buletin - jpph.gov.my · salam sejahtera, pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua...

36

Upload: duongkhanh

Post on 09-Aug-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

BULETIN JPPHEdisi 2/2015 Mei - Ogos 2015

♦ Sambutan Hari JPPH ke - 58 ♦ Penganjuran Asean Valuers Association (AVA) ♦ Pensidangan Pengarah Penilai Daerah

ke - 69

Page 2: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

2

3

Tinta Ketua Editor Salam Sejahtera

Selamat bersua kembali dalam siri pembacaan dan berkongsi maklumat melalui Buletin Baru

JPPH Edisi 2/2015 yang memberi tumpuan kepada pelaporan aktiviti

dalam tempoh Mei hingga Ogos 2015. Ini merupakan penerbitan untuk suku

kedua yang menyajikan peristiwa penting yang berlaku dalam tempoh tersebut. Bagi pihak editor dan sidang pengarang, saya merakamkan terima kasih kepada INSPEN yang bertungkus lumus menyiapkan kerja percetakan dan penerbitan sebaik mungkin. Juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buletin ini.

Sementara itu, dalam ruangan fokus berita JPPH, sebanyak tujuh (7) program utama telah dimuatkan. Ini termasuk program kerjasama hubungan luar dan rantau ASEAN seperti Pra Kongres Persidangan Asean Valuers Association (AVA) ke 19 Malaysia Chapter di Langkawi dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) telah diberi liputan yang meluas.

Selain daripada itu, paparan info dan aktiviti di Pejabat JPPH seluruh negara telah disusun dan dikemaskini mengikut zon yang diwakili oleh negeri-negeri yang terlibat dengan paparan yang penuh ceria.

Memandangkan laporan dalam suku kedua ini melewati musim perayaan, JPPH mengajak pembaca untuk bersama merasai kemeriahan sambutan dengan pelbagai wajah yang penuh kebahagian serta kegembiraan.

Akhirnya di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi dan semua pihak yang sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penerbitan jabatan ini. Sebarang cadangan dan komen tuan/puan boleh dikemukakan ke laman web http://www.jpph.gov.my Sekian, terima kasih.

Norhisham bin Shafie

Tinta Ketua Editor

PENAUNGTuan Haji Faizan bin Abdul Rahman

PENASIHATTuan Haji Nordin bin Daharom

KETUA EDITORNorhisham bin Shafie

EDITORAyub bin Ngah

Norhaznan bin Nawawi

URUSETIA DAN REKA GRAFIKNorafni Juliana binti Mahmud

SIDANG PENGARANGKartini binti Haron

Fatihah @ Fatimah binti OmarNoor Farah Mariana binti Othman

Zuraida binti Abu ZaidNur Shazwani binti BaharudinInna Mazlin binti Eng @ Ismail

JURUFOTOMohd Haziq bin Abd. Aziz

Hirman bin JamilAzizul bin Mohd Ia

Muhammad Zaid bin Hussain

DITERBITKANBahagian Perancangan Korporat

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerian Kewangan

PERCETAKAN2Unit Penerbitan dan Media

INSPEN

Sidang Editorial

Bahagian Perancangan KorporatJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kementerian Kewangan MalaysiaAras 8, Perbendaharaan 2No. 7 Persiaran PerdanaPresint 2, 62592 Putrajaya

Tel : (603) 8886 9000Fax : (603) 8886 9001

Portal : www.jpph.gov.my

Buletin JPPH diterbitkan 3 kali setahun. Hak cipta terpelihara. Sidang Editorial berhak melakukan penyuntingan terhadap tulisan yang diterima untuk penyiaran selagi tidak

mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak boleh diterbitkna semula tanpa kebenaran

Ketua Editor.

Segala informasi berkaitan JPPH boleh dihantar melalui e-mail kepada

[email protected]@jpph.gov.my

[email protected]

Page 3: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Dari Meja Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Eksklusif

Salam Sejahtera,

Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru JPPH siri ke-2 tahun 2015 ini. Sebenarnya buletin ini telah dirancang untuk dikeluarkan tiga kali setahun meliputi setiap empat bulan sekali. Justeru, pelbagai penambahbaikan telah dimuatkan untuk memberi informasi terperinci dan menyeluruh kepada, agensi, jabatan, Kementerian dan pihak-pihak yang lain. Selaras dengan hasrat kementerian Kewangan yang menjalankan program transformasi MOF, JPPH komited menyokong, melaksana dan terus bersama menyumbang keperluan dalam arus transformasi tersebut. Dengan hasrat mencapai kepuasan pelanggan dan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan bersifat dinamik, JPPH sentiasa bergerak aktif mencari kaedah terbaik dalam meningkatkan tugas penilaian. Misalnya penambah baikan kepada Sistem Maklumat Penilaian atau Valuation Information System (VIS), Sistem GIS dan Sistem Pengurusan Dokumen Duti Setem (SPDDS). Hasil daripada peningkatan sistem sedia ada ini mampu mempercepat dan menambahkan kecekapan dalam proses membuat penilaian.JPPH meneruskan usaha pemantapan penilaian di peringkat negara ASEAN dengan menjadi tuan rumah kepada penganjuran Pra Kongres Persidangan Asean Valuers Association (AVA) ke 19 Malaysia Chapter, bertempat di Langkawi. Persidangan ini mengfokuskan tema “1Asean Valuers Community : A way Forward”. Pelbagai kertas kerja, laporan setiap negara Asean dan seminar telah dapat mengenalpasti isu-isu yang dikongsi bersama dan merumuskan kaedah untuk mengatasinya. Peluang ini cukup bermakna buat Malaysia untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang membanggakan. Saya yakin segala perancangan dan pelaksanaan yang sedang giat berjalan sekarang mampu mengubah amalan kerja yang lebih efisyen. Sebarng kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam buletin ini dimohon kemaafan dan diucapkan selamat maju jaya.Sekian, terima kasih.

Haji Faizan bin Abdul RahmanKetua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Page 4: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

4

5

Sambutan Hari JPPH Ke - 58 &MoU ANTARA JPPH, UTM DAN UiTM

Pada 1 Jun 2015, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah menyambut ulang tahun JPPH ke - 58 yang telah dijadikan sebagai acara tahunan. Kewujudan Jabatan yang menyamai tempoh kemerdekaan negara telah menyumbang banyak jasa dalam arus pembangunan harta tanah negara. Sambutan Hari JPPH ini telah diisi dengan pelbagai program iaitu antaranya ialah Pertandingan Sayembara Menulis Sajak yang dibuka kepada seluruh warga JPPH yang bermula 1 Jun hingga 3 Julai 2015.

Hari Bertemu Pelanggan Seluruh Negara diadakan pada 15 Jun 2015, telah mengerakkan semua Pejabat JPPH membuka kaunter pelanggan untuk memberi peluang kepada orang ramai membuat sebarang urusan di Pejabat JPPH secara bersemuka. Sambutan yang diberikan adalah menggalakkan.

Pengisian lain ialah pada 4 Jun 2015, JPPH telah merasmikan Sambutan Hari JPPH ke-58. Antara pengisian program ialah menjalin kerjasama dengan Institut Pendidikan Tinggi Awam. Pertama dengan Menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kedua dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dibuat di Hotel Bayview, Langkawi, Kedah. Kerjasama secara langsung ini adalah dalam bidang penilaian, penyelidikan, latihan dan

akademik.

Usaha ke arah memuktamadkan MoU di antara JPPH, UTM dan UITM ini telah melibatkan beberapa proses antara Penasihat Undang-Undang Kementerian Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Universiti yang mengambil masa hampir dua tahun. Hasilnya persetujuan tersebut dicapai dengan termetranya MoU yang dibuat secara penuh semangat kerjasama di majlis Sambutan Hari JPPH ke-58.

Dalam majlis perasmian ini juga, diadakan pelancaran Buku Manual Loji dan Jentera yang turut disaksikan oleh para jemputan khas daripada agensi kerajaan peringkat negeri Kedah dan di daerah Langkawi. Ianya telah disempurnakan oleh Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Fokus

Page 5: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Fokus

Page 6: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

6

7Asean Valuers Association (AVA), Malaysian Chapter Pre Congress Meeting ke-19, telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Negeri Kedah pada 2 Jun 2015 di Langkawi Kedah. Kongress ini berlangsung pada 31 May hingga 3 Jun 2015 di Hotel Bayview, Langkawi. Beliau dalam ucapan perasmiannya mengharapkan penganjuran AVA ini dapat menepati kehendak para negara anggota dalam memainkan peranan penting peningkatan kerjaya penilaian di peringkat ASEAN. Ianya boleh menjadi platform kerjasama dan perkongsian idea, kepakaran, ruang pasaran harta tanah serantau serta aktiviti urus niaga merentasi sempadan.

Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Haji Faizan bin Abdul Rahman selaku pengerusi Asean Valuers Association (AVA) Malaysian Chapter Pra Congress ke-19 telah mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli negara ASEAN ke Malaysia. Dalam ucapan aluan, Haji Faizan bin Abdul Rahman sebagai tuan rumah telah menyatakan tema yang dipilih ialah 1 Asean Valuers Community : A Way Forward. Tema ini mempunyai objektif tersendiri untuk dicapai melalui persefahaman bersama, perkongsian maklumat, pengetahuan, pengalaman dalam bidang berkaitan profesion penilaian antara negara anggota.

Pelaksanaan Pra Kongres dan perhimpunan agong AVA ini dibuat dua tahun sekali secara bergilir antara negara-negara anggota ASEAN yang menyertainya.

Sebanyak lapan buah negara iaitu Brunei, Combodia, Indonesia, Malaysia, Philipines, Singapore, Thailand dan Vietnam telah mengambil bahagian dalam kongres ini dengan semua negara telah diberi peluang untuk membentangkan laporan masing-masing.

Dalam sesi seminar pembentangan kertas kerja bersama, tiga tajuk di bawah sub tema AVA telah dibentangkan. Pertama Cros-Border Valuations : Challenges and Practices oleh Brunei, Philipines dan Thailand. Kedua Emerging Issues in Real Estate oleh negara Vietnam, Indonesia dan Cambodia. Ketiga ialah Policy and Practice Issues in the Provision of Property Management Services oleh Malaysia dan Singapore. Semua negara berpeluang untuk mengemukakan pertanyaan dan penjelasan mengenai tajuk pembentangan kertas kerja tersebut. Sementara itu, pada hari terkahir program ini peserta AVA telah membuat lawatan teknikal ke Kilim Geoforest Park, Langkawi Craft Complex dan Gamat Factory.

Penganjuran Asean Valuers Association (AVA)MALAYSIAN CHAPTER PRE CONGRESS MEETING KE - 19

Fokus

Page 7: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Fokus

Page 8: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

8

9Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah JPPH Ke-69 telah diadakan di Bayview Hotel Langkawi pada 3 hingga 4 Jun 2015. Tuan Haji Faizan bin Abdul Rahman, selaku Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang Ke-11, telah mempengerusikan persidangan ini buat pertama kalinya setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada bulan Mac lalu.

Dalam persidangan ini, sejumlah 30 laporan dan kertas kerja telah dibentangkan bagi tujuan pemakluman dan perbincangan. Bahagian Penilaian dan Perkhimatan Harta membentangkan sembilan kertas kerja/ laporan, manakala Bahagian Khidmat Pengurusan 10 kertas kerja/ laporan. Tuan Haji Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) telah menyampaikan taklimat mengenai ‘Cadangan Penyusunan Semula Struktur Organisasi’ dan ‘Laporan Audit Mengenai Pengauditan Pengurusan Aset’. Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Integriti dan Audit Tenikal, Bahagian Perancangan Korporat dan NAPIC masing-masing membentangkan satu laporan. INSPEN pula membentangkan dua kertas pemakluman dan satu kertas perbincangan. Tuan Haji Md. Badrul Hisham bin Awang, Pengurus Projek Pasukan VIS

Baru membentangkan kertas pemakluman Pasukan VIS Baru Tahun 2015 dan diakhiri dengan kertas kerja oleh Puan Sugasni Gunasaigaran (JPPH Kuala Lumpur) bertajuk ‘The Impact Of Job Stress Towards Employee Turnover Intention Among The Valuers In Valuation and Property Services Department, Malaysia’.

Serentak dengan itu, mesyuarat teknikal dan keselamatan turut diadakan yang melibatkan sebahagian besar ahli persidangan menghadirinya. Bagi ahli keluarga persidangan juga diatur beberapa program menarik dengan lawatan, menaiki bot, sesi bermaklumat di lokasi-lokasi bersejarah dan acara riadah.

Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah Ke-69JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Fokus

Page 9: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Fokus

Fokus

Page 10: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

10

11

Pada 18 Mei 2015, Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta bersama dengan Pengarah Penilaian Negeri Selangor, Dr. Zailan binti Mohd Isa telah bersiaran secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1. Rancangan ini yang bermula pada 8.00 pagi hingga 8.30 pagi adalah khusus untuk mempromosikan penganjuran Asean Valuation Association (AVA) Malaysian Chapter ke - 19 dan Pre Congress Meeting di Langkawi. Program AVA ini bermula pada 31 May hingga 3 Jun 2015 bertempat di Hotel Bayview, Langkawi Kedah.

JPPH melalui Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah menjadi Pengerusi AVA Malaysian Chapter yang sekali gus menjadi tuan rumah untuk Pre Congress Meeting ke - 19. Dalam promosi ini, Haji Faizan bin Abdul Rahman telah berkongsi dengan para penonton tentang tujuan AVA itu sendiri, peranan, fungsi, sumbangan AVA dan perkongsian maklumat atau kepakaran dalam mengurus kerja penilaian harta tanah di kalangan negara anggota.

Sementara itu Dr. Zailan binti Mohd Isa yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pra Kongres AVA ke - 19 telah berkongsi maklumat dengan paparan aktiviti yang berlaku sepanjang 4 hari program AVA ini berlangsung telah menyentuh

bagaimana peranan AVA ini dalam lingkungan negara ASEAN mengurus dan membangunkan harta tanah secara perkongsian ilmu yang menjurus ke hadapan.

KPPPH Bersiaran di RTM 1 SELAMAT PAGI 1MALAYSIA (SP1M)

Fokus

Page 11: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Wawancara Khas KPPPHRADIO MALAYSIA LANGKAWI FM

Pada 1 Jun 2015, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah bersiaran dalam Wawancara bersama Radio Malaysia Langkawi FM. Tuan Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah diwawancara oleh juruhebah bertugas Encik Abdullah bin Awang (AA) selama 30 minit dalam segmen wawancara khas. Ini merupakan pertama kali JPPH bersiaran di stesen radio tersebut yang mendapat kerjasama erat daripada pihak Radio Malaysia Langkawi FM. Wawancara ini adalah bersempena pengisian salah satu aktiviti Sambutan Hari JPPH ke-58 yang disambut setiap kali menjelang bulan Jun setiap tahun.

Pihak Radio Malaysia Langkawi FM telah menemuramah Ketua Pengarah selama 30 minit melalui pendekatan perkongsian maklumat dengan para pendengar khususnya di Negeri Kedah dan Pulau Langkawi. Sepanjang bersiaran ini, pihak JPPH telah menyampaikan banyak maklumat tentang peranan, fungsi, tugas dan aktiviti utama Jabatan dalam memberikan perkhidmatan penilaian harta tanah. Juga diceritakan peranan Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang merupakan salah satu bahagian di JPPH sebagai sebuah Institut Latihan Awam (ILA) di bawah program 1MTC.

Turut dikongsikan ialah pengisian beberapa

program Sambutan Hari JPPH seperti dimaklumkan pertandingan sayembara menulis Sajak, mengadakan kerjasama persefahaman MoU dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam, pelancaran Buku Manual Loji dan Jentera, Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah ke-69 serta penganjuran Hari Bertemu Pelanggan JPPH seluruh negara.

Penghujung rancangan ini, pihak JPPH dapat menjelaskan secara ringkas harapan dan hala tuju Jabatan menuju ke matlamat mencapai negara maju dengan memastikan perkembangan harta tanah dalam negara dapat di urus dengan lebih baik.

Fokus

Page 12: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

12

13

Seramai 18 orang peserta daripada luar negara dan seorang peserta daripada Sarawak telah mengikuti Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) atau Malaysian Technical Coorporation Programme yang bermula pada 27 Julai hingga 21 Ogos 2015 bertempat di INSPEN. Program tahunan ini merupakan kerjasama teknikal Malaysia dengan ketua negara-negara selatan yang sedang membangun. Antara negara yang menyertai MTCP kali ini ialah Azerbaijan, Uzbekistan, Sri Lanka, Uganda, Solomon Islands Papua New Guinea, Kenya, Brunei, Bangladesh, Zambia, Pakistan, Indonesia, Maldives dan Malaysia sendiri.

Sepanjang 26 hari para peserta berada di INSPEN, mereka didedah dan diberikan pengetahuan khusus tentang tugas penilaian yang merangkumi, undang-undang dan pentadbiran tanah, peranan INSPEN, industri harta tanah, kaedah pelaburan, bentuk aliran tunai, kaedah penilaian, pengambilan tanah dan penilaian loji dan jentera. Para peserta juga

dibawa melawat ke sekitar Putrajaya, Wisma Putra, pasar tani, pusat perniagaan, kilang kelapa sawit, pusat rawatan air dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan.

Dalam pengisian program ini juga, para peserta dibawa melawat ke Ibu Pejabat JPPH. Beberapa tajuk taklimat didedahkan kepada mereka iaitu pengenalan kepada Jabatan dan aktiviti yang dilaksanakan. Disamping didedahkan dengan maklumat peranan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia dalam pembangunan industri harta tanah di negara ini.

Di penghujung kursus, mereka dikehendaki membuat pembentangan kertas kerja hasil pembelajaran yang diperolehi sepanjang berkursus di sini dan akan dinilai oleh para pegawai kanan Ibu pejabat.

Lawatan Ilmiah MTCP ke JPPH MALAYSIAN TECHNICAL CORPORATION PROGRAMME

Fokus

Page 13: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

MAKSUD NILAIAN(UNIT)

TEMPOH (%) (%)

Info JPPH

Page 14: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

14

15

AJK AKRAB JPPH 2015/2016

AKTIVITI AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)/ JABATAN PERKHIDMATAN AWAM(JPA)

Program Gerak Kerja Pasca AKRAB MOF Bil 1/2015 telah diadakan pada 27 – 29 Mac 2015 di Kampung Gintong, Jerantut, Pahang.

Konvensyen AKRAB 2015 pada 8 Mei 2015 di INSPEN dengan tema Psikologi Media: Integriti Jemari Global Anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) bersama MOF, KBS dan MOSTI.

PENASIHATTuan Haji Nordin Daharom

TKPP (Pengurusan)

PENAUNGTuan Haji Faizan Abdul Rahman

KPPPH

PENYELARASPuan Bibi Farzana Hussain Ahmad

Kaunselor INSPEN

PENGERUSIEncik Khalid Ibrahim

TIMBALAN PENGERUSIPuan Kartini Nordin

SETIAUSAHAPuan Sharmila Husain

PENOLONG SETIAUSAHAPuan Azlina Mohamed Nor

BENDAHARIPuan Kartini Haron

PENOLONG BendahariPuan Noraslinda Raub

AHLI JAWATANKUASA

Biro Pameran dan PromosiKetua : Haji Ad’nan Mohd NordinPenolong : Encik Lotfiamil Yazid

Biro Dokumentasi dan PenerbitanKetua : Puan Rahimah binti Usman

Penolong : Haji Johari Ibrahim

Biro SosialKetua : Puan Vedawayati Jumat

Penolong : Encik Mohd Termizi Md Akhir

Biro KebajikanKetua : Encik Mokhtar Omar

Penolong : Puan Norhidayah Ibrahim

Biro Pembangunan DiriKetua : Encik Mohd Ikram MahatPenolong : Puan Zaidah Yaacob

Info JPPH

Page 15: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Aktiviti Senamrobik bersama YBrs. KPPPH dan Pengurusan Tertinggi Jabatan pada 14 April 2015 (Perasmian @ INSPEN), 22 Mei 2015 (Perbendaharaan 2) & 10 Ogos 2015 (INSPEN).

Program Pasca AKRAB MOF Bil 2/2015 diadakan pada 18 – 20 Ogos 2015 di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak.

Program Outreach Unit Pengurusan Psikologi (UPP)MOF di JPPH Melaka pada 10 Jun 2015.

Program Bowling AKRAB JPPHBowling AJK AKRAB bersama Pengurusan Tertinggi JPPH pada 10 April 2015 di ARL Bowl Alamanda, Putrajaya. Liga Bowling JPPH AKRAB dengan kerjasama KESUPEN Ibu Pejabat.

Info JPPH

Page 16: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

16

17

ZON UTARA(Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang)

1. Hari bertemu pelanggan telah diadakan pada 15 Jun 2015 (Isnin) bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di JPPH Kulim bertujuan untuk menerangkan segala persoalan oleh pelanggan berkaitan maklumat harta tanah dan penilaian harta tanah di Daerah Kulim dan Daerah Bandar Baharu.

2. MajlisJamuanHariRayaAidilfitri2015telahdiadakanpada12Ogos2015(Rabu)diJPPHKulimbermuladaripukul11.00 pagi hingga 3.00 petang. Majlis ini dihadiri oleh staf JPPH Kulim, ahli keluarga terdekat, jemputan daripada JPPH Alor Setar, JPPH Sungai Petani, JPPH Seberang Perai, JPPH Pulau Pinang, jabatan-jabatan kerajaan sekitar Daerah Kulim dan tetamu daripada kejiranan pejabat JPPH Kulim. Terdapat pelbagai menu yang dihidangkan seperti ketupat, rendang, sate, nasi himpit, kuih muih dan lain-lain.

3. Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung ini dihadiri oleh staf JPPH Kulim bagi menghargai jasa 3 orang staf JPPH Kulim yang akan bersara pada tahun 2015 dan 2016 pada 23 Ogos 2015 (Ahad) di Kulim Golf & Country Resort bermula 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.

2

1 2

JPPH Langkawi

JPPH Sana Sini

JPPH Kulim

341

2

1. Persidangan 19th Pre-Congress Asean Valuers Association (AVA) telah diadakan di Hotel Bayview, Langkawi pada 31 Mei hingga 3 Jun 2015. Penilai Daerah dan beberapa orang staf telah menjadi AJK Pendaftaran. Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah Kali Ke 69 telah diadakan Di Hotel Bayview, Langkawi pada 3 hingga 5 Jun 2015. Staf JPPH Langkawi terlibat secara langsung menjayakan persidangan tersebut. Sambutan ulangtahun JPPH ke 69 turut diadakan pada 5 Jun 2015 di Hotel Bayview, Langkawi.

2. Majlis berbuka puasa bersama keluarga staf diadakan di Restoran Bamboo dengan kerjasama KESUPEN pada 8 Julai 2015.

3. PemberiansumbangansempenaAidilfitriberupawangkepadagolonganfakirmiskinpada18Julai2015.

31

3

Page 17: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

1. Sempena sambutan Hari JPPH ke – 58 pada tahun ini, salah satu program yang telah diadakan adalah Program Hari Bertemu Pelanggan JPPH seluruh Malaysia yang diadakan secara serentak. Objektif Hari Bertemu Pelanggan adalah untuk memberikan kemudahan khidmat nasihat secara serta-merta dan menyediakan kemudahan untuk pelanggan berkomunikasi dengan warga Jabatan. Selain daripada membudayakan amalan layanan mesra pelanggan, program ini juga akan dapat meningkatkan lagi imej Jabatan secara keseluruhannya JPPH Negeri Pulau Pinang dan JPPH George Town telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan di Tingkat 3, Bangunan KOMTAR pada 15 Jun 2015. Disamping itu aktiviti dalaman juga diadakan seperti Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu JPPH, Treasure Hunt serta ceramah motivasi yang disampai oleh penceramah jemputan iaitu Encik Rozaidi bin Abdul Rahim Razali dari Institut Integriti Negeri Pulau Pinang.

2. Lawatan kerja Tuan Haji Nordin bin Daharom ( TKPP(P)) ke JPPH Pulau Pinang pada 10 Julai 2015 ( Jumaat).3. Lawatan Library 2U dari INSPEN pada 5 Ogos 2015 (Rabu). Hakikatnya Library 2U bergerak ini bertujuan mendekatkan

koleksi Perpustakaan INSPEN kepada warga JPPH seluruh negara. Objektifnya mahu mempromosi perkhidmatan terkini disedia oleh Perpustakaan INSPEN untuk makluman serta memantapkan budaya membaca dikalangan warga JPPH.

1 2 3 4

JPPH Negeri Pulau Pinang

JPPH Sana Sini

“If you have a strong commitment to your goals and dreams, if you wake up every day with a passion to do

you job, everything is possible”

Page 18: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

18

19

ZON SELATAN(Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

1. Sesi Taklimat Pembangunan Selat Johor Tuan Haji Ahmad bin Ab. Majid daripada Mega Rancang Sdn. bhd. yang telah diadakan pada 10 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Mustika JPPH Johor.

2. Majlis Sambutan Hari JPPH ke - 58 Peringkat Negeri Johor dan Hari Bertemu Pelanggan 2015 telah diadakan pada 15 Jun 2015 di JPPH Negeri Johor. Antara aturcara pada hari tersebut ialah ucapan perasmian oleh Puan Rasidah binti Isnin, pemangku Pengarah Penilaian Negeri Johor manakala penceramah oleh Encik Masrudin bin Basri, Pengerusi Persatuan Pelelong-Pelelong Negeri Johor dengan tajuk “Prosedure Pelelong Harta” dan bacaan ikrar oleh semua pegawai dan kakitangan JPPH Negeri Johor/ Johor Bahru serta sesi bertemu pelanggan yang hadir.

3. Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri JPPH Negeri Johor/ JPPH Johor Bahru Tahun 2015 telah diadakan pada 13 Ogos 2015 di bilik Mesyuarat Mustika JPPH Negeri Johor. Pelbagai juadah telah dihidangkan kepada para tetamu dan jemputan yang hadir di majlis tersebut sambil dihiburkan dengan nyanyian lagu Hari Raya oleh staf JPPH Negeri Johor dan JPPH Johor Bahru.

4. Majlis Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor Tahun 2015 di dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor pada 31 Ogos 2015.

1 3

1 4

JPPH Kluang

JPPH Negeri Johor dan JPPH Johor Bahru

JPPH Sana Sini

1. Aktiviti memasak bubur lambuk, talam cendol dan air katira telah diadakan pada 9 Julai 2015. Aktiviti masakan ini telah diadakan dalam bulan Ramadhan yang mana secara tidak langsung makanan yang siap dimasak dapat diagihkan kepada semua kakitangan JPPH Kluang untuk juadah berbuka puasa.

2. Aktiviti Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir Warga JPPH Kluang yang lahir pada bulan Jan-Julai pada 30 Julai 2015.

2 4

1 2

Page 19: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

1. Hari Bertemu Pelanggan JPPH Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 15 Jun 2015.2. Majlis Khatam Al-Quran Anjuran PEKIP JPPH Melaka telah diadakan pada tarikh 10 Julai 2015.3. Lawatan REHDA ke JPPH Melaka telah diadakan pada 20 Ogos 2015.

1 2 3

JPPH Negeri Melaka

JPPH Sana Sini

1. Pada 9 Jun 2015, Ketua Pengarah Penilaian Malaysia Yang Berusaha Tuan Sr Haji Faizan bin Abdul Rahman bersama isteri telah mengadakan lawatan kerja ke JPPH Segamat. Beliau telah menyampaikan amanat sebagai KPP dan diikuti sesi ramah mesra dengan staf JPPH Segamat. Turut hadir Penilai Daerah Johor Bahru Puan Sr Rasidah Isnin.

2. Pada 23 Jun 2015, JPPH Segamat telah menerima sumbangan bubur lambok daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sekijang sempena bulan Ramadhan. Semoga sumbangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak.

3. Pada 09.07.2015 (22 Ramadhan 1436 H), Persatuan Kebajikan Islam Penilaian (PEKIP) JPPH Segamat telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 4 keluarga fakir miskin di sekitar Daerah Segamat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penasihat PEKIP JPPH Segamat iaitu Puan Ariah Amat. PEKIP JPPH Segamat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PEKIP yang berbesar hati memberi sumbangan barangan keperluan harian bagi program ini selain sumbangan dari PEKIP JPPH Segamat sendiri. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

4. Pada tahun ini, Sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 bagi Peringkat Daerah Segamat telah diadakan di Dataran Segamat. Lazimnya pada setiap tahun acara perbarisan sempena sambutan tersebut diadakan dengan disertai oleh Jabatan-jabatan kerajaan, Badan Berkanun, Badan NGO dan swasta. Pada tahun ini, kontinjen JPPH Segamat tidak menyertai acara perbarisan tetapi diminta untuk berdiri statik bersama-sama kontinjen yang lain. Sambutan hari kemerdekaan bermula seawal jam 7 pagi. Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

1 2 3

JPPH Segamat

4

Page 20: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

20

21

ZON TIMUR(Terengganu, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak)

1. Taklimat Motivasi oleh YM Raja Ismail bin Raja Shahadan (Pak Engku) dengan tajuk “Memperkasa Motivasi Diri & Melestari Kerja Berpasukan”. Penyampaian Hadiah. Bergambar. Jamuan Makan Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, JPPH Pahang. 28 Mei 2015. Penilai Daerah Kuantan dan semua kakitangan JPPH Negeri Pahang dan JPPH Kuantan. Ucapan alu-aluan PD Kuantan.

2. Bengkel Penyediaan Jadual Harga Dan Sewa H1 Tahun 2015, Laporan Pasaran Harta (LPH) bagi Negeri Pahang pada 8 – 10 Jun 2015. Arabian Bay resort, Bukit Gambang Resort City. Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Penilaian Negeri, Penyediaan Jadual Harga Dan Sewa. Pembentangan Jadual Harga Dan Sewa mengikut Daerah.

3. Majlis Jamuan Hari Raya JPPH Negeri Pahang dan JPPH Kuantan telah diadakan pada 24 Julai 2015 di Bilik Mesyuarat, JPPH Negeri Pahang. Pengarah PEnilaian Negeri membuat ucapan alu aluan sebelum jamuan makan bermula dengan kehadiran Penilai Daerah Kuantan dan semua kakitangan JPPH Negeri Pahang & JPPH Kuantan

4. Hari Keluarga JPPH Negeri Pahang dan JPPH Kuantan telah diadakan pada 16 Ogos 2015 di Pantai Balok. Ucapan Perasmian oleh Pengarah Penilaian Negeri dengan pelbagai aktiviti sukaneka, cabutan bertuah serta jamuan makan. Pengarah Penilaian Negeri, Penilai Daerah Kuantan dan semua kakitangan JPPH Negeri Pahang & JPPH Kuantan terlibat dalam acara hari keluarga ini.

JPPH Negeri Pahang dan JPPH Kuantan

JPPH Sana Sini

1 2 3 4

1. Pertandingan Bowling Persahabatan Tempat Megaland East Bowling Centre pada 23 Mei 2015.2. Majlis Iftar Ramadhan di Restaurant Muara Waterfront Miri pada 25 Jun 20153. Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri di Pejabat JPPH Miri pada 12 Ogos 20154. Pemeriksaan mengejut Audit MOF di Pejabat JPPH Miri pada 27 Ogos 2015

JPPH Miri

1 2 3 44

Page 21: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

JPPH Chukai

1. Pada 13 Mei 2015 Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Bangunan Persekutuan Kemaman. Taklimat satu (1) hari ini membincangkan cara-cara pengurusan kewangan secara berhemah diaplikasikan agar tahap keberhutangan dapat diatasi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Alias bin Mat Ali daripada Pejabat AKPK Cawangan Terengganu. Seramai 30 orang telah menghadiri taklimat ini.

2. Pada 8 Jun 2015 seramai lima (5) orang staf yang diketua sendiri oleh Penilai Daerah Chukai Puan Maznah binti Ngah telah membuat lawatan ke rumah orang kurang bernasib baik di sekitar Bandar Chukai bagi meringankan beban untuk menyambut Bulan Ramadhan. Lawatan ini juga dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemaman.

3. Tanggal 15 Jun 2015 telah diisytiharkan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta seluruh Malaysia sempena Menyambut Hari JPPH kali ke 58. JPPH Chukai telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di Perkarangan Lobi Bangunan Persekutuan Kemaman. Penyampaian maklumat secara terus kepada orang awam berkaitan tiga (3) aktiviti utama yang dijalankan di JPPH iaitu Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tanah, Latihan dan Penyelidikan (INSPEN) dan Pusat Infomasi Harta Tanah (NAPIC) ditekankan. Selain daripada pameran dan kaunter pertanyaan, beberapa aktiviti seperti menjawab soalan kuiz dan pemberian cenderahati kepada pelanggan turut diadakan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

4. Pada28Julai2015sambutanHariRayaAidilfitritelahdisambutbersamadengankakitanganyangbertugasdiPerkaranganParking Bangunan Persekutuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Pelbagai juadah dan menu hari raya disediakan oleh jabatan masing-masing. Selain daripada kakitangan Bangunan Persekutuan, urus setia juga juga turut menjemput tetamu VIP bagi memeriahkan majlis.

JPPH Sana Sini

1 2 3 4

“Lihat la kebelakang dengan kepuasan, dan pandang la ke hadapan dengan penuh keyakinan”

Page 22: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

22

23

1. Pada 16 Jun 2015 telah diadakan suatu Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan di JPPH Negeri Terengganu dan JPPH Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah diadakan di Wisma Persekutuan Tingkat 9 pada pukul 8.00 pagi. Semua kakitangan JPPH Negeri Terengganu dan JPPH Kuala Terengganu terlibat.

2. Pada 30 Julai 2015 telah diadakan satu Majlis Perpisahan Mantan Pengarah Penilaian Negeri Terengganu iaitu Dato Zaleha binti Baharom serta sambutanHari RayaAidilfitri.Majlis tersebut telah diadakan di ParadiseDeluxe,KualaTerengganu pada pukul 12.00 Tengah Hari. Semua kakitangan JPPH Negeri Terengganu, JPPH Kuala Terengganu, JPPH Chukai (wakil) dan JPPH Jertih (Wakil) sama-sama meraikan majlis tersebut.

3. Ceramah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah dianjurkan pada 17 Mei 2015 pada pukul 9.00 pagi dan disampaikan oleh Encik Tazudin bin Othman dari YaPEIM. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Negeri Terengganu, Wisma Persekutuan.

4. Kursus ini telah dianjurkan oleh PEKIP Kuala Terengganu pada 7 Julai 2015 dan disampaikan oleh Encik Fazrul Ismail dari Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Bangi Selangor. Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Negeri Terengganu, Wisma Persekutuan selama satu (1) hari yang turut melibatkan ahli PEKIP Chukai dan PEKIP Jerteh.

1 2 3 4

JPPH Kuala Terengganu

JPPH Sana Sini

2 3

“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil

manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya”

Page 23: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

1. Kejohanan sukan persahabatan JPPH Klang vc LHDNM Klang pada 29 Mei 2015 yang telah berlangsung di sekitar Klang dan Shah Alam.

2. Pada 13 Jun 2015 telah diadakan kejohanan sukan JPPH Negeri Selangor di Kompleks Sukan INSPEN. Pejabat JPPH yang terlibat adalah JPPH Klang, JPPH Shah Alam, JPPH Bandar Baru Bangi dan JPPH Gombak serta pejabat PPN Selangor. Sambutan sangat meriah oleh peserta dan juga keluarga peserta. JPPH Klang telah menjuarai keseluruhan acara. Turut hadir Tuan Haji Faizan (KPPPH), Dr. Rahah (TKP(T)), Datin Faridah (Pengarah INSPEN) dan Dr. Hajah Zailan (PPN Selangor). Majlis telah dirasmikan oleh PPN Selangor dan majlis penutupan oleh KPPPH. KPPPH amat menyokong program sukan seperti ini dan memberi pujian kerana dapat mengeratkan silaturahim antara staf dan keluarga staf di semua pejabt JPPH di Negeri Selangor.

3. Hari Bertemu Pelanggan yang di adakan di ruang legar bangunan First Tower Klang telah diadakan pada 15 Jun 2015 . Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan.

4. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPPH Klang telah diadakan pada 13 Julai 2015.Menuwajib setiap tahun adalahkambing golek. Turut di jemput kakitangan dari JPPH Shah Alam, JPPH Negeri Selangor, JPPH Gombak dan JPPH Bandar Baru Bangi. Turut meraikan Jasamu Dikenang Penilai untuk Daerah (PD) JPPH Klang yang akan berpindah ke JPPH Negeri Sabah sebagai Pengarah Penilaian Negeri (PPN).

1 2

JPPH Klang

JPPH Sana Sini

ZON TENGAH(Wilayah Persekutuan dan Selangor)

“Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain”

3 4

Page 24: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

24

25

KURSUS PENGURUSAN DAN LAPORAN KEWANGAN

Kursus Pengurusan Dan Laporan Kewangan telah diadakan pada 12 Mei 2015 hingga 15 Mei 2015 di MyHotel, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Penyertaa 54 kakitangan seluruh JPPH, INSPEN dan NAPIC. Urusetia dan Peserta dari Ibu Pejabat JPPH, Peserta dari Cawangan dan tetamu jemputan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pengenalan Akaun Belum Terima (ABT) dan Akuan Belum Bayar (ABB), GPIS dan Laporan Kewangan Berkala. Objektif kursus ini ialah :

1. Membantu dalam persediaan membuat Laporan Kewangan. 2. Mengaplikasi penghantaran dokumen kewangan dengan betul mengikut standard format yang

ditetapkan dan mengemukakan ke Ibu Pejabat serta Pejabat Perakaunan dengan segera dan tepat pada waktunya.

3. Memberi pendedahan dengan lebih jelas isu-isu berkaitan Pengurusan Kewangan.4. Melaksanakan urusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik seperti mana yang ditetapkan

oleh Arahan Perbendaharaan dan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP).5. Membolehkan kakitangan JPPH, INSPEN serta NAPIC di cawangan negeri dan daerah mengenali

rakan setugas mereka di Ibu Pejabat supaya dapat merapatkan silaturahim dan lebih mudah berurusan di masa hadapan.

Info Khabar

KURSUS ELAUN DAN KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DAN PERSARAAN

Page 25: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Kursus Elaun dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan Awam dan Persaraan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah diadakan di Suria Cherating Beach Resort pada 29 hingga 31 Mei 2015. Objektif program ini adalah untuk membincangkan serta memahami semua elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan awam yang berkuatkuasa termasuk proses kerja yang perlu dalam mengendalikan urusan berkaitan dan juga memahami kerangka skim persaraan kakitangan awam dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan seterusnya memperbaiki proses kerja seharian untuk hasil yang lebih efektif dan efisyen.

Program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan di Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Ibu Pejabat dan juga Penolong Pegawai Tadbir dari Cawangan JPPH Negeri dan Daerah. Jumlah peserta adalah seramai 42 orang.

KURSUS ELAUN DAN KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DAN PERSARAAN

Info Khabar

Page 26: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

26

27

Sesi berkaitan Urus Data Transaksi telah berlangsung pada 12 Ogos 2015 bertempat di Bilik Persidangan JPPH Ibu Pejabat, Aras 9. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Faizan bin Abdul Rahman (KPPPH). Seramai tujuh (7) orang pembeli data utama yang hadir ke sesi berkenaan dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan di Ibu Pejabat, Pengarah NAPIC dan pegawai-pegawai NAPIC. Dalam sesi ini, pembeli data utama yang hadir terdiri daripada The Edge, The Star, TM, CIMB dan Property Guru.

Hari Keluarga NAPIC Ibu Pejabat 2015 telah berlangsung pada 15 hingga 16 Mei 2015 bertempat di Akar Beach Resort, Port Dickson. Seramai 54 orang daripada 19 keluarga staf NAPIC Ibu Pejabat telah menyertai program hari keluarga ini. Antara program yang diatur semasa hari keluarga ini seperti Sukaneka Kanak-kanak dan Dewasa. Program sukaneka yang dapat memupuk semangat kerjasama dan merapatkan ukhwah antara ahli keluarga ini telah berlangsung dengan jayanya. Acara kemuncak hari keluarga ini adalah Jamuan Makan Malam. Aktiviti sampingan sepanjang jamuan seperti cabutan bertuah dan karaoke turut dijalankan Berikut adalah aktiviti semasa Hari Keluarga NAPIC Ibu Pejabat 2015.

Bengkel Fail Meja NAPIC Ibu Pejabat telah diadakan pada 7-10 Jun 2015 bertempat di Agro Resort Semuji, Kuantan Pahang. Bengkel ini telah disertai oleh 17 kakitangan teknikal dan pentadbiran NAPIC Ibu Pejabat. Ia diadakan bertujuan menghasilkan fail meja baru bagi menambah baik fail meja sedia ada berdasarkan proses kerja terkini. Aktiviti-aktiviti luar seperti flying fox, jungle trekking dan river crossing dijalankan bagi memenuhi waktu riadah selepas sesi bengkel selesai.

Info Khabar

Page 27: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

PROGRAM FELO PERDANA KE JPPH

Pada 20 Ogos 2015 (Khamis), JPPH telah menerima kunjungan seorang pelajar yang menuntut di luar negara sempena Program Felo Perdana. Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang telah dibuat penyerahan rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 8 Julai 2015. Semua kementerian telah terlibat menerima pelajar berkenaan yang ditempatkan terus di bawah kelolaan Menteri sendiri. Bagi Kementerian Kewangan, YB Dato’ Seri Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah telah menerima dua orang pelajar iaitu Encik Muhamad Iqbal bin Mohd Rafi pelajar Universiti Drake, USA yang tempoh penempatan pada

5 Julai hingga 29 Ogos 2015. Kedua iaitu Encik Muhammad Akhtiar Khalil, pelajar Universiti City, London dengan tempoh penempatan bermula pada 5 Julai hingga 7 Ogos 2015.

Semua pelajar ini akan diberikan pendedahan, maklumat dan juga merasai sendiri pengalaman bekerja di Kementerian Kewangan. Sehubungan itu, pelajar berkenaan telah diatur jadual lawatan mereka ke setiap agensi di bawah Kementerian Kewangan termasuk ke JPPH.

Pihak JPPH telah mengatur program khusus untuk mereka berbentuk taklimat, tayangan video korporat, lawatan dan sesi ramah mesra sambil menimba

maklumat. Program sehari yang diatur telah diadakan di INSPEN dan di Pejabat JPPH Kuala Lumpur. Antara pendedahan yang diberikan ialah aktiviti perkhidmatan dan penilaian harta, aktiviti INSPEN, aktiviti informasi harta tanah dan kaedah amalan penilaian harta yang sebenar.

Dalam sesi percambahan fikiran dan perkongsian maklumat ini berjalan lancar secara dua hala yang memperlihatkan komitmen baik serta dapat meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan. Mereka merasa bertuah diberi peluang dapat berinteraksi secara terbuka dalam suasana yang cukup santai dan berinformasi.

Info Khabar

Page 28: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

28

29

Pada 8 September 2015, JPPH bersama dengan PEKIP, KESUPEN, AKRAB dan PUSPANITA telah menganjurkan Majlis Iftar dan tazkirah Ramadhan di perkarangan pejabat Bahagian Pinjaman Perumahan. Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatn Harta bersama isteri telah hadir. Turut hadir ialah Dr. Rahah binti Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal) dan Haji Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) dan pegawai kanan Ibu Pejabat turut memeriahkan majlis ini.

Para keluarga staf juga hadir bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing yang menambahkan keceriaan majlis ini. Antara pengisian majlis ini ialah diadakan tazkirah Fadhilat Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Tahir bin Muhammad Noh daripada Madrasah Mazaher Uloom Seksyen 7 Shah Alam. Majlis berbuka puasa seterusnya disambung dengan solat

Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih berjamaah di Surau Bahagian Pinjaman Perumahan. Di akhiri dengan jamuan morey selepas solat sunat Tarawih.

Majlis Iftar dan Tazkirah RamadhanKESUPEN, AKRAB & PUSPANITA

Info Khabar

Page 29: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Pada 23 Ogos 2015, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015peringkat Ibu Pejabat bertempat di aras 7, Bangunan Perbendaharaan 2, Putrajaya. Sebanyak 10 gerai juadah makanan beraneka menu telah disediakan untuk para pengunjung dan warga JPPH. Majlis ini juga merupakan meraikan para pegawai yang bertukar, naik pangkat dan bersara dalam majlis Jasamu Dikenang.

Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta melahirkan rasa sukacita dan kesyukuran kerana Jabatan berjaya menganjurkan majlis ini yang dibuat secara bersama dengan gabungan KESUPEN, PEKIP, AKRAB dan PUSPANITA. Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta mengucapkan selamat maju jaya kepada yang bertukar dan juga yang bersara wajib.

Dalam majlis Jasamu Dikenang, wakil yang diraikan iaitu Haji Mohd Khairudin bin Abd Halim telah memberikan ucapan balas di atas

penghargaan khusus untuk meraikan para pegawai yang bertukar. Sementara staf yang bersara, Puan Saamah binti Ahmad diberikan penghargaan mengucapkan salam perpisahan dan ribuan terima kasih kepada Jabatan yang telah sudi memberi kepercayaan, tunjuk ajar dan dapat menimba pengalaman selama berkhidmat di JPPH yang penuh kegemilangan.

Turut memeriahkan majlis ini ialah kehadiran mantan Ketua Pengarah, Datuk Haji Sahari bin Haji Mahadi dan juga kehadiran pendaftar BOAVEA, Puan R. Mahalechumi.

Acara penyampaian hadian kepada para pemenang kategori gerai cantik dan meriah juga diadakan yang menyaksikan gerai daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) memenangi tempat pertama, kedua gerai Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengeurusan) dan ketiga gerai Bahagian Khidmat Pengurusan. Hadiah telah disampaikan oleh Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Info Khabar

Page 30: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

30

31

Info Khabar

Page 31: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa yang hidup berkeluarga dan tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan setiap keluarga. Didapati terdapat beberapa penyebab berlakunya tekanan keluarga, antaranya kurang interaksi antara anggota keluarga didalam menangani masalah harian, konflik nilai dan sikap ahli-ahli didalam keluarga tersebut, faktor latar belakang dan juga golongan sosioekonomi keluarga berkenaan. Antara ciri mereka yang menghadapi tekanan dikalangan sesuatu keluarga tersebut adalah dikluster seperti berikut ini:a) Seseorang individu tersebut

mudah berasa letih dan bersikap sensitif

b) Mempunyai masalah untuk tidur dan juga makan

c) Kerap mengalami sakit kepala dan adakalanya mengalami keadaan pitam

d) Gagal didalam memberi tumpuan terhadap tugasan yang telah diamanahkan.

e) Daya ingatan yang terganggu (mudah lupa)dan mengalami kesukaran untuk mengingati tempat yang biasa dikunjungi.

f) Mempamirkan sikap yang garang dengan emosinya sering terganggu

Sesebuah keluarga tersebut, terutamanya ketua keluarga perlu sentiasa peka dan tahu pula bagaimana cara menangani tekanan yang datang tanpa disedari didalam sesuatu keluarga tersebut.Apakah perbezaan antara stress dan tension itu? Walaupun kedua-duanya merujuk kepada benda yang sama iaitu tekanan! Kedua-dua terma ini mempunyai perbedaannya yang tersendiri. Tension adalah merujuk kepada

keadaan dimana seseorang tersebut mengalami fenomena tekanan yang dialami untuk suatu jangkawaktu yang agak pendek manakala stress pula merujuk kepada keadaan dimana seseorang itu yang mengalami tekanan yang berpanjangan yang jika tidak dikawalselia dengan baiknya boleh menyebabkan berlakunya keadaan kemurungan.Ini akan menjejaskan kebolehupayaan seseorang itu berfungsi dan menyebabkan berlakunya pergeseran didalam perhubungan sesama ahli keluarga dan rakan-taulan.Kemurungan yang berpanjangan boleh menjurus kepada gejala membunuh diri. Contoh tension yang terbaik adalah dimana pelajar di pusat pengajian tinggi menghadapi tekanan yang paling hebat terutama ketika musim peperiksaan di pusat pengajian mereka.Menurut sarjana barat, Carter dan McGoldrick(1988) tekanan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu tekanan menegak dan tekanan mendatar. Tekanan menegak dikatkan dengan corak kekeluargaan, mitos, kerahsiaan dan juga mengenai hal warisan keluarga.Tekanan menegak ini adalah diwarisi oleh sesebuah keluarga daripada generasi yang lalu.Tekanan mendatar pula dikaitkan dengan hal semasa seperti perubahan kitaran kehidupan keluarga. Contoh tekanan mendatar yang lain ialah tekanan disebabkan oleh trauma yang tidak dijangkakan yang dialami oleh ahli keluarga seperti kejadian kehilangan ahli keluarga didalam penerbangan MH 370 umpamanya.

PENGURUSAN TEKANAN DALAM KELUARGA Berbagai masalah yang sering

dihambati akan pasti terdapat penyelesaian yang sesuai dan mudah untuk diketemui. Pertama, cuba untuk mengetahui masalah yang kini dihadapi oleh sesuatu keluarga tersebut dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Banyak masalah yang dapat dikurangkan bergantung bagaimana seseorang itu menemui jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Secara asasnya membuat keputusan dari perbincangan dan teknik penyelesaian masalah akan mengurangkan pelbagai masalah yang besar dan sekaligus akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh sesuatu keluarga itu.

Gunakan teknik perundingan dengan cara yang berkesan.Cuba mengkategorikan sesuatu masalah itu dengan mengutamakan masalah yang besar dan kemudian diikuti oleh masalah yang kecil iaitu mengkategorikan sesuatu masalah tersebut dengan mengikut hierakinya. Gunakan teknik berunding atau berbincang, jemput semua ahli keluarga untuk sama-sama berkumpul dan membincangkan isu penting yang menjadi masalah dalam sesuatu keluarga tersebut. Jangan samasekali memanipulasi perkara yang diperbincangkan, dengar dengan teliti, ikuti dengan baik isu yang dibincangkan, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan jangan sesekali menjanjikan sesuatu didalam perbincangan tersebut sekiranya sukar untuk dilaksanakan. Perundingan yang baik ialah ianya dapat menghulurkan sumbangan dan berupaya menjana kebaikan hasil daripada perundingan berkenaan.

Komunikasi yang baik berupaya

KAEDAH PENGURUSAN TEKANAN DALAM KELUARGA ABSTRAK:

Renungan

Page 32: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

32

33

meningkatkan kefahaman yang terbaik jugaCuba meluangkan masa untuk bertukar-tukar idea termasuk juga menerima idea luar yang dapat merapatkan lagi sistem kekeluargaan itu. Struktur kekeluargaan yang baik pasti dapat membantu dalam menyelesaikan masalah, membenarkan perbincangan sepenuhnya dan memastikan berlaku kesaksamaan antara ahli keluarga. Melalui komunikasi yang baik dan meyakinkan akan menyebabkan berlakunya fikiran terbuka sesama kalangan ahli keluarga untuk mendengar dengan teliti permasalahan yang berlaku dan jawapan yang bernas untuk mengatasi permasalahan tersebut. Hasil yang terbaik akan pasti diperolehi sekiranya setiap ahli keluarga tersebut menyatu dan bekerjasama antara satu sama lain. Tanpa kesimbangan kepercayaan antara ahli keluarga akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan. Sebolehmana elakkan daripada tidak mempercayai antara ahli keluarga demi untuk kesejahteraan dan kebaikan kehidupan keluarga yang harmonis.

Komitmen dan kesabaran perlu ada Secara umumnya tekanan kerapkali mengakibatkan berlakunya perasaan yang negatif pada diri seseorang itu. Tekanan seperti yang telah dinyatakan awal tadi mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, tidak boleh tidur dan sentiasa mengalami tekanan peristiwa lampau. Bagi membendung kejadian tekanan ini setiap individu dalam ahli keluarga mestilah perlu mengetahui bahawa ia memerlukan masa dan komitmen yang baik antara kalangan ahli keluarga untuk mengujudkan

sesuatu perubahan yang kearah positif untuk berlaku. Seseorang individu didalam kalangan ahli keluarga tersebut perlu mengenali tekanan yang beliau hadapi dan jangan sesekali membenarkan tekanan melebihi tahap keupayaan untuk menangani atau mengatasinya. Belajar untuk menyatakan tidak bagi sesuatu aktiviti yang kita tidak berupaya untuk melakukannya. Jika perlu untuk melakukan sesuatu, lakukan yang terbaik yang dimampui kerana bukan semua orang mempunyai keupayaan melakukan sesuatu dengan terbaik. Cari sesuatu yang boleh dilakukan setiap hari.

Cuba melakukan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan pastikan makan makanan yang bernutrisiSetiap ahli keluarga disarankan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu berdurasi 30 minit. Disamping memastikan otot sentiasa bergerak, pastikan juga memakan makanan yang bernutrisi dengan berdasarkan pengambilannya mengikut piramid makanan yang dicadangkan pihak pakar nutrisi.Ia termasuk juga mengambil buah dan sayuran setiap hari, kurangkan kuantiti gula dalam makanan dan juga minuman yang boleh mengakibatkan terjadinya obesiti. Pastikan mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurang 6 - 7 jam untuk setiap malam. Banyakkan berinteraksi dengan rakan dan juga ketawa kerana dengan kedua-duanya ini dapat mengurangkan tekanan. Gunakan masa yang terluang dengan melaksanakan hobi atau aktiviti bersama-sama dengan keluarga. Jadikan diri anda seorang yang fleksibel dalam menghadapi sebarang masalah yang mendatang. Akhir sekali

sekiranya tekanan yang dialami terlalu kritikal dan tidak dapat ditangani oleh keluarga dan rakan anda berjumpalah dengan doktor atau sebarang pakar kesihatan yang berupaya membantu dalam mengurangkan tekanan yang sedang dihidapi.

Kesimpulan:Masa hidup didunia adalah begitu pendek, sesingkat antara masa iqamat dan takbiratul ihram.Justeru bagi penganut agama islam istilah masa singkat ini adalah untuk mencintai akhirat dan bukannya dunia. Dunia ini perlu dijadikan alat dan akhirat adalah matlamat,memetik kata-kata Sheikh Yusuf Al-Qaradawi “Mencintai syurga bukan bermakna meninggalkan dunia.Ambil dan menafaatkan dunia untuk memperolehi akhirat”. Bijaklah untuk bina dunia sebagai alat atau jambatan untuk menyeberangi akhirat dan jika dianalogikan, jadikanlah dunia sebagai tempat untuk bercucuk tanam agar hasilnya dapat dituai diakhirat kelak. Mencintai dunia secara taksub akan menyebabkan manusia akan menghadapi tekanan hidup yang akhirnya akan menyebabkan lahirlah pelbagai kejahatan yang lain seperti pecah amanah, memfitnah, hasad-dengki, sombong dan banyak lagi. Sehebat mana menghadapi tekanan ianya boleh diatasi melalui pengurusan yang efektif. Diharapkan maklumat yang dipaparkan boleh dikongsi dan digunasama bagi kebaikan kita semua.

SUMBER: Kertas kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 dengan tajuk Ciri-Ciri Tekanan dan Kaedah Pengurusan Tekanan Dalam keluarga oleh Suhaiza Zainuddin, Akmalunnisak Md Salleh & Syed Mohamed Shafeq.

Renungan

Page 33: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

Direktori Pejabat JPPH

• IBUPEJABAT Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9001 Laman Web: http://www.jpph.gov.my

• PUSATMAKLUMATHARTATANAHNEGARA(NAPIC) Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9007/ 9049

• INSTITUTPENILAIANNEGARA(INSPEN) Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Persiaran INSPEN, 43000 KAJANG, SELANGOR Tel: 603 - 8911 8800/ 8888 Faks: 603 - 8925 8100 Laman Web: http://www.inspen.gov.my

PERLIS PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perlis Tingkat Mezanin, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas, 01000 KANGAR, PERLIS Tel: 604 - 9762 978/ 977 Faks: 604 - 9761 010 Tel: 604 - 977 3008/ 3012

KEDAH PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah Aras 2, Zon C, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, 06550 ALOR SETAR, KEDAH Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 00- 700 1904 •JPPHAlorSetar Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 - 700 1905 •JPPH Sungai Petani Tel: 604 - 4213 024/ 4210 490 Faks: 604 - 4220 264 •JPPHLangkawi Tel: 604 - 9660 478 Faks: 604 - 9668 832 •JPPH Kulim Tel: 604 - 4917 429/ 430 Faks: 604 - 4907 362

PULAUPINANG PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pulau Pinang Tingkat 41, Bangunan KOMTAR, 10593 PULAU PINANG Tel: 604 - 2612 607/ 2612 576 Faks: 604 - 2615 990 •JPPHGeorgeTown Tel: 604 - 2612 607/ 576 Faks: 604 - 2615 990 •JPPH Seberang Perai Tel: 604 - 398 1828/ 8544 Faks: 604 - 3988 533

PERAK PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perak Tingkat 8, Bangunan Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30593 IPOH, PERAK Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2544 310 •JPPH Ipoh Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2557 451 •JPPHTaiping Tel: 605 - 8072 344/ 464 Faks: 605 - 8064 206 •JPPHTelukIntan Tel: 605 - 6223 711/ 712 Faks: 605 - 6227 122

Page 34: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

SELANGOR PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor Tingkat 8, Plaza Perangsang Persiaran Perbandaran, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR Tel: 603 - 5518 4603/ 5519 7825 Faks: 603 - 5510 7397 •JPPHShahAlam Tel: 603 - 5519 4823/ 4824 Faks: 603 - 5510 8622 •JPPHBandarBaruBangi Tel: 603 - 8925 5467/ 5469 Faks: 603 - 8925 1041 •JPPH Klang Tel: 603 - 3344 1270/ 1272/ 1264/ 1263 Faks: 603 - 3344 1275 •JPPHGombak Tel: 603 - 6186 1719/ 1751 Faks: 603 - 6186 1832

WILAYAHPERSEKUTUAN PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470 KUALA LUMPUR Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795 •JPPHKualaLumpur Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795 •JPPH Putrajaya Tel: 603 - 8886 9060 Faks: 603 - 8886 9009 •JPPHLabuan Tel: 6087 - 416 446/ 445 Faks: 6087 - 410 337

NEGERISEMBILAN Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 8 & 9, Bangunan Yayasan Negeri Jalan Yam Tuan, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306 •JPPH Seremban Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306 •JPPH Jempol Tel: 606 - 458 4400 Faks: 606 - 458 5402

MELAKA PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Melaka Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Ayer Keroh, 75450 MELAKA Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 202 •JPPHMelaka Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 103 JOHOR PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor Kementerian Kewangan Malaysia Bangunan JARO, No. 18, Jalan Sungai Chat 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266 •JPPHJohorBahru Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266 •JPPHBatuPahat Tel: 607 - 4343 311/ 645 Faks: 607 - 4317 026 •JPPH Kluang Tel: 607 - 7723 566/ 7769 602 Faks: 607 - 7743 810 •JPPH Segamat Tel: 607 - 9323 300/ 9321 201 Faks: 607 - 9324 322 •JPPHMuar Tel: 607 - 9542 244/ 9543 344 Faks: 607 - 9544 499

PAHANG PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pahang Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, Bangunan KWSP, Bandar Indera Mahkota 25200 KUANTAN, PAHANG Tel: 609 - 5715 111 Faks: 609 - 5715 112 •JPPH Kuantan Tel: 609 - 5715 000 Faks: 609 - 5715 001 •JPPHTemerloh Tel: 609 - 2961 844/ 850 Faks: 609 - 2963 790 •JPPH Raub Tel: 609 - 3551 744/ 800/ 3556 700 Faks: 609 - 355 7743

Page 35: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

TERENGGANU PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Terengganu Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Tel: 609 - 6221 266/ 305 Faks: 609 - 6220 721 •JPPHKualaTerengganu Tel: 609 - 6264 266/ 6265 266 Faks: 609 - 6221 240 •JPPHChukai Tel: 609 - 8592 166 Faks: 609 - 8598 296 •JPPH Jerteh Tel: 609 - 6903 436/ 350 Faks: 609 - 6903 920 KELANTAN PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kelantan Kementerian Kewangan Malaysia Aras 4, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam 15592 KOTA BHARU, KELANTAN Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500 •JPPHKotaBharu Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500 •JPPH Kuala Krai Tel: 609 - 9666 757 Faks: 609 - 9664 728 SABAH PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sabah Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 4, Blok B, Kompleks KUWASA Jalan Karamunsing, Beg Berkunci 2043 88999 KOTA KINABALU, SABAH Tel: 6088 - 248 325/ 326/ 328 Faks: 6088 - 242 328 •JPPH Kota Kinabalu Tel: 6088 - 243 433/ 434 Faks: 6088 - 233 435 •JPPHTawau Tel: 6089 - 779 823/ 776 185 Faks: 6089 - 770 166 •JPPH Sandakan Tel: 6089 - 675 302/ 35 Faks: 6089 - 675 312

SARAWAK PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sarawak Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 3, Wisma Hong, No. 202, Batu 23/4, Jalan Rock 93200 KUCHING, SARAWAK Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 426 226 •JPPH Kuching Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 256 117 •JPPHMiri Tel: 6085 - 417 226/ 427 226/ 437 226 Faks: 6085 - 415 226 •JPPH Sibu Tel: 6084 - 327 407/ 063 Faks: 6084 - 327 064

Page 36: BULETIN - jpph.gov.my · Salam Sejahtera, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk menerbitkan Buletin Baru

36

PB

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerianKewanganMalaysia

Aras8,Perbendaharaan2No.7PersiaranPerdanaPresint2,62592PutrajayaTel:(603)88869000Fax:(603)88869001

Portal:www.jpph.gov.my