pembinapembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/bp-ramadhan.pdfdengan harapan islam terus dijulang...

6
PEMBINA buletin 39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja persatuan belia islam nasional | isu ramadhan 1432h Ramadhan Terakhir Ramadhan Terbaik R amadhan tiba kembali. Teringat ketika satu Ramadhan tempoh hari, langit menyapa tenang dan matahari malu-malu menyem- bunyikan diri meraih hadirnya bulan penuh mulia dan istimewa di hati semua insan bergelar mukmin. Tanpa disedari, sudah berhari-hari kita mengharungi hari-hari di bulan yang penuh baro- kah ini dengan penuh taqwa mahupun sebaliknya. Sabda Rasulullah SAW: “Allah SWT berfirman : “ Setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang membalas- nya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hari maka janganlah mengungkapkan per- kataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang menyerangnya maka katakanlah : “Sesung- guhnya aku sedang berpuasa”. Demi yang diri Muham- mad di tangan-Nya, sesungguhnya berubahnya bau mu- lut orang berpuasa adalah lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembi- raan. Apabila ia berbuka, ia gembira. Dan apabila ia ber- temu dengan Tuhanya , ia bergembira dengan puasanya”. Tidak pernahkah terlintas di hati adakah ini puasa terbaikku atau adakah ini ramadhan terakhir ku sehinggakan kita lebih rela mengisi Ramadhan dengan mengulit mimpi indah dan berlebihan membeli juadah berbuka sehingga menyebab- kan ngantuk bergayutan di mata, terawih dibiar pergi begitu sahaja? Bahkan kita lebih bahagia menyambut kehadiran Sy- awal berbading Ramadhan yang pastinya lain daripada yang lain sehinggakan kita memperlakukan Ramadhan seperti tia- da makna. Ayuh temanku, mari kita muhasabah kembali agar kemuliaan Ramadhan itu tidak tercemar dek kealpaan diri dan kelebihan bulan ini tidak dipersia-siakan kerana ingatlah, “demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.” Jan- ganlah kita termasuk di antara golongan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat kelak menyesal tiada kesudahan. Ramadhan yang di tempuhi diibaratkan sebuah lori yang bergerak selama 30 hari berturut-turut. Pengakhiran 30 hari ada yang masih kosong isinya, dan tidak kurang juga penuh dengan sampah sarap tetapi tidak banyak yang penuh dengan emas dan permata. Mana yang kita mahukan? Lori yang kosong umpama manusia yang Ramadannya tidak memberi apa-apa makna pada dirinya. Dia ber- puasa menahan lapar dan dahaga sekadar mendapat keletihan dan kepenatan. Tiada ibadah tambahan yang dilakukan, dia juga tidak merasai bahawa bu- lan Ramadan itu adalah tempat untuk dia berlumba- lumba memperolehi ganjaran pahala daripada Allah. Lori yang dipenuhi emas dan permata, merupakan perump- aan bagi seorang manusia yang puasanya disertai dengan hati yang suci. Dia sentiasa berusaha untuk memperban- yakkan ibadah dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. Manakala lori yang dipenuhi sampah sarap adalah pe- rumpamaan bagi manusia yang puasanya dihiasi dengan maksiat. Sebagai contoh, di siang hari mulutnya tidak su- nyi daripada mengumpat, menghina dan menyumpah- nyumpah. Di malam hari pula dia memenuhkan ma- sanya dengan berehat-rehat dan menonton wayang. Semasa berpuasa, perut akan dikosongkan dan pemak- anan dikurangkan. Ruh di kedudukan yang tertinggi. Hati dijernih dan digilap daripada segala noda-noda maksiat. Terhijab semua pintu keduniaan dan kemaksiatan. Tersir- nalah cahaya kebenaran daripada hati yang takutkan Allah. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SWT : “Sesungguh- nya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui sal- uran darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar.” Maka, lakukan yang terbaik dengan menganggap Ramad- han kali ini mungkin sahaja yang terakhir maka jadikanlah ia Ramadhan terbaik kerana hanya Allah mengetahui ajal maut seseorang. Percepatkan langkah menuju pintu ke- baikan sebelum maut menghampiri. Hargai sesuatu yang kita miliki dengan syukur kepada Ilahi. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membuah keman- isan yang member kesan berpanjangan ter- hadap iman di bulan-bulan m e n - datang. Walla- hualam. Nahdiyyah bt Rushdan, ISMA Mesir

Upload: others

Post on 14-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINApembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BP-ramadhan.pdfDengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah

PEMBINAbuletin

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

persatuan belia islam nasional | isu ramadhan 1432h

Ramadhan Terakhir Ramadhan Terbaik VS

Ramadhan tiba kembali. Teringat ketika satu Ramadhan tempoh hari, langit menyapa tenang dan matahari malu-malu menyem-bunyikan diri meraih hadirnya bulan penuh mulia dan istimewa di hati semua insan

bergelar mukmin. Tanpa disedari, sudah berhari-hari kita mengharungi hari-hari di bulan yang penuh baro-kah ini dengan penuh taqwa mahupun sebaliknya.Sabda Rasulullah SAW: “Allah SWT berfirman :“ Setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang membalas-nya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hari maka janganlah mengungkapkan per-kataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang menyerangnya maka katakanlah : “Sesung-guhnya aku sedang berpuasa”. Demi yang diri Muham-mad di tangan-Nya, sesungguhnya berubahnya bau mu-lut orang berpuasa adalah lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembi-raan. Apabila ia berbuka, ia gembira. Dan apabila ia ber-temu dengan Tuhanya , ia bergembira dengan puasanya”. Tidak pernahkah terlintas di hati adakah ini puasa terbaikku atau adakah ini ramadhan terakhir ku sehinggakan kita lebih rela mengisi Ramadhan dengan mengulit mimpi indah dan berlebihan membeli juadah berbuka sehingga menyebab-kan ngantuk bergayutan di mata, terawih dibiar pergi begitu sahaja? Bahkan kita lebih bahagia menyambut kehadiran Sy-awal berbading Ramadhan yang pastinya lain daripada yang lain sehinggakan kita memperlakukan Ramadhan seperti tia-da makna. Ayuh temanku, mari kita muhasabah kembali agar kemuliaan Ramadhan itu tidak tercemar dek kealpaan diri dan kelebihan bulan ini tidak dipersia-siakan kerana ingatlah, “demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.” Jan-ganlah kita termasuk di antara golongan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat kelak menyesal tiada kesudahan.Ramadhan yang di tempuhi diibaratkan sebuah lori yang bergerak selama 30 hari berturut-turut. Pengakhiran 30 hari ada yang masih kosong isinya, dan tidak kurang juga penuh dengan sampah sarap tetapi tidak banyak yang penuh dengan emas dan permata. Mana yang kita mahukan?Lori yang kosong umpama manusia yang Ramadannya tidak memberi apa-apa makna pada dirinya. Dia ber-

puasa menahan lapar dan dahaga sekadar mendapat keletihan dan kepenatan. Tiada ibadah tambahan yang dilakukan, dia juga tidak merasai bahawa bu-lan Ramadan itu adalah tempat untuk dia berlumba-lumba memperolehi ganjaran pahala daripada Allah.Lori yang dipenuhi emas dan permata, merupakan perump-aan bagi seorang manusia yang puasanya disertai dengan hati yang suci. Dia sentiasa berusaha untuk memperban-yakkan ibadah dengan niat semata-mata kerana Allah SWT.Manakala lori yang dipenuhi sampah sarap adalah pe-rumpamaan bagi manusia yang puasanya dihiasi dengan maksiat. Sebagai contoh, di siang hari mulutnya tidak su-nyi daripada mengumpat, menghina dan menyumpah-nyumpah. Di malam hari pula dia memenuhkan ma-sanya dengan berehat-rehat dan menonton wayang.Semasa berpuasa, perut akan dikosongkan dan pemak-anan dikurangkan. Ruh di kedudukan yang tertinggi. Hati dijernih dan digilap daripada segala noda-noda maksiat. Terhijab semua pintu keduniaan dan kemaksiatan. Tersir-nalah cahaya kebenaran daripada hati yang takutkan Allah. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SWT : “Sesungguh-nya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui sal-uran darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar.”Maka, lakukan yang terbaik dengan menganggap Ramad-han kali ini mungkin sahaja yang terakhir maka jadikanlah ia Ramadhan terbaik kerana hanya Allah mengetahui ajal maut seseorang. Percepatkan langkah menuju pintu ke-baikan sebelum maut menghampiri. Hargai sesuatu yang kita miliki dengan syukur kepada Ilahi. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membuah k e m a n - isan yang member k e s a n b e r p a n j a n g a n t e r- hadap iman d i bulan-bulan

m e n -d a t a n g .W a l l a -hualam.

Nahdiyyah bt Rushdan, ISMA Mesir

Page 2: PEMBINApembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BP-ramadhan.pdfDengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah

Musafir, PEMBINA GombakDi Ambang Ramadhan

Aku menyelusuri jalan..Menyapa rejab yang sedang berlabuh

Aku melihat kiri dan kananAda manusia yang angkuhAda manusia yang patuh

Ada juga manusia yang masih tidak terurusAku hanya mampu tersenyum pada rejab

Semoga manusia diberkati oleh Rabbul ‘izzatiDan bakal bertemu ramadhan al-mubarak nanti

Aku berjalan dan terus berjalanDengan harapan islam terus dijulang

Kutemui syaaban di pertengahanKatanya manusia masih lagi kecundangNafsu Ammarah masih menguasai diri

Namun,Masih kujumpa sekumpulan hati-hati yang suci

Masih kutemui jiwa-jiwa yang bersihSi hamba yang tidak harapkan lain kecuali redha Tuhannya

Jarumku meneruskan detikanMelewati malam dan juga siang

Tiba-tiba aku terdengar satu seruanHayya ‘alassolah! Hayya ‘alassolah!Hayya ‘alal falah! Hayya ‘alal falah!

Berkumandang di seluruh pelusuk duniaTanda ramadhan sudah menjelmakan wajahnya

Aku terpaku..Yang dulunya patuh, angkuh, dan tidak terurus

Kini berduyun-duyun menuju ke arah yang samaSemuanya bersatu di dalam mahligai Sang Pencipta

Saf-saf yang dulunya sunyi kini kembali ceriaMeraikan hamba yang tunduk dan sujud memuji Yang Maha Perkasa

Ramadhan..Di situlah rahmat, di situlah berkat, di situlah muafakat

Lisan dijaga dengan penuh berhati-hatiAmalan dikoreksi supaya diterima Ilahi

Yang berjudi menyesali diriYang berzina turut menginsafi

Maha Suci AllahRamadhan menyatukan hati-hati mereka

Demi matlamat yang samaDemi langkahan ke pintu syurgaNya

Demi menggapai redha PenciptaAhlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka ama-lanku diangkat sedang aku berpuasa”(Riwayat An-Nasaie).

Page 3: PEMBINApembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BP-ramadhan.pdfDengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah
Page 4: PEMBINApembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BP-ramadhan.pdfDengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah
Page 5: PEMBINApembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BP-ramadhan.pdfDengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah
Page 6: PEMBINApembina.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BP-ramadhan.pdfDengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah

Abu RayhanAl-Biruni

Abu Rayhan al-Biruni adalah seorang ilmuwan besar, fisikawan, astronomi, sosiologi, sasterawan, sejarawan dan matematikawan yang nilainya tidak pernah diketahui. Dia dipertimbangkan sebagai

bapa dari unified field theory (teori segala sesuatu -pen) oleh peraih penghargaan Nobel Profesor Abdus Salam. Abu Rayhan al-Biruni hidup hampir seribu tahun yang lalu dan sezaman dengan Ibn Sina (Avicenna) dan Sultan Mahmoud Ghazni.

Pada saat menjelang akhir hayatnya, Biruni dikunjungi oleh jiran-jirannya yang meru-pakan ahli fiqih. Abu Rayhan masih dalam keadaan sedar, dan tatkala melihat sang ahli fiqih, dia bertanya kepadanya tentang hukum waris dan beberapa hal yang berhubungan dengannya. Sang ahli fiqih terkesima melihat seseorang yang sekarat masih tertarik den-gan persoalan-persoalan tersebut. Abu Rayhan berkata, “Aku ingin bertanya kepadamu: mana yang lebih baik, meninggal dengan ilmu atau meninggal tanpanya?” Sang ahli fiqih menjawab, “Tentu saja lebih baik mengetahui dan kemudian meninggal.” Abu Rayhan berkata, “Untuk itulah aku menanyakan pertanyaanku yang pertama.” Beberapa saat setelah sang ahli fiqih tiba dirumahnya, tangisan duka mengatakan kepadanya bahwa Abu Rayhan telah meninggal dunia. (Murtaza Mutahhari: Khutbah Keagamaan)

Setelah itu, hampir seribu tahun yang lalu, ketika umat muslim adalah pembawa obor pengetahuan pada zaman kegelapan, mereka menciptakan peradaban Islam, didorong oleh penelitian dan penemuan ilmiah, yang membuat bahagian dunia lainnya cemburu dengan perkembangan itu.