demokrasi athens

Upload: azamlini

Post on 08-Jul-2015

1.094 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Huraikan pelaksanaan sistem demokrasi di Kota Athens PengenalanNegara kota merujuk kepada pembentukan sebuah Negara yang berasakan kepada wilayah Tertentu yang didiami oieh sesuatu kaum sahaja . Daiam tamadun awal setiap Negara Kota mempunyai system pemerintah, undang undang, bahasa, ekonomi, dan lain - lain Yang berbeza. Antara kota yang terpenting dalam Tamadun yunani ialah Athens dan Sparta. Athens Diasaskan kira kira 2000 tahun sebelum Masihi dan terletak di lembah sungai Danube, Greece. Peringkat awal Athens hanya didiami oleh orang keturunan Aphine dan Nordice. Pada peringkat awal Athens mengamalkan pemerintah beraja.Athens telah secara kejam dan Zalim sebelum dirampas kuasa oleh golongan Etruscan dan memperkenalkan sistem Pemerintaan Tirani tetapi tidak memberi kebaikan kepada rakyat Akhirnya 344 sebelum Masihi Athens memperkenalkan sistem demokrasi .

Pelaksanaan Demokrasi Athens1. Mengamalkan konsep kebebasan bersuara

Athens telah memperkenalkan konsep kebebasan bersuara dan pandangan konsep perwakilan mengikut demes tertentu.setiap rakyat Athens boleh menyatakan pandangan mereka melalui persidangan di dewan perhimpunan.setiap warganegara lelaki Athens yang berumur 21 tahun ke atas layak menkadi perwakilan melalui pungutan suara (selection by lot) 2. Mempunyai 3 badan pemerintah Athens mempunyai 3 badan tertinggi iaitu Dewan Perhimpunan,Majlis Eksekutif dan Badan Kehakiman. Dewan perhimpunan dianggotai oleh warganegara lelaki Athens yang berumur 21 tahun ke atas.Bersidang 3 kali sebulan dan disertai kira-kira 40.000 ahli. Peranannya amat terhad kepada melantik ahli Majlis, menjadi juri dan membahaskan undang-undang yang diluluskan oleh ahli Majlis Eksekutif. Majlis Eksekutif pula dianggotai 500 orang ahli yang dipilih daripada 50 suku.terdiri daripada golongan bangsawan dan ketua suku kaum di Athens. Di kuasai oleh golongan Archon dan akhirnya menjalankan pemerintahan bercorak tyrant. Akhir muncul sistem 10 orang jeneral. Peringkat awal terdiri daripada orang berlainan untuk mengelak daripada kuasa melebihi Dewan Perhimpunan. Badan kehakiman terdiri daripada Majistret dan juri yang terdiri daripada pegawai awam Dan semua ahli Dewan perhimpunan . Berperanan menjalankan perundangan di Athens.

3.Pemerintah Terdiri seorang jeneral yang dilantik di kalangan Archon [bangsawan ].Pemerintah dilantik oleh Ahli Majlis Eksekutif Sering berlaku perebutan kuasa antara Archon sehingga muncul pemerintah berkuasa mutlak (Tyrant). 4. Mengamalkan sistem undang-undang berjuri Athens melaksanakan sistem undang-undang melalui keputusan mahkamah berjuri. Hakim terdiri daripada pegawai awam yang terdiri di kalangan pendidik, pemungut cukai,tentera dan pembanci manakala juri adalah semua Ahli Dewan Perhimpunan.Juri menjadi pemutus dalam menjatuhkan hukuman dan pesalah tidak dibenarkan membuat rayuan. Hukuman bergantung kepada kesalahan dan kedudukan dalam masyarakat. Jumlah juri mengikut kesalahan berat atau ringan, contoh antara 101 hingga 1001 orang juri. 5. Mengamalkan konsep liberal Sistem pemerintahan Athens adalah bersifat terbuka di mana hak penyertaan politik diberikan kepada semua warganegara dan didasarkan kepada prinsip kediaman. Demokrasi Athens bersifat sistem kerajaan yang cita-cita warganegara dan aspirasi individu terjamin. Perkhidmatan awam telah dikemaskini untuk kebajikan rakyat. 6. Individu Athens menekankan kebolehan individu oleh itu, setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan akan diberikan peluang untuk mengenengahkan bakat masing-masing dalam bidang politik.Contoh warganegara Athens yang berkebolehan dalam bidang politik dan pidato akan berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan atau Senat. Contoh Pericles.

Kesimpulan.Sistem Demokrasi Athens merupakan salah satu sistem pemerintahan yang terpenting di dunia pada peringkat awal, amalan Demokrasi Athens adalah berpegang kepada konsep Liberalisasi dan kebebasan bersuara. Namun kesan daripada perebutan kuasa dan politik, Akhirnya Athens kembali mengamalkan pemerintahan beraja.