definisi sajak,gurindam,syair

9
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris. PantunPantunPantunPantunPantun Contoh Pantun 1: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Contoh 2 Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami murid baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Contoh 3 Pulau Pandan jauh le temgah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Upload: zahid-razak

Post on 25-Jul-2015

166 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

PantunPantunPantunPantunPantun

                          Contoh Pantun 1:

                  Pisang emas dibawa belayar,

                  Masak sebiji diatas peti,

                  Hutang emas boleh dibayar,

                  Hutang budi dibawa mati.

Contoh 2

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Kami murid baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Contoh 3

                                                                                 Pulau Pandan jauh le temgah,

                                                                                 Gunung Daik bercabang tiga,

                                                                                 Hancur badan dikandung tanah,

                                                                                 Budi yang baik dikenang juga.

                             

Pada kebiasaannya Rima pantun adalah "abab".

Baris dalam setiap rangkap ialah empat atau enam atau lapan.

Catatan: "abab" bermaksud Rima akhir pada baris pertama adalah sama dengan baris

ketiga. Manakala Rima akhir pada baris kedua adalah sama pada baris keempat.

*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

Catatan:

Page 2: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

Berdasarkan puisi ini (contoh 1), Rima akhir dalam dalam baris pertama ialah "yar",

sama seperti dalam baris ke tiga iaitu "yar". Manakala Rima akhir dalam baris kedua

ialah "ti", juga sama dalam baris keempat iaitu "ti" .

Puisi ini  mengandungi empat baris dalam satu rangkap. 

Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa puisi ini adalah jenis PANTUN

( berdasarkan kepada rima akhir dan bilangan baris dalam satu rangkap)

Bincangkan pula rima akhir dalam contoh 2 dan contoh 3....

SajakSajakSajakSajakSajak

*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

Contoh Sajak:

                                      Ibu...

                                      mentari masih diufuk timur

                                      kokok ayam sahut-sahutan

                                      ketika itu.. seorang wanita

                                     dengan penuh rela

                                     menyelak selimutnya

                                     saat dingin menggigit tubuh.      .........(rangkap pertama)

 

                                                          Dialah ibuku...

                                                          kewajipannya dan jasanya

                                                          lebih tinggi daripada segunung intan

                                                          lebih berharga daripada selautan mutiara.   ..........

(rangkap kedua)

 

Page 3: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

 

Rima akhir dalam sajak adalah bebas.

Bilangan baris dalam satu rangkap juga adalah bebas.

Rima akhir adalah bebas bermaksud ianya tidak seperti pantun atau syair.

Rima akhir bagi  baris pertama dalam rangkap tersebut adalah tidak sama dalam baris

kedua atau ketiga atau keempat atau kelima dan sebagainya.

Catatan:

Berdasarkan puisi ini, Rima akhir dalam setiap baris dalam rangkap pertama adalah

berlainan.

Bilangan baris dalam rangkap pertama adalah tidak sama seperti dalam rangkap kedua.

Oleh itu, puisi ini adalah sajak.

CIRI-CIRI SYAIR

Page 4: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

• terdiri daripada 4 baris serangkap

(tetapi sesetengah syair boleh juga

dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).

• syair tidak mempunyai pembayang

maksud (berbeza dengan pantun).

• Tergolong dalam jenis puisi kata (word

verse)

• bilangan perkataan dalam setiap baris

adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12

suku kata dalam satu baris.

• Memakai skema rima a-a-a-a, rima

akhir tidak rima dalaman

• Dalam suatu baris ,terdapat suatu

hentian (pause) kerana itu adanya

kolon sepertimana dalam sebaris

pantun

• setiap baris dalam syair mempunyai

makna yang berkaitan dengan barisbaris

terdahulu.

• Seluruh empat baris merupakan satu

kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi

dua kepada sampiran dan mkasud

sepertimana seuntai pantun

Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh

rangkap- rangkap lain untuk

membina suatu idea yang lengkap,

sesuai dengan isi dan tujuannya.

• Syair perlu dilagukan untuk

Page 5: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

membentuk nyanyian

• syair mengungkapkan pengajaran

dan pemberitaan

• maka lagu memberikan ciri, rasa,

dinamika, asal-usul, dan

kebersamaan

CONTOH- CONTOH

KARYA SYAIR

• Syair Bidasari

Sebuah syair romantis yang

mengisahkan tentang Bidasari yang

rupawan menjadi mangsa cemburu

Permaisuri Indrapura.

• Syair surat al-qiyamah

Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]

Sebuah syair berbentuk keagamaan

yang menceritakan tentang keadaan

hari kiamat, nikmat di syurga dan

seksa di neraka.

Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam :

Bermula inilah rupanya syair :

Dengarkan tuan suatu rencana

Mengarang di dalam gundah-gulana

Barangkali gurindam tiada kena

Tuan betulkan dengan sempurna

Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini :

Persimpangan yang indah-indah

Iaitu ilmu yang memberi faedah

Aku hendak bertutur

Page 6: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

Akan gurindam yang teratur

CIRI-CIRI GURINDAM

1. Ciri-ciri bentuk Gurindam

a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat

b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau

beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam

rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu

bersambung dengan baris-baris dalam rangkap

berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.

Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua

dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat”

menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris

kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan

apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama

tadi.

c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.

d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap.

e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

Contoh gurindam serangkap dua

baris:

Apabila banyak berkata-kata,

Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila mendengar akan khabar,

Menerimanya itu hendaklah sabar.

ii. Gurindam serangkap

Page 7: Definisi Sajak,Gurindam,Syair

empat baris

• Empat baris kalimat atau ayat

• Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap.

• Rima akhir seperti puisi pantun abab

• Isinya tentang nasihat

Contoh gurindam serangkap empat baris:

Tiada siapa yang besar,

Tiada siapa yang tinggi,

Tetap sama sedasar,

Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,

Mati hanya sekali,

Jangan bertukar berkisar,

Tetap di lapangan mengendali.

iii. Gurindam bebas

• Bilangan baris ayat pada rangkap

tidak terhad

• Persamaan rima akhir tidak

dipentingkan

• Isinya tetap mempunyai nasihat

• Contoh gurindam bebas:

Pangkalnya sama dipupuk,

Pucuknya sama digentis,

Buahnya sama ditarik,

Ke bukit sama didaki,

Ke lurah sama dituruni,

Ke laut sama direnangkan.

Page 8: Definisi Sajak,Gurindam,Syair