk menyediakan atau memberi khidmat nasihat, penyediaan

dossier pencalonan berserta Conservation Management Plan (CMP), dengan izin, mengadakan

promosi di dalam dan luar negara, mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa dan lain-

Page 9: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 8

lain. Untuk makluman, proses yang diperlukan bagi mengangkat sesuatu tapak sebagai Tapak

Warisan Dunia adalah seperti berikut:

(i) melindungi setiap tapak yang dicalonkan terlebih dahulu di peringkat

nasional seperti mewartakannya di bawah Akta Warisan Kebangsaan, Akta

645 untuk tujuan pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan selaras

dengan paragraph 97, UNESCO Operational Guidelines yang

menyatakan, dengan izin, “All properties inscribed on the World Heritage

List must have adequate long-term legislative, regulatory, institutional and

or traditional protection and management to ensure their safeguarding. This

protection should include adequately delineated boundaries. Similarly

States Parties should demonstrate adequate protection at the national,

regional, municipal and/or traditional level for the nominated property”;

(ii) menghantar dokumen tentative list kepada pihak UNESO sekurang-

kurangnya setahun sebelum penghantaran dossier pencalonan lengkap.

Tentative list ini perlu diperbaharui setiap 10 tahun selagi pengiktirafan

belum diperoleh;

(iii) menyediakan dossier pencalonan Conservation Management Plan (CMP)

dan Special Area Plan (SAP) sebagai dokumen pengurusan tapak bagi

memastikan OUV ataupun dalam bahasa Malaysia, nilai keunggulan

sejagat bagi satu-satu tapak terpelihara;

(iv) melalui proses penilaian oleh pihak UNESCO yang akan menyemak satu

tapak bagi memastikan ia masih tidak terganggu serta masih mengekalkan

keaslian dan integritinya. Mempunyai pengurusan dan mekanisme

kawalan yang baik dan lain-lain; dan

(v) melalui proses pembentangan oleh jawatankuasa penilaian akhir di

peringkat mesyuarat World Heritage Committee yang mana setiap tapak

akan dibahaskan sebelum keputusan akhir dibuat.

Proses keseluruhan untuk satu-satu pencalonan kebiasaannya mengambil masa sekitar

tiga hingga 10 tahun bergantung kepada data penyelidikan yang lengkap serta lain-lain perkara

berkaitan. Sebagai makluman untuk mengangkat sesuatu tapak ke peringkat UNESCO, ia

memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM1.5 juta yang meliputi pelantikan pakar,

penyediaan dossier, penyediaan conservation management plan dan special area plan,

penyelidikan dan pengumpulan data kajian serta pelaksanaan program promosi dan lain-lain.

Page 10: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 9

■1030

Mengenai batasan utama untuk mengangkat sesuatu tapak bagi mendapatkan

pengiktirafan di peringkat dunia adalah termasuk dari segi memenuhi kriteria serta pembuktian

kepentingan satu-satu tapak di peringkat dunia. Selain itu, faktor kewangan juga perlu diambil

kira memandangkan peruntukan yang besar diperlukan bagi menyediakan satu-satu pencalonan.

Di samping itu, penglibatan semua pihak yang berkepentingan termasuk mendapat keizinan

daripada pihak kerajaan negeri yang juga sangat penting untuk mencalonkan sesuatu tapak

tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ong Chong Swen: Soalan tambahan. Saya ada dua soalan untuk Kementerian

Pelancongan, Seni dan Budaya. Pertama, saya tadi dengar ada beberapa kualiti yang perlu

sebelum satu tapak warisan atau heritage yang boleh diadakan. Saya ingin tanya kepada Yang

Berhormat Menteri, di mana garis panduan kelayakan tapak warisan kebangsaan dan garis

panduan tapak warisan UNESCO.

Adakah kerajaan akan menyemak semula garis panduan Malaysia supaya lebih selari

dengan kriteria UNESCO? Ini adalah kerana tapak-tapak di Malaysia mendapat manfaat

sekiranya mendapat status UNESCO dan boleh membuka pelancongan heritage.

Soalan kedua, pada setiap musim atau hari cuti di Singapura dan ada ramai pelancong

dari negara yang lain yang datang dari Singapore ke Malaysia melalui Causeway dan Second

Link. Namun, setiap kali ada kesesakan yang amat teruk- 9 Ogos ialah hari national Singapore,

saya diberitahu Causeway dan Second-Link, ia sesak selama empat jam. Ini saya rasa tidak

begitu baik untuk pelancongan kita.

Maka, soalan saya, apakah tahap kerjasama Kementerian Pelancongan dengan

kementerian lain-lain seperti Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan bahawa contohnya

imigresen atau kastam boleh dijalankan dengan lancar? Juga, apakah bentuk sokongan dengan

izin, support yang diberi oleh Kementerian Pelancongan kepada setiap negeri dan hal seperti ini?

Terima kasih.

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Ada dua soalan Tuan Yang di-Pertua. Akan

tetapi, soalan kedua itu tidak berkaitan dengan soalan yang pertama.

Sebenarnya, tentang garis panduan kelayakan warisan kebangsaan adalah selari dengan

warisan ataupun selari dengan pengiktirafan daripada UNESCO. Kalau kita lihat daripada empat

ataupun lima Tapak Warisan Dunia yang kita ada sekarang ini iaitu Georgetown dan Melaka iaitu

dalam serial nomination sekali. Mereka mempunyai kriteria yang sama yang kita letakkan dalam

warisan kebangsaan. Jadi sebenarnya sebelum kita diangkat untuk ke UNESCO, dia mesti

Page 11: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 10

diiktiraf sebagai warisan kebangsaan dahulu, warisan negara sebelum diangkat kepada

UNESCO. Jadi, kriteria-kriteria itu mesti dipenuhi di peringkat warisan kebangsaan sebelum

diangkat ke UNESCO. Itu garis panduan yang kita gunakan.

Soalan kedua, mengenai Causeway. Ini banyak berkait rapat dengan Kementerian Dalam

Negeri. Saya harap kawan daripada Kementerian Dalam Negeri dapat menjawabnya sebab kita

akui, memang ada kesesakan utama terutamanya pada musim perayaan. Sebenarnya saya juga

berbincang dengan Singapore’s High Commissioner di Malaysia dan kami dalam peringkat ada

komiti, special committee yang ditubuhkan antara Kementerian Pelancongan dan juga

Kementerian Dalam Negeri terutama sekali daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk

mencari penyelesaian terhadap kesesakan yang begitu teruk di Causeway Singapura-Tambak

Johor dan Johor dan Singapore.

Jadi, saya rasa task force yang ditubuhkan ini diharap dapat mencari penyelesaian

secepat mungkin. Ini kerana pelancong Singapura adalah antara pelancong terbesar yang kita

dapati daripada pelancongan. Keseluruhan tourist arrival di Malaysia, Singapura menjadi

pelancong yang utama, yang pertama yang datang. Saya harap dapat menjawab soalan. Terima

kasih.

Tuan Ismail bin Yusop: Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Nanti. Bagi... [Menunjuk kepada YB Dato’ Hajah Fahariyah]

Sila.

Tuan Ismail bin Yusop: Okey.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah berkenaan dengan bangunan-bangunan

warisan dan bangunan-bangunan lama di negara kita. Sebab kita tahu Malaysia dalam ke arah

menuju ke sebuah negara yang maju dan kita lihat dalam usaha kerajaan untuk memajukan

negara, banyak bangunan lama, bangunan-bangunan yang mungkin ada nilai warisannya

dirobohkan terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai nilai yang tinggi di kawasan

bandar.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan mempunyai usaha-usaha

untuk melibatkan masyarakat dan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara

bangunan-bangunan yang mempunyai warisan? Kalau kita tengok negara-negara luar, negara-

negara yang maju seperti di London sebagai contoh, mereka preserve bangunan-bangunan lama.

Sebab walaupun mungkin bangunan itu tidak mempunyai nilai warisan yang begitu besar tetapi

Page 12: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 11

di preserve because of the culture. Maknanya, dia menyimpan nilai-nilai warisan, nilai-nilai tradisi

negara tersebut. Maknanya, dia menjadi identiti.

Akan tetapi kita di Malaysia ini, kalau katalah nilai tanah itu besar, bangunan apa pun,

bangunan lama pun walaupun bangunan sudah berusia 50 tahun, 60 tahun dirobohkannya. Tidak

dipreserve kerana nilai tanah tersebut. Maka, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat

Menteri, adakah di bawah kementerian mempunyai usaha-usaha untuk memberi kesedaran

kepada masyarakat, kepada rakyat negara kita untuk preserve nilai budaya dan juga nilai estetika

negara kita melalui bangunan-bangunan warisan ini? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator yang bertanya. Okey, mengenai dengan bangunan-bangunan warisan kebangsaan, kita

mempunyai lebih kurang 25 bangunan yang telah diiktiraf sebagai bangunan warisan kebangsaan

dan kita juga bekerjasama dengan agensi-agensi ataupun state government. Ini kerana kita kena

angkat kepada kerajaan negeri untuk diluluskan. Jadi, seperti sesuatu bangunan kita anggap ia

sebagai mempunyai warisan sejarah, kita akan angkat kepada kerajaan negeri untuk diluluskan.

Jadi, kekangannya kadang-kadang kerajaan negeri mengambil masa yang lama untuk

meluluskan bangunan-bangunan tersebut.

Jadi, memang kita juga selalu menyusulkan kepada kerajaan negeri supaya bila ada

sesuatu site yang mempunyai unsur sejarah itu, kita selalu minta kerajaan negeri untuk

mewartakan sesuatu kawasan seperti Special Area Plan. Umpamanya seperti Lembah Bujang.

Lembah Bujang mempunyai sejarah yang begitu lama, lebih dari 2,500 tahun. I think antara first

human civilization discovered yang dijumpai, yang tertua di Asia Tenggara. Lembah Bujang

mempunyai sejarah yang cukup banyak dan banyak historical facts dan kita telah meminta

kerajaan negeri supaya mewartakan kawasan Lembah Bujang. Jadi, ia tidak terdedah kepada

mana-mana pembangunan yang akan dilakukan di situ.

Saya jawab balik yang berapa banyak tapak warisan kebangsaan ya. Sebanyak 69 tapak

warisan kebangsaan dan tapak warisan adalah sebanyak 225, 225 tapak warisan. Jadi, memang

pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi dan juga

universiti yang menjalankan penyelidikan supaya diangkat beberapa tapak untuk menjadi tapak

warisan. Ini kita lakukan untuk memelihara, preservation ataupun conservation of the cultural

heritage. Kita akan sentiasa melakukan benda ini, perkara ini dari semasa ke semasa dan

seterusnya, mengangkat kepada Tentative List untuk diangkatkan kepada UNESCO.

Page 13: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 12

Saya boleh bagi beberapa tempat UNESCO yang kita akan angkat iaitu seperti Royal

Belum, Permatang Kuarza, FRIM dan juga Taman Negara. Di antara tempat-tempat tapak

warisan yang berada dalam tentative list yang akan diangkat ke UNESCO. Terima kasih.

■1040

Tuan Ismail bin Yusop: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya perkara yang saya hendak

bangkitkan soalan yang sama juga. Terima kasih, atas penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri Tuan Muhammad

Bakhtiar bin Wan Chik, memberi jawapan yang baik.

Sekarang saya beralih pula kepada Yang Berhormat Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’

Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah.

3. Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah langkah-langkah Kementerian untuk membantu mengurangkan ketidakstabilan harga makanan di pasaran tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof.

Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim kerana bertanya soalan kepada MOA. Secara asasnya,

harga bagi sesuatu produk adalah ditentukan berdasarkan kepada bekalan dan permintaan,

supply and demand.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui FAMA telah melaksanakan pelbagai program

bagi membantu menstabilkan harga dan menjamin bekalan bahan makanan di pasaran

tempatan, contohnya seperti berikut:

(i) pada tahun 218, program Stok Bekalan Makanan (SBM) telah diperluaskan

kepada 27 komoditi seperti, sembilan jenis sayur-sayuran, barang kawalan

contohnya gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar, Q’Fish,

ayam proses standard, telur ayam dan barangan industri asas tani.

Bekalan diperoleh dari pengusaha tempatan dan import dari negara

pengeluar. Program pembekalan ini melibatkan seluruh outlet peruncit

FAMA di seluruh Malaysia;

(ii) melaksanakan program Jimat Belanja Dapur (JBD) seperti di pasar tani,

Agro Bazar, kedai rakyat dan lain-lain outlet peruncitan yang dibangunkan

FAMA di seluruh negara. Program ini menawarkan penjimatan harga di

antara lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran

Page 14: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 13

setempat, bagi 27 komoditi terpilih. Bagi tempoh Januari hingga April 2018,

nilai jualan yang dicatatkan adalah sebanyak RM46 juta; dan

(iii) mempelbagaikan outlet pasaran kepada peserta-peserta ladang kontrak

serta peserta kukuh, iaitu program pembekalan sayur dari ladang terus ke

pasar atau pengukuhan bekalan dari ladang ke pasar.

Melalui program jualan terus dari ladang, program ini merupakan usaha untuk

menyediakan bekalan dalam negara yang mencukupi dan pada masa yang sama, memastikan

harga produk pertanian tempatan stabil di pasaran. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2018,

seramai 337 orang peserta telah pun terlibat dalam program ini dengan nilai jualan yang

dicatatkan bernilai RM790,803. Terima kasih.

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Cara jawapan yang cukup

jelas dan kita juga berterima kasih semalam yang telah memberikan keterangan, tindakan-

tindakan, peranan-peranan juga kekangan kementerian telah memastikan kita mempunyai

sumber makanan yang mencukupi.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, dengan mengimport makanan, semalam Yang

Berhormat Menteri mengatakan kita akan mengimport makanan dengan harapan dapat

mengurangkan harga barangan. Apakah ini satu perkara yang kita telah teliti? Persoalan saya

apakah dengan mengimport makanan, sumber makanan dari luar itu, akan memastikan harga

barang akan turun?

Keduanya, apakah Yang Berhormat Menteri akan bersetuju, dengan kita memperkasakan

bidang pertanian kita, ianya sewajarnya dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada

sumber-sumber makanan yang diimport dan seterusnya mengurangkan harga di dalam negara.

Itu soalan yang pertama.

Soalan yang kedua, tadi Yang Berhormat Menteri menerangkan tentang tindakan-

tindakan kementerian itu mengeluarkan hasil-hasil makanan di darat. Di darat kita ada tanah,

persoalan saya di laut. Apakah kita mempunyai ladang di dasar laut yang tidak diusik dan

dikacau? Ini kerana, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di dasar laut yang sebenarnya,

jikalau ikut pengetahuan yang saya terima, bahawa kita mempunyai ikan yang mencukupi.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri dahulu yang mengatakan kita memang

mempunyai ikan yang mencukupi, memang cukup. Masalahnya ladang kita di dasar laut telah

dihancurkan oleh tindakan-tindakan pukat, bukan pukat tunda sahaja, kita panggil pukat harimau.

Pukat tunda ini, net dia lubang besar. Pukat harimau, lubang dia kecil iaitu apa yang mereka buat,

Page 15: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 14

bot-bot ini mereka telah kaut segala jenis hasil makanan di laut, waima anak-anak kerang, anak

ketam yang masih bawah umur, yang belum baligh lagi telah dihentam dan telah ditangkap dan

akhirnya di dasar laut itu memang jadi padang pasir Tuan Yang di-Pertua.

Persoalan saya, apakah perkara ini kita hendak teruskan. Ini kerana, sebab yang utama

adalah apabila terdapat vessel-vessel ataupun bot-bot yang menangkap ikan ini menggunakan

pukat tunda harimau. Mereka sewajarnya dibenarkan untuk menangkap ikan di laut dalam. Akan

tetapi mereka telah masuk ke kawasan kita, di perairan kita dan mereka telah menghancurkan

segala bentuk makanan yang kita ada di dalam dasar laut.

Cadangan saya juga, yang saya nampak Yang Berhormat Menteri, paling terbaik apa

yang kita patut, jikalau kita hendak lawan mereka pun susah, jikalau sekiranya kita invest sedikit,

kita mewujudkan tukun, ia kita panggil tukun dasar lembut. Iaitu apabila kita mewujudkan tukun

ini, ia juga kita berkesempatan untuk mewujudkan rumah ikan. Apabila ada tukun, maka nelayan-

nelayan asing ini tidak berani untuk masuk. Ini kerana jikalau mereka menggunakan net mereka,

net mereka akan hancur. Itu cadangan yang saya rasa yang boleh kita gunakan. Akan tetapi

memang memerlukan sedikit kos yang agak tinggi.

Kedua, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, masalah kita ialah, apabila kerajaan

memberikan lesen kepada nelayan kita untuk menangkap ikan melalui bot terutama di lautan

dalam, mereka telah menjual lesen ini kepada nelayan-nelayan Vietnam. So jikalau kita lihat bot

memang nampak lesen Malaysia, tetapi pekerja mereka memang adalah orang Vietnam dan polis

hendak tangkap pun susah kerana lesen itu adalah lesen Malaysia. Ini juga perkara yang patut-

saya bercakap kerana saya merasakan, jikalau ikut ikan Yang Berhormat Menteri memang kita

cukup, yang sebenarnya kita mempunyai ikan yang mencukupi. Akan tetapi langkah-langkah

tertentu masih belum dapat dijalankan dengan berkesan. Sekian, terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada

Profesor. Memang Profesor ini dia mempunyai ilmu yang banyak dan suka memberi penjelasan

yang panjang. Walau bagaimanapun, saya menghargai, it a good lecture.

Pertama sekali pengimportan bahan makanan adalah untuk memenuhi permintaan yang

semakin meningkat terhadap komoditi yang tidak ekonomik ataupun tidak boleh dihasilkan dalam

negara. Contohnya, buah-buahan dan sayur-sayuran temperate serta bagi menampung

kekurangan bekalan dalam negara seperti daging dan sediaan daging serta hasil tenusu.

Contohnya, ubi kentang, kubis dan beberapa bahan keluaran pertanian. Memang tidak dapat

dihasilkan dalam negara Malaysia. Permintaan masih ada, jadi kita terpaksa import untuk

keperluan dalam negara.

Page 16: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 15

Walau bagaimanapun, ada juga barang-barang pertanian, walaupun kita menghasilkan

contohnya tomato dan sebagainya, dia kita tidak mempunyai permintaan lebih tinggi daripada

pengeluaran, maka terpaksa kita import untuk menstabilkan harga. Contohnya tenusu juga, SSL

tenusu kita kurang daripada 10 peratus. Lembu-lembu kita, lembu-lembu tenusu tidak mencukupi

untuk to meet the demand.

■ 1050

Jadi kita terpaksa import tenusu daripada luar negara supaya sumber protein negara kita

mencukupi dan kanak-kanak kita ada susu untuk membesar dengan sihat. Jadi ini adalah

kekangan di mana kita terpaksa mengimport barang-barang daripada luar negara.

Walau bagaimanapun, kita pun ada eksport barang-barang pertanian, hasil-hasil

pertanian kita ada banyak yang kita boleh eksport untuk keluar negara. Ini adalah free trade.

Makanya walaupun kita import sesuatu tetapi kita pun mampu eksport contohnya, kelapa sawit

dan sebagainya. Jadi saya rasa itu adalah kita akan cuba pada asasnya, at the fundamental level

adalah bagaimana kita meningkatkan produktiviti dengan menghasilkan lebih banyak hasil

pertanian.

Produktiviti boleh ditingkatkan dengan teknologi baharu, dengan usaha ataupun pelbagai

program yang boleh meningkatkan hasil pertanian. Jadi kalau kita mampu meningkatkan hasil

pertanian, maka harga barang akan stabil dan ia akan mengurangkan kos. Kalau kita boleh

mengurangkan kos barang input harga hasil pertanian akan menurun lagi. Jadi itu adalah usaha

kita untuk meningkatkan produktiviti dan menurunkan harga kos input pertanian supaya

menstabilkan barangan pertanian negara kita.

Untuk isu yang kedua iaitu lautan. Pencerobohan- saya setuju dengan Profesor bahawa

kita mempunyai lautan dan hasil perikanan yang mencukupi. Walau bagaimanapun, ada juga isu-

isu tertentu, contohnya over fishing.

Kedua adalah kerosakan pada dasar laut oleh pukat-pukat tertentu. Kita maklum tentang

isu ini dan kita tengah usaha untuk menangani termasuk menzonkan semula Zon ‘A’, ‘B’ dan ‘C’.

Dahulu Zon ‘A’ kecil sahaja, kita perluaskan. Zon ‘B’ dianjak keluar sedikit dan Zon ‘C’ lebih

daripada 15 nautical mile.

Jadi, ini adalah usaha untuk kita memastikan bahawa dasar laut kita tetap dijaga. Dari

segi usaha tukun juga, kita pun melaksanakan program untuk meletakkan lebih banyak tukun di

tempat-tempat strategik supaya menjadi tempat pembiakan dan juga rejuvenation. Ia menjadi

tempat refuge, dipanggil kawasan refugia atau refugee area untuk ikan dan rejuvenation of the

Page 17: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 16

sea-bed. Jadi ini adalah usaha yang berterusan oleh kementerian untuk membantu nelayan

supaya ada hasil tangkapan ikan yang berterusan dan mampan.

Isu pencerobohan nelayan asing, kita sangat-sangat prihatin terhadap isi ini. Isu

pencerobohan nelayan asing perlu ditangani bersama dengan agensi lain terutamanya APMM di

mana kawan saya daripada KDN, dia tahu tentang isu ini. Semalam kita berpanjangan berbahas

tentang lebih daripada 122 ribu kilometer square, hanya lima bot APMM sahaja yang tidak

mencukupi untuk melaksanakan pelbagai tugas, menjaga pencerobohan, menjaga kemasukan

pendatang asing dan pelbagai lagilah tugas daripada APMM.

Jadi saya mohon supaya kita daripada Kementerian MOA, kita sering adakan dialog dan

adakan hubungan dengan KDN untuk usaha meningkatkan lagi prestasi APMM supaya

pencerobohan nelayan-nelayan daripada Vietnam dan juga negara-negara lain tidak merosakkan

dasar laut kita, tidak menceroboh kawasan perikanan kita dan mengancam keselamatan nelayan-

nelayan daripada Malaysia. Terima kasih.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri,

apabila kita bercakap tentang kestabilan harga bahan makanan, kita tidak boleh lari daripada

memberi pertimbangan kepada kestabilan dalam bentuk kuantiti bahan makanan termasuk juga

kestabilan dari segi kualitinya dan sustainabilitynya dalam pengeluaran.

Jadi dalam hubungan ini, saya hendak bertanya kepada kementerian, sejauh manakah

kerjasama yang telah diberi oleh kerajaan-kerajaan negeri untuk mereservekan kawasan-

kawasan di negeri masing-masing untuk dijadikan Zon Tetap Pengeluaran Makanan Negara?

Dan di Zon Tetap Pengeluaran Makanan Negara ini, harusnya diberi aplikasi teknologi terkini iaitu

seperti the internet of things dan juga kaedah-kaedah pemasaran secara digital.

Soalan kedua ialah, sejauh manakah kejayaan kementerian untuk menarik penglibatan

belia-belia di negara kita di dalam bidang pertanian kerana inilah yang akan menjamin

sustainability bidang pertanian di negara kita. Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi kerana menanya

soalan-soalan yang cukup menarik dan penting pada pendapat saya. Yang Berhormat Senator

Dr. Zaiedi telah membangkitkan kestabilan makanan,kualiti dan sustainability terutamanya dari

segi Zon Tetap TKPM, dipanggil Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kalau kita tengok dari segi

keluasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), daripada tahun 2011 hanya 7,170 hektar

telah ditingkatkan kepada 10,306 hektar pada tahun 2017, ada peningkatan.

Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa sememangnya kawasan pengeluaran makanan

atau Taman Kekal Pengeluaran Makanan masih tidak mencukupi. Ini kerana kalau kita ingin

Page 18: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 17

meningkatkan pengeluaran makanan di mana banyak yang kita import daripada luar negara tetapi

kalau kita tidak meningkatkan keluasan tanah, tidak mungkin kita boleh mencapai SSL yang

tinggi, maka terpaksa kita import, forever.

Jadi, saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi telah

membangkitkan isu ini. Kita ingin menyeru kepada semua yang ada di sini terutamanya kepada

Yang Berhormat Senator yang mewakili negeri. Bincang dengan kerajaan-kerajaan negeri

supaya meningkatkan, menambah lebih banyak Taman Kekal Pengeluaran Makanan. We need

the land.

Kalau kita tidak ada tanah, maka tidak ada pengeluaran makanan. Kita harus tahu bahawa

the fundamental of the country, the basic needs of the country is makan. Tiap-tiap hari pagi,

petang, malam kita makan. Dan keperluan makanan is constant, ia perlu. Jadi daripada kita- saya

tidak menghalang kerajaan negeri untuk pursue perindustrian, atau perumahan dan sebagainya.

Akan tetapi fundamental adalah masih kepada makanan, ada keperluan kita menambah kerana

dengan peningkatan populasi negara Malaysia, ada keperluan untuk Taman Kekal Pengeluaran

Makanan. Supaya the future generation, anak-anak kita, ada makanan yang berkualiti dan

mencukupi di negara Malaysia.

Jadi saya harap benda ini Yang Berhormat Senator yang mewakili negeri harus

memainkan peranan untuk berbincang dengan kerajaan negeri supaya menambah lebih banyak

Taman Kekal Pengeluaran Makanan.

■1100

Bukan hanya dari segi Taman Kekal Pengeluaran Makanan tetapi juga Zon Industri

Akuakultur. Zon Industri Akuakultur perlu dikenal pasti kerana kita mempunyai potensi-potensi

yang besar di zon-zon yang tertentu di mana kita boleh menghasilkan ikan yang berkualiti dan

telah dikenal pasti 70 kawasan Zon Industri Akuakultur. Akan tetapi saya nampak selain daripada

Pulau Pinang, di mana saya mewakili negeri saya Pulau Pinang, tempat-tempat lain tidak take-

off, dia masih dalam perancangan atau ia tidak take-off.

Jadi saya rasa harus kita push lagi di negeri-negeri lain, saya nampak banyak tempat

yang berpotensi. Untuk Internet of Things (IoT) and Industrial Revolution 4.0, saya suka tentang

subjek ini kerana saya juga anak...

Datuk Razali bin Idris: Yang Berhormat Menteri mencelah sikit?.

Tuan Sim Tze Tzin: Boleh.

Datuk Razali bin Idris: Boleh?

Tuan Sim Tze Tzin: Ini bukan perbahasan. nanti boleh tanya soalan.

Page 19: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 18

Datuk Razali bin Idris: Tanya satu soalan saja, satu saja sebab Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Tze Tzin: Tuan Yang di-Pertua, belum habis lagi, saya habiskan... [Disampuk]

Untuk Internet of Things, saya suka tentang isu ini kerana saya pun orang muda dan orang muda

itu suka tentang what we called menggunakan teknologi dalam semua bidang. Jadi kalau kita

ingin menarik orang muda menceburi pertanian dia perlu ada elemen teknologi dan buat masa

sekarang kita ada banyak tempat yang masih secara konvensional tetapi saya nampak bahawa

trend sudah bermula dari segi menggunakan mechanization dan juga teknologi dalam sektor

pertanian.

Jadi saya nampak itu adalah trend yang baru dan kerajaan sangat terbuka untuk

membantu. Kita ada memberi geran untuk mechanization dan juga dari segi melabur dalam

pelbagai insentif untuk menceburi menggunakan teknologi. Dari segi penglibatan belia-belia kita

mempunyai banyak program contohnya Program Agropreneur Muda. Program ini khusus kepada

belia berumur 18 hingga 40 tahun bagi menggalakkan dalam bidang keusahawanan pertanian

melalui insentif berikut contohnya:

(i) menyediakan kursus jangka pendek dan khidmat nasihat teknikal melalui

jabatan atau agensi berkaitan di bawah kementerian;

(ii) menyediakan bantuan geran berbentuk barangan in-kind contribution

sehingga RM20 ribu bagi projek baru; dan

(iii) menyediakan bantuan modal melalui pakej pembiayaan khas Agrobank

dan TEKUN Nasional sehingga RM200 ribu.

Maka ada banyak galakkan untuk orang muda menceburi pertanian dan contoh lain

adalah Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan, Program MyAgrosis di bawah FAMA

dan program pembangunan usahawan lain seperti Inkubator Usahawan Belia Tani dan

sebagainya.

Kita ingin menarik lebih ramai orang muda masuk pertanian kerana kita tahu bahawa

petani kita mengalami proses aging population dari segi petani-petani dan kita memerlukan orang

muda untuk menceburi pertanian kerana pertanian itu adalah satu rezeki dan sumber kekayaan

yang baru. Then they can make it, orang muda can make it and saya nampak di mana-mana saya

pergi di seluruh negara saya nampak sebenarnya ada petani-petani muda, pengusaha-

pengusaha muda yang berjaya dan itu adalah satu tanda yang cukup menggalakkan. Terima

kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sila.

Page 20: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 19

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri menyebut fasal TKPM, saya berminat nak sentuh lagi fasal TKPM ini.

TKPM, ia terbahagi kepada tiga iaitu:

(i) pertanian secara keseluruhan;

(ii) integrasi; dan

(iii) penternakan.

Di tempat saya di Terengganu macam semalam saya sudah bertanya ada dua tempat,

satu di Setiu dan satu di Marang. Di Marang ini di kawasan saya. Kita nampak hasil daripada

TKPM tidak ada satu produk daripada tiga yang saya sebut tadi itu sebagai produk utama.

Contohnya pertanian tembikai, tembikai tidak sampai ke tahap pengeluaran yang boleh

dibanggakan ataupun yang kita boleh katakan petani itu berjaya, itu satu.

Kedua, penternakan pun sama. Jadi apakah kerajaan sekarang- ini kerajaan dulu, adakah

kerajaan sekarang mencari satu kaedah supaya setiap TKPM dapat mengeluarkan produk

utama.

Saya tidak tahu macam mana kementerian fikir, kalau dulu ia ada tiga tapi semua tidak

popular. Penternakan pun tidak menjadi, tidak menjadi popular ataupun pertanian secara

keseluruhan pun tidak menjadi. Sama ada jagung kah, tembikai kah, tidak boleh nak kata, ini di

Marang, Serating pengeluar tembikai yang terbesar di negeri Terengganu. Tidak boleh? Jadi itu

soalan saya, apa maksud sebenarnya TKPM ataupun adakah Kerajaan Malaysia baharu dapat

membaik pulih ataupun menambah nilai supaya TKPM ada pengeluaran pertanian yang utama.

Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Razali yang membangkitkan

isu TKPM daripada Marang dan Serating. Saya belum melawat kedua-dua tempat itu, saya

kurang tahulah isu di sana. Walau bagaimanapun di tempat-tempat yang lain di TKPM yang saya

pernah lawati mereka menanam mengikut keperluan setempat. Contohnya di TKPM di Ara Kuda

Pulau Pinang, dia menanam sayur dan ada di sebelahnya ada menanam pelbagai sayur,

pengeluaran sayur kerana dia memenuhi pasaran tempatan. Pasaran tempatan memerlukan

sayur maka mereka mengeluarkan sayur.

Di TKPM yang satu lagi di Juru contohnya di negeri Pulau Pinang juga, dia ada tanaman

mushroom dia ada ternakan ikan, itu integrated. Tanaman nanas, buah-buahan dan juga

penternakan ayam integrated dalam satu TKPM. Saya nampak bahawa petani-petani itu agak

berjaya kerana memerlukan pasaran tempatan kerana demand itu cukup tinggi. Saya tanya

petani-petani, mereka puas hati dengan pengeluaran dan juga harga dan mereka membuat

Page 21: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 20

keuntungan. I think that is the fundamental. Kalau petani-petani mereka dapat memenuhi,

mendapat rezeki yang cukup, menjaga anak dan sebagainya memang sudah consider berjaya.

Akan tetapi saya setuju kita perlu tingkatkan lagi kalau kita nak jadikan mereka satu yang

sangat-sangat berjaya contohnya menanam tembikai di kawasan Marang atau Serating, TKPM

tersebut menjadi tembikai yang paling berjaya. Kementerian rela untuk membantu, kita sedia

untuk membantu untuk menjadikan dia sebagai satu yang berjenama. Walau bagaimanapun kita

kena tengok pasaran. Adakah demand untuk tembikai di kawasan itu memang tinggi dan

pemasaran yang efisien daripada Terengganu ke tempat pasaran, mungkin KL dan sebagainya,

kos dan sebagainya.

Ada banyak isu yang perlu petani membuat keputusan sebelum mereka menanam

sesuatu. Kalau mereka menanam sesuatu dan tiada pasaran maka tidak berbaloi, mereka akan

mengalami kerugian. Jadi saya nampak bahawa kita perlu tingkatkan lagi, saya setuju. Boleh lagi

berusaha untuk meningkatkan hasil dan produktiviti di setiap TKPM dan kita sedia untuk

membantu dari segi itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin...

Tuan Aknan a/l Ehtook: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: ...Iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dan saya beralih kepada Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib.

■1110

4. YBM. Engku Naimah Binti Engku Taib minta Menteri Pendidikan menyatakan, sejauh manakah usaha mengkomersialkan produk penyelidikan universiti awam (UA) dan apakah strategi dan perancangan kerajaan dalam usaha ini serta sejauh manakah kerjasama antara universiti awam (UA) dan industri bagi menjayakan program tersebut? Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, penyelidikan-

penyelidikan yang dilaksanakan di institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah bertepatan dengan

bidang keutamaan negara serta memberikan impak tinggi kepada masyarakat dan pembangunan

industri.

Dalam tempoh 2013 hingga 2017 universiti awam telah berjaya menghasilkan lebih

daripada 1,200 produk di mana lebih 350 produk telah berjaya dikomersialkan dan berada di

pasaran. Produk-produk selebihnya juga mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan di

Page 22: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 21

dalam pasaran tempatan dan juga luar negara. Dalam tempoh lima tahun, UA telah menjana lebih

daripada RM200 juta hasil daripada pengkomersilan produk tersebut.

Jalinan kerjasama di antara universiti dan industri terus diperkasakan untuk

mempertingkatkan pengkomersilan hasil-hasil penyelidikan IPT tempatan antaranya dengan:

(i) mewujudkan pusat teknologi transfer office, dengan izin, di setiap UA

untuk mengenal pasti hasil penyelidikan berpotensi untuk

dikomersialkan serta sebagai pusat sehenti untuk industri dan pelabur;

(ii) menggalakkan penubuhan spin-off atau start-up, dengan izin, di

universiti bagi membolehkan fleksibiliti di dalam pemasaran produk

RND;

(iii) perjanjian pemindahan teknologi di antara universiti dan industri;

(iv) menggalakkan penyertaan persidangan antarabangsa bagi

mempertingkatkan visibility product;

(v) penganjuran dan penyertaan persidangan dan ekspo untuk

mempamerkan hasil ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh semua

IPT awam dan swasta di Malaysia dan luar negara; dan

(vi) mempertingkatkan jalinan dan usaha bersama industri bagi

membangunkan prototaip dan seterusnya mengkomersialkan hasil

ciptaan dan inovasi yang dihasilkan.

Di samping itu Kementerian Pendidikan Malaysia turut melaksanakan program Public-

Private Research Network (PPRN) yang merupakan platform kerjasama strategik antara akademi

dan industri untuk melaksanakan projek inovasi dan penyelidikan dipacu permintaan, demand-

driven innovation project, dengan izin, bagi menggalakkan peningkatan produktiviti serta

pengukuhan ekonomi Malaysia. PPRN turut bertujuan untuk mewujudkan ekosistem mesra

pengetahuan, knowledge friendly ecosystem, dengan izin, iaitu persekitaran di mana

pengetahuan dan kepakaran yang dihasilkan oleh IPT dapat dihubungkan secara terus kepada

industri.

Sejak dilancarkan pada 24 Februari 2015 sehingga 30 Jun 2018, PPRN telah berjaya

memudahkan cara kerjasama antara 527 usahawan dan 539 kumpulan penyelidik IPT bagi

melaksanakan 725 projek. Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Di dalam Bajet 2018, Kerajaan

Barisan Nasional memperuntukkan RM400 juta bagi merencanakan produk penyelidikan

Page 23: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 22

universiti awam, ia bagi memastikan bidang berupaya memacu dan menyumbang kepada

pembangunan negara. Hasil daripada penyelidikan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada

penyelidik malah dapat menaikkan taraf atau kualiti penyelidikan negara.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah kementerian

menilai usaha pengkomersilan produk penyelidik di universiti awam ini telah berjaya membantu

pihak universiti dalam menjana pendapatan mereka secara holistik? Bagaimanakah kementerian

melihat produk penyelidikan universiti awam ini berupaya untuk menjadi penanda aras terhadap

kualiti penyelidikan Malaysia di peringkat antarabangsa? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat

Senator atas soalan tambahan tersebut. Memang setakat ini dalam tempoh masa lima tahun UA,

universiti awam telah menjana lebih daripada RM200 juta hasil daripada komersilan produk-

produk penyelidikan mereka dan kita rasa di sini, saya memang ada sediakan bahawa bukan

sahaja kita memperuntukkan mereka, ada satu peruntukan untuk Fundamental Research Grant

Scheme (FRGS) di mana bahawa kita melibatkan IPTS, politeknik dan juga UA untuk

bekerjasama dengan industri untuk menghasilkan produk-produk yang boleh memenuhi

permintaan daripada industri.

Untuk setiap projek di bawah Fundamental Research Grant Scheme ini, maksimumnya

kita pada RM150,000 dan dari sana target kita adalah bahawa untuk setiap grant yang kita beri

kita berhasrat untuk menghasilkan bukan sahaja IP harta intelek tetapi kita juga mewajibkan pihak

universiti mengeluarkan dua pentadbiran, publication dan juga melahirkan sekurang-kurangnya

pelajar PhD.

Selain daripada itu kita juga mempunyai grant di bawah PPRN seperti yang saya sebut

tadi di mana kita memang bekerjasama dengan SME. Di mana untuk SME yang terlibat mereka

akan menyumbang dana di antara 10 peratus sampai 70 peratus dan untuk setiap grant di bawah

PPRN ini adalah RM50,000 untuk setiap projek.

Projek ini biasanya adalah tempoh masanya akan disiapkan dalam enam bulan sampai

paling panjang satu tahun di mana kita juga terima itu permintaan daripada SME di mana apa

sahaja jenis machine yang diperlukan oleh mereka kita akan bekerjasama dengan mereka untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh SME dan juga pada masa yang sama kita melibatkan

politeknik kita dan juga pelajar-pelajar di IPTS, IPTA untuk membantu mereka untuk

menghasilkan produk-produk yang memang boleh dipasarkan.

Di sini kita boleh lihat bahawa antara produk-produk yang kita telah hasilkan termasuklah

benih PadiU Putra yang sebenar dan salah satu produk yang dihasilkan oleh UPM di bawah

Page 24: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 23

transnational research di mana kita mendapati bahawa benih ini boleh meningkatkan produktiviti

pesawah-pesawah kita dan projek ini telah memanfaatkan 300 pesawah-pesawah di Besut dan

juga Setiu.

Selain daripada itu, kita juga ada produk di mana UTM telah memberi di mana satu

machine bahawa kita boleh memberikan sokongan air yang bersih dan berkualiti kepada unit-unit

kecil di mana pengagihan air tidak boleh dilaksanakan semasa berlakunya bencana. Machine ini

sebenarnya telah digunakan semasa banjir di mana machine ini boleh diletakkan di dalam kereta

pick-up. Kita boleh bawa machine ini pergi ke tempat banjir dan kita boleh sekurang-kurangnya

menghasilkan air bersih untuk mangsa-mangsa semasa banjir itu.

Jadi, saya rasa di sini KPM kita memang berhasrat untuk memperluaskan kerjasama di

antara IPT dan juga dengan industri untuk teruslah memastikan bahawa hasil penyelidikan-

penyelidikan ini boleh diguna pakai oleh industri dan kita juga memastikan bahawa mahasiswa-

mahasiswi yang kita hasilkan ini, penyelidikan-penyelidikan yang kita hasilkan ini mempunyai

commercial value walaupun ini bukanlah matlamat utama kita untuk pelbagai kajian, pelbagai

penyelidikan, kita juga terlibat sesetengah dan sebahagian penyelidikan yang memang tidak ada

nilai pasaran tetapi penting juga untuk pembangunan negara. Akan tetapi kita memang berhasrat

untuk terus memperluaskan kerjasama di antara IPT dan juga industri untuk membantu

pembangunan negara. Itulah jawapan tambahan saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Asmak binti Husin: Soalan tambahan.

Dato’ Zahari bin Sarip: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Dengan izin Tuan Yang di-

Pertua, saya ambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang

juga telah menghasilkan produk-produk mereka setiap tahun. Antaranya sekolah di kampung

saya sendiri, Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Timur, Segamat yang setiap tahun mereka

akan menghasilkan produk-produk baharu dalam pertandingan-pertandingan di peringkat

kebangsaan mahupun antarabangsa. Jika tidak ada usaha untuk mengkomersialkan produk ini,

saya bimbang ia lenyap kerana setiap tahun mereka akan menghasilkan produk baharu.

■1120

Jadi soalan tambahan saya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak

kementerian juga bercadang atau mungkin telah melaksanakan usaha untuk mengetengahkan

penghasilan dan bakat-bakat di peringkat sekolah menengah ini? Termasuk memantapkan

ataupun mengkomersialkan penghasilan mereka seperti yang dilaksanakan di peringkat universiti

awam seperti Yang Berhormat sebut sebentar tadi, mungkin mengadakan geran-geran untuk

mereka mengkomersialkan atau mengetengahkan penghasilan mereka atau mungkin juga

Page 25: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 24

mengadakan hubungan antara sekolah dengan universiti supaya bakat yang ada di peringkat

sekolah ini, yang telah berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa tidak lenyap begitu

sahaja. Terima kasih.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat

Senator atas soalan tambahan tersebut. Setakat ini saya rasa kita memang tidak menyediakan

geran untuk pelajar-pelajar kita di sekolah menengah tetapi untuk memasarkan,

mengkomersialkan sesuatu produk, itu bukan sahaja kita melibatkan KPM tetapi juga untuk

seperti produk-produk yang telah dihasilkan oleh UA, sebenarnya kita juga bekerjasama dengan

MOSTI untuk mengkomersialkan produk-produk tersebut.

Jadi saya di sini terima baik cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator dan

saya akan fikirlah bagaimana kita juga boleh membantu pelajar-pelajar sekolah menengah kita

untuk memasarkan produk-produk ataupun hasil ciptaan mereka. Sekian sahaja, terima kasih.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah

berkenaan dengan pengkomersialan produk di peringkat universiti. Pada pandangan saya, antara

isu yang terbit adalah para pensyarah ini ataupun penyelidik, mereka berkecenderungan

sekarang untuk mengkomersialkan produk secara peribadi tanpa attach dengan universiti.

Situasi ini berlaku kerana beberapa perkaralah.

Pertama, mereka tidak berapa terdedah dengan ruang dan peluang bagaimana untuk

mengkomersialkan produk dengan bantuan universiti. Yang kedua kerana kerenah birokrasi dan

isu tumpang menumpang. Maksudnya kalau kita pensyarah yang mungkin tidak mempunyai

nama dan kepakaran, kita terpaksa bergantung kepada pensyarah yang lebih pakar. Di situ ada

isu ketakutan, cantas mencantas, tumpang menumpang.

Yang ketiga pula adalah kerana banyak pensyarah pada hari ini tidak terdedah kepada

kepentingan memberi kredit kepada fakulti sebab kredit ini selalunya dikaitkan dengan kenaikan

pangkat. Kalau kita bagi kredit tapi pangkat sama juga, so kenapa kita hendak bagi kredit kepada

universiti? Jadi apakah langkah pihak kerajaan untuk memberi kesedaran kepada pensyarah dan

penyelidik sendiri atau insentiflah untuk mereka mengkomersialkan produk secara lebih

tersusun? Sekian, terima kasih.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat

Senator. Saya tidak nafikan bahawa memang mungkin ada pensyarah-pensyarah di UA yang

masih tidak sedar tentang peluang-peluang yang sedia ada. Jadi untuk KPM, hala tuju kita adalah

kita ingin melibatkan industri dari peringkat awal dan bukanlah di peringkat akhir. Ini kerana kalau

di peringkat akhir, maksudnya hasil-hasil itu, hasil ciptaan mereka ataupun hasil penyelidikan

Page 26: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 25

mereka susah untuk mereka hendak pasarkan lagi kalau mereka tidak ada peluang yang lebih

luas untuk mereka.

Jadi, salah satu hala tuju kita adalah kita melibatkan industri pada peringkat awal. Sejak

awal-awal sebelum penyelidikan ini dimulakan, kita melibatkan mereka supaya pensyarah-

pensyarah kita juga mempunyai lebih banyak pendedahan kepada pasaran kita supaya mereka

tahu apa itu demand, permintaan yang sedia ada di mana mereka boleh bawalah produk mereka

untuk dipasarkan kepada industri.

Beberapa inisiatif jalinan koperasi antara akademik telah dilaksanakan. Seperti di UM, kita

mewujudkan engineering @UM- Industrial Innovation Centre di kampus UM yang mengandungi

maklumat industri yang menempatkan fasiliti research dan development bagi kegunaan bersama

para jurutera syarikat, penyelidik universiti, staf universiti dan pelajar. Selain daripada itu, kita

juga mempunyai kerjasama Ericsson Malaysia dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

berbentuk Pusat UTM-Ericson IC5G berhubung research dan development dalam teknologi 5G

untuk rantau Asia Tenggara dan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Jadi, ini adalah usaha-usaha KPM untuk membantu pensyarah-pensyarah kita menjadi

lebih banyak exposure kepada pasaran kita supaya boleh membantu mereka untuk lebih senang

untuk commercializekan produk-produk mereka. Sampai sinilah jawapan saya. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.

5. Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilangan sekolah integriti dan Henry Gurney serta penghuninya di seluruh negara serta bagaimanakah perancangan kerajaan untuk memastikan tahanan juvana mempunyai akreditasi kemahiran TVET dan akademik agar ia dapat membantu kemahiran hidup mereka apabila dibebaskan kelak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator.

Sehingga 31 Julai 2018, seramai 1,495 orang penghuni telah ditempatkan di sembilan

buah sekolah integriti dan 1,361 penghuni di empat buah sekolah Henry Gurney yang mana

kedua-duanya ditadbir oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia sentiasa prihatin terhadap

kebajikan juvana dan pesalah muda antara lain memberi keutamaan dalam bidang akademik dan

kemahiran vokasional. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan pemulihan dan pembangunan

semula juvana dan pesalah muda, Jabatan Penjara Malaysia telah mewujudkan peluang

Page 27: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 26

pendidikan dan kemahiran TVET sebagai nilai tambah dalam melengkapkan diri mereka untuk

menghadapi alam pekerjaan setelah dibebaskan nanti.

Justeru itu, beberapa program kemahiran dan pensijilan dalam bidang-bidang yang boleh

dimanfaatkan setelah mereka selesai menjalani hukuman telah diperkenalkan. Antaranya seperti

berikut:

(i) program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Sistem Latihan

Dual Nasional (SLDN) Tahap 1 dan 2 dalam 10 bidang yang ditawarkan

iaitu jahitan, fabrikasi logam, pembuatan perabot, paip, elektrik, automatif,

pembuatan pastri, landskap tanaman sayuran dan muzik yang merupakan

program pensijilan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Kementerian Tenaga Manusia;

(ii) latihan kemahiran jangka pendek ataupun kursus modular anjuran Kolej

Komuniti Selandar dan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kementerian

Pendidikan Malaysia seperti fertigasi cili dan juga jahitan;

(iii) program akademik di sekolah integriti dan sekolah Henry Gurney bagi

pengajian di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah

ataupun PhD; dan

(iv) pembebasan berlesen yakni pembebasan awal bagi penghuni yang terpilih

daripada sekolah Henry Gurney sekiranya mereka mendapat tawaran

pekerjaan yang bersesuaian atau menyambung pelajaran di peringkat

pengajian tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, pihak Jabatan Penjara dan kementerian,

kita sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pihak industri ataupun institusi-institusi

pengajian tinggi yang lain agar dapat bekerjasama dengan kita agar kita sentiasa memberi atau

menaik taraf ataupun menawarkan program-program yang boleh diberikan kepada pesalah-

pesalah juvana ini agar apabila mereka bebas nanti, sudah ada industri yang boleh menerima

kemahiran mereka. Terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang

Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang terperinci sebentar tadi. Seterusnya

saya ingin mendapatkan penjelasan di akhir penerangan tadi, apakah kerajaan bersedia untuk

menjadikan penghuni yang berisiko rendah ini diberikan pendedahan latihan intensif bersama

dengan pihak industri dengan mengadakan modul yang khusus dibuat secara smart partnership

Page 28: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 27

dengan industri agar latihan ini menyumbang kepada motivasi diri dan disiplin tinggi bagi pesalah

juvana? Terima kasih.

Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih Yang Berhormat Senator dengan soalan

tambahan sebentar tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Penjara telah mula

melaksanakan program latihan Corporate Smart Internship (CSI) yang merupakan sebuah

program kerjasama dengan penglibatan agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat

swasta dalam menawarkan kemahiran kepada banduan dalam penjara terutama dalam sektor

pembuatan, perladangan, perindustrian dan perkhidmatan.

■1130

Melalui latihan tersebut, banduan akan menjalani latihan pekerjaan dengan tawaran gaji

yang sama dengan pekerja awam yang lain, serta boleh terus bekerja setelah banduan tersebut

bebas daripada penjara. Berasaskan faedah yang diperoleh oleh banduan, Jabatan Penjara serta

kementerian amat berharap agar program ini dapat diperkembangkan lagi di masa hadapan.

Untuk makluman juga, berdasarkan rekod Jabatan Penjara dari tahun 2012 sehingga 4

September 2018 seramai 14,110 orang banduan yang telah berjaya memperoleh sijil kemahiran

dalam 48 bidang kemahiran dan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), SLDN hasil

perkongsian strategik dan smart partnership dengan Jabatan Pembangunan kemahiran.

Manakala enam bidang kemahiran dalam industri pembinaan dan diberikan Sijil Kecekapan

Kemahiran dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan

juga Sijil Asas Kemahiran dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, hasil kerjasama dengan

agensi kerajaan seperti MARDI, MARA dan Jabatan Pertanian.

Bagi membuktikan komitmen kementerian dalam memperkasakan program kemahiran

kepada pesalah juvana dan pesalah muda sebagai persediaan untuk diterima semula oleh

masyarakat, kementerian telah memperkenalkan program-program seperti berikut:

(i) program fabrik batik, tenun dan songket melalui kerjasama dengan

Universiti Teknologi Mara dan Kraf Malaysia bagi menyediakan peluang

pekerjaan dalam industri batik, tenun dan songket;

(ii) program latihan dalam bidang pembuatan makanan, pastri dan sejuk beku

berasaskan pensijilan halal dan makanan selamat tanggungjawab industri

(MeSTI) bagi melahirkan usahawan berasaskan produk homemade. Ia

disokong dengan kerjasama MDEC dan MARA bagi menjadikan mereka

usahawan e-commerce;

Page 29: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 28

(iii) program pembuatan dan kraf tangan dengan kerjasama Kraf Malaysia dan

Syarikat Lypo Metal Sendirian Berhad bagi menyediakan peluang

pekerjaan dalam industri pembuatan perabot dan kraf tangan;

(iv) program latihan motor mekanik dan automotif dengan kerjasama Syarikat

Hino Motors Malaysia Sendirian Berhad dan Proton bagi menyediakan

peluang pekerjaan sebagai mekanik dalam bidang penyelenggaraan;

(v) program pertanian dan penternakan dengan kerjasama Universiti Putra

Malaysia dan Jabatan Pertanian bagi memberikan peluang pekerjaan

dalam bidang pertanian dan penternakan;

(vi) program latihan pemanduan kenderaan berat hasil kerjasama Metro Driving

Akademi, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Pengangkutan Jalan

serta syarikat pengangkutan awam bagi menyediakan peluang pekerjaan

sebagai pemandu kenderaan perdagangan;

(vii) program latihan pembinaan bangunan kerjasama Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia bagi mewujudkan peluang pekerjaan dalam

bidang pembinaan bangunan dan perumahan; dan

(viii) bagi melatih penghuni wanita dalam bidang penjagaan kesihatan dan

kecantikan, latihan berasaskan spa diberikan kepada mereka bagi

memenuhi keperluan industri penjagaan kesihatan.

Selain itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator juga, usaha menyediakan

program kemahiran ini telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai First Agency to

Provide Malaysia's Skill Training Certificate Using National Dual Training Skill for Prison, dengan

izin, dan Most Number of Apprentice Registration for National Dual Training Skill bagi Single

Agency pada tahun 2015. Terima kasih.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-

Pertua, soalan tambahan boleh, satu sahaja? Last one, yang terakhir soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ringkas.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Saya memang menghargai usaha

Jabatan Penjara dalam memulihkan juvana supaya mereka boleh menyumbang kepada

masyarakat selepas mereka keluar daripada sekolah tersebut.

Saya hendak tanya, adakah satu sistem pemantauan ataupun, dengan izin, monitoring

system yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara supaya kita boleh menilai dalam misal kata

Page 30: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 29

dalam tempoh lima tahun pencapaian mereka ini yang dikeluarkan daripada sekolah tersebut?

Juga kita boleh meneliti kadar kejayaan, successful rate sekolah-sekolah tersebut yang

dikendalikan oleh Jabatan Penjara bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Itu

soalan tambahan saya. Terima kasih.

Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan tersebut. Untuk

maklumat Ahli Yang Berhormat Senator, sebenarnya apabila pesalah-pesalah ini telah kita

bebaskan, bermakna kita telah yakin bahawa mereka telah pun kita dari segi berjaya dipulihkan.

Jadi bilamana mereka ini dibebaskan, sebenarnya pihak penjara sudah tidak monitor lagi

melainkan mereka melakukan kesalahan berulang dan kita tangkap dan kita masukkan semula

ke dalam penjara. Jadi jawapannya, kita tidak monitor bila mana pesalah ini kita telah bebaskan.

Terima kasih.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang

ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke

Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia

di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun

mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis

Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan

menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal

Pertama, Majlis Parlimen Yang Keempat Belas.” [4 September

2018]

Page 31: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 30

Timbalan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjawab.

Dipersilakan.

11.36 pg.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 10 Ahli Yang Berhormat

Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja yang menyentuh

bidang kuasa kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan dengan isu-isu utama berikut.

Pertama, isu kesihatan warga emas oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan

a/l S. Thambirajah.

Kedua, isu HIV oleh Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook.

Ketiga, isu kesihatan mental oleh Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif.

Keempat, isu rawatan OKU dan skim insurans OKU oleh Yang Berhormat Senator Puan

Bathmavathi Krishnan.

Seterusnya isu merokok oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung.

Seterusnya cadangan penubuhan jawatankuasa pemantau bagi menjamin bahawa pembinaan

hospital disiapkan mengikut jadual khususnya di Sarawak oleh Yang Berhormat Senator Dr.

Zaiedi Haji Suhaili, juga isu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli oleh Yang

Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad berkenaan isu inisiatif-inisiatif untuk

mengurangkan masa menunggu di hospital kerajaan dan cadangan supaya Kementerian

Kesihatan mengambil doktor dari luar negara bagi menampung keperluan rakyat oleh Yang

Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa.

Isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah

berkenaan dengan tapak kosong hospital Kementerian Kesihatan yang digunakan untuk tujuan

rehabilitasi penagih dadah. Juga isu berkenaan dengan semakan caj yuran konsultasi perubatan

swasta dan status operasi Klinik 1Malaysia oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah

binti Haji Md Nordin.

Jadi berkenaan dengan isu kesihatan warga emas yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah yang menyatakan bahawa Malaysia

menuju ageing nation menjelang tahun 2030. Yang Berhormat Senator menyentuh soal Dasar

Warga Emas dan Pelan Tindakan Warga Emas. Juga menyentuh soal kemudahan perkhidmatan

penjagaan kesihatan warga emas dan juga keperluan jumlah pakar geriatrik.

Page 32: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 31

Untuk makluman Dewan ini, Dasar Warga Emas dan pelan tindakan warga emas adalah

di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang saya

difahamkan sudah terjawab semalam.

Cuma Kementerian Kesihatan mempengerusikan Jawatankuasa Kecil Kesihatan Dasar

Warga Emas Negara iaitu salah satu daripada tujuh jawatankuasa kecil di bawah Majlis Penasihat

dan Perundingan Warga Emas Negara dan Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan Dasar

Kesihatan Warga Emas Negara untuk memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif

dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran

dan persekitaran yang sewajarnya serta menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang

optimum di semua peringkat oleh pelbagai sektor.

■1140

Di bawah Dasar Kesihatan Warga Emas Negara, telah disediakan Pelan Tindakan

Kesihatan Warga Emas yang menggariskan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh semua

peringkat perkhidmatan Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan perkhidmatan jagaan

kesihatan warga emas.

Melalui pelan tindakan ini, perkhidmatan kesihatan warga emas dilaksanakan secara

bersepadu di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara. Antaranya adalah menyediakan

perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan berkesinambungan kepada warga

emas dengan melaksanakan perkhidmatan pendaftaran warga emas dalam kawasan operasi

klinik kesihatan. Saringan kesihatan untuk mengesan awal risiko penyakit, rawatan penyakit

kronik, rehabilitation dan perkhidmatan penjagaan domiciliary dan juga perkhidmatan geriatric

dan psychogeriatric juga diperkembangkan di hospital-hospital awam bagi memberikan

perkhidmatan rawatan yang khusus dan komprehensif kepada warga emas.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga membuat perancangan untuk memastikan

perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas diperkukuhkan melalui perancangan dan

pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan serta menjalin kerjasama

antara agensi dan sektor berkaitan warga emas. Berkenaan dengan pakar geriatrik. Buat masa

ini, 15 pakar perubatan yang sedang mengikuti program sub kepakaran bidang geriatrik.

Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk menambah lagi bilangan pakar geriatrik,

antara lain dengan meningkatkan lagi bilangan pelatih sub kepakaran dalam bidang geriatrik.

Antaranya, dengan menggalakkan pakar perubatan dalaman memilih program sub bidang

geriatrik dalam latihan lanjutan dan membuka lebih banyak peluang untuk mengikuti program

geriatrik khususnya melalui tawaran program sub kepakaran tanpa biasiswa dan juga memberi

Page 33: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 32

kelonggaran syarat untuk mengikuti program sub kepakaran bidang yang kritikal seperti bidang

geriatrik. Ini soal geriatrik.

Okey, saya nak alih kepada isu HIV yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Tuan Aknan a/l Ehtook yang menanyakan soal tindakan oleh kementerian untuk mencapai sifar

HIV dan sama ada mewajibkan pemeriksaan HIV ke atas bakal pengantin dan cadangan supaya

saringan HIV juga dikenakan kepada pasangan beragama bukan Islam. Jadi, negara-negara

seluruh dunia telah komited untuk mencapai ke arah sifar HIV pada tahun 2015 seperti mana

yang dipersetujui dalam matlamat Millennium Development Goals, dengan izin.

Mencapai ke arah sifar HIV merujuk kepada penurunan sebanyak 50 peratus jangkitan

HIV baru serta akses sejagat rawatan antiretroviral. Response AIDS tidak berakhir dengan

penurunan jangkitan HIV baru sahaja. Malaysia kini komited untuk terus mengorak langkah yang

lebih besar selari dengan sasaran AIDS global iaitu mengakhiri AIDS pada tahun 2030. Matlamat

mengakhiri AIDS dalam konteks Malaysia merujuk kepada penurunan sebanyak 90 peratus

jangkitan HIV baru pada tahun 2030 berbanding tahun 2010.

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah jangka pendek dan panjang

bagi mencapai matlamat ke arah sifar HIV dan mengakhiri HIV/AIDS. Langkah-langkah spesifik

ini digariskan melalui beberapa siri pelan strategik kebangsaan menangani penyakit HIV/AIDS

bermula tahun 1985 lagi. Terkini ialah Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Mengakhiri AIDS 2016

hingga 2030 yang menggariskan fokus utama merangkumi:

(i) uji dan rawat;

(ii) perkukuhkan pengurangan mudarat;

(iii) pencegahan jangkitan ibu ke anak;

(iv) pengurangan jangkitan melalui transmisi seksual; dan

(v) elimination stigma dan diskriminasi terhadap HIV/AIDS.

Pelan strategik ini telah dibentuk dengan gabungan kerjasama agensi kerajaan dan bukan

kerajaan. Menjawab sama ada dengan mewajibkan pemeriksaan HIV ke atas bakal pengantin

dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan bayi. Saringan HIV kepada bakal

pengantin dapat memberi peluang kepada pasangan berbeza status HIV untuk menerima nasihat

berkenaan hubungan suami isteri dan isu kehamilan bagi memastikan bayi yang dilahirkan adalah

bebas HIV melalui pematuhan rejim rawatan antiretroviral yang sesuai dan berterusan.

Namun bagi pasangan yang tidak dijangkiti, keadaan ini tidak menjamin bahawa bayi yang

dilahirkan bebas HIV sekiranya ibu atau bapa meneruskan tingkah laku berisiko tinggi untuk

mendapat jangkitan HIV sepanjang tempoh perkahwinan dan kehamilan.

Page 34: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 33

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Justeru, adalah penting setiap rakyat Malaysia yang hendak berkahwin tidak kira bangsa

dan agama menjalani ujian HIV tanpa sebarang paksaan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat

bagi mencegah daripada jangkitan HIV. Menjawab cadangan supaya saringan HIV bagi

pasangan beragama Islam seperti mana yang dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam

diperluaskan kepada semua rakyat Malaysia yang bakal berkahwin. Kementerian telah

menyediakan perkhidmatan saringan HIV pra perkahwinan di semua klinik kesihatan kerajaan

sejak tahun 2010.

Program saringan ini disediakan secara percuma dan secara sukarela. Ianya memberi

peluang kepada semua pasangan yang hendak berkahwin tidak kira agama ataupun bangsa

untuk menjalani ujian dan mengetahui status HIV masing-masing sebelum berkahwin seterusnya

mengambil langkah pencegahan penularan kepada pasangan dan bayi.

Bagi pasangan beragama Islam, saringan HIV adalah berdasarkan keputusan yang

dicapai semasa Persidangan Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Seluruh Negara yang

mewajibkan saringan ini kepada bakal pengantin Islam. Manakala bagi pasangan bukan Islam

pula, tiada peruntukan atau perundangan yang boleh digunakan untuk mewajibkan saringan ini

dilaksanakan. Tambahan pula, beberapa siri perbincangan awal dengan pemimpin dan wakil

agama lain bersetuju agar saringan ini hanya digalakkan di atas mereka yang hendak berkahwin.

Ini soal HIV.

Tuan Aknan a/l Ehtook: Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sekejap? Terima

kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri bercerita tentang tiada

perundangan yang boleh memaksa. Adakah ruang dalam ruang lingkup kuasa-kuasa di bawah

Kementerian Kesihatan demi untuk masa depan generasi di Malaysia, mengadakan sesuatu

langkah untuk memastikan bahawa mereka yang akan berkahwin ini dimestikan melalui saringan

ini.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sepertimana yang saya

sebutkan tadi, setakat ini tidak ada kuasa di bawah perundangan mana-mana untuk memaksa

mereka yang bukan Islam untuk saringan HIV tetapi kementerian menggalakkan supaya saringan

itu dibuat dan kita memberi perkhidmatan saringan HIV secara percuma di kesemua kemudahan

Kementerian Kesihatan sama ada di hospital ataupun di klinik kesihatan.

Page 35: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 34

Jadi, saya ingin beralih kepada isu kesihatan mental yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif. Masalah kesihatan mental berlaku apabila

seseorang individu mengalami gangguan emosi atau perasaan yang boleh menyebabkan fungsi

kehidupan sehari-hari terganggu tetapi tidak sampai kepada tahap penyakit mental seperti stres,

keresahan dan kemurungan harian.

■1150

Ini tidak sama dengan penyakit mental. Penyakit mental adalah sejenis penyakit yang

melibatkan gangguan kepada fungsi otak dan menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam

pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Gangguan-gangguan ini menyebabkan seseorang itu tidak

akan mampu untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian sehingga perlukan rawatan.

Mengikut kajian National Health Mobility Survey, dengan izin, yang dikendalikan oleh

Kementerian Kesihatan pada 2015 mendapati prevalent masalah kesihatan mental di kalangan

penjawat awam adalah 24.6 peratus berbanding pekerja swasta iaitu 29.3 peratus. Ini bermakna

penjawat awam, prevalent antara penjawat awam adalah lebih rendah kalau banding dengan

pekerja di swasta. Peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan

mental dan bukan penyakit mental.

Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menangani masalah

tekanan mental di kalangan penjawat awam. Antaranya ialah Program Akrab atau Rakan

Pembimbing Perkhidmatan Awam di mana penjawat awam boleh dibantu ahli-ahli Akrab yang

telah dilantik oleh jabatan masing-masing untuk menangani masalah tekanan kerja yang

dihadapi. Program yang JPA telah sediakan perkhidmatan psikologi bagi penjawat awam yang

berhadapan dengan di mana dari kalangan pelbagai kategori boleh membantu penjawat awam

dengan memainkan peranan penting dalam mendengar luahan perasaan dan berkongsi

pandangan serta pengalaman secara profesional.

Kita juga ada pelaksanaan lima hari bekerja seminggu dapat meningkatkan produktiviti

dan penyampaian perkhidmatan serta memberi peluang kepada pegawai untuk meluangkan lebih

masa bersama keluarga. Program KOSPEN Plus oleh Kementerian Kesihatan telah mula

diperkenalkan di mana salah satu skop program tersebut ialah skop Minda Sihat telah

dimasukkan selain skop lain seperti Makan Secara Sihat dan lain-lain. Bagi menjaga kebajikan

penjawat awam wanita, kerajaan telah menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada

300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk

menentukan tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Page 36: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 35

Bagi mengatasi tekanan mental pekerjaan, bukan sahaja setakat usaha-usaha kerajaan

tetapi pendekatan individu dan organisasi adalah juga penting. Di peringkat individu, seseorang

pekerja haruslah meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan yang memudaratkan daripada

tekanan pekerjaan serta mengambil tindakan segera untuk menghapuskan atau mengurangkan

tekanan yang dialaminya. Pekerja juga digalakkan untuk meningkatkan interaksi dan

perhubungan sesama rakan sekerja bagi mengurangkan risiko tekanan semasa bekerja.

Penanganan di peringkat organisasi melibatkan langkah-langkah untuk mengubah

amalan kerja bagi meredakan tekanan di tempat kerja. Selain itu, majikan juga dapat memainkan

peranan dengan memperbaiki kandungan kerja, menyusun semula masa kerja dan mengkaji

serta mempraktikkan amalan terbaik bagi mengurangkan stres kakitangannya.

Kementerian telah membangunkan modul menangani stres di tempat kerja dan latihan

menangani stres dan kemahiran kesihatan mental dilaksanakan kepada pekerja bagi membantu

mereka menangani cabaran hidup sehari-hari. Kementerian juga turut bekerjasama dengan

NIOSH- National Institute of Occupational Safety and Health dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti

promosi kesihatan mental di tempat kerja.

Perkhidmatan kesihatan pula sentiasa senang diakses di peringkat kesihatan premier, di

mana sebanyak 958 klinik kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan mental

untuk mengenali tahap stres, keresahan dan kemurungan. Pakar perubatan keluarga ataupun

family medicine specialist yang ditempatkan di klinik-klinik kesihatan juga terlatih untuk merawat

masalah mental termasuk kemurungan dan pengurusan kes berkaitan cubaan bunuh diri.

Saya ingin beralih kepada isu rawatan OKU yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Puan Bathmavathi Krishnan. Sebelum saya balik kepada isu OKU, saya ingin mengalu-

alukan kedatangan pelajar-pelajar daripada Universiti Tsinghua daripada Beijing dan Universiti

Fudan, Shanghai ke Dewan Negara... [Tepuk]

Isu rawatan OKU. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka

yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila

berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan bunuh dan berkesan mereka

dalam masyarakat. Jadi ada tujuh senarai yang ditetapkan oleh Kementerian Wanita dan

Pembangunan Masyarakat.

Yang Berhormat Senator telah bangkitkan soal isu spinal muscular atrophy (SMA) dan

amyotrophic lateral sclerosis (ASL). Penyakit-penyakit neurologi yang disebut tadi seperti spinal

muscular atrophy dan amyotrophic lateral sclerosis dan penyakit-penyakit neurologi yang lain

seperti parkinson, multiple sclerosis adalah penyakit-penyakit keturunan ataupun kronik serta

Page 37: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 36

boleh menyebabkan pesakit mendapat kecacatan kekal seperti kelumpuhan yang dimasukkan

dalam kategori kurang upaya fizikal yang melayakkan pesakit dikategorikan sebagai OKU dan

akan mendapatkan perkhidmatan percuma di hospital.

Jadi, berhubung dengan cadangan memperluaskan kategori OKU pada masa depan

untuk merangkumi kategori-kategori lain, ingin dimaklumkan bahawa perkara tersebut berada di

luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan memandangkan ia berada di bawah bidang

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, Kementerian Kesihatan

akan jawab dari aspek perkhidmatan rawatan kepada golongan OKU. Jadi, untuk semua

golongan OKU warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

adalah dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan. Kelas wad yang

layak diduduki adalah wad kelas tiga. Selain daripada perkhidmatan rawatan percuma di hospital,

pesakit-pesakit OKU juga...

Puan Bathmavathi Krishnan: Minta pencelahan sedikit.

Dr. Lee Boon Chye: Mungkin saya habiskan dulu ya. Juga layak mendapatkan bantuan

alat tiruan, alat sokongan seperti kaki palsu, callipers, tongkat tangan dan ketiak, cermin mata,

alat pendengaran dan lain-lain yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.

Pakar dan pegawai perubatan dan pelbagai disiplin seperti perubatan am, ortopedik,

rehabilitation, thermology, ENT dan pemulihan cara kerja yang ada di fasiliti kementerian akan

sentiasa memberikan rawatan sewajarnya bagi semua pesakit termasuk daripada golongan

OKU. Silakan Yang Berhormat.

Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang

Berhormat Menteri.

■1200

Bagaimana dengan kecacatan yang timbul daripada genetic disorders seperti lysosomal

syndrome dan juga ichtyosis yang kena-mengena dengan kulit yang pecah dan berair dan juga

menyebabkan seseorang itu tidak boleh berfungsi seperti orang lain. Ini disebabkan kita perlukan

kepakaran daripada bidang perubatan untuk mengenal pasti dahulu. Dia digolongkan di bawah

rare diseases. So, bolehkah rare diseases dijadikan satu kategori juga? Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Untuk rare diseases dan

penyakit-penyakit yang lain, sebenarnya apabila mereka dikatakan disability ataupun kurang

upaya fizikal, mereka boleh menjalani saringan oleh pakar-pakar berkenaan yang sekiranya ada

pengiktirafan daripada pakar tersebut yang mengatakan mereka ini memang termasuk dalam

Page 38: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 37

golongan keempat iaitu kurang upaya fizikal, mereka boleh dimasukkan sebagai golongan OKU

dan menerima faedah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jadi saya juga sentuh dengan OKU berkenaan dengan skim insurans sosial. Ingin saya

jelaskan apa yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan adalah skim perlindungan kesihatan

dan bukan skim insurans sosial yang merupakan satu perlindungan pendapatan yang seperti

SOCSO dan sebagainya. Cadangan daripada Kementerian Kesihatan adalah skim perlindungan

kesihatan.

Pada masa ini, keutamaan Kementerian Kesihatan adalah untuk memenuhi janji

Manifesto Pakatan Harapan dalam memfokuskan skim perlindungan kesihatan untuk B40

termasuk OKU dalam kategori B40. Skim ini sedang dirangka dan diperincikan untuk

diperkenalkan ke seluruh negara. Ia merupakan inovasi serta anjakan paradigma yang berlainan

dari model Skim Peduli Sihat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Pelbagai opsyen pakej untuk golongan B40 dikaji dan diteliti untuk memberi kumpulan

tersebut lebih faedah dan akses kepada saringan kesihatan rawatan, ubatan dan sebagainya,

termasuk di fasiliti kesihatan swasta. Saya hendak tegaskan di sini bahawa skim tersebut akan

diberikan kepada golongan B40 dengan percuma, kos yang ditanggung oleh kerajaan. Jadi kalau

berjalan lancar, dijangka boleh diumumkan semasa belanjawan tahun ini.

Saya ingin alih kepada isu merokok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Datuk Ir. Yong Wui Chung. Pewartaan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11,

(Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004) adalah bertujuan untuk melindungi orang

awam terutama golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang

lain. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Artikel 8, WHO Framework

Convention on Tobacco Control.

Pewartaan kawasan larangan merokok juga bertujuan untuk membudayakan amalan

tidak merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan mengehadkan kawasan yang

dibenarkan untuk merokok terutama di kawasan tumpuan awam. Kebetulan kawasan larangan

merokok telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 2004. Pada tahun 2004, semua premis

kerajaan adalah diwartakan sebagai larangan merokok dan juga 2/3 daripada kawasan restoran

yang berhawa dingin. Seterusnya pada 2014, R&R di lebuh raya utama dan pada tahun 2017,

semua taman awam dan beberapa kawasan di taman negara telah diwartakan sebagai kawasan

larangan merokok. Jadi setakat ini ada 23 tempat yang diwartakan.

Jenis tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok ini termasuk:

Page 39: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 38

(i) dalam pusat hiburan atau teater kecuali pub, disko, kelab malam atau

kasino;

(ii) di dalam kawasan hospital atau klinik;

(iii) di dalam lif atau tandas awam;

(iv) di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin;

(v) di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam;

(vi) di dalam lapangan terbang;

(vii) di dalam kawasan premis kerajaan seperti mana yang saya telah sebut;

(viii) di kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam

sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian atau di

mana-mana tempat awam;

(ix) di kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;

(x) di kawasan taman asuhan kanak-kanak;

(xi) di dalam bas sekolah;

(xii) di tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan yang

dinyatakan di dalam Jadual 2;

(xiii) di kawasan di kompleks membeli-belah;

(xiv) di kawasan stesen minyak;

(xv) di kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium;

(xvi) di dalam kawasan bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk

tujuan keagamaan;

(xvii) di kawasan perpustakaan;

(xviii) kawasan kafe internet;

(xix) di kawasan tempat latihan khidmat negara;

(xx) di dalam tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin

berpusat;

(xxi) di bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman termasuk

lingkungan tiga meter daripada kawasan tempat tersebut;

(xxii) dalam kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka;

dan,

(xxiii) dalam menara terapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter

dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman

negeri.

Page 40: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 39

Selain Peraturan 11 di bawah Peraturan 22, Yang Berhormat Menteri juga boleh

menetapkan sesuatu kawasan sebagai kawasan larangan merokok. Sehingga tahun 2018,

terdapat lima buah negeri yang telah mempunyai kawasan-kawasan diwartakan di bawah

Peraturan 22 ini.

Kementerian adalah komited untuk mewartakan semua tempat awam sebagai tempat

dilarang merokok. Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai sebuah negara parti kepada

Framework Convention on Tobacco Control dan mematuhi sepenuhnya garis panduan yang telah

ditetapkan di bawah Artikel 8 WHO FCTC.

Jadi, memang dalam rancangan untuk meluaskan lagi kawasan larangan merokok. Saya

dalam Dewan ini memohon sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya ada

dicadangkan supaya mulai bulan Oktober tahun ini, bilik merokok di Parlimen akan ditutup...

[Dewan ketawa] Sekiranya tidak ada halangan supaya kekalkan seluruh kawasan Parlimen

menjadi kawasan larangan merokok... [Tepuk] Juga mungkin dicadangkan mulai bulan Disember

2018, semua restoran terbuka diisytiharkan larangan merokok. Terpulang kepada perbincangan

seterusnya dengan stakeholders.

Jadi Yang Berhormat Senator juga membangkitkan soal pematuhan...

■1210

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Mohon mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang

Berhormat Menteri. Saya ingin tanya tentang enforcement terhadap peraturan-peraturan ataupun

kawasan-kawasan larangan merokok ini. Kalau ia sekadar peraturan begitu sahaja, tidak ada

apa-apa tindakan ataupun enforcement, sudah pasti ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Jadi

bagaimana mempunyai enforcement, denda atau sebagainya? Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Memang saya hendak masuk bab enforcement ini yang juga

dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Yong Wui Chung tadi. Sebelum saya teruskan,

saya ingin mengalu-alukan kedatangan Melaka Educational Culture and Sport Society ke Dewan

Negara... [Tepuk] Diharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada tetamu yang hadir pada

hari ini.

Di bawah Peraturan 11(3) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, “Mana-mana

orang yang merokok di kesemua 23 kawasan yang telah diwartakan adalah melakukan kesalahan

dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun.

Penguatkuasaan adalah dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa di Kementerian Kesihatan

Page 41: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 40

Malaysia". Setiap tahun pihak Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan arahan-arahan bagi

melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bertema bagi memastikan aktiviti

penguatkuasaan dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan oleh semua pejabat kesihatan daerah di seluruh

negara di mana pemantauan ke atas aktiviti penguatkuasaan tersebut dijalankan oleh Bahagian

Perkembangan Kesihatan Awam melalui Sektor Penguatkuasaan Kesihatan Awam di

Kementerian Kesihatan.

Jadi bagi tahun 2017, operasi penguatkuasaan telah dijalankan di seluruh negara di mana

hasilnya sebanyak 45,799 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada pesalah meliputi kesemua

kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

termasuk pesalah yang dikesan merokok di kawasan larangan merokok. Hasil daripada notis

kesalahan yang telah dikeluarkan tersebut, sebanyak 25,531 kompaun ditawarkan dan bakinya

sebanyak 20,268 lagi diambil tindakan mahkamah. Daripada kompaun yang dikeluarkan,

sebanyak 23,813 kompaun dijelaskan dengan kutipan sebanyak RM2,511,621.

Saya ingin beralih kepada isu yang lain. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili

telah membangkitkan isu berkenaan dengan pemantauan pembinaan hospital di Sarawak.

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha menambah baik capaian sistem

perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat Malaysia terutamanya penduduk Sarawak.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mekanisme pemantauan projek kementerian ini

dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai peringkat dan agensi kerajaan. Agensi-agensi

kerajaan terlibat dalam pemantauan projek tersebut adalah seperti berikut:

(i) JKR Sarawak;

(ii) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak;

(iii) Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak;

(iv) Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri

Sarawak;

(v) Kementerian Kesihatan Malaysia;

(vi) Jabatan Kerja Raya Malaysia;

(vii) Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan

(viii) Kementerian Kewangan Malaysia.

Kementerian ini bersama JKR dan agensi-agensi yang lain sentiasa bekerjasama dengan

erat bagi memastikan keseluruhan projek ini berjalan dengan lancar. Adalah menjadi aspirasi

kementerian ini agar projek ini disiapkan pada masa, kos dan standard yang telah ditetapkan.

Page 42: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 41

Saya ingin beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji

Muhammad bin Mustafa berkenaan dengan inisiatif untuk kurangkan masa menunggu di hospital

kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif diambil pihak kementerian dalam usaha

mengurangkan masa menunggu di kalangan pesakit dalam mendapatkan rawatan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan khususnya di klinik pesakit luar dan klinik kesihatan

ialah penggunaan LINK Healthcare yang melihat kepada keseluruhan proses kerja bagi

mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tiada nilai tambah bagi meningkatkan efficiency. Manakala

untuk prosedur dan pembedahan, kementerian telah melaksanakan usaha untuk

mempertingkatkan dan memperluaskan perkhidmatan rawatan harian- daycare, dengan izin, di

hospital-hospital seluruh negara. Skop perkhidmatan rawatan harian telah dikembangkan dan

tidak hanya tertumpu kepada kes-kes pembedahan sahaja tetapi juga kes-kes seperti

pemindahan darah, kemoterapi dan prosedur perubatan yang lain seperti endoskopi dan

hemodialisis.

Pada masa hadapan, akan lebih banyak prosedur yang dapat dilakukan berkonsepkan

rawatan harian supaya kita boleh mengurangkan masa menunggu untuk pembedahan.

Kementerian juga melaksanakan perkhidmatan pembedahan elektif pada hari Sabtu bertujuan

untuk mengurangkan masa menunggu pembedahan. Selain daripada itu, kerjasama networking

di antara hospital berpakar dan hospital tanpa pakar melalui konsep hospital kluster juga

dilaksanakan untuk mengurangkan beban kerja di hospital pakar dan mengalihkan sedikit

sebanyak pesakit itu di hospital tanpa pakar.

Saya ingin beralih kepada isu yang lain berkenaan dengan pengambilan doktor daripada

luar negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa.

Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak bercadang atau merancang untuk mengambil doktor

dari luar negara. Kementerian juga telah mengurangkan kebergantungan perkhidmatan

perubatan daripada doktor asing sejajar dengan peningkatan penghasilan doktor warganegara

Malaysia dan inisiatif meningkatkan bilangan pakar melalui program sarjana dan laluan parallel

kepakaran.

Secara keseluruhannya, sehingga 30 Jun 2018, terdapat seramai 30,039 orang doktor

terdiri daripada 5,425 pegawai perubatan pakar dan 24,614 pegawai perubatan yang sedang

berkhidmat di facilities Kementerian Kesihatan. Daripada jumlah tersebut, seramai 283 pegawai

perubatan pakar dan 947 pegawai perubatan ditempatkan di negeri Kelantan.

Berdasarkan rekod kementerian, pada masa ini terdapat hanya enam orang pakar bukan

warganegara iaitu daripada negara India seramai dua orang, daripada Mesir seramai dua orang,

Page 43: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 42

daripada Myanmar seorang dan daripada Yaman seorang, yang sedang berkhidmat dengan

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala terdapat hanya dua orang pegawai perubatan warga asing iaitu daripada Mesir

dan Myanmar. Walaupun dasar mengoptimumkan sumber manusia telah berkuat kuasa sejak

tahun 2015, Kementerian Kesihatan juga telah melantik graduan perubatan untuk berkhidmat

secara kontrak dan secara tidak langsung dia dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan

kesihatan tanpa melibatkan penambahan jabatan baru.

Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga telah membenarkan Jabatan Kesihatan

Negeri membuat penjajaran semula untuk mengagihkan jawatan-jawatan sedia ada di setiap

facility kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan pegawai perubatan di sesuatu facilities

sekiranya perlu.

■1220

Jadi saya ingin beralih kepada isu berkenaan dengan caj yuran konsultasi perbuatan yang

diuar-uarkan bahawa akan dinaikkan antara RM35 hingga ke RM125 daripada RM10 sebelum

ini. Jadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md

Nordin. Kementerian Kesihatan telah mengadakan beberapa sesi konsultasi, bagi mendapatkan

pandangan pihak-pihak berkepentingan terhadap cadangan semakan caj konsultasi pengamal

perubatan am swasta ini.

Ini termasuk sesi townhall yang baru sahaja diadakan pada 27 Ogos 2018. Di dalam

pertimbangan cadangan ini, Kementerian Kesihatan telah mengambil kira pandangan-

pandangan daripada pihak stakeholders yang terdiri daripada persatuan-persatuan pengguna,

majikan-majikan dan juga persatuan yang mewakili doktor. Kementerian Kesihatan juga

mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh pengamal perubatan am swasta yang menghadapi

kenaikan kos dalam memberikan perkhidmatan perubatan di klinik swasta yang disebabkan oleh

pelbagai faktor, antaranya peningkatan consumer price index. Walaupun begitu, cadangan

semakan caj konsultasi pengamal perubatan am swasta ini akan diangkat ke Jemaah Menteri

untuk keputusan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau..

Dr. Lee Boon Chye: Last sekali.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan yang telah

membangkitkan isu, boleh beri secara bertulis.

Dr. Lee Boon Chye: Okey, last sekali isu yang saya ingin jawab ialah isu Klinik 1Malaysia.

Kementerian akan melaksanakan program rasionalisasi perkhidmatan di fasiliti tersebut dengan

Page 44: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 43

penjenamaan semula pada Klinik Komuniti daripada Klinik 1Malaysia dengan menekankan

terhadap perkhidmatan rawatan pesakit luar. Rasionalisasi ini mempunyai empat komponen

utama.

Pertama, penempatan pegawai perubatan dan pegawai farmasi di semua fasiliti secara

berperingkat.

Kedua, fokus perkhidmatan yang disediakan adalah menjurus kepada rawatan pesakit

luar serta kecemasan.

Ketiga, menaik taraf fasiliti yang sesuai kepada klinik kesihatan. Keempat, penamatan

perkhidmatan fasiliti yang tidak cost effective.

Jadi dalam 346 buah Klinik 1Malaysia semasa, sejumlah 293 akan dijenamakan semula

sebagai klinik komuniti. 20 buah akan dinaiktarafkan kepada klinik kesihatan. Manakala, 33 yang

lain bakal ditutup secara berperingkat. Kementerian senarai pendekkan 33 buah fasiliti yang...

Dato’Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Dr. Lee Boon Chye: Biar saya...

Dato’Ong Chong Swen: Berkenaan Klinik 1Malaysia..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato’Ong Chong Swen, sila benarkan

dia habis dulu.

Dr. Lee Boon Chye: Biar habis dulu, habis dulu.

Tuan Yang di-Pertua: Lepas itu Yang Berhormat Senator Dato’Ong Chong Swen boleh

mencelah.

Dato’Ong Chong Swen: Hanya senarai yang 33 yang tutup boleh tak dikemukakan?

Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen.

Senarai tersebut saya akan serahkan secara bertulis. Cuma saya hendak terangkan di sini

bahawa, 33 buah fasiliti yang tidak cost effective ini memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(i) kedatangan kurang daripada 50 pesakit sehari;

(ii) mempunyai fasiliti kesihatan kerajaan lain dalam lingkungan lima kilometer;

(iii) tidak terletak di premis PPR; dan

(iv) mendapat persetujuan daripada Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

Jadi, proses penutupan akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan Kabinet. Jadi

ada beberapa isu yang tidak sempat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis. Sekian,

penggulungan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Page 45: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 44

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah, Tuan Yang di-Pertua. Saya

menunggu daripada tadi jawapan kepada soalan saya kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri

menyebut nama saya tadi. Jadi, saya tunggu sampai sekarang tidak perlu bertulis sebab saya

dalam Dewan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan apa itu Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi

bin Abdullah?

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Saya bercakap berhubung dengan dadah dan

dalam lawatan saya di AADK dan juga pusat-pusat Cure & Care, di mana penempatan anak-anak

dadah ini tidak cukup Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mereka ini terpaksa membuat Cure &

Care itu di sebelah hospital sebab anak-anak dadah ini adalah pesakit, bukannya penjenayah.

Mereka memerlukan rawatan doktor dari semasa ke semasa, sebab itu diletakkan di sebelah

dengan hospital.

Saya ambil contoh di Johor Bahru dalam ucapan saya, di Johor Bahru itu tempatnya

hanya boleh memuatkan sebanyak 500 orang, tetapi disumbatkan 1,200 orang. Bayangkan bila

air, bayangkan fasiliti-fasiliti lain. Jadi, saya mencadangkan kerana terdapat hospital-hospital

yang tempatnya luas dan kadang-kadang ada bangunan-bangunan hospital yang tidak dipakai.

Jadi apa salahnya dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini, kita gunakan tempat-tempat di hospital-

hospital sebagai Cure & Care untuk anak-anak kita ini.

Hal ini kerana masalah dadah ini sudah meningkat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sudah masuk ke sekolah, sudah masuk ke angkatan tentera dan sebagainya. Jadi saya

cadangkan begitu kerana tempat-tempat ini kadang-kadang ditutup begitu sahaja. Disimpan

kerusi dan meja, dibuat stor. Jadi, tempat-tempat ini boleh dijadikan Cure & Care dan tiap-tiap

daerah ada hospital. Maka, insya-Allah akan selesai masalah anak-anak kita yang ingin

mendapat rawatan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Memang satu cadangan

yang harus kita akan teliti secara mendalam. Cuma, kalau tidak silap saya mungkin teks ucapan

Yang Berhormat Senator itu semalam dan pegawai tidak sempat untuk sediakan jawapan secara

formal buat sementara ini. Ada isu berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan kepada

masyarakat Orang Asli yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin

Mohamad pun saya tidak sempat untuk jawab. Kedua-dua ini saya akan jawab secara bertulis.

Sekian, terima kasih.

Page 46: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 45

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat. Kepada pegawai dan juga kementerian,

bila Ahli-ahli Yang Berhormat ini berbahas, kementerian kena ada pegawai di sini. Kadang-

kadang saya nampak mereka tiada di sini. Ini tidak dapat jawab, yang saya beri kelonggaran

kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini untuk tidak menjawab kepada soalan kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat yang tidak ada di dalam Dewan supaya boleh beri dengan secara bertulis.

Akan tetapi, soalan yang dibangkitkan ini harus dijawab oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat

Menteri, silakan Yang Berhormat.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya ada satu

soalan yang telah dikemukakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi, mungkin

pegawai tidak perasan untuk mencatatkannya iaitu soalan berkaitan dengan jaminan atau polisi

kesihatan terhadap anak-anak kapal di Malaysia. Ini sebab, mereka ini selalu dianggap sebagai

golongan bukan profesional. Memang ada simposium, contohnya mengenai keselamatan di

peringkat Asia Pasifik. Akan tetapi, kebanyakannya banyak terfokus kepada juruterbang dan tidak

banyak membincangkan isu berkaitan dengan anak kapal. Anak kapal ini, dia terdedah juga

kepada radiasi yang tinggi dalam tempoh yang lama. Sekian, terima kasih. Saya mohon

pandangan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau

jawapan dia ada...

Dr. Lee Boon Chye: Jawapan bertulis akan susul lah. Cuma, sejak pengetahuan saya,

semua anak-anak kapal itu ada jaringan kesihatan secara berkala sebelum mereka dibenarkan

untuk berkhidmat di kapal-kapal tersebut. Jadi, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat

yang terlibat dalam perbahasan dan saya tamatkan penggulungan saya. Sekian.

■1230

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri.

Silakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Belia dan Sukan. Yang Berhormat Menteri, ada

usul. Silakan.

Page 47: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 46

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

12.30 tgh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]:

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, sebab saya kena bergegas selepas ini ke Jabatan Perdana

Menteri untuk Post Cabinet.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Mesyuarat pada hari ini

tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Tenaga, Sains,

Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti yang tertera sebagai No. 20

di dalam senarai susunan giliran Yang Berhormat Menteri-Menteri menjawab ke

atas perbahasan Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis

Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 6 September

2018.”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Tuan Sim Chee Keong]: Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah

kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah

disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

12.31 tgh.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Tuan Sim Chee Keong]: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang

Berhormat Dewan Negara ini di atas segala pandangan, pertanyaan dan juga cadangan yang

telah dikemukakan terutamanya terhadap Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh

perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dalam sesi sidang kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap perkara-

perkara yang telah dibangkitkan sebagaimana berikut.

Page 48: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 47

Akan tetapi, terlebih dahulu, saya juga ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa

saya baru pulang daripada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan

Negara (ILKBS). Pada tahun ini lebih kurang 5,400 orang anak muda kita telah tamat pengajian

daripada ILKBS di seluruh negara.

Berkenaan perkara ini juga, pada dua hari lepas, pasukan Malaysia yang mengambil

bahagian dalam pertandingan ASEAN Skills Competition (ASC) 2018 di Bangkok telah berjaya

buat kali pertamanya meraih empat pingat emas, satu perak, lima gangsa dan 21 medalion

kecemerlangan... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Tahniah, tahniah, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Chee Keong: Ini menunjukkan anak muda Malaysia iaitu belia kita yang berada

di dalam jurusan TVET, kemahiran dan latihan, tidak kurang keupayaan dan kebolehan mereka

dan telah mencapai tahap antarabangsa.

Justeru, bagi menjawab satu soalan atau usul daripada Yang Berhormat Senator Dr.

Mohd Nor bin Haji Monutty yang berada di dalam Dewan ini yang saya hormati iaitu tentang gejala

sosial di kalangan belia di bandar dan luar bandar, saya ingin merakamkan penghargaan dan

penghormatan saya kepada Yang Berhormat Ahli Dewan tersebut kerana beliau memang

merupakan salah seorang tokoh yang disegani dan sering mengambil perhatian terhadap isu-isu

anak muda.

Akan tetapi, di sini saya juga ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa

Kementerian Belia dan Sukan terutamanya dalam pentadbiran baharu ini, kita ingin memulakan

dengan premis bahawa belia bukan sahaja secara automatik atau semula jadinya dikaitkan

dengan gejala sosial atau dengan perkara-perkara negatif seperti dadah, lepak, bohsia ataupun

benda-benda yang tidak diingini. Kita tidak mahu melihat belia semata-mata sebagai golongan

yang hanya memerlukan perlindungan kita atau asuhan sahaja. Kita di sini ingin melihat belia

sebagai golongan yang termasuk dalam rakan strategik bagi bersama-sama dengan kerajaan

untuk membentuk hala tuju negara kita di masa hadapan sebab mereka waris masa depan

negara ini.

Itu juga di antara sebabnya kerajaan terutamanya Kementerian Belia dan Sukan berhasrat

untuk menurunkan umur mengundi kepada umur 18 tahun iaitu bagi membolehkan ataupun

membuka peluang dan ruang demokrasi secara formalnya kepada anak muda di Malaysia ini

untuk mengambil bahagian.

Akan tetapi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan

ada menyediakan pelan strategik dalam menempuh lima tahun menjelang tahun 2020. Dalam

Page 49: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 48

merangka pelan ini, kementerian telah mendapatkan input dan maklum balas daripada pelbagai

pihak berkepentingan dan pemegang taruh ataupun, dengan izin, stakeholders. Ini merupakan

usaha ke arah youth power yang bertujuan untuk memperkasakan belia.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kita ingin menyediakan atau kita ingin melihat golongan

belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara. Justeru itu, pihak kementerian telah

mengambil inisiatif dan usaha berterusan melalui pelaksanaan program-program yang menjurus

ke arah positive youth development (PYD), dengan izin. Program-program ini merupakan

pendekatan yang mengiktiraf golongan belia dalam potensi mereka. Ia bertujuan untuk

membangunkan secara positif serta bersesuaian dengan sosial dan budaya masyarakat kita bagi

membolehkan belia-belia tersebut mencapai potensi mereka yang saya sebutkan tadi.

Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah

merangka dan melaksanakan beberapa program yang bukan sahaja bertujuan untuk mendidik

dan menerapkan elemen-elemen kepimpinan jati diri, kesukarelawan, keusahawanan dan

kesukanan, tetapi juga bertujuan untuk memberikan platform kepada anak muda, kepada belia

untuk menyuarakan pandangan dan idea-idea mereka. Sebagai contoh, program-program

tersebut termasuklah Program Debat, Program Felo Perdana, Program Kesukarelaan

Antarabangsa (MyCorps), Program Pendidikan Demokrasi, Program Keusahawanan Belia

Bestari (B-Best), Youth Career, program-program sukan masyarakat seperti FitMalaysia,

Program Sukan Bermotor dan e-sports serta program seperti Parlimen Belia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, program Parlimen

Belia kini sedang kita tinjau semula, kaji semula bagi memperkasakan lagi program ini

terutamanya dalam dua bahagian.

Pertama ialah kita ingin program ini mempunyai real representation iaitu perwakilan

sebenar-benarnya di mana pemimpin-pemimpin atau Ahli-ahli Parlimen Belia yang dilantik, dipilih

mestilah, tidak kira sama ada mempunyai latar belakang keahlian politik atau tidak, tetapi mereka

mestilah betul-betul mewakili suara anak muda dan suara belia.

Kedua, kita mahu Parlimen Belia ini mempunyai real power atau kuasa sebenar-benarnya

dan bukan satu platform atau satu program di mana mereka hanya berbincang secara sendiri

dan pandangan mereka akhirnya tidak mendapat perhatian.

Jadi, kita sedang berada dalam proses kajian semula Parlimen Belia ini untuk

memantapkan lagi program tersebut supaya merangkumi elemen real representation dan real

power.

Page 50: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 49

Program-program yang dilaksanakan tersebut adalah sebagai satu usaha untuk

memajukan golongan anak muda dengan menyediakan pelbagai peluang dan saluran untuk

setiap individu belia meningkatkan potensi serta bakat dan seterusnya memerangi gejala sosial

di kalangan belia sama ada di bandar atau di luar bandar.

Apa yang ingin kita lakukan ialah, seperti yang saya katakan tadi, kita ingin menerapkan

nilai-nilai jati diri, kepimpinan dan nilai-nilai lain yang kita boleh kongsi bersama sebagai rakyat

Malaysia atau common shared values by whole Malaysian agar anak muda, belia ini boleh menilai

dengan sendiri apa yang baik dan apa yang buruk. Bukan hanya semata-mata menjadi golongan

yang dipimpin dan dibawa dan diberitahu apa yang perlu mereka buat.

Di samping itu, Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah

dan Majlis Belia Daerah di setiap daerah berperanan menggerakkan program-program

pembangunan belia berdasarkan sembilan bidang keutamaan dalam Dasar Belia Malaysia di

peringkat akar umbi. Antara program pencegahan yang telah dilaksanakan adalah seperti

program Millenium Youth pada tahun 2018 iaitu tahun ini yang menyasarkan belia berusia 16

tahun hingga 17 tahun yang tinggal atau bersekolah di kawasan berisiko tinggi seperti di FELDA,

di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan di perkampungan-perkampungan, contohnya

perkampungan nelayan.

■1240

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pengupayaan dari segi pendidikan dan

pengetahuan, latihan kemahiran kepada peserta terhadap kesan-kesan negatif dalam gejala-

gejala sosial termasuklah gejala dadah.

Saya mengambil maklum ucapan Yang Berhormat Senator, bahawa ada jurang dalam

program kepada belia-belia di luar bandar. Kementerian dalam pentadbiran baru ini berhasrat

untuk merapatkan jurang tersebut, menyediakan lebih banyak lagi program dan juga peluang

kecapaian, akses kepada sumber-sumber dan juga platform yang disediakan oleh Kementerian

Belia dan Sukan ataupun kerajaan secara amnya.

Dalam aspek ini, kita bertujuan untuk bekerjasama bukan sahaja mengerakkan jentera

kerajaan tetapi kita juga ingin bekerjasama dengan badan-badan ataupun persatuan belia sebab

mereka merupakan persatuan-persatuan ataupun organisasi akar umbi yang mempunyai- saya

percaya kecapaian yang lebih luas berbanding dengan pejabat kerajaan yang mungkin

mempunyai sumber manusia yang terhad.

Di sini, saya juga ingin mengalu-alukan penyertaan pemimpin-pemimpin seperti yang ada

dalam Dewan yang mulia ini, pemimpin-pemimpin dalam Dewan Rakyat, di kedua-dua belah

Page 51: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 50

untuk sama-sama kita mencari jalan bagaimana kerajaan boleh membuka peluang ataupun

membuka kecapaian terhadap sumber kerajaan kepada masyarakat di luar bandar terutamanya

para belia.

Untuk usul daripada Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook berkenaan dengan

jaminan masa depan atlet. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN)

ada menyediakan Skim Pelindungan Kemalangan Diri Berkelompok untuk atlet normal dan atlet

Paralimpik. Program ini adalah untuk merangkumi perkara-perkara seperti kematian akibat

kemalangan, perbelanjaan perubatan akibat kemalangan, hilang upaya sementara akibat

kemalangan melalui proses bayaran mingguan, pendapatan hospital secara harian jika terpaksa

tinggal di hospital dan manfaat lain seperti kos ambulans, kos penghantaran balik jenazah dari

luar negeri akibat kemalangan dan perbelanjaan pengebumian.

Selain itu, MSN turut menyediakan Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan (SKAK) yang

merangkumi bantuan seperti khairat kematian bagi atlet dan keluarga terdekat, bantuan bencana

alam, rawatan penyakit dan bantuan elaun kehilangan pendapatan terutamanya bagi atlet yang

dipinjam daripada agensi lain yang menjalani latihan sepenuh masa di MSM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tersebut juga, program-program yang saya

sebutkan tadi sebenarnya hanya merangkumi atlet yang kini berada di bawah program Majlis

Sukan Negara sahaja. Jika atlet tersebut bertaraf antarabangsa dan sekurang-kurangnya pernah

mewakili negara di peringkat Sukan SEA dan telah bersara, mereka boleh memilih untuk

mendaftar ataupun berdaftar di bawah program Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

YAKEB, untuk makluman Dewan yang mulia ini ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal

kebajikan atlet dalam pelbagai aspek serta memberikan manfaat kepada bekas para atlet negara

termasuk atlet Paralimpik. Enam fungsi utama YAKEB ialah sebagai pusat sumber strategik untuk

bekas atlet negara, pengumpulan dana, pembangunan pendidikan dan kerjaya, kemahiran dan

keusahawanan, bimbingan dan kaunseling serta kebajikan.

Pada masa ini, kementerian sedang dalam proses untuk mengkaji semula operasi dan

pengurusan YAKEB bagi memperkukuhkan lagi badan tersebut yang kita lihat sebagai satu

yayasan ataupun badan yang sebenarnya mampu untuk melindungi, menjaga, memelihara

kebajikan bekas atlet negara dengan lebih baik dan lebih mampan lagi.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) juga turut

menyediakan program Malaysian Athlete Career and Education (MACE). Program MACE ini

menyediakan peluang pendidikan, kerjaya dan kebajikan sebagai jaminan masa depan kepada

atlet-atlet negara. Antara program yang ditawarkan bagi atlet yang dilahirkan dari sekolah sukan

Page 52: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 51

adalah program prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia. Program prauniversiti ini bermula di

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada bulan Jun, tahun 2000. Program ini dilaksanakan dengan

kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSN dan Universiti Putra Malaysia.

Program pra-universiti ini telah diiktiraf setaraf dengan program matrikulasi KPM sebagai

syarat kemasukan, syarat kelayakan untuk masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Selain itu, atlet juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian di IPTA dan Institusi Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS).

MSN telah menandatangani perjanjian persefahaman ataupun MoU dengan 11 buah

IPTS yang menawarkan kemudahan pembelajaran contohnya atlet kita akan diberikan

kelonggaran syarat kemasukan yang minimum dan fleksibel sesuai dengan pencapaian sukan

mereka. Atlet juga diberikan pelepasan dan penangguhan pengajian untuk menyertai latihan,

kejohanan ataupun program rasmi MSN. Pihak IPT juga akan menawarkan biasiswa berbentuk

yuran pengajian berdasarkan prestasi dan pencapaian sukan setiap atlet yang merupakan pelajar

mereka tersebut.

Atlet yang berada di bawah MSN yang berjaya mendapat tawaran pengajian di peringkat

diploma, sarjana muda dan sarjana. Juga layak untuk memohon biasiswa sukan kerajaan seperti

Biasiswa Sukan Persekutuan daripada Kementerian Belia dan Sukan ataupun Biasiswa Sukan

IPT daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, beralih pula kepada satu lagi usul daripada Yang Berhormat

Senator yang sama iaitu tentang peruntukan kewangan kepada persatuan sukan. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat tersebut, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan

Negara juga ada memberikan sumbangan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) ataupun

National Sports Associations (NSA) melalui bantuan geran bagi persediaan atlet ke kejohanan

ataupun temasya.

Antara kriteria yang diambil kira untuk menyalurkan geran kepada PSK yang layak adalah

program tersebut mestilah berada di bawah program sukan teras. Sukan teras sebenarnya

diwujudkan untuk memberikan tumpuan ataupun fokus terhadap sukan-sukan yang mempunyai

potensi di peringkat antarabangsa. Antara kriteria penyenaraian sukan tersebut adalah

berdasarkan, populariti:

(i) sejarah sukan;

(ii) pencapaian, rekod prestasi yang cemerlang ataupun mempunyai prospek

memenangi pingat;

Page 53: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 52

(iii) faktor fizikal- kita pilih sukan yang tidak melibatkan ataupun tidak

bergantung semata-mata kepada faktor fizikal;

(iv) sukan wajib; dan

(v) sukan yang menjadi sukan tradisional di negara kita.

Di peringkat ini, kita ada 16 sukan teras. Pada masa ini kita ada 16 sukan teras iaitu

gimnastik, badminton, bola sepak, pelayaran, akuatik, olahraga, menembak, tinju, berbasikal,

memanah, hoki, karate, skuasy, wusyu, tenpin bowling dan lawn balls.

Selain daripada bantuan geran kepada PSK ataupun NSA, pihak majlis juga menyalurkan

sejumlah bantuan seperti berikut:

(i) bantuan elaun setiausaha eksekutif Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK);

(ii) bantuan emolumen kepada pegawai PSK;

(iii) bantuan menghadiri forum, seminar dan persidangan di luar negara bagi

presiden dan setiausaha kehormat PSK sekurang-kurangnya dua kali

setahun berdasarkan permohonan yang diterima;

(iv) bantuan pentadbiran pejabat sebanyak RM5,000 setahun berdasarkan

permohonan dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan; dan

(v) bantuan elaun penyelaras PSK.

■1250

Kaedah yang digunakan untuk memantau penggunaan peruntukan ini seperti yang telah

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator tersebut adalah seperti berikut:

(i) PSK mestilah mengemukakan laporan setiap empat bulan kepada pihak

MSN;

(ii) PSK mestilah mengadakan mesyuarat bersama tiga kali setahun; dan

(iii) PSK mestilah mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan

sesuatu permohonan sebagai bukti pembayaran.

Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, kaedah-kaedah garis panduan ini dan juga KPI-

KPI terhadap peruntukan kerajaan terutamanya Majlis Sukan Negara kepada persatuan-

persatuan sukan juga sedang dalam proses diperincikan semula.

Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah melaksanakan pelbagai

program pembangunan sukan dan juga program sukan berprestasi tinggi, terutamanya untuk

menjurus ke arah kejayaan ataupun pencapaian negara di dalam temasya sukan utama seperti

Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, mahupun Sukan Olimpik. Melalui kerjasama yang

dilakukan bersama PSK dan beberapa pemegang taruh utama seperti Institut Sukan Negara dan

Page 54: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 53

Kementerian Pendidikan Malaysia, pelbagai kejayaan telah dicapai melalui program-program

pembangunan daripada akar umbi sehinggalah peringkat yang tertinggi di temasya-temasya

sukan utama seperti Program Jaya 98, Program Gemilang 2001, Program Gemilang 2006,

Program Cemerlang 2010 dan Program Kita Juara 2017.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, di kejohanan ataupun Temasya Sukan Asia ke-

18 yang baru selesai di Jakarta [Ketawa] Suara daripada belakang, terima kasih. Di Jakarta dan

Palembang baru-baru ini, kontinjen Malaysia, syukur kita telah mencapai target pingat emas kita

iaitu tujuh pingat emas dan berjaya meraih 13 pingat perak dan 16 pingat gangsa. Menjadikan

jumlah pingat kita 36 pingat iaitu lebih sedikit daripada pencapaian di Incheon, Korea dahulu iaitu

33 pingat. Jadi, syabas diucapkan kepada atlet dalam kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Ini.

Walau bagaimanapun...

Tuan Yang di-Pertua: Tahniah, tahniah Yang Berhormat Menteri... [Dewan tepuk]

Tuan Sim Chee Keong: Terima kasih. Kita nampak ada masih lagi banyak ruang untuk

penambahbaikan. Jadi segala semua pengalaman yang kita kecapi di Sukan Asia ini akan

dijadikan sebagai asas bagi post-mortem dan juga selepas itu, penilaian semula program-

program pembangunan sukan yang tadi saya sebutkan tersebut, bagi memantapkan program kita

supaya kita boleh mencapai prestasi yang diingini ataupun diimpikan dalam Sukan Olimpik Tokyo

2020 nanti.

Dalam pelaksanaan program latihan jangka panjang dan pendek yang telah dirangka

untuk menghadapi sesuatu temasya sukan, beberapa ketetapan dasar seperti sasaran utama

akan dilakukan. Seterusnya, pecahan sukan yang akan mampu menyumbang pingat kepada

kontinjen negara akan dilakukan bagi memastikan kumpulan-kumpulan atlet yang berpotensi

serta mempunyai peluang yang cerah untuk menyumbangkan pingat kepada negara akan

diberikan bantuan yang secukupnya. Proses pemilihan atlet dan jurulatih akan dilakukan dengan

penetapan beberapa kriteria yang bersesuaian dengan prestasi sukan semasa mereka.

Pihak kerajaan melalui Majlis Sukan Negara dan kerjasama dengan Persatuan Sukan

Kebangsaan dan Institut Sukan Negara akan merangka program latihan yang menyeluruh

dengan sasaran serta peruntukan kewangan yang setimpal. Pecahan peruntukan kewangan ini

akan merangkumi elaun latihan atlet, pendedahan pertandingan dalam dan luar negara, peralatan

latihan, penginapan dan makan, kejurulatihan serta kebajikan atlet. Bagi persatuan sukan yang

tidak lagi ataupun masih tidak berada dalam kelompok sukan yang mampu menyumbang pingat

kepada negara, pihak kerajaan akan juga mengambil perhatian dan prihatin kepada keperluan

mereka. Kita ada menyediakan bantuan khas kepada persatuan-persatuan sukan tersebut.

Page 55: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 54

Namun, jumlah serta bentuk bantuan yang akan diberikan adalah terhad dan bergantung

kepada kemampuan bajet dan kedudukan kewangan pihak kerajaan. Pihak persatuan sukan juga

sering kali disyorkan untuk menerokai peluang-peluang bagi mendapatkan tajaan daripada

badan-badan korporat serta syarikat swasta bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya

daripada kerajaan. Salah satu kaedah yang digunakan dan dilihat berkesan adalah Program

Rakan Sukan yang telah diperkenalkan pada tahun 1994.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam tentang

peruntukan Kementerian Belia dan Sukan kepada Malaysian Indian Football Association (MIFA).

Kementerian Belia dan Sukan, walaupun tidak ada peruntukan secara langsung kepada MIFA

kerana MIFA merupakan sebuah kelab sukan yang bergabung di bawah Majlis Sukan India

Malaysia yang kemudiannya bertanding di Liga Malaysia.

Namun, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, MIFA memang menerima peruntukan secara

tidak langsung, terutamanya daripada badan induk sukan bola sepak FAM yang mendapat tajaan

daripada syarikat berkaitan kerajaan. Sebagai kelab yang bertanding di dalam Liga Malaysia di

bawah tiket kelab, MIFA juga mendapat sumber kewangan daripada pilihan penaja-penaja rasmi

mereka seperti Kappa, Umbro, Puma, MAHSA Universiti dan lain-lain lagi.

Sejak tahun 2016, istilah geran tahunan Football Association of Malaysia (FAM) kepada

pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia, iaitu Super League dan juga Premier League, tidak

lagi diguna pakai kerana Liga Malaysia telah diswastakan. Setiap pasukan telah diberikan hak

sebagai rakan kongsi liga dan menerima sejumlah peratusan daripada hak-hak penyiaran dan

komersial iaitu sebanyak 40 peratus yang dinyatakan sebagai agihan hak-hak penyiaran dan

komersial di atas penyertaan dalam liga.

Kepada usul daripada Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin, pembangunan

kemudahan sukan berprestasi tinggi di negeri-negeri banyak bergantung, bukan sahaja kepada

penglibatan Kerajaan Pusat, tetapi juga pada kerjasama yang dihulurkan oleh kerajaan-kerajaan

negeri khususnya apabila sukan merupakan antara perkara dalam senarai bersama dalam

Perlembagaan Persekutuan. Bagi permohonan tentang pembinaan sukan stadium ataupun

kemudahan sukan di negeri Kelantan, Kerajaan Pusat pentadbiran baharu ini sedia untuk

berbincang dan juga mempertimbangkan cadangan-cadangan dan permohonan daripada pihak

Kerajaan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini, saya rasa bulan lepas kalau tidak silap saya, Exco Kerajaan Negeri

Kelantan, Exco Belia dan Sukan juga telah mengadakan mesyuarat ataupun berjumpa dengan

Menteri Belia dan Sukan dalam mesyuarat Menteri Belia dan Sukan bersama dengan Exco-Exco

Page 56: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 55

negeri. Kita telah mencapai satu kata sepakat iaitu there shall be no politics in sport dan kerajaan

sudi untuk menghulurkan kerjasama dengan mana-mana pihak di peringkat negeri bagi tujuan

untuk menjayakan sukan tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Puan, di negeri Kelantan, sememangnya

sudah ada juga kemudahan facilities sukan terutamanya yang dibina oleh Kerajaan Pusat.

Contohnya, kita ada satu kemudahan ataupun prasarana untuk track and field balapan, kita ada

lebih kurang 103 buah gelanggang futsal, sebuah gelanggang tenis, sebuah gelanggang bola

sepak takraw, satu dewan badminton, dua padang bola sepak, satu gelanggang boling padang,

satu gelanggang extreme park, satu gelanggang petanque, tiga gimnasium dan satu gelanggang

tembok mendaki. Jumlahnya 116 buah kemudahan ataupun prasarana sukan ini tidak termasuk

dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Saya ingat yang ini akhir sekali agaknya. Boleh siaplah. Kalau bagi sedikit tambahan masa

boleh siap.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Chee Keong: Ya. Ini adalah untuk menjawab usul daripada Yang Berhormat

Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah tentang pertandingan sukan antara negara

Malaysia dan Indonesia. Kementerian sedar bahawa wujudnya satu keadaan apabila atlet negara

bertemu dengan atlet Indonesia, dalam mana-mana perlawanan akan wujud sedikit ketegangan.

Saya rasa kadangkala bukan sedikit pun antara semasa penonton dan juga penyokong kedua-

dua buah negara.

Walau bagaimanapun, menyedari hakikat tersebut ditimbulkan sekali lagi, tetapi atas

semangat kesukanan, maka pihak kita tidak akan melaksanakan ataupun menjalankan dasar

membalas dendam terhadap Indonesia, sebaliknya akan meningkatkan lagi hubungan kerjasama

dalam bidang sukan dan membiarkan the rule of law, dengan izin, bukan sahaja the rule of law

secara umumnya, tetapi the principle ataupun prinsip kesukanan mengadili sebarang

pertelingkahan yang berlaku dalam bidang sukan masing-masing. Sukan bukannya satu pentas

untuk menonjolkan kemarahan, kebencian dan keganasan tetapi sukan merupakan satu persada

bagi menjalin dan mempromosikan nilai-nilai seperti persaudaraan, persahabatan dan semangat

kesukanan.

Saya juga ingin secara sukacitanya melaporkan bahawa setakat ini, kita tidak ada apa-

apa laporan tentang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas atlet-atlet kita di Indonesia

sepanjang perjalanan Sukan Asia 2018. Setakat ini sahaja, Tuan Yang di-Pertua jawapan dan

maklum balas saya kepada...

Page 57: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 56

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Pukul

1 ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Okey, faham.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah Yang Berhormat Menteri?

Tuan Sim Chee Keong: Okey. Memang sudah habislah.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Sim Chee Keong: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ini kerana kita ada banyak pegawai daripada kementerian yang

boleh balik dan buat kerja masing-masing kerana jam pun telah 1.01 tengah hari. Yang Berhormat

Senator boleh jumpa dengan Yang Berhormat Menteri di luar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan akan ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■1430

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.32 ptg.

Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Kita sambung perbahasan kita. Perbahasan yang dijawab oleh Yang Berhormat

Menteri. Pertama sekali saya jemput Kementerian Pengangkutan, silakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Kamarudin Jaffar]: Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2018

yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima

kasih saya ucapkan di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator terhadap kementerian

ini.

Isu yang pertama yang dibangkitkan ialah tentang Automated Enforcement System (AES).

Pertama sekali saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan

Chandra Mohan yang telah membangkitkan mengenai isu AES iaitu keperluan siasatan ke atas

proses pengambilalihan dan pembelian Beta Tegap Sendirian Berhad dan ATES Sendirian

Berhad oleh LTAT. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan syor Yang Berhormat

Page 58: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 57

Senator supaya satu siasatan dilaksanakan ke atas proses pengambilalihan pembelian kedua-

dua syarikat tersebut.

Dalam hubungan ini, kerajaan telah pun menubuhkan jawatankuasa siasatan tadbir urus

perolehan dan kewangan kerajaan yang telah pun memulakan siasatan ke atas aspek tadbir urus

perolehan dan kewangan melibatkan projek AES, AwAS ini. Di samping itu, Kementerian

Pengangkutan sendiri juga telah memohon kerjasama Jabatan Audit Negara untuk

melaksanakan pengauditan yang terperinci ke atas aspek aliran wang tunai, kutipan hasil dan

perbelanjaan kedua-dua syarikat berkenaan sepanjang tempoh pengoperasian projek ini. Hasil

siasatan dan pengauditan ini akan diumumkan kepada orang ramai sebaik sahaja proses

berkenaan dilengkapkan.

Isu yang kedua ialah berkaitan dengan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP).

Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying dalam perbahasan memohon pertimbangan

kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri bagi menjayakan Pelan Induk

Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP).

Untuk makluman Yang Berhormat Senator , Kementerian Pengangkutan dan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri Pulau

Pinang dalam merancang dan melaksanakan pembangunan kemudahan pengangkutan awam di

Pulau Pinang.

Skim Kereta Api, Projek LRT negeri Pulau Pinang telah dikemukakan oleh SPAD pada 29

Mac 2016. Berikutan penerimaan Skim Kereta Api tersebut, pihak SPAD telah mengadakan

kajian penjajaran dan teknikal. SPAD meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk

mengemukakan maklumat lanjut berkenaan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut dan

susulan itu kerajaan negeri memberi maklum balas pada 9 Mei 2016 dengan mengemukakan

laporan-laporan seperti berikut, dengan izin:

(i) South Reclamation Scheme Request Proposal;

(ii) Ridership and Forecast an Economic Appraisal;

(iii) Railway System Section of the Railway Scheme; dan

(iv) Macro Alignment Options Study Report.

Dua mesyuarat telah diadakan iaitu pada 6 Oktober 2016, antara pihak SPAD dan

kerajaan negeri yang diwakili oleh Exco Pengangkutan dan diikuti oleh mesyuarat pada 8

November 2016. Antara SPAD dan kerajaan negeri yang diwakili setiausaha kerajaan negeri.

SPAD menyimpulkan dengan mengemukakan surat yang bertarikh 30 November 2016 kepada

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon untuk mengemukakan perkara berikut:

Page 59: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 58

(i) SPAD memerlukan kelulusan bagi kajian Detail Environment Impact

Assessment (DEIA) dengan izin, dikemukakan sebagai pra syarat untuk

mempertimbangkan kelulusan Skim Kereta Api; dan

(ii) SPAD juga memerlukan kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara

untuk Penang South Reclamation (PSR), dengan izin, dikemukakan

memandangkan lokasi depot terletak di Island ‘A’ di dalam PSR.

Pihak SPAD berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mendapatkan kedua-dua

kelulusan tersebut daripada pihak berkuasa supaya permohonan kepada SPAD untuk

meluluskan pembangunan Skim Kereta Api, Projek LRT di Pulau Pinang di bawah Akta

Pembangunan Darat 2010 dapat di proses secara secepat mungkin.

Isu Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA), KTMB dan rel Pantai Timur. Yang

Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad telah membangkitkan mengenai

perancangan holistik kerajaan bagi industri rel seiring dengan cadangan Perjanjian Akses

Rangkaian Kereta Api (RNAA) dan perancangan kerajaan untuk memulihkan semula dan menaik

taraf infrastruktur landasan KTMB sektor Pasir Mas-Rantau Panjang.

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji

Mahamad ini, pelaksanaan RNAA bertujuan antara lain untuk meningkatkan kecekapan

perkhidmatan kereta api melalui penggunaan maksimum kapasiti landasan sedia ada. Dalam hal

ini, lebihan kapasiti yang tidak digunakan oleh KTMB boleh ditawarkan kepada pengendali

perkhidmatan kereta api lain, seterusnya menjadi ia satu ekosistem industri kereta api yang

berdaya saing.

Berhubung menaik taraf infrastruktur landasan KTMB sektor Pasir Mas-Rantau Panjang.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, landasan KTMB sektor Pasir Mas-Rantau Panjang

sepanjang 19 kilometer yang sebelum ini digunakan untuk perkhidmatan tren penumpang dan

kargo, telah ditamatkan operasi masing-masing mulai pada tahun 1982 dan 2003 atas arahan

Majlis Keselamatan Negara disebabkan peningkatan aktiviti penyeludupan beras serta

pergolakan yang berlaku di antara sempadan Malaysia-Thailand pada masa tersebut.

Selepas daripada itu, terdapat beberapa kejadian banjir menyebabkan landasan di sektor

tersebut mengalami kerosakan teruk dan kini tidak selamat untuk operasi tren. Memang tidak

dinafikan terdapat keperluan agar landasan ini diaktifkan semula kerana selain daripada

menyediakan laluan alternatif, terdapat juga beberapa permohonan daripada pihak Thailand

untuk mengaktifkan semula laluan ini bertujuan meningkatkan sosioekonomi setempat.

Page 60: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 59

■1440

Pada masa sekarang kerajaan masih menilai tahap keselamatan sempadan serta operasi

perkeretapian bagi sektor tersebut dengan penglibatan aktif Majlis Keselamatan Negara dan

agensi-agensi keselamatan yang lain.

Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan, dalam perbahasan telah

membangkitkan isu-isu yang melibatkan orang kurang upaya dalam perkhidmatan pengangkutan

awam. Berhubung cadangan Yang Berhormat Senator, supaya penekanan kepada pelaksanaan

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (RIPAD), khususnya dasar 3.4.3, iaitu

mempertingkatkan ketersampaian bagi OKU. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, selaras

dengan objektif RIPAD Negara, kerajaan sememangnya senantiasa menyokong pembangunan

infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang dapat menyediakan

perkhidmatan yang mudah sampai bagi semua golongan masyarakat termasuk OKU.

Seterusnya berhubung isu penyelenggaraan fasiliti di terminal-terminal stesen

pengangkutan awam, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga telah menjalankan program

OKU Accessibility Audit di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU).

Antara langkah proaktif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat

termasuk fasiliti di terminal melibatkan golongan OKU adalah seperti berikut:

(i) meletakkan syarat lesen untuk pengendali terminal bagi memastikan

kemudahan yang terdapat di terminal sentiasa diselenggarakan dengan

baik dan selamat untuk digunakan;

(ii) menyediakan garis panduan dan piawaian terminal sebagai rujukan untuk

reka bentuk dan operasi terminal; dan

(iii) menjalankan audit terminal berdasarkan senarai semak yang telah

ditetapkan.

Seterusnya bagi memastikan ruang di antara platform dan tren di terminal stesen dan

monorel adalah senantiasa selamat dan mengikut spesifikasi bagi golongan OKU dan cadangan

pengenalan semula penggunaan ramp mudah alih bagi OKU berkerusi roda. Pihak pengendali

telah pun mengemas kini prosedur arahan kerja untuk tujuan membantu penumpang-penumpang

golongan OKU.

Ini termasuklah menambah polis bantuan dan kakitangan di stesen-stesen. Di samping

itu, setiap penumpang golongan OKU yang ingin menaiki tren perlu memaklumkan kakitangan

stesen untuk mendapatkan bantuan daripada polis bantuan dan kakitangan stesen di stesen-

stesen yang berkenaan.

Page 61: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 60

Menjawab isu penetapan peraturan supaya lima hingga 10 peratus teksi yang beroperasi

adalah bersaiz besar untuk memuatkan kerusi roda sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Puan Bathmavathi, Kementerian Pengangkutan menggalakkan syarikat-

syarikat teksi untuk menyediakan kenderaan khas bagi kegunaan pengguna OKU. Walau

bagaimanapun, ianya hanya boleh dilaksanakan secara berperingkat kerana ini melibatkan kos

yang tinggi kepada syarikat-syarikat teksi yang terlibat.

Namun begitu, terdapat pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam

(MBSA), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan syarikat-syarikat seperti MAHB yang

menawarkan perkhidmatan kenderaan khas bagi kegunaan pengguna OKU. Yang Berhormat

Senator Puan Bathmavathi dalam perbahasan turut mencadangkan supaya disediakan feeder

bus untuk golongan OKU.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bagi pengangkutan yang seamless bagi

warga OKU, penambahbaikan perkhidmatan akan dilaksanakan secara berfasa yang perlu

diiringi juga dengan penambahbaikan infrastruktur ekosistemnya, seperti siar kaki dan hentian

bas mesra OKU oleh pihak-pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan secara door-to-door, pintu ke pintu telah pun

disediakan oleh pengendali-pengendali seperti RAPID yang menjalankan perkhidmatan RAPID

Mobiliti di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Buat masa ini, perkhidmatan bas feeder bagi

destinasi ke stesen-stesen MRT menggunakan bas mesra OKU.

Isu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Yang Berhormat Senator Tuan

Haji Muhammad dalam perbahasan memohon penjelasan status projek menaik taraf Lapangan

Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan

Ismail Petra, Kota Bharu melibatkan skop pembesaran bangunan sedia ada bagi

membolehkannya menampung jumlah penumpang daripada 1.5 juta orang penumpang setahun

kepada empat juta orang penumpang setahun.

Antara tumpuan utama adalah membesarkan bangunan terminal, menambah parkir

pesawat, pembesaran apron dan juga pembinaan bangunan airport fire rescue service, dengan

izin, yang baharu. Kerajaan telah memutuskan projek ini akan dilaksanakan secara tender

terbuka. Walau bagaimanapun sebelum perolehan boleh dipelawa semula secara tender terbuka,

kementerian ini akan membuat penilaian keutamaan perolehan dengan merujuk dan

mengadakan libat urus bersama agensi-agensi pusat seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

dan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia.

Page 62: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 61

Berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Yang Berhormat

Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung dalam perbahasan telah mencadangkan supaya kerajaan

memperbesarkan lagi terminal satu bagi memenuhi keperluan pertambahan kapasiti di KKIA.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kapasiti penumpang yang boleh ditampung oleh

terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah sebanyak 9 juta orang

penumpang setahun.

Pada tahun 2017, KKIA telah mengendalikan seramai lapan juta lebih kurang orang

penumpang. Penumpang AirAsia merupakan penyumbang terbesar kepada statistik kendalian

penumpangan di lapangan terbang tersebut iaitu seramai 4,154,000 orang penumpang. Malaysia

Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengunjurkan kapasiti terminal satu akan mencapai had

kapasiti maksimum hanya pada tahun 2021.

Dalam hubungan ini Kementerian Pengangkutan akan terus memantau prestasi

pengendalian penumpang, kargo dan pergerakan pesawat di semua lapangan terbang di

Malaysia, termasuk KKIA dan akan memastikan...

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Saya minta mencelah, Tuan Yang di-Pertua.

Minta mencelah? Terima kasih.

Saya ingin membangkitkan tentang satu isu yang berkaitan dengan khidmat wrapping

atau pembungkusan bagasi di lapangan terbang. Adakah rasional petugas-petugas di lapangan

terbang untuk mengarahkan penumpang yang membawa bagasi seperti kotak yang dibungkus

semula walaupun kotak bagasi tersebut diikat dan dibungkus dengan kemas? Ini jelas

menunjukkan bahawa terdapat sesuatu perkara yang tidak betul dengan tindakan petugas

tersebut di mana penumpang terpaksa menanggung kos yang tidak sepatutnya. Apakah

pendapat Yang Berhormat Menteri?

Dato' Kamarudin Jaffar: Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ananthan.

Wrapping ini adalah suatu perkhidmatan yang diberikan kepada penumpang-penumpang

untuk bagasi mereka di lapangan terbang khususnya di KLIA. Ianya adalah di atas pilihan

penumpang-penumpang itu untuk keselamatan bagasi beliau. Di pihak syarikat penerbangan

pula, kadangkala apabila penumpang ini check in, dengan izin, untuk menaik pesawat,

kadangkala staf syarikat penerbangan ini menilai bagasi itu dan didapati mungkin bagasi itu akan

terburai, pecah dan sebagainya dan jika itu berlaku, itu merugikan penumpang itu sendiri.

Ataupun jika bagasi itu pecah dan sebagainya, ia mungkin menghalang kelicinan perjalanan

travelator ataupun conveyor belt, dengan izin, yang mengangkat barangan bagasi itu ke pesawat

nanti.

Page 63: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 62

Jadi, ada dua aspek di situ, kepentingan penumpang itu untuk keselamatan bagasinya di

atas pilihan beliau. Keduanya, keselamatan atau kelicinan pentadbiran pengurusan bagasi

daripada check in point kepada pesawat nanti. Jadi, itu pertimbangan kalau selebihnya berlaku,

maka sudah tentu kami akan beri perhatian supaya tidak ada unsur-unsur perniagaan yang

melebihi kepentingan-kepentingan pengguna dan juga syarikat yang berkenaan. Terima kasih.

Tertakluk kepada kedudukan kewangan negara, tumpuan akan diberikan kepada projek

menaik taraf atau meningkatkan kemudahan infrastruktur di lapangan terbang yang lebih kritikal

dan telah mencapai had kapasitinya.

Isu berkaitan perkhidmatan aerobridge AirAsia.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Minta mencelah, Tuan Yang di-Pertua sebelum

Yang Berhormat Menteri masuk ke tajuk yang lain. Saya juga ada bertanya, saya kurang faham

sama ada kementerian Yang Berhormat atau kementerian lain yang akan menjawab soalan saya.

Kemungkinan kementerian lain, tetapi ada hubung kaitnya dengan lapangan terbang.

Saya bertanya, apakah kerajaan akan mengkaji semula lapangan ketiga di negeri Kedah

iaitu di Kulim yang dicadangkan dibuat untuk cargo airport?

■1450

Sekiranya kerajaan bercadang, saya ingin bertanya, apakah dananya akan datang

daripada kerajaan ataupun privatization project ataupun FDI? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd

Suhaimi.

Saya ada mendengar cadangan-cadangan tersebut tetapi secara rasminya setakat

sekarang ini, di Kementerian Pengangkutan belum ada suatu pembentangan secara rasmi

kepada kementerian berkaitan dengan cadangan lapangan terbang di Kedah seperti yang Yang

Berhormat Senator sebutkan itu tadi.

Jika ia sampai kepada peringkat Kementerian Pengangkutan, saya yakin ia akan

diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Jika ia menguntungkan perkhidmatan penumpang

ataupun kargo ataupun boleh membantu pembangunan negeri Kedah dan utara Semenanjung

misalnya, saya yakin ia akan diberikan pertimbangan yang amat positif oleh kerajaan dan

kementerian kita.

Berkaitan dengan isu aerobridge. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Malaysia

Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menyediakan kemudahan aerobridge di kebanyakan

lapangan terbang di Malaysia dan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk

Page 64: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 63

menggunakan semua kemudahan yang disediakan di setiap lapangan terbang di Malaysia

termasuk aerobridge bagi memudahkan pergerakan penumpang terutamanya golongan warga

emas, kanak-kanak, ibu mengandung dan orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun,

syarikat penerbangan diberi pilihan sama ada menggunakan kemudahan tersebut atau

sebaliknya.

Menurut MAHB, caj bagi penggunaan aerobridge yang ditetapkan oleh pihaknya adalah

sebanyak RM85 bagi setiap tiga jam. Ini bermakna sekiranya ia digunakan untuk boarding atau

untuk naik dan disembarcation, dengan izin, atau untuk keluar dari pesawat jenis Airbus A320

dengan jumlah penumpang 180 orang, kos yang dikenakan bagi setiap penumpang adalah lebih

kurang 24 sen. Dalam hubungan ini, untuk satu perjalanan di dua lapangan terbang, jumlah yang

perlu dibayar oleh setiap penumpang adalah dianggarkan sebanyak 50 sen.

Secara umumnya, pihak AirAsia mengesahkan bahawa caj penggunaan aerobridge

adalah termasuk dalam harga tiket penerbangannya. Menurut AirAsia, syarikat penerbangan

tambang murah, low cost carrier, dengan izin, di serata dunia memilih untuk menggunakan

tangga daripada jambatan udara aerobridge ini. Ini selari dengan model perniagaan dan konsep

penerbangan tambang murah yang dipraktikkan oleh AirAsia.

Tempoh masa pendaratan kapal terbang dan berlepas, dengan izin, turnaround time bagi

syarikat penerbangan murah ini adalah hanya 25 minit. Penggunaan tangga untuk menurunkan

penumpang dan menaiki pesawat membolehkan kedua-dua pintu depan dan belakang digunakan

serentak. Dalam hubungan ini, disiplin untuk terus mengekalkan tempoh di bawah paras 25 minit

adalah sangat penting untuk syarikat penerbangan murah ini.

Walau bagaimanapun, AirAsia memaklumkan pihaknya sentiasa memberi keutamaan

terhadap keselamatan penumpang. Dalam hubungan ini, segala kesulitan yang dilalui oleh

penumpang ketika cuaca buruk sentiasa diambil kira. Sekiranya terdapat keadaan cuaca yang

buruk atau adanya tetamu OKU yang memerlukan perkhidmatan aerobridge, AirAsia akan

memberi keutamaan tanpa sebarang kos tambahan kepada penumpang.

Isu kajian harga tiket penerbangan. Isu seterusnya adalah berhubung hasil kajian

MAVCOM ke atas kawalan harga tambang kapal terbang bagi laluan domestik untuk destinasi-

destinasi di seluruh negara dan sebaliknya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Dr. Zaiedi Haji Suhaili.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

(MAVCOM) telah memuktamadkan kajian penetapan harga tiket penerbangan domestik di

Page 65: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 64

Malaysia. Laporan kajian telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengangkutan pada 30

Julai 2018 untuk diteliti. Antara dapatan kajian MAVCOM adalah seperti berikut.

Pertama, secara umumnya, purata harga tiket penerbangan domestik di Malaysia telah

mengalami trend penurunan bagi tempoh antara Januari 2011 dan April 2018. Trend tersebut

adalah berbeza-beza mengikut laluan dan syarikat penerbangan tetapi trend umumnya harga

penerbangan menurun daripada tahun 2011 hingga 2018.

Kedua, harga tiket penerbangan telah mencatatkan peningkatan lebih daripada tiga kali

ganda tambang purata antara tahun 2016 dan 2017 khususnya semasa perayaan Tahun Baru

Cina yang merangkumi laluan-laluan di Semenanjung Malaysia serta laluan dari Semenanjung

Malaysia ke Sabah dan Sarawak serta laluan di antara Sabah dan Sarawak. Dalam kebanyakan

kes, peningkatan harga tiket penerbangan direkodkan untuk tempoh satu hingga empat hari

waktu puncak. Ini adalah disebabkan oleh permintaan yang melonjak berbanding bekalan

perkhidmatan yang berada pada paras yang sama.

Ketiga, trend harga tiket penerbangan pada waktu puncak di Malaysia adalah hampir

sama dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Amerika Syarikat. Ini

adalah kesan daripada prinsip harga dinamik yang diamalkan oleh syarikat penerbangan di

seluruh dunia yang mana tiket penerbangan dikategorikan mengikut kelompok harga yang

berbeza, bucket of flight seats, dengan izin. Setiap kelompok ini diberikan bilangan tempat duduk

tertentu yang mungkin berbeza mengikut permintaan. Semasa permintaan tinggi, syarikat

penerbangan berkemungkinan akan mengurangkan harga tiket penerbangan bagi kelompok

yang harga promosi.

Keempat, kebanyakan pihak berkuasa penerbangan awam di negara-negara lain tidak

mengawal harga tiket penerbangan bagi laluan antarabangsa atau domestik. Bagi negara-negara

yang mengenakan peraturan penetapan harga tiket seperti di Indonesia, pengawalan harga telah

menimbulkan implikasi negatif seperti peningkatan purata harga tiket penerbangan. Dalam situasi

ini, syarikat penerbangan didapati telah mengambil kesempatan daripada harga siling tiket

penerbangan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memaksimumkan keuntungan mereka

walaupun semasa di luar waktu puncak.

Maknanya, menetapkan harga siling hanya akan seolah-olah menjadikan syarikat-

syarikat lebih gemar pergi ke arah harga siling daripada harga yang lebih rendah walaupun bukan

di waktu puncak. Justeru, sebarang cadangan untuk menetapkan harga siling adalah tidak

digalakkan bagi tujuan mengelakkan manipulasi oleh syarikat-syarikat penerbangan yang

akhirnya merugikan pengguna.

Page 66: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 65

Sehubungan itu, berdasarkan kajian tersebut, MAVCOM mengesyorkan perkara-perkara

berikut.

Pertama, mewajibkan syarikat penerbangan membuat pemakluman berhubung harga

tiket penerbangan semasa musim puncak khususnya pada musim perayaan yang seterusnya

akan dilaporkan kepada kerajaan.

Kedua, meningkatkan kapasiti dan persaingan di laluan-laluan yang dimonopoli atau

laluan-laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi atau laluan-laluan yang tidak mempunyai

mod pengangkutan alternatif pada musim puncak dengan menggalakkan lebih banyak syarikat

penerbangan berjadual atau charter untuk beroperasi.

Sehubungan dengan kajian dan syor MAVCOM tersebut, Yang Berhormat Menteri

Pengangkutan telah mengadakan satu mesyuarat dengan syarikat-syarikat penerbangan pada 4

September 2018 berhubung isu ini dan telah memutuskan seperti berikut.

Pertama, sebagai langkah interim, kerajaan tidak akan menetapkan harga siling dan

harga lantai bagi tambang tiket penerbangan domestik bagi tujuan mengelakkan sebarang

manipulasi oleh syarikat-syarikat penerbangan yang mana purata harga tiket akan menjadi lebih

tinggi walaupun di luar musim perayaan sekiranya ia dilaksanakan.

Kedua, kerajaan akan terus membenarkan harga tiket ditentukan oleh pasaran semasa

atau, dengan izin, market driven, di mana syarikat-syarikat penerbangan negara akan

menetapkan kadar tambang penerbangannya dengan mengambil kira permintaan pasaran,

keadaan ekonomi serta faktor-faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi.

Ketiga, bagi mengurangkan kenaikan harga tambang sempena musim perayaan,

kerajaan telah mendapatkan komitmen daripada syarikat-syarikat penerbangan negara untuk

meningkatkan kapasiti penerbangan melebihi 20 peratus bagi tempoh tujuh hari sebelum musim

perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan khususnya di

laluan-laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Maknanya 20 peratus kerusi atau tempat-

tempat tambahan di hari-hari perayaan kemuncak itu.

■1500

Keempat, dalam hubungan ini, kementerian akan turut mendapatkan kerjasama daripada

operator lapangan terbang, syarikat pengendalian darat dan perkhidmatan ERL dan teksi untuk

melanjutkan operasi di lapangan terbang yang berkaitan dalam tempoh tujuh hari tersebut.

Kelima, orang ramai disarankan untuk membuat perancangan dengan membeli tiket

penerbangan lebih awal bagi mendapatkan tawaran harga tiket yang lebih murah berbanding

pembelian di saat akhir.

Page 67: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 66

Keenam, pihak MAVCOM telah diminta untuk membuat pemantauan berhubung

pengenaan kadar tambang yang dikenakan oleh syarikat penerbangan dan meneliti impact

pelaksanaan kaedah interim ini. Sekiranya kaedah ini tidak berjaya untuk menyelesaikan masalah

kenaikan harga tambang sempena musim perayaan, pihak kementerian akan

mempertimbangkan semula cadangan untuk menetapkan harga siling dan harga lantai bagi

tambang tiket penerbangan domestik.

Akhir sekali isu pramugari dan hidangan arak dalam penerbangan.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Yang Berhormat Menteri saya mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih di atas penjelasan tadi dan sekurang-kurangnya

kita ada menampakkan satu hasil daripada perundingan kita dengan MAVCOM. Akan tetapi saya

bukan concern dengan harga tiket penerbangan waktu puncak saja, waktu perayaan, hari raya

dan sebagainya tetapi harga tiket penerbangan untuk harian. Ini kerana didapati bahawa bila kita

membeli tiket penerbangan, semakin hampir dengan kita nak membuat penerbangan, jadi

harganya semakin tinggi, meningkat.

Jadi saya rasa kalau boleh, kementerian berunding dengan MAVCOM bahawa kita

letakkan satu jangka masa katakan 48 jam sebelum penerbangan itu, harga tiket itu tidak boleh

dinaikkan lagi, ia tutup dekat 48 jam sebelum penerbangan. Oleh sebab kalau kita pergi ke airport

hendak beli di kaunter di saat akhir, di atas sebab-sebab kecemasan dan sebagainya, kita

mendapati harganya begitu lebih tinggi daripada harga yang kita beli pada masa-masa yang

biasalah.

Oleh yang demikian, saya rasa kalau boleh cadangan sayalah 48 jam sebelum

penerbangan harga tiket itu sudah tutup tidak boleh dinaikkan lagi. Kalau boleh kementerian

berunding dengan MAVCOM untuk mengesyorkan perkara itu kepada syarikat penerbangan,

terima kasih.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi. Saya faham

apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tetapi kita harap MAVCOM akan menilai

dan mengkaji cadangan tersebut. Tinggal lagi sebagai mana yang saya maklumkan tadi, syarikat-

syarikat penerbangan ini dalam perniagaan mereka mempunyai konsep bahawa dalam satu-satu

pesawat itu, tempat-tempat itu dikelompokkan kepada kalau yang awal itu dapat misalnya 1/3

jumlah kerusi yang termurah, lewat sikit 1/3 kedua harga yang mahal sedikit, lewat sangat-sangat,

maka ia nya akan pergi kepada 1/3 harga yang paling tinggi itu.

Page 68: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 67

Akan tetapi ini semuanya adalah perkiraan-perkiraan perniagaan. Saya yakin MAVCOM

akan terus berbincang dengan syarikat-syarikat ini untuk memastikan bahawa kita penumpang

pun terjaga dan keuntungan syarikat tidaklah tergugat amat sangat. Saya harap begitu.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya rasa satu perkara

lagi saya ingin hendak kemukakan di sini ialah, kalau dulu kita ada satu syarikat penerbangan,

Malaysia Airlines. Bagi kita dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia ataupun sebaliknya,

dahululah kerajaan ada diberi keistimewaan untuk beberapa penerbangan dalam satu hari.

Kerajaan ada diberi dua seat yang disebut sebagai blocked seat. Blocked seat itu ia nya akan

diletakkan di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sekiranya ada keperluan, maka penumpang boleh menggunakan keistimewaan blocked

seat. Maksud blocked seat ialah dahulu kalau pegawai-pegawai ada mesyuarat di Kuala Lumpur,

jadi bila pegawai dari Kuching hendak pergi ke Kuala Lumpur, yang notis mesyuarat itu begitu

singkat sekali, maka keistimewaan blocked seat itu digunakan untuk urusan penerbangan ke

Kuala Lumpur. Ataupun ada kalanya ada masa-masa kecemasan, blocked seat itu boleh di-

release kepada orang awam untuk digunakan sebagai penerbangan.

Jadi keistimewaan ini telah pun- bila Airlines ini sudah pergi banyak kepada business

consideration terhadap AirAsia, Malindo, Malaysia Airlines Berhad, dan sebagainya, jadi segala-

galanya sudah menjadi persaingan komersial. Apa yang kita katakan CSR itu sudah diketepikan.

Jadi saya harap dalam beberapa perkara, kementerian boleh juga memikir balik keistimewaan

untuk kita dari Sarawak, ataupun dari Sabah dalam hubungan ini kerana bila waktu kecemasan

itu, kita tidak mengira apa masa, apa harinya.

Oleh demikian keistimewaan kalau boleh MAVCOM kirakanlah dalam satu hari mungkin

ada tempat-tempat tertentu. Ini kerana kita tidak ada alternatif lain, melainkan menggunakan

penerbangan itulah. Saya rasa kalau di fikir-fikirkan kerana itu satu CSR lah kepada rakyat.

Terima kasih.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih, itu satu cadangan dan peringatan yang baik dan

saya yakin kita akan memberi perhatian yang sesimpatinya terhadap apa yang Yang Berhormat

Senator sebutkan itu.

Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin dalam perbahasan membangkitkan

beberapa perkara yang menyentuh isu pramugari dan hidangan arak dalam penerbangan.

Datuk Razali bin Idris: Yang Berhormat sebelum sentuh pramugari Tuan Yang di-Pertua,

saya minta laluan sikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh.

Page 69: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 68

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang

Berhormat langsung tidak menyebut tentang perbahasan saya untuk negeri Terengganu. Jadi

saya ada menyebut penerbangan yang sangat sedikit ke Terengganu dalam perbahasan saya.

MAS hanya ada tiga penerbangan satu hari, Firefly ada empat, Malindo ada enam, AirAsia ada

tujuh. Keseluruhannya 20 penerbangan satu hari dan dalam penerbangan ini jarang kita tengok

kapal terbang itu penuh.

Akan tetapi saya difahamkan sudah lama airport negeri Terengganu masih lagi tidak beri

taraf regional. Maksudnya di sini direct international flight dan ia amat penting dalam industri

pelancongan. Semua orang tahu negeri Terengganu memang hebat dengan keindahan alam

semula jadi. Jadi saya nak ambil Indonesia sebagai contoh, setiap bandar sama ada besar

ataupun kecil, ada direct international flight.

Jadi soalan saya, apakah kerajaan tidak boleh naik taraf airport Terengganu kepada

tahap regional iaitu direct national flight. Itu soalan saya.

Kedua berkenaan dengan MAHB. Semalam Yang Berhormat Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani ada menyebut kita nak hapuskan monopoli. Akan tetapi MAHB dikhabarkan

memonopoli perniagaan di semua airport kecuali Airport Senai Johor. Jadi saya rasa ini satu

perkara yang perlu dikaji oleh kerajaan supaya kita buka peluang kepada perniagaan bebas

cukai di semua airport di negara kita dan kita buka kepada semua yang nak berniaga.

Jadi ada competition di situ dan saya rasa lebih ceria daripada kita membiarkan MAHB

memonopoli semua business di airport negara kita. Semua ini telah dilakukan di airport seperti

Dubai, Doha dan Heathrow, London. Itu cadangan saya. Terima kasih.

■1510

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

Pertamanya berkaitan dengan taraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Kita setakat

ini, saya tahu taraf regional itu tidak ada taraf sama ada domestik atau pun antarabangsa. Pada

dasarnya memang kita ada lapangan terbang domestik dan antarabangsa. Akan tetapi walaupun

lapangan terbang itu tidak diberikan taraf lapangan terbang antarabangsa, ianya tidak

menghalang penerbangan-penerbangan antarabangsa daripada menggunakan lapangan

terbang tersebut.

Jika berlaku keperluan untuk penerbangan-penerbangan direct ke lapangan terbang yang

bukan bertaraf antarabangsa seperti Kuala Terengganu, urusan boleh dilakukan supaya ia

membolehkan penerbangan seperti itu berlaku. Akan tetapi ia tidak perlu diberikan taraf sebagai

lapangan terbang antarabangsa tetapi tidak menghalang penerbangan antarabangsa jika ada

Page 70: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 69

keperluan dan kelulusan-kelulusan dan sebagainya tanpa mengubah status lapangan terbang

tersebut.

Keduanya, berkaitan dengan monopoli saya telah dalam Dewan Rakyat menjawab

bahawa dasar monopoli sebagai kerajaan yang baru tidak lagi kita pentingkan. Apa yang penting

ialah perkhidmatan yang terbaik oleh pihak swasta dalam memastikan rakyat mendapat

perkhidmatan yang terbaik. Jadi, oleh sebab itu tidak ada monopoli dan kita terbuka kepada

pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan.

Jika lapangan tersebut dipunyai oleh MAB sudah tentulah terminal itu MAB punya sebagai

tuan, land lot, tuan punya bangunan, MAB lah yang memberikan ataupun mengenakan sewaan

dan sebagainya. Akan tetapi jika misalnya berlaku keadaan yang mana kementerian memandang

sesuai untuk syarikat lain pula mengendalikan dan mempunyai lapangan terbang maka syarikat

yang itu pulalah yg menguasai sewaan dan sebagainya, kedai-kedai yang ada di lapangan

terbang tersebut.

Datuk Razali bin Idris: Sikit lagi ya. Saya juga difahamkan ada beberapa syarikat dalam

negara kita yang cuba memohon untuk bersama-sama meniaga di beberapa lapangan terbang

dan di beberapa negeri tetapi masih lagi dalam keadaan pertimbangan dalam dua tiga tahun lalu.

Jadi, saya hendak bangkitkan di sini supaya saya dapat pencerahan dan boleh bagi penjelasan

kepada sahabat-sahabat kita yang hendak meniaga di airport. Terima kasih.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan semak tetapi yang

saya tahu, yang sampai ke pengetahuan saya, pengenaan ataupun sewaan ini dilakukan secara

tender dan ianya tidak terhad atau tertutup kepada mana-mana syarikat. Ciri-ciri, syarat-syarat

tender itu saya boleh maklumkan tetapi itulah yang saya tahu amalan biasa penyewaan

penggunaan kedai-kedai di lapangan-lapangan terbang di negara kita ini. Terima kasih.

Berhubung dengan pakaian pramugari dan cadangan Yang Berhormat Senator supaya

pramugari memakai seluar panjang yang dilihat lebih sesuai dan selesa untuk bekerja. Untuk

maklumat Yang Berhormat Senator syarikat-syarikat perlu mematuhi standard keselamatan

antara lain termasuk pengungsian kecemasan, emergency evacuation, dengan izin, dalam

tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan

Awam dan International Civil Aviation Organization (ICAO), dengan izin.

Dalam hubungan ini syarikat-syarikat penerbangan adalah bebas untuk memilih pakaian

seragam asalkan mematuhi kriteria seperti berikut:

(i) pakaian seragam mampu menjalankan tugas-tugas semasa, pengungsian

kecemasan, emergency evacuation, dengan izin; dan

Page 71: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 70

(ii) keputusan komersial syarikat penerbangan tersebut berdasarkan

kesesuaian dan imej korporat masing-masing.

Dalam hubungan ini MAB telah memaklumkan bahawa pakaian pramugari yang

merupakan baju kebaya adalah mencerminkan budaya Malaysia di mana pakaian tersebut

menjadi identiti hospitaliti, Malaysian hospitality yang diamalkan oleh MAS. Kementerian

Pengangkutan tiada sebarang halangan langsung bagi mana-mana syarikat penerbangan untuk

menetapkan pakaian pramugari yang menepati kaedah syariah Islam selagi mana ianya

mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh CAM... [Disampuk] Saya habiskan nanti.

Yang Berhormat Senator juga turut membangkitkan polisi berkaitan kesihatan ataupun

perlindungan terhadap anak-anak kapal.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MAB mempunyai polisi berkaitan kesihatan

terhadap anak-anak kapal yang meliputi kemudahan perubatan seperti rawatan pesakit luar,

hospital, rawatan khusus dan rawatan pergigian dengan kos yang terhad. MAB turut mengambil

berat terhadap persekitaran kerja anak kapal bagi memastikan mereka sentiasa dilindungi dan

selamat daripada sebarang kejadian yang tidak diingini semasa bertugas di atas pesawat.

Sekiranya terdapat sebarang situasi di mana terdapat penumpang yang dipercayai

mempunyai niat atau perlakuan untuk melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan

keselamatan penumpang, krew atau harta benda di dalam pesawat maka peruntukan-peruntukan

yang terkandung dalam Tokyo Convention 1963 yang telah dikuatkuasakan secara domestik

melalui Akta Kesalahan-kesalahan Penerbangan 1984 boleh dilaksanakan. Antara lain, ia

memberi kuasa kepada komander pesawat atau juruterbang yang dalam penerbangan

antarabangsa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau

mempunyai niat atau perlakuan untuk melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan

keselamatan penumpang, krew atau harta benda di dalam pesawat.

Berhubung dengan isu hidangan dan penjualan arak dan lain-lain minuman keras di dalam

penerbangan, Malaysian Airlines Berhad (MAB) sebagai sebuah syarikat penerbangan yang

beroperasi ke pelbagai destinasi di seluruh dunia dengan pelbagai lapisan penumpang perlu

memenuhi kehendak penumpang khasnya penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama

yang mana sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan syarikat penerbangan di dunia untuk

menyediakan minuman keras kepada penumpang. Dalam hubungan ini, MAB tidak menetapkan

sebarang had bilangan gelas kepada penumpangnya.

Sungguhpun demikian tidak bermakna MAB menggalakkan penumpangnya untuk

mengambil minuman keras. Sekiranya anak kapal mendapati bahawa terdapat penumpang

Page 72: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 71

hampir atau telah mabuk maka anak kapal boleh untuk tidak menyajikan hidangan minuman

keras kepada penumpang berkenaan. Sepanjang tiga tahun lalu, terdapat sebanyak 19 kes

direkodkan oleh Jabatan Keselamatan Korporat MAB berkaitan ancaman oleh penumpang yang

mabuk.

Walau bagaimanapun, ancaman tersebut hanya lah berbentuk ugutan lisan dan tidak

melibatkan sebarang ancaman fizikal dan anak-anak kapal telah berjaya menangani situasi

tersebut memandangkan mereka sememangnya telah dilatih untuk menangani situasi

sedemikian. Sila.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan

keselamatan pakaian tadi. Kita faham semasa pakaian ini direka ia untuk melambangkan tradisi.

Namun begitu pada masa itu kesedaran terhadap safety dalam penerbangan ini tidak seperti

sekarang. Bila kita tengok kepada pakaian tradisi itu, oleh kerana untuk menyesuaikan mereka

bekerja, maka anak kapal terpaksa memakai pakaian-pakaian sokongan seperti pantyhose dan

sebagainya yang dibiayai oleh bajet sendiri dan pakaian tersebut itu tidak rentan api. Itu isunya

di situlah. Oleh sebab itu dicadangkan supaya pakaian itu memenuhi piawaian antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih di atas...

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Saya mohon mencelah isu yang sama Yang

Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi yang berhormat kata boleh

menyelamatkan penumpang masa kecemasan, saya rasa yang AirAsia itu kita hendak kena

selamatkan dia orang pula. Tak boleh bergerak, ketat sangat. Jadi, apa pandangan Yang

Berhormat? Terima kasih.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Bab pakaian dan keselamatan ini saya amat-amat mengikuti

dan amat simpati dan amat berminat untuk juga mendengar penjelasan daripada syarikat-

syarikat. Saya mempunyai sikap yang terbuka dan cadangan, pandangan serta detail sebagai

mana Yang Berhormat Senator sebutkan tadi itu saya fikir akan diberi perhatian supaya kita

bukan sahaja mempunyai anggota, anak kapal, pramugari yang berpakaian yang baik, yang

sesuai dengan masyarakat dan budaya kita.

■1520

Di samping itu, tidak berkompromi daripada segi keselamatan pesawat dan penumpang

dan anggota-anggota krew itu sendiri. Terima kasih.

Kalau tidak ada lagi Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak kementerian sekali lagi

mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu

Page 73: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 72

berkaitan Kementerian Pengangkutan dan saranan-saranan yang telah dikemukakan. Terima

kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Kamarudin Jaffar yang

telah menjawab yang paling panjang lebar dan padat, terang, jelas ya. Terima kasih Yang

Berhormat dan bak kata orang tadi, ikan tenggiri ikan gelama, pak menteri ini kawan saya sudah

lama. Itu dia maklumat ringkas ya.

Dan sekarang saya jemput pula tadi Yang Berhormat Menteri daripada Kementerian Air

Tanah dan Sumber Asli. Dipersilakan.

15.21 ptg.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]:

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih di

atas keprihatinan semua ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu di bawah

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, hanya satu

sahaja isu yang dibangkitkan di dalam kementerian saya. Isu-isu lain adalah di bawah bidang

kuasa negeri seperti yang termaktub di dalam Perkara 74(2), Perlembagaan Persekutuan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying yang memohon

kerajaan menjelaskan isu peruntukan perancangan tebatan banjir (RTB) di Pulau Pinang. Soalan

beliau ada dua perkara. Pertama, apakah punca-punca banjir di Sungai Pinang?

Kedua, adakah Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek RTB ini yang mana fasa

pertama telah dilaksanakan dengan peruntukan RM150 juta telah disalurkan.

Tuan Yang di-Pertua, punca-punca banjir di kawasan lembangan Sungai Pinang boleh

dibahagikan kepada empat sebab utama. Pertama, kapasiti Sungai Pinang telah tidak berupaya

menampung aliran banjir terutama ketika menerima keamatan hujan yang tinggi dalam tempoh

satu jam.

Kedua, pengaruh air pasang surut sehingga kira-kira dua kilometer up stream di Sungai

Pinang dan bersekali dengan hujan lebat turut memburukkan lagi keadaan. Ketiga, keadaan

topografi yang rendah dan yang keempat sistem perparitan sedia ada yang direka bentuk pada

tahun 1960 an terutamanya di bandar Georgetown yang sebahagiannya telah di dalam warisan

dunia, dengan izin, World Heritage tidak lagi sesuai dengan keadaan masa kini dan tidak mampu

mengalirkan air dengan sempurna.

Page 74: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 73

Susulan kejadian banjir pada 4 dan 5 November 2017, Jabatan Pengaliran dan Saliran

negeri Pulau Pinang telah membentangkan cadangan 13 projek mitigasi banjir di Pulau Pinang

dengan anggaran kos berjumlah RM1 bilion seperti berikut:

(i) RTB Seberang Perai Utara;

(ii) RTB Lembangan Sungai Perai daerah Seberang Perai Tengah;

(iii) RTB Lembangan Sungai Pinang Daerah Timur Laut;

(iv) RTB Sungai Junjung Daerah Seberang Perai Tengah;

(v) RTB Parit Empat Daerah Seberang Perai Tengah;

(vi) RTB Lembangan Sungai Juru Daerah Seberang Perai Tengah;

(vii) RTB Teluk Kumbar Daerah Barat Daya;

(viii) RTB Pondok Upih Sungai Burung Daerah Barat Daya;

(ix) RTB Lembangan Sungai Jawi Daerah Seberang Perai Selatan;

(x) RTB Sungai Kecil Daerah Seberang Perai Selatan;

(xi) RTB Bayan Lepas Daerah Barat Daya;

(xii) RTB Teluk Bahang Daerah Barat Daya; dan

(xiii) RTB kawasan perindustrian Perai Daerah Seberang Perai Tengah.

Daripada 13 projek yang dicadangkan dengan jumlah anggaran kos RM1 bilion, tiga

projek telah diluluskan telah diluluskan dalam RMP3 pada tahun 2018, RMK-11 di daerah Barat

Daya Pulau Pinang iaitu RTB Teluk Kumbar dengan kos projek sebanyak RM10 juta.

RTB Teluk Bahang dengan kos projek sebanyak RM8 juta dan RTB Pondok Upih Sungai

Burung dengan kos projek sebanyak RM10 juta. Jumlah siling kos projek yang diluluskan untuk

dilaksanakan dalam RP3 2018 RMK-11 bagi ketiga-tiga projek tersebut berjumlah RM28 juta.

Dalam RP2 2017 RMK-11, RTB Lembangan Sungai Pinang telah diluluskan untuk

dilaksanakan dengan siling kos sebanyak RM150 juta. Projek berkenaan dalam peringkat

pengiklanan bagi reka bentuk terperinci yang telah diiklankan pada 21 Ogos 2018 dan ditutup

pada 12 September 2018 akan datang.

Selain itu kajian semula ke atas semua Drainage Master Plan negeri Pulau Pinang

terutamanya kawasan Seberang Perai dan Kajian Pelan Induk Kulim yang komprehensif perlu

dijalankan bagi menyelesaikan masalah banjir secara holistik di Pulau Pinang dan di Kedah

dengan mengambil kira impak aliran air daripada lembangan di daerah Kulim dan Bandar Baharu

ke Seberang Perai, Pulau Pinang serta faktor perubahan iklim yakni banjir monsun dan banjir

kilat, pembangunan dan perubahan guna tanah. Untuk itu, permohonan peruntukan bagi kajian

tersebut telah dikemukakan dalam permohonan bajet RP4 2019.

Page 75: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 74

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sajalah penjelasan yang dapat saya berikan...

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Menteri, sikit boleh sebelum

tutup.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Okey.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Sebab mengenai Pulau Pinang.

Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan cuba mencari penyelesaian secara holistik.

Saya ingin sedikit penjelasan Yang Berhormat Menteri sebab kebetulanlah tempat-tempat yang

Yang Berhormat Menteri cakap tadi Teluk Kumbar, Teluk Bahang itu semua kebetulan dalam

Parlimen Balik Pulau. Hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri

juga berurusan dengan kerajaan tempatan sebab melibatkan penggunaan tanah tadi kan, ini

melibatkan perancangan bandar dan sebagainya.

Saya yakin sekurang-kurangnya membesar di situ, ada kaitan kemungkinan juga dengan

perbandaran yang berlaku terutama di daerah Parlimen Balik Pulau yang mewakili hampir

separuh pulau. Jadi penjelasan saya Yang Berhormat Menteri adakah kajian yang Yang

Berhormat Menteri buat tadi atas nama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, kerajaan pusat

adakah satu kajian bersepadu dengan sekali dengan kerajaan negeri. Itu soalan saya.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Seperti yang

saya jelaskan sebelum ini, sebab-sebab punca banjir sama ada banjir kilat ataupun banjir yang

melanda 4 atau 5 November 2017 tersebut, dia ada kaitan dengan reka bentuk ataupun aliran

sungai monsun drain yang mana telah lama tidak di up grade kan. Maksud di sini dia berkait rapat

dengan PBT lah, Pihak Berkuasa Tempatan.

■1530

Saya yakin kerajaan baharu Pakatan Harapan, kita akan lebih menumpukan kepada

infrastruktur sebab bagi saya, ini adalah penting. Mungkin sebelum ini, kerajaan sebelum ini

hanya tumpu kepada development, pembangunan tanpa difokuskan dengan betul berkenaan

dengan saliran. Saya akan ambil maklumat itu, saya akan masukkan juga dalam nota nanti.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan yang dapat saya berikan mengenai

isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja. Saya berharap daripada

penjelasan tersebut, ia dapat menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang

Berhormat Senator-Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan pertanyaan dan

Page 76: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 75

membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian saya. Kementerian akan mengambil

perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah bin Raja

Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah menjawab dengan panjang lebar dan

ringkas serta padat. Sekian.

Sekarang saya jemput pula wakil Menteri daripada Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dipersilakan.

3.31 ptg.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Saifuddin

Nasution bin Ismail]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Mengucapkan kata-kata

aluan dalam bahasa Arab]

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan merakamkan terima kasih kepada 11 orang

Ahli Yang Berhormat Senator yang ketika perbahasan menyentuh dan membangkitkan persoalan

dari hal perkara yang termasuk dalam daerah tanggungjawab Menteri Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pertama, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah. Pertanyaan

adalah berkaitan dengan beliau membangkitkan saranan untuk kerajaan mengambil langkah-

langkah yang sesuai bagi mengurangkan bebanan rakyat, ekoran daripada pelaksanaan SST

sekarang. Saya hargai keprihatinan yang dibangkitkan dan sepanjang saya memberikan jawapan

nanti, ia akan menjawab secara langsung tentang langkah-langkah.

Antaranya adalah berkaitan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator

Datuk Paul Igai yang secara khusus menyebut tentang insiden penyeludupan bahan gas, bahan

bakar, bahan makanan yang beliau berikan maklum balas dan memohonkan penjelasan.

Katanya, ada berlaku insiden penyeludupan dan beliau minta untuk kementerian memberikan

penjelasan. Pertama, saya akui bahawa insiden ini benar berlaku. Itu duduk perkaranya dahulu,

terutama di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, dalam program penyeragaman harga supaya hendak memastikan

bahawa harga di Semenanjung itu sama harganya bagi kawasan-kawasan pedalaman Sabah

dan Sarawak. Kerajaan memperuntukkan dana subsidi yang besar untuk membiayai kos

pengangkutan bagi barangan-barangan utama. LPG gas, diesel, gula, tepung, semua ini.

Tujuannya supaya barangan ini, bila sampai ke kawasan pedalaman, sampai kepada golongan

yang memerlukan.

Page 77: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 76

Akan tetapi yang berlaku terutama di kawasan sempadan, ia bukan lagi jadi orong tikus

tetapi sudah jadi jalan gajah- bolos. Benar berlaku termasuk LPG gas juga berlaku. Maknanya

mereka gunakan kemudahan gas dan tong gas yang kita keluarkan tetapi kemudiannya

digunakan oleh rakyat dari negara jiran.

Jadi ditanya apakah langkah yang kementerian akan ambil. Kementerian akan sentiasa

bersedia Tuan Yang di-Pertua, menimbangkan kalau sudah berlaku penyeludupan, satu langkah

untuk kita atasi adalah kita lesenkan. Kalau kita keluarkan lesen, maka pihak yang mendapat

lesen itu, dia akan berusaha pastikan bahawa dia hantar ke luar itu betul-betul dengan tujuan

perniagaan dan dia tidak boleh menjual dengan harga subsidi. Gas kita dijual dengan harga

subsidi, dinikmati secara jalan penyeludupan oleh pengguna negara jiran. Kemudiannya yang

menanggung kerugian adalah kita. Jadi, kerajaan sentiasa peka dan melihat tentang keperluan

untuk pertama, mengetatkan aspek kawalan, bukan hanya fungsi kementerian melalui Bahagian

Penguatkuasa tetapi agensi penguatkuasaan yang mengawal sempadan negara kita juga ada

peranannya.

Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen bertanyakan secara khusus tentang Majlis

Tindakan Sara Hidup Negara. Suka saya jelaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa kerajaan

bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ini dan ia dipengerusikan oleh

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada hujung bulan ini, kita akan mengadakan mesyuarat

yang pertama dan kita akan membincangkan enam kluster yang menyumbang kepada

peningkatan kos hidup. Kluster berkaitan dengan makanan, perumahan, utilities, kesihatan,

pendidikan dan pengangkutan.

Saya suka berkongsi maklumat bahawa ada tiga bidang yang merupakan penyumbang

utama kepada peningkatan kos hidup iaitu makanan, perumahan dan utilities dan pengangkutan.

Tiga ini yang akan memakan banyak kos perbelanjaan rakyat sekali gus meningkatkan kos sara

hidup. Oleh itu, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara ini bila memulakan mesyuarat yang

pertama pada hujung bulan ini, kita akan memperhalusi kesemua perkara yang menyumbang

kepada peningkatan kos sara hidup. Hasilnya kemudian kita akan formulasikan satu pelan

tindakan dan kalau ia berkaitan dengan kluster perumahan misalnya, maka kementerian yang

bertanggungjawab akan mengambil tindakan selanjutnya.

Kementerian Kewangan misalnya ketika melaksanakan SST mengumumkan bahawa

bahan-bahan binaan yang paling banyak digunakan dalam industri pembinaan rumah ini

dikecualikan pada SST. Jadi, itu adalah langkah untuk mengurangkan kos dalam pembinaan

rumah. Itu sebagai contoh. Bila kita selaraskan secara bersama di bawah Majlis Tindakan Sara

Page 78: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 77

Hidup ini, kita percaya bahawa semua isu yang berkaitan akan dapat kita teliti dan merangka

formula penyelesaiannya.

Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, saya ucap terima kasih kerana beliau

membangkitkan soal satu laporan World Bank dan Malaysia Economic Monitor tentang

kesenjangan pendapatan rakyat di negara kita ini. Itu memang isu yang lama kita bahaskan.

Antara ciri unik dalam negara kita ini adalah jurang pendapatan kaya dan miskin yang semakin

menjarak dan akibatnya, apabila pelaksanaan atau kesan terhadap sesuatu dasar yang berlaku

dalam negara kita, golongan yang paling terkesan atau terpukul adalah golongan pendapatan

bawahan.

Saya juga selalu dalam menyampaikan penerangan tentang perkara ini Tuan Yang di-

Pertua, selalu membayangkan waktu saya mula tamat universiti tahun 1987 dahulu, gaji pertama

saya adalah RM1,780, tahun 1987, 31 tahun dahulu. Hari ini, anak-anak kita yang tamat belajar,

bila mula dapat kerja, fresh graduate, gajinya RM2,400. Dalam masa 31 tahun, upah naik dalam

lebih kurang RM600 berbanding dengan kos hidup pada 31 tahun dahulu.

■1540

Harga minyak waktu itu RM1.10, harga minyak sekarang RM2.20. Peningkatan hampir

100 peratus tetapi kadar upah dan gaji naik hampir mendatar. Ini sangat fundamental sifatnya.

Oleh sebab itu apabila kos semakin meningkat ketika kadar upah di kalangan rakyat yang bekerja

itu naiknya tidak seberapa, maka rakyat sangat terasa kesan peningkatan kos sara hidup ini. Oleh

kerana itu, isu kesenjangan ini adalah merupakan isu besar yang harus diperbetulkan secara

struktur dan tidak secara picisan.

Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili turut mencadangkan, masih dalam topik

kos sara hidup dan meminta agar kerajaan dari segi ucapan yang sebenar adalah merujuk

kepada- memohon kerajaan agar dapat mengekalkan bantuan sara hidup dan subsidi harga

barang patut. Harga barang-barang utama yang tidak boleh dibiarkan sekadar kepada tuntutan

pasaran bebas biasa, supply and demand, saya akui. Oleh sebab itu, kita ada Akta Kawalan

Harga yang memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk memasukkan item barangan

yang popular digunakan oleh rakyat dalam kategori ini supaya peniaga yang menjualnya tidak

boleh menjual pada harga yang tinggi dan membebankan.

Oleh kerana itu misalnya minyak masak satu kilogram. Itu kita masukkan dalam kawalan

kita RM2.50. Dia tidak boleh jual lebih mahal daripada itu. Ini kerana apa? Ini kerana bagi setiap

satu kilogram minyak masak yang dibungkus dengan plastik ini paket- pouch ini, kerajaan berikan

subsidi 60 sen bagi setiap satu kilogram. Kalau minyak masak lima kilogram, 10 kilogram itu tidak,

Page 79: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 78

itu harga pasaran. Akan tetapi kalau untuk yang satu kilogram paket, itu adalah harga yang kita

tetapkan dan untuk capai pada harga RM2.50 itu, kerajaan subsidikan 60 sen. Itu sebagai contoh.

Jadi gesaan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili agar subsidi bagi harga

barang keperluan utama dikekalkan, dasar ini kita pertahankan. Cuma yang sedang saya teliti

sekarang adalah untuk memasukkan item barangan tambahan lagi. Apakah sekadar tepung,

minyak masak, gas atau perlu ada lagi tambahan. Kalau Ahli Yang Berhormat Senator merasakan

hasil pergaulan kita berdamping dengan rakyat, kita tahu ada item popular yang dalam item

kawalan kementerian tidak termasuk.

Saya mohon disyorkan maklum balas itu kepada kami kerana itu adalah satu proses untuk

kami menerima maklum balas dan kemudiannya membuat keputusan. Kaedah ini saya rasa lebih

munasabah kerana kita tidak buat keputusan sekadar dalam bilik dingin tetapi kita dengar dan

kita dapat maklum balas daripada kerajaan. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili.

Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Ini secara khusus bertanyakan tentang

Ops Catut, antara lain penguatkuasaan Ops Catut. Ini adalah di bawah kuasa kementerian di

bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Tuan Yang di-Pertua, Ops Catut ini adalah

satu proses penguatkuasaan yang berterusan yang dilakukan oleh pihak kementerian. Misalnya,

kalau saya boleh berkongsi kedudukan yang terkini yang saya terima daripada pegawai-pegawai

kementerian soal penguatkuasaan, soal Ops Catut ini ialah sekarang berlangsung Ops Catut 5.0,

sekarang ini.

Dalam operasi ini, sejumlah premis telah dilawati. Kemudian daripada premis yang telah

dilawati itu, akan ada kes yang kita berikan amaran, ada kes kita bagi Notis 21. Dia kena tampil,

peniaga yang dapat itu kena bagi alasan kenapa dia menaikkan harga sekian, sekian. Kemudian

kalau ia merupakan kejadian pelanggaran yang berulang, maka itu akan dijadikan sebagai kertas

siasatan dan dibawa kepada caj mahkamah dan sebagainya.

Ops Catut 5.0 ini, sekarang sedang berjalan dan kita sampai – minggu lepas saya berada

di Kulim untuk turut mengikuti dan meneliti tentang satu premis perniagaan yang menawarkan

perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan. Semalam saya berada di Seremban melawat

beberapa buah premis termasuk premis yang mengeluarkan makanan. Itu adalah sebahagian

daripada usaha berterusan yang dijalankan.

Kalau di sana, Ahli-ahli Yang Berhormat Senator merasakan bahawa masih ada yang kita

terlepas pandang misalnya. Premis yang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sedia maklum

melakukan aktiviti pengambilan untung yang berlebihan, maka jalan yang terbaik adalah segera

Page 80: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 79

memaklumkan kepada kementerian ini yang bilik gerakannya itu dibuka. Bahkan kita baru sahaja

memperkenalkan untuk sepanjang SST berkuat kuasa ini, kita perkenalkan pula aduan yang

bersifat melalui WhatsApp yang popular, melalui gajet telefon pintar kita.

Maksudnya kita semua ada telefon pintar. Kita sampai di satu premis perniagaan

misalnya. Kemudian kita tengok item yang kita beli itu harganya tidak masuk akal Tuan Yang di-

Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun selalu pergi Pasar Keramat contohnya, pasal duduk di cabang

bahagian Titiwangsa. Saya kenal Tuan Yang di-Pertua orang lama, pergi Pasar Keramat tengok-

tengok harga itu tidak munasabah, melampau sangat. Ambil gambar dan hantar kepada

kementerian. Pegawai kami sampailah di situ, peniaganya kena jawab. Sebagai contoh ya, kita

permudahkan.

Akan tetapi kalau hendak sampaikan cara e-mel dan sebagainya, banyak cara aduan.

Jadi hasilnya, apabila kita buat Ops Catut 5.0 ini seperti ditanya oleh Yang Berhormat Senator

Datuk Rabiyah binti Ali, dia hendak tahu 1 hari bulan kita mulakan Ops Catut 5.0 sampai 3

September, tiga hari. Kita telah pun memeriksa hampir 3,084 buah premis perniagaan dalam

masa tiga hari. Barangan yang kita semak dan kita periksa itu melibatkan 83,000 barangan dalam

masa tiga hari. Begitu agresif kita pergi dan Notis 21 ini kita sudah hantar sampai 434 notis dalam

masa tiga hari kalau berlaku.

Selain daripada kita kuatkuasakan, kita juga melayan aduan. Tiga hari pertama ini ada

pertanyaan, ada aduan kita juga sampai. Kita juga keluarkan 387 Notis di bawah seksyen 53A

Akta Kawalan Harga untuk peniaga menyenggara dan menyimpan rekod perniagaan mereka ini.

Jadi kita sampai ke kilang, kita pergi ke premis pengimport, pengedar, pemborong, peruncit sebab

itu rantaiannya yang akan menentukan harga akhir pengguna itu. Kementerian ini kena teliti

daripada pengilang dan pengimport yang bayar cukai ini kepada pengedar, pemborong dan

peruncit yang tidak kena cukai SST. Akan tetapi kos lain sudah tentu mereka terpaksa bayar juga.

Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, ketika cukai ini dikenakan kepada pengilang dan

pengimport, katakanlah satu kilang keluarkan satu barang berharga RM100. Dia ambil untung

RM10, jadi RM110. Cukai 10 peratus adalah ke atas RM110. Kastam kutip sebagai pendapatan

kerajaan RM110. Akan tetapi barang keluar daripada kilang kepada pengedar. Pengedar kena

ada kos pengangkutan, bil utiliti, sewa pejabat dan kos lain, kos pekerja. RM110 sudah jadi

RM120. Pengedar kepada pemborong, pemborong juga menanggung kos-kos yang lain dan

sudah jadi RM140. Kemudian pemborong kepada peruncit, peruncit juga menanggung kos yang

lain menjadi RM170.

Page 81: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 80

Jadi di peringkat pengedar, pemborong dan peruncit kerajaan tidak kenakan cukai. Akan

tetapi pengedar, pemborong dan peruncit harus pastikan pengambilan untung tidak sampai

keterlaluan. Di situ aspek penguatkuasaan oleh kementerian. Itu tentang Ops Catut.

Saya juga Tuan Yang di-Pertua ingin memberikan maklum balas kepada perkara yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing. Ini berkaitan dengan kerangka

kerja perundangan yang lebih komprehensif bagi mendaftarkan semua perniagaan dan syarikat

yang bergiat dalam urus niaga digital agar sebarang pertikaian atau penyelewengan dapat

ditangani secara telus.

■1550

Ini soal fenomena perniagaan baharu, e-commerce ini. Tuan Yang di-Pertua, kita akui kita

ada keterbatasannya, trend perniagaan e-commerce ini tinggi sekarang ini menguasai pasaran

yang juga semakin besar. Kalau kita tengok di China, Alibaba ini dah world class, Lazada

misalnya. Jadi kerana penglibatan masyarakat berurus niaga dengan cara ini, maka kes-kes

pelanggaran, penipuan dan sebagainya juga meningkat. Maka di mana rakyat boleh mengadu?

Kadang-kadang mereka mengadu dengan kementerian ini, kadang-kadang mereka mengadu

dengan Kementerian Komunikasi yang memberikan lesen dan sebagainya terhadap ini.

Kementerian ini juga sebab ia berkaitan dengan jual beli barang, maka kementerian ini

juga terlibat. Jadi aspek penguatkuasaan ini agak cerewet di mana kalau ada aduan, pihak

kementerian akan siasat.

Kemudian nak serve notis itu kepada pihak yang menawarkan perkhidmatan ataupun jual

barang ini. Kalau syarikat yang established macam Lazada semua senang tapi kalau yang

menjual itu adalah si polan bin si polan, maka tindakan undang-undang menghendaki notis

disampaikan kepada mereka yang menawarkan ini. Jadi kerangka undang-undang yang lebih

kemas, lebih komprehensif dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lee ini munasabah

dan saya mengambil maklum tentang keprihatinan dan cadangan yang beliau sampaikan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah Haji Md. Nordin ini bertanyakan

bagaimanakah Kementerian Kewangan, Bank Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan MCMC meningkatkan aktiviti penguatkuasaan seiring dengan trend Revolusi Industri 4.0?

Beliau juga bertanya tentang penubuhan tribunal tuntutan pengguna ke atas perniagaan online

yang sebahagiannya saya sebut tadi dan beliau mahukan langkah-langkah yang berkesan

diambil dan memberikan kesedaran awam dan keyakinan rakyat.

Ini saya sangat hargai, ada beberapa perkara yang baik beliau sampaikan. Pertama,

meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat. Kementerian ini ada satu bahagian yang berkaitan

Page 82: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 81

dengan advokasi pengguna dan advokasi tentang hak pengguna dalam berurus niaga secara

online dan kalau berlaku aspek pelanggaran itu, harus diambil tindakan yang lebih baik adalah

yang beliau sarankan di sini.

Penipuan urus niaga di atas talian ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Dato’ Hajah Fahariyah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua perniagaan yang dijalankan di atas talian

ini perlu didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Akta Perkongsian Liabiliti

Terhad 2012 atau melalui syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat. Peraturan

perlindungan pengguna, yang itu di bawah Akta Perlindungan Pengguna. Maka itu kementerian

ini terlibat bila berlaku umpamanya pelanggaran atau penipuan urus niaga atas talian ini, di

sinilah.

Jadi kementerian ini sangat mengalu-alukan bahawa untuk maklumat-maklumat aduan

yang disampaikan ini, maka peraturan yang telah berkuat kuasa pada 1 Julai Tuan Yang di-

Pertua, mewajibkan peniaga online untuk memaparkan maklumat-maklumat berikut dalam laman

web mereka, kalau mereka hendak menawarkan produk mereka.

Pertama- kena ada nama individu, nama perniagaan dan nama syarikat- Nama; Saifuddin

Ismail, perniagaan; jual alat sukan, syarikat; Ismail Enterprise. Kena ada nama sampai macam

itu supaya kalau berlaku penipuan itu senang pihak yang hendak mengadu itu membuat rujukan.

Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, ini wajib. Dia kena ada juga nombor telefon dan

alamat peniaga. Ciri barangan yang dijual, harga kena masukkan juga termasuk kos

penghantaran, kaedah pembayaran, kad, cash on delivery- dia kena masuk, ada terma dan syarat

dan anggaran masa penghantaran. Dengan cara ini, maka pengendali atau peniaga talian ini dia

akan memberikan maklumat yang lebih jelas kepada pengguna. Kalau ada pelanggaran itu

mudah kementerian ini mengambil tindakan melalui bahagian penguatkuasaan.

Baik Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyinggung persoalan yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator YBM. Engku Naimah binti Engku Taib yang masih membangkitkan

soal pertukaran GST kepada SST. Beliau ingin tahu apakah cara atau mekanisme untuk

membantu golongan sasaran yang berada di bawah paras kemiskinan?

Hari ini kerajaan baharu bercakap tentang subsidi bersasar. Itu antara cara kita

memastikan bahawa golongan sasaran yang di bawah paras kemiskinan itu betul-betul dapat

menikmatinya, subsidi bersasar.

Ini sekarang sedang menjadi perbincangan bukan sahaja oleh kementerian saya tetapi

juga oleh Kementerian Kewangan kerana hasrat kita adalah bagi setiap sen bajet yang kita

Page 83: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 82

peruntukkan untuk maksud subsidi, ia betul-betul sampai kepada golongan yang kita hasratkan.

Tidak boleh ada kebocoran, tidak boleh ada ketirisan, tidak boleh ada penyelewengan di tengah

jalan.

Jadi yang dianjurkan oleh Yang Berhormat Senator Engku Naimah ini adalah,

bertanyakan tentang cara dan mekanisme untuk membantu golongan ini. Salah satu ikhtiar yang

sedang kita bincangkan adalah berkenaan dengan subsidi bersasar yang untuk barangan subsidi,

minyak. Kalau di bawah kementerian saya ini adalah minyak masak, tepung, itu yang banyak.

Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan Harun, beliau membangkitkan dan meminta

untuk kerajaan memastikan rakyat terbela dari segi penawaran harga selepas SST kerana

pameran harga masih lagi gagal dilaksanakan oleh peniaga. Kegagalan peniaga mempamerkan

harga adalah satu kesalahan dan itu dianggap fatal, kesalahan besar kerana pengguna dinafikan

hak untuk mendapat maklum tentang kedudukan harga yang ditawarkan. Kalau berlaku

pelanggaran seperti itu sememangnya kita anjurkan untuk aduan seumpama itu diangkat. Ada

satu polisi yang jelas yang menghendaki peniaga mempamerkan harga sebelum dan selepas

SST.

Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil syor atau nasihat kepada

para peniaga untuk mengambil maklum tentang Dasar Harga Terangkum yang mewajibkan

pengiklanan, pempameran dan paparan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna untuk

memperoleh sesuatu barangan atau perkhidmatan. Apa yang dia kena rangkum sekali? Semua

cukai, semua duti dan caj kerajaan dan semua caj lain yang hendak dikenakan terhadap satu

barangan atau perkhidmatan. Dia kena pamer semua itu supaya tidak ada hidden cost, supaya

pelanggan bila tengok satu harga barang atau masuk kedai minuman atau barangan, dia tengok

mi goreng RM12, teh ais RM3, dia tidak boleh ada hidden cost selain daripada yang telah

dipamerkan. Harga itu mestilah masuk semua sekali, service charge kah- itu maksudnya Dasar

Harga Terangkum.

Tuan Yang di-Pertua, saya berganjak kepada yang terakhir. Yang Berhormat Senator

Datuk Teo Eng Tee yang menyarankan ketika kerajaan melaksanakan cukai SST, beliau

menyeru agar pihak yang berkenaan pihak pengilang yang mengambil kesempatan

memindahkan cukai yang berlebihan kepada pengguna dan seterusnya mengakibatkan harga

barangan dan perkhidmatan naik diambil tindakan. Ini betul.

Jadi sebab itu langkah kementerian adalah ketika SST 1 September dijalankan,

engagement kita dengan pihak pembekal, engagement kita dengan MRA- Malaysian Retail

Association, engagement kita dengan FFM, itu memang kita buat dan peranan kementerian

Page 84: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 83

adalah memberi nasihat kepada mereka. Pertama, akta baharu SST sedang berjalan. Kedua,

minta kerjasama mereka untuk tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Itu adalah

tindakan engagement yang dibuat oleh kementerian bagi memastikan tidak berlaku perbuatan

pengambilan untung yang berlebihan yang memberi kesan akhir kepada rakyat.

■1600

Tuan Yang di-Pertua, demikian reaksi saya terhadap 11 Ahli Yang Berhormat, saya

ucapkan terima kasih, di atas keprihatinan yang mereka suarakan melalui Dewan Negara ini dan

demikianlah penjelasan yang saya sampaikan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’

Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dewan hari ini kita mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri sendiri

datang untuk menjawab. Tahniah, terima kasih Yang Berhormat Menteri... [Tepuk]

Dia pun pandai, dia pergi tempat saya ke pasar selalu- Datuk Keramat. Dia kata, oleh

sebab dia membalas jasa saya dan ingatan dia sebagai kawan lama itu. Dia cari Pasar Keramat

dulu. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri telah menjawab dengan panjang lebar, ringkas dan jelas dan

mudah difahami. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, dan kami ucapkan terima kasih banyak

kerana Yang Berhormat Menteri sendiri datang. Sekian.

Sekarang saya jemput pula Kementerian Kerja Raya. Dipersilakan.

4.01 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil

bahagian dalam sesi perbahasan di atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong dan turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.

Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah

dihargai dan akan diberikan perhatian oleh kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai pemimpin, kita memikul

tanggungjawab kepimpinan, penaungan, penjagaan dan penyantunan rakyat jelata. Harapan

rakyat terhadap kepimpinan dalam sosiopolitik adalah amat besar sekali. Harapan rakyat kepada

Page 85: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 84

kita terlalu besar dan rakyat mendambakan kita menjadi seperti yang disebut dalam ungkapan

klasik.

Bagaikan kayu besar di tengah padang, Rimbun daunnya tempat berteduh, Kuat dahannya tempat bergantung, Kukuh batangnya tempat bersandar, Besar akarnya tempat bersila.

Demikian penyataan harapan dan sekali gus peringatan rakyat kepada pemimpin bahawa

kepimpinan itu adalah taklif pertanggungjawaban untuk membahagiakan dan menyejahterakan

rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mula dengan membicarakan tentang hala tuju projek

Rancangan Malaysia Kesebelas. Harap bersabar kerana isu-isu tentang jalan raya semua ini

kadang-kadang membosankan. Tarik nafas, dan insya-Allah, saya akan cuba membicarakan

semuanya.

Isu pertama yang akan disentuh adalah berkaitan dengan hala tuju projek RMKe-11 di

bawah Kementerian Kerja Raya. Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sedia maklum,

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan surat bertarikh 29 Jun 2018 berkaitan

dengan penambahbaikan tadbir urus dan pelaksanaan perolehan kerajaan. Antara perkara yang

diberi perhatian di dalam kandungan surat MOF tersebut, Tuan Yang di-Pertua, adalah seperti

berikut.

Pertama, projek yang melebihi RM10 juta dan belum dikeluarkan surat setuju terima

(SST), pelaksanaan perolehan hendaklah dibatalkan dan ditender semula secara tender terbuka

atau cara terbuka pra-kelayakan.

Kedua, projek yang melebihi RM10 juta, surat setuju terima (SST) telah dikeluarkan dan

pelaksanaan kemajuan projek kurang 15 peratus, kontrak hendaklah dikaji semula melalui

Contract Coordination Panel (CCP) kementerian masing-masing bagi memutuskan kesesuaian

pelaksanaan penamatan kontrak dengan mengambil kira jumlah pampasan yang perlu

ditanggung kerajaan. Selaras dengan arahan tersebut, Kementerian Kerja Raya telah meneliti

semua projek-projek yang terlibat dengan mengambil kira kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

melalui arahan MOF.

Page 86: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 85

Sehubungan dengan itu, status kesemua projek yang terlibat yang ditentukan melalui

CCP bagi menentukan tahap kritikal atau tidak bagi projek-projek yang belum dikeluarkan SST

pula, proses tender akan dijalankan melalui tender terbuka.

Tuan Yang di-Pertua, lebuh raya di kawasan Pantai Timur. Ahli Yang Berhormat Senator

Datin Rahimah binti Haji Mahamad dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin

Mustafa- sahabat saya, telah menyentuh tentang jajaran Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang

mempunyai potensi untuk disambung dengan projek Central Spine Road (CSR).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran projek lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala

Krai, Kelantan sepanjang 65 kilometer adalah bersambungan dengan jajaran projek Central

Spine Road dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai di Pahang sepanjang 350 kilometer.

Kedua-dua projek berimpak tinggi ini telah pun dimulakan secara berperingkat di dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Pada masa ini, Tuan Yang di-Pertua, jajaran yang telah diluluskan dan status semasa

adalah seperti berikut.

Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan. Pertama, Pasir Hor ke Kadok

sepanjang 10.5 kilometer telah siap sepenuhnya pada bulan Julai 2018. Baru dua bulan ini sudah

disiapkan sepenuhnya.

Kedua, dari Kadok ke Kok Lanas sepanjang 13.05 kilometer sedang dalam pembinaan

dan dijangka siap secara berperingkat sehingga November 2020. Itu kita tunggulah setahun dua

baru boleh siap.

Projek Central Spine Road. Pertama, Merapoh ke Kampung Seberang Jelai, Lipis,

Pahang sepanjang 55.35 kilometer telah pun siap dan dibuka kepada pengguna secara

berperingkat sejak tahun 2013 hinggalah tahun ini tahun 2018.

Kedua, Bulatan Gua Musang, Kelantan-Merapoh, Pahang sepanjang 16.3 kilometer,

Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Sertik serta Bentong bypass, Pahang

sepanjang 44.5 kilometer kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap secara berperingkat

sehingga tahun 2021.

■1610

Ketiga, kilometer 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang Kelantan sepanjang tujuh kilometer

dan Kampung Seberang Jelai ke Kampung Bapung, Pahang sepanjang 8.25 kilometer kini

sedang dalam peringkat perancangan perolehan.

Bagi pakej yang masih belum diluluskan, akan dilaksanakan dalam tempoh Rolling Plan

dan Rancangan Malaysia yang seterusnya.

Page 87: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 86

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris

membangkitkan isu projek jalan raya Simpang Pulai ke Kuala Berang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Jalan Raya Simpang Pulai-Lojing-Gua

Musang-Kuala Berang, Pakej 8 dari Kampung Kuala Generis ke Kuala Telemong Fasa Dua dan

Tiga Hulu Terengganu, telah ditangguhkan pelaksanaan dan perlu ditender semula selaras

dengan surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018 di mana perkara 2.1(a)

menjelaskan semua perolehan, bekalan, perkhidmatan dan kerjasama ada tender terbuka, tender

terhad dan rundingan terus yang belum dikeluarkan SST, pelaksanaan perolehannya hendaklah

dibatalkan dan ditender semula secara terbuka atau tender terbuka pra kelayakan.

Ketujuh, mesyuarat semakan kadar harga bagi projek belum keluar surat setuju terima

(SST) telah diadakan di peringkat Kementerian Kerja Raya pada 30 dan 31 Julai yang lalu dan

pada 9 Ogos yang lalu. Manakala satu sesi pembentangan keputusan semakan kadar harga

kepada pihak Seksyen Pengurusan Nilai, Unit Perancangan Ekonomi akan diadakan pada lima

dan enam September iaitu hari ini dan esok.

Ini selaras dengan surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018 di mana

perkara 2.1 menjelaskan yakni sebelum perolehan boleh diterima semula secara tender terbuka

atau tender terbuka pra kelayakan, agensi hendaklah membuat penilaian keutamaan perolehan

seperti di perenggan 2.2 dengan merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan mematuhi

surat arahan EPU bertarikh 7 Jun 2018 serta mengadakan sesi libat urus dengan Pejabat

Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris juga

membangkitkan tentang Lebuhraya LPT3.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, saya telah pun menjawab perkara ini di dalam

Dewan ini semalam. Maka tidak perlulah lagi diulang jawapan tersebut dan sudah tentulah kita

berpegang kepada jawapan yang telah kita sampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada projek jalan raya di Johor.

Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen telah membangkitkan isu berkaitan

projek menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang FT17...

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Boleh minta penjelasan?

Satu lagi berkenaan dengan maintenance LPT2 yang sekarang kita lihat banyak berlaku

kemalangan dan jalannya bergelombang. Masih belum dijawab. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya. Perkara itu telah kita ambil perhatian dan

memang saya pernah mendengar sungutan itu dibuat di dalam Dewan Rakyat juga dan insya-

Page 88: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 87

Allah pegawai-pegawai saya telah pun mengambil kira hal tersebut dan membuat kajian. Kami

tidak akan slow dalam soal melihat keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan dalam jalan raya

kita. Insya-Allah, Yang Berhormat, kita akan berikan perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, cadangan menaik

taraf laluan FT017 Lebuhraya Pasir Gudang kepada enam lorong, dua hala dengan piawaian R5

terbahagi kepada empat bahagian iaitu Fasa 1, 2A, 2B dan Fasa 3 yang merangkumi jajaran

sepanjang 23.2 kilometer.

Fasa Satu bermula daripada Persimpangan Kangkar Tebrau sehingga ke Persimpangan

Plentong melibatkan jajaran sepanjang lapan kilometer dan telah siap pada 31 Disember 2015.

Fasa 2A masih dalam pembinaan bermula dari Persimpangan Plentong dan berakhir di

Persimpangan Bandar Seri Alam, Taman Rinting melibatkan jajaran sepanjang 7.7 kilometer.

Fasa 2B masih dalam peringkat perancangan melibatkan jajaran sepanjang 5.5 kilometer

bermula daripada Persimpangan Bandar Seri Alam, Taman Rinting dan berakhir di Persimpangan

Lebuhraya Pasir Gudang.

Fasa 3 juga masih dalam peringkat perancangan melibatkan jajaran sepanjang tujuh

kilometer bermula daripada Persimpangan Perling sehingga ke Persimpangan Kangkar, Tebrau.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini telah mengangkat permohonan projek Fasa 3

bermula dari Rolling Plan Pertama sehingga ke Rolling Plan Ketiga RMKe-11.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada keutamaan projek serta keperluan teknikal,

permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan agensi pusat dalam tempoh berkenaan. Justeru,

kementerian ini bersedia menyenaraikan semula projek ini di dalam pelaksanaan Rolling Plan

yang akan datang sekiranya memenuhi keperluan teknikal dan tersenarai dalam projek

keutamaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen juga telah

membangkitkan isu berkaitan jalan raya daripada Segamat ke Tangkak. Seperti yang Ahli Yang

Berhormat Senator sedia maklum, projek menaik taraf Jalan Segamat-Tangkak terbahagi kepada

tujuh pakej iaitu Pakej 1A, 1B, Dua, Tiga, Empat, Lima dan Enam yang melibatkan keseluruhan

jajaran 63.71 kilometer. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat mengikut keutamaan,

kelulusan agensi pusat dan keadaan kewangan semasa.

Berkenaan status pelaksanaan projek naik taraf Jalan Segamat-Tangkak FT023, dua

pakej iaitu Pakej 1B dari Pejabat KEMAS ke PUSPAKOM dan Pakej Dua dari PUSPAKOM ke

Kampung Ulu Jementah, telah siap sepenuhnya. Manakala Pakej Tiga dari Kampung Ulu

Page 89: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 88

Jementah ke Pintu B Taman Negara masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung

tahun ini, 2018.

Bagi pelaksanaan Pakej Lima, jalan by-pass dan Bandar Baru Tangkak ke Persimpangan

Tol PLUS Tangkak telah diluluskan dengan kos siling sebanyak RM269 juta dalam Rolling Plan

Kedua.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek masih tertangguh sehingga kajian semula

skop dan kos dimuktamadkan. Manakala bagi Pakej 1A, Empat dan Enam, ia masih dalam

peringkat perancangan dan tertakluk pelaksanaan kepada keutamaan negeri dan kelulusan

agensi pusat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator juga meminta penjelasan mengenai

kaedah pelaksanaan pembinaan di sepanjang projek menaik taraf jalan.

■1620

Bagi aspek keselamatan pengguna, semasa pembinaan naik taraf jalan, pihak kontraktor

tertakluk kepada pematuhan Traffic Management Plan, dengan izin yang disemak dan diluluskan

oleh pihak JKR. Pihak kontraktor sentiasa dipantau dari semasa ke semasa agar Traffic

Management Plan tersebut sentiasa dipatuhi. Audit... ya.

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Boleh saya mohon mencelah?

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Saya mohon sedikit penjelasan berkenaan

dengan highway Segamat-Tangkak sebab Segamat-Tangkak ini kampung saya. Tadi Yang

Berhormat Timbalan Menteri kata, pakej kelima iaitu daripada Taman Tangkak Jaya itu ke Tol

Tangkak telah diluluskan. Akan tetapi, diperjelaskan tadi sama ada adakah ia akan dilaksanakan

ataupun akan ditender semula ataupun apa status sebenarnya? Sebab telah diluluskan di bawah

Rolling Plan Kedua. So, adakah ia akan dilaksanakan ataupun akan ditender semula ataupun

macam mana itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya, saya akan semak dengan pegawai saya dalam

hal ini. Banyak sangat jalan raya satu Malaysia ini yang kita hendak, jadi sesetengahnya itu saya

tidak dapat dengan tepat. Saya percaya kajian, apa pun semuanya kalaupun diluluskan juga

masih tertakluk kepada kajian yang ada semasa ini, kemampuan, soal kewangan dan

sebagainya. Pokoknya, kita akan jalankan sama ada hendak jalan dalam masa yang terdekat ini

atau selepas bulan November ini, keadaan akan ditentukan.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuma

saya mengharapkan supaya sekurang-kurangnya yang pakej kelima ini dapat dilaksanakan

Page 90: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 89

sebab kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tengok, jalan Segamat-Tangkak ini memang

menghubungkan- untuk membantu orang Segamat lah, senang dari segi accessibility.

Sebenarnya jalan Bandar Tangkak ke tol ini yang agak sesak sebenarnya, especially Tangkak.

Oleh sebab itu kalau boleh walaupun sudah diluluskan, kalau diluluskan itu kita laksanakan terus.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya, sudah diluluskan dengan kos siling saya sebut

tadi sebanyak RM269 juta dalam Rolling Plan Kedua dan pakej kelima ini daripada jalan bypass

dari Bandar Baharu Tangkak ke persimpangan Tol PLUS Tangkak. Saya percaya ini akan jadi

keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai membangkitkan tentang

aspek penyelidikan dalam isu keselamatan jambatan di Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Jabatan Kerja Raya (JKR) ada

melaksanakan pemeriksaan tahunan mandatori jambatan, meliputi semua jambatan yang berada

di laluan persekutuan. Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap keselamatan

jambatan di jalan-jalan persekutuan dan mengenal pasti program penyelenggaraan ke atas

jambatan sedia ada. Kita ada projek penggantian jambatan usang.

Di samping itu juga, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR)

turut melaksanakan kajian- National Axle Load Study, bridges on Federal and major State Road

in Peninsular Malaysia 2014 to 2017, dengan izin, menggunakan bahasa Inggeris. Melibatkan

jalan Persekutuan utama, jalan ke pelabuhan dan jalan industri utama. Kajian ini bertujuan untuk

merangka satu program bagi sektor pengangkutan jalan, pelan untuk meningkatkan had berat

dan konfigurasi kenderaan perdagangan serta menentukan kapasiti jambatan dan jalan sedia

ada.

Hasil dari kajian ini akan digunakan untuk merancang program penggantian jambatan

seluruh Malaysia jika perlu dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan

berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh agensi pusat.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang menyentuh tentang Lebuhraya Pan Borneo. Ahli-

ahli Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili dan Yang Berhormat Senator Datuk John

Ambrose telah membangkitkan isu berkaitan hala tuju dan status pembinaan Lebuhraya Pan

Borneo Sabah dan Sarawak yang sangat penting itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pelaksanaan Fasa 1, projek Lebuhraya

Pan Borneo Sarawak, yang melibatkan anggaran kos pembinaan sebanyak RM16.488 bilion

akan terus dilaksanakan. Akan terus dilaksanakan dan dijangka siap pada bulan Jun 2021.

Sehingga kini, kemajuan fizikal pakej-pakej yang terlibat ialah antara 16 peratus sehingga 72

Page 91: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 90

peratus dengan tuntutan keseluruhan kemajuan kerja berjumlah RM2.4 bilion telah dibayar

kepada kontraktor pakej kerja, work package contractor, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Manakala Fasa 2, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Limbang ke Lawas sedang

di peringkat penelitian teknikal dan kewangan dan kerajaan turut meneliti option perancangan

bagi laluan tersebut tanpa melalui negara Brunei.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pun baru-baru ini bertemu dengan Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Sultan Brunei dan telah memaklumkan hal ini secara langsung ataupun

tidak langsung.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan 12 daripada 35 pakej kerja yang telah dibuat,

pelantikan kontraktor dan memulakan pembinaan bagi Fasa 1, projek Lebuhraya Pan Borneo

Sabah akan terus dilaksanakan. Manakala mekanisme pelaksanaan baki 23 pakej akan

diputuskan pada masa terdekat.

Datuk Theodore Douglas Lind: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Yang

Berhormat Timbalan Menteri, pada akhir lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

pada negara Brunei Darussalam. Dalam siaran akhbar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

menyatakan peruntukan khas untuk Pan Borneo ini, bahagian Sabah telah hilang. Saya minta

penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ini akan bawa kesan yang buruk

kepada tempoh untuk menyiapkan Pan Borneo pada bahagian Sabah? Minta penjelasan.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Hal ini memang menjadi perbincangan kami di

peringkat kementerian dan dengan Kementerian Kewangan dan juga dengan Kerajaan Negeri

Sabah yang baru. Ya, memang kalau hal ini tidak diambil perhatian dengan sewajarnya, mungkin

dia akan mengganggu dan merencatkan.

Oleh itu, kami bagi jaminan bahawa tidak akan kami biarkan keadaan itu berlaku di Sabah.

Apa maknanya kalau semua jalan siap sepanjang Sarawak, kalau sampai di Sabah tertangguh

lagi. Tidak, bukan namanya Pan Borneo lagi, Pan Sarawak sahaja. Jadi, insya-Allah kita akan-

pegawai saya hari ini ramai datang dan mereka mencatatkan isu ini. Kita akan bincang. Dua hari

yang lepas pun kita bincang tentang isu ini. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Saya mohon mencelah sedikit. Saya rasa pembinaan jalan Pan

Borneo yang tidak melalui negara Brunei ini. Saya pernah mencadangkan di dalam Dewan yang

mulia ini, iaitu satu jajaran daripada Miri, Marudi terus ke Lawas dan sebagainya dan terus ke

Sabah. Bermakna kita tidak melalui Brunei, tidak melalui prosedur imigresen. Jawapan daripada

Page 92: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 91

kementerian ketika itu ialah bahawa mereka akan berunding dengan kerajaan Sarawak untuk

keputusan tersebut.

Akan tetapi, sekarang kita sudah membuat keputusan bahawa kita tidak lagi melalui

Brunei Darussalam. Akan tetapi, seperti mana kita ketahui bahawa jajaran melalui Lawas itu

adalah satu jajaran yang begitu mencabar.

■1630

Saya ingin tahu sama ada kos pembinaannya telah pun dimuktamadkan dan saya ingin

tahu apakah ada satu time frame untuk kita menyiapkan jajaran tersebut supaya rakyat tahu,

berapa lama kita boleh menyiapkan jajaran tersebut. Jajaran dari Miri, Lawas dan terus ke Sabah.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya, Tuan Yang di-Pertua kalau dalam

pengetahuan saya, saya belum dapat maklumat sama ada kos untuk jajaran itu sudah pun

dimuktamadkan. Soal time frame juga sukar untuk saya pada saat ini memberi jawapan. Akan

tetapi kalau sekiranya pegawai-pegawai saya yang berada di belakang akan memberikan

maklumat selanjutnya ia akan dibuat secara bertulis, Yang Berhormat Senator. Maaf untuk itu.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu pelaksanaan 12 daripada 35 pakej kerja yang telah

dibuat pelantikan kontraktor dan memulakan pembinaan bagi Fasa 1 projek Lebuhraya Pan

Borneo, Sabah akan terus dilaksanakan. Manakala mekanisme pelaksanaan baki 23 pakej akan

diputuskan dalam masa terdekat. Sehingga kini, kemajuan fizikal pakej-pakej yang terlibat adalah

di antara 1 peratus hingga 37 peratus dengan tuntutan keseluruhan kemajuan kerja berjumlah

RM431.93 juta telah dibayar kepada kontraktor. Pakej kerja, dengan izin, work package

contractor.

Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan jaminan kerajaan mengenai penglibatan

kontraktor bumiputera di dalam projek Lebuhraya Pan Borneo sebanyak minimum 30 peratus

kuota penglibatan kontraktor bumiputera telah diperuntukkan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Antara skop kerja yang diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera tersebut adalah pembinaan

kawasan rehat dan rawat- RSA iaitu rest and service area, dengan izin, boulevard, jejantas

pejalan kaki dan hentian bas.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pelantikan jurutera

perunding bebas yang bertanggungjawab dalam membuat penelitian dan penilaian semula

Page 93: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 92

terhadap kos dan skop projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka akan dimuktamadkan, diputuskan

dalam masa yang terdekat.

Kerajaan akan tetapi mengutamakan pembangunan menyeluruh khususnya di kawasan

bandar dan luar bandar. Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya akan giat melaksana dan

menyelenggarakan jalan persekutuan yang menghubungkan antara bandar-bandar utama.

Manakala jalan bandar adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan jalan luar bandar

merupakan bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berbicara tentang peranan salah satu daripada agensi

penting dalam Kementerian Kerja Raya iaitu CIDB dalam memperkasakan TVET. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai, Kementerian Kerja Raya melalui agensi

di bawahnya iaitu CIDB sememangnya telah memainkan peranan dan menyumbang kepada

pelaksanaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional ataupun lebih dikenali sebagai TVET,

terutamanya yang melibatkan di dalam bidang kemahiran berkaitan industri pembinaan.

Salah satu fungsi CIDB seperti yang dinyatakan dalam Akta 520, Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011, adalah mengadakan, memajukan

dan menyelaras latihan di dalam industri pembinaan. Selaras dengan fungsi ini, CIDB telah

menubuhkan institut latihan kemahiran yang dikenali sebagai Akademi Binaan Malaysia (ABM)

yang akan bertanggungjawab bagi menyediakan peluang latihan kepada kumpulan sasaran

CIDB. CIDB telah menubuhkan enam buah ABM, Akademik Binaan Malaysia di seluruh Malaysia,

empat di Semenanjung, satu di Sabah dan satu di Sarawak. Selaras dengan keputusan Akta 520,

CIDB melalui ABM telah menawarkan dua kategori latihan kemahiran, iaitu:

(i) Program Latihan Kemahiran Personel Binaan, ditawarkan khusus untuk

pekerja binaan tempatan sedia ada bagi meningkatkan kemahiran dan

menambah kemahiran sedia ada bagi memastikan pekerja binaan

tempatan akan dapat dinilai dan diakreditasi sebagai pekerja mahir; dan

(ii) Program Latihan Kemahiran Belia, ditawarkan kepada golongan belia

lepasan sekolah tempatan yang berminat untuk menjalani latihan

kemahiran, berhasrat untuk menceburi kerjaya dalam industri pembinaan

sebagai pekerja mahir binaan.

Melalui Program Latihan Kemahiran Belia, CIDB menyasarkan tenaga pekerja mahir

tempatan akan terus dapat dilatih dan dihasilkan bagi menyediakan tenaga kerja baharu ke dalam

proses tenaga kerja industri pembinaan. Melalui peluang latihan di bawah Program Latihan

Kemahiran Belia, diharapkan belia tempatan akan dapat mengambil peluang menjalani latihan

Page 94: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 93

kemahiran dalam pelbagai bidang kemahiran binaan yang ditawarkan kerana ianya akan dapat

membuka peluang kepada mereka bagi menceburkan diri untuk berkerjaya di dalam industri

pembinaan. Melalui pelaksanaan program ini, ia akan dapat menyumbang kepada pengurangan

kadar pengangguran di kalangan belia tempatan.

Tuan Yang di-Pertua CIDB telah berjaya melatih 136, 944 orang belia dalam pelbagai

bidang kemahiran sejak program tersebut mula dilaksanakan mulai tahun 1999.

Sehingga bulan Julai 2018, untuk tahun 2018, sehingga bulan Julai, seramai 3,822 orang

pelatih telah dan sedang menjalani latihan di ABM. Berdasarkan kaji selidik yang dibuat ke atas

lepasan pelatih ABM, sebanyak 7,865 daripada 8,668 pelatih iaitu bersamaan dengan 91 peratus

pelatih telah menamatkan latihan dan dari bulan November 2017 sehingga 2018 telah bekerja di

dalam industri pembinaan.

CIDB telah melaksanakan program perantisan mulai tahun 2016 sebagai salah satu

inisiatif di bawah Construction Industry Transformation Programme, dengan izin, 2016-2020.

Melalui program ini, lepasan pelatih belia akan ditempatkan dengan majikan selepas menjalani

latihan di ABM bagi mendedahkan mereka kepada pekerjaan sebenar dan ini akan membuka

peluang bagi mereka mendapatkan pekerjaan berdasarkan bidang latihan yang diikuti oleh

mereka. Sehingga Julai 2018, seramai 2,140 orang perantis telah mengikuti program ini semenjak

tahun 2016.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dengan apa yang ditawarkan oleh CIDB, standard

piawaian yang tinggi, latihan yang kita berikan kepada anak-anak muda kita kerana saya sendiri

dua hari yang lepas, berada di Bangkok untuk memberikan semangat kepada anak-anak muda

kita yang bertanding dalam pertandingan kemahiran di ASEAN Skills Competition di Bangkok

yang berlangsung 26 Ogos dan tamat 5 September.

Yang Berhormat sekalian, saya mendapat makluman e-mel daripada Bangkok sekejap

tadi bahawa, berdasarkan kepada keputusan rasmi yang telah dikeluarkan semalam, Kontinjen

Malaysia daripada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia telah merangkul

empat Pingat Emas, satu Pingat Perak... [Dewan tepuk] Dan lima Pingat Gangsa, dan 21

Medallion of Excellence. Yang Berhormat sekalian, Kementerian Kerja Raya sahaja pun telah

memperoleh dua Pingat Emas, dua Pingat Gangsa dan tujuh Medallion of Excellence.

■1640

Ini menunjukkan bahawa anak muda kita apabila dilatih dengan baik, mereka boleh

bertaraf internasional, boleh menang dalam pertandingan kemahiran di peringkat ASEAN dan

Page 95: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 94

nanti selepas ini di peringkat Asia, dan kita akan menghantar anak-anak muda kita ke Kazan,

Rusia untuk bertanding di peringkat dunia.

Jadi saya percaya kementerian telah berupaya untuk meletakkan dirinya sebagai sebuah

kementerian kelas dunia, insya-Allah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya

berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan...

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Kalau saya boleh

tanya, mungkin saya tidak bangkitkan semasa perbahasan tetapi saya hendak tahu sama ada

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada membuat program untuk merasmikan jambatan daripada

Kampung Teluk ke Kampung Baru di Seri Manjung? Saya mengemukakan soalan ini dengan

alasan tidak terus- indirect, supaya jambatan itu disiapkan cepat sedikitlah. Itu sahaja.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Belum siap lagi. Jadi kalau belum siap, belum

boleh dirasmikan lagi. Saya percaya nanti saya bertemu dengan Menteri selepas ini, saya harus

melaporkan kepada Menteri apa Yang Berhormat Senator kemukakan tadi.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: [Berucap tanpa

menggunakan pembesar suara]

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Jambatan tidak siap penuh, jalan sudah siap.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: [Berucap tanpa

menggunakan pembesar suara]

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Okey. Insya-Allah, kita cuba dalam masa yang

terdekat. By November ini kita tahu kedudukan itu macam mana.

Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, terima kasih di atas pertanyaan-pertanyaan

yang membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Saya juga

memohon maaf kerana ucapan penggulungan ini mungkin membosankan kerana kita berbicara

tentang kilometer-kilometer, tentang berapa juta wang yang diperlukan dan sebagainya. Akan

tetapi percayalah, ini demi kepentingan kita sebagai pemimpin seperti mana yang saya sebutkan

tadi.

Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, kita harus menjadi kayu besar yang saya sebut tadi.

Page 96: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 95

“Bagaikan kayu besar di tengah padang,

Rimbun daunnya tempat berteduh,

Kuat dahannya tempat bergantung,

Kukuh batangnya tempat bersandar,

Besar akarnya tempat bersila.”

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak... [Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri.

4.42 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahi Rahmani

Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas penglibatan

enam orang Ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang telah mengambil bahagian dalam

perbahasan Titah Diraja yang menyentuh isu di bawah seliaan bidang kuasa Kementerian Luar

Negeri.

Pertamanya, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’

Sri Khairudin Samad berkenaan isu kelewatan kelulusan sewa rumah bagi pegawai-pegawai

yang berkhidmat di Perwakilan Malaysia yang turut menyebabkan kesukaran kepada hal ehwal

persekolahan anak-anak pegawai-pegawai berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman, secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 111

buah pejabat perwakilan luar negeri di seluruh negara yang terdiri daripada pegawai dan

kakitangan daripada Kementerian Luar Negeri dan juga pelbagai kementerian dan agensi

kerajaan yang lain. Permohonan kelulusan sewa rumah oleh setiap pegawai dan kakitangan

adalah diproses oleh kementerian, agensi masing-masing.

Pada kebiasaannya, pegawai yang baru tiba di perwakilan akan dibenarkan menyewa di

service apartment sementara mengenal pasti rumah kediaman yang bersesuaian. Proses ini

memakan masa memandangkan terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam

pemilihan rumah sewa yang bersesuaian termasuk faktor keselamatan, kadar siling sewa yang

ditetapkan, jarak antara kediaman dengan sekolah dan pejabat kedutaan, kemudahan-

kemudahan yang disediakan dan lain-lain.

Page 97: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 96

Tuan Yang di-Pertua, bagi Kementerian Luar Negeri, setiap permohonan sewa rumah

pegawai dan kakitangan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan, akan diproses segera

oleh pihak kementerian sebaik sahaja permohonan tersebut diterima oleh perwakilan luar negeri

yang berkenaan.

Kelulusan permohonan sewa kediaman ini melibatkan beberapa proses, termasuk syor

oleh Jawatankuasa Perumahan Perwakilan luar negeri diangkat ke peringkat Jawatankuasa

Perumahan Kementerian dan seterusnya, semakan oleh Bahagian Undang-undang ke atas draf

perjanjian sewa rumah tersebut bagi melindungi kepentingan pegawai dan Kerajaan Malaysia

daripada sebarang implikasi undang-undang negara tuan rumah sebelum sebarang proses

pembayaran dibuat seperti bayaran pendahuluan diri dan cagaran keselamatan.

Bagi permohonan penyambungan sewa kediaman yang sama pula, perlu dikemukakan

kepada kementerian sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga bulan sebelum tempoh

kontrak perjanjian rumah sewa berakhir seperti yang telah ditetapkan dalam prosedur semasa

yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, kebajikan para pegawai dan keluarga sentiasa

diberikan perhatian serius oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif berkenaan hasil lawatan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri sempena lawatan rasmi ke China baru-baru ini dan apakah perbezaan antara

perhubungan Malaysia dengan China di antara kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Hangzhou dan Beijing, Republik Rakyat

China dari 17 hingga 21 Ogos 2018. Lawatan tersebut adalah di antara jemputan Li Keqiang,

Perdana Menteri Republik Rakyat China. Secara keseluruhannya lawatan rasmi ini telah berjaya

mencapai matlamat dan hasil yang diharapkan iaitu:

(i) membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala yang lebih dinamik di

antara Malaysia dengan Republik Rakyat China;

(ii) merapatkan lagi jalinan perhubungan di antara pemimpin kedua-dua buah

negara;

(iii) meningkatkan lagi jaringan kerjasama di antara para usahawan dan pelabur

Malaysia dengan RRC iaitu Republik Rakyat China; dan,

(iv) kedua-dua negara berpeluang untuk menjelaskan polisi dan dasar

masing-masing termasuk meningkatkan pemahaman terhadap isu-isu

yang mempunyai kepentingan bersama.

Page 98: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 97

Semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, para perwakilan RRC telah

memberi jaminan bahawa mereka akan terus mengekalkan hubungan dan kerjasama yang baik

dengan Kerajaan Malaysia walaupun berlaku perubahan landskap politik di Malaysia. Malah

pihak kerajaan RRC melihat lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai satu

permulaan baru kepada hubungan dua hala- Malaysia-China yang lebih jitu dan dinamik. Kedua-

dua buah negara juga bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang

termasuk e-perdagangan, agrikomoditi, teknologi dan inovasi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengambil peluang

untuk menerangkan kepada para pemimpin RRC bahawa Malaysia sedang dalam proses untuk

menstrukturkan semula kedudukan kewangannya. Pihak kerajaan RRC sedia arif mengenai

perkara tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Kerajaan

Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai dan bakal membawa manfaat kepada

kedua-dua belah pihak.

■1650

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak Kerajaan China telah bersetuju untuk mengimport

lebih barangan daripada Malaysia termasuklah produk minyak kelapa sawit dan pertanian. Pihak

China bersedia menambah import sebanyak 500,000 tan minyak kelapa sawit dari Malaysia pada

harga yang kompetitif. Tujuannya tidak lain iaitu untuk mengukuhkan imbangan dagangan antara

kedua-dua negara dan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya lawatan rasmi Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri ke RRC adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh para pemimpin RRC.

Semasa di RRC, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diberikan pengiktirafan dan

penghormatan yang tertinggi melalui layanan istimewa yang diberikan kepada beliau di

sepanjang lawatan. Malah dikhabarkan, bahawa persiapan program lawatan Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri ke Beijing mendapat sentuhan peribadi dari Presiden China, TYT Xi

Jinping sendiri.

Kejayaan lawatan ini harus dinilai daripada sudut kualitatif dan bukannya semata-mata

kuantitatif. Ini kerana matlamat utama lawatan ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan dua

hala di antara Kuala Lumpur dan Beijing. Selain usaha untuk menjana kerjasama-kerjasama

baharu yang bakal dibentuk bagi memacu hubungan yang lebih baik, dinamik dan maju pada

masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Datuk Paul Igai yang ingin mengetahui...

Page 99: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 98

Datuk Razali bin Idris: Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Ya?

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, mencelah sedikit?

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada negara China,

terdapat empat buah negara lagi yang diramalkan akan menjadi super power iaitu kuasa besar

dunia dalam masa 50 tahun iaitu Turki, Arab Saudi, India dan Indonesia.

Jadi soalan saya, apakah persediaan kita yakni Malaysia, bagi menghadapi senario ini

dari segi Dasar Luar Negara? Terima kasih.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali. Jadi

merujuk kepada empat buah negara kuasa besar yang mana dalam ramalan hubungan kita untuk

50 tahun akan datang.

Jadi pada hemat saya, senario geopolitik dunia pada tahun berikutnya iaitu lebih kurang

32 tahun dan ke hadapan adalah sesuatu yang amat sukar untuk diramalkan. Jadi, sebagai

contoh, pada masa ini digambarkan sebagai berada di dalam satu fasa multipolar, dengan izin,

di mana kuasa politik ketenteraan dan ekonomi, terletak pada beberapa negara atau kuasa besar.

Ini berbeza dengan senario pada suatu ketika dulu di mana dunia jelas berada dalam fasa bipolar,

iaitu Blok Barat dan Blok Timur.

Pada tahun 2050, senario semasa seperti yang kita kenali sekarang, mungkin sudah jauh

berbeza. Maka dengan itu apa saranan kita, kita akan terus dengan dasar kita untuk menjalinkan

hubungan yang baik dengan negara-negara tersebut demi menjaga kesinambungan kita pada

masa hadapan ya Yang Berhormat. Jadi, berbalik kepada jawapan saya...

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Ini adalah soalan daripada Yang Berhormat Senator

Datuk Paul Igai yang ingin mengetahui bukti aktiviti tentera asing yang memasuki kawasan

Sempadan Perairan China Selatan-Malaysia. Apakah langkah dan tindakan yang akan dan telah

diambil oleh kerajaan berkenaan hal ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan kepentingan maritim Malaysia sentiasa

terpelihara tindakan-tindakan sewajarnya termasuklah rondaan, pemantauan, pengawasan dan

penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan. Daripada langkah inilah kemasukan tentera asing ke

dalam perairan negara dapat dipantau.

Mengambil kira bahawa kehadiran kapal perang daripada banyak negara di satu-satu

kawasan maritim seperti di Laut China Selatan, berpotensi meningkatkan ketenangan dan boleh

Page 100: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 99

mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan. Kerajaan mengambil pendirian bahawa

semua negara perlu mengurangkan kehadiran kapal perang di kawasan Laut China Selatan.

Kerajaan berpandangan, pendirian ini adalah selaras dengan prinsip dan konsep Zone of Peace,

Freedom and Neutrality (ZOPFAN).

Tuan Yang di-Pertua, undang-undang antarabangsa termasuklah Commission

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982 iaitu United Nations

Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS) telah memperuntukkan bahawa semua kapal

termasuklah kapal perang mempunyai hak kebebasan pelayaran, freedom of navigation. Oleh

yang demikian, kehadiran kapal perang asing ke dalam kawasan perairan Malaysia tidak

dihalang, dibantah atau diambil tindakan melainkan jika kapal perang tersebut melaksanakan

aktiviti yang bercanggah dengan prinsip pelayaran seperti melaksanakan aktiviti penguatkuasaan

atau mengganggu kapal-kapal lain.

Seterusnya saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Puan Asmak binti Husin berkenaan dengan persediaan Wisma Putra dalam menghadapi

semakan Universal Periodic Review pada bulan November ini dan adakah Wisma Putra telah

mengemukakan laporan bagi pihak kerajaan.

Yang Berhormat Senator juga bertanyakan, adakah Wisma Putra telah merujuk kepada

pihak berkepentingan, khususnya NGO dan mengambil kira pandangan mereka syor-syor

kepada pihak kerajaan?

Mengenai proses penilaian berkala sejagat atau, dengan izin, Universal Periodic Review

yang bakal dijalani oleh Malaysia pada 8 November 2018.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah mengemukakan Laporan

Kebangsaan Malaysia kepada Sekretariat UPR, pada 2 Ogos 2018. Dalam usaha untuk

menghasilkan Laporan Kebangsaan tersebut, kerajaan telah mengadakan sesi-sesi konsultasi

secara meluas dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab

terhadap isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Selain itu, Kementerian Luar Negeri turut mengadakan sesi konsultasi antara pihak

kerajaan dengan masyarakat madani termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

(SUHAKAM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memberikan ruang kepada mereka untuk

membincangkan isu-isu berkaitan dan menyuarakan pendapat dan pandangan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, adalah harapan kerajaan bahawa pandangan-

pandangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dapat dipertimbangkan secara seimbang

bagi menyeluruh. Oleh sebab yang demikian, selain daripada pendapat dan pandangan masa,

Page 101: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 100

cadangan-cadangan daripada NGO-NGO yang lain seperti EMPOWER, PROHEM dan Pusat

KOMAS serta Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia dan sebagainya juga

diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan untuk proses UPR yang akan dijalani

oleh Malaysia pada 8 November 2018.

Pihak kerajaan bukan sahaja telah mengadakan sesi konsultasi bersama NGO, sebelum

dan semasa proses penyediaan laporan kebangsaan, malah Kementerian Luar Negeri juga telah

mengadakan beberapa sesi konsultasi bersama pihak-pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya

Hak Asasi Manusia Malaysia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, MACSA, Pusat KOMAS,

EMPOWER dan sebagainya selepas kerajaan mengemukakan laporan kebangsaan kepada

Sekretariat UPR.

■1700

Konsultasi sedemikian adalah untuk membincang langkah seterusnya atau, dengan izin,

way forward untuk pihak kerajaan dalam mempertimbangkan saranan-saranan yang bakal

dikemukakan kepada Malaysia oleh negara-negara ahli PBB serta mewujudkan satu mekanisme

pemantauan yang lebih berkesan dan menyeluruh untuk saranan-saranan yang akan diterima

oleh Malaysia semasa sesi UPR 8 November 2018.

Pendekatan sedemikian adalah selari dengan pendirian Kementerian Luar Negeri supaya

mempunyai participatory, maaflah lidah saya terseliuh sangat- English ubah ke Melayu. Maaf,

dengan izin. Approach yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan dalam proses membuat

keputusan yang akan memberi kesan kepada promosi dan pelindungan hak asasi manusia di

Malaysia.

Akhir kata, UPR yang akan dijalani oleh Malaysia pada 8 November 2018 dijangka dapat

memberi peluang kepada kerajaan untuk mengetengahkan komitmen dan usaha kerajaan baharu

untuk memajukan situasi hak asasi manusia di Malaysia serta mencapai satu keseimbangan

antara pelaksanaan hak-hak ekonomi, sosial dan budaya termasuk hak-hak sivik dan politik.

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Asmak binti Husin: Boleh?

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Ada. Sila.

Puan Asmak binti Husin: Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh mencelah.

Puan Asmak binti Husin: Sebelum berpindahlah ke tajuk lain ya. Berkaitan dengan ini.

Berkaitan dengan kepatuhan. Pada 1 Mac 2018, kerajaan sebelum ini telah melancarkan Pelan

Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).

Page 102: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 101

Jadi, kami ingin tahulah kedudukan NHRAP sekarang. Sebab NHRAP ini- terbelit lidah

juga. N-H-R-A-P ini boleh membantu rating Malaysia dalam pematuhan hak asasi di peringkat

antarabangsa.

Satu lagi ialah saya juga untuk- saya juga ingin meminta keprihatinan daripada pihak Yang

Berhormat Timbalan Menteri untuk tidak meninggalkan MACSA lah. Ini kerana MACSA ini adalah

terdiri daripada satu suruhanjaya terdiri daripada pakar-pakar hak asasi Islam dan sivil. Jadi,

selain daripada yang lain. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Merujuk

kepada soalan yang pertama tadi, saya akan jawab dengan secara bertulis. Jadi, merujuk kepada

soal MACSA. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator iaitu satu perjumpaan telah

diadakan bersama dengan MACSA pada 2 Ogos yang lalu. Jadi, kita baru sahaja ada

perjumpaan. Jadi, saya rasa boleh Yang Berhormat Senator merujuk dengan pihak MACSA itu

sendiri.

Jadi, seterusnya bagi menjawab soalan yang... [Disampuk]

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh sedikit? Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua : Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Menteri mengambil kira niat

baik Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi untuk isi HAM ini Hak Asasi Manusia ini mendapat

orang kata apa- dokongan pihak-pihak ‘ORMAS’ dan pihak MACSA. Cuma satu sahaja yang saya

mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saya yakin di bawah Kerajaan

Malaysia baharu ini kita ada memberi satu komitmen yang kuat untuk aspek hak asasi manusia.

Di mana dikatakan SUHAKAM akan diletakkan di bawah Parlimen dan juga rungutan terdahulu

yang mungkin kita akan selesaikan iaitu boleh dikatakan bahawa laporan-laporan hak asasi

manusia tersebut tidak dibahaskan di Parlimen dan sebagainya- dahulukan?

Jadi, saya tahu secara fakta bahawa satu ketika Kabinet ada membuat keputusan bahawa

Select Committee untuk hak asasi manusia sebenarnya diluluskan. Cuma ketika pelaksanaan

dahulu mungkin atas aspek-aspek tertentu ia tidak dapat dilakukan. Mungkin saya mohon

penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya perkara itu tidak bersalahan ataupun

peluang itu ada, mungkin agak bersesuaian untuk laporan UPR itu dapat juga menjadi

perkongsian kami di Dewan- di Parlimen, Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat semua

dibentangkan nanti.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Jadi, sebenarnya

laporan ini sudah pada saya... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Dan mungkin nanti selepas

Page 103: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 102

Dewan ini saya boleh bagilah. Mungkin kita pun belum lagi edar kepada kesemua Ahli Parlimen.

Jadi, hendak... [Disampuk]

Puan Asmak binti Husin: Satu lagi boleh? Satu lagi sebelum pindah ini. Saya mohon

mencadangkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri berkisarkan dengan kepatuhan ini untuk

membuka juga ruang latihan tentang kepatuhan hak asasi ini kepada kerajaan negeri. Sebab

kami di peringkat Kelantan juga menggubal polisi dan undang-undang yang mana berkait dengan

kepatuhan ini juga. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. Yang isu bertemu dengan Asmak tidak

boleh cakap dekat Parlimen kah, apa dia punya outcome?

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: [Ketawa] Apa dia itu, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Yang jumpa dengan...

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: MACSA

Tuan Yang di-Pertua: MACSA. Dia tiada keputusan?

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Baru perbincangan yang baharu. Kita hanya mendapat

mengumpulkan maklumat untuk kita hendak kemaskan.

Tuan Yang di-Pertua: Sedang teliti lah?

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Ya, dengan itu tetapi belum ada apa-apa keputusan

tetapi... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang berkenaan dengan SUHAKAM?

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Sama juga.

Tuan Yang di-Pertua: Sama juga.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Kita dalam proses ini.

Tuan Yang di-Pertua: Okey. Terima kasih.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Jadi, kita jumpa- maaf, pada 28 Ogos bukan dua hari

bulan tetapi 28 Ogos. Makna baru lagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Okey. Jadi, saya hendak menyambung juga lagi soalan

yang kedua daripada Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin juga.

Sebelum itu, membabitkan tentang soal melibatkan kerajaan negeri memang itu adalah

satu perkara baharu yang kita akan bawa kali ini dalam perbincangan untuk menetapkan tentang

soal hak asasi manusia. Kita pun faham memang kerajaan negeri juga kena memainkan peranan

yang besar termasuk untuk penggubalan undang-undang terutama undang-undang syariah.

Page 104: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 103

Jadi, seterusnya saya hendak menyambung terus tentang soalan yang kedua oleh Yang

Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin iaitu tentang komitmen kerajaan dalam

menandatangani baki enam konvensyen hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Adakah

kerajaan akan menjalankan siri rundingan secara mendalam dengan semua pihak termasuk

pihak yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam dan budaya di Malaysia?

Jadi, kajian mengenai penyertaan Malaysia ke instrumen-instrumen antarabangsa hak

asasi manusia telah giat diteruskan oleh kumpulan kerja teknikal yang telah ditubuhkan di bawah

jawatankuasa antara kementerian dan agensi mengenai isu-isu hak asasi manusia.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tujuan mengkaji ratifikasi enam konvensyen

hak asasi manusia antarabangsa kerajaan telah menubuhkan enam jawatankuasa kecil teknikal

yang diterajui oleh kementerian atau agensi seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian

Sumber Manusia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Kementerian Luar

Negeri mengikut bidang kuasa mereka berkaitan dengan inti pati konvensyen hak asasi manusia

antarabangsa.

Ke arah meratifikasikan konvensyen-konvensyen ini, beberapa siri mesyuarat antara

agensi untuk mengkaji secara terperinci kedudukan Malaysia telah pun diadakan. Langkah ini

adalah perlu bagi dan penting bagi memastikan apakah peruntukan-peruntukan yang sedia ada

dalam konvensyen antarabangsa tersebut yang prima facie atau on the face of it dan

keserasiannya atau, dengan izin, compatibility dengan undang-undang yang sedia ada.

Langkah tersebut adalah penting kerana penyediaan menyeluruh perlu dilaksanakan

terutamanya dalam memastikan semua peruntukan konvensyen berkenaan boleh diaplikasikan

melalui rangka perundangan negara. Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu disemak

bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan peruntukan konvensyen yang disertai dalam jangka

masa yang terdekat. Jawatankuasa kecil teknikal yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri

akan mengadakan bengkel bagi membincangkan Convention Against Torture dan International

Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab, Malaysia perlu

memastikan ia mampu memenuhi semua obligasi ke atas prinsip-prinsip yang terkandung di

dalam sesebuah konvensyen dengan sebaik mungkin. Seperti mana yang telah dijanjikan dalam

manifesto, pihak kerajaan akan terus mengambil inisiatif yang proaktif untuk mengkaji ratifikasi

konvensyen hak asasi manusia antarabangsa.

Page 105: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 104

■1710

Proses kajian mengenai kemungkinan penyertaan Malaysia ke konvensyen-konvensyen

antarabangsa mengenai hak asasi manusia akan diteruskan di bawah jawatankuasa antara

kementerian dan agensi yang ditubuhkan. Pihak kerajaan juga sedang giat mengadakan

konsultasi serta perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri,

JAKIM serta agensi-agensi yang berkaitan dan juga pihak-pihak berkepentingan bagi tujuan

mengkaji dan menimbang kemungkinan Malaysia menyertai konvensyen-konvensyen tersebut.

Akhir kata, dalam usaha memenuhi obligasinya dalam promosi dan perlindungan hak

asasi manusia di Malaysia, pihak kerajaan tentunya juga akan terus mempertahankan keluhuran

Perlembagaan Persekutuan yang mana Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan pada masa

yang sama, agama-agama yang lain juga akan dihormati dan diamalkan dengan aman dan

harmoni di negara kita sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin yang telah bertanyakan berkenaan adakah

kerajaan dapat merundingkan semula kadar caj bekalan air mentah yang dijual kepada

Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, hak Malaysia untuk menyemak semula harga air tidak boleh

dipertikaikan. Malaysia berhak untuk menyemak semula harga air mentah sebagaimana yang

termaktub dalam Perjanjian Air 1962. Isu semakan harga air ini juga bukanlah satu perkara yang

baharu. Rundingan mengenai semakan harga air ini pernah dilakukan antara tahun 1998 ke tahun

2002 semasa Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri

Malaysia dan Senior Minister Goh Chok Tong merupakan Perdana Menteri Singapura.

Malaysia sentiasa dan secara konsisten menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hak

untuk semakan harga air mentah yang dijual kepada Singapura selepas 25 tahun perjanjian

tersebut berkuat kuasa bermula dari tahun 1987. Malaysia tetap berpegang teguh kepada

pendirian ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff berkaitan apakah strategi dasar luar

Malaysia di bawah kepimpinan baharu bagi memastikan menjamin nama Malaysia disanjung di

persada antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, strategi kerajaan dalam memantapkan imej Malaysia di persada

antarabangsa secara ringkasnya adalah berlandaskan beberapa prinsip utama sebagaimana

yang pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat

Page 106: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 105

Menteri Luar sebelum ini. Antara lain strategi atau pendekatan baharu yang akan dan sedang

diambil oleh kerajaan termasuklah seperti berikut:

(i) mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara yang ingin

menjalinkan hubungan dengan Malaysia demi kebaikan dan keuntungan

bersama;

(ii) mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak khususnya dalam

konteks konflik yang sedang berlaku di serata dunia dan juga dalam

konteks hubungan dengan kuasa-kuasa besar;

(iii) memberi penekanan kepada prinsip-prinsip sejagat seperti menghormati

hak asasi manusia, menghormati rules of law, dengan izin, ketelusan,

keterbukaan dan juga tadbir urus yang baik khususnya dalam memacu

negara mengecap status negara dan ekonomi maju; dan

(iv) memastikan agar Malaysia terus lantang dalam menyatakan pendiriannya

berkaitan situasi-situasi kemanusiaan sejagat khususnya seperti isu

Rohingya, isu Palestin baik di peringkat dua hala mahupun pelbagai hala

melalui platform seperti ASEAN, OIC dan PBB antara lainnya.

Suka juga saya tekankan bahawa di Kementerian Luar Negeri, kita memandang tinggi

sumbangan yang telah dimainkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu di peringkat antarabangsa

khususnya dalam membina landasan yang baik bagi Dasar Luar Malaysia yang masih kita

gunakan sebagai panduan pada masa kini. Contohnya seperti triti ZOPFAN bagi rantau Asia

Tenggara yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak pada tahun 1971 seperti

yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Yusmadi.

Dalam konteks ini, kerajaan terus komited untuk memperluas dan memperkukuhkan

landasan hubungan antarabangsa Malaysia yang telah dibina sejak sekian lama ke arah

memantapkan peranan negara di peringkat antarabangsa demi memastikan agar Malaysia

dikenali dan disanjung sebagai negara kuasa pertengahan atau, dengan izin, middle power, yang

berprinsip, mampu berdaya saing dengan mampan dan sentiasa bersedia untuk

mengetengahkan dan mempertahankan pendirian dan kepentingan di persada antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, demikian sahaja penjelasan saya mengenai isu yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat...

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: [Bangun]

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Ada soalan?

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh ya? Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

Page 107: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 106

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Menteri, saya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, sila duduk.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya ucapkan tahniah, satu jawapan yang

meyakinkan. Pun begitu, saya hendak bagi staf-staf di belakang sana senyum sedikit, tolong

tambah sumber. Sebab, perancangan tadi itu pada pandangan saya, itu satu agenda yang besar

dan bagi saya, di kala Malaysia sekarang ini memang berada di kedudukan yang sangat kita

panggil, bukan kritikal tetapi saya bersifat optimistik, lebih strategik. Di kala kita mampu

berdiplomasi dengan semua orang dalam keadaan ekonomi kita juga tergugat, saya rasa motivasi

kepada staf-staf di belakang itu, jadi bajet kali ini tolong tambah sedikit...

Tuan Yang di-Pertua: Kena tambahlah.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Kena tambah, pada pandangan saya lah.

Kedua, cumanya saya ingin, atas nada tadi juga, mengatakan Malaysia sebenarnya

mempunyai potensi yang besar dan mungkin atas sebab latar belakang terdahulu, brand

Malaysia itu, mereka masih lagi mengatakan kita, dengan izin, competitive authoritarian atas

sebab-sebab tertentu.

Jadi sekiranya brand begitu yang dikatakan tadi dengan rules of law-nya, hak asasi

manusianya, komitmen terhadap aspek-aspek tata kelola, saya yakin perkara itu dapat diangkat

di bawah kepimpinan sekarang dan saya rasa ia akan mampu memberi satu lonjakan juga

kepada kementerian-kementerian lain untuk sekali lagi membawa Malaysia seperti mana yang

pernah kita suatu ketika dihormati dengan hebat. Saya ucapkan terima kasih dan syabas staf-

staf di belakang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ini bukan soalan, Yang Berhormat. Ia satu sahaja.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Ya. Jadi sebelum saya hendak...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, dia minta tambah peruntukan

Kementerian Luar Negeri sahaja. Yang lain semua dia setuju dengan apa Yang Berhormat

beritahu sebentar tadi. Silakan, Yang Berhormat Dato’ Fahariyah.

Tuan Haji Marzuki bin Yahya: Oh, ada lagi?

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

tidak pasti sama ada saya terlepas pandang kah, saya terlepas dengar kah, berkenaan Pulau

Pisang. Sebab saya rasa... [Disampuk] Sudah jawab kah belum ini, belum, kan?

Tuan Yang di-Pertua: Pulau Pisang mengenai nelayan.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Saya pun rasa saya...

Page 108: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 107

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Pulau Pisang yang berkenaan dengan nelayan

semua.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: No, no, no. This Pulau Pisang, this is

different. Rumah api.

Tuan Yang di-Pertua: Oh, okey, okey.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Should I repeat the question?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Ini berkenaan Pulau Pisang yang terletak

berhampiran dengan Benut Pontian, lebih kurang lapan kilometer daripada Benut yang mana

pulau itu memang hak milik Johor, memang hak milik mutlak Malaysia. Akan tetapi, rumah api di

Pulau Pisang itu dikawal selia dan dioperasikan oleh Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Saya dimaklumkan bahawa rumah api ini pun telah dipagarkan dan Kerajaan Singapura telah

membina jalan yang besar dan sebagainya.

Saya hendak tanya pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan bercadang, dengan secara

diplomatiklah, untuk mengambil alih semula rumah api ini supaya kejadian ataupun kes Pulau

Batu Putih tidak berulang semula? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Saya tambah sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung Pulau Pisang ini, saya ingat saya dah bangkitkan tiga

kali atau empat kali di Dewan Rakyat tetapi jawapan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri

tidak memberikan keyakinan kepada saya. Ini kerana jawapan mereka menyatakan kita tidak

usah risau oleh sebab Pulau Pisang hak kita, kita jangan bimbang, ia tidak akan terlepas daripada

milikan kita.

Akan tetapi soalan saya, kenapa kita terus benarkan Kerajaan Singapura mengurus

rumah api tersebut? Oleh sebab pulau tersebut mempunyai nilai-nilai strategik untuk

mempertahankan negara, maka sebab itu saya desak Kementerian Luar untuk membawa

perkara ini ke Kabinet. Saya yakin dan percaya jawapan yang saya terima tidak sampai ke

Kabinet rasanya sebelum ini. Sekiranya tidak sampai kepada Kabinet, saya desak dan kalau tidak

sampai juga, saya akan mengadu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk

mendapatkan jawapan. Ini saya serius berhubung perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.

Page 109: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 108

■1720

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Ya saya jawab sedikit. Jadi merujuk kepada pertanyaan

Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah berkenaan dengan Rumah Api, Pulau Pisang

jauh ke tengah ini.

So memang kita sedia maklum bahawa Pulau Pisang ini adalah hak mutlak Johor. Di

mana pada waktu itu Kerajaan British yang telah memberi kuasa kepada kerajaan Singapura

untuk mengurus tadbir sehingga ke hari ini. Jadi jikalau merujuk dari segi kedaulatan, dari segi

perundangan, saya rasa bukanlah kementerian saya untuk hendak menjawab ini, Tuan Yang di-

Pertua. Saya rasa lebih baik perkara ini diangkat kepada JPM untuk menjelaskan dengan lebih

lanjut tentang soal apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi.

Jadi tentang kedudukan itu sehingga hari ini, apa yang kita difahamkan bahawa, Pulau

Pisang masih lagi dikawal selia oleh Singapura dan urusannya itu berjalan dengan baik tanpa

sebarang permasalahan dan aktiviti-aktiviti yang di luar jangkaan kita. Jadi tidak ada sebarang

laporan berkenaan dengan Pulau Pisang ini, Yang Berhormat.

Jadi yang akhir sekali saya hendak mengucapkan Terima kasih kepada Yang Berhormat

Yusmadi kerana memberi satu kata-kata semangat, terutama kepada kami di pihak...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ini ditujukan kepada kementerian mana?

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri

Undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Undang-undang.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Berkenaan dengan Pulau Pisang ini, di bawah MKN. Jadi

yang akhir sekali saya hendak mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Yusmadi yang telah

memberi pengiktirafan kepada pegawai-pegawai kami dan sehingga untuk ditambahkan bajet,

memang keadaan agak runcing bagi kami di KLN, dan saya yakin dengan kakitangan yang ada,

walaupun dalam keadaan apa sekalipun, they are the best for us... [Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Memang-memang, saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri

saya setuju, saya pun pergi keluar negeri pun susah saya tengok mereka.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Ya

Tuan Yang di-Pertua: Budget constraint

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Jadi harap kita sama-samalah berusaha.

Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator semua yang bersimpati

dengan kakitangan saya di KLN. Sekian. Wabilahitaufik walhidayah...

Page 110: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 109

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua sebelum

“Wabilah...”

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Ada lagi?

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Saya mendengar di kafe tadi Yang Berhormat

Menteri.

Saya ada menyebut di dalam perbahasan saya bahawa berhubungan dengan sukan kita

dengan Indonesia ini. Saya menyebut di dalam perbahasan saya bahawa kita bersukan dan

bersukan ini untuk mengeratkan di antara negara ke negara ataupun ke negeri dengan negeri.

Akan tetapi apa yang berlaku di Palembang baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua amat

menyedihkan. Jikalau kita tengok bagaimana Setiausaha Agung Silat Gayung sendiri membuat

kenyataan ‘dirompak’ Pingat Emas itu. Kita tengok macam mana pemain-pemain bola kita

terpaksa naik tanker pergi sana. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Sukan kata, tidak

mengapalah kerana sukan dan sebagainya.

Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kita ada Duta kita di sana kenapa

tidak kita berbincang, duduk bersama dan melihat perkara ini. Ini kerana malu kita, kita pergi ke

sana, ‘bapak kita ini serumpun bapak’ serumpun taik minyak dia.... [Dewan ketawa] Betul, jikalau

asyik bergaduh, bergaduh, bergaduh, malu kita. Dalam Asia pulak itu, kita punya neighbouring

country, dengan izin, dan kita mempunyai ramai orang Indonesia di sini. Jadi minta penjelasan

Yang Berhormat, apakah tidak boleh wujud satu penyelesaian dalam hal ini? Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih bapak Senator Dato’ Suhaimi kerana

membangkitkan tentang soal sukan Asian Games baru-baru ini. Jadi memanglah kita sedia

maklum, bahawa kita Kementerian Luar Negeri ini adalah...

Tuan Yang di-Pertua: Tadi apabila Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan jawab, ada

atau tidak di dalam Dewan?

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Saya tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua: Dia mengatakan bahawa, jikalau ada juga masalah begini, kita

kena memperkasakan lagi hubungan, supaya isu-isu sebegini tidak berbangkit lagi. Silakan.

Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Jadi kadang-kadang inilah masalah yang kita hadapi di

Kementerian Luar, kadang-kadang apabila ada masalah, barulah cari kita. Jikalau tidak ada

masalah, dia orang tidak mahu beritahu... [Dewan ketawa]

Jadi inilah masalah yang kita hadapi, kadang-kadang terlalu banyak yang ingin menjadi

champion di luar sana yang pada akhirnya menimbulkan masalah dan akhirnya kita di

Page 111: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 110

Kementerian Luar terpaksa menjadi pengimbang untuk keadaan ini. Jadi mengambil apa yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi untuk kita berbincang di

dalam Kabinet dan sebagai satu surat supaya Menteri Luar ini menjadi ‘kepala’ untuk di luar

negara. Itu yang terbaik untuk menyelesaikan semua permasalahan ini.

Jadi setakat itu Tuan Yang di-Pertua. Kepada semua saya ucap terima kasih.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Menteri akan menjadi kepala

kepada isu Pulau Pisang sekali [Ketawa]

Silakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Industri Utama.

5.27 ptg

Timbalan Menteri Industri Utama [Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]:

Bismillahi Rahmani Rahim... [Mengucapkan selawat ke atas Nabi] Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Baharu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang kepada saya untuk

menggulung perbahasan Titah Diraja bagi tahun 2018.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada Yang

Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen; Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai; Yang

Berhormat Senator Dato’ Isa Ab. Hamid; Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing; dan Yang

Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun, yang telah membangkitkan isu dan

mengemukakan pandangan berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Industri Utama,

semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam

perbahasan ini adalah seperti berikut;

(i) langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi

kejatuhan harga komoditi, langkah-langkah membanteras manipulasi orang

tengah di dalam industri getah. Kaedah pengkomersialan produk-produk

sawit dan getah di pasaran global. Strategi mesra pelabur dan mesra

perniagaan dalam meneroka pasaran baharu global dan usaha

kementerian bersama dengan institusi dan penggiat industri sawit dan

getah untuk meningkatkan lagi nilai eksport di pasaran antarabangsa selain

daripada pasaran Negara China.

Page 112: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 111

Bagi menjawab isu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, isu adalah berkaitan dgn

pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen; Yang Berhormat Senator Datuk Paul

Igai; Yang Berhormat Senator Dato’ Isa Ab. Hamid; dan Yang Berhormat Senator Tuan Khairul

Azwan bin Harun, mengenai langkah-langkah dan usaha-usaha kementerian untuk menangani

isu kejatuhan harga komoditi sawit, getah dan lada, berikutan persaingan yang sengit di pasaran

antarabangsa seperti minyak sawit dan juga minyak kacang soya.

Bagi harga komoditi sawit, getah dan lada, sama seperti komoditi lain yang

diperdagangkan di peringkat global, bergantung kepada penawaran dan permintaan

terhadapnya, dengan izin, from demand perspective. Menyedari hakikat ini, langkah utama bagi

Kementerian Industri Utama dalam mengharungi turun naiknya harga komoditi negara, adalah

dengan mengurus permintaan ke atas produk-produk komoditi negara secara sistematik.

Keperluan yang tinggi sama ada sama ada di peringkat domestik ke atas produk-produk

komoditi negara, sama ada di peringkat domestik mahupun peringkat antarabangsa akan dapat

mengekalkan momentum harga berikutan permintaan yang stabil dan berterusan. Kementerian

juga sentiasa peka dan bersiap sedia untuk mengurus persaingan daripada negara-negara

pengeluar komoditi yang lain, sama ada untuk komoditi yang sama atau juga untuk komoditi

pengganti.

Sebagai contoh, penyusutan harga minyak sawit yang dialami di negara kita adalah selari

dengan kejatuhan harga minyak sayuran saingan di pasaran dunia, terutamanya minyak kacang

soya. Ini adalah kerana minyak kacang soya dan minyak sawit merupakan barang pengganti

yang hampir dan kedua-duanya bersaing merebut pasaran minyak sayuran dunia. Dalam hal ini,

langkah dan usaha jangka pendek kementerian meningkatkan permintaan terhadap komoditi

sawit adalah untuk meningkatkan penggunaan domestik minyak sawit melalui Program Biodiesel

daripada B7 kepada B10.

■1730

Bagi meningkatkan penggunaan minyak sawit di pasaran tempatan, kementerian telah

melaksanakan Program Biodiesel B7 mulai November 2014 di seluruh negara. Program B7

dianggarkan menggunakan sebanyak 358,000 tan minyak sawit setahun. Dalam tempoh hampir

empat tahun pelaksanaan Program Biodiesel B7, kementerian mendapati usaha ini dapat

menstabilkan harga sawit di peringkat kilang.

Sehubungan dengan itu, kementerian bercadang untuk meningkatkan penggunaan

domestik minyak sawit melalui pelaksanaan Program Biodiesel dalam sektor pengangkutan dari

B7 kepada B10. Langkah ini dijangka meningkatkan lagi penggunaan minyak sawit domestik

Page 113: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 112

yang seterusnya dijangka dapat memberikan harga di peringkat kilang yang stabil dan, dengan

izin, remunerative kepada pekebun-pekebun kecil sawit.

Sementara itu, untuk strategi jangka panjang, kementerian sentiasa proaktif dalam

menerajui usaha memperkukuh dan menstabilkan harga serta meningkatkan daya saing industri

sawit melalui inisiatif-inisiatif berikut.

Pertama, mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta memberi nilai

tambah kepada produk hiliran komoditi sawit supaya sektor sawit terus berdaya saing di pasaran

minyak dan lelemak dunia atau oil and fats, dengan izin. Untuk tujuan ini, kerajaan sentiasa

memberi keutamaan dan tumpuan kepada aktiviti R&D yang menjamin kelestarian dan

kebolehpasaran produk sawit.

Kedua, menjadikan Skim Kemapanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) mandatori wajib

pada Disember 2019. Skim MSPO ini akan dijadikan satu langkah ke arah mewujudkan sistem

kemapanan yang diterima secara global. MSPO akan menjenamakan semula minyak sawit milik

Malaysia untuk diterima sebagai pilihan utama pelanggan antarabangsa. Ini akan membuka

ruang pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan Malaysia di negara-negara

pengimport.

Ketiga, menjalankan aktiviti promosi produk-produk komoditi dan meningkatkan tahap

kesedaran tentang kebaikan produk sawit negara. Dalam hal ini, aktiviti promosi dan

pengembangan pasaran di dalam dan di luar negara giat dianjurkan bagi mengetengahkan

produk komoditi keluaran syarikat dan pembekal tempatan. Aktiviti ini juga turut meliputi usaha

meningkatkan tahap kesedaran tentang kebaikan produk sawit keluaran negara. Meningkatkan

akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua

hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.

Terakhir ialah menjalankan penanaman semula pokok sawit yang tidak lagi produktif.

Penanaman semula ini pada ketika harga komoditi berada di paras yang rendah boleh

mengurangkan stok bahan mentah komoditi ini. Untuk itu, mulai Rancangan Malaysia Kesebelas

kerajaan telah menyediakan dana dalam bentuk pinjaman bagi pelaksanaan skim tanam semula

ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk komoditi getah pula, kementerian telah mengambil langkah-

langkah di peringkat antarabangsa untuk mengukuhkan harga getah serta menyediakan bantuan

di peringkat domestik kepada pekebun kecil untuk menangani impak kejatuhan harga getah ke

atas pendapatan mereka.

Page 114: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 113

Antara langkah-langkah di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan adalah

mengadakan kerjasama dengan Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International

Tripartite Rubber Council (ITRC), dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Malaysia tidak mampu untuk

bertindak sendirian kerana syer ataupun saham pengeluaran Malaysia hanyalah 5.5 peratus

daripada jumlah pengeluaran getah dunia.

Dalam hal ini, Malaysia akan terus bekerjasama dengan Thailand dan Indonesia di bawah

kerangka ITRC ini bagi memperkukuhkan harga. Di bawah kerjasama ini syer ataupun saham

pengeluaran ketiga-tiga negara ini adalah 66 peratus daripada pengeluaran getah asli dunia pada

tahun 2017.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh International Tripartite Rubber Council (ITRC)

ini untuk mengukuhkan harga getah adalah seperti berikut.

Pertama, melaksanakan Agreed Export Tonnage Scheme (AETS). Langkah ini telah

dijalankan pada Januari hingga Mac 2018 yang mana tiga buah negara tersebut bersetuju untuk

mengurangkan eksport getah asli sebanyak 350,000 tan dan menubuhkan Demand Promotion

Scheme Committee. Jawatankuasa ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan getah dalam

negara sebanyak 10 peratus. Kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta

pertukaran maklumat terutamanya mengenai penggunaan rubberized road dipertingkatkan

antara ketiga-tiga buah negara.

Manakala di peringkat domestik bantuan kepada pekebun kecil bagi menangani impak

kejatuhan harga getah adalah seperti berikut.

Pertama, melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah yang akan diaktifkan apabila harga

purata bulanan getah menurun di bawah paras harga pengaktifan. Tanda aras paras harga

pengaktifan adalah purata bulanan harga getah gred SMR 20 Free on Board (FOB) berada di

paras RM5.50 sekilogram atau purata bulanan harga ladang cuplump di paras RM2.20

sekilogram. Sebarang kekurangan harga daripada paras harga pengaktifan ini akan ditampung

oleh kerajaan. Insentif ini bertujuan untuk menjamin pekebun kecil mendapat harga hasil jualan

getah sekurang-kurangnya pada harga RM2.20 sekilogram sepanjang tahun. Melalui IPG ini

semakin tinggi pengeluaran yang dihasilkan semakin banyak insentif yang akan diperoleh oleh

pekebun kecil.

Kedua, melaksanakan mekanisme penetapan harga di ladang dengan menyediakan

peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk

tujuan urus niaga getah. Langkah ini dapat meningkatkan harga pembelian getah di peringkat

Page 115: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 114

ladang dengan mengurangkan lapisan pembeli. Pengurangan orang tengah membantu pekebun-

pekebun kecil getah mendapat harga yang munasabah dan berbaloi.

Selain daripada itu, kementerian secara berterusan melaksanakan beberapa aktiviti bagi

meningkatkan permintaan tempatan ke atas getah asli antaranya yang pertama, meningkatkan

penggunaan getah dalam negara sebanyak 10 peratus setahun.

Contohnya, melalui penggunaan adunan getah dengan bitumen dalam pembinaan jalan

raya dan lain-lain penghasilan barangan getah oleh pihak industri hiliran.

Kedua, mempergiat aktiviti R&D bagi meningkatkan penghasilan produk baharu

berasaskan getah termasuk penghasilan ekoprena dan pureprena, seismic bearing, dan lain-lain

produk bernilai tambah tinggi

Tuan Yang di-Pertua, bagi menstabilkan harga komoditi pula kementerian melaksanakan

beberapa strategi berikut.

Yang pertama, melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi meningkatkan

penggunaan lada dalam negara. Antaranya menganjurkan Pepper Day bagi meningkatkan

penggunaan lada domestik, mengambil bahagian dalam pameran-pameran di bandar-bandar

utama, menganjurkan program galakan pasaran dalam negara, membangunkan produk baharu

berasaskan lada seperti garlic pepper, black pepper marinate, sos lada hitam dan biskut perisa

lada.

Kedua, melaksanakan program untuk menggalakkan pekebun lada mengeluarkan lada

berkualiti premium seperti Lada Putih Krim dan Lada Berkualiti Eksport bagi mendapatkan

pulangan yang lebih lumayan berbanding menjual dalam bentuk lada mentah.

Ketiga, menjual terus ke pasaran istimewa atau niche market dengan memperkenalkan

beberapa produk lada tambah nilai peringkat kilang contohnya seperti Lada Steril- Mikro-kleen,

dan serbuk lada disediakan untuk pasaran yang lebih mementingkan keselamatan dan kualiti

makanan dan produk istimewa peringkat ladang seperti Lada Putih Krim. Pasaran istimewa ini

mampu membayar harga yang lebih tinggi berbanding harga lada mentah. Setakat ini pasaran

istimewa yang berjaya ditembusi ialah Jepun, Sweden, Korea Selatan, China, Amerika Syarikat,

Taiwan, New Zealand dan Australia.

Keempat, mempelbagaikan lagi pengeluaran produk berasaskan lada seperti sos lada

hitam, minyak wangi lada, smoke-flavoured seasoning, garlic pepper sauce, dan black pepper

marinade cube melalui aktiviti R&D secara berterusan bagi meningkatkan penggunaan domestik

lada. Hasil daripada usaha berterusan ini Sarawak Pepper sebagai contoh, telah dikenali sebagai

Page 116: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 115

salah satu rempah ratus yang berkualiti dan menepati piawaian dan standard yang telah

ditetapkan ISO, HACCP certified serta memenuhi kehendak pelanggan di serata dunia.

Dalam hal ini juga, produk-produk hiliran lada dalam pelbagai jenis seperti cracked coarse,

fine powder turut dipasarkan di bawah jenama Sara Spice keluaran Lembaga Lada Malaysia

(MPB) untuk memenuhi keperluan pasaran yang berbeza. Sehubungan itu, kementerian juga

sedang mempelawa usahawan-usahawan untuk mengkomersialkan hasil R&D berkaitan lada

bagi mempelbagaikan lagi produk-produk hiliran lada.

Kelima, menjalinkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar contohnya Malaysia

sedang bekerjasama dengan negara-negara pengeluar utama lada melalui International Pepper

Community (IPC) untuk meneroka pasaran baharu bagi meningkatkan permintaan terhadap lada

pada keseluruhannya. Peningkatan permintaan lada dapat membendung bekalan yang

berlebihan di pasaran lada global dan menyumbang kepada tahap harga yang lebih tinggi.

Keenam, mengkaji dan memperhalus mekanisme jaringan keselamatan bagi sektor lada

yang melibatkan keseluruhan komuniti lada di Malaysia termasuk pihak industri, pekebun kecil

dan kerajaan.

Ketujuh ataupun yang terakhir, menggunakan kelebihan Sarawak Pepper yang telah

memperoleh pendaftaran Geographical Indications (GI) untuk menonjolkan produk lada keluaran

Malaysia. Melalui pendaftaran GI ini, nama dan imej Sarawak Pepper sama ada di dalam

mahupun luar negara akan terpelihara dan boleh meraih harga premium di pasaran

antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, bagi langkah-langkah membanteras manipulasi orang tengah

dalam industri getah. Isu ini telah pun dibangkitkan susulan pertanyaan Yang Berhormat Senator

Datuk Lim Pay Hen mengenai langkah-langkah kerajaan untuk membanteras manipulasi orang

tengah di dalam industri getah.

■1740

Kementerian terus berusaha menambah baik urus niaga getah di peringkat ladang,

terutamanya bagi pekebun kecil getah yang berada di kawasan pedalaman. Pekebun kecil getah

terpaksa melalui banyak lapisan orang tengah sebelum getah berkenaan dapat dijual kepada

kilang pemprosesan. Kewujudan lapisan peniaga ini menyebabkan pekebun kecil getah

menerima harga yang lebih rendah.

Oleh itu, bagi menambah baik keadaan tersebut, kementerian telah memperkenalkan

mekanisme penetapan harga di ladang melalui koperasi dengan tujuan untuk mengurangkan

peranan orang tengah dalam urus niaga getah. Bagi maksud ini kerajaan telah menyediakan

Page 117: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 116

peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk

melaksanakan urus niaga jual beli getah.

Setakat ini, sebanyak 20 buah koperasi terlibat dalam skim tersebut dan mampu

menawarkan harga pada puratanya 10 sen hingga 20 sen sekilogram lebih tinggi berbanding

pembeli getah berlesen. Di samping itu kementerian turut menggalakkan pekebun kecil getah

menjual hasil getah secara berkelompok. Selain dapat memendekkan rantaian jualan, kuantiti

getah yang banyak adalah salah satu faktor yang boleh membantu mendapatkan harga tawaran

yang lebih baik dari kilang pemprosesan.

Lazimnya penjualan getah secara berkelompok akan dapat meningkatkan harga pada

kadar tambahan antara 10 sen sehingga 20 sen sekilogram berbanding purata harga yang

diterima dengan menjual secara runcit. Kaedah ini amat popular dan sering diamalkan pekebun-

pekebun kecil getah di negeri Kelantan dan Kedah.

Bagi isu ketiga Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing telah

menyarankan supaya kementerian mencari kaedah yang lebih baik dalam pengkomersilan

produk-produk sawit dan getah di pasaran global. Bagi produk-produk sawit, Lembaga Minyak

Sawit (MPOB) adalah sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan

memajukan industri sawit negara melalui R&D, pengkomersilan hasil R&D, pelesenan,

penguatkuasaan serta lain-lain aktiviti.

Pendekatan penyelidikan MPOB adalah menyeluruh iaitu merangkumi segmen huluan

hingga hiliran. Ini termasuk sektor perladangan, bioteknologi, kejuruteraan ladang, integrasi

tanaman dan ternakan, fitonutrient, biojisim, pengilangan, tenaga hijau, komponen automotif,

makanan dan oleokimia.

Sehingga kini, MPOB telah menghasilkan 673 teknologi dan 179 perkhidmatan, yang

mana 198 teknologi telah berjaya dikomersialkan kepada usahawan atau diguna pakai oleh

industri di dalam negara dan antarabangsa. Antara produk MPOB yang telah berjaya

dikomersialkan ke peringkat global ialah smart balance, palm oil based shortenings, trans free

palm-based shelf-stable margarine formulation, biodiesel dan oil palm phenolics.

Pengkomersilan teknologi telah memberi manfaat kepada peningkatan prestasi industri

sawit negara melalui pelaburan-pelaburan baharu, peningkatan produktiviti dan peningkatan

peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang berteknologi tinggi. Pengkomersilan teknologi

dalam industri sawit turut membuka peluang perniagaan kepada usahawan kita di peringkat

negara dan global.

Page 118: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 117

Manakala bagi industri getah pula, Lembaga Getah Malaysia dan Malaysia Ruber Export

Promotion Council secara aktif menganjurkan pelbagai misi, program dan aktiviti untuk

mengembangkan eksport getah dan produk getah Malaysia ke pasaran global. Kementerian

yakin bahawa kemajuan sektor hiliran melalui peningkatan permintaan terhadap produk getah

bernilai tinggi buatan Malaysia seperti komponen automotif serta produk getah untuk industri

pembinaan dan kejuruteraan akan menggalakkan lagi penggunaan getah tempatan di peringkat

antarabangsa.

Selain itu, kementerian juga berusaha untuk mengukuhkan pasaran besar sedia ada

dengan menawarkan pelbagai produk baru. Baru-baru ini, melalui misi kementerian ke negara

China pada bulan Ogos 2018 yang lalu telah berjaya menghasilkan satu bentuk kerjasama antara

LGM dengan syarikat tempatan negara China dalam teknologi jalan bitumen getah dan juga

automasi dan mekanisasi penorehan getah. Kerjasama ini dipercayai akan juga membantu

kementerian untuk mengkomersialkan produk getah ke pasaran global, selain daripada negara

China.

Selain itu, LGM juga bertindak sebagai Standard Development Agency (SDA) untuk getah

dan barangan getah bagi memastikan produk getah itu berkualiti dan mengikut piawaian

antarabangsa.

Pada masa yang sama, LGM turut aktif di dalam ASEAN Consultative Committee for

Standards and Quality Rubber-Based Product Working Group dalam usaha menghapuskan

halangan teknikal dan mempermudah dagangan di peringkat ASEAN.

Bagi menjawab isu yang keempat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk

Lee Tian Sing dan Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun ingin tahu mengenai

strategi bagi memastikan pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan kementerian untuk

meneroka pasaran baru di peringkat global.

Antara pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan bagi industri sawit yang

dilaksanakan oleh kementerian adalah seperti berikut:

(i) mempergiatkan lagi usaha untuk memajukan industri sektor hiliran sawit

serta memperkasakan sektor ini melalui kaedah mempelbagaikan produk

nilai tambah dengan mempelawa pelabur-pelabur luar bekerjasama

dengan syarikat-syarikat tempatan;

(ii) menyediakan geran pelaburan bagi pengeluaran dan pengkomersilan

produk tambah nilai berasaskan oleokimia dan geran pengkomersilan

fitonutrient sawit bernilai RM100 juta setiap satu serta geran untuk

Page 119: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 118

perusahaan kecil sederhana (SME) yang menghasilkan produk makanan

tambah nilai berasaskan sawit bernilai RM50 juta di bawah RMKe-11.

Dengan adanya bantuan dalam bentuk geran ini Tuan Yang di-Pertua,

dijangkakan para pelabur dapat memperkasakan dan meningkatkan lagi

industri hiliran dan seterusnya dapat terus bersaing di peringkat global;

(iii) merangka strategi pemasaran untuk membezakan hasil sawit Malaysia

dengan negara pengeluar lain melalui peningkatan kualiti dan

pengeluaran produk sawit bernilai tambah tinggi serta mesra alam;

(iv) menganjurkan seminar perdagangan seperti Palm Oil Trade Seminar bagi

mewujudkan jaringan kerjasama dan peluang perniagaan di kalangan

penggiat industri sawit;

(v) melancarkan misi teknikal dan ekonomi ke negara-negara pengguna bagi

meningkatkan permintaan dan penggunaan minyak sawit Malaysia di

samping meneroka pasaran baru;

(vi) melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

secara mandatori bagi memastikan pengeluaran hasil sawit memenuhi

kriteria kemapanan;

(vii) menjalankan kajian saintifik bagi menyampaikan maklumat-maklumat

yang tepat dan menyeluruh mengenai kelebihan, kebaikan dan khasiat

minyak sawit khususnya kepada pengguna; dan

(viii) menganjurkan pelbagai program sempena sambutan 100 tahun industri

sawit Malaysia bagi meningkatkan profil dan jenama sawit Malaysia.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, bagi isu yang kelima yang saya perlu jawab telah

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing berkaitan usaha yang dijalankan

oleh kementerian bersama institusi dan penggiat industri dalam menyumbang kepada

pertumbuhan nilai eksport dan dagangan bagi komoditi sawit dan getah.

Bagi industri sawit, pihak kementerian bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Luar Negeri sentiasa mengetengahkan

produk-produk sawit keluaran Malaysia dalam setiap misi teknikal dan ekonomi di luar negara.

Usaha ini disokong pula melalui promosi berterusan oleh Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di

luar negara bagi meningkatkan kesedaran pengguna berhubung kebaikan produk-produk sawit

negara. Kementerian telah menempatkan pakar-pakar sawit kita di beberapa negara strategik

Page 120: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 119

kepada pasaran sawit Malaysia seperti di Kesatuan Eropah, India, China, Iran, Afrika dan

Amerika Syarikat.

Manakala bagi industri getah pula, pihak kementerian melalui Malaysia Rubber Export

Promotion Council turut menyediakan pelbagai insentif, kajian pasaran dan latihan kepada

penggiat industri mempromosi barangan keluaran masing-masing di peringkat global bagi

meningkatkan nilai eksport negara. Kementerian juga telah menempatkan pakar-pakar dalam

industri getah di beberapa negara strategik kepada pasaran getah Malaysia seperti di Kesatuan

Eropah, China dan Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan jawapan saya yang terakhir ini, saya kira semua isu yang

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi

bin Mohd Yusoff hendak.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh sikit sahaja?

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Silakan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Timbalan Menteri untuk direkod ucapan tahniah sebagai Timbalan Menteri, sangat mencabar.

Soalan saya kepada Timbalan Menteri, sepanjang penjelasan Timbalan Menteri tadi saya yakin

mengenai produk-produk yang bahagian pengkomersilan kerana Malaysia telah lama dalam

industri kelapa sawit.

Akan tetapi mungkin seperti yang Menteri maklum, ada perkara lain yang menjadi

kekangan sehingga menyebabkan pasaran kelapa sawit Malaysia di Eropah disalah fahami atau

pun tidak menerima sambutan yang baik iaitu isu hak asasi manusia. Kerana di Eropah Tuan

Yang di-Pertua, bisnes dan hak asasi manusia sama penting. Jadi, dia akan menilai kita juga

daripada sisi yang lain.

Soalan saya ialah tadi juga mengambil kira soalan sebelum tadi dengan komitmen Menteri

Luar dengan komitmen Malaysia Baharu dengan tahap hak asasi manusia yang ingin

dipertingkatkan. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya mungkin satu strategi

baru bagi menyantuni aspek itu perlu ditingkatkan dan mungkin Timbalan Menteri boleh jelaskan

sikit ya apa yang sebenarnya perlu dilakukan, terutama dalam aspek memastikan bahawa

mereka memahami apa yang berlaku sebenarnya dikatakan sebagai pelanggaran asasi manusia.

Mungkin tidak berlaku tapi perkara itu tidak dijelaskan dengan sebaik mungkin atas kekangan,

Page 121: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 120

mungkin MPO tidak mempunyai kepakaran hak asasi manusia dan sebagainya. Mungkin boleh

beri penjelasan.

■1750

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua,

orang kampung saya di Sitiawan Estate sedang mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri

tetapi nampaknya takkan menggembirakan mereka oleh kerana harga getah RM1.90. Mereka

memohon supaya kerajaan membantu menaikkan harga getah. Kalau boleh RM3.50 esok, oleh

kerana mereka akan menoreh esok.

Jadi nampaknya Tuan Yang di-Pertua, jawapan-jawapan yang agak terlalu teknikal

kepada mereka, tidak membantu penoreh-penoreh getah. Begitu juga dengan pengusaha kelapa

sawit...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Senator.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Kita harap kerajaan

lebih proaktif dan memikirkan bagaimana hendak menaikkan harga getah dan juga sawit ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, kena bagi masa sikitlah kepada

kerajaan baharu...

Tuan Adrian Banie Lasimbang: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Harga getah ini, harga kelapa sawit ini kalau atas tangan mereka,

kerajaan baharu ini sudah esok dia kasi naik RM3.50. Akan tetapi ini harga antarabangsa. Ya,

silakan.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya

ingin tambah juga sedikit soalan berkenaan dengan MSPO. Ini berkaitan dengan pensijilan

minyak sawit kitalah. Jadi apa yang saya mahu tanya, apakah perbezaan antara MSPO dan

RSPO, antara dua sistem pensijilan yang lazimnya digunakan dalam industri sawit?

Jadi bagi saya, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana

penerimaan market ataupun pasaran-pasaran ini terhadap MSPO berbanding dengan RSPO

sebab kami di Sabah kebanyakan industri-industri sawit di Sabah banyak menghala tuju kepada

RSPO. Jadi, adakah implikasi jika kementerian akan menjurus kepada pensijilan MSPO? Terima

kasih.

Page 122: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 121

Tuan Yang di-Pertua: Ya, yang saya tahu Yang Berhormat Senator, bukan kerana hak

asasi. Akan tetapi bolehlah Yang Berhormat Menteri jawab. Ini kerana emission dari kelapa sawit

ini yang menjadi masalah di Europe. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

yang tolong jawab sebahagian... [Dewan ketawa] Ada tiga soalan Tuan Yang di-Pertua, soalan

yang begitu penting. Saya ucap terima kasih Yang Berhormat Senator-senator.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan yang pertama itu sila jawab Yang Berhormat Senator

Laksamana ini.

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Ya, saya boleh jawab. Jangan

bimbang. Yang Berhormat Senator Laksamana, rakan saya. Memang Dewan Rakyat pun sama

juga macam itu. Saya hendak beritahu berita gembira kepada Yang Berhormat Senator, hari ini

harga minyak sawit ini naik RM22. Saya sudah semak tadi. Ada berita gembira untuk orang estet

di Sitiawan. Ada RM22 ya. Getah pun saya semak, harga getah SMR 20 pun meningkat juga.

Mungkin hari ini sebab saya hendak jawab, dia meningkat... [Dewan ketawa]

Akan tetapi betul Tuan Yang di-Pertua. Harga meningkat RM542.98, harga SMR 20. Jadi,

ada peningkatan kerana dari segi getah ini sebenarnya Yang Berhormat Senator pun sedia

maklum, harga getah– saya ambil contoh harga getah dulu. Dari bulan-bulan lapan, sembilan

sehinggalah bulan dua tahun depan, akan ada peningkatan sebab banyak tempat yang

menghasilkan getah ini hujan. Macam di Selatan Thai, hujan. Sebelah utara negara kita nanti

akan mengalami hujan. Jadi bila berlaku hujan dan juga di Indonesia ini berlaku wintering, jadi

hasil produk ataupun stok kita itu akan berkurangan. Bila stok berkurangan, daripada perspektif

teori demand dan supply, harga itu akan meningkat.

Jadi untuk dua atau tiga bulan yang akan datang ini, insya-Allah saya yakin kalau

begitulah aturan secara alaminya, akan berlaku peningkatan harga getah. Bagi sawit, saya sudah

sebut tadi ada peningkatan yang cukup baik. Kita harap ia akan berterusan. Cuma saya hendak

sebut begini bagi harga getah ini, ada cadangan misalnya untuk meningkatkan paras harga getah

itu ke harga lantai, RM3, RM3.50 atau RM4. Kita sudah buat kajian dari segi perbelanjaan.

Perbelanjaan yang akan dibiayai oleh kerajaan untuk katalah RM3, kita naikkan RM3, belanja

yang terpaksa kita keluarkan Tuan Yang di-Pertua sudah mencecah hampir RM1.8 bilion.

Saya baru-baru ini turun ke Machang dan bertemu dengan penoreh-penoreh kerana dapat

laporan dan berita penoreh-penoreh di sana hendak gantung pisau toreh, sudah tidak mahu

menoreh lagi sudah. Jadi masalah juga kepada kita. Jadi kita pergi bertemu dan membuat

engagement ataupun mendengar pendapat mereka. Ada pandangan daripada misalnya

Page 123: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 122

Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera yang memberikan cadangan kepada kita, kalaupun

hendak beri bantuan ataupun insentif, jangan bagi kepada semua orang.

Kadang-kadang ada yang ‘tuan punya tanah kedaung’ ini Tuan Yang di-Pertua, dia duduk

rumah tetapi getah, orang lain toreh. Kita hendak bagi itu kepada mereka yang betul-betul terlibat,

yang menoreh dan sebagainya. Jadi harap itu boleh kita kaji sekarang ini kerana kita tahu

kedudukan kewangan negara, kita perlu sesuaikan dengan permintaan daripada rakyat, agar kita

dapat pendekatan ataupun strategi menang-menang supaya kedua-dua pihak akan dapat

manfaat.

Kedua soalan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, RSPO

dan MSPO. Memang dari segi pensijilan, RSPO ini lebih awal. Cuma kita memahami bahawa

dari segi perspektif industri sawit ini, Malaysia punya komitmen ialah untuk memastikan kita ikut

UNSDG, keperluan UNSDG iaitu kita mahu supaya industri sawit ini dapat membantu rakyat

meningkatkan lagi ataupun merapatkan lagi jurang kemiskinan. Malah laporan World Bank juga

memperakui bahawa industri sawit ini boleh membantu menyelesaikan masalah kemiskinan di

kalangan rakyat dan kita juga mahu ia industri yang sustainable, mampan, ia lestari dengan alam

sekitar dan sebagainya.

Sebab itulah kita mengemukakan pensijilan kita sendiri iaitu MSPO kerana RSPO ini ia

lebih kepada business to business, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan ia mengenakan

bayaran yang tinggi dan ini tentunya akan memberikan kesan dan tekanan ekonomi kepada

pekebun-pekebun kecil. Kita ada 650,000 pekebun-pekebun kecil dan komitmen kerajaan ialah

untuk memastikan 650,000 pekebun-pekebun kecil ini kita bela. Kalau kita memperkenalkan

pensijilan yang akan memberikan tekanan dari segi biaya kepada mereka, ini tentunya tidak

viable, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Sebab itulah kita bagi maksud menyempurnakan misi kita agar kita dapat memastikan

industri sawit ini dapat lestari, dapat ke depan dan sebagainya, kita memperkenalkan MSPO ini

supaya ia dapat memastikan elemen-elemen sustainable itu sesuai dengan keperluan UNSDG

dapat kita sempurnakan.

Terakhir, bagi menjawab soalan sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Mohd

Yusmadi, saya tahu bahawa isu hak asasi manusia ini antara perkara isu yang dimainkan

terutamanya di peringkat di Eropah. Kita memang sentiasa menangani perkara ini dengan

membuatkan beberapa engagement. Kita membuat engagement dengan pelbagai coalition of

NGOs, dengan izin di Eropah.

Page 124: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 123

Kalau kita klik sekarang ini Google tentang industri sawit ini, kita akan nampak imej-imej

yang very negative macam imej orang utan dan sebagainya. Ini kita jawab dengan melakukan

engagement dan juga kita melakukan tindakan-tindakan yang boleh memulihkan persepsi

bahawa itu tidak benar sama sekali. Kita ada keperluan dariPADA segi UNSDG ini, kita bergerak

ke arah itu. Oleh sebab itulah kita merasakan bahawa engagement seperti ini perlu dilakukan

dalam skala yang lebih besar.

Misalnya, Malaysia pada tahun ini akan menjadi pengerusi kepada Council of Palm Oil

Producing Countries (CPOCC). Kita ada Indonesia, kita ada Malaysia. Kedua-dua negara ini

kalau bergabung, Indonesia dan Malaysia ini kita mengeluarkan 85 peratus daripada minyak

sawit seluruh dunia. Jadi kalau kita collaborate, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, usaha ini

tentunya akan mencapai kejayaan terutamanya dalam menangani masalah pasaran kita di

Europe dan sekarang ini kita baru dapat juga permintaan dari Columbia untuk bersama-sama

dengan kita. Kalau kita work as a team dengan ini, ini tentunya akan dapat menjernihkan lagi

persepsi negatif yang cuba dipaparkan ataupun yang cuba dirosakkan oleh mereka yang tidak

bertanggungjawab di sebelah sana.

Ini kerana pada kita, minyak sawit ini tidak boleh ada elemen discriminative di pasaran

antarabangsa. Kita mesti sama dengan minyak-minyak yang lain. Jadi kenapa minyak soya dan

sebagainya tidak diberi tekanan dengan sebegitu rupa berbanding minyak sawit ini. Oleh sebab

itulah kita komited dengan perkara ini dan insya-Allah, saya sebutkan tadi pelbagai usahalah,

terlalu banyak usaha yang telah saya sebutkan tadi. Mudah-mudahan ia akan mencapai

kejayaan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada lagi soalan-soalan, saya ucapkan sekali lagi terima

kasih kepada semua isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan Titah

Diraja. Saya amat menghargai setiap saranan, cadangan dan pandangan Ahli Yang Berhormat

Senator dalam Dewan yang mulia ini. Sehubungan itu, saya bagi pihak Kementerian Industri

Utama mengucapkan terima kasih dan insya-Allah, kita akan mengambil tindakan susulan

sewajarnya terhadap semua isu, saranan dan cadangan yang telah dibangkitkan dalam

perbahasan ini.

Cuma sedikit saja Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta oleh kerana rakyat Malaysia

juga melihat perbahasan ini secara live, jadi saya hendak rayu supaya rakyat kita akan terus

memberi sokongan kepada usaha terutamanya komoditi kita. Dalam hal ini, saya hendak

galakkan rakyat terus menggunakan minyak sawitlah. Jangan guna minyak yang lain lagi sudah

termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dalam Dewan ini.

Page 125: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 124

Senyum si dara hati terpikat; Bila dikejar dia lari;

Minyak sawit banyak khasiat; Harap diguna setiap hari.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Dewan tepuk]

■1800

Tuan Yang di-Pertua: Tahniah Yang Berhormat sahabat lama saya.

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan

Perubahan Iklim.

6.00 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

[Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu

saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka

Baginda yang di-Pertuan Agong yang telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh bidang

kuasa dan peranan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

(MESTECC).

Isu ramalan cuaca, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri

Khairudin Samad yang telah membahaskan isu mengenai ketepatan ramalan cuaca di negara

ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, kalau Ahli Yang Berhormat Senator tidak

ada dalam Dewan boleh beri secara bertulis.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Ini saya hendak mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

Senator, apabila bahas kena berada dalam Dewanlah apabila Yang Berhormat Menteri hendak

jawab. Dia tidak ada.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: So, saya pergi next. Yang

Berhormat Senator Datuk Paul Igai.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai pun tidak ada. Yang

Berhormat Menteri kena beri secara bertulis kepada Yang Berhormat Senator.

Page 126: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 125

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Boleh, boleh. Yang Berhormat

Senator Datuk Lim Pay Hen.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen pun tidak ada. Kalau

tidak ada seorang pun bacalah yang akhir itu.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Akhir ada [Ketawa] Yang

Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin juga.

Tuan Yang di-Pertua: Dia masuk kot. Tidak ada.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Kalau macam itu saya ingat yang

terakhir Yang Berhormat Senator Gundohing Tuan Adrian Banie Lasimbang yang [Ketawa]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: ...Bertanya tentang komitmen

negara terhadap pengurangan pelepasan intensiti gas rumah kaca di bawah perjanjian

antarabangsa. Malaysia telah mengemukakan intended Nationally Determined Contributions

(NDC) kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(UNFCCC) pada 27 November 2015.

Menurut NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas

rumah kaca green house gases (GHG) sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam

Negara Kasar (GDP) menjelang tahun 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005.

Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35 peratus akan dilaksanakan tanpa syarat,

manakala baki 10 peratus lagi bersyarat iaitu tertakluk kepada penerimaan peruntukan

kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.

Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan 12

program dan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor

utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan

pertanian. Antara program dan inisiatif tersebut adalah:

(i) menggalakkan penjanaan Tenaga Boleh Baharu melalui mekanisme feed-

in tariff (FIT) dan di luar mekanisme FIT;

(ii) menggalakkan aktiviti kitaran semula pembuangan sisa organik di dalam

tapak pelupusan;

(iii) mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas

rumah kaca;

(iv) membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel; dan

Page 127: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 126

(v) menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan

pengangkutan awam.

Tindakan mitigasi yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah

kaca di bawah perjanjian Paris secara tidak langsung menyumbang kepada pencapaian negara

bagi Gol 13, climate action di bawah Sustainable Development Goals. Kalau Gundohing Yang

Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang sahaja yang hadir di sini maka nampaknya itu

sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Dia ada hendak celah, Yang Berhormat Senator hendak celah

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Boleh saya celah sedikit Yang Berhormat Menteri? Ini

berkaitan dengan disebut tadi berkenaan FIT, feed-in tariff.

Oleh sebab FIT bagi saya adalah satu cara untuk kita meningkatkan penggunaan ataupun

adaptation of renewable energies, dengan izin. Akan tetapi apa yang saya nampak adalah kuota-

kuota FIT ini sekarang ini sangat terhad. Apakah kuota ini akan ditingkatkan lagi untuk lebih

banyak sistem renewable energy khasnya teknologi- solar power untuk dimasukkan dalam sistem

grid.

Kemudian, dalam bahas saya ada juga menyentuh sedikit tentang penyelarasan di antara

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan kementerian ini berkenaan

teknologi yang sesuai digunakan untuk menangani bekalan elektrik luar bandar. Oleh sebab saya

dapati bahawa terdapat detachment antara dua kementerian ini. Apabila kementerian

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan bekalan elektrik luar bandar, teknologi

yang digunakan untuk tujuan itu banyak gagal.

Apa yang menyedihkan adalah teknologi-teknologi ini bukan murah, teknologi yang

diimport dari luar negara. Jadi, adakah kementerian mempunyai satu tindakan untuk memastikan

ada synergy antara dua kementerian untuk memastikan teknologi yang akan digunakan untuk

bekalan elektrik luar bandar itu bersesuaian dan tidak merugikan duit rakyat? Itu sahaja, terima

kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Soalan tentang FIT itu sekejap

kalau saya dapat ini. Berkenaan dengan...

Tuan Yang di-Pertua: Kesinambungan kedua-dua kementerian.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Ya, kesinambungan kedua-dua

kementerian. Bekalan elektrik luar bandar ini salah satu juga yang selalu dalam hati saya kerana

Page 128: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Dewan Negara. Teruskan memberikan kerjasama. Teruskan memberikan kerjasama. JAWAPAN-JAWAPAN

DN. 5.9.2018 127

saya juga berasal daripada luar bandar, daripada Sabah. MESTECC dan juga Kementerian

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah saya rasa kita juga ada perbincangan di antara dua

kementerian ini.

Saya bersetuju dengan Gundohing Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie

Lasimbang bahawa you know, apabila kita bangunkan sesuatu di kawasan luar bandar

terutamanya, kita sepatutnya melakukan yang terbaik supaya semua orang di seluruh Malaysia

ini dapat menikmati apa yang sepatutnya.

Untuk FiT ini, buat masa ini tidak ada cadangan untuk meningkatkan kuota FIT.

Selebihnya saya mohon Tuan Yang di-Pertua yang mungkin saya terlepas di sini, saya beri

jawapan bertulis. Termasuklah mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang bertanya soalan

awal tadi saya bagi jawapan yang bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Jawapan secara bertulis itu akan lebih terperinci berkenaan

dengan FiT ini dan sebagainya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi,

pada hari Khamis, 6 September 2018.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.08 petang]