deskripsi panduan kursus pengenalan ... - inspire.oum.edu…

6
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen- komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBPS2203 Penilaian dan Kemajuan Kanak-Kanak adalah kursus Open Universiti Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN? Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Prasekolah dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DESKRIPSI PANDUAN KURSUS PENGENALAN ... - inspire.oum.edu…

PANDUAN KURSUS

ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

HBPS2203 Penilaian dan Kemajuan Kanak-Kanak adalah kursus Open Universiti Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Prasekolah dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 2: DESKRIPSI PANDUAN KURSUS PENGENALAN ... - inspire.oum.edu…

PANDUAN KURSUS

x

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang penilaian dan kemajuan kanak-kanak dengan berkesan di bilik darjah;

2. Melaksanakan langkah-langkah tindakan susulan hasil dari penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk proses perkembangan kanak-kanak;

3. Mengenal pasti kaedah penilaian yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah; dan

4. Merancang aktiviti yang sesuai digunapakai dalam pelaksanaan pedagogi seiring dengan proses penilaian yang perlu dibuat.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 menjelaskan maksud penilaian dan kemajuan kanak-kanak serta menghuraikan kepentingan penilaian dan kemajuan kanak-kanak. Etika penilaian kanak-kanak akan dibincangkan terutama bagi akta 308 dan akta 550. Topik 2 menjelaskan jenis penilaian yang wujud dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan kepada langkah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 3: DESKRIPSI PANDUAN KURSUS PENGENALAN ... - inspire.oum.edu…

PANDUAN KURSUS

xi

dalam proses penilaian. Isu pengumpulan maklumat juga akan dibincangkan terutama dalam membezakan dua kaedah iaitu kaedah pendekatan terus dan kaedah pendekatan tidak langsung. Topik 3 akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai jenis skala pengukuran yang digunakan untuk membuat penilaian terhadap kanak-kanak. Skala yang dibincangkan juga akan dibezakan. Mata pelajaran ini juga akan membincangkan tentang aplikasi skala yang dipelajari dalam membuat penilaian dalam kalangan kanak-kanak. Topik 4 menjelaskan faktor yang boleh mempengaruhi penilaian kanak-kanak. Topik ini juga akan menerangkan teknik penilaian keluarga serta menjelaskan tujuan penglibatan keluarga dalam penilaian anak-anak mereka. Topik 5 memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan teknik pemerhatian kanak-kanak. Kaedah teknik pemerhatian kanak-kanak akan dihuraikan dalam topik ini serta menerangkan penilaian persekitaran dalam isu pemerhatian kanak-kanak. Topik 6 berkaitan dengan maksud perkembangan serta mengenal pasti perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif, bahasa dan fizikal. Pelajar juga akan didedahkan dengan piawaian penilaian dalam aspek perkembangan tertentu. Topik 7 berkaitan dengan perkembangan dan kategori main oleh Smilansky, Parten dan Piaget. Perbincangan juga merangkumi isu seperti menerangkan kaedah penilaian main daripada jenis skala pelbagai dan mengenal pasti persekitaran yang sesuai untuk main. Topik 8 memfokuskan tentang jenis-jenis skala pengukuran yang digunakan untuk membuat penilaian terhadap kanak-kanak. Isu penggunaan skala yang telah dipelajari perlu diaplikasi dalam membuat penilaian dalam kalangan kanak-kanak juga akan dibincangkan dalam topik ini. Topik 9 memfokuskan tentang mengapa tindakan susulan perlu dilakukan terhadap perkembangan kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan teori dan konsep yang dipelajari dalam membuat tindakan susulan terhadap kanak-kanak. Topik ini juga akan membincangkan tentang pelaksanaan proses membuat saringan dalam kalangan kanak-kanak dengan jayanya. Topik 10 memberi tumpuan tentang maksud pelaporan serta aplikasi penggunaan laporan dan penilaian dalam tugas seharian. Pelajar akan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 4: DESKRIPSI PANDUAN KURSUS PENGENALAN ... - inspire.oum.edu…

PANDUAN KURSUS

xii

didedahkan dengan maksud pentafsiran dalam penilaian kanak-kanak di mana data yang diambil akan dimasukkan dalam pelaporan dan implikasi terhdap pelaporan juga akan dibincang di dalam kelas.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluas kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 5: DESKRIPSI PANDUAN KURSUS PENGENALAN ... - inspire.oum.edu…

PANDUAN KURSUS

xiii

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuh kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 6: DESKRIPSI PANDUAN KURSUS PENGENALAN ... - inspire.oum.edu…

PANDUAN KURSUS

xiv

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)