deraf teks ucapan y.b. dato’ shaziman bin hj. … kempen jalanraya-final[1].pdf · seperti mana...

11
1 DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. ABU MANSOR MENTERI KERJA RAYA PADA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN LEBUHRAYA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010 LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) 8 FEBRUARI 2010 Y.Bhg. Datuk Thomas George Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Y.Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim Ketua Pengarah Kerja Raya Y.Bhg. Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Bin Md. Salleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Y.Bhg. Datuk Ir. Hamzah Bin Hassan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB)

Upload: phambao

Post on 11-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

1

DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. ABU MANSOR

MENTERI KERJA RAYA

PADA

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN LEBUHRAYA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA

SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) 8 FEBRUARI 2010

Y.Bhg. Datuk Thomas George

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Y.Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim

Ketua Pengarah Kerja Raya

Y.Bhg. Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia

Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Bin Md. Salleh

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia

Y.Bhg. Datuk Ir. Hamzah Bin Hassan

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia

(CIDB)

Page 2: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

2

Y.Bhg Senior Assistant Commisioner (SAC) II Dato’ Abdul Aziz Yusof

Ketua Pasukan Trafik Polis Di Raja Malaysia

Y. Berusaha Prof. Dr Ahmad Farhan Bin Mohd Sadullah

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Kemalangan Jalan Raya

(MIROS)

Y. Berusaha Encik Neoh Soon Hiong

Ketua Pegawai Eksekutif

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Pengarah Urusan BESRAYA

(M) Sdn. Bhd dan New Pantai Expressway Sdn Bhd

Dif- dif kehormat

Pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya,

Lembaga Lebuhraya Malaysia dan agensi kerajaan yang lain,

Pengarah-Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat

Konsesi Lebuhraya, wakil–wakil media massa,

Y.Bhg. Dato’–Dato’, Datin–Datin, Tuan-tuan dan Puan-Puan yang

dihormati sekalian.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

S.W.T yang telah mengurniakan segala rahmat-Nya hingga kita

semua dapat berkumpul pada pagi ini untuk Majlis Pelancaran

Kempen Keselamatan Lebuhraya Peringkat Kementerian Kerja Raya

Page 3: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

3

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2010. Dengan tema,

“Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam”, insyallah, saya

yakin kempen keselamatan yang akan dilancarkan sebentar lagi

sudah pastinya cukup relevan dengan usaha mempertingkatkan

keselamatan pengguna jalan dan lebuh raya.

Hadirin yang dihormati,

2. Perayaan Tahun Baru Cina 2010 akan disambut dalam masa

beberapa hari sahaja lagi. Sebagaimana lazimnya, perayaan ini

begitu dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat Cina tetapi

juga seluruh masyarakat majmuk Malaysia. Apatah lagi, Rakyat

Malaysia akan bercuti panjang memandangkan cuti umum Perayaan

Tahun Baru Cina kali ini bersambung hingga ke hari Selasa.

3. Masyarakat Tionghua pastinya akan pulang ke kampung bagi

menyambut tahun baru ini bersama ibu bapa dan sanak saudara

yang tercinta. Masyarakat Malaysia yang lain juga turut tidak

terkecuali. Selain sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan

Tahun Baru Cina, kesempatan ini turut kita manfaatkan dengan

amalan budaya kunjung mengunjungi bagi merapatkan hubungan

silaturrahim, pulang menziarahi keluarga di kampung atau bercuti ke

pelbagai destinasi menarik negara. Itulah kita, rakyat Malaysia yang

hidup bersama dalam suasana negara yang aman dan harmoni.

Deleted: ¶

Deleted: 2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang terlibat terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),Polis Di Raja Malaysia, MIROS, JKR, LLM serta semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menjayakan program kempen ini.¶

Deleted: 3

Deleted: 4

Deleted: berbangsa Cina

Deleted: H

Page 4: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

4

4. Dalam saat-saat seumpama ini, jumlah pengguna lebuh raya

pasti meningkat dan jalan-jalan raya di serata negara akan

bertambah sesak. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan risiko

berlakunya kemalangan. Kerajaan dan saya secara peribadi amat

prihatin serta sedih dengan kes-kes kemalangan yang berlaku

terutamanya apabila kemalangan tersebut turut mengorbankan

nyawa dan mengakibatkan kesengsaraan kepada keluarga mangsa.

5. Bagi membendung masalah ini, Pelan Keselamatan Jalan Raya

2006-2010 telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg.

Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi pada 15 Mei 2006. Pelan ini

menggariskan perancangan jangka panjang pelaksanaan program-

program keselamatan jalan raya bagi tempoh lima tahun. Sembilan

strategi utama dengan 52 cabang implementasi program telah

dirangka khusus untuk mencapai matlamat pelan ini. Antara strategi-

strategi yang telah dirangka ialah :

• Pendidikan keselamatan jalan raya yang mengandungi

program berbentuk penambahan dan pengekalan

pendidikan serta langkah-langkah psikologi dalam

menangani isu keselamatan jalan raya;

• Penguatkuasaan yang mengandungi program

mengurangkan kecuaian manusia dengan

menggabungkan dan menggunapakai kepakaran

Deleted: 5

Deleted:

Deleted: 6

Deleted: (9)

Deleted:

Deleted:

Deleted:

Page 5: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

5

teknologi; dan

• Pendekatan kejuruteraan termasuk pemulihan kawasan

kerap kemalangan, program pembangunan lorong

motosikal, pelaksanaan audit keselamatan dan inovasi

bahan keselamatan.

6. Selanjutnya, sepertimana tuan-tuan dan puan-puan sedia

maklum, Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak

telah melancarkan enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA) sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran beliau pada bulan

Julai 2009. Salah satu daripadanya ialah Menambah Baik

Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana. Suka saya

memetik kata-kata Y.A.B Perdana Menteri bahawa Kerajaan

berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam

yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar

bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan

bagi menjayakan matlamat ini. Merujuk kepada statistik Kementerian

Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk

Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Oleh itu

Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi

kepada 25% pada penghujung tahun 2012.

7. Penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam secara

total perlu dilaksanakan bagi mencapai tujuan ini. Elemen terpenting

Deleted: dan

Deleted: 8

Deleted: Makanya,

Deleted: 9

Page 6: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

6

ialah keselamatan pengguna. Kita harus sedar bahawa elemen

keselamatan ini merupakan antara faktor utama yang akan

menyebabkan pengguna beralih kepada pengangkutan awam.

Pengurangan risiko di jalan raya untuk perjalanan antara bandar dan

juga perjalanan tempatan perlu dijadikan landasan utama di samping

memastikan keselamatan kenderaan pengangkutan awam

dipertingkatkan.

Hadirin yang dihormati,

8. Apabila kita bercakap mengenai keselamatan jalan raya, ianya

berkait rapat dengan kemalangan. Walaupun ianya merupakan suatu

tragedi, saya percaya ianya dapat dikurangkan jika para pemandu

menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan ciri-ciri pemanduan

berhemah. Saya amat yakin bahawa kempen-kempen yang

dilaksanakan oleh pihak polis, KKR, JKJR dan syarikat-syarikat

konsesi lebuh raya memberi penekanan kepada panduan

keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalan dan lebuh raya.

Salah satu contoh ialah kempen “Malaysians Unite For Road Safety”

atau MUFORS yang telah dilancarkan pada 8 September 2009. Ianya

merupakan satu inisiatif kempen keselamatan dengan pendekatan

unik menerusi penyataan ikrar para pemandu. Seterusnya, saya juga

telah melancarkan program C.A.R.E pada 14 September 2009 yang

menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan keselamatan jalan raya

dengan hasrat memperluaskan pemahaman pemanduan selamat

dan nilai sebuah kehidupan melalui amalan Cermat, Adab, Rasional

Deleted: 9

Deleted:

Deleted: saya

Deleted: yang lalu

Page 7: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

7

dan Beretika. Pelaksanaan program-program kempen keselamatan

seumpama ini akan dibuat secara berterusan dengan kerjasama

pihak PDRM, JKJR, MIROS dan semua pihak yang terlibat.

Hadirin yang saya hormati,

9. Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan

raya amat sinonim dengan musim perayaan. Berdasarkan statistik

PDRM, purata 18 kes kematian sehari dicatatkan pada hari-hari

biasa, berbanding purata kematian semasa Ops Sikap 1 sehingga

Ops Sikap ke 19 tahun lepas dapat dikawal kepada 15 kematian

sehari. Ini membuktikan bahawa kempen keselamatan jalan raya

pada musim perayaan dan usaha Kerajaan serta NGO bagi

menangani masalah ini telah membawa impak yang positif. Ini adalah

kerana purata kematian sehari dapat diturunkan kepada 15 kematian

sehari semasa musim perayaan berbanding pada hari biasa

walaupun kepadatan trafik meningkat 2 kali ganda semasa musim

perayaan.

Hadirin yang saya hormati,

10. Kita semua sedia maklum bahawa dalam Rancangan Malaysia

ke 9, Kerajaan telah mengadakan program pembangunan jalan raya

Deleted: ¶

Deleted: 10

Deleted: yang

Deleted: ¶

Deleted: 10. Jumlah trafik dijangka akan meningkat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina ini. Ingin saya kongsikan di sini akan statistik LLM bahawa pada musim Tahun Baru Cina tahun lepas, jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya adalah sebanyak 5.42 juta bagi tempoh 26 – 27 Januari 2009. Ia adalah peningkatan sebanyak 7.89 % berbanding 5.02 juta trafik pada tahun 2008 untuk tempoh cuti perayaan yang sama. ¶¶11. Suka saya merujuk kepada kajian yang dibuat oleh MIROS berhubung trend peningkatan trafik yang berlaku semasa musim perayaan. Corak perjalanan yang dibuat oleh pengguna semasa musim perayaan kini sudah berubah di mana jika dilihat pada masa dahulu, perjalanan hanya tertumpu kepada pergerakan pengguna dari bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ke kampung-kampung. Trend perjalanan pada masa sekarang pula turut melibatkan pergerakan pengguna di sekitar kawasan kampung, pekan dan daerah kecil. ¶

Deleted: 12

Page 8: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

8

dengan memberikan tumpuan kepada meningkatkan akses ke

kawasan kurang membangun terutamanya kawasan yang berpotensi

untuk pembangunan pelancongan, pertanian dan pusat pertumbuhan

luar bandar. Kerja-kerja penambahbaikan di kawasan black spot,

penyediaan lorong memotong, pelurusan jalan dan sebagainya juga

telah dilaksanakan. Kerajaan mampu untuk mengadakan infrastruktur

jalan yang terbaik, walau bagaimanapun jika pemandu tidak

mengamalkan pemanduan yang berhemah dan beretika maka usaha

Kerajaan serta kempen-kempen keselamatan tidak akan berkesan.

Natijahnya, kita akan terus menyaksikan peningkatan jumlah

kematian saban tahun khususnya semasa musim perayaan.

Hadirin yang dihormati,

11. Menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu OPS SIKAP 21

akan diadakan selama 15 hari mulai 8 hingga 22 Februari 2010 ini,

Kementerian Kerja Raya telah mengambil langkah-langkah berikut

untuk menyokong pelaksanaan operasi ini :

a) Kerja-kerja pembaikan/penyenggaraan dan pembinaan di

jalan raya dihadkan kepada kerja-kerja kritikal sahaja

• Semua kerja pembaikan dan pembinaan di jalan raya

dan lebuh raya dihentikan sepanjang tarikh Ops

Sikap iaitu daripada 11 – 22 Februari 2010 kecuali

Deleted: ¶

Deleted: ¶

Deleted: 3

Page 9: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

9

kerja-kerja kritikal yang terpaksa diteruskan di

kawasan-kawasan tertentu ; dan

• JKR telah diminta untuk memastikan penyenggaraan

pada tahap terbaik bagi mengurangkan gangguan

terhadap lalulintas dan meningkatkan keselesaan

pengguna jalan raya.

b) Pengurangan had laju sebanyak 10 km/j bagi Jalan

Persekutuan dan Negeri berkenaan sepanjang tarikh Ops

Sikap 21

c) Semua syarikat konsesi lebuh raya juga digesa untuk

memastikan pasukan peronda lebuh raya membuat rondaan

dengan lebih kerap untuk tempoh 24 jam sehari bagi

menghadapi sebarang kemungkinan kes kemalangan atau

insiden lain. Response Time oleh pasukan peronda perlu

lebih cepat dan efektif apabila berlakunya sebarang kes

kemalangan dan hal luar jangka.

12. Pada kesempatan ini, suka saya memaklumkan para

hadirin bahawa buat pertama kalinya, sempena sambutan Tahun

Baru Cina ini, 17 buah lebuh raya yang sedang berop erasi akan

memberikan insentif iaitu diskaun kadar tol dan pen gecualian

bayaran tol kepada para pengguna . Antaranya, mereka yang

akan pulang ke Pantai Timur Semenanjung melalui Leb uhraya

Kuala Lumpur – Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (Fa sa 1)

Formatted: Font: Bold, Font color:

Auto

Deleted: ¶14. Dalam pada itu bagi menyokong tema kempen pada hari ini iaitu “Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam” saya memohon agar semua pengusaha-pengusaha pengangkutan awam memperbaiki kualiti perkhidmatan bas ekpress dan mengutamakan isu-isu keselamatan semasa musim perayaan dari segi kualiti pemandu, keadaan mekanikal dan fizikal kenderaan dan amalan tip-tip Keselamatan Jalan dengan komitmen untuk mengelakkan kesalahan serius seperti melebihi had laju dan had masa memandu serta kegagalan menyediakan pemandu kedua. Saya turut menggalakkan semua pengguna lebuh raya agar menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti Tahun Baru Cina ini. Secara tidak langung, ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya – lebuh raya utama. ¶¶15. Mengenai had laju ini, suka saya menyarankan di sini bahawa risk management untuk elemen pengurusan kelajuan dan penguatkuasaan had laju yang baru diadakan. Di samping itu risk management untuk elemen-elemen lain seperti strategi pengurusan trafik di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan tempatan (kampung dan pekan) perlu dilaksana bagi mewujudkan satu cabang pelaksanaan baru dalam usaha mengurangkan kemalangan. ¶

Deleted: 6

Deleted: pengguna lebuh rayanya

Deleted: pengguna lebuh raya

Page 10: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

10

tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol pada 11 F ebruari

2010 mulai jam 11.30 malam hingga 4.30 pagi, 12 Feb ruari 2010.

Manakala pada 15 Februari 2010 mulai jam 11.30 mala m hingga

4.30 pagi, 16 Februari 2010. Di samping itu, pember ian diskaun

tol pula adalah di antara 5 % hingga 20 % pada 14 F ebruari 2010

di beberapa buah lebuh raya – lebuh raya yang menye rtai

insentif ini.

13. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kasih kepada semua syarikat konsesi lebuh raya

atas kesediaan mengadakan insentif ini sebagai memenuhi obligasi

tanggungjawab korporat syarikat kepada pengguna lebuh raya

sempena Tahun Baru Cina ini. Sebagai syarikat swasta, langkah ini

mencerminkan implementasi konsep customer oriented syarikat.

Saya berharap agar pendekatan pemberian insentif ini diteruskan

pada musim-musim perayaan yang akan datang di samping cuti Hari

Kemerdekaan negara. Dalam erti kata lain, inilah wang angpow untuk

semua pengguna lebuh raya sempena Tahun Baru Cina 2010 ini.

Saya juga berharap melalui insentif ini, rakyat Malaysia akan terus

menyemarakan lagi semangat dan integrasi 1 Malaysia dengan

saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

14. Saya juga ingin melihat syarikat-syarikat konsesi lebuh raya

memainkan peranan yang lebih aktif bagi mempertingkatkan tahap

keselamatan di lebuh raya melalui pembangunan program dan

sistem keselamatan secara lebih komprehensif. Pendekatan yang

Formatted: Font color: Auto

Deleted: hb

Deleted: 7

Deleted: itu

Deleted: 8

Deleted: yang melibatkan struktur penting antaranya guard rails, bridge railings serta lain-lain road furnitures

Deleted: .

Deleted: Program atau sistem yang akan dibangunkan ini mestilah mampu mengesan keberhasilan dan pencapaiannya agar peningkatan prestasi keselamatan adalah secara berterusan. Secara tidak langsung, p

Page 11: DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. … kempen jalanraya-final[1].pdf · Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan

11

tertumpu kepada aspek-aspek pencegahan (preventive) dan

bukannya pembetulan (corrective) semata-mata mampu memastikan

pengurangan kematian dan kecederaan parah akibat kemalangan.

Hadirin yang saya hormati,

15. Dengan adanya kempen sebegini diharap dapat menyedarkan

orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu. Kita tidak

mahu jalanraya menjadi pembunuh utama di negara kita. Oleh itu

marilah kita semua sebagai pengguna jalanraya yang

bertanggungjawab menanamkan sikap sentiasa mengutamakan

keselamatan sepanjang masa agar sampai ke destinasi tanpa

ditangisi.

16. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan

penghargaan dan terima kasih serta ucapan syabas di atas

kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang terlibat

terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Di Raja

Malaysia, MIROS, JKR, LLM serta semua syarikat konsesi lebuh raya

untuk menjayakan program kempen ini.

17. Akhir kalam, dengan lafaz “Bismillah hirrahma nirrahim” saya

merasmikan Kempen Keselamatan Lebuhraya Peringkat

Kementerian Kerja Raya Sempena Tahun Baru Cina 2010 dengan

rasminya.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Deleted: 7

Deleted: ¶¶

Deleted: Hadirin yang saya hormati,¶

Deleted: 18. Saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur,KKR,LLM dan semua pihak yang terlibat kerana mengambil inisiatif mengadakan kempen ini dan saya berharap kempen sebegini akan berterusan dari semasa ke semasa. Amakanlah sikap Cermat, Adab, Rasional dan Beretika serta mengikut peraturan jalanraya.¶

Deleted: 9

Deleted: ¶