‘design’ dan metodologi

2
Lampiran 4 ‘Design’ dan metodologi kajian yang akan digunakan Reka Bentuk Kajian ini berbentuk diskriptif yang akan dilakukan di Hospital Kapit ba melancarkan dan menjayakan penyelidikan ini di mana cara ini sangat sesuai dan mudah bagi menyediakan kajian dan penyelidikan ini. Kajian berbentuk diskriptif sangat mudah dijalankan di mana ia sangat ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa pun. Selain itu, cara ini juga sangat menjimatkan masa, tenaga kerja dan mengurangkan pengeluaran kos. Kesimpulannya kajian yang berbentuk diskriptif ini dapat dijalankan d lancar serta mudah dan tidak menyulitkan penyelidikan peringkat ini. Metodologi Persampelan Sampel yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah tertumpu kepada penduduk yang berumur dari 18 tahun hingga 50 tahun serta penduduk yang menunjukkan tanda dan simtom demam denggi yang melaat ke !abatan "esakit #uar Hospital Kapit. $espondan sebanyak %0 orang akan dipilih secara raak tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Instrumen Kaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk borang soal selidik di mana ia mengandungi beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian bag mengumpul maklumat untuk dianalisis. Selain itu, segala maklumat juga diperolehi daripada sumber&sumber seperti buku rujukan, jurnal, surat khabar serta daripada internet yang merupakan maklumat&maklumatpentingbagi menyiapkan kajian ini. Segala bahasa yang digunakan daripada sumber&sumber rujukan akan diterjemahkan kepada 'ahasa (alaysia supaya kajian ini dapat diselaraskan dalam satu bahasa dalam kajian ini. Kaedah Pengumpulan Data 'agi pengumpulan data yang dilakukan dalam penyelidikan ini adalah dalam bentuk borang selidik yang diedarkan supaya mudah mendapat maklumat&maklumat yang tersusun dan dikehendaki dalam kajian ini. )ni juga boleh menjimatkan masa untuk maklumat yang dikehendaki. 'orang selidik ini mengandungi soalan&soalan tertutup dan terbuka.

Upload: wee-wui

Post on 03-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Lampiran 4Design dan metodologi kajian yang akan digunakanReka BentukKajian ini berbentuk diskriptif yang akan dilakukan di Hospital Kapit bagi melancarkan dan menjayakan penyelidikan ini di mana cara ini sangat sesuai dan mudah bagi menyediakan kajian dan penyelidikan ini.Kajian berbentuk diskriptif sangat mudah dijalankan di mana ia sangat ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa pun. Selain itu, cara ini juga sangat menjimatkan masa, tenaga kerja dan mengurangkan pengeluaran kos. Kesimpulannya kajian yang berbentuk diskriptif ini dapat dijalankan dengan lancar serta mudah dan tidak menyulitkan penyelidikan peringkat ini.

MetodologiPersampelan Sampel yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah tertumpu kepada penduduk yang berumur dari 18 tahun hingga 50 tahun serta penduduk yang menunjukkan tanda dan simtom demam denggi yang melawat ke Jabatan Pesakit Luar Hospital Kapit. Respondan sebanyak 30 orang akan dipilih secara rawak tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. InstrumenKaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk borang soal selidik di mana ia mengandungi beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian bagi mengumpul maklumat untuk dianalisis. Selain itu, segala maklumat juga diperolehi daripada sumber-sumber seperti buku rujukan, jurnal, surat khabar serta daripada internet yang merupakan maklumat-maklumat penting bagi menyiapkan kajian ini. Segala bahasa yang digunakan daripada sumber-sumber rujukan akan diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia supaya kajian ini dapat diselaraskan dalam satu bahasa dalam kajian ini.Kaedah Pengumpulan DataBagi pengumpulan data yang dilakukan dalam penyelidikan ini adalah dalam bentuk borang selidik yang diedarkan supaya mudah mendapat maklumat-maklumat yang tersusun dan dikehendaki dalam kajian ini. Ini juga boleh menjimatkan masa untuk maklumat yang dikehendaki. Borang selidik ini mengandungi soalan-soalan tertutup dan terbuka.

Kajian semula dijalankan dengan mengumpul semua maklumat yang berkaitan tentang demam denggi dari buku rujukan teks perubatan, journal perubatan, risalah kesihatan dan juga bahan-bahan dari laman web di internet. Tujuan kajian semula dijalankan ialah untuk mendefinisikan masalah penyelidikan, menjelaskan idea-idea pada amnya, menentukan dan memilih kaedah penyelidikan yang sesuai serta perancangan yang terperinci dan sistematik.PILOT STUDYPilot study ialah percubaan bagi menguji borang soal selidik yang akan digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada penduduk serta pesakit yang disyaki menghidapi demam denggi bagi menilai tahap pengetahuan mereka. Bagi tujuan pilot study ini tiga(3) orang penduduk di Kapit akan dipilih untuk menjawab borang soal selidik tersebut sebagai percubaan. Mereka yang dipilih ini, tidak akan terlibat dalam menjawab borang soal selidik yang sebenar nanti.Kaedah Penganalisan DataSegala analisis data dan maklumat yang diperolehi akan dibentangkan dalam cara bentuk peratusan, carta pai, bar serta graf melalui komputer mengikut maklumat-maklumat yang dikehendaki dan disusun melalui borang-borang soal selidik. Analisis data dan maklumat akan dibuat dengan bantuan perisian SPSS(Statistical Package For The Social Sciences) bagi memudahkan penganalisan data.