definisi sumber

Upload: je-teir

Post on 02-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

definisi sumber

TRANSCRIPT

Definisi SumberSatu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.Sumber primerSumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.Sumber sekunderSumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.Sumber tertierDikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.KEMAHIRAN MENGESAN MAKLUMATMenggunakan bahan buku, rujukan umum dan khususBahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar.Bahan rujukan umum iaitu Kamus, Ensiklopedia, Kamus Biografi, Almanak / Buku Tahunan, Direktori dan Gazetiri. KamusBuku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.Kamus KhasKamus khas memberi maklumat khas sahaja mengenai sesuatu perkara atau bidang. Antara kamus ini adalah seperti berikut;- Kamus Sinonim/Antonim- Kamus kategori ini hanya seperti makna yang sama dan makna berlawanan untuk setiap perkataan.- Kamus Simpulan Bahasa- Kamus Komputer.ii. EnsiklopediaBahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.Ensiklopedia KhususIa terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus atau mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.iii. Kamus BiografiMerupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)iv. Almanak / Buku TahunanAlmanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Readers Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.v. DirektoriSuatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (affiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi. Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres, alamat e-mail pendidikan dan lain.vi. GazetirSejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat. Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.JurnalSumber penulisan ahli akademik. Jurnal biasanya ramai editor yang menilai dan memperakui artikel tersebut.(editor- adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut).Terbitan jurnal adalah berkala atau bersiri.Bahan rujukan khusus iaitu Bibliografi, Indeks, Abstraks dan Katalogi. BibliografiMerupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang di susun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak.Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun terbitan. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.ii. IndeksSatu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari, indek akhbar atau majalah.Indeks untuk bahan berkala terdiri daripada:Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.Indeks surat khabarIndeks SerialsIndeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain.Indeks online: CD ROMiii. Buku Laporan TahunanBuku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia dan Buku Tahuanan Perangkaan Malaysiaiv. Buku Panduan / DirektoriBuku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas.v. Peta / AtlasPeta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapti dalam ensklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya.AbstrakSesuatu ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen asal. Ia merupakan senarai rekod bahan-bahan maklumat beserta ringkasan ataupun keterangan deskriptif isi kandungan sesuatu bahan.GlosariMerupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahan.Halaman glosari diakhiran buku mengandungi penerangan maksud perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempnyai makna yang tertentu di dalam bku yang ditulis oleh pengarang.IstilahPerkataan yang mempunyai makna khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.