denggi

4
Assalamualaikum/selamat sejahteRa Saya Dr Muda……………… dari kelab doktor muda, ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan ………………….. dengan seluruh warga SKBRP. Diharap, kawan-kawan dapat memberi kerjasama dan perhatian sepanjang perkongsian ini…. Kami juga akan adakan kuiz diakhir perkongsian ini…. Kawan-kawan…. 1. Apa Itu Demam Denggi? Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus Denggi. Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Tiada ubat atau vaksin untuk merawat penyakit ini. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 2.Bagaimana Mengenali Nyamuk Aedes…. • Nyamuk Aedes dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kakinya. • Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja. • Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di sekolah, di dalam dan luar rumah serta persekitarannya. • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.

Upload: rasul-hashim

Post on 03-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum/selamat sejahteRa

Saya Dr Muda dari kelab doktor muda, ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan .. dengan seluruh warga SKBRP.Diharap, kawan-kawan dapat memberi kerjasama dan perhatian sepanjang perkongsian ini.Kami juga akan adakan kuiz diakhir perkongsian ini.

Kawan-kawan.

1. Apa Itu Demam Denggi?

Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus Denggi. Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Tiada ubat atau vaksin untuk merawat penyakit ini. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

2.Bagaimana Mengenali Nyamuk Aedes.

Nyamuk Aedes dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kakinya. Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja. Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di sekolah, di dalam dan luar rumah serta persekitarannya. Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.

3. Mengenali Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes a. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekolah:

Alas pasu bunga Pam tandas Kolam hiasan Bahan buangan yang menakung air Pokok hiasan yang menakung air secara semula jadi

b. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah:

Di dalam kolah bilik mandi Tempat simpanan air terbuka Bekas perangkap semut Bekas menakung air peti sejuk Pasu jambangan bunga Alas pasu bunga Kolam hiasan

c. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah:

Tayar terpakai / buruk Tempurung kelapa Botol Saluran air hujan Tin kosong Bekas pembungkus makanan dan minuman (polystrena) Di celah kelopak pohon keladi Di celah kelopak pokok pisang Mangkuk tadahan susu getah

4. Tanda Demam Denggi

Demam kuat yang mengejut. Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata. Sakit kepala. Ruam merah di kulit. Hilang selera makan. Kekeringan bibir. Muntah. Sakit perut. Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi.73

5. Mencari dan Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes.

Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan melupuskan semua bekas kosong yang boleh menakung air. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate ke dalam Semua bekas simpanan air tiga bulan sekali. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk Mencegah nyamuk daripada bertelur. Tukar air jambangan bunga setiap minggu dengan membasuh Dan memberus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. Buang air dalam alas pasu bunga dan berus hingga bersih Setiap minggu. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung)

6. Langkah Pencegahan Jangkitan Demam Denggi

Tidur menggunakan kelambu. Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk. Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah. Gotong royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai tanda jangkitan.

Diharap kawan-kawan dapat memahami dengan jelas tentang demam denggi,supaya kita dapat menjaga diri kita daripada dijangkiti demam denggi.