kertas kerja - pewartaan...

19
1 KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYA -

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

172 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

1

KERTAS KERJA

- PEWARTAAN JALANRAYA -

Page 2: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

2

KANDUNGAN

KETERANGAN M/SURAT

1. Sinopsis

2. Tujuan

3. Carta Aliran Kerja - Proses Pewartaan Jalanraya

4. Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya

5. Kriteria Permohonan Pewartaan Jalan Negeri ke Jalan

Persekutuan

6. Senarai Semak Permohonan Pewartaan Jalanraya

7. Masalah Berkaitan Permohonan Pewartaan Jalanraya

8. Contoh Dokumen Pewartaan Jalan

9. Akta-Akta Permohonan Pewartaan Jalanraya

10. Kesimpulan

Page 3: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

3

KERTAS KERJA

TAJUK KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYA

1. SINOPSIS

Sejak kebelakangan ini, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR

Kuala Lumpur banyak menerima permohonan dari JKR Negeri berkaitan isu-isu

pewartaan khususnya pewartaan jalan. Kebanyakan permohonan diterima

adalah untuk mewartakan jalan-jalan persekutuan yang baru siap dibina (iaitu

projek-projek jalan baru di bawah pengawasan Unit Pembinaan & Pengurusan

Projek), Cawangan Jalan dan juga jalan-jalan persekutuan sediaada yang telah

diubahsuai dan dinaiktaraf. Di samping itu juga permohonan pewartaan jalan

diterima bagi mewartakan Jalan Negeri kepada Jalan Persekutuan. Selain dari

menguruskan pewartaan jalan, CSFJ juga menerima permohonan untuk

mewartaan hadlaju, penutupan jalan, had muatan dan lain-lain lagi.

Dalam memproses permohonan pewartaan yang diterima, CSFJ mengenalpasti

beberapa masalah yang perlu ditangani segera untuk mempastikan semua

permohonan dapat diproses dan pewartaan dapat dilaksanakan segera dan

dalam tempoh yang munasabah.

Page 4: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

4

2. TUJUAN

Kertas Kerja ini adalah khusus kepada Pewartaan Jalan-Jalan Persekutuan dan

Jalan-Jalan Negeri. Antara matlamat / tujuan yang ingin dicapai adalah:

2.1 Memberi penerangan mengenai proses dan aktiviti yang terlibat dalam

mewartakan Jalan-Jalan Persekutuan dan Negeri – Carta Aliran Proses

Pewartaan Jalanraya

2.2 Menerangkan dokumen / contoh laporan pewartaan jalanraya yang perlu

disediakan dan dimajukan ke CSFJ

2.3 Menerangkan senarai semak dokumen pewartaan jalanraya

2.4 Menerangkan masalah berkaitan dengan proses pewartaan jalanraya

2.5 Mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan dalam

menangani isu-isu pewartaan jalanraya

Page 5: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

5

3. CARTA ALIR KERJA BAGI MEMPROSES PEWARTAAN

JALAN NEGERI SEBAGAI JALAN PERSEKUTUAN

JKR Negeri hantar permohonan

Unit Senggara terima permohonan

Dokumen tidak lengkap

Semak Semak:1.Semak deraf dari segi

bahasa dan sebagainya. 2.Semak Peta. 3.Semak nombor turutan warta (pindaan).

Sedia deraf warta

Hantar Deraf ke PUU KKR

Semak Deraf perlu pembetulan Semak:1.Semak deraf dari segi bahasa dan sebagainya. 2.Semak Peta. 3.Semak nombor turutan warta (pindaan).

Hantar ke Bhg.Gubalan

Pejabat Peguam Negara

Deraf perlu pembetulan Semak

Deraf ditandatangani oleh YB Menteri

Hantar ke Percetakan Nasional

PUU KKR

Dibentangkan di Dewan Rakyat

untuk dilulus dan diwartakan

CSFJ

JKR Negeri

Tindakan menyediakan Papan Tanda Laluan

dan mengeluarkan dari data MARRIS (jika perlu)

Tamat

Page 6: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

6

4. CONTOH LAPORAN PERMOHONAN PEWARTAAN JALANRAYA

4.1 Penerangan Ringkas Jalan Yang Hendak Diwartakan

Contoh:

Jalan yang hendak diwartakan ialah Jalan Lencongan Timur sepanjang 16.4 KM

yang bermula dari persimpangan Jalan Alor Setar - Tikam Batu ( Laluan FT 001/

Seksyen 799 ; Kordinat T 280378.14, U 628449.99) melalui Jalan Lencongan

Timur dan berakhir di titik pertemuan dengan Jalan Alor Setar - Tikam Batu (

Laluan FT001/ Seksyen 792 ; Kordinat T 276538.35, U 620469.29).

Nota:

Titik kordinat hendaklah menggunakan bacaan dalam ukuran MRSO : Malaysian

Rectified Skewed Orthomorphic)

Page 7: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

7

4.2 Latar Belakang Jalan

Contoh:

Jalan ini dibina mengikut rekabentuk piawaian “R5 Dual Carriage Way”; berturap

dengan 2 (dua) laluan pemanduan 3.75 meter. Pada dasarnya jalan ini bertujuan

untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Bandar Sg. Petani dan

persekitarannya

4.3 Sijil Siap Kerja ( CPC ) – (Untuk Projek Jalan Persekutuan Sahaja)

JKR Negeri / Pengurus Projek hendaklah mengemukakan bersama Sijil Siap

Kerja Projek Jalan berkaitan. Sijil Siap Kerja hendaklah telah ditandatangani oleh

Pegawai Penguasa

4.4 Perakuan / Surat Kelulusan EXCO Negeri - (Untuk Pewartaan Jalan

Negeri ke Jalan Persekutuan Sahaja)

Bagi Jalan Negeri yang hendak diwartakan ke Jalan Persekutuan, surat

kelulusan Kerajaan Negeri (EXCO Negeri) hendaklah disertakan bersama

permohonan

Page 8: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

8

4.5 Kriteria Permohonan - (Untuk Pewartaan Jalan Negeri ke Jalan

Persekutuan Sahaja)

Rujuk Lampiran A – Kriteria Permohonan Pewartaan Jalan Negeri Ke Jalan

Persekutuan

4.6 Peta Lokasi Jalan

Sila Rujuk Pelan 1

4.7 Peta Lakaran Jalan

Sila Rujuk Pelan 2

4.8 Lain-lain Keterangan (Jika Ada)

Page 9: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

9

LAMPIRAN A

5. KRITERIA PERMOHONAN PEWARTAAN JALAN NEGERI

PERSEKUTUAN

5.1 Jalan utama antara negeri yang menghubungi bandar - bandar besar

5.2 Jalan yang menghubungkan bandar besar di dalam negeri dan jalan yang

menghubungkan jalan antara negeri

5.3 Jalan yang menghubungkan rangkaian Jalan Persekutuan ke Lapangan

Terbang di bawah bidang kuasa Jabatan Penerbangan Awam Malaysia atau

Kementerian Pertahanan

5.4 Jalan yang menghubungkan rangkaian Jalan Persekutuan ke pelabuhan

di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

5.5 Jalan yang menghubungkan rangkaian Jalan Persekutuan ke pintu keluar

/ masuk di Sempadan Negara

5.6 Akses dari Jalan Persekutuan / Negeri ke Perkampungan Felda dan

Felcra

5.7 Jalan Keselamatan dan Pembangunan Negara (Kesban) dan Jalan ke

destinasi pelancongan

Page 10: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

10

LAMPIRAN B

6. SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEWARTAAN JALANRAYA

6.1 Penerangan Ringkas Jalan Yang Hendak Diwartakan

6.2 Latar Belakang Jalan

6.3 Sijil Siap Kerja

6.4 Perakuan / Surat Kelulusan EXCO Negeri

6.5 Justifikasi

6.6 Peta Lokasi Jalan

6.7 Peta Lakaran Jalan

6.8 Lain-lain Keterangan (Jika Ada)

Nota : Sila tandakan √ bagi setiap dokumen / maklumat yang disertakan

Page 11: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

11

7. MASALAH BERKAITAN PERMOHONAN PEWARTAAN JALANRAYA

7.1 Kegagalan mengemukakan / memajukan Sijil Siap Kerja

7.2 Kegagalan / Kelewatan memajukan / mengemukakan Lukisan Siap Bina

7.3 Kesilapan kordinate jalanraya

7.4 Kordinate tidak menggunakan rujukan MRSO - Malaysian Rectified

Skewed Orthomorphic)

7.5 Kegagalan mengemukan Pelan Lokasi Jalan (Pelan 1) dan Pelan Lakaran

Jalan (Pelan 2) – “hard & soft copy”

7.6 Kegagalan mengemukakan Surat Kelulusan Kerajaan Negeri (EXCO) –

bagi pewartaan jalanraya negeri ke jalanraya persekutuan sahaja

Page 12: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

12

8. ISU – ISU PEWARTAAN JALANRAYA

8.1 Jika jajaran jalan asal ABC telah diubah ke jajaran ADC, perlukah jalan

ADC diwartakan?

8.1.1 Jika jalan ADC lebih penting / dominan dari jalan ABC, tukarkan jalan

ABC kepada ADC, manakala jalan ABC diberi nombor jalan / laluan

lain (masih jalan persekutuan) atau ditukar ke jalan negeri

B

D

C

A

Page 13: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

13

8.2 Jika jajaran asal jalan ialah EFGH, tetapi apabila jajaran FG telah

dinaiktaraf, perlukah jajaran FG diwartakan?

8.2.1 Jika sebahagian jajaran jalan sediaada dinaiktaraf, jalan tersebut tidak

perlu diwartakan melainkan yang melibatkan pembinaan struktur

seperti jambatan, persimpangan bertingkat dll

G F

E

H

Page 14: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

14

9. CONTOH DOKUMEN PEWARTAAN JALANRAYA

AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959

PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN ( MALAYSIA BARAT )

(PINDAAN) (NO. ) 2006

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 3 Akta Jalan Persekutuan 1959

[Akta 376], Menteri, setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Kedah, membuat

perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia

Barat) (Pindaan) (No. ) 2006.

(2) Perintah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 2006.

Pindaan Jadual Keempat

2. Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 538/1996] dipinda

dalam Jadual Keempat -

(a) dengan memasukkan selepas butiran 3 di bawah kepala “Negeri Kedah

Darul Aman” butiran yang berikut:

“4. (Laluan 3053): Jalan Kulim Hi-Tech

Bermula dari persimpangannya dengan Kg. Pdg. Kulim (Laluan

136) di koordinat Utara (U) 35728.736 Timur (T) 93110.485 dan

berakhir di persimpangan Kg. Sg. Seluang di koordinat Utara (U)

42275.511, Timur (T) 91846.718 sebagaimana yang ditunjukkan

dalam Peta 1: Jalan Kulim Hi-Tech (Laluan 3053), Kedah.

Jarak sepanjang 8.00 km.”; dan

(b) dengan memasukkan di bawah kepala Negeri Kedah Darul Aman Peta 1:

Jalan Kulim Hi-Tech (Laluan 3053), Kedah seperti yang berikut:

Dibuat 2006

[KKR.PUU.110-1/6/4; ]

DATO’ SERI S. SAMY VELLU

Menteri Kerja Raya

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat di bawah seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan

1959]

Page 15: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

15

9. CONTOH DOKUMEN PEWARTAAN JALANRAYA (samb...)

FEDERAL ROADS ACT 1959

FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA)

(AMENDMENT) (NO. ) ORDER 2006

IN exercise of the powers conferred by section 3 of the Federal Roads Act 1959 [Act

376], the Minister, after consultation with the State Government of Kedah, makes the

following order:

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Federal Roads (West Malaysia)

(Amendment) (No. ) Order 2006.

(2) This Order comes into operation on 2006.

Amendment of First Schedule

2. The Federal Roads (West Malaysia) Order 1989 [P.U. (A) 538/1996] is amended

in the Fourth Schedule -

(a) by inserting after item 3 under the heading of “Negeri Kedah Darul

Aman” the following item:

“4. (Route 3053): Jalan Kulim Hi-Tech

From its junction with Kg. Pdg. Kulim (Route 136) at coordinate

North (N) 35728.736, East (E) 93110.485 and ending at junction

Kg. Sg. Seluang at coordinate North (N) 42275.511, East (E)

91846.718 as shown on the Map 1: Jalan Kulim Hi-Tech (Route

3053), Kedah.

A distance of 8.00 km.”; and

(b) by inserting under the heading Negeri Kedah Darul Aman Map 1: Jalan

Kulim Hi-Tech (Route 3053), Kedah as following:

Made 2006

[KKR.PUU.110-1/6/4; ]

DATO’ SERI S. SAMY VELLU

Minister of Works

[To be laid before the House of Representatives under section 4 of the Federal Roads Act

1959]

Page 16: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

16

10. AKTA-AKTA BERKAITAN PEWARTAAN JALANRAYA

10.1 Seksyen 3 Akta Jalan Persekutuan 1956, [Akta 376] - Pewartaan

Jalan Negeri ke Jalan Persekutuan

10.2 Seksyen 70(1) dan 70(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] –

Penutupan Jalan & Lencongan Jalan Sementara

10.3 Seksyen 69(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] – Pewartaan

Hadlaju Jalan Persekutuan

10.4 seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] – Perintah

Sekatan Berat Jalan Persekutuan

10.5 Akta Perwakilan Kuasa 1956 Seksyen 77, 84, 85 dan 85A Akta

Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]

Page 17: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

17

11. KESIMPULAN

11.1 Dengan pembentangan kertas di atas, diharapkan proses permohonan

pewartaan jalanraya dapat dilaksanakan dalam tempoh yang lebih

pendek (iaitu dalam anggaran tempoh 1 bulan) berbanding dengan

keadaan semasa iaitu dalam tempoh antara 2 – 3 bulan

11.2 Adalah diharapkan Carta Aliran Kerja, Contoh Laporan dan Senarai

Semak Pewartaan yang diberikan dapat membantu JKR Negeri /

Cawangan / Unit berkaitan untuk menyediakan dokumen permohonan

pewartaan dan seterusnya mempercepatkan proses pewartaan di

semua peringkat.

Page 18: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

18

Pelan : 1

Nota :

i) Nyatakan kordinate dalam bacaan MRSO

ii) Sila tandakan kordinate berkaitan

Page 19: KERTAS KERJA - PEWARTAAN JALANRAYAepsmg.jkr.gov.my/images/6/69/Kertas_Kerja_Pewartaan_oleh_CSFJ.pdf · Contoh Laporan Permohonan Pewartaan Jalanraya 5. ... 10. Kesimpulan . 3 KERTAS

19

Pelan : 2

X(T) 276538.35

Y(U) 620469.29

X(T) 280378.14

Y(U) 628449.99

K 824

1

1 67

1

67

JALAN LENCONGAN TIMUR

Petunjuk : -

Jalan Persekutuan

Jalan Negeri

Jalan Di wartakan